TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMENANG PERINGKAT AKHIR CABARAN SAINS KEBANGSAAN (NSC) 2026 PIALA PUSINGAN YAB PERDANA MENTERI
28 September 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMENANG PERINGKAT AKHIR CABARAN SAINS KEBANGSAAN (NSC) 2026 PIALA PUSINGAN YAB PERDANA MENTERI
28 SEPTEMBER 2026 | ISNIN | 12.30 TENGAHARI
DEWAN PUTRA, ARAS 3,
BANGUNAN PERDANA PUTRA,
PEJABAT PERDANA MENTERI
Yang Berhormat Fadhlina Sidek,
Menteri Pendidikan;
Yang Berhormat Chang Lih Kang,
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi;
YM Akademik Datuk Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen,
Tokoh Sains Negara, sahabat saya.
- KSU pun ada, terima kasih banyak, ya. Dan terutamanya anak-anak dikasih sekalian dan guru-guru yang penuh dedikasi dan menunjuk kecintaan kepada anak-anak mereka.
- Saya, pertamanya, mohon maaf kerana tak dapat hadir pada hari itu, dan memang saya tahu Chang Lih Kang dan Tengku Azzman marah sekali pada saya (nada berseloroh), tapi memang jadual itu tidak mengizinkan. Macam hari ini kan, beberapa acara petang ini terpaksa saya batalkan sebab menghormati jenazah Tun Dr. Siti Hasmah yang juga berjasa dan berkhidmat. Jadi kita terpaksa hadir. Jadi, acara yang dijadualkan petang ini nampak terpaksa batal, ada hal-hal yang sedemikian.
- Tapi bagi saya, anak-anak dalam bidang sains, tahniah atas kejayaan memenangi Piala Perdana Menteri. Saya pun tak pernah menang Piala Perdana Menteri. Anak-anak ini nampak hebat, Alhamdulillah. Dan saya… menang daripada Sabah, Tsung Wah, Perak, terkenang suasana saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar lagi, dan anak-anak dari Terengganu, Kelantan. Saya ucap terima kasih kerana sudi hadir bersama dan saya sekurang-kurangnya nak raikan.
- Bidang sains teknologi ini penting. Sengaja saya minta Tan Sri Tengku Azzman sampaikan, kerana dia itu bukan sahaja seorang academician, seorang sarjana, tetapi seorang pemikir tentang arah tuju sains negara. Kita mesti menguasai ilmu, mesti kalau dalam yang Fadhlina hebahkan apa ini? Kita ‘menggapai di langit’, teknologi baru, AI, digitalization, itu semua seolah ‘yang di langit’, hal-hal yang tak pernah dibincangkan.
- Saya tak berfikir masa saya di sekolah, tak masuk. Cuma kita di Kolej Melayu bernasib baik kerana fikir. Oppenheim itu, masa itu naib canselor di Universiti Malaya, kemudian muncul sebagai salah seorang pemikir utama dalam dunia. Orang kenal, mana-mana. Tapi, saya masih yang ingat saya pun guna juga, Itu yang Murray dia guna – We know more and more about less and less. Maknanya, ini dia kata over-specialization. Penting tak specialization? Penting. Kita nak umpamanya, quantum computing. Itu specialization? Ya, maknanya you confine knowledge itu dah mudah terbatas Tetapi, peringatan itu penting. Apa dia peringatannya?
- Jangan kita lupa bahawa kita ini pertama, manusia. Manusia ini, dia jadikan Allah Fi Ahsani Taqweem. Kejadian yang paling tinggi dan mulia. Sebetul karamah insaniah dalam al-Quran ditekankan. Tapi, bagaimana boleh jadi manusia yang diangkat sebaik-baik kejadian, The Best of Creatures? Kalau you belajar umpamanya, saya baru balik daripada negara China. Kung Fu Tze, itu maknanya value man itu, pertama, dia nilai, dia sebut Zhong Yong (Kesederhanaan/Moderation). Dia pertengahan, tapi bukan pertengahan average, tak. Pertengahannya, dia ada nilai hidup, tauan dengan mati, nilai akhlak dengan ilmu, iman dengan akal, akal dengan kalbu. Itu kita kalau dalam orang Islam itu ummatan wasafa.
- Dalam falsafah Cina, terutama dia sebut Zhong Yong. Bunyi sebutan itu, Zhong Yong. How do you pronounce? Zhong Yong. Zhong 1, 2, 3, 4, mana? Zhong Yong. 1 is Zhong Yong, oh okay. 1. Dalam Cina dia ada empat. Zhong1, Zhong2, Zhong3, Zhong4. Yang mana satu? Baik. Tapi dalam falsafah Yunani pun ada. Falsafah Yunani sebut golden mean. Manusia yang baik itu manusia yang jaga keseimbangan. Sebab itu, ada sains macam yang Tengku Azzman saran dan gagaskan, itu mesti ke arah pengkhususan, tetapi pengkhususan tidak meninggalkan kemanusiaan, nilai kita. Ini disebut ‘menggapai di langit, tetapi mengakar di bumi’. Apa dia yang ‘mengakar di bumi’? Soal iman, akhlak, sahsiah. Jadi ini yang diimbangi.
- Sebab itu kita, saya minta guru-guru pun ada, kadang-kadang jangan dengar orang di luar kadang-kadang dia bagi pandangan lain pula. Seolah-olah pendidikan kita ini di satu pihak tinggalkan Islam. Maknanya, ini sekular. Tak betul, falsafah pendidikan kita itu apa? ‘Gapai di langit, akar di bumi’, itu ‘akar di bumi’ itu apa? Iman, akhlak, nilai.
- Malah kita bincang pasal artificial intelligence yang disinggung tadi. Ya, AI itu perlu? Perlu. Kalau kita tinggal AI, kita akan keterbelakang. Tetapi AI kita jangan AI Elon Musk, jangan AI ditentukan Amerika. AI dari segi bidang ilmu, tetapi AI kita apa? Nilai, soal akhlak, etika, dan kita tahu AI itu direncana oleh orang asing. Takkan dia tidak ada agenda lain? Mesti ada agenda. Agenda apa? Penguasaan, control melalui teknologi.
- Jadi, anak-anak ini mempunyai tugas yang sangat besar. Tugas saya ini, saya nampak Fadhlina, Lih Kang, menteri-menteri ini apa? Bagi ruang, apa cara dia? Nak bagi ada pameran, ada makmal tambahan, ada kursus specialization yang pengkhususan, ada perbahasan. Yang itu kita boleh sediakan. Tetapi kita nak anak kita ini, bila saya sebut anak, tengok beza dia.
- Sebab itu saya kata, kita belajar kemanusiaan, kita belajar agama, kita nak Islam, kita nak kemanusiaan, kita nak Malaysia. Tapi kita nak ini anak saya, ini bukan dia, tak. Sebab itu kita latih daripada awal. Bukan masalah, Malaysia ini masalahnya bukan kerana orang Islam nak Islam, bukan. Ada orang kata kerana kita Islam sangat, tak betul. Ada bukan kerana orang Cina nak kuasai, seperti mana propaganda orang, tak betul.
- Masalah kita bukan masalah orang Cina, atau masalah orang India di estet. Masalah kita ini masalah kemanusiaan, masalah nilai, masalah akhlak, masalah ilmu. Kuasai ilmu, satu. Tapi ilmu apa? Kena ada iman, kena ada akhlak, kena ada nilai. Kalau ada iman, akhlak, nilai, mana ada fahaman perkauman, hina orang? Tak. Ini yang ada. Saya fikir, oh ini tak, ini daripada anak Cina, hm… lagu tu saya tak boleh salam, tak boleh duduk, ahh ini anak Melayu ini mesti tak cerdik ah, ni anak India, ah tak usah kira India tak ramai di Malaysia.
- Ini fahaman-fahaman yang mesti anak-anak patahkan, ya dan bawa yang baru. Kalau tidak, kita nak pintar? Ya. Kita nak….. jangan, jangan salah faham, saya bila sebut tentang akhlak, kerana Rasulullah SAW itu bagi kita contoh terbaik, uswatun hasanah. Wa innaka la’ala khuluqin ‘azhiim. Memang betul, itu satu. Tetapi bagaimana kita sebut akhlak kita hina orang? Akhlak bagaimana kita belajar specialization, pengkhususan, jadi jurutera terbang, terbaik, tetapi tidak tahu tentang kemanusiaan? You can build bridges, you know, engineering, top line, you do not know how to bridge between people, cultures.
- Ini saya harap anak-anak faham maksudnya, belajarlah sebaik mungkin, jaga disiplin, jaga akhlak. Ini di sekolah Fadhlina tahu saya bising dengan dia, ini macam mana sekolah, sekolah agama ke sekolah menengah kebangsaan, buli masih ada. Kita belajar apa dia sekolah? Hina orang, pukul orang, baru kecil-kecil dah tunjuk samseng. Kalau orang ini jadi seorang menteri, mampus kita.
- Jadi sebab itu, didikkan itu, ilmu. Kalau kita rumuskan tadi yang Tengku Azzman sebut, “menguasai to know maximum, to know whatever is there.” But, remember, jangan kurangkan, not less and less about people, about humanity, about justice, about kebaikan, about nilai ihsan. Itu maknanya sementara kita tahu ilmu more and more, manusia itu ditingkatkan makam dan taraf dan harakatnya.
- Faham ya? Ini saya cakap panjang pulak. ini saya bercakap ni, yang pintar-pintar ni kalau tak faham, susah saya. Semua yang menang-menang ni. Ya. Berfikir dalam beratus ribu ni, saudara yang diiktiraf, terpilih. Tahniah, alhamdulillah.
- All the best! Balik, kirim salam ibu bapa, ya. Kata saya bangga dengan kejayaan saudara-saudari. Ucapan terima kasih kepada guru-guru, dedikasi mereka luar biasa, ya. Tanya Tengku Azman, tak pernah kita lupa guru sampai sekarang, fikir tak? Gurau dia, marah dia, baik dia, tekun dia, itu jasa mereka. Jadi pertama ibu bapa, kemudian guru-guru kita. Nanti kalau balik, kata ada orang panggil Anwar Ibrahim, ada orang panggil PMX, ikutlah panggil apa pun, tapi kata saya sampaikan salam dan ucap terima kasih, pertama ibu bapa, dan kedua guru-guru dan sahabat.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
