TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA WARGA TAMBUN
15 February 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA WARGA TAMBUN
15 FEBRUARI 2026 (AHAD) | 11.00 PAGI
SMJKC KHANTAN BARU
Terima kasih, Xie Xie.
Saudara Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek,
Menteri Pendidikan;
Timbalan Menteri,
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
Kawan-kawan semua.
Ge Wei Lai Bin. Da Jia Hao.
- Ini saya ingat, ini tahun Raya Cina, banyak yang gembira. Saya ucap terima kasih terutama kepada Saudara Nga Kor Ming, dia ganti saya, dia ahli parlimen Tambun sebahagian saya, sebahagian dia. Dia tolong banyak.
- Dan saya datang ke Khantan ini, terima kasih kepada pengetua sekolah dan anak-anak yang bersama. Saya datang untuk sama-sama mahu meraikan Happy Chinese New Year kepada masyarakat Kampung Khantan, saya nak ucap Selamat Hari Raya Cina, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.
- Baik, kita dengar tadi saudara Nga Kor Ming terang, mana-mana negara memang ada, kerja kita kena buat, problem Kita jaga rumah, kadang-kadang suami isteri sikit problem, kadang-kadang anak, kadang-kadang cucu, tapi family itu harus happy. Macam itu juga negara kita, ada Melayu, ada Melayu Kelantan, ada Melayu Johor, ada orang Sabah, Sarawak, ada Cina, ada India, ada Orang Asli, semua kita kena jaga sebagai satu masyarakat dan keluarga besar.
- Easy, mudah? Tidak, tapi kalau hati baik, kita jaga dengan baik, saya percaya kita boleh jaga ini negeri supaya jadi negara Malaysia yang terbaik. Ada yang menyebut problem, setengah orang dia asyik dia lihat problem Kalau saya tengok ini ada problem dia. Apa pasal? Ada setengah kerusi hitam, apa setengah kerusi merah? Problem. Apa pasal orang kamera, dia lindung orang tengok saya? Problem, betul. Apa pasal setengah orang boleh duduk, setengah orang berdiri? Problem. Itu orang yang penyakit dia, problem. Hari-hari dia cari problem, tapi ada orang lain, saya dan saya percaya, rakan-rakan, ibu bapa fikir apa? Ini ada Melayu, ada Cina, ada India ada Orang Asli semua happy, hormat, sambut Gong Xi Fa Cai, haa itu baik.
- Kemudian, kita ada sikit tambahan, kita sudah bagi Sumbangan Tunai Rahmah, kita sudah bagi SARA, kita sudah bagi gaji naik. Hari Raya Cina, orang Cina juga mahu makan baik sikit, family datang, malam esok semua makan family, mahu duit sikit. Jadi kawan-kawan kita cari lagi, anak-anak sekolah kita bagi lagi duit, ibu bapa kita tolong lagi, sebab negeri ini ada hasil. Kalau saya, saya cakap macam itu. Semua datang, semua happy Jadi, dalam negara pun begitu, jangan kita fikir problem saja, kita fikir ini yang baik dalam negara.
- Mana negara ada Cina, ada India, ada Melayu, ada Iban, ada Kadazan, tapi boleh aman. Tak banyak negara begitu. Dan kita sekarang sudah lebih 34 juta penduduk. Sebab itu, saya kata sebagai seorang Muslim, saya kata syukur kehadrat Allah SWT. Kita kata terima kasih, kerana kita boleh duduk dengan aman. Tuan-tuan tahu saya pun Melayu. Saya datang ke kampung Cina. Saya sambut Hari Raya Cina, bila sampai masa Hari Raya, kawan-kawan saya Cina, Menteri, Timbalan Menteri, Exco dia datang ke kampung Melayu. Bila ada tarian, baru-baru ini kan kita ada Presiden Trump datang Malaysia, Xi Jinping datang Malaysia, Narendra Modi datang Malaysia, tiap kali datang saya buat pertunjukan tari menari. Saya combine orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain satu team dalam tarian. Mereka hairan, dia kata negara dia dia tak bikin macam itu. Ada tari Cina, habis tari Cina, tari Melayu, habis tari Melayu, tari Sarawak. Kita ada, kita boleh campur semua. Ini baiknya kita.
- Jadi bila Xi Jinping tengok, bila Modi lihat, atau Trump, wah! dia kata “Malaysia, macam ini ke? Ya. Ini Hari Raya Cina, Gong Hei Fat Choi. Yang datang, banyak Cina. Ada juga Melayu, ada juga India, ada juga Orang Asli. Tapi bila tari betul, drum Cina ada program, kita hormat orang Cina. Tapi, kita ada juga combine semua masyarakat kita. Wei shenme (pasal apa?) Sebab kita mahu tunjuk kepada masyarakat kita, anak-anak kita bahawa masa depan kalau Malaysia mahu maju, senang cari makan, ekonomi naik, education, pendidikan tingkat lagi tinggi, hospital lebih baik, kita mesti jaga negara ini dengan aman.
- Ini saya sebagai orang lama mahu bagi nasihat. Nombor satu, apa pun mesti aman kalau kita gaduh, kita negeri kaya pun hancur. Jadi, semangat Gong Xi Fa Cai tahun ini, ini tahun kuda. Wah, kuda maknanya tahun ini Ong Sebab apa? Sebab tahun kuda, lari laju, berani, dia gagah, dan dia boleh hadapi mana-mana challenge, kuat! Ini tahun kuda dan saya juga sembahyang, minta Tuhan Allah bagi kita negara ini, semua: Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak ini tahun kuda, semua kita angkat ini Malaysia jadi maju.
- Jadi ini yang penting saya nak sampaikan. Yang lain, kita dengar. Bagaimana YB Nga Kor Ming boleh cakap, bagi duit sikit, bagi kampung ini dibaiki. Semalam saya pergi Padang Rengas. Kampung Melayu dalam sana. Dia ada problem, masjid dia mau baiki. Dia ada rumah-rumah buruk sudah rosak. Jadi, saya umum bantu dia. Itu kampung Melayu. Petang semalam, saya pergi Ponggal, India. Dia minta kerjasama bantuan, ada orang India punya rumah ada pecah, ada rosak. Hari ini, Khantan, Kampung Cina. Bincang dengan saudara Nga Kor Ming untuk baiki apa-apa jalan ke, parit ke, repair sekolah ke, apa-apa pun, kita bagi juga lagi, setengah juta ringgit. Setengah juta ringgit.
- Semalam, saya pergi sekolah Cina, dengar masalah. Kita tengok sekolah agama, sekolah kebangsaan, kita bagi bantuan. Tapi semalam saya pergi sekolah Cina, kita bincang, Menteri Pendidikan Fadhlina ada, oh! dia sikit-ikit perlu lagi. Kita sudah bagi RM80 juta. Bulan lalu, saya dengan menteri-menteri, dengan Anthony Loke, pergi UTAR, Tunku Abdul Rahman Universiti. Kita bantu lagi, RM50 juta. Semalam, dengan sekolah-sekolah Cina, kita sudah bagi RM80 juta, tapi dia kata tak cukup. Aiyo, ini saya Menteri Kewangan, hari-hari orang cakap belum cukup duit. Tapi, saya dengar, mahu jadi ketua bukan saja pandai cakap, mesti dengar. Kalau salah betul, kalau suka tak suka pun mesti dengar, mesti baiki. Saya tengok sekolah Cina sudah baik, sudah besar, sudah baik. Tapi bila saya tengok detail, ada lagi problem. Ada lagi kadang-kadang dewannya bocor. Kelas dia kurang baik. Makmal dia belum cukup. Tandas belum baik. Jadi semalam untuk sekolah Cina, saya lulus lagi RM 20 juta ringgit untuk sekolah Cina. Sebab apa? Sebab kita dengar. Sebab kita tahu.
- Nanti ada orang Melayu, oh! dia kata tengok Anwar, cakap pasal sekolah Cina sahaja. Ada orang macam itu. Padahal saya, sekolah Melayu saya cakap, sekolah Tamil saya cakap, Sabah saya cakap, saya bantu semua. Ada pula nanti, bila saya pergi ke kampung, saya bagi untuk sekolah kebangsaan, bagi untuk kampung Melayu, ada juga Cina cakap, tengok, dia mahu jaga Melayu sahaja. Jadi, kawan-kawan, dengar tapi fikir betul-betul apa yang baik untuk negara kita. Saya bagitahu dulu, tadi Kor Ming pun sebut sama. Kalau mahu jadi ketua dalam negara ini, kita menjaga semua. Saya tengok, ini semangat mesti ada.
- Macam mana semangat saya? Mahu jadi ketua, mesti sayang semua. Kalau kita tengok orang Melayu di kampung di Kelantan miskin, kita rasa. Kita pergi ke Kampung Khantan, ada orang Cina tua, yang sakit, yang susah, kita kena rasa. Kita pergi ke estet Teluk Intan, ada orang India, miskin, rumah pecah, kita kena rasa. Baru boleh jadi pemimpin di Malaysia ini. Anak Melayu, anak saya. Anak Cina, anak saya. Anak India, anak saya. Anak Iban, anak saya. Anak Kadazan, anak saya. Baru boleh jadi.
- Jadi ini, saya harap semangat Gong Xi Fa Cai, ini tahu semangat anak-anak kita. Kuda lari laju untuk jaga anak-anak kita di Malaysia.
Xie Xie Ge Wei (Terima kasih kepada semua hadirin). Terima kasih.
