TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN KEPADA MASJID AR-RASHID TAMAN PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN

4 April 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN KEPADA MASJID AR-RASHID

TAMAN PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN

 

 

4 APRIL 2026 (SABTU) | 1.20  PETANG

MASJID AL RASHID

TAMAN PERPADUAN KOPERASI

TAMBUN, PERAK

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Saarani Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Setiausaha Kerajaan Negeri;

 

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

KP ICU;

 

Tetamu-tetamu;

 

Ahli-ahli Yang Berhormat;

 

Wakil-wakil Masyarakat;

 

Jawatankuasa Masjid;

 

Wakil-wakil Orang Asli, terima kasih datang.

  1. Terima kasih Nasir yang bantu menyelenggarakan majlis ini. Saya mula dengan kenyataan syukur ke hadrat Allah SWT kerana rakan-rakan di sini sentiasa berikan kerjasama dan sokongan, faham juga tentang tekanan kita sekarang ini dengan peperangan. Perang ini sebenarnya bukan masalah kita betul, perang ini bukan salah Iran, yang mula pergi serang Iran ini rejim jahat zalim Zionis Israel, Amerika sokong. Jadi lepas itu takkan Iran nak diam diri, dia lawan balik. Iran pula bukan jenis negeri yang lain, sebelah keliling dia. Dia ada kekuatan sebab apa dia fokus sainsnya, penyedihkannya, semangatnya dia kuat jadi boleh balas walaupun lawannya Amerika, Amerika ini negara paling kaya di dunia, kekuatan tentera paling kuat di dunia, kalau lawan orang lain dah lama lah tapi bila lawan Iran ni semangat mereka. Mati Ketua agama dia, rujukan dia Imam Khamenei. Mati Menteri Pertahanan dia, Panglima Tentera nya. Awal-awal Israel yang bunuh, tapi masih bangkit dengan kesemangat. Kita ni nasib baik lah, alhamdulillah keadaan aman. Tapi kena adalah semangat macam itu.

 

  1. Ini ujian sikit, bebal panjang. Tuduh sana, tuduh sini. Ini negeri keadaan susah, bukan kita cari pasal. Minggu lalu Bank Negara bagi kenyataan, pertumbuhan ekonomi kita akhir tahun lalu dengan awal tahun ini terbaik. Pelaburan paling tinggi dalam sejarah. Inflasi sangat rendah, pengangguran sangat rendah, ini pencapaian kita berkat kerjasama semua, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri pekerja-pekerja Kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan pekerja-pekerja yang ramai. Jadi bermuafakat angkat ekonomi, tak semena-mena berlaku perang. Bila berlaku perang, orang kata kita hasil minyak, itu Pengerusi Petronas dah jawab. Betul kita negara pengeluar minyak dulu, sekarang kita dah ada import juga minyak. Jadi kita boleh keluar dengan harga murah tapi import harga sangat mahal, $1.06 USD satu tong, itu harga jual. Tapi harga tak masuk Insurans, harga kapal, pengangkutan semua meningkat sekarang ini. Itu pun di Malaysia, alhamdulillah ada minyak. Cuba baca, tengok negara-negara jiran pakai catuan sekarang. Minyak tak ada. Di satu negara ASEAN, 400 stesen minyak tutup. Ada di satu negara lain berjalan kaki pergi pejabat. Kita Alhamdulillah tak sampai ke situ.

 

  1. Jadi jangan dok cerita yang maki hamun, apa ni? Saya tak apa lah saya biasa dengan orang-orang maki ini, tetapi dalam keadaan sekarang kita pakat-pakat kerjasama lah, cari jalan selesai. Musuh kita di sana, di luar tu dan kita Malaysia satu-satu negara yang aman, ekonomi berkembang. Orang cemburu tak? Ada Musuh-musuh cemburu tak? Dia tak tahu ke perkembangan? dia kalau nak jadi tumpuan dia mana? Malaysia. Kerana ekonomi kita baik, negeri kita aman, hubungan antara kaum Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan itu masih baik. Ya, adalah komplen sana sikit, tapi aman.

 

  1. Jadi sebab tu saya tekankan tak apalah nak kritik, nak tegur marah saya, saya terima, tapi kita kena faham juga dia bukan percuma tiap bulan, tiap bulan ini kita tambah belanja RM6 bilion kerana perang. Perang ini di sana, di negara Teluk, tapi yang kita kena bayar berapa? RM6 bilion. Sebab itu saya kata ni projek besar-besar jangan minta sementara ini, tapi projek rakyat, sekolah, tandas rosak, masjid bocor, bumbung rumah orang Asli, itu okey, kita boleh timbang lah, kita boleh bagi yang mana mampu. Tetapi, projek-projek besar, kita terpaksa Tangguh.

 

  1. San saya pun kata Menteri-Menteri tak boleh keluar negara lah, pegawai-pegawai tinggi dan Tan Sri KSN tahu, kita tak bagi keluar lah. Tak payah, tak payah, sebab belanja tinggi. Dulu dari Kuala Lumpur ke London, RM7,000. Sekarang dah sampai RM20 ribu. Ada syarikat kapal terbang, Perdana Menteri New Zealand telefon ke saya, dia kata seribu penerbangan dia dah batal. Sebab apa? Minyak tak ada. Kalau ada minyak pun, dia tak jamin pergi ambil singgah satu lapangan terbang. Ada tak minyak angkut dia.

 

 

 

 

Saudara-saudari,

 

  1. Saya nak sebut, masalahnya berat, serius. Memang tak sampai kepada kita kerana orang belum beratur beli minyak, betul. Tapi, retilah syukur, ‘Lain Syakartum Laazidannakum Walain Kafartum Inna Adzabi Lasyadid’. Kita ikhtiarlah baiki. Jangan bermusuh sesama kita. Ini saya sebut keperluan kita dari segi memahami. Kita terang. Saya tak kata tak ada masalah, mana mungkin tak ada masalah. Harga diesel naik, tapi kita bantu untuk petani, untuk nelayan, semua kita bagi.

 

  1. Minyak di negara jiran RM10 lebih, 1 liter, Malaysia RM1.99, bayangkan, sebab kita ada keluar minyak dan kita boleh tahan. Tapi jangan duk maki lagi, “oh diesel naik”, diesel naik, saya tak setuju. Jumpa orang kerja kadang-kadang mengeluh, tapi kita ada cara nak selesaikan perlahan-lahan. Ada peniaga-peniaga masuk orang Cina, dah sampai e-invoicing, boleh tak? Kita kaji.

 

  1. Sekarang ini tiap hari ada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kita panggil pulak Tan Sri Hassan Merican kerana dia dulu ketua Petronas lama, jadi panggil dia bantu. Mesyuarat Jemaah Menteri, gilir. Hari ni saya, esok Dato’ Sri Zahid, lusa Dato’ Sri Fadhilah, pengerusikan, dengar masalah. Kita tak tahu semua masalah baik, dengar masalah petani kita macam ni, peladang kita macam ni. Harga baja naik, harga makanan ayam naik, bila naik harga barang mungkin naik, Sebab tu kita doa mudah-mudahan selesai perang ini cepat.

 

  1. Saya walaupun kita negara ini tidaklah negara besar, tapi kita syukur, semua negara Arab, semua saya beritahu, semua negara Teluk yang terlibat tu semua hubungi kita, termasuk Presiden Iran. Presiden Iran itu dia pilih berapa orang yang dia cakap di dunia ini, tapi kita bercakap ada faedahnya. Jadi ada laluan kita, kapal kita boleh lalu di Selat Hormuz, kita kena berkawan dengan semua. Kita tak tunggu Amerika setuju, tak setuju. Negara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita.

 

  1. Jadi ini saya nak sebut tentang ekonomi, sebab itu saya kata sabarlah sikit, jangan boros sangat. Amalan berjimat. Sebab itu, hari terbuka untuk Perdana Menteri kita tak buat. Gaji Perdana Menteri ini, ni Ahli Parlimen Tambun ni dah 3 tahun saya tak ambil. Saya duk fikir kalau ekonomi ini baik, saya nak lah ambil lah balik. Orang lain dapat gaji pasal apa kita tidak dapat. Tapi saya fikir dah nak ambil, dah ekonomi ni tak elok pula, tak ambil lagi tak apa, saya miskin ke? Dak. Saya datang sini ke kapal terbang, Kerajaan. Kereta, kereta Kerajaan. Jadi saya tidak susah daripada orang lain, tapi saya juga kena ambil tahu dan bagi tahu kawan-kawan saya supaya berjimat. Yang lain, gaji hak mereka, ada orang dok guna pulak, kata mereka, Perdana Menteri tak ambil gaji pasal apa Menteri Besar ambil gaji. Ini pun hujah yang tak betul. Itu haknya. Yang kita tak mahu bagi, curi. Rasuah kita tak bagi. Hak kita kena bagi.

 

  1. Jadi mudah-mudahan kita faham bab yang pertama itu. Mengapa kita kena kawal? Tapi walau bagaimanapun, masih ada cadangan untuk rakan-rakan ambil perhatian. Beberapa kawasan masjid yang daif atau sekolah yang daif atau tandas yang rosak, itu insya-allah kita cuba bantu sedaya upaya kita dan sesegera mungkin. Tetapi percayalah kita cuba lakukan supaya negara kita ini dapat maju dan hadapi ujian. Sementara ini, kita dalam tahun sejak COVID 3 tahun, alhamdulillah. Belum kita nak lonjak lagi, dah mari perang. Jadi dia terhenti sebentar.

 

  1. Tapi janganlah kita kerana ujian ini sikit, kita nak bebal marah semua, padahal 3 tahun kita dapat. Tak ada negara di dunia yang saya tahu bagi Tunai Rahmah, bagi SARA. Masa kita ada duit, kita bagi. Tapi nak tambah kita kena teliti jangan sampai terhutang banyak sekali lagi.

 

  1. Saya nak sebut berapa sebulan kita bayar tambahan pasal subsidi ini? Minyak, baja, tambah-tambah daripada dulu, dulu tak ada, ini yang kita tambah. RM6 bilion ringgit sebulan. Kalau 10 bulan dah RM60 bilion ringgit. Nak terus kena hutang? Nak hutang, kita kena bayar. Jadi sebab itu, kita kena urus dengan cermat.

 

  1. Saya minta tolong kawan-kawan faham. Saya bukan nak beban juga pula. Hang punya masalah, kamu punya masalah lah Anuar, kamu Pendana Menteri. Ini adalah beban kami dah. Ini masalah kita bersama. Kita cari jalan. Dan di samping itu, terus berdoa kepada Allah SWT. Orang masih susah.

 

  1. Sebab itu dalam keadaan susah kita pun, saya setuju Menteri Besar Selangor mengetuai rombongan. Saya telefon Presiden, ada orang dok main, alah Anuar ini Perdana Menteri telefon. Kalau tak telefon tak boleh lepaskan nak pergi Rafah, saya kena telefon Presiden Abdul Fattah Sissi. Masih dianggap kita sahabat. Saya kata, “Mr Presiden, saya minta tolong buka laluan. Kerana anak-anak kita ada 30 kontena barang-barang: makanan, ubat nak bawa ke Gaza. Orang sana kebuluran. Masih kita tolong. Inilah berkat apa yang kita buat. Dalam mana kita susah pun, kita cuba bantu orang yang lebih susah daripada kita. Ini semangat yang harus ada. Sebab itu amal sedekah jariah, ini semangat. Dia begitu. Dia sedekah, dia bukan orang kaya yang sedekah. Orang yang pendapatan susah pun dia bagi sedikit.

 

 

  1. Ini sekali lagi saya ucap terima kasih untuk Nasir dan Datuk Sallehuddin dan kawan-kawan, dan terutamanya Menteri Besar bergegas mari, dia ada acara tadi untuk sama-sama merai dengan kita. Saya ada majlis lain sebentar sini, tapi ucap ribuan terima kasih, jazakumullahu khairan katsiran.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: