TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PELANCARAN INDIAN MUSLIM TRANSFORMATION FRAMEWORK 2030 (IMTF2030)
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN
INDIAN MUSLIM TRANSFORMATIONAL FRAMEWORK 2030 (IMTF2030)
DAN PENYAMPAIAN
MUKMIN FUTURE LEADERS SCHOLARSHIP (MFLS) DAN ADOPT A GRADUATE
24 JULAI 2026 | JUMAAT | 8.30 MALAM
PICCA CONVENTION CENTRE
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahi alladhi anzala ala abdihi al-kitaba wa lam yaj’al lahu iwaja. Wa nusalli wa nusallimu ala Rasulihil Karim, wa ala alihi wa sahbihi ajma’in
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Rakan-rakan Menteri;
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berhormat Tuan Sim Chee Keong,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
Pimpinan MUKMIN khususnya saudara Yang Berhormat Datuk Wira Shahul Hameed, Presiden MUKMIN; dan
Seluruh Pasukan Pimpinan dan rakan-rakan yang menjayakan.
- Saya bersama rakan-rakan datang untuk meraikan kejayaan MUKMIN, terutama dalam mengemukakan rencana transformasi yang saya kira penting bagi negara Malaysia dan, secara khususnya, kepada masyarakat India Muslim di Malaysia.
- Untuk menjayakan satu negara ini, bukan sahaja kerenah rencana pemerintah, dia melibatkan penyertaan rakyat, pencerahan dan kesedaran mereka. Untuk menjayakan satu negara demokrasi, dalam erti kata sebenarnya, tentu kita mulakan dengan “Wa syawirhum fil-amr, fa idza ‘azamta fa tawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul-mutawakkilin”. Benar, kita runding dengan baik, ambil keputusan dengan bijaksana dan laksanakan bersama, “fatawakkal ‘alallah”.
- Dan kalau lihat umpamanya dalam sejarah manusia, lihat perkembangan di Amerika Syarikat sendiri di awal, saya tidak bicara Amerika sekarang, saya bicarakan permulaan, gerakan revolusi dan pembaharuan, dengan tokoh-tokoh seperti Thomas Jefferson dan lain-lain. Apakah yang diungkapkan oleh Alexis de Tocqueville? Negara itu maju bukan sahaja kerana pendedahan idea demokrasi, negara itu maju kerana penyertaan rakyat, terutama apa yang disebutkan elemen sedar, “as-sahwah al-muqtarahah” kelompok yang punyai kecekalan, kesedaran yang membantu memberi pencerahan dan berusaha mengangkat martabat, harakat dan darjat manusia.
- Dia gunakan istilah intermediate associations. Ada government, ada rakyat, ada political parties. Apa yang disebut intermediate associations, satu rangkaian yang kita sebut sini NGO, tapi bagi saya maknanya lebih mendalam. Badan yang serius, yang faham semangat demokrasi, yang faham tanggungjawab sosial mereka, bahawa menggerakkan perubahan itu menuntut penyertaan ramai di kalangan elemen yang sedar.
- Jadi, bila YB Datuk Wira Shahul Hameed dan rakan-rakan umpamanya menyelenggarakan ini dalam rangka mendukung hasrat murni negara MADANI, dengan mengambil langkah-langkah yang perlu. Saya tentunya, sebagai seorang peserta malam ini, rasa terkesan kerana kita lihat ada kesungguhan. Dia tidak ada mentaliti negatif, ini minoriti kecil, tetapi dia melihat secara positif. Ada keupayaan, ada kesungguhan dan komitmen, iltizam untuk membawa perubahan dan menjana perubahan dengan program-program yang bermakna, termasuklah peluncuran Program India Muslim Transformational Framework.
- Kerangka ini saya percaya, jika dilaksanakan secara serius, kerana walaupun ini minoriti, kita tahu, saya anak Pulau Pinang. Dan saya ikuti minoriti kecil. Saya beritahu YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri, tetapi pengaruhnya besar. Sebut parti-parti utama negara, baik UMNO atau MIC, badan-badan kebajikan, peranan India Muslim itu sangat penting, yang utama. Itu satu aspek politik. Dari segi sejarah, dari segi kewartawanan, dari segi sastera, itu peranan mereka tidak boleh diremehkan.
- Jadi, harus bangkit semangat baharu ini, safwah baharu, kesedaran baharu ini, bukan sekadar menyambung, tetapi memberi pengisian, memaknai kemerdekaan dan tanggungjawab, dan untuk benar-benar menjadi saksi sejarah.
- Roger Garaudy is one of the great French scholars and thinkers. When he became a Muslim, he made his very pertinent remarks, “I don’t necessarily regret my past, that was just a part of evolutionary process where I learn and understand history and society, but my task now is not to dread about the past or to bury the ashes of the dead. My challenge is to rekindle its flame.”
- Precisely meaning that, we can succeed insya-Allah as Mukmin, as Malaysia, as a nation. We will rekindle this flame to affect change, where it is ordained in al-Quran al-Karim, “in uridu illal-islah mastata’tu.” To realize that, assisted with the doa of Nabi Allah Syu’aib a.s., that we have that determination, that sense and courage of conviction, with clear clarity of ideas. With character and discipline, akhlaq, we can effect this change and undertake that as part of our common responsibility.
- And tonight I am with Indian Muslims, and certainly I feel deeply encouraged by the spirit I have seen, the determination and the vision you have for your people and your country.
- Brothers and sisters, we can do it. There’s absolutely no reason why we cannot effect this change. It is not easy. The narrative out there is contention, rancorous exchanges, hatred and enmity, creating issues out of nothing, a political ploy to just garner votes, irrespective of ethics and morality. A country cannot succeed.
- I am encouraged by the remarks of Datuk Shahul Hameed. Do something, be positive. Criticise when necessary, pressure the government when required, but not necessarily to preach hatred against one another. We have a Malay Prime Minister, we have Hindus present, we have a Chinese Chief Minister. Is that a problem? If we decide to work as a team, to help one another, and “Wa ta’awanu ‘alal-birri wat-taqwa” to help one another, to achieve this ideal. May Allah grant us wisdom and save this country.
- And therefore, I come here tonight also to appeal to you. Yes. Before that, I can assure you that whatever is necessary, we don’t have all the answers. We have our faults. We have sometimes ignored issues. But we must not lose sight of this great ideal and the great nation and the great contribution of our forefathers, that this is a great nation, and we can make it greater if we work together with compassion, Rahmah and love.
- We may have differences. I don’t choose to be a Malay. Chow Kon Yeow does not choose to be Chinese. You are created by Allah. “Walaqad karramna bani Adam” Allah has exalted the children of Adam to have taqwa, to have good akhlaq, to have this determination to save our country and humanity.
- Jadi saudara-saudara, saudari-saudari, saya bukanlah bagi kuliah ke,, khutbah ke tapi saya terkesan kerana saya fikir perlu ada perlu ada di kalangan masyarakat kita yang mahu menyeru kepada kebaikan, yang melihat cara positif. Siapa tidak tahu bahawa masalah masyarakat India Muslim ini banyak, soal pengiktirafan, soal permohonan. Kadang-kadang jentera melihat, nak kata Melayu tidak, Cina tidak, India tidak. Ini apa? Tersepit di tepi.
- Jadi kita kena dengar dan kita kena perbaiki. Yang baiknya, kadang-kadang kita ada Menteri Melayu ada Ketua Menteri Cina, ada Stephen Sim, kita semua dengar. Tapi syukurlah, Alhamdulillah, kita mendengar. Dan kalau saya mendengar, dan saya ini orang yang sentimental juga. Saya dengar, saya terkesan.
- Beberapa hari yang lalu, saya jumpa pemimpin-pemimpin NGO, masyarakat India. Dia meluahkan beberapa isu. Ada yang kita lakukan. Saya kata, jangan kita nafikan apa yang dilakukan. Banyak juga. Bukan sahaja MITRA. MITRA itu projek kecil. Ada bantuan pinjaman yang jumlahnya berbilion. Ada program lalui TEKUN. Namanya untuk Bumiputera, tapi ada peruntukan untuk masyarakat India. Ada Amanah Ikhtiar yang dulunya semuanya untuk Melayu. Sekarang kita peruntukan masyarakat India. Tapi bila kita menelurusi dan mencerakin, kita lihat di kalangan masyarakat India, mungkin masih ada terasa ada kelompok yang terpinggir.
- Sebab itulah saudara-saudara, harus mengemukakan pandangan dan kita perbaiki. Saya tidak pernah menganggap saya sudah buat yang sebaiknya dan sudah sempurna. Saya tahu kelemahan saya dan saya belajar, kerana ditakdirkan saya di sini dan Allah berikan banyak ujian untuk kebaikan saya.
- Saya lebih prihatin mengenai isu kemiskinan dan derita orang, kerana saya alami secara peribadi. Saya tidak menyatakan dengan kesal. Saya menyatakan dengan syukur kepada Allah SWT, kerana kita harus melakukan sesuatu yang lebih baik.
- Di kalangan rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri selalu saya sebut jangan kita war-warkan hanya kejayaan kita. Kita harus terangkan kejayaan kita. Tapi kita tahu masih ada ruang untuk perbaiki. Bagaimana mampu kita perbaiki? Dengan mendengar, dengan menerima beberapa kekurangan kita. Tapi lakukanlah perubahan sedaya upaya kita. Sekali lagi saya tanya, mudah tidak?
- It is possibly a very, very challenging process. I used to joke with my friends, although the message can be serious. Are you imagine that, well Anwar, you struggled so hard. Now you’re Prime Minister. You make sure that you are not corrupt. You don’t steal money, you don’t squander wealth. Clean the government, stop the corruption, stop this racist less, insulting people because of race or culture. And you will get all the support needed. It’s not necessarily true. You have done your best, but you realize that when you say combat corruption, some support, but those who are either blatantly corrupt, will oppose and oppose hard with all their resources, wealth, influence, media to hit you, hit you hard. You try your best. You have your contenders from different parties who think, well, fair he’s doing. But I deserve to be there. And therefore, I will fight tooth and nail to destroy him so that I can make it. That’s happening.
- In Kedah, Kelantan, Terengganu. Have we not done our best? We have. Have we not registered this profound success economically? Have we not maintained peace and security? Haven’t we given the best to our civil servants, to our police personnel, repaired their houses and do everything possible? Yes, but we still have to do more. I understand, but have there been full recognition? No.
- Now, it’s interesting. I’m back in Penang and you know Penang, although I’m a Member of Parliament from Tambun, Perak, I still feel that this is my base, my home. So, when I express in Penang, I express differently. I express as part of the family.
- Jadi, minta maaf. Nampak macam saya, ya, tapi begitu. Steven Sim, Zambry, dia dengar saya banyak. Muhammad, Timbalan Ketua Menteri, dia dengar di tempat lain saya tak bicara begini. Saya bicara begini, saya luahkan perasaan hati, pancaran dari hati nurani kerana saya fikir apa pun disebut saudara mendengar.
- Apa lagi kalau majlis-majlis India Muslim yang dekat dengan saya. Lama sejarahnya dengan saya. Ramai tokoh-tokoh lama yang kenal dengan saya, atau keluarga saya. Saya sebut Ubaidullah, malah sebelah yang pengkritik macam S.M. Idris, semua itu saya anggap seperti keluarga yang menegur saya, mendidik saya, memberi pencerahan dan kadang-kadang menyusahkan hidup saya dari segi yang baiklah, yang positif. Terus memberi kritikan dan teguran. Dan sebab itu, dan juga menyokong,
- Saya ingat tahun 1982, bila saya mula tercimpung dalam politik aktif di Permatang Pauh. Rakan-rakan, bapa-bapa saudara, itu semuanya teruja turun. Saya tak kenal semuanya tetapi luar biasa sokongan mereka kepada saya. Saya ucap terima kasih.
- Sebab itu saya hadir dalam banyak acara-acara dan bila dikemukakan Kerangka Transformasi India Muslim ini, saya akan tentunya beri penelitian. Saya nak pastikan rakan-rakan Menteri ada di sini, betul kita ada kuota untuk Bumiputera. Orang-orang Melayu pun rasa bimbang terhadap masa depan kalau tidak diberi perhatian. Kita kena dengar keluhan masyarakat Cina, walaupun ramai yang berjaya, tapi masih ada kelompok-kelompok yang tersisih. Kita dengar masyarakat India, tapi kita juga tak boleh terlepas kelompok-kelompok yang mungkin terpinggir dan tersisih.
- Jadi saya akan pastikan, dan rakan-rakan saya, Zambry dan Steven Sim akan bantu termasuk saudara Chow dan Muhammad untuk pastikan isu-isu yang bangkit di negeri Pulau Pinang diteliti. Peluang baik, perumahan, perniagaan, pendidikan, TEKUN, Amanah Ikhtiar akan tetap diberi perhatian yang lebih baik, insya-Allah.
- Ada hal-hal yang spesifik dibangkitkan. Soal pinjaman, peluang pekerjaan, saya akan beri perhatian. Saya mudah. Tak ada rugi. Ini bukan zero-sum game. Kita masalah kadang-kadang bila kita sebut begini, Matrikulasi 10A, automatik masuk. Ada India Muslim masuk, dapat. Ya, betul. Tapi kempen di luar, Anwar telah menggadai prinsip Bumiputera, kerana kuota Bumiputera diberikan. Kan itu satu penipuan. Kuota Bumiputera untuk matrikulasi masih 90%. 10% yang baharu dikeluarkan itu untuk anak-anak kita yang dapat 10A. Tapi demikianlah kerencaman, rumitan politik Malaysia. Dan kalau ada anak Melayu miskin ke universiti yang tidak dapat bantuan, beritahulah. Saya pasti cari jalan apa pun untuk bantu dia. Tapi jangan semestinya kita menidakkan hak orang lain.
- Keindahan maksud karamah insaniah dalam Islam itu, ialah ia menanam, satu bukan saja jiwa merdeka, tapi Ehsan, kemanusiaan yang ditanam, tidak pernah membawa maksud kebencian. Mahu membantu rakan dan umat, tapi tidak membenamkan orang lain. Kerana yang diminta kepada kita itu, kasih kepada semua yang di bumi. Ada hadis dari Muhammad SAW yang begitu mengesankan. Di antara hadis yang pertama yang disebarkan, “Irhamu man fil-ardhi, yarhamkum man fis-sama’”.
- Saudara bayangkan keindahannya. Kamu kasih semuanya yang di bumi, keluarga kamu, umat Islam, umat manusia, haiwan, pohon-pohon, bukit-bukau, kamu kasihlah kepada mereka. Jangan gondol hutan dan tanah. Jahanamkan persekitaran. Jangan tindas orang kerana lain warna kulit, fahaman mereka, kasih kepada mereka. “Irhamu man fil-ardhi” – kasih kepada yang di bumi. “Yarhamkum man fis-sama’” – nescaya yang di langit itu akan curahkan kasih sayang dan rahmat kepada kamu.
- Bukan kerana dapat projek, bukan kerana dapat anugerah. Anugerah itu dari langit. Kamu kasih kepada manusia dan haiwan dan perlihara bukit-bukau dan sungai. Nescaya di langit itu mencurahkan rahmat dan kasih sayang yang tentunya jauh lebih murni daripada apa yang diharapkan di dunia ini. Demikian mesej Islam. Tapi bukan ini yang mestinya disebarkan. Disebarkan itu, kotak kati antara manusia, kebencian antara satu dengan yang lain. Jadi, mengapa saya sampaikan? Saya yakin kalau kita dapat sampaikan mesej ini, masyarakat India Muslim malam ini umpamanya boleh menjadi di antara pencetus perubahan ini. Ya, MUKMIN untuk menjaga kepentingan India Muslim. Tak ada salahnya. Ada baiknya. Tetapi dalam masa yang sama, tidak pernah merasa tersinggung, cemburu, sekiranya kaum lain dibantu. Demikian erti karamah insaniah, kemanusiaan.
- Jadi saudari-saudari, saya tidak akan melelahkan saudari-saudari dengan kisah pembangunan ekonomi, program semikonduktor kita yang akan saya luncurkan esok untuk Bumiputera, ataupun IT, digital, quantum computing, semua yang teknologi baharu. Tapi menariknya dalam bidang pendidikan, saya selalu hebahkan apa? Kita ini kalau mahu berjaya, sebab itu anak-anak kita, Shahul, make sure they get the best education, we give them the support. Why? Because they have to master new technology. Be it artificial intelligence or digital, whatever. Disciplines. But, they must always remember, they must be rooted to the stark realities, their culture, their religion, their moral and ethical values.
- Sementara kita “menggapai di langit” dengan teknologi baru, dengan digital, dengan teknologi, dengan AI, dengan sains, meneroka alam pemikiran baharu dan teknologi baharu, jangan kita lupa, kita mesti “mengakar ke bumi.” Apa maksud “mengakar ke bumi”? Akidah kita, akhlak kita, nilai kita. Saya percaya MUKMIN, kerana namanya MUKMIN itu, faham maksud. “Menggapai di langit, mengakar ke bumi”, itu kesetimewaan kita.
- Jadi, untuk isu-isu khusus, tadi sempat menghubungi menteri-menteri berkenaan, dan saya dengar keluhan. restoran, kedai-kedai yang munasabah. Kita tak boleh buka ruang sepenuhnya, semata-mata untuk mengisi kekosongan dalam negara yang terlalu ramai pekerja asing termasuk yang tidak diizinkan, pelarian. Tetapi saya setuju, ada keperluan mendesak mengisi kekosongan pekerja di lapangan tertentu, termasuk restoran-restoran berkenaan.
- Jadi, insya-Allah mulai esok, hari Isnin, saya beri tempoh ke kementerian-kementerian dan jabatan berkenaan, selesaikan ikut keutamaan dalam tempoh satu bulan maksima, mesti selesaikan. Dan oleh kerana….yang itu satu, okey kan? Halal lah makan. Patut dia bagi makan, rupanya ada nawaitu Selalu saya makan banyak kali ini, nilai, tak pernah sedap macam ini.
- Seperkara lagi, ini pasal rencana transformasi pendidikan. Untuk menyokong langkah-langkah yang telah diumumkan, saya setuju untuk anak-anak miskin, anak-anak sedang belajar atau akan masuk ke universiti ataupun untuk kursus-kursus khusus, terutama dalam bidang baharu, saya setuju meluluskan dana 2 juta ringgit segera.
- Akhirul kalam, terima kasih kepada rakan-rakan kerana memberikan dukungan yang baik kepada kami, dan saya menyeru supaya mudah-mudahan kita berikan kesihatan dan laluan untuk bekerjasama semua kaum mengangkat martabat negara Malaysia ini sebagai negara yang hebat dan berdaulat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
