TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

15 February 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PECAH TANAH

PROJEK BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

 

 

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) | 4.00 PETANG

PONTIAN, JOHOR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin 

Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim, 

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi,

Menteri Besar Johor;

 

Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad;

Menteri Kesihatan;

 

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Setiausaha Kerajaan Negeri;

Ahli-ahli Parlimen;

Dewan Undangan Negeri; dan

Tokoh Parlimen, Saudara Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan,

 

Sebenarnya terima kasih dekat dia, sebab dia paksa saya datang dengan pelbagai tuntutan. Saya sebenarnya tidak terkenal sebagai selalu respon pantun, tetapi oleh kerana di Pontian, saya nak beritahu orang Pontian, jangan Ahmad Maslan, saya pun boleh pantun.

 

Dia mesejnya dalam supaya kental semangat, supaya tidak gentar dengan pencak orang menghalang dan menggugat perjuangan. Jadi pantun ini dalam sedikit:

 

Bunga Kemunting Di Dalam Pagar,

Kembang Semerbak Harum Mewangi.

Dengan Pencak Silat Pendekar,

Takkan Tergugat Pahlawan Sejati.

 

Kalau yang faham, faham.

 

  1. Baik, syukur Alhamdulillah kita dapat bersama. Terima kasih kepada semua jawatankuasa, rakan-rakan yang menjayakan. Saya memang terharu nampak sambutannya memang luar biasa dan kita harap projek ini dapat disegerakan. Dan saya beritahu Saudara Ahmad, kita akan jadikan ini projek yang dilaksanakan mengikut fast track. Tender ya, tetapi dipercepatkan daripada biasa. Ketua Pengarah akan bertanggungjawab, kalau lambat jawablah kepada saya.

 

  1. Tetapi oleh kerana kita dalam beberapa hari lagi akan menunaikan puasa di bulan Ramadan, eloklah saya mulakan dengan mengingatkan kita semua tentang tanggungjawab kita. Ini Madarasah Ruhiyah atau Tarbiyah Ruhiyah, usaha kita membersihkan diri kita. Ini yang kekuatan Islam, tidak ada terkecuali. Tidak ada orang yang pangkatnya terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ilmunya kebal ataupun ilmunya biasa, semuanya perlu lalui proses Ruhiyah, Tarbiyah ini. Yaa ayyuhal lazeena aamanoo kutiba ‘alaikumus Siyaamu kamaa kutiba ‘alal lazeena min qablikum la’allakum tattaqoon (Surah Al-Baqarah, ayat: 183-185). Perintah untuk semua.

 

  1. Dan hebatnya Islam ini, Berbahagia Yang Berhormat, mesejnya universal, bahawa puasa itu walaupun khusus, la’allakum tattaqoon bagi orang Islam, tapi mesejnya risalah itu universal kerana Al-Quran menyebut sepertimana yang diperintahkan ke atas umat-umat sebelum kamu kutiba ‘alal lazeena min qablikum. Ini kekuatan yang kadang-kadang rakan-rakan kita sama ada orang Islam atau bukan Islam tidak memahami bahawa Islam itu termasuk dalam puasa Ramadan yang khusus untuk kita dan darjat takwa supaya terangkat niatnya itu untuk jadi seorang yang baik, Muslimun Hakikiyun tetapi masih diperingatkan bahawa ada acara puasa yang mungkin berlainan, tetapi acara puasa itu.

 

  1. Sebab itu Quran menyebut tentang perintah sebelumnya, Shahru Ramadaanal lazeee unzila feehil Qur’aanu hudal linnaasi wa bayyinaatim minal hudaa wal furqaan, kekuatan yang dikaitkan dengan turunnya Al-Quran. Dan turunnya Al-Quran bagi kita untuk apa? Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia. Bagaimana petunjuk kepada manusia? Baca tidak, faham tidak, amal jauh sekali. Kita puasa bulan Ramadan, 30 tahun tanpa tinggal, 20 tahun tanpa tinggal, tetapi tiada perubahan, dari akhlak, nilai, kemanusiaan kita. Jadi, di mana dia Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia. Bagaimana boleh kita jadikan Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia itu, wa bayyinaatim minal hudaa wal furqaan. Hingga boleh dapat menilai di antara kekuatan seorang baik dan buruk.

 

  1. Sebab itu, kita peringatkan kita semua, jadikanlah bulan Ramadan ini, bulan yang memberikan kita kesempatan menilai diri kita. Kerana kadang-kadang kesibukkan kita menilai orang, mencerca orang, mengambil kesempatan untuk menidakkan sumbangan orang. Tidak. Dalam bulan Ramadan ini nilai kita untuk menjadi manusia, Muslimun Hakikiyun iaitu dengan amalan dan amalan itu konsisten, kerana ini seolah satu sekolah, madrasah Madrasah Ramadan ini sekolah, semua harus masuk kembali. Tok Khadi tadi tentunya dia arif, tetapi dia juga masuk sekolah Ramadan. Kita semua begitu.

 

  1. Tapi apa erti sekolah, penilaian tiap tahun bulan Ramadan, tapi perangai sama juga. Sakau, ada kesempatan Sakau. Kerja, malas. Gunakan kesempatan untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan ajaran-ajaran. Sebab itu, peringatan kepada kita semua. Saya mohon maaf kerana saya hanya mampu menyampaikan. Bukan maknanya saya punyai ilmu yang tinggi berbanding dengan ramai ulama’ yang ada, tetapi sekadar mengingatkan memenuhi tanggungjawab supaya ruh Ramadan itu berhasil dan mengesankan.

 

  1. Islam ini berbeza satu lagi aspek, dia tiap amalan kita itu dinilai dari segi perlaksanaannya, amalnya – Yâ ayyuhalladzîna âmanustajîbû lillâhi wa lir-rasûli idzâ da’âkum limâ yuḫyîkum (Surah Al-Anfal, Ayat 24) – Orang beriman itu, mesti menyampaikan yang baik, kata-katanya, ungkapan ceritanya. Tetapi, tidak berakhir dari situ, dengan amalannya. Idzâ da’âkum – penyampaiannya. limâ yuḫyîkum – penghayatannya. Sebab itu, dalam amalan kita, bulan Ramadan banyakkanlah amal. Tentu satu. Banyakkanlah sedeqah dan amal jariah bagi orang susah. Apa erti mencatat pertumbuhan yang mengagumkan, pelaburan yang tinggi, harus kita kerjakan ke arah itu. Dan saya ucap taniah kepada negeri Johor yang bekerjasama rapat dan kita bantu semaksima mungkin untuk mengangkat kedudukan ekonomi negeri Johor. Tetapi seperti yang saya singgung tadi, penilaian kejayaannya ialah keupayaan kita memastikan ia sampai kepada rakyat. Kalau tidak ada kesenjangan yang kian melebar, yang kaya bertambah kaya, yang miskin terhimpit hidup mereka.

 

  1. Sebab itu saya bangga di Pontian, terima kasih kepada Pegawai Daerah. Mana Pegawai Daerah? ya terima kasih kerana berusaha betul-betul. Orang pandang ringan bila saya sebut miskin tegar, sifar miskin tegar. Mana mungkin ada yang kata. Ada yang kata, tak penting kerana orang tak akan tengok ini. Orang kampung dicerok mana, tak peduli. Tapi, saya kata, saya nak ukur kemajuan, nak hapuskan kemiskinan, semuanya akan mengambil masa. Tapi, malu kita bagi negara seperti Malaysia. Dengan semua kekayaan begini, tak mampu selesaikan masalah miskin tegar. Saya salute Pegawai Daerah dan juga saudara Ahmad Maslan kerana di Pontian tahun ini berjaya kita selesaikan masalah miskin tegar. Tahniah!

 

  1. Tak susah sangat pun, dia tekad politik bersungguh-sungguh saya sekarang dalam lawatan tidak hari ini ke Johor kerana hampir musim cuti, Ahli Parlimen pun kata masa-masa cuti panggil ke sini dekat Raya Cina. Jadi, saya tak buat, tapi sekarang ni saya pergi kalau dulu saya buat mesyuarat Negeri dengan Kerajaan Negeri, sekarang tidak. Dua hari sudah di Tambun, di Kinta, daerah sebelum itu di Bentong, daerah kerana saya belajar daripada pengalaman marhum Tun Abdul Razak dulu apa yang Tun Razak lakukan turun ke daerah, tanya miskin berapa? Hospital pasaipa tak siap. Jalan pasaipa lambat. Jadi, tengok masalah daerah, jadi itu yang saya mula lakukan sekarang untuk pastikan projek-projek berjalan kerana orang nilai kita bukan saja dengan tinggi-tinggi di atas, tidak. Orang boleh nilai, memang betul projek besar penting, jangan saya ringankan ini transisi tenaga, E&E soal elektronik soal transformasi kerana kita masih digital, digital technology ini semua penting tetapi akhirnya yang penting itu anak di rumah, orang miskin di kampung yang mesti kita lihat dan cuba selesaikan. Mudah-mudahan dengan mesej ini semua daerah di negara kita mula tumpu untuk buat penilaian berdasarkan apa yang kita sepakati, KSN ada dan juga Kementerian-Kementerian masing-masing iaitu melihat kepada permasalahan rakyat sekecil-kecilnya.

 

  1. Orang senang dengan pengumuman projek raksasa, penting bagi negara tetapi rakyat senang kalau longkangnya itu diperbaiki kalau jalan yang berlubang-lubang itu ditampung, kalau surau yang robek itu diperbaiki, dan kita harus juga dengar keluhan rakyat dan ini menjadi keutamaan mulai bulan Januari 2026, satu tahun ini, tahun gerakan memastikan projek-projek kecil dilaksanakan dengan kadar segera. Jadi, Pegawai Daerah dengar baik-baik bulan depan bagi laporan, saya bagi satu bulan bagi laporan tentang perlaksanaan projek kecil di arah Pontian sebab hari ni tak sempat saya dengar taklimat, Ahmad Maslan tengok.

 

  1. Kita juga harus santuni rakan-rakan kita yang lain memang orang India baru dengan Pongal tapi orang Cina sahabat dan rakan kita sambut Hari Raya Cina dan saya ucap terima kasih kepada YB kerana walaupun sepatutnya dengan keluarga sekarang masih sanggup datang bersama-sama raikan, thank you very much. Jadi, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Cina, Gong Xi Fat Coi, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

 

  1. Ini tak sampai hospital lagi, hospital dah RM400 juta man, buat lah dulu cepat-cepat. Saya hanya jamin kita cepatkan. Kalau minta umpamanya ada masjid, ada surau dan lain-lain. Masjid itu Kerajaan Negeri Johor boleh bantu lah, kalau Kerajaan Negeri Johor bantu setengah, minggu depan saya lulus setengah lagi untuk masjid.

 

  1. Yang lain-lain tu, kita tengok, tetapi, untuk maksud, oleh kerana dah sampai Pontian ini. Saya tengok orang pun baik sangat, saya pun pandai orang Pontian ni, dia dengan senyumnya, dengan apa-apa, jadi saya sudah “hatiku sudah tertawan” Jadi, untuk kemudahan, campur dengan surau kita gitu-gitu ni, kita lulus segera 2 juta ringgit dulu.

 

  1. Jadi, kita dengar biasa, Gong Xi Fat Coi, Selamat Hari Raya, Deepavali, Nal Valthukal. Tapi kita faham tak bahawa tidak semua negara begitu? Kan baru-baru ini Modi datang, Narendra Modi India sebelum itu, Xi Jinping, China sebelum itu, President Donald Trump.

 

  1. Saudara, untuk semua majlis ini, saya tidak pernah tinggal bila ada acara kebudayaan semua kaum diwakili bukan sahaja tarian masing-masing, ini tarian Melayu, ini tarian Cina, kemudian tarian India, tidak. Memang teras kebudayaan kita itu kebudayaan Melayu. Tapi dalam semua acara kita, saya pastikan terasnya Melayu dalam satu tarian ada Cina, ada India, ada Kadazan, ada Iban. Ini hebatnya Malaysia.

 

  1. Jadi, pemimpin-pimpin punya dunia hairan. Jadi pemimpin-pemimpin dunia hairan. Dia tidak hairan kalau ada tarian asing-asing. Masing-masing ada, dia tahu. Tapi kita boleh combine. Satukan. Di mana ruginya? Masih terasnya masih budaya Melayu. Islam masih Agama Persekutuan. Puasa Ramadan itu kita kembangkan dan syiarnya dihebatkan. Tetapi, kita santuni. Kerana kita tahu negara ini boleh hidup aman sekiranya ada semangat muafakat dan perpaduan yang tulen. Jadi saya harap kita pastikan ini terus berlaku. Kerana semua catatan kejayaan kita, saya pasti tak ulang sekarang, tetapi saya sendiri sebagai Menteri Kewangan pun terkejut dengan angka yang kita perolehi suku tahun akhir tahun lalu. Kita jangka paling tinggi pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun keempat tahun lalu itu ya sekitar 5.4% – 5.5%. Tapi kita catat rekod pertumbuhan ekonomi Malaysia suku tahun keempat tahun lalu itu 6.4%. Pengangguran terendah. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Jadi itu kita kena akui.

 

  1. Sebab itu saya katakan negara ini akan makmur sekiranya rakyat itu terdedah, terdidik dan diberikan pencerahan apa yang berlaku. Ini bukan propaganda, ini bukan kerja dan cerita dan taksub politik ini kenyataan lihat negara-negara jiran. Alhamdulillah kita aman bukan sekadar kita aman, kerana kita aman bila ada perseteruan di antara Kemboja dengan Thailand, Malaysia yang diminta untuk mendamaikan. Bila ada pergaduhan terus di Myanmar yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban dan ratusan ribu pelarian, kita diminta memberikan pandangan dan kita beri pandangan yang tegas, syukur Alhamdulillah, sebab apa? Orang kata sebab PM, tidak sebab sistem kita, pimpinan kita jentera kita, tentera, pasukan polis, pasukan keselamatan umumnya, penguatkuasaan menjalankan tugas dengan baik.

 

  1. Kadang-kadang kita hanya hebahkan isu-isu yang negatif sahaja ini tidak kena, orang ini tidak betul dan sebagainya itu sahaja kerja kita ini hasut hal-hal yang negatif hal yang baik tidak disebut ini penyakit namanya, penyakit iri hati, penyakit dengki, dendam kesumat bagi orang yang tahu dia boleh kritik Dr. Dzul dalam Jemaah Menteri dan juga KSN Shamsul Azri itu ruang terbuka bagi pandangan bagi teguran, tetapi kita kerja sebagai satu pasukan kita belajar untuk beri penghormatan dan salut kepada rakan-rakan kita yang menyumbangkan tenaga dan berkorban.

 

  1. Masalah penyeludupan, masalah dadah, masalah jenayah ini semua memerlukan sikap dan tekad yang berani dan tegas di kalangan penguatkuasaan kita. Tapi contohnya mesti pimpinan kalau pimpinan itu amalnya sombong ada peluang saja sakau tanah orang milik dia, harta orang milik dia, saham dia sapu jahanam negara ini, sebab itu saya minta kawan-kawan faham mengapa negara ini kalau mau di landasan yang betul kita mesti ambil sikap tegas negara ini hebat Malaysia punya potensi yang luar biasa kalau kita tadbir dengan baik dan jaga negara ini dengan bersih saya yakin insya-Allah.

 

  1. Jadi saudara-saudari yang dirahmati sekalian, ya projek hospital ini balik, dah diterangkan berapa jumlahnya tetapi projek di bawah kerja kesihatan sahaja 23 projek itu cecah RM2.625 bilion sebab itu Jawatankuasa Alam JKR, terima kasih saudara Ahmad Maslan harus pantau yang sakit, yang lambat. Kita masalah ni kadang-kadang projeknya banyak, pelaksanaan tu lembab masalah teknikal titik bengik itu dibiar berlarutan. Jadi sebab itu saya katakan di antara yang saya lakukan, turun ke daerah, tengok apa projek sakit, mengapa dan ambil tindakan segera. Mengapa lambat kalau projek itu umpamanya boleh siap dua tahun mengapa nak sanggup terima empat tahun. Tadi disebut umpamanya seperti hospital ini, ada rancangan yang katakan empat tahun. Sebab apa empat tahun? Orang Pontian tak sabar nak tunggu empat tahun, dah lah tunggu puluh tahun dah suruh tunggu lagi empat tahun. Apa kata kalau saya anak Pontian, tinggal di sini, kemudian kena tunggu empat tahun lagi hospital nak siap? Saya tidak boleh terima, kalau saya tidak boleh terima, orang Pontian pun tidak boleh terima. Oleh itu, mesti kita segerakan pelaksanaan projek ini.

 

  1. Saya dalam hukum, hukum pemerintahan itu sahaja, kalau saya nak orang adil daripada saya, saya adil kepada dia kalau saya nak projek itu cepat, maka saya percaya orang pun memerlukan dengan segera. Kerana kita lihat umpamanya di Malaysia ini beberapa hal kadang-kadang orang biasa dengan cara lembab dia tidak tahu bagaimana orang di kampung yang tunggu nak pergi, dah lah nak pergi ke hospital tu 40 minit perjalanan, kemudian masuk hospital kena tunggu lagi. Jadi benar kita kena selesaikan tapi dia memerlukan biaya yang besar jadi yang mampu kita lakukan cari kaedah baru sepertimana disebut oleh Menteri Besar apa sahaja yang mungkin untuk mempercepatkan. Jadi, saudara-saudara selain itu, ini melibatkan juga pemilihan kontraktor dan pemantauannya. Jadi, saya percaya terima kasih kerana KP JKR telah ambil tindakan.

 

  1. Dan juga kos, saya sebut di banyak tempat mengapa hospital kita ini kosnya terlalu tinggi memang syaratnya tinggi orang lain kalau swasta kadang kos yang jauh lebih rendah kita terlalu tinggi jadi Ketua Pengarah bagi jaminan kepada saya dipercepatkan satu, fast track dengan perbendaharaan kita akan lakukan. Ketiga kos mesti turun kalau kita dapat jimatkan katakanlah RM50 juta kos di Pontian RM 50 juta itu boleh diberikan untuk jambatan, untuk surau, untuk sekolah. Pulang balik kepada rakyat jadi projek mesti ikut kos yang sebenar jadi saya harap hal-hal ini dapat kita sampaikan dan pegawai daerah akan bagi laporan lengkap dalam tempoh satu bulan semua projek-projek diluluskan dan harus disiapkan dalam tempoh segera kerana ini dilakukan oleh kebanyakan pejabat daerah yang saya lawati kerana dah datang saya tidak akan datang lagi lah, nasib baik, tapi belum tahu kalau saya datang mengejut boleh juga.

 

  1. Tapi saya ucap terima kasih aduh semangat saya tengok orang Pontian hari ini luar biasa. Terima kasih. Saya betul-betul lah terharu bukan sahaja kerana kehadiran yang ramai orang datang ke dalam majlis memang ramai. Kadang-kadang suruh datang, dia datang tapi ada kalanya dia datang tapi dengan senyum dia dan lengang lenggok-nya persaudaraan dia macam kenal lama. Eh tu apa khabar jadi saya pun eh tak boleh cakap lah betul-betul saya terharu jadi terima kasih Ahmad walaupun kopi belum bagi lagi tapi tak apa.

 

  1. Sekali lagi lah saya ucap terima kasih kepada semua yang bertugas yang bekerja dan kita doa kepada Allah SWT kita kerja sesungguhnya, kerana yang boleh kita bagi kita dah bagi dah. Tadi saya ucap terima kasih seorang dari situ lagi, terima kasih Dato’ Seri gaji naik, ada juga yang ingat, terima kasih.

 

  1. Jadi, maknanya ya walaupun saya tahu tapi bila disebut begitu, sejuk juga hati kita. Kita pun manusia kan, orang kenang. Jadi, sekali lagi jaga negeri ini dengan baik pastikan dengan aman yang soal MB sebut soal hasil, tidak apalah jangan bimbang perbelanjaan kita untuk negeri Johor ni Dato’ Onn di antara yang paling tinggi dah di Malaysia, lebuh raya, SEZ, pelabuhan itu semua belanja Persekutuan. Jadi kalau begitu, rundinglah dengan baik yang pentingnya itu apakah rakyat dapat kebajikan sepenuhnya wang pusat, wang daerah, wang negeri itu semua technical doesn’t matter apa, rakyat pedulikah kalau wang ini daripada negeri, atau wang ni daripada pusat yang penting wang sampai kepada rakyat, ini yang bagi saya yang penting.  Dan dana ini dijalankan dengan cekap jangan bocor, jangan tiris, buat tender proses betul-betul biar manafaat kepada rakyat.

 

  1. Ini dalam Kerajaan MADANI ini saya tidak tolak ansur, memang dihentam, disamun, saya tidak peduli selagi kita dapat amanah, jalankan pentadbiran negeri ini dengan bersih, cekap untuk faedah rakyat jelata.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: