EXIT PRESS CONFERENCE DURING WORKING VISIT YAB PRIME MINISTER TO THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA
VERBATIM TEXT
EXIT PRESS CONFERENCE
WORKING VISIT BY
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
TO THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA
3 SEPTEMBER 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Seperti yang dimaklum, Organisasi Kerjasama Shanghai – Shanghai Cooperation Organisation ini, kita bukan anggota. Tetapi kita diminta oleh Presiden Xi Jinping sebagai tamu khas Pengerusi untuk hadir dan berikan pandangan tentang isu-isu semasa.
Jadi kita manfaatkan itu untuk hadir bagi pandangan dan ada beberapa pertemuan termasuk dengan Presiden Xi Jinping sendiri, dua hala dan juga dengan Perdana Menteri Li Qiang, diikuti oleh makan malam dengan beliau. Itu maknanya kedua-duanya di Tianjin dan juga di Beijing.
Di Tianjin saya sempat juga bagi kuliah di universiti dan mengadakan banyak perjumpaan-perjumpaan singkat dengan pemimpin-pemimpin yang hadir, termasuk bincang soal langkah perdamaian dan juga keamanan Myanmar sebelum Menteri Luar menyusul lawatan untuk meneruskan perbincangan ke arah perdamaian. Kemudian juga dengan Presiden Turkiye Tayyip Erdogan tentang kerjasama dua hala. Presiden Turkmenistan, bebarapa presiden 4 – 5 lagi. Perdana Menteri Mesir, sempat saya tanya juga perkembangan semasa bersabit dengan Gaza. Ramai juga pemimpin-pemimpin yang hampir membangkitkan isu kezaliman berterusan di Gaza dan juga kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestine di Gaza.
Saya juga jumpa dengan Perdana Menteri Pakistan, Perdana Menteri Cambodia, Nepal untuk bincang, meningkatkan kerjasama dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Berikutnya, sebelum kita berangkat pulang, kita hadir sekali lagi sebagai tetamu khas bersama dengan beberapa kepala negara lainnya, tamu khas kerajaan dan juga Presiden Xi Jinping untuk sambutan 80 tahun penyelesaian perperangan menentang serangan Jepun dan menamatkan Perang Dunia Kedua.
Tapi bagi saya, selain daripada sambutan itu, ialah peringatan bahawa negara harus bebas dan merdeka dan berdaulat, negara harus dihormati kebebasannya dan supaya dalam dunia yang agak bercelaru sekarang dengan sistem yang tak terkawal sebahagiannya termasuk contoh yang paling parah ialah di Gaza kerana rejim Zionis Israel terus mengganas, maknanya pengalaman kita sambut perdamaian dan penyelesaian persengketaan Perang Dunia Kedua ini dan cara rakyat China bangkit menentang apa saja bentuk keganasan dan penjajahan atau perjuangan menakluk negara mereka itu sebagai pengajaran kepada masyarakat kini terutama anak-anak muda.
Dengan perbincangan yang lebih mendalam dengan Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang, tentunya tentang pembangunan infrastruktur, pelabuhan, AI, hal-hal pendidikan, dan kerjasama dua hala yang harus kita tingkatkan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Baik, terima kasih.
Soalan wartawan 1:
Dato’ Seri. Tentang SCO Dato’ Seri. Pada pandangan Dato’ Seri, adakah SCO itu penting? Memandangkan dia lebih ke arah securiti dan sebagainya. Dan julung-juling kalinya, Malaysia dijemput, Dato’ Seri dijemput sebagai tetamu khas, diberi peluang. Yang keduanya, adakah, sebab kalau saya meneliti ucapan Dato’ Seri, adakah kita akan apply untuk jadi ahli SCO?
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Itu Menteri Luar jawab.
Jawapan Menteri Luar:
Memangnya SEO itu merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk mengikat persetujuan bersama, berkenaan dengan keamanan serantau. Ianya banyak daripada negara China sehingga kepada Central Asia, ia tidak bawa ke bawah. Kita dijemput sebagai tetamu khas, Yang Amat Berhormat sebagai tetamu khas dan diberi mandat peluang untuk berucap di forum tersebut. Untuk setakat masa ini, kita tidak ada keperluan untuk bagi pendapat saya Dato’ Seri, untuk kita menjadi anggota pertubuhan SEO tersebut. Kerana SEO itu semua peringkat negara China dan membawa sampai ke Asia Central Asia. It is more of Central Asia punya grouping. Dan kita sudah ada ASEAN. Dan ASEAN itu perlu diperkasakan lagi lah. Dan kita boleh mengadakan hubungan baik antara ASEAN dan juga SCO sebagai blok dengan blok.
Soalan Wartawan 2:
Dato’ Seri, saya dari Media Prima, NST. My question is on the ECRL, what you spoke about earlier at the Malaysia-China High Level Business Dialogue adjustment, you spoke about discussing with President Xi and also Premier Li on extending the ECRL line even further to the Thai border. Can you elaborate be further on that element?
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Dia sekarang ini kita tamat di Kota Bharu. Jadi sebaiknya kita kata terus sampai ke sempadan Thailand. Jadi cadangan itu ke arah itu sahaja. Itu dalam sekitar 25 kilometer ke Rantau Panjang, sempadan Thailand. Dan ini diharap dapat kerana kawasan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang khususnya Rantau Panjang itu masih kawasannya agak ke belakang sedikit, jadi kita harap dengan ada ini dan ada stesen di situ ekosistem pembangunan dan perniagaan itu dapat ditingkatkan.
Soalan tambahan wartawan 2:
What is the level of progress?
Jawapan tambahan YAB Perdana Menteri:
No, this is the initial discussion, the team will have to follow through the details, the costing, on the payment and because it’s a continuation then probably the cost will be much less.
Soalan Wartawan 3: Dato’ Sri agak keras mengkritik PBB sebab United Nations has failed dan sebagainya dalam ucapan. Bagaimana, boleh tak Dato’ Seri melihat, memang PBB itu satu organisasi yang gagal dalam sistem antarabangsa yang Dato’ Seri sebutkan?
Jawapan YAB Perdana Menteri: Setiausaha Agung PBB, António Guterres pun dia sebut tentang keperluan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk buat beberapa perubahan dan reform, kita bicara tentang demokrasi penyertaan sepatutnya lebih adil, lebih mewakili semua kepentingan dan tidak terikat dengan perjanjian asal penubuhannya. Jadi, tidak beza sangat dengan banyak pandangan yang lain. Orang bicara soal reform, United Nations, United Nations need to be more democratic, more representative itu sahaja. Dan kemudiannya oleh kerana keadaan sistemnya begitu dan dia tidak ada upaya menyelesaikan, jadi pengaruhnya kian mengecil. Jadi saya suarakan itu sahaja dan baiknya itu kerana didengar oleh Setiausaha Agung dia sendiri.
Soalan Wartawan 4:
Dato Seri, regarding the ASEAN Summit, so there are media reports saying that President Xi Jinping will not attend but only previously will attend so can you give us more details about it?
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Right now as mentioned much earlier, when President Xi Jinping was in Malaysia, he did indicate that for the ASEAN Summit, Premier Li Qiang will be representing China and of course I approached the subject because since President Donald Trump will be attending, but President Xi Jinping replied that the decision of the Chinese Government in the past is for all ASEAN meetings is to assign Premier Li Qiang.
Soalan Wartawan 5:
I think it’s very, very honored with the Chinese have given us respect. High respect.
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Yeah, that’s true. Yeah. In fact, you tengok semua pemimpin dunia yang ada, tapi Presiden Xi Jinping, dia minta Premier Li Qiang untuk hos dinner untuk saya, itu menjadi satu penghormatan bagi kita.
Soalan Wartawan 6:
Tadi dengan banyak perjumpaan dengan businessmen, dengan ahli perniagaan semua itu, macam mana Dato’ Seri lihat adakah ada potensi perniagaan?
Jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa:
Secara keseluruhan, mesyuarat perniagaan telah berjaya meraih potensi pelaburan berjumlah RM905 juta. RM905 juta dalam sektor kimia dan telekomunikasi. Dari segi eksport juga pencapaian hasil utama itu adalah potensi pembelian dari Malaysia. Dari Potensi eksport kita lebih kurang RM180 juta untuk ‘jd.com’ contohnya, dan satu lagi ialah kita juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjumpa dengan China Semiconductor Industry Association, di sana kita juga ada berbincang dengan MATRADE, dia ada potensi eksport juga sebanyak RM2.2 bilion ringgit dalam tempoh 1-2 tahun akan datang kerana potensi semikonduktor ini dari segi perdagangan antara Malaysia dan China pun meningkat.
