VERBATIM: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025

16 December 2025

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2025

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB SENATOR TUAN AMIR BIN MD GHAZALI

TARIKH : 16 DISEMBER 2025 (SELASA)

SOALAN:

Minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan dalam memperkukuhkan integriti dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam Agensi Penguatkuasaan termasuk PDRM.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Izinkan saya memulakan dengan menyatakan penghargaan kepada ahli-ahli yang berhormat di Dewan Negara kerana memberikan persetujuan dan kelulusan belanjawan negara 2026 semalam izinkan saya juga untuk memberikan sedikit penjelasan tambahan kerana isu ini isu yang banyak dibicarakan oleh rakyat tentang integriti badan-badan penguatkuasaan termasuk Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Agensi Kawalan dan Perindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan lain-lain.

Jadi saya ingin jelaskan pertamanya untuk memberi jaminan bahawa isu integriti ini utama kalau tanpa integriti tidak mungkin nilai rampasan lucut hak serta kutipan penalti berjumlah RM15.5 bilion dapat dicapai ini kali pertama dalam sejarah negara ini dan ini juga memberi gambaran bahawa sebelum ini nampak ada kelonggaran, ada kelompongan mana mungkin dalam satu negara kita mampu mengutip RM15.5 bilion dari ketirisan, rasuah, penyeludupan dan lain-lain.

Dari jumlah ini SPRM telah mengumpul jumlah nilai lucut hak berjumlah lebih RM8 bilion tapi sepertimana kita sedia tahu beberapa isu yang dikaitkan dengan politik itu dihebahkan tetapi tindakan-tindakan tegas SPRM terhadap perasuah-perasuah ataupun yang dianggap perasuah besar Itu kadang-kadang tidak mendapat dukungan malah ada pembelaan termasuk beberapa ahli jawatan rakyat sendiri.

PDRM melibatkan nilai rampasan hasil penyitaan berjumlah hampir RM4 bilion Jabatan Kastam telah berjaya menumpaskan sindiket haram dan penyeludupan dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM2.5 bilion dan KPDN, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MyCC membuat rampasan dan kutipan penalti berjumlah RM1 bilion.

Ini termasuk langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih berkesan termasuk AKPS. Sekarang ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tentunya ada beberapa kelemahan yang tidak boleh kita nafikan tetapi untuk kita memberi gambaran yang negatif saya tidak fikir adil, ini terutama terhadap PDRM.

PDRM dalam semua tindakan seperti yang saya bacakan tadi telah menunjukkan keupayaan mereka melalui proses integriti ini memperolehi jumlah yang besar untuk negara maknanya tindakan mereka terhadap penjenayah penyeludup yang melibatkan tindakan tetapi persepsi itu pun umpamanya saya sendiri dengar dan saya percaya ramai ahli-ahli yang berhormat bahawa kematian dalam tahanan sejak 2024 ini melibatkan majoriti satu kaum.

Kenyataannya itu disebaliknya faktanya kematian dalam tahanan sejak IPCC ditubuhkan 2024 jumlah 57, Melayu 25, India 4, Cina 9, warga asing 15, Bumiputera Sabah dan Sarawak 4.

Sebab itu saya ingin jelaskan, sekiranya ada kes-kes di mana ada keterlanjuran tindakan oleh polis, siasatan rapi tetap dilakukan. Saya beri contoh kes yang terkini, yang menimbulkan banyak persoalan tentang kematian tiga yang dianggap penjenayah tegar di Melaka.

Siasatan rapi dibuat dan saya dapat jaminan daripada Ketua Polis Negara dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah bahawa siasatan rapi dan telus tidak ada tolak ansur dan laporan telah mereka kemukakan kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.

Tapi kita kena bezakan di antara ketelanjuran polis yang tidak boleh kita abaikan dengan tindakan penjenayah-penjenayah yang tegar. Jangan lupa Yang di-Pertua tiga bulan yang lalu, seorang anggota polis ditembak selepas ditikam dari Perak. Di kedah bila ada laporan pecah rumah, bila polis datang siasat, dia langgar mati. Empat hari lalu, di Batu Caves seorang yang telah didakwa di bawah 326 melanggar polis.

Orang ini telah dapat ikat jamin sebab itu kita dalam menuntut polis menjalankan kegiatan mereka dengan rapi, mengikut undang-undang, jangan sekali-kali bagi gambaran kita lemah dan tolak-ansur terhadap penjanayah yang tegar, yang berkeliaran.

Jumlahnya terlalu kecil jumlah penduduk 34.5 juta, jumlah ini tidak sampai 0.5% daripada jumlah rakyat di negara kita. Sebab itu, langkah-langkah EIC dan IPCC itu diberikan supaya sekiranya masih belum ada yang berpuas hati, masih mampu merujuk kepada IPCC untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.

SOALAN 1 (TAMBAHAN 1): YB SENATOR TUAN AMIR BIN MD GHAZALI

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering menegaskan budaya berani melapor. Bagaimanakah kerajaan menjamin perlindungan kepada pemberi maklumat (whistleblower) dengan izin, dalam agensi penguatkuasaan agar mereka tidak dikenakan tindakan balas secara halus ataupun terbuka? Dan di atas prinsip tiada siapa kebal undang-undang, bolehkah Yang Amat Berhormat memberi jaminan kepada Dewan ini bahawa prinsip tersebut akan diterapkan tanpa kompromi walaupun melibatkan pegawai kanan atau tokoh berpengaruh.

Terima kasih.

JAWAPAN

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soal melindungi hak whistleblower itu memang terjamin. Melindungi maknanya bukan sahaja mereka itu tidak diambil tindakan tetapi juga dikawal keselamatan mereka dan keluarga mereka supaya jangan dianiaya oleh penjenayah.

Tetapi adakah kekeliruan dalam negara kita? Sekarang ini penyamun, perasuah pun dianggap whistleblower dan dijadikan hero. Ini masalah, kalau seorang itu curi 1 bilion ringgit, dia kata dia akan beri kerjasama dengan SPRM untuk dapatkan balik 100 ringgit. Itu bukan whistleblower. Itu penyamun tegar.

Sama juga seorang pembunuh. Dia bunuh, kemudian dia kata dia akan bagi kerjasama. Supaya dengan syarat, dia dilepaskan. Dia akan beritahu, katalah tiga orang terlibat. Seorang yang juga antara tiga pembunuh itu. Dia kata dia akan bagi kerjasama. Supaya dia dilepaskan dan dua orang. Itu bukan whistleblower.

Jadi sebab itu, kita harus teliti. Sekarang ini ada budaya di kalangan ahli-ahli politik sendiri yang mendewa-dewakan seorang yang umpamanya mengaku, terang-terang merasuahkan pimpinan politik.

Jadi ini, harus kita bedakan Yang Behormat. Di antara whistleblower yang wajib dibela dan dikawal keselamatan mereka dengan penjenayah tegar yang menyelubungi atas nama whistleblower.

SOALAN 1 (TAMBAHAN 2): YB SENATOR TUAN ABUN SUI ANYIT

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adakah kerajaan berhasrat untuk menggubal undang-undang whistleblower ini? Kerana supaya ianya tidak disalahgunakan kononnya apabila mereka melaporkan sesuatu sedangkan mereka adalah perasuah tegar. Jadi ini mungkin ada kelompongan di dalam undang-undang kita supaya perkara ini perlu dipinda pada masa hadapan.

Terima kasih.

JAWAPAN

Terima kasih Yang Berhormat, kita ada Menteri yang dipertanggungjawabkan yang sangat tegas dalam hal ini dan sangat cekap dan saya percaya rang undang-undang itu kalau nak diperkemaskan, dibentang akan dilakukan awal tahun depan untuk menentukan kaedah yang tetap membedakan di antara whistleblower dengan penyamun atau perasuah atau penjenayah yang terlindung dengan peraturan ataupun akta whistleblower.

Ini saya percaya Menteri yang berkenaan akan segera membentangkan kiranya ada kelompongan

Share: