UCAPAN VERBATIM: PEMBERITAHUAN WAKTU PERTANYAAN MENTERI MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KELIMA BELAS 2025
PERTANYAAN : WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DARIPADA : YB DATUK WIRA MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN [MASJID TANAH]
TARIKH : 2 DISEMBER 2025 (SELASA)
SOALAN:
Minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawa-pegawai Menteri susulan teguran YAB Perdana Menteri agar Menteri memantau pegawai mereka dengan lebih tegas.
JAWAPAN
Terima kasih Masjid Tanah. Seperti mana yang telah saya umumkan. Pemantauan itu berterusan, kerana pertama ada pekeliling tentang Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam, Versi 1.0 (2024) dan ada audit dalaman yang akan kita teruskan dan juga ada tanggungjawab Ketua Audit Negara.
Jadi, walaupun ini berlaku, saya setuju dengan Masjid Tanah, bahawa harus ada pemantauan yang lebih teliti. Ini termasuk apa yang dibangkitkan baru-baru ini tentang surat sokongan. Memang saya telah nyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan, cuma kita harus bezakan. Surat sokongan ini, seperti mana dizahirkan baru-baru hari ini, kes termasuk pegawai di pejabat saya, itu senarai enam (6) syarikat kemudian minta dipertimbangkan. Jadi wajar diberi teguran. Tetapi apakah harus dipecat kerana surat menyebut “sila pertimbangkan”, bukan “syor meluluskan”.
Kemudian dibangkitkan lagi seorang pegawai saya di Kementerian Kewangan yang menyebut surat itu dipanjangkan. Ada saya pergi mana-mana daerah, pergi mana-mana negeri, orang hantar surat kepada saya, saya tulis di situ “sila teliti”. Tetapi yang tidak boleh ialah menyokong atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan.
Ini berbeza dengan surat umpamanya saya bagi satu surat yang menyebut: “Saya memohon Dato’ Sri mempertimbang kelulusan ke atas perolehan secara rundingan terus.” Ini tidak boleh. Menyalahi peraturan.
Ada satu lagi surat: “Pihak kami ingin mencadangkan syarikat sekian sebagai syarikat yang menguruskan projek berkenaan. Bersama ini dilampirkan syarikat untuk rujukan dan kelulusan.” Yang kedua ni, satu dari Kelantan, satu dari Terengganu.
Kita harus konsisten lah. Surat menyatakan “surat ini dipanjangkan”, itu riuh rendah satu kesalahan besar. Surat menyatakan untuk kelulusan, tidak ada satu suara. Ya, saya baca sekali lagi: “untuk kelulusan pihak Datuk”. Satu lagi, yang tadi itu Terengganu, ditulis oleh seorang EXCO. Yang Kelantan ini iaitu: “memohon pertimbang kelulusan.”
Jadi berbeza, satu kata “pertimbangan”, satu kata “dipanjangkan”, satu “pertimbangan”, satu “kelulusan”. Yang keduanya di Terenggan itu kelulusan. Jadi kalau nak Masjid Tanah, ambil satu keputusan yang konsisten.
Bagi saya, surat yang dipanjangkan boleh tegur, tidak menjadi satu kesalahan. Sehingga minta dipecat, harus pecat. Pecat pengertian itu dalam kes lain. Dalam kes surat, saya nak sebut, kalau diminta dipanjangkan, semua pernah jadi Menteri, surat orang hantar, kita kena rujuk, takkan kita nak simpan. “Dipanjangkan”, “diminta teliti”, tetapi yang tidak boleh ialah minta lulus. Ini yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan dan Terengganu.
SOALAN TAMBAHAN 1
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun, berkenaan dengan penjelasan tadi.
Jadi saya ingin menyentuh berkenaan dengan, berhubung dengan peletakan jawatan bekas Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Tambun. Tidakkah Yang Amat Berhormat Tambun rasa segan dengan mengatakan bahawa ianya adalah bukti bahawa Kerajaan MADANI ini berintegriti sedangkan pegawai Yang Amat Berhormat Tambun meletakkan jawatan setelah bukti screenshot whatsApp tersebut telah tular di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan juga oleh pihak media. Pada saya itu bukannya integriti tetapi telah kantoi. Jadi apa pandangan Yang Amat Berhormat Tambun?
Seterusnya, Yang Amat Berhormat Tambun, tidakkah Yang Amat Berhormat Tambun rasa kesal tidak mengikuti nasihat Yang Berhormat Ahli Parlimen Pandan untuk memecat pegawai tersebut dengan lebih awal sehingga kegagalan berbuat demikian akhirnya menyebabkan Yang Amat Berhormat Tambun sendiri terpalit dalam polemik ini?
Sekarang saya nak kemukakan soalan saya. Pada sekitar 28 November 2025 hingga 1 Disember 2025, akaun rasmi platform X milik Yang Amat Berhormat Tambun telah pun dikesan mengulang siar ataupun dalam bahasa inggeris “repost” beberapa hantaran yang dilihat prejudis terhadap siasatan yang sedang berjalan melibatkan bekas pegawai kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan ahli perniagaan Albert Tei. Yang saya kesan satu, dua. Jadi, dua yang ni saya kesan lah. Saya tidak tahulah ada lagi ke tidak.
Walaupun hantaran-hantaran tersebut telah diturunkan daripada akaun Yang Amat Berhormat Tambun, ia telah mengundang kemarahan dan juga perbincangan serta kebimbangan netizen. Saya ingin tahu apakah jaminan bahawa siasatan SPRM itu dijalankan dengan bebas tanpa campur tangan politik sedangkan tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri repost kandungan daripada akaun yang jelas menunjukkan berat sebelah boleh menimbulkan persepsi bahawa pihak eksekutif mempengaruhi naratif siasatan tersebut.
Terima kasih.
JAWAPAN
Terima kasih.
Kalau soal yang melibatkan mengapa tidak dipecat awal, saya nak tegaskan di sini. Tuntutlah bagaimana, kita tidak pecat pegawai kerana tulis surat minta dipertimbangkan.
Tetapi yang saya anggap hipokrasi di sini ialah tidak sepatah pun menyebut surat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu minta diluluskan. What hypocrisy is this?
Satu itu mengarahkan supaya diluluskan, tidak disebut. Tidak, surat ada. Kalau nak minta, boleh tetapi saya tidak mahulah. Biar siasatan. Tak ada imej apa bendanya. Imej, imej. Ini surat ada. Saya boleh hantar ke Yang Berhormat. Baca. Saya di Parlimen. Saya bertanggungjawab.
Ini surat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Utiliti Luar Bandar Terengganu. Nak tahu lagikah? Apa benda ini? Nyata surat ini ada. Tak sepatah pun. Oh begitu, senang jawab.
Saya nak elak sebab ini Parlimen. Kita buat, biar siasatan lah. Kalau saya sebut itu, prejudice the case, lebih pada yang munasabah. Tetapi saya sebut sekadar nak tunjuk bahawa pembangkang tidak konsisten. Satu kes minta lulus, itu no issue. Satu kes minta pertimbangan, big issue. Jadi saya nak tegaskan, surat “minta pertimbangan” ataupun “minta perhatian”, itu bukan jadi masalah. Cuma bentuk sekiranya diandaikan mempengaruhi, itu masalah, mengarahkan kelulusan.
Dalam kes yang sekarang disiasat oleh SPRM, saudara lihat, nak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren. Kalau saya ada pengaruh, saya rasa banyak kes-kes berat yang lain tidak digari pun. Tak puas hati lagi ke? Jadi saya setakat itu. Dan saya tidak tegur sepatah pun kepada SPRM. Saya dah beritahu, dia bebas untuk siasat, dia siasat lah. Dia nak suruh apa lagi?
Baik. Ada konon, “oh wibawa SPRM”. Diambil tindakan terhadap kartel terbesar yang diberi perlindungan selama puluhan tahun. SPRM dan badan-badan ini, semua Menteri-menteri saya tahu, Mustahil tidak tahu adanya sindiket yang besar. Ya. Jangan cabar lebih dari itu tetapi dibiarkan. Sebab itu kita dapat kumpul RM15.5 bilion ringgit.
Jadi saya setakat yang saya boleh buat, Masjid Tanah, saya kata, beri kelonggaran disiasat. Tidak ada maklumat kepada saya, tidak campur tangan. Dan oh, ada posting repost. Boleh siasat, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan. Saya boleh tanya administrator kerana saya tidak ada masa untuk itu. Boleh tanya. Saya tidak boleh nafikan, saya tidak tahu.
Tetapi apakah itu yang jadi isu sekarang? Isunya, siapa yang disiasat atau kemudian didakwa, serah kepada badan siasatan. Mengapa kita nak jadi hero nak pertahankan sebahagian orang? Saya tidak pertahankan staf saya. Saya nak tanya mengapa nak pertahankan orang lain? Pembangkang ada trend pertahankan perasuah-perasuah besar. Termasuk orang yang mengatakan, “Ya, saya sudah bagi rasuah sekian-sekian banyak.” Itu pun nak jadikan hero.
Bila kita ada siasatan Yang Berhormat Arau, kepada mantan Menteri Kewangan, yang punya harta berbilion-bilion dalam negara dan luar negara. Ada bank yang simpan wang. Bila kita siasat, Yang Berhormat Arau pun bangun nak pertahan. Saya kata biarlah siasat. Itu sebagai contoh. Siasat lah, yang pegawai saya pun masih dalam siasatan. Mengapa nak hukum? Saya kata siasat dengan bebas. Tetapi nak bagi perlindungan kepada orang ambil billion-billion, dia sakit, dia orang tua. Maksudnya sekarang ni kalau ikut pembangkang, kalau dia orang tua, curi tidak apa?
Jadi saya cuma cadangkan Parlimen harus digunakan dengan sebaiknya untuk menyatakan jangan beri perlindungan pada mana-mana perasuah.
SOALAN TAMBAHAN 2
YB TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM (SG SIPUT)
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Susulan jawapan daripada Yang Amat Berhormat sebentar tadi, saya ingin bertanya, apakah penambahbaikan yang dibuat oleh Kerajaan MADANI berbanding dengan Kerajaan-kerajaan terdahulu dari segi reformasi institusi dan perundangan bagi mencegah salah laku yang berlaku menyebabkan kerugian kepada Kerajaan akibat ketirisan kewangan.
Terima kasih.
JAWAPAN TAMBAHAN 2
Apa yang kita lakukan, dasar, akta, peraturan boleh kita umumkan. Tetapi, orang akan nilai dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaannya adalah dengan kejayaan Kerajaan MADANI melalui badan-badan penguatkuasa seperti yang saya umumkan di sini dahulu, SPRM, LHDN, PDRM, Bank Negara untuk dapat mengembalikan wang penyeludupan, rasuah, ketirisan sebanyak RM15.5 bilion.
Ini satu tindakan atau gejala sindiket yang berlaku, sudah berlalu selama puluhan tahun. Ramai yang sedia maklum, tetapi tindakan hanya dibuat kerana ada tekad politik dan kesungguhan melaksanakan. Ini Alhamdulillah, saya sebut kejayaan badan-badan penguatkuasaan yang dapat mengumpulkan.
Soal dia ialah apa yang berlaku sebelum ini? Mengapa dana ini tak dapat dikutip? Siapa yang beri perlindungan? Mengapa dengan seluruh badan penguatkuasaan yang ada ini, tidak upaya kutip 2-3 bilion wang yang dicuri ataupun yang tiris. Itu soalan, harus dijawab oleh semua.
SOALAN TAMBAHAN 3
YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN (LARUT)
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat ada memaklumkan kepada kita semua bahawa mengapa tidak dipersoalkan tentang kedudukan mereka yang telah mengambil daripada dahulu lagi? Yalah, sebab itu kami setuju, kalau ada dokumen yang menunjukkan mereka melakukan kesalahan, patut diambil kira.
Seperti juga apabila Bloomberg membangkitkan isu orang yang paling rapat dengan Yang Amat Berhormat. Di sini saya nak tanya, apakah SPRM telahpun diarahkan untuk siasat orang yang dituduh oleh Bloomberg? Kalau Bloomberg melakukan kesalahan, mengapa tidak juga Kerajaan mengambil tindakan terhadap Bloomberg? Ini satu persoalan yang menyebabkan kita juga keliru di sini.
Saya minta Yang Amat Berhormat menjawab.
JAWAPAN TAMBAHAN 3
Terima kasih, Ketua Pembangkang.
Tak payah keliru. Sebab bila Bloomberg sebut, SPRM adalah bebas untuk siasat. Dalam kes spesifik 70,000 ekar tanah di Sabah, boleh check. Tidak ada kelulusan. Ada andaian bahawa ada kelulusan. Boleh check rekodnya ada. Bahawa tidak ada kelulusan 70,000 ekar. Katanya usul untuk cari gali, bukan untuk pemindahan. Kedua-duanya tidak berlaku. Tidak ada kelulusan untuk 70,000 ekar itu dan tidak ada cari gali. Tapi riuh rendah 70,000 ekar diberikan kepada Setiausaha Politik (SETPOL). Jadi ini problem kita. Tapi apa yang saya nak sebutkan tentang apa yang dibicarakan oleh Larut ialah, kalau ada yang spesifik, kita siasat.
Tan Sri Yang di-Pertua,
Saya nak jelaskan di sini, sebab ini soal rasuah, saya tidak tolak ansur. Dan kalau ada maklumat, termasuk pegawai saya, “oh ini kiranya terpalit nama, imej” tak ada timbul. Ada kes. Saya tak boleh katakan seluruh jentera saya itu semuanya bersih, saya tidak boleh katakan. Ada maklumat, siasat. Kalaulah ditakdirkan betul 70,000 ekar itu, maka tentunya tindakan diambil.
Jadi dalam kes ini, ada orang tanya, mengapa SPRM cepat melepaskan? Kerana dia kes senang. Saya hari itu, Yang Berhormat Larut, hari itu saya baca, hari itu juga saya call Ketua Menteri. Saya kata, “you better check, ada ke?” Ketua Menteri check. Saya kata, “no, no, saya nak surat”. Baru surat. Jadi bila siasatan SPRM dalam kes itu tidak sukar.
Jadi mengapa nak diteruskan lagi sebagai ini satu kegiatan yang rasuah, kerana semata-mata, kerana orang itu ada kaitan 5-6 tahun dulu, pernah jadi staf saya. Bukan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Setiausaha Politik kepada Presiden Keadilan yang berakhir 5 tahun yang lalu.
