TEKS VERBATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PMQT 14 OGOS 2025: SOALAN YB DATO’ ROSOL BIN WAHID [ HULU TERENGGANU ]
LAPORAN VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KELIMA BELAS
PERTANYAAN : WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
TARIKH : 14 OGOS 2025 (SELASA)
SOALAN 2: DATO’ ROSOL BIN WAHID [ HULU TERENGGANU ]
Terima kasih yang di-Pertua, sebelum itu yang di-Pertua saya ingin mengalu-alukan kedatangan belia-belia daerah Besut ke dewan ini. Terima kasih dan tahniah kerana mereka bekerja secara sukarela dan merentas parti.
Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua, sebelum itu saya nak mulakan soalan dengan satu hadis Nabi untuk ingatan kepada saya dan pada semua, iaitu hadis riwayat Muslim yang berbunyi “Arba‘un man kunna fīhi kāna munāfiqan khāliṣan, wa man kānat fīhi khaslatun minhunna kānat fīhi khaslatun minan-nifāqi ḥattā yada‘ahā: idzā u‘timina khāna, wa idzā ḥaddatsa kadhaba, wa idzā ‘āhada ghadara, wa idzā khāṣama fajara.” Maksudnya ialah empat perkara yang ada pada setiap orang kalau ada. Ia adalah munafik tulen, dan siapa yang ada daripadanya satu daripada sifat tersebut maka padanya satu sifat munafik. Apa dia? Diberi amanah, khianat; bercakap, bohong; janji, mungkir; bila bertengkar, berlapik batas.
Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua berbunyi minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai undang-undang yang disifatkan sebagai lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan oleh Kerajaan bagi memastikan ia selaras dengan semangat dan prinsip reformasi yang dilaungkan sebelum ini serta garis masa pelaksanaannya.
JAWAPAN:
Terima kasih Hulu Terengganu dengan nada yang agak sopan pagi ini, terima kasih. Dan peringatan hadis itu terpakai kepada semua, terima kasih.
Baik, sebab itu ia wajib juga mendengar. Kalau kita lihat umpamanya penyemakan undang-undang dan reformasi undang-undang yang dilakukan dalam tempoh lebih dua (2) tahun ini, itu rekod dalam negara kita sejak 1957 sehingga sekarang belum pernah ada pindaan dan reform yang dilakukan dalam dua (2) tahun setengah ini. Itu satu kenyataan.
Maka kalau kita guna pakai umpamanya apa yang dilakukan, iaitu jawatankuasa satu hal, Jawatankuasa Reformasi Undang-undang Jenayah, dan saya lihat Menteri dipertanggungjawabkan telah menjalankan tugas yang sangat membanggakan.
Dan pelaksanaan itu juga kita tahu akan mengambil masa, tetapi dalam dua (2) tahun setengah saya katakan, ada beberapa yang tertangguh lama. Umpamanya seksyen 309 Kanun Keseksaan, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak, dan pelbagai.
Jadi kalau kita rumuskan umpamanya, jumlahnya itu besar. Bagi tahun 2025, Akta Perkhidmatan Parlimen yang dibincangkan puluhan tahun itu hanya dibentangkan dan diluluskan di sini.
Kemudian, RUU Ombudsman 2025, RUU Bidang kuasa Admiraliti 2025, RUU Jenayah Siber 2025, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya – pemisahan ini memang dituntut sejak agak lama dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang akan membentangkan kepada Jemaah Menteri akhir bulan ini. Jadi kemajuan itu menggalakkan sebelum dibawa kepada PSA.
Dan seluruh data itu ada di JPM yang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), di laman sesawang Peta Reformasi Institusi (PetaRI), itu akan diberikan senarai yang lebih. Kalau diperincikan dari segi jumlahnya:
- Tahun 2023 – 5 akta baharu dan 34 akta yang telah dipinda;
- Tahun 2024 – 5 akta baharu dan 57 akta yang dipinda; dan
iii. Tahun 2025 – Setakat ini, 4 akta baharu, 6 akta yang dipinda, 2 RUU baharu dan 11 RUU yang dipinda sehingga kini.
Jadi jumlahnya ialah 23 setakat ini, termasuk 2 pindaan perlembagaan, satu menyentuh warganegara, kedua PSA.
Jadi kalau kita lihat perkembangan ini, walaupun masih dalam tindakan, banyak yang dalam masa yang tindakan oleh BHEUU dan juga kementerian-kementerian, ini saya tegaskan adalah rekod dua (2) setengah tahun pentadbiran kerajaan MADANI yang belum dapat ditandingi oleh kerajaan, termasuk kerajaan Yang Berhormat sebelum ini.
SOALAN TAMBAHAN 1 BAGI SOALAN 2
Tahniah hebat, amat hebat, tahniah. Cuma Yang di-Pertua.
Terima kasih dengan jawapan yang diberi panjang lebar.
Cuma persoalan saya ialah undang lapuk dan undang baru sebagaimana digubal tersebut yang dinyatakan tersebut, bagaimana undang-undang lompat parti yang dikatakan tidak memenuhi kehendak atau spirit. Nak sebut digubal, itu satu,kerana kita tak mahu lagi wujud lagi mamba-mamba baru, minta maaf guna perkataan mamba dalam dewan ini, adakah ia hendak dipinda?
Yang kedua berkaitan dengan undang baharu iaitu RUU SKMM, iaitu undang-undang yang berkaitan dengan berita-berita palsu. Kerana sekarang kita menyaksikan yang baru-baru ini, pertama sekali, pertama kali dalam sejarah dunia barangkali ataupun dalam sejarah Malaysia, seorang perdana menteri terkeliru dengan fake news. Adakah juga perlu dipinda tersebut?
Dan adakah Tambun bersedia untuk memohon maaf terhadap Pagoh yang dikatakan menyokong subsidi kepada orang asing, kerana saya tahu yang kata sokong dia orang asing itu ialah Menteri Pertanian, Kota Raja, dia kata tak perlu tarik, warga asing perlu pakai nasi juga.
Jadi, apakah Tambun bersedia untuk maaf kepada Pagoh dan kepada saya yang mengatakan saya tak buat homework. Terima kasih, Yang DiPertua.
JAWAPAN:
Terima kasih. Pertama saya ucap tahniah Hulu Teranggu walaupun ada teguran tapi paling sopan terhadap saya.
Yang pertama, undang-undang lompat parti. Kalau kita lihat Larut pun ada di sini, cadangan daripada PH masa itu adalah pindaan yang lengkap yang dibantah oleh pada masa itu Bera, Pagoh dan lain-lain.
Jadi itu undang-undang yang ada, kalau dikemukakan, bawa balik kepada PAC, saya akan cadangkan supaya diperlengkapkan itu saya rasa tidak ada masalah. Tetapi kena ingat yang menghalang dulu itu sebelah sana, ya itu kenyataan, kita ingat betul-betul, kita akan bantah, tapi akhirnya oleh kerana dalam perbincangan terakhir empat wakil dari kedua-dua pihak dan bila saya berjumpa dengan Bera kita kata okaylah ini sahaja yang kita mampu, setakat itu, maka setakat itu kita setujulah.
Jadi saya pun tandatangan bagi pihak pembangkang masa itu. Jadi walaupun ada tuntutan, ada cadangan baru, tak apalah. Tapi janganlah kita padamkan bahawa yang menghalang dulu itu Yang Berhormat belah sana. Jadi janganlah salahkan kita di sini kalau kita guna pakai tuntutan Yang Berhormat belah sana dan wakil-wakilnya ada Kota Bharu, Larut masa itu.
Tapi baiklah, kalau mengaku, mengaku silap dulu, kita betulkan, itu baru ada semangat, ya. Ini tak mahu mengaku silap semua kita salah. Tak betullah. Memang betul silap masa itu kerana empat wakil tidak bersetuju. Jadi akhirnya Bera, kerana Bera ini dia ambil sikap yang lebih lunak, dia panggil bincang, dia kata setakat ini sahaja kita boleh. Jadi saya kata okey, bawa balik kepada PH dan kita setuju setakat itu.
Dan sekarang ini bila kena kepada mereka, barulah dia runsing dan faham mengapa kita tuntut begitu dulu. Okey, kita akan proses.
Yang kedua yang dibangkitkan, soal kenyataan saya di Parlimen. Saya telah bawa kepada MCMC untuk dapatkan semua keterangan yang berkenaan dan saya tidak ada masalah. Kerana kalau dia dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan. Saya tidak ada masalah, ya. Jadi dengar.
Jadi saya dah minta MCMC mendapat penjelasan. Ada yang salah faham kata MCMC siasat Pagoh. Tidak, saya nak jelaskan. Saya kata sumber ini dari satu, dua, tiga. Tolong siasat satu, dua, tiga ini apakah sahih atau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu. Terima kasih, Yang Berhormat.
SOALAN TAMBAHAN 2 BAGI SOALAN 2 : YB TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ]
Terima kasih Tan Sri Speaker atas peluang yang diberikan.
Saya meneliti jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia MADANI yang mana Yang Amat Berhormat menjadi Ketua Majlis yang menyaksikan bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen digubah, diluluskan dan di gazette ketika ini sebagai sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan. Dan rakyat di luar sana saya yakin, tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ini walaupun hanya dalam tempoh dua (2) tahun setengah, syabas dan tahniah.
Cuma satu soalan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ini kalau orang lain mungkin tidak berani jawab, tetapi saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berani jawab sebab sentiasa Yang Amat Berhormat sentiasa di pihak yang benar.
Ada kata-kata mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat mohon supaya diberikan kekebalan ataupun imuniti dari segi undang-undang untuk menghadapi kes; tidak kira sivil ataupun jenayah di mahkamah. Jadi saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita kata, orang kata, padamkan segala tuduhan yang tidak benar terhadap Yang Amat Berhormat Tambun di luar sana. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
JAWAPAN :
Terima kasih Rasah. Yang pertama, terima kasih. Ini maknanya kalau maksud kita bawa hadis tadi untuk mempertikai seolah-olah Tambun atau saya beri keterangan dan tidak menunaikan janji, itu bohong. Itu saya telah buktikan bahawa janji kita, kita tunaikan lebih daripada apa yang mereka janjikan dari segi perstrukturan dan reformasi undang-undang. Saya harap kenyataan itu akan memberikan penjelasan supaya tidak lagi difitnah di luar.
Yang keduanya, soal yang dibangkitkan ialah soal permohonan kekebalan dan imuniti. Cuba baca permohonan itu. Permohonan itu atas nasihat peguam-peguam saya adalah memohon keputusan mahkamah; apakah frivolous, vexatious abuse of process diterima dalam semua kes, termasuk kes sivil? Mana-mana Menteri sekarang kalau dapat, belah sana pun banyak kes jenayah, tidak pun berhenti. Dalam kes ini, saya tanya tafsiran, vexatious, apakah mahkamah boleh beri keputusan kalau sesiapa sahaja buat keputusan? Kalau mahkamah kata tidak, benar dan boleh, teruskan, apa yang imuniti di situ?
Imuniti dan kekebalan maknanya tidak boleh dipertikai. Itu kekebalan. Yang dimohon ialah bertanya keputusan mahkamah, apakah mungkin sesiapa sahaja boleh buat serangan kepada Perdana Menteri, sesiapa sahaja secara frivolous dan vexatious yang mengganggu bidang kerja kita? Itu kalau baca, itu maksud dalam permohonan, dan terserah pada mahkamah. Mahkamah yang membuat keputusan, bukan Perdana Menteri. Keputusan itu keputusan mahkamah. Jadi terima kasih kepada Rasah kerana memberi penjelasan.
SOALAN TAMBAHAN 4 BAGI SOALAN 2: YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN [ LARUT ]
Terima kasih. Minta maaf, Pasir Mas.
Pertamanya saya bersyukurlah kepada Allah SWT, Yang di-Pertua kerana Perdana Menteri pada hari ini memaklumkan kepada semua, dia minta supaya kita kalau ada kesalahan, mengaku dulu buat salah dan kita minta maaf.
Jadi sebab itu, dia terpaksa minta MCMC melakukan sesuatu investigation mendalam supaya pastikan yang dia buat salah dan insha-Allah dia akan minta maaf.
Itu perasaan, betul salah tu bab lain, itu perasaan kami yang mendengar. Perasaan juga bila menjawab tentang penggunaan,, salah guna proses, abuse of power. Apa yang dibangkitkan dan PM juga menjawab bahawa yang diminta adalah jangan menyalahkan, menggunakan kaedah mahkamah untuk melindungi sesiapa. Saya juga mengucapkan terima kasih. Saya bersyukur, kerana sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat Tambun sedar, jangan menyalahkan atau menyalahgunakan kuasa yang ada.
Sebab itu, soalan saya adalah, kalau boleh, kita hilangkan perasaan semua rakyat yang ada. Jangan timbulkan perkara-perkara yang seperti ini lagi, sehinggakan ada orang yang mengatakan seolah-olah negara ini dah ada shadow government atau deep state. Ini bukan perkara perasaan, saya minta sangat kalau boleh candle principal yang jelas terangkan. Yang tak jelas, jangan nak lindung, nak tunggu tak apa. Salah ke? Kalau kata okey saya minta maaf lah sebab Pagoh punya hari tu tak betul, kita terima. Jangan supaya tak timbul perasaan bahawa Yang Amat Berhormat ini ada sesuatu yang dilindung.
Begitulah juga soalan tentang imuniti. Itu saya minta Yang Berhormat, kita di sini sebenarnya untuk kepentingan rakyat, apa pun Yang Amat Berhormat jawab tadi, saya tahu ada perkara-perkara untuk rakyat, ada perkara-perkara nak sindir tentang kita, dan saya pun hari ini ada perkara nak sindir Yang Amat Berhormat, sama. Itu perkara yang memang biasa dalam Parlimen.
Saya minta kalau boleh jelas, jangan lagi ada perkara-perkara yang boleh merosakkan perasaan kita semua.
Terima kasih.
JAWAPAN:
Terima kasih, ini nasihat Ketua Pembangkang, Larut, saya terima baik.
Yang pertama ialah tentang kita ingat balik kenyataan Pagoh, saya begitu sahaja, tidak ada masalah. Cuma pengesahan, kerana saya ada tiga sumber, yang disahkan tidak benar satu sumber. Jadi kalau betul dua sumber tidak, saya tidak ada masalah. Memang kalau kesilapan sesiapa sahaja berdasarkan sumber digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh. Tapi tunggulah, itu yang saya sebut, tak ada masalah.
Tetapi saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan rakan-rakan di sana yang memfitnah berhari-hari minta maaf sepatah pun. Tang kita, Anwar, PMX zalim, tidak beri peruntukan kepada Kelantan. PMX gunakan hakim untuk menekan, PMX gunakan SPRM untuk membuat pendakwaan, hari-hari kita dengar. Tak ada pula nak sebut minta maaf, guna hadis pula pertahan. Guna pula qunut nazilah, tapi tak apalah.
Tapi kalau semangat itu terpakai, saya tidak ada masalah, ini baru sivil dalam hubungan kita, siapa yang cuba membawa kebaikan dan masing-masing ada kelemahan kita baiki lah. Itu dia tujuan dia. Terima kasih banyak bab itu.
Tetapi tentang yang disebut oleh Ketua Pembangkang tentang persepsi. Kita di Parlimen ini dalam kerja kita cari dan guna fakta. Kalau benar, ya, ini persepsi, tuduhan kerana ini persepsi. “Orang ramai telah menyatakan”, orang ramai mana? dalam isu sampai hubungan antarabangsa diperolok-olokan. Dunia iktiraf kekejaman Kemboja, Thailand, tetapi masih ada yang perolok-olokkan.
Soal yang Sulawesi itu bagi saya serius, sebab saya tidak mahu hubungan antarabangsa dan tuntutan kita itu terjejas, tetapi dipermainkan. Ada minta maaf? Tak ada, walaupun kita dah jelaskan. Dan baru-baru ini nota persefahaman saya dengan Presiden Prabowo telah disebarkan. Ada minta maaf? Tak ada. Kerana persepsi. Jadi kita ingat, jangan berselindung di sebalik persepsi.
Kalau ditegur baik seperti mana yang Larut lakukan, saya terima, tak ada masalah. Cuma saya minta, biar kedua-dua pihak ambil sikap yang lebih sopan dan beradab. Terima kasih.
