PENGECUALIAN LEVI BAGI INSTITUSI PENDIDIKAN & LATIHAN SWASTA
16 June 2025
Saya telah umumkan pengecualian bayaran levi selama setahun bermula 1 Januari 2026 kepada semua institusi pendidikan dan latihan swasta di Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Bukit Jalil pagi tadi.
Insya-Allah, pengecualian ini memberi ruang penting buat institusi memperkukuh mutu pendidikan dan latihan, selaras usaha kita mempersiapkan anak-anak muda untuk kuasai teknologi digital, AI, peralihan tenaga dan tampil lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.