TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PM : FORUM ILMUWAN MALAYSIA MADANI (FIM) SIRI 9


VERBATIM TEXT

OPENING REMARKS

 

BY

 

THE PRIME MINISTER YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

 

AT

 

FORUM ILMUWAN MALAYSIA MADANI (FIM) SIRI 9

Strategies for Malaysia and ASEAN in an Era of Global Instability

 

13 MARCH 2026 (MONDAY) | 3.45 PM

DEWAN ZAABA, KPT
PUTRAJAYA

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

 

Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Rakan-rakan Menteri, termasuk Menteri Luar dan Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Prof. Jeffrey D. Sachs,

President of the UN Sustainable Development Solutions Network;

 

Tetamu-tetamu yang saya muliakan.

 

  1. Kita teruskan dengan tradisi wacana ilmu, dalam Forum Ilmuan MADANI ini untuk memastikan negara terus berakar kepada tradisi ilmu yang lebih mantap. Dan oleh itu, saya ucap terima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi kerana menjadi tuan rumah pada hari ini tanpa teh dan makan minum.

 

  1. I said this is an exception. It’s Ramadan so this is very cheap for the Minister of Education. No tea (joking).

 

  1. Sachs, let me begin by expressing my profound regard gratitude to you. We have followed your discourses, your courage and tenacity dealing with some very controversial issues with courage and conviction and therefore on behalf of the Malaysian government, of course it is a rare pleasure to welcome such an outstanding scholar of such a pewt.

 

  1. But may I also thank Professor Jeff of Sunway, who has given us this opportunity at his cost. His passion for education and scholarship is unrivaled, and I must therefore thank on behalf of our colleagues here.

 

Distinguished scholars, guests, ladies and gentlemen,

 

  1. We meet today in the midst of a war foisted on a sovereign state of Iran and its people, driven by the hegemonic ambitions of Israel in West Asia, and principally aided and abetted by the formidable war machine of the United States of America.

 

  1. Targeted killings of spiritual, political, and military leaders are executed with surgical precision while missile attacks massacre school children as they go about their lessons. As the statistics of the dead continue to pile up, not just in Iran but elsewhere, as in the Gaza and Lebanon, cities of rich historical heritage are indiscriminately bombed while key water and energy installations are blown out of existence.

 

  1. This tragedy can never be fully measured in cold numbers because the death and destruction are in fact the manifestation of a more profound geopolitical reality. And it is a deep seated, heinous, and insatiable desire to annihilate, to dominate, and to conquer at all cost.

 

  1. In as much as history reminds us that instability in this region rarely remains confined within its borders, the escalation of this war has already sparked massive disruptions in global energy markets. I just presided an emergency meeting of the Economic Advisory Council and we of course have to deliberate some key issues because the war has its ramifications throughout the world and affecting us here in Malaysia. So, it’s far reaching geopolitical and geoeconomic consequences for the entire world: Fractured communities, weakened institutions, and the erosion of trust.

 

  1. In this regard, Malaysia, as underscored by the bipartisan stand of our Parliament, has taken a principled position to condemn this the Israeli aggression and the United States as perpetrators in this aggression against an independent sovereign country, the Islamic Republic of Iran. And at the same time call for restraint this escalation and renewed diplomatic engagement across the region. Yet, the situation remains deeply alarming as countries in the Gulf Cooperation Council, Turkey, Azerbaijan, face repeated attacks with the violence affecting countries face repeated attacks with the violence affecting even countries as far as Jordan, Turkey and Azerbaijan.

 

  1. As I alluded to earlier, if international law is to retain its credibility, it must apply equally to all principles, lose their authority when they are invoked selectively. These inconsistencies undermine confidence in the very foundations of the international system.

 

Ladies and gentlemen,

 

  1. After the First World War, John Maynard Keynes published The Economic Consequences of the Peace, I think Professor Sachs have learned it by heart, purportedly advocating for the economic well- being of the world. Today, staring us in the face are the economic consequences of the war that extend far beyond the killing fields. War disrupts production, damages infrastructure, and diverts national resources toward military expenditure rather than development. These pressures translate into higher energy prices, rising inflation, greater fiscal strain, and ultimately, hardship, misery for the majority of our people.

 

  1. This afternoon’s discussion is particularly significant as we are joined by Professor Jeffrey Sachs, one of the world’s most distinguished economists and public policy thinkers. I underline public policy because I know him more as a public intellectual. Voice of conscience, courage of conviction and tenacity of purpose.

 

  1. Professor Sachs for decades has worked at the intersection of economics, development and global governance.

 

  1. At a time when the world faces interconnected challenges, voices such as yours Professor Sachs remind us that many of the problems confronting humanity cannot be addressed by nations acting alone. They require cooperation, imagination and sustained commitment. The endurance of the international order will ultimately depend not only on institutions or agreements, but on whether nations remain willing to uphold the principles that that give those structures meaning.

 

  1. The bard reminds us that the evil that men do lives after them. The good is oft interred in the bones. Let us not suffer this same fate. I earnestly believe that if the international community is to rebuild trust in the global system, it must demonstrate that the protection of human dignity is not conditional and that justice is not a bargaining chip to be parlayed for strategic gain.

 

  1. Justice must be the very lifeblood of humanity, of our humanity, regardless of color, creed or nationality. Malaysia, insya-Allah, will continue to stand firmly for these principles.

 

  1. I look forward to a thoughtful and enriching exchange with Professor Jeffrey Sachs, with all of you.

 

Terima kasih.

TEKS VERBATIM UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

  

 

SEMPENA

 

 

MAJLIS PELANCARAN MUSHAF MALAYSIA MADANI

 

 

16 MAC 2026 (ISNIN) | 10.30 PAGI

KOMPLEKS DARUL NASYRUL QURAN, PRESINT 14, PUTRAJAYA

 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.

Alhamdu lillāhil qā’il

Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān

Hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān

Wausolli wanusolli ‘ala rasoohilil kareem

Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.

 

 

Saudara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah;

Rakan-rakan Menteri;

Tunku Besar Tampin;

ke hadrat Syeikh Isa Al-Masarawi  dan Sheikh Afeefuddin Al-Jailani;

Duta-Duta Besar; rakan-rakan Timbalan-Timbalan Menteri; tetamu-tetamu yang saya muliakan.

 

 

  1. Kita hadir untuk meraikan ikhtiar besar yang ditaja oleh Yayasan Restu, Nasyrul Quran di bawah pimpinan saudara saya, Abdul Latiff Mirasa yang menjadi projek negara yang utama. Kerana dalam negara MADANI ini, paksinya harus keyakinan, dan keyakinan itu terasnya adalah keyakinan agama, akidah. Dan kerana bagi kita, usaha memartabatkan negara dari segi ekonomi, sosial yang kita kaitkan juga digital, tenaga, itu tidak terlepas daripada asas nilai hidup manusia.

 

  1. Dan kita adalah kalangan yang yakin bahawa keghairahan untuk mengejar pembaharuan, perubahan, kemajuan termasuk teknologi baru, itu tidak akan bermakna kalau hilang nilai insan. Walaqad karramna bani Adam – nilai kemanusiaan itu. Maka sebab itu, nilai dan akhlak itu tidak terlepas daripada paksi keyakinan, dan paksi keyakinan itu dari al-Quranul Karim seperti mana dibaca tadi dari pengantar tentang turunnya al-Quran itu Hudan linnas itu yakin. Bagaimana mungkin menjadi petunjuk kepada manusia? Wa bayyinatin minal huda wal furqan. Untuk memberikan kita kekuatan, menentukan dan menilai yang makruf dan yang mungkar. Jika tidak ada asas pengetahuan dan tadabbur al-Quran.

 

  1. Sebab itu bagi saya ini bukan sahaja satu ikhtiar, tetapi sesuatu yang memenuhi agenda, memberi makna kepada kehidupan dan pembangunan dan keutuhan satu negara. Simpang-siur pandangan, pertembungan, pembenturan ideologi, itu suatu yang tidak boleh kita hindari. Tetapi keistimewaan kita ialah kerana kita yakin membina generasi itu harus ada paksinya. Dan sepertimana asas yang diterapkan dalam tradisi latihan, tadrib dan tarbiah Rasulullah SAW, sepertimana yang diterapkan dalam Al-Muddaththir & Al-Muzzammil – Qum fa anzhir wa rabbaka fakabbir. Wa thiyabaka fatahhir. Itu sebenarnya berpaksi kepada keyakinan yang bermula dengan membaca, menelaah dan mengamalkan al-Quran.

 

  1. Sebab itu para alim menyebut bahawa pembinaan generasi itu — jilun, jil itu generasi — adalah generasi al-Quran. Jilun Qur’aniyun. Dan dia harus istimewa. Dia tidak hanya pembangunan dan pertumbuhan biasa. Mana-mana negara bicara soal pertumbuhan, pembangunan, timur dan barat, yang zalim dan yang keras, yang juga cuba bawa perubahan, semuanya bicara tentang perubahan dan pembangunan. Tetapi perbezaannya itu, yang menyebabkan kita itu unik, istimewa, farid, ialah kerana kita berteraskan kepada keyakinan al-Quran.

 

  1. Jadi sebab itu, Saudara Abdul Latiff, dan rakan-rakan di Yayasan Restu, kita anggap ini sesuatu yang bagi saya mengharukan, kerana susur galur sejarah yang agak panjang. Semasa kita memikir, merencana program Mushaf al-Quran ini, tidak terfikir. Saya harus ikhlas mengaku ia menjadi suatu teras dalam kehidupan dan dikembang sebagai suatu sumbangan, bukan sahaja kepada pendidikan dan pengenalan al-Quran di Malaysia, tapi di seluruh dunia.

 

  1. Sepertimana yang dihimbau tadi, saya ke Jakarta, Festival Istiqlal yang dirasmikan oleh Almarhum Presiden Soeharto. Dan saya lihat usaha-usaha pada masa itu, jawatankuasa Festival Istiqlal menerbitkan al-Quran. Jadi saya kata dalam keadaan dana dan kewangan kita hebat pada masa itu, pertumbuhan 9-10%, tidak ada sebab mengapa tidak boleh kita berikan tumpuan. Itulah pertemuan saya dengan rakan saya, Saudara Abdul Latiff dan kerana komitmennya, keghairahannya dan kadang-kadang saya anggap kedegilannya, dapat meneruskan. Dan saya bisik pada Tunku Besar Tampin tadi dan juga pada TPM, letih saya nak cuba elak kerana dia terus menggesa, mengasak dan memaksa. Dan kerana kebetulan saya juga Menteri Kewangan. Tapi oleh kerana rencana ini baik, maka sebab itu kita beri dukungan.

 

  1. Saya ke Peru, Brazil, Afrika Selatan, Itali, Jerman. Saya bawa naskhah Mushaf al-Quran. Bagi umat, itu hadiah yang bermakna. Yang besar diletak di masjid, yang sederhana diedar kepada guru-guru agama, yang kecil bagi yang sudah biasa dengan hafalan. Jadi di mana-mana saya pergi, saya sebut tadi beberapa negara, Kenya, Ethiopia, kalau sempat saya ke masjid atau pusat Islam, kalau tidak saya undang para alim dan tokoh-tokoh Islam untuk menemui saya dan saya menyampaikan. Jadi, terima kasih Saudara Abdul Latiff kerana apalagi hadiah dan sumbangan terbesar yang boleh kita fikirkan kalau tidak al-Quranul Karim.

 

  1. Rencana untuk membina umpamanya Madinatul Quran. Saya insya-Allah dalam 1-2 hari akan bincang dengan Saudara Abdul Latiff. Ada satu idea yang baik oleh TPM Fadillah, untuk menjadikan ini projek umat dalam negara dan luar, dan menjadikan ini bukan sahaja gedung tapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan. Supaya ia mungkin menjadi juga bukan sahaja pusat membikin, merencanakan mushaf, tetapi juga untuk menjadikan pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau. Mungkin kita kerjasama, dan terima kasih kepada JAKIM dan juga universiti-universiti tempatan.

 

  1. Jadi saya akan sebut tentang 1 juta naskhah al-Quran. The background, as many of your Excellencies are aware, was that the anger expressed by Muslims throughout the world when the sheer arrogance, ignorance and prejudice Islamophobia by elements in the west, in this particular case in Sweden, when they burned al-Quran. Many Muslims reacted understandably with expression of anger, at times resorting to another form of violence, burning, destruction.

 

  1. But here in Malaysia, we decided to do to the contrary. Out of sheer ignorance and arrogance, remnants of imperialistic design, of complete abuse of the others. We offered an alternative. You burnt one Quran, we will print a million Quran and distribute throughout the world.

 

  1. And Alhamdulillah with the support of brothers, ministers, ministries, Ministry of Finance JAKIM and the commitment of brother Latif Mirasa, we are able to do 30 languages, of course, four in the Mushaf MADANI. Of course we start with the four languages, Malay, English, Mandarin and Tamil. But we resort to the other vernacular languages and other languages. And we are grateful not only to both the Sheikh, but the support of many countries. Qatar, Saudi Arabia, Jordan. In all these countries that we visit, the support, the friendship is maintained and of course we are grateful and will continue. As I mentioned to the ambassadors, let us, you know, collaborate and work together.

 

  1. Of course, there are difficult times. We can choose to talk about issues and problems, its true. Can you imagine these days and age you can have the display of the arrogance. Not only a few individuals, like in Sweden, the whole country like Israel, with the sheer arrogance and imperialistic design supported by the United States, can just attempt to be an aggressor and launch an attack to the Islamic Republic of Iran.

 

  1. Of course, now getting more complex. I’ve communicated with leaders in Oman, in Saudi Arabia, in Qatar, Kuwait, UAE Turkiye and on also to Iran. First, Malaysia and thanks to the Parliament, bipartisan support on all members of Parliament to condemn the attack against Iran, to express our condolence to the demise of Imam Khamenei and his family.

 

  1. But in the second round of discussions with the leaders, we also express concern. Because once the perpetrators are Israel and Saudi Arabia, the impact is now throughout the Muslim world, particularly the Middle East and Turkiye and Azerbaijan. So in my communications with the second round Foreign Minister of Iran, I did express and of course I’m appreciative of the fact that they have given categorical assurance that it must not lead to skirmishes and battle among Muslim countries.

 

  1. It is a difficult, complex situation. I can almost understand that when a country has to face this sort of sheer display of arrogance, I should say even new imperialistic design is difficult to ask them to just contain. But I think it is our duty because of our strong born friendship not only with Iran, but all these countries, particularly Saudi Arabia, Qatar, UAE, Kuwait, Oman to then Jordan and of course in my repeated discussions with President Tayyep Erdogan, we just make dua that we can resolve this.

 

  1. You see, we cannot forget the plight of our Palestinian brothers and sisters in Gaza. And what more tragedy can befall us in the holy month of Ramadan? And now because the protracted warfare, the continuous attack and bombardment, we have disremifications throughout the world.

 

  1. I was in Sabah last night. We have to help them. Many of them are still poor. We give them diesel subsidy and for Sabah and Sarawak, due to this increase, the Federal Government has to increase 4.6 billion ringgit additional subsidy for Sabah Sarawak. Petroleum cost of now Budi95 RM1.99 is about the lowest in the world. Only Brunei Darussalam has a slightly lower price than us. I did it last year because I thought, as you know, together with my colleagues needing the government, I want to do whatever is possible to reduce the burden of our people.

 

  1. But now we are faced with this calamity and the ramifications this year. It’s costing us additional subsidy of 2 billion ringgit a month. Now that we maintain the price and insya-Allah make dua and pray we try and maintain the price at the cost of RM2 billion a month. With the price now, if it further increases then naturally it will cost more. It means 24 billion ringgit additional one year.

 

  1. Well, I can understand some of my colleagues in the opposition and some in the social media still abuse us for this because we give the implications and the problem. But that is the reality. We have the sufferings of our brothers and sisters not only in Iran, all these countries. We have calamity befallen us the whole region, particularly affecting the poor and still we have some desperate elements irresponsible, exploiting the case and using it as a political weapon to weaponize to attack.

 

  1. We should now learn that without unity, working together, we will never be able to sustain either the peace nor the prosperity.

 

  1. Sebab itu saya ingin menyatakan di sini ya, al-Quran itu kekuatan bila dibaca, dihayati dan diamalkan. Sebab itu jil al-Quran itu, generasi al-Quran itu, yang membaca dan mengamalkannya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita.

 

  1. Tentang Syeikh Isa Al-Masarawi, Jazakallah Khairan anta .. Syeikh, Al-Kabir yang banyak membantu kita. Dan Syeikh Afifuddin Al-Jailani, thank you.

 

  1. Juga kepada duta-duta dan rakan-rakan, dan percayalah Saudara Abdul Latiff yang hadir di sini, menteri-menteri, timbalan menteri, kita akan lakukan sebaiknya. Ya, saya tentulah sedikit runsing dan bimbang kerana keadaan tidak menentu. Tapi saya juga diperingatkan tadi sampai-sampai, la takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana. Jadi semua ada jawapannya untuk memberikan kita kelegaan, keyakinan. Untuk Fa izaa ‘azamta fa tawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM

 PERDANA MENTERI

 

  

SEMPENA

 

SAMBUTAN HARI PENGGUNA KEBANGSAAN 2026 

 

 

15 MAC 2026 (AHAD) | 12.00 TENGAHARI

KOTA KINABALU, SABAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Saudara saya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji;

 

Saudara Menteri, yang bawa saya ke Kota Kinabalu ini. Terima kasih Saudara Armizan, kerana komitmen dan semangat yang ditunjukkan;

 

Saudara Fuziah, Timbalan Menteri;

 

KSU;

 

Menteri-Menteri Negeri;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Terima kasih atas sambutan baik, Alhamdulillah. Walaupun Ramadan masih kita beli-belah. Tapi sepertimana kita tahu, saya beri beberapa peringatan, kita beli keperluan kita dengan semangat Hari Pengguna Kebangsaan ini, suatu peringatan kepada kita membeli barang keperluan, memilih kos yang lebih rendah.

 

  1. Kementerian Pengguna sangat aktif dalam memberikan ruang, rangkaian supaya pembeli-pembeli buat pilihan, memilih kos yang rendah, mutu yang baik. Banyak acara-acara yang telah diperkenalkan sepertimana kita sedia maklum, termasuk Jualan Murah, Jualan Rahmah, dan juga memperkenalkan sistem yang boleh melatih, mendidik, memberi pencerahan agar kita boleh membeli dengan bijak. Jadi itulah semangat Hari Pengguna Kebangsaan.

 

  1. Pengguna ini mesti diberi pencerahan supaya tahu membuat pilihan yang baik dan tidak hanya ikut iklan, dia harus memberi penilaian. Kalau kita lihat umpamanya dalam sistem terbuka begini, dia ada teori ekonomi yang bangkitkan tentang kecenderungan manusia itu tertarik dengan hebahan dan iklan. Ini disebut teori ekonomi Veblen (Thorstein Veblen) “Conspicuous Consumption”. Dia nak sahaja beli, yang perlu dia beli, yang tidak perlu dia beli, yang murah dia beli, yang mahal dia beli, kerana dia tertawan, terpukau dengan iklan.

 

  1. Kita melatih dalam kementerian ini untuk Pengguna sendiri membuat pilihan berdasarkan ilmu, berdasarkan maklumat, berdasarkan fakta. Sebab itu, Kerajaan memandang serius dan melihat keperluan kita mengadakan Hari Pengguna, mengingatkan, peringatan pakar ekonomi yang saya sebut tadi Veblen tentang Theory Of Conspicuous Consumption. Maknanya, menelan, membolot, memakai hal-hal yang tidak perlu. Jadi tidak pernah cukup hidupnya kerana terpaksa memilih membeli dan terpengaruh dengan sentimen bukan atas keperluan menjaga keluarga dan juga keperluan.

 

Saudara-saudari,

 

  1. Hari Raya sudah dekat, cuti bagaimana? Jadi saya mai turun-turun tadi dah ada orang tanya, “Cuti bila PMX?”. Saya kata puasa belum habis, macam mana fikir cuti. Dia puasa habis baru fikir raya. Jadi saya bercakap pasal puasa dahulu. Puasa Ramadan ini bagi kawan-kawan Islam dan bukan Islam di Sabah ini dan di Malaysia, apa matlamat puasa? Kadang-kadang kawan-kawan saya tidak tahu bahawa Islam dan a-Quran mengiktiraf amalan puasa terdahulu. Maknanya sebelum Islam ada amalan puasa. Kerana ayat Quran yang menyebut tentang amalan puasa itu – Yaa ayyuhal lazeena aamanoo kutiba ‘alaikumus Siyaamu kamaa kutiba ‘alal lazeena min qablikum la’allakum tattaqoon (Surah Al-Baqarah, ayat: 183-185). Apa maknanya? Diperintahkan kepada kita berpuasa bulan Ramadan ini sepertimana diperintahkan kepada umat terdahulu. Maknanya amalan puasa, disiplin puasa ini penting. Tahu hari-hari makan, adalah cuti sedikit untuk enjin kita diperbaiki, dipulihkan.

 

  1. Kemudian, hari-hari ada makanan. Bagaimana dengan orang yang tidak ada makanan, bagaimana orang yang miskin, jadi harus ada kesedaran untuk kenang nasib mereka. Itu tradisi makanan. Jadi bila kita dengar Majlis Berbuka Puasa yang melimpah ranah makanannya, mahal, saya fikir aneh juga. Tujuan puasa hidup sederhana, bantu yang miskin, bantu yang kurang makan. Kita puasa, ‘maaakaaannnn’ sebanyaknya, tidak memikirkan nasib orang lain. Jadi hasrat dan semangat puasa itu hilang. Sebab itu kalau orang itu berpuasa, dia lebih insaf tentang nasib rakyat miskin. Dia lebih mendukung usaha-usaha membantu kita, kerana dia paksa kita puasa, bukan sahaja teori. Oh! Saya tahu bagaimana rasa orang susah. Puasa ini untuk kita rasa dan tahu orang susah dan orang miskin, sama ada Muslim, Kristian, Hindu, Buddha, rakyat yang susah, yang kurang makan kita merasakan. Itu tujuannya. Apakah tercapai? Itu kita tanya sendiri. Sebab itu ayat itu berakhir dengan la’allakum tattaqoon  supaya kita ini ada devotion, ada ketakwaan kepada Allah, kerana matlamatnya itu adalah sincerity, keikhlasan kita. Itu semangat Ramadan.

 

  1. Jadi kalau Hari Pengguna ini sesuai untuk mengingatkan kita tentang semangat Ramadan, ingatkan kita hidup yang lebih sederhana, makan yang perlu tetapi ingat nasib rakyat miskin. Kita tanya bulan Ramadan, berapa sedekah dan sumbangan kita pada orang susah? Apa kita tahu di sekitar kariah dan kampung kita ada yang miskin, ada yang belum cukup makan, ada yang lusuh pakaiannya, tanya apakah habuan, pendapatan kita yang lebih sedikit itu boleh kita bantu mereka. Kalau kita lakukan, maka adalah semangat Ramadan itu hidup. Mudah-mudahan memberi kesedaran kepada kita.

 

  1. Tetapi dalam tradisi kita, kita tahu akan sampai akhirnya Hari Raya, hari Jumaat atau hari Sabtu. Mahu saya jawab sekarang? Tidak boleh. Ini dia lihat dulu, kemudian dia akan umum hari Jumaat malam, sama ada hari Jumaat atau hari Sabtu. Tapi bagaimanapun, Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kerana kita berikan cuti tambahan Hari Raya. Kita beri cuti kerana kita anggap semua orang dah kerja kuat. Bulan Ramadan ini semua extra time, extra dedication, extra effort. So, we will reward you dengan tambahan cuti. Kalau yang tak extra effort, you still have a few days, please do a bit more to deserve the holidays. Jadi kalau Hari Raya, hari Jumaat, 20 Mac, maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau Hari Raya, Sabtu 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat 20 Mac. Tadi saya datang dengan Datuk Johan, KSP, dia Kementerian Kewangan, dia mahu kerja, dia tak suka cuti. Jadi dia tanya, mengapa kita umum awal? Kita umum awal, supaya kita boleh buat perancangan. Okey? Nak cuti hari Jumaat, atau cuti Isnin. Siapa nak cuti hari Isnin, doa supaya Hari Raya hari Sabtu.

 

  1. Baik, saya ingin ucap terima kasih kepada Saudara Armizan dan Fuziah, KSU, rakan-rakan kerana bila musim perayaan kerja mereka itu bertambah-tambah. Kalau harga naik, melambung, mereka akan diserang. Mereka kena pantau di setiap pelosok, setiap daerah. Jaga dan kawal. Pertama, barang harus ada. Kalau kurang ayam, cari Armizan. Kurang telur, cari Fuziah. Jadi orang akan tanya. Kemudian kalau ada, mereka tak mahu mahal, jadi semua ini diteliti. Sebab itu, saya datang juga di antara lain menyatakan penghargaan, KSU dan seluruh jentera termasuk penguatkuasaan. Thank you very much! you have done a great service to the rakyat and to the people. Kita bila buat baik ini, jangan harap orang ingat semua. Kalau tengok dalam media sosial, hantam sahaja. Cuba fikir 3 tahun lalu, 5 tahun yang lalu, telur harga berapa? ayam harga berapa? Kadang-kadang kekurangan tidak dapat. Jadi, bila rakan-rakan kita, penguatkuasa, pegawai-pegawai buat kerja, katalah terima kasih sikit. Learn to say thank you for those who have served us well. Alright? Boleh itu? Boleh ke?

 

  1. Saya tak minta banyak. Bukan minta untuk beli hadiah, tidak. Just to say thank you. Appreciate orang yang berikan sumbangan dan kerja kepada kita. Saya datang, sampaikan itu. But I know, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, itu kena tunggu je. Bila giliran Amizan sahaja, ada tak barang? Mahal ke tidak? Dia kena jawab. Sebab itulah dia sampai hilang rambut-rambut semua itu (nada seloroh).

 

  1. Untuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, kita tetapkan ya. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, Hari Raya Aidilfitri 2026, dilaksanakan selama 15 hari, berkuatkuasa dari 14 hingga 28 Mac 2026. Maknanya 7 hari sebelum, 7 hari selepas perayaan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengenal pasti jenis barangan yang dikawal mengikut lokasi. 24 barangan di Semenanjung, 23 barangan di Sabah dan Sarawak, 22 di wilayah Persekutuan Labuan.

 

  1. Yang jadi masalah sekarang ini sedikit, harga naik, dan terpaksa dikawal, ialah harga cili merah. Jadi saya cadangkan kita masak pakai cili kering, jangan pakai cili merah, kerana mahal sedikit dan kita import dari Thailand dan tahun lalu banjir besar di Thailand, kerosakan. Jadi harap difahami, yang detail-nya nanti Menteri akan umumkan.

 

  1. Kita juga tahu sekarang ini ada perang di negara Teluk dan Iran. Apa punca Iran diserang oleh Israel dan Amerika Syarikat? Kita sebagai rakyat, negara merdeka, bantah. Kita tak setuju negara mana pun diserang dan ditakluki. Bila kita merdeka, Malaysia, Sabah, Sarawak bersama, apa matlamat kita? Negara ini harus bebas. Negara ini merdeka. Tidak mahu Inggeris atau Rusia atau Amerika campur tangan urusan negara kita. Itu maknanya merdeka. Jadi sebab itu, mana-mana negara walaupun kita tidak setuju dengan sistem itu. Apa dia komunis, apa dia demokrasi, apa dia diktator, itu urusan negara masing-masing. Kita boleh beri pendapat, tapi tak boleh campur apalagi guna tentera. Apa yang berlaku di Iran ini, guna tentera serang negara lain. Bunuh ketua mereka. Mana mungkin begitu. Jadi sebab itu, kita bantah dan Parlimen, semua wakil-wakil parti di Malaysia, di Parlimen mengeluarkan kenyataan simpati atas kematian ketua atau ketua agama mereka, Imam Ali Hosseini Khamenei dan bantah serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.

 

 

 

  1. Dan sebelumnya, ceroboh dan rampas hak orang Palestin dan Gaza. Tapi itu satu bab. Apa kaitan dengan kita? Pertama, saya katakan sebagai negara merdeka, kita mesti bersuara. Mana mungkin negara merdeka dan bebas mengizinkan orang serang ikut suka. Kalau kita tidak bersuara, apa kata nanti kalau jadi kepada negara kita? Sebab itu, prinsip ini harus kita pertahankan. Tetapi, implikasinya lebih serius. Bila perang, Selat Hormuz ditutup. 400 lebih kapal, minyak, gas, keperluan-keperluan asas tertahan, termasuk kapal yang bawa anak kapal Malaysia, barang-barang Malaysia. Berapa kapal? 400. Bukan tongkang, bukan perahu, kapal-kapal besar. Jadi barang tak sampai, minyak, gas tersangkut. Insurans meningkat. Kalau mereka langgar, bahaya, dibom. Jadi, kos barang akan meningkat.

 

  1. Dulu harga minyak, satu tong, brent, USD70 dolar Amerika. Sekarang, USD103 dolar Amerika. Itu, dia masih meningkat. Maknanya, bila minyak naik, pengangkutan naik, insurans naik, harga barang naik. Bila kos pengangkutan naik, harga bawang dari India naik. Sebab, dia datang dengan kapal, kapal itu pakai minyak. Tetapi, alhamdulillah, berita baik bagi rakyat Malaysia dan Sabah pada hari ini. Walaupun harga minyak dari RM70 naik RM103 satu tong, harga jualan RON95 kekal RM1.99. Jadi macam mana nak tampung kerugian? Itu kita kena fikir. Jadi sebab itu saya kata untuk beberapa bulan ini kita kekal. Maknanya, kita kekal harga minyak yang termurah di dunia. Hanya Brunei murah sedikit pada kita.

 

  1. Saudara harus tahu ini. Sebab berita-berita begini tak hebah, tak diminati. Kita kena terang sendiri. Kita boleh pilih berapa harga minyak di Singapura? Kita RM1.99, di Singapura lebih RM10 sekarang. Naik. Saya tak mahu sebut, tapi semua negara-negara lain di ASEAN ini naik. Kita kekal RM1.99. Baik. Diesel. Diesel, ini memang satu perkara yang masalah kita. Kita terpaksa tampung. Kalau naik, susah nanti. Orang naik dari sini pergi ke Kundasang, kemudian orang Tawau, semua akan mengeluh kerana mereka guna banyak diesel. Kerajaan Malaysia fikir hal ini. Jadi bila kita naik harga diesel di semenanjung dua (2) tahun yang lalu kita tak naik harga diesel di Sabah dan Sarawak, sebab penggunaan diesel itu lebih tinggi di sini. Tapi harga minyak diesel sudah naik. Bukan naik, melambung. Jadi, siapa harus bayar? Kerajaan harus bayar.

 

  1. Untuk Sabah dan Sarawak, tahun lalu, 2025, berapa kita bayar subsidi? Subsidi ini bukan dalam MA63, tidak. Projek pembangunan, ya. Sekolah, ya. Subsidi, tidak. Tetapi, kita fikir. Datuk Seri Hajiji, dia nampak sahaja begitu. Tetapi, kalau saya naik, dia telefon saya. Dato’ Sri, tolong. Orang Sabah ini susah. Jangan bebankan mereka. Inilah sebab Ketua Menteri ini baik. Dia mewakili semangat rakyat Malaysia. Jadi, kalau tahun 2025, subsidi untuk minyak diesel di Sabah dan Sarawak itu RM2 bilion, RM1 bilion Sabah, RM1 bilion Sarawak. Itu 2025, sebelum perang. Sekarang setelah perang, harga melonjak lagi. Tapi harga diesel Sabah-Sarawak tidak naik.

 

  1. Tolong, lapor lah. Ini yang dia lapor masalah je, ini tidak bagi lagi, ini tidak bagi lagi ini, tambah orang politik 2-3 orang, complaint Nak tidur complaint, bangun tidur complaint. Tidak apa complaint, ada yang belum, sedang di runding ini MA63, mana Datuk Sri Johan dah empat kali mesyuarat, empat kali kan? Empat kali dah mesyuarat. Rundinglah, takkan tidak boleh selesai. Sudah daripada 1973 tidak selesai, saya Perdana Menteri kena selesai sekarang. Amboi! dah 50 tahun dia tunggu tidak selesai, Saya ambil alih no, no, no, cakap sikit orang marah-marah, jangan. Ada lagu Sabah, “jangan marah-marah” mana? Ada lagu baru itu kan? Saya lupa.

 

  1. Baik untuk tahun 2026, setakat ini harga diesel sekarang ini, berapa subsidi untuk Sabah dan Sarawak? Tahun lalu RM2 bilion. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan harus bayar untuk Sabah dan Sarawak RM4.6 bilion ringgit, maknanya RM2.2 bilion ringgit untuk Sabah, RM2 bilion lebih untuk Sarawak. Saya sebut perkara ini kerana kita harus tahu, bukan saya mengeluh, tidak. Saya maklumkan kerana kita harus tahu. Kalau dengar orang ini dia asyik bagi pandangan seolah-olah tidak ada laku apa-apa. Ini Perdana Menteri tidak peduli nasib orang Sabah. Tidak betul. Tidak siapa yang minta, tiada siapa yang ugut, tapi ini tanggungjawab kita, meringankan nasib rakyat. Berapa tahun ini? RM46 bilion. Berapa harga pump diesel? RM2.15 sen betul? 15 sen. Berapa kos sebenar? RM4.30 sen, dua kali ganda. Setiap kali beli minyak RM2.15, ingat kos sebenar, kos sebenar RM4.30. Siapa yang bayar lebih? Kerajaan Persekutuan bayar lebih. Bila kita faham ini, maka kita hiduplah baik dan runding dengan baik. Masalah-masalah kita cari penyelesaian yang baik. Kerana, dari mana kita nak dapat ini tambahan? RM4.3 bilion dari negara.

 

  1. Saya yang jawab, terus terang keadaan sekarang, kita masih bertahan. Bulan April, bertahan lagi. Bulan Mei, insya-Allah bertahan lagi. Selepas itu, KK kena panggil semua runding. Kalau setakat ini, minyak RON 95 sahaja berapa? Ini RM43 bilion itu diesel. Berapa RON 95? Kita tampung tiap bulan RON95 nak kawal harga RM2 bilion per month. Satu tahun RM24 bilion. Siapa kena bayar? Persekutuan kena bayar. Berapa lama boleh tahan? Oh! tak peduli, Kerajaan mesti bayar. Tidak, dengar, bincang dengan baik bagaimana nak selesai.

 

  1. Saya doa Allah SWT mudah-mudahan peperangan itu dapat selesai dengan baik, jangan serang negara lain dan aman, kerana dia melibatkan lebih habis daripada 10 negara. Dan kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, saya beritahu tadi kepada Datuk Seri Hajiji bersyukur, kerana negara-negara ini hubungi kita. Kita negara kecil, jauh, tetapi Raja Arab Saudi, Raja Qatar, Raja Kuwait, Presiden Iran dan Menteri Luar Iran semua hubungi kita bagi pandangan. Mudah-mudahan dapat kita bantu sedikit cuba melerai dan selesaikan. Kita syukur kerana apa? Malaysia ini negara aman. Kerana apa? Malaysia menjadi contoh perpaduan rakyat. Kerana apa? Kerana ekonomi kita sedang meningkat. Kerana apa? Kita bawa mesej sederhana, hidup berdamai antara kaum dan agama di Malaysia tercinta ini.

 

  1. Jadi, Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah merestui usaha kita. Ada juga pandangan-pandangan tentang usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Pengguna termasuk Akta Kredit dan sebagainya, yang saya tidak umumkan pada hari ini, kerana saya lihat kementerian ini aktif bukan saja memperkenalkan ikhtiar baru tetapi menyampaikan kepada khalayak dan rakyat.

 

  1. Jadi, saya sekali lagi ucap terima kasih kepada semua yang hadir dan dengar dengan tekun dan cuba faham masalah negara kita bersama. Dan jaga, biar negara ini aman, biar kita tumpu pembangunan negara kita, biar selesaikan cara baik, kerana dengan ini sahaja kita dapat bertahan belajar daripada kerosakan yang berlaku di banyak rantau lain kerana perseteruan yang berterusan. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BADAN BERUNIFORM

 

 

7 MAC 2026 (SABTU) | 6.30 PETANG

DEWAN SERBAGUNA KEM BATILON 2, PGA

KULIM, KEDAH

 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, 

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah, 

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb. 

Alhamdu lillāhil qā’il,

Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān, 

Hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān, 

Wa usolli wassalim ala rasulihil kareem

Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.

Saudara saya YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,

Menteri Besar Kedah;

Saudara saya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail,

Menteri Dalam Negeri;

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,

Menteri Belia dan Sukan;

KSN, SUK, Ketua Polis Negara serta tetamu-teamu yang saya muliakan termasuk Tok-Tok Guru dari pondok sekitar Kedah, rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama pada petang ini, terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia dan tentunya PGA di sini yang menganjurkan majlis dan memberi kesempatan saya bersama. Tentunya kita bermula kerana ini dah masuk pertengahan Ramadan, Kullu ‘am wa antum bi-khair, dan tentu kita gunakan sepertimana saya bacakan ayat Al-Quran tadi tentang memanfaatkan sisa Ramadan ini dengan amal, ibadah dan menghayati Al-Quran.
  1. Dan sepertimana yang disebut, petunjuk Hudal lin-nāsi ataupun unzila fīhil-qur`ān – turunnya Quran itu untuk menyampaikan hak kebenaran, jadi ada tanggungjawab dan tugas yang besar di samping kita menyempurnakan tugas-tugas biasa kita. Dan Ramadan di Malaysia ini Alhamdulillah lah kita cuba sambut selain daripada isu-isu ibadah dan ritual di masjid dan sebagainya, tapi dengan meningkatkan kegiatan kebajikan kepada rakyat, dan terutama menginsafi kita di rantau yang aman dan memungkinkan kita memperoleh manfaat sebaik mungkin.
  1. Tetapi janganlah kita lupa saudara marah kita di Gaza yang terus dibedil oleh rejim zionis Israel dengan kejamnya, dan mutakhir ini pula negara Islam Iran diserang oleh Israel dengan dukungan Amerika Syarikat. Ini kisah derita bagi umat apatah lagi bila negeri-negeri Teluk tidak ada kesepakatan untuk bersama tatkala diserang oleh musuh. Sebab itu yang disebut oleh Saudara Saifuddin Nasution, walaupun kita negara kecil, tetapi Alhamdulillah kena hubungan baik mereka hubungi. Sebelumnya tentu Presiden Prabowo Subianto Indonesia, kemudian saya bincang panjang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan diikuti oleh Qatar, Bahrain dan Emirates, UAE semalam.
  1. Selepas bincang tu semua, mereka semua sebut tentang Iran dan isu-isu yang harus diketengahkan, saya terus diberi notis dalam masa singkat sekali dapat menghubungi Menteri Luar Iran kerana Presiden Iran setelah berlakunya serangan pembedilan yang mengakibatkan syahid Imam Hussein Al-Khamenei maka dia dikawal sangat rapi. Dia beri hanya pesanan dan dalam hubungan telefon itu, saya tentunya menyampaikan pandangan kita pertama, Malaysia ini walaupun sukar kita menyatakan dengan tegas dukungan kita kepada Iran dan bantah keras serangan Israel dan Amerika Syarikat dan melahirkan takziah atas syahidnya pemimpin utama Iran, keluarga, pemimpin-, pemimpin-pemimpin termasuk tentera dan rakyat termasuk 150 anak-anak kecil yang dibedil.
  1. Tapi saya juga sampaikan bahawa harus jadi cari jalan penyelesaian, bukan dengan Israel dengan Amerika, tapi dengan negara Islam, sementara saya tidak mampu membantah bila ada serangan terhadap Markas tentera Amerika di negara itu. Tetapi terpaksalah kita menyuarakan pandangan kerunsingan kita kerana pembedilan itu juga mengakibatkan serangan pada masyarakat awam dan itu saya minta supaya dileraikan.
  1. Dan saya hormat pandangan Iran, kerana Iran dia mengambil serius dan tentunya ramai, Recep Tayyip Erdoğan beritahu dia juga telah sampaikan Amir Qatar juga sampaikan, jadi pagi tadi saya lihat ada respons dari Presiden Iran memohon maaf atas ketelanjuran menyebabkan kerosakan kawasan-kawasan Islam dan memberi jaminan mereka tidak akan menjadikan kawasan di rantau Islam itu sebagai tempat ataupun tumpuan untuk mereka menyerang. Jadi ada sikit perubahan.
  1. Saya sampaikan ini kerana kita dari Malaysia ini tak boleh elak, bukan kita nak tunjuk hebat kita, atau pandai-pandai kita, tapi tidak boleh elak. Kita ini sebahagian daripada umat dan kita ini tegak diri dan termasuk dalam amalan Ramadan Kareem untuk apa? Untuk mantapkan peribadi, keimanan dan akhlak dan roh perjuangan Bagaimana kita boleh katakan kita hidup selesa dengan roh dan semangat ini kalau kita tak mampu menyuarakan pandangan tentang kezaliman yang menimpa umat di tempat yang lain. Itu satu bab yang kita juga renungkan ini bersama dengan rakan-rakan saya, KSP pun ada di sini ialah kesan dan bala ekonomi yang akan menimpa dunia termasuk Malaysia.
  1. Pengeluaran gas Qatar itu nombor 2 di dunia dan sekarang terhenti 200 kapal dan tankers, oil tankers, minyak dan gas dan juga pengangkutan barang-barang kejuruteraan. 200 masih terhalang di Selat Hormuz. Ada pengangkutan alternatif yang dibawa itu jalan jauh sepertimana penerbangan kalau pulang dari Saudi dia tidak boleh direct dia ke Turkiye, patah balik ke negara China, turun baru ke Semenanjung Tanah Melayu. Kos itu bertambah berganda-ganda. Harga minyak melambung naik $93 sekarang, saya telah beri jaminan akan sedaya upaya menahan dan dikenaikan minyak RON95. Saya bincang semalam dengan PETRONAS, dengan Tan Sri Mohd Hassan Marican, juga, mereka berpendapat mungkin kita dapat bertahan satu setengah hingga dua bulan. Lepas itu kita kena teliti kalau keadaan lebih rumit sepertimana yang ada sekarang. Kita doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan kita dapat mengelak dari, elak daripada kerosakan dan malapetaka ekonomi yang bakal menimpa.
  1. Saya sebut perkara ini kerana saya tidak mahu rakyat itu rasa mudah, enteng. Kita sekarang senang, makan banyak. Tapi ingatlah, lebih baik kita berhemah sekarang. Berjimat sekarang. Menyimpan sekarang. Supaya jangan kita terjebak bila keadaan sukar. Saya tentunya tidak mahu, apalagi dalam kedudukan saya, saya tidak mahu umpamanya tak semena-mena harga melambung, harga barang dan sebagainya. Tapi saya nak beritahu, kita boleh kawal sedaya upaya ekonomi negara kita, tapi sukar kita kawal perkembangan geopolitik dan juga perkembangan ekonomi dunia.
  1. Itu sekadar kerana tentulah rakan-rakan di PDRM dan PGA harus tahu kerana saudara di lapangan, di barisan depan, sebab itu saya sering mengingatkan, kadang-kadang anak-anak muda lupa, harus diperingatkan negara ini aman, dia tidak automatik kerana kesiapsiagaan termasuk barisan pertahanan kita, PDRM kita, tentera kita yang diperbatasan dengan pengorbanan mereka, dengan kesusahan mereka. Jadi sentiasa harus kita beri peringatan Jadi itu yang pertama.
  1. Jadi kata saudara Saifuddin dan kalau begitu yang dia minta takkan tidak boleh bagi. Dia tahu mukadimah dia memang. Sebab itu dia minta sangat saya hadir, dia nawaitu dia itu untuk peruntukkan, tapi peruntukkan itu bukan untuk dia, peruntukkan untuk rakyat, jadi kita terima baiklah.
  1. Jadi, tapi sebelum itu AKPS, PGA dan semua rangkaian dalam PDRM ini telah lakukan sebaiknya dan Ketua Polis Negara tahu saya dalam mesyuarat-mesyuarat itu saya agak tegas dalam beberapa perkara ini. Kita tak boleh lagi dah, Malaysia ini tak boleh kita anggap macam negeri yang lembab dan banyak ketirisan boleh pakai pakat-pakat sogok-sogok wang jahannamkan negara, tidak boleh lagi dah. Saya tahu ramai yang tidak senang kenyataan, tapi percayalah rakan-rakan ada, Menteri Dalam Negeri ada, Dato’ Seri Sanusi ada, saya nak beritahu saya tidak tolak ansur buat begitu dalam setiap mesyuarat tidak boleh ini tidak boleh menghalang teguran dan kritikan.
  1. Tetapi tugas kita mesti bersihkan. Sebab itu saudara tengok hasil, hasil meningkat dengan begitu cepat. Bayangkan ke mana jumlah yang kita kutip tahun 2023, 2024, sebahagian 2025, RM15.5 billion ringgit ke mana? Sebelum ini tak dikutip, ke mana wang itu? Kalau kita boleh kutip RM15 bilion ringgit dalam tempoh 2 tahun, ke mana wang itu kita tak kutip sebelumnya. Ini soal yang mesti kita jawab dan kalau kita tidak mahu ulang kesilapan dulu mesti kita terus tegas mengambil tindakan.
  1. Saya katakan tidak popular sebab orang-orang yang terkesan bukan orang kecil, ramai yang punyai dana yang besar yang boleh mempengaruhi media antarabangsa, boleh pengaruhi sosial media, boleh pengaruhi orang-orang politik dalam pelbagai parti, saya bukan maksudkan pembangkang, semua. Kerana dana yang besar itu mempengaruhi dan ini kita saksikan sekarang.
  1. Sebab itu saya ingatkan saudara saudari berwaspada, jangan kita terjebak dan menjadi perkakas, kerana bagaimanapun kita berbeza pendapat negara ini negara kita, dan mesti kita selamatkan daripada pengaruh dan muslihat dan konspirasi asing.
  1. Jadi atas menghargai rakan-rakan, dia minta tadi, saya pergi mana, saya beritahu Sanusi, saya pergi mana pun nak turun satu majlis, bila dia kata terima kasih Dato’ Seri datang, tak minta duit, tapi saya belum berjaya lagi. Tapi saya terima, kerana kalau diperlukan. Tadi saya sebelum masuk tadi saya pergi jumpa, tanya rakan-rakan anggota di luar. Saya tanya macam mana keadaan, memang kata air pakai catuan. Ini 2026, orang ini berhempas pulas di lapangan, dia balik, dia fikir catuan air. Jadi oleh itu untuk RM10 juta, kita luluskan segera.
  1. Kemudian masa ini juga dia kata ni apa talian apa, wiring dia, saya tengok ini wiring okey je, wiring tang mana yang rosak, masjid pun cerah elok. Dia plan, sesetengah tempat saya pergi dia tahu saya nak sampai, dia rosakkan wiring dulu, itu baru meyakinkan. Yang ini nampak semua terang elok, tapi takpalah dia berapa? RM8 juta? Jadi yang itu kita dulu, yang lain tangguh dulu ya. Jadi RM10 juta air, RM8 juta wiring (18 Juta). tengok ini special case di sini kerana saya datang, kata air takdak. Tapi saya tak mahu cakap banyak. Saya kata masa saya di Sungai Buloh dulu banyak air kecatuan juga. Jadi saya ada pengalaman catuan air ini. Jadi ini anak-anak tanya pasal apa Dato’ Seri di Sungai Buloh ha panjang lah cerita, baik.
  1. Yang keduanya, kita undang pada malam ini wakil-wakil dari Pondok dan Tahfiz kerana bila saya jumpa guru-guru sekolah pondok diselaraskan masa itu oleh Menteri Besar Kelantan, saya lihat setengah-setengah pondok itu teruk betul, daif betul dan kita tahu sejak 2003 pada masa itu, Kerajaan pada masa itu, Perdana Menteri pada masa itu dia hentikan semua bantuan sekolah pondok 2023 saya kembalikan dana itu, tapi tentu tidak cukup.
  1. Saya tengok keadaan tu daif betul sekolah pondok. Jadi, melalui KPM ICU, kita teliti semua pondok-pondok ini dan kita dah luluskan lalui JAKIM sejak tahun lalu sekitar RM200 juta keseluruhannya, tetapi kita tambah untuk khusus bagi pelaksanaan prasarana pondok dan tahfiz. Jadi kita kena, tapi saya bagi syarat, tidak susah. Apa dia nak ajar soal apa dia panggil manhaj tarbiyah dia, ta’lim dia, tafadhal, kita tidak ganggu. Hendak ajar kitab daripada Munyatul Musolli, Kimiya-u sa’adah, Ihya’ Ulumuddin, teks-teks itu terus, saya tidak ganggu, saya tidak ada kemahiran, kepakaran bidang itu.
  1. Tetapi saya minta tambah subjek, kerana kita wajibkan semua sekolah, sekolah termasuk sekolah Cina, sekolah antarabangsa Bahasa Melayu, sejarah itu satu. Keduanya saya kata, kita akan sediakan kemudahan, jadi kita guna MDEC untuk perkenalkan IT – Computer Digital di sekolah pondok. Bila saya bincang, Alhamdulillah guru-guru Sekolah Pondok terima baik sekali dan kita dah mula untuk beberapa Sekolah Pondok sebagai test case untuk nak perkenalkan modul yang boleh diterima oleh sekolah 9Jadi untuk Negeri Kedah, kita kenal pasti untuk seluruh Negeri Kedah peruntukkan segera ada 15 projek-projek kecil ini, untuk Sekolah Pondok perbaiki dan saya luluskan ada wakil-wakil pun ada di sini, RM2.69 juta untuk baiki sekolah-sekolah.
  1. Jadi semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita, kita ada tazkirah lagi, jadi saya ucap sekali lagi terima kasih dan doa supaya negeri ini selamat. Betul saya dalam beberapa hari ini memang terkesan dan runsing betul tentang ancaman keselamatan negara kita dan juga kesan daripada ancaman kesan kegawatan ekonomi. Kalau belum reda perang di negara Teluk, khususnya serangan Israel dan Amerika ke atas Iran.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELUNCURAN MASJID JAMEK MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH, NEGERI PULAU PINANG DAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1447H

 

 

17 RAMADAN 1447H | 7 MAC 2026 | 1.20 PM

MASJID JAMEK MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH

PULAU PINANG

 

 

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, 

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah, 

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb. 

Alhamdu lillāhil qā’il,

Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān, 

hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān, 

Wasallallah hu ala saidina Muhammad, 

Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.

 

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri;

 

Rakan-rakan Menteri;

 

Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Yang Berhormat Puan Fadlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,

Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berhormat Ketua Setiausaha Negara;

Seluruh 1 juta, Pegawai-Pegawai Kerajaan ini, hah ketua dia yang ini, saya bawa ke Mengkuang Titi ini.

 

Dan kemudian, orang yang jaga kewangan negara ini, bukan Menteri-menteri, mereka sign sahaja. Jawatannya Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan. Jadi besok siapa-siapa yang minta duit apa semua, masjid tak dapat tanya dia (nada seloroh).

 

Saya ucap terima kasih kepada Saudara Encik Mohamad Adib bin Ismail, Pengerusi Kariah Masjid Mengkuang Titi;

 

Rakan-rakan kariah;

 

Saya juga mengambil kesempatan kepada rakan-rakan yang hadir termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri;

 

Sahibus Samahah Mufti; dan

 

Semua tetamu-tetamu kehormat yang bersama-sama kita pada tengahari ini.

 

  1. Saya tentulah sebagai anak tempatan merasa bangga kerana dipersiapkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dan hebatnya bersyarah macam wakil rakyat, Mohammad Adib tadi ni. Siap berapa hari dah tu? Usaha dia itu dengan kariah mengumpulkan lebih daripada RM2 juta ringgit. Kariah sumbangan anak tempatan. Ini yang disebut membangun, membina masjid ini – Innamaa ya’muru masaa jidal laahi man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata wa lam yakhshaa illal laaha fa’asaaa ulaaa’ika ai yakoonoo minal muhtadeen (Surah At-Taubah:18).

 

  1. Kita kalau ingat bahawa membangunkan masjid ia tanggungjawab Kerajaan, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, tapi juga tanggungjawab masyarakat. Sebab tu, Sahibus Samahah ya, saya kalau cakap baca Al-Quran tu saya kena tengok mufti, kalau dia diam angguk itu okey. Kalau dia tak angguk itu aku kena baca sekali lagi. Tapi maknanya membangun membina masjid ini tanggungjawab bersama, dia kata jamak. Jadi sebab itu, sementara tanggungjawab Kerajaan kita sempurnakan, tapi tanggungjawab kariah dan contoh yang baiklah masjid Jamek Mengkuang Titi, saya ucap tahniah kepada seluruh jawatankuasa.

 

 

  1. Apalagi sempena Ramadan Kareem, Kullu ‘am wa antum bi-khair, dan kita adakan majlis yang sederhana ini. Kemudian kita juga tahu ini sempena Nuzul Al-Quran. Dan sebab itu kita bacakan ayat tadi tentang turunnya Al-Quran. Ada ayat lain, Unzila alaikal kitab bil haq – turunnya, kitab itu untuk menyampaikan kebenaran. Ayat yang tadi dibacakan itu untuk Huda linnas – petunjuk kepada manusia. Tapi semua ini balik kepada apa yang saya nampak, Qulasah Sahihus Samahah Mufti tadi, dalam penyampaian akhir saya dengar tausiyah dia tadi, iaitu dengan dasar ilmu apa yang disebut kekacauan, kegalauan pemikiran sekarang ini kerana kedangkalan ilmu, baik dalam soal agama, baik dalam soal masyarakat atau politik, itu kadang-kadang kita buat keputusan bagi pandangan atau menghukum tanpa asas ilmu. Itu yang dah disampaikan tadi, maknanya tradisi ilmu.

 

  1. Saya ucap terima kasih atas usaha kedua-dua menteri ini tadi, dengan kerjasama Menteri Pendidikan. Itu dihidupkan sekarang ini, Rakan Masjid. Jadi, pada anak-anak muda yang bersama dalam Rakan Masjid ini, saya ucap Alhamdulillah, jazakumullahu khairan. Ini satu tanda yang baik kerana kita menghidupkan apa yang kita baca dan hayati dalam Al-Quran. Maknanya, masjid itu asas, pangkalan, markas umat. Dan di antara hal yang ditekankan man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata, adalah untuk mengangkat masyarakat dengan ilmu, dengan ketekunan. Dan saya harap ini terus diberi penekanan dan tahniah sekali kepada jawatankuasa masjid, bukan sahaja menjalankan kegiatan biasa, mengajak kariah, tetapi memberi tumpuan khas kepada penyertaan anak-anak muda dan ini cadangan yang baik, inisiatif atau ikhtiar yang baik yang dibuat oleh Menteri Belia dan Menteri Agama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, iaitu menjadikan masjid itu kegiatan menyempurnakan kegiatan hidup yang segar, mengajak anak-anak muda itu kembali ke masjid.

 

  1. Dunia ini pincang dalam beberapa hari ini, memang kalau istilah orang sini dia kata serabutlah kita. Semalam dengan Menteri Qatar, dengan Menteri Bahrain, Ketua Negara Emirates, UAE Muhammad bin Zaid, sebelum itu Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan, Perdana Menteri Afghanistan, Presiden Indonesia, Prabowo, saya hubungi dengan telefon semuanya melahirkan rasa yang sangat dukacita dan rumit kerana perpecahan yang berlaku di kalangan umat. Pertama, serangan Zionis kejam Israel dengan bantuan Amerika Syarikat ke atas Iran. Bayangkan satu negara Islam yang bertapak diserang. Kemudian akibat daripada pertempuran itu timbul keadaan yang kalut di antara negara-negara Islam sendiri. Sebab itu, saya terpaksa hubungi rakan-rakan kita dari Qatar, Emirates, Bahrain untuk menyatakan simpati kita, pandangan kita menentang penjajahan, keganasan dan kebiadaban Israel, tetapi juga mengajak mereka supaya bekerjasama.

 

  1. Tidak mungkin kita bina kekuatan kalau tidak ada kesepakatan bersama untuk menyelesaikan masalah kita. Saya bawa ini ke Mengkuang Titi dan tentunya kawan-kawan di Pulau Pinang kerana ini berlaku dan kesan dia ada pada kita. Pertamanya, kita sebagai umat. Pertamanya sebagai umat Islam di bulan Ramadan Kareem berlakunya pertembungan yang mengakibatkan kematian pengorbanan begitu ramai. Masalah Gaza belum selesai. Kita suarakan sedaya upaya kita. Bantu dan baru-baru ini kita luncurkan lagi berpuluh-puluh tan untuk dikirim melalui sempadan Kaherah, menebusi sempadan Rafah untuk sampai ke Gaza dan Palestine. Belum selesai itu, muncul krisis besar lagi. Satu negara di antara negara Islam yang besar dan kuat yang punya sejarah dan tamadunnya, Republik Islam Iran, diserang bertubi-tubi. Dan akibatnya, pecah pelah seluruh rantau.

 

  1. Muncul lagi beberapa pergeseran Pakistan dan Afghanistan, dua negara Islam. Saudara-saudara, belajarlah daripada kenyataan sejarah. Semua ada pendangan masing-masing. Keras masing-masing. Pertahankan pendirian masing-masing. Tapi kalau tidak terkawal bil-hikmati wal-maw’izatil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan. Tidak dengan bijaksana dan tidak dengan tradisi ilmu. Maka, masing-masing buat hukum dan timbul apa yang dianjurkan hanya benci, pecah-belah dan akhirnya rugi.

 

  1. Saudara-saudara yang saya muliakan, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini aman, bukan selesai semua masalah. Hari-hari kita dengar, sat lagi kuil, sat lagi babi, pergaduhan di antara politik dan parti, pelbagai isu bangkit. Kemudian semalam, Ketua Polis Negara buat kenyataan tentang muncul satu kelompok anak-anak muda, 18-19 tahun terpengaruh dengan hasutan luar, ISIS yang hendak buat Islamic State ajar bagaimana bikin bom. Saya syukur kehadrat Allah SWT, pertama keadaan masih terkawal, kedua polis dan PDRM yang cekap mengenal pasti, tetapi jangan kita alpa dan cuai.

 

  1. Anak-anak kita mesti dididik dengan ilmu dengan penerangan, pencerahan, kesedaran kerana tanpa asas ilmu itu mudah orang pengaruh. Ini pengaruh di luar, masalah di luar dibawa ke sini, anak-anak kita marah. Sebelum itu saya pernah sebut di Parlimen, iri hati dan cemburu terhadap kejayaan Malaysia ini negeri aman, ekonomi baik pertumbuhan baik siapa kata tidak ada masalah? Ada harga barang masih ada, masalah sekolah ada, yang kadang-kadang belum cukup kemudahan, masjid ada yang minta lagi maknanya ada masalah kita cuba selesaikan, tapi tak boleh kita selesai kalau negara tidak aman. Sini kita saya jumpa tadi dua tiga jawatankuasa masjid di sekitar Permatang Pauh dia minta saya kerjasama nak bina masjid.

 

  1. Di Iran, di Gaza kerja musuh merobohkan masjid. Kita aman boleh tumpu perhatian nak bina dan bangunkan masjid. Di sanmpu,a, dipecah, dimusnah, dirobohkan masjid. Sebab itu, faktor keamanan dan sistem politik yang aman dan pimpinan yang ambil sikap sederhana itu penting. Kita boleh tumpu perhatian. Sekarang umpamanya, sekolah-sekolah agama selain daripada disebut tadi tentang program-program latihan anak-anak di masjid, kita ambil Tindakan. Di antara yang disebut oleh Fadhlina ialah anak-anak kita yang prasekolah banyak yang tidak masuk kerana tidak mampu, ataupun tidak diasak dan diajak jadi mulai tahun ini kita sediakan makna setiap sekolah rendah ada kemudahan prasekolah bagi anak-anak awal setahun supaya anak-anak kita Islam dan juga bukan Islam tidak ketinggalan. Kita bawa kemudahan Sekolah Agama, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat.

 

  1. 2003 itu dibatalkan peruntukkan. Peruntukkan tahunan diberikan dibatalkan oleh pemimpin pada ketika itu Saya ambil alih tahun 2022, 2023 kita kembalikan bukan setakat itu saya pergi lihat beberapa pondok bukan sahaja di Pulau Pinang di Kelantan, Kedah walaupun parti politiknya lain tapi saya kata ini anak-anak kita belajar. Jumpa tok-tok guru, syeikh-syeikh kita dan kita rasa harus dibantu. Maka kita mula melakukan perubahan, bantuan besar-besaran untuk memperkukuh dan memperkasakan sistem pendidikan termasuk system pendidikan pondok.

 

  1. Kemudian saya beritahu dalam perbincangan dengan Tuan-Tuan Guru yang kita bawa ke Kuala Lumpur. Saya kata, Tuan Guru nak ajar, ajarlah apa subjek yang biasa. Saya tak mahu campur, dia kata kita nak campur soal manhaj tarbiah dia, kurikulum dia, dia kata nak ajar sama ada kitab-kitab lama lah, Ihya’ Ulumuddin ke mungkin Al-Munqidz min al-Dhalal kah itu, Sheikh Imam Al-Ghazali ataupun yang lain-lain lah Munyatul Musolli, karya Daud al-Fatani yang dia ajar di pondok-pondok. Tapi saya kata boleh tak saya cadang tambahan? Dia kata apa? Boleh tak kita masukkan guru Bahasa Melayu, guru Sejarah, kemudian juga IT kerana semua orang bicara soal IT ini. Jadi, 300-400 ribu anak-anak sekolah agama, sekolah arab ketinggalan. Jadi, saya kata tidak boleh macam itu. Jadi, dia belajar, kita tidak ganggu, belajarlah apa yang dia nak belajar? Hafazan dan sebagainya. Tapi, boleh tak tambah? Alhamdulillah. Tidak semua guru-guru, tuan-tuan guru, syekh-syekh, pondok yang kita jumpa, semuanya setuju tidak ada yang kita tidak setuju.

 

  1. Jadi, mulai sekarang, kita mulakan program latihan untuk memberikan pendedahan awal tentang IT, digital dan teknologi maklumat di sekolah-sekolah agama kita. Itu yang kita lakukan, sebab negeri ini aman. Sebab tekad kita untuk membangunkan negara kita secara sungguh-sungguh. Jadi mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada kita.

 

  1. Jadi, akhirnya Muhammad Adib, dia saya mai dia tak minta apa, jadi saya lega lah kalau pergi tempat lain tu ambil, baru je masjid siap tapi dia ada minta tadi tu. Tapi saudara Muhammad sebut kepada saya kita dah ambil 10 ekar belakang ni. Jadi masjid, belakang masjid 10 ekar 10 ekor, 2 ekar kubur tanah kubur, tinggal 8, 8 itu bolehlah bincang dengan penduduk, macam mana nak buat. Tapi kena pastikan dia pulangannya kepada Majlis itu adalah supaya macam mana nak projek bincang secara elok dan kita boleh teliti apa yang dia rasakan ikut keutamaannya.

 

  1. Jadi mudah-mudahan dengan cara yang sedemikian kita jadikan contoh kariah Mengkuang Titi ini sebagai juga contoh yang baik masjidnya, ussisa ala taqwa kemudian madrasahnya, sekolahnya, latihannya kemudian penghidupan masyarakatnya. Jadi sekali lagi saya nak sampaikan penghargaan dan mudah-mudahan sempena nuzul Al-Quran ini dia memberikan dorongan dan semangat.

 

 

  1. Saya sengaja singgung soal antarabangsa ini kadang-kadang saya tak mahu lupa. Kadang-kadang kita lupa kita ada sikit kebebasan bercakap atau bagi pandangan sampai hilang pertimbangan yang waras. Padahal semalam saya mula bagi gambaran lepas solat jumaat di Putrajaya, saya kata betul semua baik, tetapi akibat perang Iran di Iran ini ekonomi dunia gawat. Harga minyak sekarang melonjak dua kali ganda. Saya kata saya nak pertahankan RM1.99 ini doa mudah-mudahan boleh kita pertahan tak tahu berapa lama kerana minyak dah dua kali ganda naik.

 

  1. Kemudian kapal-kapal besar angkut minyak dan gas dari Teluk Hormuz disekat kerana kezaliman yang berpunca dari Israel yang disokong oleh Amerika. Jadi Amerika sekat lebih 200 tanker besar yang mengangkut gas, minyak dan peralatan engineering yang lain, kejuruteraan yang lain terbantut di situ. Kos dah melambung tinggi, makanan, baja yang dibawa sepatutnya dari Ukraine, Rusia, Eropah, semuanya sekarang ini melambung tinggi kosnya. Setakat ini, Kerajaan adakan pertemuan, cari jalan pertahan. Tapi saya cuma nak bagitahu awal, cermat belanja, jimat, simpan. Jangan kita lupa bahawa dalam keadaan selesa ini, gambaran di dunia ini sudah kacau bilau.

 

  1. Bukan satu negara, dah puluhan negara yang terlibat dalam peperangan pun puluhan negara, kemudian kesan harga barang juga meningkat tinggi. Jadi sementara keadaan sekarang terkawal saya bertanggungjawab mengingatkan rakan-rakan supaya cermat, kalau boleh simpan-simpan dalam bulan puasa, raya jangan boros tidak tentu arah, kerana kita belum dapat jangka keadaan ekonomi berapa lama boleh bertahan. Pandai-pandai urus ekonomi, kalau datang kegawatan yang begitu rupa, tidak mudah kita selesaikan. Rakyat kena sama-sama sedar dan bantu-membantu. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan.

 

Wa billahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELUNCURAN

RAKAN MASJID X RAKAN MUDA MADANI

  

 

22 FEBRUARI 2026 (AHAD) | 6.30 PETANG

DEWAN SERBAGUNA

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah,

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.

 

Alhamdu lillāhil qā’il,

Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān,

hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān,

Wasallallah hu ala saidina Muhammad,

Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.

 

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat;  

 

Rakan-rakan Menteri;

 

Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,

Menteri Belia dan Sukan;

 

KSN;

 

Yang saya muliakan Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut;

 

Ramai-ramai kawan-kawan ulama yang hadir; dan

Rakan-rakan, terutama anak-anak muda yang dikasih sekalian.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan, ada caranya. Timbalan Menteri pun ada minta maaf. Dan kita jayakan majlis ini, saya ucap tahniah kepada Menteri Dr. Zul dan juga Taufiq, kerana bila mencari kaedah, ikhtiar baru bagaimana boleh mendekati generasi muda dengan masjid dan kita tahu kalau masjid itu adalah pangkal, pangkalan bagi gerakan umat. Kita tahu dalam sirah Nabi Muhammad SAW, di mana masjid itu dianggap tunggak la masjidun ussisa ala taqwa. Jadi, caranya ialah mendekati. Saya tidak berani kupas lebih, Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadut ada, Sahibus Samahah Mufti ada, Ustaz Al-Khaim, Syed Jamil, semua ulama besar ada, saya nak cerita yang lain sikit saya tidak berani.

 

  1. Rencana ini baik kerana kita boleh bicara secara umum manfaat Ramadan. Kita tahu, tapi bagaimana kita nak gunakan Madrasah Ramadan atau bulan ini sebagai kesempatan untuk mencari kaedah baru mengangkat martabat kerana Ramadan itu mesti berakhir dengan la’allakum tatta’akun. Bukan sekadar puasa, lapar, dahaga tetapi berakhir kepada mengangkat darjat, martabat, harakat umat itu ke arah la’allakum tatta’akun dan caranya tentu di antara yang difikirkan oleh dua-dua menteri muda kita ini adalah untuk mendekatkan anak-anak muda dalam bentuk supaya lebih mengimarahkan masjid dan dengan itu, mendalami ilmunya dan memperkukuh amalnya. Dan kita tahu dalam urusan dengan masjid ini ada keadaan tertentu kerana kita semua diminta mengimarahkan masjid. Tetapi mengimarah masjid untuk apa? Innama ya’muru masajidallahi man amana billahi wal-yaumil-akhiri wa aqamas-salata wa ataz-zakata wa lam yakhsya illallaha, fa ‘asa ula’ika ay yakunu minal-muhtadin. Sadaqallahulazim.

 

  1. Saya tengok Dato’ Dr. Haji Nooh angguk, saya selamat. Kalau dia mula, eh. Baik. Jadi apa maknanya? Ini dalam hubungan Ramadan, tentu kita bicara tentang madrasah Ramadan, tapi kita guna rakan masjid sempena bulan Ramadan dan kita kaitkan dengan ayat Qur’an tadi tentang pembinaan dan mengimarahkan masjid. Untuk apa? man amana billahi wal-yaumil-akhiri. Itu kita tahu dirikan solat – aqamas-salat dan menyempurnakan tugas dengan zakat.
  2. Jadi ada tugas yang langsung soal ibadah dan menyerah kepada Allah SWT, dan ada tugas kepada masyarakat. Sebab itu dikaitkan solat dengan zakat. Dan kalau benar, anak muda punyai kekuatan itu, semangat itu, dedikasi dan minat yang sedemikian, wa lam yakhsya illallah, dia tidak akan gentar pada segala bentuk masalah dan ujian, melainkan hanya takut kepada Allah SWT. Jadi rumusannya itu sangat menarik.

 

  1. Izinkan saya sekadar untuk menyatakan sedikit pengalaman peribadi. Pagi tadi, usai solat subuh dengan anak cucu, jadi saya nak tekankan tentang saya tanya, di sekolah mereka ada tukang cuci, tukang bersihkan tandas. Saya kata, ada tak pernah tegur dan ucap terima kasih kepada mereka? Mereka jawab, ya kita bagi salam sepintas lalu sahaja. Saya kata dalam negara MADANI ini ada konsep hormat s,elepas kupas soal hormat itu saya ingatkan pendidikan itu yang kita sebut adabani rabbi fa ahsana ta’dibi dalam hadis Rasulullah SAW itu, adalah juga tentunya menimba ilmu, menggapai, saya selalu sebut dia menggapai di langit, Artificial Intelligence, digital, teknologi sekarang bicara pula soal energy transition. Semua itu ya perlu menggapai di langit tapi, di Malaysia ini, kita sebut menggapai di langit dan mengakar di bumi atau mengakar ke bumi. Mengapa mengakar ke bumi? Kerana ini basis, asas akidah kita ini akhlak kita ini sistem nilai kita. Sebab itu kita sebut dalam doa Rasulullah SAW itu, Adabani Rabbi fa’ahsana ta’dibi dia penyempurnaan soal adab.

 

  1. Jadi saya beritahu anak cucu saya, saya kata, pendidikan ini maknanya belajar pintar, matematik dan semua subjek yang lain, tetapi jangan kita tinggalkan ini, hormat kepada orang-orang yang bersihkan kawasan kita. Masjid ini bersih yang membersihkan bukan tetamu dalam dewan ini yang membersihkan itu ialah tukang-tukang cuci. Jadi ada nilainya.

 

  1. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada jawatankuasa masjid dan MAIWP juga mengambil kira untuk memerhati kedudukan mereka, nasib mereka dan kebajikan mereka. Jadi saya beri contoh, saya teringat tentang pesanan Rasulullah SAW dan pengalaman beliau bila diperingat oleh Allah SWT dalam Abasa Wata Walla An-Ja Ahul ‘A-ma. Bayangkan, Rasulullah diberi peringatan oleh Allah SWT kerana beliau berpaling. Ayat itu kata berpaling. Berpaling dari mana? Berpaling kerana Rasulullah sedang menjalankan tugas dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, dengan ketua-ketua kabilah, dengan speaker-speaker Parlimen, Menteri itu saya tambah lah. KSN, mana boleh ringankan hubungan kerana ada urusan tugas. Jadi berpaling dari siapa? Berpaling dari seorang yang agak kelihatan lebih daif, yang menunggu di sisi Rasulullah SAW, yang juga berhajat untuk berjumpa dengan Rasulullah.

 

  1. Bayangkanlah, itu pengajaran kepada saya. Sebab itu kalau saya lalu, baik di masjid, di luar masjid, di tempat umum, kalau ada orang tunggu nak pergi salam, saya sibuk macam mana pun tidak berani meninggalkan, kerana saya tahu peringatan Allah SWT dalam Al-Quran. Yang kemudian, saya harap syeikh-syeikh tolong beritahu macam mana-mana kalau tersilap, contoh-contoh. Kerana rupanya, orang yang dimaksudkan itu, yang berpalingnya Rasulullah sebentar daripada dia — itu namanya Abdullah ibn Umm Maktum. Betul Ustaz ya?

 

  1. Abdullah ibn Umm Maktum tu maknanya begitu kuat teguh imannya, akhlaknya, amalnya sehingga diperingatkan. Maknanya kategori, maqam dia itu begitu dimuliakan di sisi Islam. Bukan kerana kekayaannya, tidak ada. Pangkatnya tidak ada. Dia nampak orang biasa, tetapi diberi penghormatan begitu. Itulah yang disebut tentang nilai insaniah. Kemanusiaan yang kita bicara dalam negara kita.

 

  1. Apa erti kalau kita belajar Abasa Wata Walla tapi bila kait dengan soal negara, tidak dipedulikan nasib dan kebajikan rakyat dan kita fikirkan hanya bagi golongan-golongan pembesar dan atasan dan meminggirkan golongan rakyat terbanyak termasuk anak-anak muda. Ini pengajaran kepada saya dan kepada semua. Kita boleh terangkat kedudukan kita. Tetapi tidak boleh melupakan peringatan bahawa kerja dan usaha kita untuk memuliakan sesama manusia. WaLaqad Karramna Bani Adam. Allah mengangkat darjat. Allah has exalted the children of Adam. Mengangkat darjat anak Adam.

 

  1. Kisah Abdullah ibn Umm Maktum ini memang hebatlah sebab bila berlakunya hijrahtun Nabi Muhammad SAW dari Makkah al-Mukarramah ke Yathrib yang kemudian dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Yang dikirim, dua orang yang dikirim itu termasuk Abdullah ibn Umm Maktum dan Mus’ab bin Umair. Jadi, saya nak ceritakan kisah orang yang bernama Abdullah yang nampak sederhana ataupun ialah dalam kategori B40, tetapi dimuliakan dan diperingatkan kepada kita supaya dalam kehidupan, dalam kerja, dalam amal, tahap kemanusiaan itu yang harus ditingkatkan.

 

  1. Ini maknanya dengan sendiri membenamkan ego, membenamkan sifat ananiyah yang menganggap kita sahaja tinggi atau mulia atau pintar. Tidak boleh begitu. Itu bezanya. Kalau kita bicaranya, kita kira masalah aku, kedudukan aku, kehebatan aku. Dalam peringatan ini adalah untuk sentiasa prihatin. Kita bicara hari ini bukan bicara pasal masalah saya atau kerja saya, kita juga [bicara] masalah kita bersama. Ini dia, maksud dalam kita hidup bermasyarakat dan mengangkat martabat kemanusiaan atau insaniah. Jadi mudah-mudahan dalam majlis yang sederhana ini, dalam matlamatnya adalah untuk meluncurkan Rakan Masjid dan Rakan Muda Ramadan.

 

  1. Wah, ini Menteri baru ni idea dia banyak. Dia pakat pula dengan Menteri Agama. Tetapi saya senang bila begitu ya. Senang bila ada tokoh-tokoh muda kita, tidak sibuk dalam isu-isu yang memecahbelahkan, tapi gunakan Ramadan dan madrasah Ramadan untuk mengangkat darjat kemanusiaan dan keimanan kita. Secara positif membina, kerana dalam negara ini bagilah fakta baik sebanyak mana pun. STR, Tunai Rahmah, SARA, pertumbuhan yang tinggi, pengangguran yang rendah, inflasi yang rendah, pelaburan yang tinggi. Semua itu akan terpadam kerana kita tumpu hanya permasalahan-permasalahan titik bengik yang boleh memecahkan kita.

 

  1. Saya syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada rakan-rakan saya dan juga jentera di Kementerian Agama, Kementerian Belia dan Sukan, termasuk penjawat awam dan anak-anak muda yang terlibat dalam kegiatan ini dan percayalah. Percayalah, untuk menjayakan Malaysia sebagai negara Madani, untuk mengangkat martabat darjat dan harakat bangsa, tidak boleh lari daripada paksi tauhid, daripada bertaut kepada keyakinan kita. Keyakinan, keyakinan saya tekankan iaitu yakin bahawa hanya dengan akhlak yang baik, nilai yang positif, sikap yang positif, membina untuk mampu kita bangunkan negara ini. Kalau kita tidak menjurus ke arah itu dan diheret untuk setiap ketika bicara hal-hal yang negatif, tidak ada negara yang mampu membangun.

 

  1. Negara Malaysia ini pelbagai kaum dan majmuk. Saya ucap terima kasih kepada pemimpin-pemimpin agama. Dari Buddhis, Kristian, Hindu, semua datang. Ini tunjuk baik. Pada bulan Ramadan, belum tentu dia puasa atau tak puasa. Tapi dalam amalan cara mereka ya. Tetapi, ini cara memuliakan. Baru-baru ini kita sambut Hari Raya Cina, Gong Xi Fa Cai, saya sebut Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao dan masyarakat Cina, Dewan Perniagaan Cina, sanggup mengawalkan sambutan, tidak pada Hari Raya Cina, hanya kerana menghormati umat Islam yang mengamalkan Ramadan, berpuasa. Jadi saya ucap terima kasih.

 

  1. Saya kata, kalau ini buat hari raya, hari satu. Saya sebagai pemimpin, saya terpaksa hadir juga, malamnya mungkin. Kalau hadir siang pun, saya hadir untuk memuliakan dan menghormati budaya dan agama mereka. Tapi walaupun saya tidak mungkin makan bulan Ramadan. Tetapi nak tunjuk sikap toleransi. Ceritalah yang baik, yang positif begini. Mana ada negara di dunia yang begitu sekali awalkan Hari Raya Cina 4-5 hari kerana nak menghormati umat Islam yang menunaikan ibadah Ramadan. Jadi kita ambil sikap yang sedemikian. Kalau orang menghormati kita, apalah salahnya kalau kita sekali-sekali menghormati mereka. Keyakinan dan kepercayaan agama itu berbeza. Tetapi memuliakan darjat manusia satu sama lain dan keyakinan dan kepercayaan masing-masing itu akan menyebabkan negara kita baik dan menjamin keharmonian kita.

 

  1. Kalau tidak, apa yang dibicarakan? Pergaduhan. Hari-hari yang dikemukakan adalah masalah-masalah tittik bengik yang memecahkan di antara kita. Dan ada orang menggunakan nama sebagai tokoh Islam. Ada yang pula yang menggunakan nama sebagai tokoh Hindu atau tokoh agama lain. Hanya untuk menimbulkan permasalahan. Padahal, bayangkan negara Malaysia ini Islam agama Persekutuan. Islam majoriti. Tetapi kita terima hak semua kaum dan semua agama dan kita setuju, ikrar untuk jamin masa depan dengan aman bersama semua kaum dan menghormati hak semua kaum dan hak semua agama. Baru boleh aman.

 

  1. Jadi bagi saya, yang majoriti termasuk pemimpin-pemimpin agama itu mengambil sikap positif. Saya ingin menyeru terutama anak-anak muda, melalui Rakan Masjid, Rakan Muda ini. Secara berani, secara terang. Selamatkan negara kita. Bawa mesej yang positif. Bangunkan kehidupan yang sihat. Sementara itu, menegakkan, mengukuhkan keyakinan kita sebagai orang Islam dan menambah ilmu dan kebijaksanaan. Supaya Bil Hikmah wal Mauidzatil Hasanah Wa Jadil-hum Billati Hiya Ahsan (Surah An-Nahl, 125)

 

  1. Terima kasih banyak. Saya luncurkan dengan semangat yang sedemikian.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

  

 

SEMPENA 

 

 

SESI PERTEMUAN BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

 

19 FEBRUARI 2026 (KHAMIS) | 8.30 PAGI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah,

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.

 

Alhamdu lillāhil qā’il,

Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān,

hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān,

Wasallallah hu ala saidina Muhammad,

wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.

 

Saudara Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri;

 

Saudara Yang Berbahagia Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Ketua-Ketua Setiausaha;

 

Ketua Polis Negara dan rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Jazakumullahu khairan katsiran, terima kasih khususnya kepada Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan menyampaikan tazkirah yang sangat bernas pada pagi ini, dan saya percaya kita dapat menelaah dengan baik, hadam mesejnya, kerana kita mula dalam Madrasah Ramadan ini dengan perasaan sangat tawaduk dan rendah diri, ini bulan dimana kita hanya kembali ke sekolah Ramadaan. Mufti mungkin, atau menteri, tapi semuanya balik ke sekolah.

 

  1. Jadi elok bagi kita bukan sahaja KDN dalam Kerajaan, dan bagi rakyat, mahasabah dan ambil kesempatan ini untuk perbaiki diri kita masing-masing. Masanya bukan hanya sekadar mengajar orang kuliah untuk orang baiki, tapi masa kesempatan kita menoleh ke dalam mahasabah, perbaiki kelemahan kita, tingkatkan upaya kita dalam pelbagai bidang dan dimensi. Sebab itu, bulan Ramadan ini, semua kita tahu tentang kewajipannya. Yaa ayyuhal lazeena aamanoo kutiba ‘alaikumus Siyaamu kamaa kutiba ‘alal lazeena min qablikum la’allakum tattaqoon (Surah Al-Baqarah, ayat: 183-185).

 

  1. Semua kita tahu tuntutan Ramadan, dan amalan yang pernah dilakukan oleh umat sebelumnya. Bukan sebab itu tradisi, puasa itu sendiri tradisi yang menjadi sunnah alam kemanusiaan sebelumnya, sepertimana dalam Al-quran. Bezanya ialah bagi kita la’allakum tattaqoon ujian keikhlasan, ujian disiplin, ujian diri. Sebab itu ulama sepertimana dikupas tadi dikaitkan Ramadan itu sebagai Tarbiyatul Ruhiyah, itu Madrasah Ruhiyah, lebih dirumuskan kepada kekuatan diri dan disiplin diri walaupun ada kaitan dengan masyarakat. Lebih prihatin, lebih membantu rakyat, lebih sedar dan insaf tentang derita dan kemiskinan, tetapi yang utama ialah untuk cari kesempatan pada bulan ini untuk meningkatkan upaya kita dalam pelbagai bidang.

 

  1. Sebab itu ulama memesan, kebetulan Sheikh Ahmad Fauwaz tadi menyebut Sheikh Dr. Taha Jabir Al-Alwani, guru kami juga yang menyebut selalu dalam Madrasah atau Tarbiyah Ruhiyah, tarbiyah Ramadan ini sebagai kesempatan untuk meningkatkan. Katanya mesti ada peningkatan dan bagaimana kita tahu ada peningkatan? Kita tahu syawal nanti. Apakah bulan Ramadan ini prestasi kita, iman kita, akhlak kita, sahsiah kita, kerja kita, komitmen kita, kebersihan diri dan jiwa kita itu lebih baik daripada bulan sebelumnya. Jadi dia kata, mesti diukur dan yang boleh ukur, kita sendiri. Apakah pada hari ini kita mulakan satu tekad perbaiki dalam semua bidang.

 

  1. Kaitan kita dengan Al-Quran, kaitan kita dengan ibadah, solat, kefahaman kita tentang pengajaran Al-Quran, kesediaan kita untuk mendekati diri dengan kekuatan kerohanian, kemudian disiplin lebih baik, kerja lebih rajin, semua itu, ukuran itu, kata Sheikh Taha boleh tak kita buat perkiraan, ukur, bila sampai akhir bulan, apakah ada peningkatan atau tidak. Kerana kalau tidak ada peningkatan katanya, anak kita yang ambil ujian di sekolah rendah, menengah, universiti itu, kita menganggap ujian itu untuk menilai, dan anak kita juga kalau terpaksa ulangkaji atau ulang ujian, ambil SPM kali kedua, selalu kita minta prestasinya lebih baik daripada tahun sebelumnya.

 

  1. Kita telah ambil ujian ramadan ini ada yang sudah 20 tahun berturut-turut, ada 30, ada 40, ada 60, kemudian ada juga selang-seli dengan umrah, tetapi beberapa kebejatan dan kelemahan masih lagi kita ulang. Ini peringatan kepada kita, kepada saya, dan kepada semua iaitu mengamalkan Ramadan, kemudian ditambah pula dengan yang lain-lainnya, ke masjid dan sedekah, amal jariah, umrah, tapi dari segi prestasi kerjanya, dari segi kebocoran, ketirisan, dan rasuahnya itu, lebih kurang saja.

 

 

  1. Jadi Sheikh Taha mengingatkan saya, bahawa untuk diri kita, kita nilai sendiri, apakah sudah baik dalam semua bidang. Dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita, dan pesanan tadi itu sekadar saya minta Sahibus Samahah sampaikan supaya ini acara bulanan saya, tidak termasuk Sahibus Samahah Mufti, tapi saya fikir elok kita jadikan imarah Ramadan ini sebagai peringatan, Wanafsin wama sawwaha Fa alhamaha fujuraha wat taqwaha. Kerana apa pun kaitan dengan kegiatan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan seluruhnya, dia masih berpunca daripada dari hati, dari nilai, dari syahwat, dari akhlak.

 

  1. Sebab itu dalam negara MADANI ini, kita tekankan sangat soal nilai. Dalam pembangunan manusia, sama ada yang disebut tadi Muhammad Iqbal ataupun karya-karya besar Barat umumnya, yang ditekankan ialah kemajuan, kebendaan. Striving for excellence itu semuanya dalam konteks negara, masyarakat, teknologi, tetapi kurang ditekankan soal nilai, yang kita kaitkan juga soal moral, soal akhlak. Saya tidak katakan bahawa di Barat tidak ada berbicara soal nilai, banyak karya-karya, Moral Kompas yang membicarakan soal nilai, ada filasuf menerangkan, tetapi ini bukan jadi satu budaya dan kefahaman meluas. Kita jangan pilih kaedah yang diamalkan di Barat, kerana kita di Malaysia ini sama ada muslim atau yang bukan Islam, yang lainnya harus letakkan paksi negara ini kepada soal kemanusiaan dan nilai. Itu yang membezakan kita dengan haiwan, dengan ketelanjuran yang berlaku, sama ada cara yang kita lihat, termasuk dalam negara itu sendiri.

 

  1. Jadi saya ambil kesempatan di sini, selalunya kita bagi notis panjang untuk acara bulanan ini. Tapi kita beri paling singkat, saya ingat 24 jam sahaja notis ke Kementerian Dalam Negeri ini. Kerana saya tahu tentang kepantasannya, kecekapannya. Dan tak ada yang merungut, dari Menterinya kepada KSU-nya. Kita beritahu sahaja, tak ada yang kata, oh notis singkatnya. Tak ada. Alhamdulillah. Dan dia mudah sebab tak ada makan minum. Jadi saya ucap terima kasih.

 

  1. Saya pilih Kementerian Dalam Negeri ini, walaupun sudah ke beberapa Kementerian lain, kerana saya fikir wajar diberikan kenyataan, penghargaan, sebab manusia ini termasuk dalam tinjauan masyarakat umumnya dan juga media sosial. Itu banyak disergah, dikecam itu beberapa ciri kelemahan. Kita tidak nafikan, dan insya-Allah kita cuba baiki. Tetapi seperti yang disinggung tadi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, agensi-agensi lain yang terlibat, itu soal keselamatan negara, keyakinan orang boleh berjalan tengah malam, berniaga dengan aman, itu umumnya kerana tugas dan agensi penguatkuasaan PDRM dan seluruh keluarga Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain. Jadi elok kita manfaatkan waktu juga menyatakan penghargaan. Jangan kita gunakan kesempatan perleteran tentang berapa kelemahan. Kita boleh baiki dan insya-Allah sebagai manusia, dan kita tahu juga dalam hidup kita ini, apalagi dalam M

 

  1. Madrasah Ramadan, bulan Ramadan ini, kita akui, kita insya-Allah akan bekerja lebih kuat, akan perbaiki kelemahan-kelemahan.Tetapi terimalah kenyataan bahawa Malaysia itu di antara negara yang aman, di antara negara paling aman di dunia. Percayalah ada beberapa kelemahan yang kita nyatakan, badan penguatkuasaan kita itu umumnya punya prestasi yang baik, dan saya mahu rakyat terima itu dahulu, kemudian kita cari penyelesaian bagi beberapa kelemahan.

 

  1. Soal pembanterasan rasuah, yang termasuk juga dalam keluarga PDRM, itu sudah berapa tahun yang lalu, itu kita bersungguh-sungguh. Dan selain daripada Saifuddin, saya sendiri berulang kali panggil, minta supaya tindakan diambil. Tapi dia tidak semudah yang dibicarakan. Mengambil waktu, mengambil kebijaksanaan, mengambil ketangkasan, disiplin. Tetapi sebaik sahaja ada kejayaannya, seperti mana yang saya umumkan di Parlimen, elak ketirisan baik di sempadan atau di lapangan terbang atau di pelabuhan. Kalau kita dah kumpul keseluruhannya, untuk dua tahun, RM15.5 bilion ringgit. Itu tentulah saya sebagai seorang manusia, anggota keluarga, harus tabik juga kepada rakan-rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan-badan penguatkuasaan. Jangan kita nafikan itu dan menyatakan ini sahaja masalah-masalah masih ada.

 

  1. Ada masalahnya. Tapi bayangkan puluhan tahun ketirisan itu, kalau kumpul 10 bilion dalam dua tahun, maknanya dah ratusan bilion. Tetapi di bawah jentera yang ada sekarang, saudara-saudara, ini bukan sahaja PDRM ini, Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), itu semua lah, tak sebut sensitif pulak. Dan termasuk yang di luar juga, Kastam dan sebagainya. Jadi kita harus terima kenyataan, perubahan itu ada. Tapi masalahnya orang-orang setengah itu, dia pilih untuk hanya menimbulkan kenyataan seolah-olah semua orang tidur dan semua di sini semuanya korup. Ini yang saya fikir kurang wajar.

 

  1. Jadi kita guna kesempatan Ramadan ini, akui. Ya, ada kelemahan. Tetapi iktiraflah sumbangan dan pengorbanan. Dan insaflah bagi yang masih cuai. Kerana ada tidak ketirisan? ada. Tapi ketimbang dua tahun yang lalu, ketimbang empat tahun yang lalu, itu kedudukannya parah dan tindakan itu adalah tapi kecil sekali. Jadi sekarang bila tindakan yang diambil oleh, saudara tahu yang baru-baru termasuk AKPS, APMM selain daripada Polis dan Imigresen, itu bila tindakan yang diambil, kita hargai dan beri kerjasama dan lihat di mana ketirisannya, di mana skandal yang dikatakan rosak walaupun kadang-kadang tak rosak. Kita cari dan fokus pada masalah dan cuba selesaikan. Itu kalau ikut pendekatan saya. Tegur dan rakan-rakan tahu, saya di antara kadang-kadang dalam mesyuarat-mesyuarat tak macam inilah ya. Bila panggil mesyuarat, saya agak keras. Tetapi sebaik ada kemajuan, ada yang lakukan yang positif, kita hargai.

 

  1. Ini bagi masyarakat harus ada juga. Kerana apa? Saudara ingat saya ini sudah terbaik dan sempurna? Astaghfirullahalazim. Saya tahu kelemahan saya. Begitu juga nak nilai orang. Kita kadang nilai orang ini standard A+. Lupa bahawa kita ini D-. Nilai orang harus A+. Diri sendiri, D-. Ini masalah kemanusiaan yang ada sekarang. Bulan Ramadan ini, kesempatan untuk semua menilai diri kita sendiri. Supaya dari D- itu naik. Jangan terus merosot.

 

  1. Jadi dalam konteks ini, saya tahu tentu si Saifuddin dia minta saya sebut tentang nilai rampasan 7 bilion dan e-Waste. Itulah saya tak lupa, ada. Dia pastikan hantar teks, jangan sebut ini. Dia sayang sangat kepada jentera dia, jangan lupa bagi penghargaan, arah Perdana Menteri, dia suruh sebut (nada berseloroh). Kemudian dia takut saya tak terbaca teks, telefon lagi. Ini saya dah hantar teks. Saya kata ya, saya dah baca, dah. Ini sebut ini e-Waste sekian-sekian. Mujurlah tak ramai ramai Menteri macam itu, kalau tidak teruk saya (nada berseloroh).

 

  1. Jadi saudara-saudara, yang saya tekankan lah, ringkas begitu sahaja. Negara ini aman. Prestasi ekonomi itu jauh lebih baik daripada yang kita unjurkan. Bayangkan, selalunya unjuran kita itu hampir sampai ataupun sedikit kurang. Kali ini unjuran pertumbuhan kita itu lebih baik daripada yang kita jangka pada peringkat awalnya. Pelaburannya, pengangguran, jumlah pengangguran, inflasi. Tapi apakah tidak ada masalah? Ada. Begitu juga tentang usaha-usaha pembanterasan rasuah. Ada. Tetapi bila ditegur, seolah-olah ya, hampas. Semuanya seolah-olah tidak ada harga sama sekali, padahal masing-masing keadaan dalam perbicaraan dia lupa. Kelemahan-kelemahan ini harus diperbaiki semuanya. Saya tidak datang ke sini untuk pertahankan apa-apa kelemahan. Tidak. Saudara-saudara sedia maklum, terutama yang atas-atas yang sering juga dengan saya ataupun saudara Saifuddin yang dalam Jemaah Menteri. Kita ada masa kita keras dan tegas, termasuk pada rakan-rakan di Jemaah Menteri. Tapi bila ada sumbangan, pengorbanan, kita terima dengan baik, kerana tidak bagi gambaran seolah-olah teruk benarlah. Ini yang saya nak betulkan dan penyelesaiannya itu juga harus berhemah.

 

  1. Orang yang berkorban puluhan tahun dalam semua agensi. Kalau kelemahan itu melanggar prinsipnya, ataupun kesalahannya besar, itu ikut proses undang-undang. Dan kalau ada aduan-aduan yang berat, bawa kepada prosesnya. Sama sepertimana yang dibicarakan sekarang dalam kes SPRM. Tapi bagi saya, saya tidak fikir saudara-saudara akan bekerja kalau seorang Perdana Menteri itu terus hukum. Belum siasat mesti hukum dulu. Saya tidak pilih jalur itu, siasat kalau perlu tindakan kita ambil tindakan, kalau perlu hukuman, kita ikut hukuman, tapi jangan kita gopoh kerana kebetulan orang itu kita tidak senangi atau bukan daripada kelompok kita, ataupun kita berdendam kerana orang itu telah mengambil tindakan kepada kelompok-kelompok yang dikaitkan dengan kita.

 

  1. Kita harus beringat begitu, apalagi bulan Ramadan ini. Jadi ini yang nak sampaikan. Harus teliti, penguatkuasaan harus jelas. Dan kita banyak masalah dalam 2-3 minggu ini dari SPRM-nya, dari kuil-nya, dari orang nak dakwah pun ada, dari semua bangkit sekarang, kita harus tangani dengan baik. Tetapi kadang-kadang jawapan itu jauh lari. Saudara, apa pun kena ikut peraturan. Kita negara ini negara hukum, mesti ikut undang-undang. Saya terlibat juga dengan kegiatan-kegiatan dakwah dulu, tapi kalau orang umpamanya nak buat dakwah yang mengganggu lalu lintas, dia ikut peraturanlah. Buatlah dakwah, tak ada sekatan sama sekali, tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Macam sepertimana kuil-kuil Hindu, sembahyanglah sebanyak mana dia nak pun, buatlah kuih mana pun, tapi ikut peraturanlah. Tak boleh pacak kuil atau berhala di mana tempat saja, tak boleh. Sepertimana peraturan. Ada yang jawab dia kata, oh! surau di mana-mana, boleh buat tak ikut peraturan, tak betul. Saya tahu dalam sejarah surau kita, saudara Shamsul Anuar Nasarah tahu, surau di Perak pernah dirobohkan kerana melanggar peraturan.
  2. Jadi saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik. Kalau kita terus begini, negara pertama takkan aman, tak boleh tumpu dalam soal membangun negara. Yang disebut tadi soal nilai, soal pendidikan, soal AI, soal program-program perubahan reform Anak-anak kita semua ni. Saya cucu, tapi anak-anak saudara-saudara. Tukar daripada 6 tahun, 5 tahun prasekolah. 7 tahun, 6 tahun sekolah. Ini semua perubahan-perubahan yang agak pantas dan drastik. Tapi kita tidak ada pilihan. Nak tunggu boleh. Tapi kita ketinggalan ketimbang 100 negara yang lain, dan ini memerlukan dana tambahan RM1 bilion ringgit tambahan tahun ini. Latihan guru , semua. Saya fikir yang perlu bagi negara kita yang guna n ini masa kita kemaskan diri kita, perbaiki prestasi kita. Betulkan apa-apa kekurangan, kelemahan di kalangan kita, kemudian usahakan supaya negara ini lebih teratur.

 

  1. Tanggungjawab membangun negara ini bukan tanggungjawab satu pihak, sepertimana tanggungjawab keamanan. Kata ini tanggungjawab polis sahaja, tak betul. Itu tanggungjawab semua, harus membangunkan. Potensi sangat baik saudara bayangkan. Saya teliti, esok Perdana Menteri Singapura akan datang, private visit, dia nak join saya berbuka puasa. Saya kata syaratnya, masa dia turun airport, dia tak boleh makan, sampailah buka puasa. Ini kerana tahap persahabatan dua negara dan mungkin dalam tempoh selepas itu Presiden Indonesia. Kemudian saudara-saudara tahu kita juga akan ke negeri-negeri, kita iftar bersama rakyat. Tapi yang penting saya nak tekankan prestasi negara kita itu baik. Saya bimbang kalau-kalau ada usaha melemah dan mengkhianati ini. Banyak yang cemburu saudara-saudara, dalam dan luar negara. Tak boleh terima kenyataan kita sedang meningkat baik.

 

  1. Sebab itu tanggungjawab kita apalagi di KDN ini nak pastikan keamanan, prestasi yang baik, di semua, kerana KDN ini menjadi tumpuan sebab dia jaga semua:, dari pesisir laut ke pelabuhan, kesempadan dan keselamatan semuanya tak terlepas. Naik kereta, jalan raya jaga, pergi airport Tak boleh lepas. Kerja saudara, saudara dah terperangkap. Jadi, jalankan kerja dengan sebaiknya. Saya yakin kerana kalau dilihat prestasi yang saya teliti umpamanya dalam 3 tahun ini, saya alhamdulillah bangga dengan prestasi saudara-saudara di sini.

 

 

  1. Saya sebut ini ikhlas amanillah ta’ala kerana saya perhati, tiga tahun hampir saban hari atau saban minggu meneliti dan saya tahu kerjanya, kesediaannya, pengorbanannya lakukan, tapi sebagaimana yang diungkapkan tadi kita ini adalah masyarakat islah mastata’tu sentiasa ada drive untuk perbaiki prestasi kita, untuk bawa reform dan perubahan. Jadi terimalah kenyataan bahawa reform dan perubahan dan islah itu satu kewajipan yang kita harus kerjakan. Tetapi ini tidak sama sekali menolak kenyataan bahawa saya seperti yang diamanahkan bekerja dan melihat sendiri prestasi, bukan sahaja dari segi dari menterinya, tapi melihat sendiri ini semua dan saya akui.

 

  1. Alhamdulillah saya syukur dan sangat bangga dengan prestasi KDN keseluruhannya. Saya doakan mudah-mudahan dengan semangat Ramadan ini, Madrasah Ruhiyah bulan Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem. Kullu ‘āmin wa antum bi khair, kita dapat tingkatkan usaha kita.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PECAH TANAH

PROJEK BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

 

 

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) | 4.00 PETANG

PONTIAN, JOHOR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahirabbil ‘alamin 

Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim, 

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi,

Menteri Besar Johor;

 

Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad;

Menteri Kesihatan;

 

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Setiausaha Kerajaan Negeri;

Ahli-ahli Parlimen;

Dewan Undangan Negeri; dan

Tokoh Parlimen, Saudara Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan,

 

Sebenarnya terima kasih dekat dia, sebab dia paksa saya datang dengan pelbagai tuntutan. Saya sebenarnya tidak terkenal sebagai selalu respon pantun, tetapi oleh kerana di Pontian, saya nak beritahu orang Pontian, jangan Ahmad Maslan, saya pun boleh pantun.

 

Dia mesejnya dalam supaya kental semangat, supaya tidak gentar dengan pencak orang menghalang dan menggugat perjuangan. Jadi pantun ini dalam sedikit:

 

Bunga Kemunting Di Dalam Pagar,

Kembang Semerbak Harum Mewangi.

Dengan Pencak Silat Pendekar,

Takkan Tergugat Pahlawan Sejati.

 

Kalau yang faham, faham.

 

  1. Baik, syukur Alhamdulillah kita dapat bersama. Terima kasih kepada semua jawatankuasa, rakan-rakan yang menjayakan. Saya memang terharu nampak sambutannya memang luar biasa dan kita harap projek ini dapat disegerakan. Dan saya beritahu Saudara Ahmad, kita akan jadikan ini projek yang dilaksanakan mengikut fast track. Tender ya, tetapi dipercepatkan daripada biasa. Ketua Pengarah akan bertanggungjawab, kalau lambat jawablah kepada saya.

 

  1. Tetapi oleh kerana kita dalam beberapa hari lagi akan menunaikan puasa di bulan Ramadan, eloklah saya mulakan dengan mengingatkan kita semua tentang tanggungjawab kita. Ini Madarasah Ruhiyah atau Tarbiyah Ruhiyah, usaha kita membersihkan diri kita. Ini yang kekuatan Islam, tidak ada terkecuali. Tidak ada orang yang pangkatnya terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ilmunya kebal ataupun ilmunya biasa, semuanya perlu lalui proses Ruhiyah, Tarbiyah ini. Yaa ayyuhal lazeena aamanoo kutiba ‘alaikumus Siyaamu kamaa kutiba ‘alal lazeena min qablikum la’allakum tattaqoon (Surah Al-Baqarah, ayat: 183-185). Perintah untuk semua.

 

  1. Dan hebatnya Islam ini, Berbahagia Yang Berhormat, mesejnya universal, bahawa puasa itu walaupun khusus, la’allakum tattaqoon bagi orang Islam, tapi mesejnya risalah itu universal kerana Al-Quran menyebut sepertimana yang diperintahkan ke atas umat-umat sebelum kamu kutiba ‘alal lazeena min qablikum. Ini kekuatan yang kadang-kadang rakan-rakan kita sama ada orang Islam atau bukan Islam tidak memahami bahawa Islam itu termasuk dalam puasa Ramadan yang khusus untuk kita dan darjat takwa supaya terangkat niatnya itu untuk jadi seorang yang baik, Muslimun Hakikiyun tetapi masih diperingatkan bahawa ada acara puasa yang mungkin berlainan, tetapi acara puasa itu.

 

  1. Sebab itu Quran menyebut tentang perintah sebelumnya, Shahru Ramadaanal lazeee unzila feehil Qur’aanu hudal linnaasi wa bayyinaatim minal hudaa wal furqaan, kekuatan yang dikaitkan dengan turunnya Al-Quran. Dan turunnya Al-Quran bagi kita untuk apa? Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia. Bagaimana petunjuk kepada manusia? Baca tidak, faham tidak, amal jauh sekali. Kita puasa bulan Ramadan, 30 tahun tanpa tinggal, 20 tahun tanpa tinggal, tetapi tiada perubahan, dari akhlak, nilai, kemanusiaan kita. Jadi, di mana dia Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia. Bagaimana boleh kita jadikan Hudal linnaasi – petunjuk kepada manusia itu, wa bayyinaatim minal hudaa wal furqaan. Hingga boleh dapat menilai di antara kekuatan seorang baik dan buruk.

 

  1. Sebab itu, kita peringatkan kita semua, jadikanlah bulan Ramadan ini, bulan yang memberikan kita kesempatan menilai diri kita. Kerana kadang-kadang kesibukkan kita menilai orang, mencerca orang, mengambil kesempatan untuk menidakkan sumbangan orang. Tidak. Dalam bulan Ramadan ini nilai kita untuk menjadi manusia, Muslimun Hakikiyun iaitu dengan amalan dan amalan itu konsisten, kerana ini seolah satu sekolah, madrasah Madrasah Ramadan ini sekolah, semua harus masuk kembali. Tok Khadi tadi tentunya dia arif, tetapi dia juga masuk sekolah Ramadan. Kita semua begitu.

 

  1. Tapi apa erti sekolah, penilaian tiap tahun bulan Ramadan, tapi perangai sama juga. Sakau, ada kesempatan Sakau. Kerja, malas. Gunakan kesempatan untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan ajaran-ajaran. Sebab itu, peringatan kepada kita semua. Saya mohon maaf kerana saya hanya mampu menyampaikan. Bukan maknanya saya punyai ilmu yang tinggi berbanding dengan ramai ulama’ yang ada, tetapi sekadar mengingatkan memenuhi tanggungjawab supaya ruh Ramadan itu berhasil dan mengesankan.

 

  1. Islam ini berbeza satu lagi aspek, dia tiap amalan kita itu dinilai dari segi perlaksanaannya, amalnya – Yâ ayyuhalladzîna âmanustajîbû lillâhi wa lir-rasûli idzâ da’âkum limâ yuḫyîkum (Surah Al-Anfal, Ayat 24) – Orang beriman itu, mesti menyampaikan yang baik, kata-katanya, ungkapan ceritanya. Tetapi, tidak berakhir dari situ, dengan amalannya. Idzâ da’âkum – penyampaiannya. limâ yuḫyîkum – penghayatannya. Sebab itu, dalam amalan kita, bulan Ramadan banyakkanlah amal. Tentu satu. Banyakkanlah sedeqah dan amal jariah bagi orang susah. Apa erti mencatat pertumbuhan yang mengagumkan, pelaburan yang tinggi, harus kita kerjakan ke arah itu. Dan saya ucap taniah kepada negeri Johor yang bekerjasama rapat dan kita bantu semaksima mungkin untuk mengangkat kedudukan ekonomi negeri Johor. Tetapi seperti yang saya singgung tadi, penilaian kejayaannya ialah keupayaan kita memastikan ia sampai kepada rakyat. Kalau tidak ada kesenjangan yang kian melebar, yang kaya bertambah kaya, yang miskin terhimpit hidup mereka.

 

  1. Sebab itu saya bangga di Pontian, terima kasih kepada Pegawai Daerah. Mana Pegawai Daerah? ya terima kasih kerana berusaha betul-betul. Orang pandang ringan bila saya sebut miskin tegar, sifar miskin tegar. Mana mungkin ada yang kata. Ada yang kata, tak penting kerana orang tak akan tengok ini. Orang kampung dicerok mana, tak peduli. Tapi, saya kata, saya nak ukur kemajuan, nak hapuskan kemiskinan, semuanya akan mengambil masa. Tapi, malu kita bagi negara seperti Malaysia. Dengan semua kekayaan begini, tak mampu selesaikan masalah miskin tegar. Saya salute Pegawai Daerah dan juga saudara Ahmad Maslan kerana di Pontian tahun ini berjaya kita selesaikan masalah miskin tegar. Tahniah!

 

  1. Tak susah sangat pun, dia tekad politik bersungguh-sungguh saya sekarang dalam lawatan tidak hari ini ke Johor kerana hampir musim cuti, Ahli Parlimen pun kata masa-masa cuti panggil ke sini dekat Raya Cina. Jadi, saya tak buat, tapi sekarang ni saya pergi kalau dulu saya buat mesyuarat Negeri dengan Kerajaan Negeri, sekarang tidak. Dua hari sudah di Tambun, di Kinta, daerah sebelum itu di Bentong, daerah kerana saya belajar daripada pengalaman marhum Tun Abdul Razak dulu apa yang Tun Razak lakukan turun ke daerah, tanya miskin berapa? Hospital pasaipa tak siap. Jalan pasaipa lambat. Jadi, tengok masalah daerah, jadi itu yang saya mula lakukan sekarang untuk pastikan projek-projek berjalan kerana orang nilai kita bukan saja dengan tinggi-tinggi di atas, tidak. Orang boleh nilai, memang betul projek besar penting, jangan saya ringankan ini transisi tenaga, E&E soal elektronik soal transformasi kerana kita masih digital, digital technology ini semua penting tetapi akhirnya yang penting itu anak di rumah, orang miskin di kampung yang mesti kita lihat dan cuba selesaikan. Mudah-mudahan dengan mesej ini semua daerah di negara kita mula tumpu untuk buat penilaian berdasarkan apa yang kita sepakati, KSN ada dan juga Kementerian-Kementerian masing-masing iaitu melihat kepada permasalahan rakyat sekecil-kecilnya.

 

  1. Orang senang dengan pengumuman projek raksasa, penting bagi negara tetapi rakyat senang kalau longkangnya itu diperbaiki kalau jalan yang berlubang-lubang itu ditampung, kalau surau yang robek itu diperbaiki, dan kita harus juga dengar keluhan rakyat dan ini menjadi keutamaan mulai bulan Januari 2026, satu tahun ini, tahun gerakan memastikan projek-projek kecil dilaksanakan dengan kadar segera. Jadi, Pegawai Daerah dengar baik-baik bulan depan bagi laporan, saya bagi satu bulan bagi laporan tentang perlaksanaan projek kecil di arah Pontian sebab hari ni tak sempat saya dengar taklimat, Ahmad Maslan tengok.

 

  1. Kita juga harus santuni rakan-rakan kita yang lain memang orang India baru dengan Pongal tapi orang Cina sahabat dan rakan kita sambut Hari Raya Cina dan saya ucap terima kasih kepada YB kerana walaupun sepatutnya dengan keluarga sekarang masih sanggup datang bersama-sama raikan, thank you very much. Jadi, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Cina, Gong Xi Fat Coi, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

 

  1. Ini tak sampai hospital lagi, hospital dah RM400 juta man, buat lah dulu cepat-cepat. Saya hanya jamin kita cepatkan. Kalau minta umpamanya ada masjid, ada surau dan lain-lain. Masjid itu Kerajaan Negeri Johor boleh bantu lah, kalau Kerajaan Negeri Johor bantu setengah, minggu depan saya lulus setengah lagi untuk masjid.

 

  1. Yang lain-lain tu, kita tengok, tetapi, untuk maksud, oleh kerana dah sampai Pontian ini. Saya tengok orang pun baik sangat, saya pun pandai orang Pontian ni, dia dengan senyumnya, dengan apa-apa, jadi saya sudah “hatiku sudah tertawan” Jadi, untuk kemudahan, campur dengan surau kita gitu-gitu ni, kita lulus segera 2 juta ringgit dulu.

 

  1. Jadi, kita dengar biasa, Gong Xi Fat Coi, Selamat Hari Raya, Deepavali, Nal Valthukal. Tapi kita faham tak bahawa tidak semua negara begitu? Kan baru-baru ini Modi datang, Narendra Modi India sebelum itu, Xi Jinping, China sebelum itu, President Donald Trump.

 

  1. Saudara, untuk semua majlis ini, saya tidak pernah tinggal bila ada acara kebudayaan semua kaum diwakili bukan sahaja tarian masing-masing, ini tarian Melayu, ini tarian Cina, kemudian tarian India, tidak. Memang teras kebudayaan kita itu kebudayaan Melayu. Tapi dalam semua acara kita, saya pastikan terasnya Melayu dalam satu tarian ada Cina, ada India, ada Kadazan, ada Iban. Ini hebatnya Malaysia.

 

  1. Jadi, pemimpin-pimpin punya dunia hairan. Jadi pemimpin-pemimpin dunia hairan. Dia tidak hairan kalau ada tarian asing-asing. Masing-masing ada, dia tahu. Tapi kita boleh combine. Satukan. Di mana ruginya? Masih terasnya masih budaya Melayu. Islam masih Agama Persekutuan. Puasa Ramadan itu kita kembangkan dan syiarnya dihebatkan. Tetapi, kita santuni. Kerana kita tahu negara ini boleh hidup aman sekiranya ada semangat muafakat dan perpaduan yang tulen. Jadi saya harap kita pastikan ini terus berlaku. Kerana semua catatan kejayaan kita, saya pasti tak ulang sekarang, tetapi saya sendiri sebagai Menteri Kewangan pun terkejut dengan angka yang kita perolehi suku tahun akhir tahun lalu. Kita jangka paling tinggi pertumbuhan ekonomi untuk suku tahun keempat tahun lalu itu ya sekitar 5.4% – 5.5%. Tapi kita catat rekod pertumbuhan ekonomi Malaysia suku tahun keempat tahun lalu itu 6.4%. Pengangguran terendah. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Jadi itu kita kena akui.

 

  1. Sebab itu saya katakan negara ini akan makmur sekiranya rakyat itu terdedah, terdidik dan diberikan pencerahan apa yang berlaku. Ini bukan propaganda, ini bukan kerja dan cerita dan taksub politik ini kenyataan lihat negara-negara jiran. Alhamdulillah kita aman bukan sekadar kita aman, kerana kita aman bila ada perseteruan di antara Kemboja dengan Thailand, Malaysia yang diminta untuk mendamaikan. Bila ada pergaduhan terus di Myanmar yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban dan ratusan ribu pelarian, kita diminta memberikan pandangan dan kita beri pandangan yang tegas, syukur Alhamdulillah, sebab apa? Orang kata sebab PM, tidak sebab sistem kita, pimpinan kita jentera kita, tentera, pasukan polis, pasukan keselamatan umumnya, penguatkuasaan menjalankan tugas dengan baik.

 

  1. Kadang-kadang kita hanya hebahkan isu-isu yang negatif sahaja ini tidak kena, orang ini tidak betul dan sebagainya itu sahaja kerja kita ini hasut hal-hal yang negatif hal yang baik tidak disebut ini penyakit namanya, penyakit iri hati, penyakit dengki, dendam kesumat bagi orang yang tahu dia boleh kritik Dr. Dzul dalam Jemaah Menteri dan juga KSN Shamsul Azri itu ruang terbuka bagi pandangan bagi teguran, tetapi kita kerja sebagai satu pasukan kita belajar untuk beri penghormatan dan salut kepada rakan-rakan kita yang menyumbangkan tenaga dan berkorban.

 

  1. Masalah penyeludupan, masalah dadah, masalah jenayah ini semua memerlukan sikap dan tekad yang berani dan tegas di kalangan penguatkuasaan kita. Tapi contohnya mesti pimpinan kalau pimpinan itu amalnya sombong ada peluang saja sakau tanah orang milik dia, harta orang milik dia, saham dia sapu jahanam negara ini, sebab itu saya minta kawan-kawan faham mengapa negara ini kalau mau di landasan yang betul kita mesti ambil sikap tegas negara ini hebat Malaysia punya potensi yang luar biasa kalau kita tadbir dengan baik dan jaga negara ini dengan bersih saya yakin insya-Allah.

 

  1. Jadi saudara-saudari yang dirahmati sekalian, ya projek hospital ini balik, dah diterangkan berapa jumlahnya tetapi projek di bawah kerja kesihatan sahaja 23 projek itu cecah RM2.625 bilion sebab itu Jawatankuasa Alam JKR, terima kasih saudara Ahmad Maslan harus pantau yang sakit, yang lambat. Kita masalah ni kadang-kadang projeknya banyak, pelaksanaan tu lembab masalah teknikal titik bengik itu dibiar berlarutan. Jadi sebab itu saya katakan di antara yang saya lakukan, turun ke daerah, tengok apa projek sakit, mengapa dan ambil tindakan segera. Mengapa lambat kalau projek itu umpamanya boleh siap dua tahun mengapa nak sanggup terima empat tahun. Tadi disebut umpamanya seperti hospital ini, ada rancangan yang katakan empat tahun. Sebab apa empat tahun? Orang Pontian tak sabar nak tunggu empat tahun, dah lah tunggu puluh tahun dah suruh tunggu lagi empat tahun. Apa kata kalau saya anak Pontian, tinggal di sini, kemudian kena tunggu empat tahun lagi hospital nak siap? Saya tidak boleh terima, kalau saya tidak boleh terima, orang Pontian pun tidak boleh terima. Oleh itu, mesti kita segerakan pelaksanaan projek ini.

 

  1. Saya dalam hukum, hukum pemerintahan itu sahaja, kalau saya nak orang adil daripada saya, saya adil kepada dia kalau saya nak projek itu cepat, maka saya percaya orang pun memerlukan dengan segera. Kerana kita lihat umpamanya di Malaysia ini beberapa hal kadang-kadang orang biasa dengan cara lembab dia tidak tahu bagaimana orang di kampung yang tunggu nak pergi, dah lah nak pergi ke hospital tu 40 minit perjalanan, kemudian masuk hospital kena tunggu lagi. Jadi benar kita kena selesaikan tapi dia memerlukan biaya yang besar jadi yang mampu kita lakukan cari kaedah baru sepertimana disebut oleh Menteri Besar apa sahaja yang mungkin untuk mempercepatkan. Jadi, saudara-saudara selain itu, ini melibatkan juga pemilihan kontraktor dan pemantauannya. Jadi, saya percaya terima kasih kerana KP JKR telah ambil tindakan.

 

  1. Dan juga kos, saya sebut di banyak tempat mengapa hospital kita ini kosnya terlalu tinggi memang syaratnya tinggi orang lain kalau swasta kadang kos yang jauh lebih rendah kita terlalu tinggi jadi Ketua Pengarah bagi jaminan kepada saya dipercepatkan satu, fast track dengan perbendaharaan kita akan lakukan. Ketiga kos mesti turun kalau kita dapat jimatkan katakanlah RM50 juta kos di Pontian RM 50 juta itu boleh diberikan untuk jambatan, untuk surau, untuk sekolah. Pulang balik kepada rakyat jadi projek mesti ikut kos yang sebenar jadi saya harap hal-hal ini dapat kita sampaikan dan pegawai daerah akan bagi laporan lengkap dalam tempoh satu bulan semua projek-projek diluluskan dan harus disiapkan dalam tempoh segera kerana ini dilakukan oleh kebanyakan pejabat daerah yang saya lawati kerana dah datang saya tidak akan datang lagi lah, nasib baik, tapi belum tahu kalau saya datang mengejut boleh juga.

 

  1. Tapi saya ucap terima kasih aduh semangat saya tengok orang Pontian hari ini luar biasa. Terima kasih. Saya betul-betul lah terharu bukan sahaja kerana kehadiran yang ramai orang datang ke dalam majlis memang ramai. Kadang-kadang suruh datang, dia datang tapi ada kalanya dia datang tapi dengan senyum dia dan lengang lenggok-nya persaudaraan dia macam kenal lama. Eh tu apa khabar jadi saya pun eh tak boleh cakap lah betul-betul saya terharu jadi terima kasih Ahmad walaupun kopi belum bagi lagi tapi tak apa.

 

  1. Sekali lagi lah saya ucap terima kasih kepada semua yang bertugas yang bekerja dan kita doa kepada Allah SWT kita kerja sesungguhnya, kerana yang boleh kita bagi kita dah bagi dah. Tadi saya ucap terima kasih seorang dari situ lagi, terima kasih Dato’ Seri gaji naik, ada juga yang ingat, terima kasih.

 

  1. Jadi, maknanya ya walaupun saya tahu tapi bila disebut begitu, sejuk juga hati kita. Kita pun manusia kan, orang kenang. Jadi, sekali lagi jaga negeri ini dengan baik pastikan dengan aman yang soal MB sebut soal hasil, tidak apalah jangan bimbang perbelanjaan kita untuk negeri Johor ni Dato’ Onn di antara yang paling tinggi dah di Malaysia, lebuh raya, SEZ, pelabuhan itu semua belanja Persekutuan. Jadi kalau begitu, rundinglah dengan baik yang pentingnya itu apakah rakyat dapat kebajikan sepenuhnya wang pusat, wang daerah, wang negeri itu semua technical doesn’t matter apa, rakyat pedulikah kalau wang ini daripada negeri, atau wang ni daripada pusat yang penting wang sampai kepada rakyat, ini yang bagi saya yang penting.  Dan dana ini dijalankan dengan cekap jangan bocor, jangan tiris, buat tender proses betul-betul biar manafaat kepada rakyat.

 

  1. Ini dalam Kerajaan MADANI ini saya tidak tolak ansur, memang dihentam, disamun, saya tidak peduli selagi kita dapat amanah, jalankan pentadbiran negeri ini dengan bersih, cekap untuk faedah rakyat jelata.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS VERBATIM UCAPAN

 

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

SESI PENERANGAN KHAS DI PARLIMEN

(ISU JAJARAN SEMPADAN MALAYSIA – INDONESIA)

 

 

4 FEBRUARI 2026 (RABU)

11.30 PAGI

DEWAN RAKYAT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Salam sejahtera, Tan Sri Dipertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk memberikan penjelasan. Pada 22 Januari 2026 terdapat laporan yang mendakwa Malaysia telah menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga (3) buah kampung di kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah dan Kalimantan iaitu Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

 

Secara dasarnya, Tan Sri Yang di-Pertua, pendirian kerajaan jelas tertakluk kepada undang-undang, perjanjian dan konvensyen yang berkuatkuasa. Dalam hal terkait persempadan semula dengan Indonesia, kita juga amat menghormati kesepakatan bersama sebagai negara sahabat di antara Malaysia dan Indonesia.

 

Atas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Republik Indonesia adalah berdasarkan dua konvensyen dan satu perjanjian. Untuk keseluruhan Sabah dan Sarawak, konvensyen persempadanan antara kerajaan British dan Belanda, Boundary Convention 1891. Untuk Sabah, Perjanjian Persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda, Boundary Agreement 1915. Untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang telah ditandatangani di The Hague pada 26 Mac 1928, Boundary Convention 1928.

 

Bagaimana penentuan jajaran persempadanan di kawasan Outstanding Boundary Problem, OPB Sungai Sinapat, Sungai Sesai yang menjadi isu ketika ini adalah berdasarkan kepada Boundary Convention 1891 dan Boundary Agreement 1915.

 

Prinsip yang terkandung dalam perjanjian ini adalah penentuan kawasan berdasarkan kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai di garis latitude 4 darjah 20 minit utara (4⁰ 20’U) iaitu di utara garis latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 20’U), kawasan itu adalah di bawah British Sabah manakala di selatan garis latitude 4 minit 20, (4⁰ 20’U) utara, kawasan itu adalah di bawah Belanda, Indonesia.

 

Kerja-kerja persempadanan dimulakan pada tahun 1977 bersama Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan peta di dalam perjanjian tahun 1915, kedudukan muara Sungai Sinapat dan Sungai Sesai berada di selatan garis latitude 4 minit 20 utara (4⁰ 20’U). Namun demikian hasil daripada pengukuran bersama yang didapati Sungai Sinapat sebenarnya bermuara di utara garis latitude 4 minit 20 (4⁰ 20’U), bukannya di selatan. Maka, pada pandangan Malaysia, semua lembangan sungai yang bermuara di utara garis latitude (4⁰ 20’U) tadi, adalah kepunyaan Malaysia. Dan saya bentangkan juga peta supaya dapat difahami.

 

Kawasan OBP sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai kawasan milik mana-mana negara kerana ia belum diputuskan oleh kedua-dua negara. Kerana kawasan itu merupakan kawasan rundingan dan penentuan sempadan yang masih belum dimuktamadkan sejak dahulu lagi.

 

Saya ingin menegaskan bahawa penentuan sempadan ini tidak bersandarkan kepada prinsip pampasan, timbal-balik atau untung-rugi seperti yang didakwa. Sebaliknya, penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian seperti yang dijelaskan sebentar tadi.

Jarak keseluruhan sempadan darat antarabangsa Malaysia dan Indonesia dianggarkan sepanjang 2064km dan dibagikan kepada dua sektor. Ada terpapar (pada skrin).

 

  1. Sektor Sabah – Kalimantan Utara (KALTARA) dianggarkan sepanjang 419.4 km; dan
  2. Sektor Sarawak – Kalimantan Barat (KALBAR) dianggarkan sepanjang 1,644.6 km.

 

Jadi, buat masa ini hanya pengukuran sempadan Sektor KALTARA telah dimuktamadkan yang melibatkan 2 OBP iaitu:

  1. OBP Pulau Sebatik; dan
  2. OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam Kawasan OBP B2700 – B3100.

 

Bagi Outstanding Border Problem OBP Pulau Sebatik, kerja-kerja siasatan, penandaan dan pengukuran semula oleh pasukan ukur bersama kedua-dua negara telah dijalankan dari bulan Februari hingga November 2019.

 

Hasil pengukuran yang diperolehi mendapati jarak muktamad dari East Pillar ke New West Pillar 23.842 km. Manakala bagi OPB, Sungai Sinapat dan Sungai Sesai, kerja siasatan, penandaan, pengukuran yang dibuat sekali di antara pegawai-pegawai pemetaan Indonesia dan Malaysia dilakukan sehingga August 2022 dan Oktober 2023. Itu jarak muktamat 11,545 kilometer.

 

Jadi proses pengukuran rundingan itu berjalan selama 47 tahun sejak 1977, diselesaikan secara berperingkat, tetapi pada hemat kita harus disegerakan untuk menjaga hubungan baik antara dua negara berdasarkan perjanjian dan konvensyen antarabangsa sepertimana disebut tadi.

 

Dalam semua perundingan ini, kalau terkait dengan Sabah, seperti juga Sarawak, Wakil Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Peguam Negeri Sabah, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur Sabah, semua dilibatkan sepenuhnya. Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan baru dirujuk ke Mesyuarat Ke-45 Jawatankuasa Sempena Bersama Indonesia-Malaysia (JIM-45) pada 18 Februari 2025.

 

Melalui MoU tersebut,

 

  1. OBP Pulau Sebatik, keluasan Baharu yang diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05 km persegi bersamaan 5 hektar (12 ekar); dan
  2. OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai, Malaysia memperoleh Kawasan tambahan seluas 7.8 km persegi bersama 780 hektar (1,927 ekar);

 

Keseluruhan kawasan pertikaian di OBP Sungai Sinapad – Sungai Sesai dalam kawasan OBP B2,700 dan B3,100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan ini sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia. Kalau lihat peta itu, kawasan yang daripada awal hak Indonesia, tetapi oleh kerana peta itu belum dimuktamadkan, kita tidak bersetuju. Tapi selama ini, sejak 1915, itu tidak dipertikai oleh semua Kerajaan Inggeris dan kerajaan Malaysia sejak 1915.

 

Ini yang dikatakan, walaupun pada faktanya tidak dimuktamadkan kerana perjanjian itu tidak ditandatangani, walaupun ia menjadi milik dan di bawah pengelolaan kerajaan Indonesia.

 

Sempadan di kawasan OPB berdasarkan prinsip yang terkandung, sekali lagi saya tegaskan, pada perjanjian 1915 iaitu 780 hektar jadi milik Malaysia. Tetapi 780 hektar, itu keluasan tambahan bagi Malaysia. 5987 itu kekal di bawah milik Indonesia yang dimiliki oleh Indonesia sejak 1915.

 

Jadi sebahagian kecil dari tiga-tiga kampung yang dikenali sebagai Kampung Kabulanggalo, Kampung Lepaga, Kampung Tetagas, dengan sendirinya termasuk ke kawasan Malaysia sebelah di atas itu.

 

Jadi, tiga-tiga itu dimasuk ke Sabah dakwaan berkenaan Malaysia menyerah seluas 5207 hektar kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga buah kampung di kawasan Nunukan adalah tidak benar dan penipuan kalau pun tidak niat jahat sama sekali. Jadi sebab itu kita harus terikat dengan perjanjian dan yang dapat dipertikai saya lihat itu di peta di belah bawah itu adalah kawasan dari awal sejak 1919 ditekankan dalam semua rekod kita menjelaskan ia tidak kita sahkan tapi tidak pernah kita tuntut sebagai milik Malaysia.

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

Dalam rundingan seperti ini tentulah ada beberapa hal yang agak sensitif kerana dalam rundingan dengan Indonesia tidak semua yang sudah selesai. Umpamanya, isu 5 kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah Kalimantan Utara, 4 kawasan Outstanding Boundary Problem di sektor Sarawak  Kalimantan Barat yang masih dalam proses perundingan antara kedua-dua negara, maknanya belum dimuktamadkan.

 

Sebab itu kenyataan-kenyataan kita harus berhati-hati dan berhemah kalau nak cari keuntungan politik sempit, bukan masanya bukan untuk korbankan kepentingan Malaysia, atau korbankan kepentingan hubungan baik di antara dua negara.

 

Jadi saya nak jelaskan, sepertimana tohmahan sebelum ini, Ambalat, kita serahkan. Hal itu belum pun dimuktamadkan tetapi tohmahan daripada pembangkang sudah diserahkan, saya tidak tahu serah wilayah mana. Jadi sebab itu, harus kita rujuk kepada angka dan data dan ini, kita harus gunakan kesempatan ini juga mengucapkan penghargaan setingginya kerana orang, pegawai-pegawai kita Bahagian Hal Ehwal Persempadanan, disokong di bahagian Topografi, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pemetaan, Kementerian Pertahanan, Tentera itu terpaksa meredah ke hutan belantara untuk memastikan peta itu dimuktamadkan.

 

Jadi saya harap, kalaupun pembangkang memilih untuk tidak menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan tentera, belum kerana yang ada itu menghina, kenyataan biadab menghina. Itu ada.

 

Apa yang tidak betul? Termasuk Pendang. Kalau tak tahu, baik. Kalau tak tahu, tanya. Kalau tak tahu, jangan maki hamun. Tak tahu, tanya.

 

Jadi, inilah penjelasan saya Tan Sri Yang di-Pertua. Lima lagi kawasan yang didakwa selesai, yang intertidal saya ingin bacakan, Sabah, Kalimantan Utara. Empat kawasan outstanding boundary problem di sektor Sarawak, Kalimantan Barat itu masih dalam proses perundingan antara kedua-dua negara. Jadi saya harap rakan-rakan Ahli Parlimen.

 

Tan Sri Yang di-Pertua, saya kata ada kenyataan biadab, ada kenyataan yang menuduh saya khianat kepada negara. Ini yang kita kena betulkan.

 

Saya habiskan Tan Sri Yang di-Pertua menyatakan bahawa hal-hal yang menyentuh kepentingan negara termasuk sempadan haruslah dibincang cara berhemah, saya tidak ada masalah mana-mana ahli pembangkang untuk bertanya tetapi saya bantah keras tuduhan dan fitnah menyatakan kita kianat kepada negara.

 

Jadi yang sebaiknya kerana saya telah bentangkan dengan fakta dan dengan peta, sebaiknya teliti semula ada bahagian yang belum dimuktamadkan, ada yang sudah.

 

Akhirul kalam, Tan Sri Yang di-Pertua kita kena jaga hubungan kita dengan Indonesia sejak 1974 itu sangat baik. Rundingan itu diteruskan di semua peringkat dan selalunya kerjasama di antara dua-dua pihak pegawai serendah-rendahnya sehinggalah Ketua Menteri dan Perdana Menteri dan Kerajaan dengan Kerajaan Indonesia sangat baik. Kita boleh berbeza pendapat tapi jangan menjatuhkan hukuman dan juga jangan menyinggung juga perasaan rakan-rakan kita di Indonesia yang berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab di antara dua negara.

 

Terima kasih.

 

Ini kelulusan perjanjian yang dimuktamadkan peringkat rundingan proses yang lain itu mesti ikut jadi Yang Berhormat dari Semporna sebut tadi betul. Maknanya proses itu masih belum jalan, belum selesai pun saya sebut tadi ada bahagian yang belum selesai baru ada persefahaman di antara dua-dua pemimpin dan dua-dua kerajaan. Semua peraturan yang menyentuh soal sempadan akan dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing, yang dalam proses.

 

Saya sebut tadi dalam proses yang dimuktamadkan itu peringkat kerajaan, kemudian kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia mesyuarat Raja-Raja yang dalam jadualnya. Cuma kita nak putuskan sama ada dibentangkan setelah diputuskan semua ataupun diputuskan sebahagian.

 

Terima kasih.

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PENYEMPURNAAN PEMULIHARAAN

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

  

31 JANUARI 2026 (SABTU) | 10.00 PAGI

KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim;

 

Ampun Tuanku.

 

  1. Patik dengan penuh takzimnya menjunjung kasih di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berangkat mencemar duli ke Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad yang bersejarah ini.

 

  1. Sesungguhnya, keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku telah menambah seri majlis ini. Keberangkatan Tuanku bukan sekadar menyempurnakan sebuah acara, tetapi mengingatkan kita bahawa perjalanan sejarah negara ini sentiasa berakar kepada zaman lampau, dipandu nilai dan dilindungi institusi Raja Berperlembagaan.

 

  1. Seterusnya, patik dengan segala hormat dan takzimnya memohon perkenan Tuanku untuk patik mempersembahkan ucapan kepada hadirin.

 

Ampun Tuanku.

 

  1. Bangunan ini dinamakan Bangunan Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada ketika itu. Bangunan yang tersergam sejak 1897, bukan sahaja sekadar gedung gagah, tetapi sebuah sejarah panjang yang merupakan saksi zaman. Pahit getir perjuangan menghadapi kelicikan, kezaliman dan penindasan penjajah.

 

  1. Bermula sebagai pejabat pentadbiran kolonial, bangunan ini menjadi saksi penubuhan negara, tatkala Bendera Union Jack dilengserkan pada detik 12 tengah malam, 31 Ogos 1957.

 

  1. Arkian, bermulalah ikhtiar awal negara, membersihkan negara dari kelicikan dan onak penjajahan yang dicemari dengan kebejatan, keangkuhan kuasa, penindasan dan rasuah.

 

  1. Menyingkap acara bersejarah, wajar kita tekankan bahawa pemuliharaan bukan semata-mata usaha untuk mengulang nostalgia, tetapi ikhtiar untuk memastikan sejarah negara Malaysia tercinta, dari Perlis sampai ke Sabah, harus sentiasa berakar, segar, dijadikan pedoman agar generasi ini dan generasi penerus tidak akan gelojoh dan tersasar daripada cita-cita dan idealisme murni perjuangan.

 

  1. Usaha ini merupakan teras kepada inisiatif Warisan Kuala Lumpur, pendekatan strategik Kerajaan untuk menghidupkan semula tapak-tapak warisan utama Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya.

 

  1. Warisan adalah aset strategik yang mampu menjana kegiatan pelancongan, budaya, seni, menggerakkan industri kreatif, dan membuka peluang pekerjaan serta mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan, termasuk di kalangan peniaga kecil.

 

  1. Pendekatan ini juga selari dengan persiapan negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Malaysia bukan sahaja dikenali kerana keindahan alam dan kepelbagaian serta kerencaman budaya, tetapi juga kerana kekuatan naratif sejarah dan peradaban. Lebih penting, ikhtiar ini mencerminkan hasrat bersama membina Kuala Lumpur yang moden, indah dan dinamik, namun tetap berakar kepada sejarah dan nilai.

 

  1. Seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2026, projek ini meliputi kesemua enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad, selain pemuliharaan Sri Negara dan Carcosa di Bukit Carcosa dan bangunan-bangunan berkaitan. Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi antara manifestasi awal yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat seluruhnya.

 

  1. Bangunan ini akan menempatkan, pertama mempamerkan peranan Raja-Raja, Raja-Raja Melayu khususnya, menempatkan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur yang menelusuri perjalanan bangunan ini dan ibu kota Kuala Lumpur melalui lima ruang bertema merentasi tiga abad bersejarah, dengan pernyataan pelbagai budaya dan pelbagai kaum.

 

  1. Di samping itu, Galeri Royal Selangor akan mempamerkan seni kraf piuter sebagai cerminan legasi ekonomi, kreativiti dan daya usaha masyarakat Kuala Lumpur yang lahir daripada sejarah perlombongan dan bijih timah.
  2. Saya yakin insya-Allah, Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan kompleks bersejarah ini akan menjadi cerminan identiti negara. Sebuah negara progresif dan maju, tetapi tidak terputus daripada akar sejarahnya; membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.

 

  1. Akhir kata, kita harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik, menyatukan dan memberi inspirasi — bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan.

 

  1. Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini, Dato’ Amirul Feisal dan seluruh keluarga Khazanah Nasional, Kementerian-kementerian, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, dan semua agensi puluhan malah ratusan yang terlibat.

 

 

 

Ampun Tuanku.

Patik sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berangkat bercemar duli menyempurnakan majlis ini. Walaupun Kuala Lumpur ini jauh daripada Johor, tetapi semangat yang dipamerkan ini sebenarnya menepati semangat Malaysia dan sejarah gemilang negara kita tercinta.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta‘ala sentiasa melimpah rahmat dan kesejahteraan kepada Seri Paduka Baginda Tuanku.

 

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.