TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025


TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025

19 MEI 2026 (SELASA) | 9.30 PAGI

CASA 4, MAJLIS SUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,

Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berhormat Tuan Mordi Anak Bimol,

Timbalan Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berbahagia Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan;

 

Rakan-rakan pimpinan;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza bin Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

  1. Tentunya hari ini kita teruskan acara yang lebih sederhana sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada para atlet yang telah menyumbangkan tenaga dengan kegigihan, dengan disiplin, dengan tekad, dan mengharumkan nama, tapi yang lebih penting bagi saya ialah melibatkan diri, keluarga dan masyarakat salam kegiatan sukan, olahraga, yang tentunya merupakan antara agenda penting dalam Negara MADANI ini.

 

  1. Oleh kerana ini, penghormatan kepada mereka, saya minta para atlet bangun sebagai kesempatan kita beri penghormatan kepada mereka. Sila, atlet. Okey, okey. Baik. Terima kasih. Yes, terima kasih.

 

  1. Saudara-saudari, saya ucap terima kasih kepada kementerian, MSN dan semua persatuan yang terlibat. Walaupun dalam penumpuan kita dalam Negara MADANI, kita bicara soal transformasi tenaga, atau peralihan tenaga, transformasi digital, artificial intelligence, itu semua diperlukan untuk memacu pertumbuhan yang lebih segar. Tetapi kekuatan kita dalam negara adalah mengangkat martabat rakyat dan negara dari sudut yang lebih inklusif, terangkul.

 

 

  1. Keterangkulan itu bermakna, kegigihan kita dalam semua bidang. Dan sebab itu, sukan, olahraga, itu kita anggap di antara strategi penting. Ada dua aspek yang selalu saya tekankan termasuk kalau bicara di depan rakan-rakan sempat takraw tempoh hari, iaitu yang pertama tentunya ‘excellence’ kecemerlangan, tapi bagi saya yang pertama masih lagi penglibatan rakyat keseluruhannya. Ia dapat menimbulkan, menaikkan semangat kegiatan penyertaan yang ramai. Lihat saja penyertaannya, tiap desa dengan silat, tiap kota dengan musuhnya, tiap daerah dengan semua kemudahan yang ada, paling tidak bola sepak yang melibatkan penyertaan yang begitu ramai.

 

  1. Sebab itu sukan ini tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat. Dan dalam negara kita, kekuatannya bagi saya ialah menyemarakkan semangat penyertaan. The real meaning of participatory democracy does not lie only in terms of elections and processes. It lies in the participation of the common man and woman in all activities.

 

  1. Sukan atau olahraga merupakan satu kesempatan penyertaan itu lebih menyeluruh. Dan penyertaan ini pula, yang unik ialah kerana seperti mana yang kita lihat anak-anak kita tadi dari semua kaum, dari semua agama, dari semua daerah, tidak ada kegiatan biasa yang menampilkan penyertaan yang begitu menyeluruh. Dan yang kita banggakan itu penyertaan yang pertama, yang kedua kecemerlangan. Kita tak tanya siapa, tentunya kita kenal pemainnya, tapi kalau kita lihat umpamanya, dia tidak diukur dari kesempatan.

 

  1. Tadi saya bicara dengan Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza bin Zakaria tentang masa Gunalan, Gumbi kalau dalam badminton dulu, atau juga Kamarudin Ahmad dari bola sepak umpamanya, penyertaan dan dukungan itu spontan, orang tidak kira sama ada yang score gol itu Melayu, Cina atau Kadazan. Dia tidak Melayu sama mana yang smash badminton itu begitu juga, India atau Cina.

 

  1. Ini keistimewaannya. Saudara lihat kalau yang lain, itu sukar. Saya tahu dalam politik lebih-lebih lagi, kerana dia terlibat daripada satu perasaan yang menunjukkan, menampilkan perbezaan. Sukan dan olahraga adalah sesuatu yang saya pun anggap kelainan. Malah ada kajian akademik, sosiologi yang menunjukkan kelainan dan hampir semua berpendapat bahawa satu-satunya kerangka untuk mempersatukan rakyat adalah dengan kegiatan sukan olahraga.

 

 

  1. Jadi para atlet punyai peranan, latihan bersama, makan bersama, kegigihan dan semangat yang sama. Tentunya kita ada amalan-amalan kita, waktu Maghrib rakan-rakan yang Islam akan solat Maghrib, tapi itu tidak langsung menyebabkan mereka terpisah daripada semangat kesatuan.

 

  1. Yang kedua, aspek yang kedua ialah kecemerlangan. Bila kita bicarakan soal ‘Strive for Excellence’ atau dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, ‘Itqan fil amal’, maknanya dalam yang mendorong anak-anak dalam bidang sukan, desa, bandar itu hampir keseluruhannya itu, mahu mencapai kejayaan, perlumbaan, bukan saja di peringkat kebangsaan begini atau International, tapi dekat peringkat sekolah, anak-anak dan cucu-cucu kita dalam perlumbaan dan apa semua. iIu adalah dorongan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan ini satu sikap dan peribadi yang harus di didik dan dipupuk dan digunakan.

 

  1. Dan ini kadang-kadang anak-anak yang terlibat dalam sukan pun lupa. Sports ini ada sporting spirit. You rejoice when you win. You don’t insult others when you win. You don’t degrade the losers. Begitu juga yang kalah itu punyai semangat untuk mendorong mereka bekerja terus. Jadi, sporting spirit itu ditanam dan dipupuk, dan sebab itu jurulatih, guru-guru harus ingat, dalam mendidik, mendorong mereka ke arah kecemerlangan itu, dia juga pertahankan sikap manusiawi itu: hormat, ihsan, lebih prihatin kepada yang menang dan yang kalah.

 

  1. Tetapi, dorongan untuk mencapai kecemerlangan itu harus ada, dan ini yang bagi saya amat membanggakan. Amat membanggakan. Dari masa sekolah, bila kita ada permainan, perlawanan itu, dorongan semangat itu luar biasa. Ada di kalangan sahabat-sahabat, rakan-rakan atau anak-anak kita yang tak pernah kita bayangkan mampu lakukan sedemikian, tapi kerana dorongan semangat rakan-rakannya, itu boleh mendorong mereka. Kadang-kadang memaksa mereka mencatat kejayaan yang luar jangkaan.

 

  1. Jadi sebab itu, saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan yang tinggi, KBS, MSN dan persatuan-persatuan. Saya faham dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang sekarang ini, walaupun belum parah melanda negara kita, tapi kita tidak terkecuali. Jadi harus ingat ya, tidak terkecuali. Dan oleh itu, beberapa langkah diambil untuk mengadakan program-program yang boleh menjimatkan sikit belanja.

 

  1. Saya ucap tahniah kepada KBS, MSN umpamanya adakan majlis, sangat permai. Yang penting semangat. Bukan di sinar gemerlapan itu ya. Kita dorong kekuatan ini, kekuatan dalaman. Dan kalau ada lebihan, lebihan itu kepada para atlet. Bukan lebihan itu untuk mempamerkan. Sebab itu, saya junjung kasih titah Tuanku Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor, tatkala saya berbincang dengan Tuanku Sultan, tidak menghalang kegiatan, tidak menghalang kerja-kerja, tapi mengurangkan acara-acara, pesta-pestaan ini, kerana yang lebih penting kalau ada lebihan, pastikan sukan itu bergerak, dan keduanya kebajikan atlet dan sukan. Atlet, ya.

 

  1. Dan ini pengalaman lama, Shahriman, saya lama dulu masa menteri, masa itu Kebudayaan Belia dan Sukan. Itu kadang-kadang, kita masa itu, sekarang ini persatuan sukan dah banyak baik, Tan Sri Norza pun ada, tapi kalau dulu itu kita terpaksa bergaduh kadang-kadang dengan persatuan-persatuan sukan ini, kerana tumpuan mereka itu lain. Mereka harus pakaiannya agak luar biasa, penerbangannya itu, dan sebagainya. Jadi kebajikan atlet itu menjadi nombor dua. Jadi, sekarang kita tekankan bahawa kalau mahu jayakan sukan, olahraga, negara ini tumpuannya mestilah kebajikan para atlet. Itu menjadi faktor nombor satu.
  2. Lebih selesa, lebih mudah, tempat latihan lebih baik. Sebab itu Persatuan Sepak Takraw paksa saya beri bantuan tambahan, saya terpaksa setuju kalau dia tak bagi baik (nada seloroh). Kemudian, malam ini kita doakan semua, hari ini dan malam ini keadaan baik. Saya mulanya berhajat untuk sampai ke sana, tapi ada acara-acara lain yang terpaksa saya penuhi. Jadi itulah yang nak saya sampaikan.

 

  1. Peruntukan dah diumumkan. SUKMA Selangor berjalan. Walaupun kita kata ada kekangan kewangan, saya bagi jaminan. (Saya) Beritahu dah YB Taufik dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, acara kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita pelihara sepenuhnya, tidak ada potongan, jangan bimbang. Tadi saya tengok atlet dia macam bimbang sikit, dia susah hati. No, no, no, no. Don’t worry. It’s not my problem, it’s not your problem, it’s the minister’s problem (nada seloroh).

 

  1. Jadi mudah-mudahan kita lihat kejayaan yang terus di negara kita. Kita sudah capai tahap yang membanggakan. Saya bila terdengar tadi unjuran, kemudian prestasi lebih baik. Ini selalu jarang. Selalu unjuran ini dia memang sedikit ditambah, slight exaggeration. I mean the projections always beyond what is achievable.
  2. Jadi saya ingat dalam dua hal yang saya ingat di negara kita, yang bangga dengan unjuran, tapi pencapaian lebih baik daripada apa yang diunjurkan. Pertama, sukan negara dan kedua, pertumbuhan ekonomi negara. Kerana tahun lalu, suku tahun akhir dan suku tahun ini dalam keadaan sibuk Perang Teluk, kemudian harga minyak. Sekarang dah $100 lebih Dolar satu tong. Masa kita buat unjuran ekonomi $70 Dolar satu tong, sekarang $100 dolar satu tong. Itu yang sebab saya terpaksa bergegas balik mesyuarat, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Tapi alhamdulillah, dalam keadaan begitu pun prestasi pertumbuhan ekonomi kita tahun lalu dan suku pertama tahun ini lebih tinggi daripada unjuran.

 

  1. Jadi ini, syukur alhamdulillah, ini sama dengan semangat sukan. Jadi, mesyuarat sekejap lagi, saya akan beritahu sama-sama, kita pun kena belajar daripada atlet kita bagaimana mereka boleh capai yang lebih baik. Mudah-mudahan kita pun dapat capai yang lebih baik. Sekali lagi, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS RAMAH MERSRA

YAB PERDANA MENTERI BERSAMA RAKYAT

17 MEI 2026 (AHAD) | 5.30 PETANG

DEWAN TERBUKA

DESA MUTIARA TEBRAU

JOHOR BAHRU

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan,

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor merangkap Ahli Parlimen Sri Gading;

 

Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse,

Ahli Parlimen Tebrau;

 

Pemimpin masyarakat; dan

 

Tuan-tuan dan puan-puan warga PPR Taman Desa Mutiara yang dihormati sekalian.

 

  1. Saya kata, saya nak turun, saya tak mahu dia datang sana, saya nak turun tengok PPR ini, sebab kita rancangan kita buat banyak, dan kadang-kadang dalam kesibukan kita ini, kita tengok projek besar-besar sahaja, yang di bawah ini kita tinggal.

 

  1. Hari itu bila saya dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung, pergi rasmikan projek keretapi berkembar yang baru, yang tambah, saya sebut bahawa dalam projek besar seperti itu mesti ada kemudahan untuk peniaga-peniaga kecil untuk rakyat.

 

  1. Sebab itu baru-baru ini, kita umum di bawah Kerajaan Persekutuan, kita turunkan kadar sewa bagi gerai-gerai. Kalau di Kuala Lumpur, kerana Pakatan Harapan jaga, kita turunkan 50% sewa gerai ini. Ini orang kecil-kecil meniaga, untung kecil, jadi sewa kalau kita turun dan keadaan ekonomi sekarang boleh dia hidup dengan agak lebih baik.

 

  1. Jadi kita kata kita dalam politik ini, jangan tunggu dekat pilihan raya baru berebut nak tolong orang. Jangan. Sebab itu kita, macam Tunai Rahmah dengan SARA, dapat ke tidak? Kakak kenapa tak dapat? Achi, SARA illek? Ada? Ada? Ok, thank you, ok. Dan kita buat bila? Pilihan raya tahun 2022, 2023 kita laksanakan. Itu beza dia. Ini jangan dekat pilihan raya baru semua berebut nak tolong rakyat. Boleh lah tolong, takpalah, tapi ikhlaslah sikit, masa lain kita tolong hak besar-besar sahaja. Projek yang besar untuk Johor ini Kerajaan Persekutuan buat banyak. RTS Singapura Johor Bahru itu Kerajaan Persekutuan, ERT yang baru – Kerajaan Persekutuan, keretapi – Kerajaan Persekutuan, Lebuh Raya – Kerajaan Persekutuan. Yang baru ini, Johor-Singapura Economic Zone, itu bawa pelaburan puluh bilion, saya yang runding, saya… saya…saya… nama saya Anwar Ibrahim. Runding berkali-kali, dulu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kemudian dengan Perdana Menteri Lawrence Wong, sekarang.

 

  1. Untuk apa? Supaya orang Johor dapat pekerjaan. Dapat peluang perniagaan. Tapi janganlah jaga perniagaan orang besar-besar sahaja. Tengoklah juga gerai-gerai, tempat-tempat perniagaan yang kecil-kecil ini. Tengok sahaja kedudukan rumah, saya sampai, saya tanya Jimmy, “ini rumah ni nampak ada satu dua tingkap terpecah, apasal ni?” Itu beza. Nak jadi pemimpin ni, jangan duk tekan orang permaidani merah, sambutan baik-baik, makan sedap-sedap, turun ke bawah dan tengok sendiri, baru boleh jadi pemimpin! Ya! Dak betul?

 

  1. Saudara-saudara ada yang kenal saya. Saya bukan senang, nak jadi Perdana Menteri, setengah orang anak orang besar, anak Tan Seri, Datuk-Datuk, naik senang. Saya Dak! Saya naik susah. Kena pukul, kena terajang, tanya Azizah ni. Masuk penjara, keluar penjara. Ini bukan salah polis, ini soal politik. Jadi, dah Tuhan uji begitu, ingatlah.

 

  1. Sebab itu, program saya yang paling besar apa dia? Itu untuk basmi kemiskinan tegar. Berapa jumlah kita belanja untuk tolong orang miskin? 15.5 Bilion! Saya tak mahu orang kata, oh, Kerajaan bagus, tengok pembangunan, lebuh raya baru, kereta api laju, kereta terbang, lapangan terbang. Itu kita kena buat. Tapi untuk rakyat ini, sekolah di sini, saya, anak-anak kecil tadi, darjah 6, darjah 4, Mazri bawa saya tadi. Saya tanya dia, “sekolah bagaimana? Tandas rosak ke tidak? Cikgu datang ke tidak?” Kalau saya tanya pembesar-besar mesyuarat di negeri ni, “Yang Amat Mohamad, keadaan semua bagus dan terkawal” Iya ke? Jadi bila saya tanya anak-anak ini, dia kata tandas dia rosak. Beda lah.

 

  1. Saya jumpa ini adik-adik yang kerja Food Panda tadi. Adik-adik kerja Food Panda ini. Saya bukan nak suruh dia… dia tak minta apa-apa. Bila saya jumpa, saya tanya minyak yang kita bagi murah ini RON95 cukup ke tidak? Tahu pasal apa saya begitu? Kerana saya bukan anak-anak orang besar, saya bukan senang, saya pernah susah, kena fikir masalah orang susah. Itu yang saya pesan. Datuk Zaliha ada, Aminolhuda ada, Jimmy Puah. Saya mesti ingat, ah menteri pun ada ini, Fahmi. Saya kata, itu beza kita.

 

  1. Slogan ini macam-macam lah, “kita akan tolong Melayu, kita akan tolong orang miskin” Iya ke? Sebab itu saya kata, saya dah muak dah, saya bukan muda lagi dah kak. Nampak mudalah. Dato’ Seri Azizah jaga. Tadi nak turun tadi, eh.. Abang, sikat rambut sikit. Amboi. Hahaha. Saya pun sikat sikit. Sini, sini….cover Bini punya sayang. Nak turun ini, nak tengok… Jangan orang PPR kata hodoh.

 

  1. Yang saya nak tekankan di sini, mesti prihatin. Daripada kita janji, kita tunaikan saudara-saudara. Tak mudah. Kita ini, negara kita, siapa kata negara ini miskin? Siapa kata Johor miskin? Siapa kata Malaysia ini miskin? Tak. Tapi kadang-kadang kita ada pemimpin dua, tiga sakau. Yang kaya, pemimpin-pemimpin kaya-kaya berlebih-lebih sangat ini. Cukuplah! Dah ada gaji, dah ada elaun, dah ada harta… cukup!

 

  1. Jadi kita kena cari jalan, kena pegang amanah. Memang orang bagi. Saya Perdana Menteri, ramai orang, taukey- toukey nak bagi. Nak apa? Nak rumah? Nak kereta? Nak bini? (nada seloroh). Saya terlupa Azizah ada. Cari penyakit kan itu. Kan naik kereta, “abang… saya kata bergurau, eh gurau-gurau pun ada tak sentuh?” Tak, tak. Jadi ini bukan perkara kecil. Saya nak bagi tahu, bukan perkara kecil. Negara kita ini kaya. Tetapi tengok mantan pemimpin-pemimpin dulu yang gagah cakap Melayu, “hidup Melayu, tegak Melayu”, hah? Bila tengok, bila berhenti ke belum berhenti, kaya berbilion. Ada menteri yang bila dia berhenti, 2 bilion ringgit. Ada yang ditangkap simpan 10 bilion ringgit. Mana lagi nak selamat? Kalau kita serah pada pemimpin kita percaya, mana orang PPR nak tahu? Dia tahu orang itu datang, tolong kita sikit-sikit. Bagi beras, bagi gula, kita pun muahhh cium tangan.

 

  1. Ini sebab mengapa saya dalam KEADILAN, dalam Pakatan Harapan kata kita kena tukar sikit. Saya bukan musuh. Malah kita tahu kalau di Selangor memang KEADILAN Menteri Besar. Di Perak, UMNO. Saya tak ada masalah, saya kata bagi kerjasama. Di Johor pun UMNO, saya tak jadi masalah. Nak minta projek, nak bagi kerjasama, itu okey, saya tak ada masalah. Nak berbuat apa? Yang penting jaga rakyat. Tapi tak semana-mana, kita nak lawan semua. Lawan, saya tak ada pilihan. Kalau nak lawan? Macam mana nak lawan? Lawan lah. Jadi, kita terpaksa. Jadi, Jimmy Puah jaga baik-baik kawasan kerana kita tak diberi pilihan.

 

  1. Tanya saya, saya baik dengan semua. Kita nak jaga negeri lebih aman. Apa yang hebat sekali Malaysia ini? Dia aman. Tengok yang hadir, Melayu ramai, Cina ada, India ada, takde gaduh pun, duduk sebelah-sebelah takde gaduh. Saudara ingat di negeri lain macam ini ke? Tak semua macam tu. Kadang-kadang kata ada majlis tari menari Perdana Menteri, Presiden dari luar negara datang. Saya tunjuk kadang-kadang tarian Melayu banyak, tapi ada campur Cina, campur India, campur Dayak, campur Kadazan. Jadi dia kata, boleh pula. Selalunya kalau di negeri dia, dia tak boleh campur. Ini hebatnya Malaysia ini. ‘

 

  1. Di PPR ini semua kaum ada. Jadi keamanan negara kita utama. Tetapi bagi rakyat mesti usaha bantu mereka. Kalau tanya saya Anwar baik, dah jadi Perdana Menteri apa yang buat? Saya tiu saya cuba. Bila tengok keadaan macam ni “turun” saya minta MARA, UDA di bawah Kerajaan Persekutuan, turun sewa orang berniaga kecil-kecil ni. Kerajaan Persekutuan, alhamdulillah 50% turun sewa. Itu yang pertama.

 

  1. Saya selalu sebut abang, kita tahu sejarah maharaja-maharaja dulu, sejarah Emperor China, India dari Arab, Afrika. Ada tak kena dengar Maharaja tu jadi miskin sebab dia tolong orang miskin. Tak pernah saya dengar. Yang berlaku, miskin sebab dia rompak kekayaan negeri. Dia tamak haloba. Tak jaga rakyat di bawah. Sebab itu bagi saya, ini satu amanah yang kita kena ingat betul-betul. Orang kerjasama dengan kita, kita kerjasama.

 

  1. Saya masih harap walaupun pengumuman telah dibuat, saya masih harap saya akan jumpa Presiden UMNO, saya kata gini lah, runding lah baik-baik, nak rebut apa? Di mana yang silap kita tak tolongnya? Saya tak kira. Tolonglah semua. Jadi kalau berebut ini kadang-kadang di bawah bergaduh, jadi carilah yang baik. Yang penting, ambil ikhtiar, tolong rakyat. Jangan hanya bangga soal projek besar-besar.

 

  1. Kadang-kadang kita penyakit juga. Semua nak berebut projek besar-besar ini. Untung dia banyak. Kadang-kadang komisen dia pun banyak. Tapi, negeri kaya. Rumah-rumah macam ini, bagaimana? Takkan 10 tahun, 20 tahun tak ada yang ambil perhatian? Jimmy Puah kata, dia bagi bantuan untuk surau. Berapa Jimmy? RM40,000. Alhamdulillah, terima kasih. Okey, Jimmy ya. Tapi di sini saya datang yang Foodpanda memang dia tanya. Jadi saya kata, mesyuarat hari selasa ini saya akan bawa dalam mesyuarat bincang, sebab dia dapat 200 liter sama macam kita RON95, 200 liter sahaja. Jadi saya kata, nanti saya peringatkan saudara Fahmi, kita cari jalan kerana sekurang-kurangnya naik dah 50 liter. 250 liter.

 

  1. Jadi, orang-orang Foodpanda ni terima kasih. Tapi kalau 300 liter boleh tak? Amboi! Pelan-pelan lah. Dia tak minta, tapi saya tanya. Beza, beza, beza. Itu bagusnya Allah uji kita, sebab kita susah dulu. Kita tak datang main kereta besar dulu gitu. Saya datang turun ni, tanya Foodpanda dia kata 200 liter alhamdulillah, tengok orang sopan. Tapi cukup tak? Susahlah sikit Dato’. Baik. Okey lah saya tambah 50 liter.

 

  1. Kemudian tanya anak-anak sekolah, sekolah bagaimana? Tandas? Ini Jimmy you bagi nama sekolah tu yang tandas tu kita repair. Masa saya jadi Perdana Menteri tahun 2022, 2023 tu saya minta Fadhlina senaraikan semua sekolah yang tandasnya kotor ke, pecah ke, rosak. Dia bagi senarai belanja dekat RM1 bilion ringgit. Ya Allah, dia kata sebab apa? Dia kata hampir tiap daerah, tiap sekolah ada je tandas ada 8, boleh pakai 4. Ada yang sekolah tu, ada tandas 4, boleh pakai 1. Dia situ nak beratur dengan Cikgu. Ni macam filem… Pendekar Bujang Lapok ke? Ha.. ha.. kan? Dia kena beratur nak masuk tandas. Pendekar Bujang Lapok ke? Haa? Betul ke? Seniman Bujang Lapok? Amboi! Kalau tang filem cepat ya? Baik, Seniman Bujang Lapok, ke? Okey, jadi insya-Allah, Jimmy you bagi surat, saya akan cuba cepatkan bantuan untuk tandas. Sekolah mana tu? Bukit Mutiara. Okey.

 

  1. Kemudian yang sini ni macam mana nak buat? Hah? Teruk? Ada masalah ke di perumahan ini? Betul ke? Nanti. Banyak masalah? Kakak duduk mana? Kakak duduk mana? Blok 19? Karang kita pergi minum kopi. Betul ni? Eh, kena tanya Azizah dulu. Baik. Okey, okey, insya-allah, nanti minta Jimmy Puah dengan kawan-kawan tengok dulu apa senarai yang diperlukan, tapi untuk hari ini kerana saya dah datang, saya tengok orang berbaik dengan saya, saya pun tersentuh juga, entah apa agak dia orang baca, lain macam nak fikir ini. Jadi saya luluskan RM1 juta dulu.

 

  1. Saya pun bukan selalu datang sini. Dan minggu lalu saya pergi ke Pulau Banggi. Pulau yang jauh di perairan Sabah dekat dengan Filipina, dekat dengan Balabak, dengan Pahlawan. Saya pergi tengok polis dan tentera yang kerja teruk, tengah panas, nak jaga keselamatan kawasan itu. Jadi saya fikir elok lah saya pergi sendiri, turun helikopter, jumpa askar-askar kita dan ucap terima kasih. Jangan ingat kita lupa, kita tak lupa, kerana polis dan tentera ini, tanggungjawab dia besar. Ini di sempadan pula, tinggal keluarga berbulan-bulan. Jadi saya beri ucap. Tapi Pulau Banggi itu kawasannya miskin. Sangat miskin. Jadi, sebab itu saya kata pemimpin-pemimpin ini, dia jangan duduk sibuk tanya projek besar, tengok orang besar ada, dia kena turun.

 

  1. Jadi di sini, nanti jawatankuasa, mana-mana jawatankuasa yang ada, jawatankuasa apa dia panggil? Jawatankuasa penduduk lah kan? Wakil penduduk, runding elok-elok, apa yang perlu. Komuniti. Amboi! Tak ada bahasa Melayu, komuniti ini? Jadi takpalah.. Jadi kita duduk bincang. RM1 juta cukup? Tak Cukup! Tapi sekurang-kurangnya apa yang mendesak dulu. Kalau yang pecah ke, pintu ke dan sebagainya, kita baiki. Boleh ke tu, ya? Boleh?

 

  1. Tapi yang saya nak sampaikan juga ialah keadaan kita, Dunia sekarang ini masalah. Sebab bila perang Iran dengan…., bukan perang, Israel dengan Amerika Syarikat serang Iran. Jadi Iran balas. Tutup Selat Hormuz. Minyak kita sebagainya lalu ikut situ. Sangkut! Tapi nasib baik, itu saya kata, kita syukur. Sebab kita berkawan semua. Negara China kita kawan, dengan Amerika kita kawan, dengan Arab kita kawan, dengan Iran kita kawan. Jadi walaupun ada sesetengah orang pembangkang, dia permainkan saya. Sebab saya kata saya telefon Presiden. Betul! Ada rekod. Saya memang telefon Presiden Iran. Saya kata, Presiden, kami ini sokong saudara-saudara. Tapi rakyat kami ini, saya takut tak cukup minyak. Dia kata, sebab? Sebab tersekat. Boleh tak bagi laluan minyak daripada Malaysia? Tahu dia jawab apa? Dia jawab, “lepas telefon ini saya akan bagi arahan supaya kapal-kapal minyak Malaysia lepas.” Bulan lalu dah sampai satu kapal di Pengerang, sekarang tiga dalam perjalanan.

 

  1. Kerana apa? Kerana tak cukup, minyak akan melambung naik dan kita pula banyak bergantung minyak RON95, minyak diesel kita guna. Jadi minyak diesel naik. Tapi kita bagi untuk peniaga kecil, untuk petani, untuk nelayan, untuk bas sekolah, kita turunkan harga minyak diesel. Itu sebab kalau dengar, ini semua Kerajaan Persekutuan. Sebab itu Kerajaan Persekutuan dengan negeri itu kena baik, kita kerjasama. Kalau dia tidak mahu, kita tidak ada pilihan, kita kena tukarlah, sebab kalau tidak baik, susah.

 

  1. Jadi sebab itu, saya menyatakan bila kita turun, harga minyak kita RM1.99 sen. Janganlah lupa, setengah orang kita, oh, marah betul dalam ceramah. RM1.99 sen itu saudara, itu paling rendah di dunia! Bila dulu saya sebut, “Kalau menang hari ini, turun harga minyak.” Baik, sekarang ini harga minyak kita paling rendah di dunia, yang rendah sikit pada kita itu hanya Brunei Darussalam. Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, tinggi daripada kita. Dua minggu yang lalu, UAE (Emiriah Arab Bersatu) Arab, naik harga minyak. Jadi kita paling rendah. Ini jiran kita Singapura, lebih daripada RM10. Kita RM1.99 sen.

 

  1. Kalau saya bolehlah agaknya, saya bagi tahu betul-betul, kalau saya ada upayalah, saya nak turun lagi, tapi kalau turun lagi siapa bayar? Kita kena tampung duit kerajaan. Sekolah baru nak kena buat, sekolah pecah nak kena repair, PPR pun kena baiki, jadi kita kena cuba. Jadi yang setakat syukur, ‘La-in syakartum la-aziidannakum walain kafartum inna ‘adzaabii lasyadiid’ – maknanya syukurlah setakat yang ada, dan ikhtiar untuk baiki.

 

 

  1. Sebab itu bagi saya, pemimpin politik ini mesti bertanggungjawab. Tidak boleh bagi orang dia nak kaya. Jadi wakil rakyat, satu penggal, wah bina mahligai, syarikat sana, syarikat sini, sudahlah. Kalau nak berniaga buat berniaga, kita tak marah, tidak gaduh. Saya pilih… saya dah pilih, hidup perjuangan dan politik. Boleh tanya Azizah. Jadi oleh itu, saya tak apa lah, nak bagi contoh. Tidak salah kalau saya ambil gaji, saya tak ambil gaji, saya tak ambil gaji? Saya nak bagi contoh, bukan semua orang jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan itu nak sakau duit, tidak ada. Kalau saya ambil gaji, itu munasabah, itu hak masing-masing, menteri, wakil rakyat dapat gaji itu hak dia, jangan kita persoal. Tapi saya, saya saja nak tunjuk pada rakyat, bahawa ada orang yang sanggup sebagai contoh kepada rakyat.

 

  1. Tapi, apakah saya miskin? Tidak! Apakah saya susah? Tidak! Kereta ada, Kerajaan bagi, kapal terbang pun ada guna pakai, bukan pada sayalah, saya boleh pakai. Haa, datang Johor Bahru tadi bukan saya pakai naik MAS atau AirAsia, kereta kapal terbang Kerajaan. Jadi syukurlah, guna yang itu cukup, elaun dah ada, jadi gaji itu tidak apa, pulang balik kepada negara. Saya tidak akan miskin sepertimana saya kata, kalau kita tambah, ini 1 juta hari ini, 40 ribu, Kerajaan tidak miskin.
  2. Sebab itu ikhlas al-amalillah, yang baik untuk bantu rakyat dan kita pakat dalam Pakatan Harapan ini AMANAH ada, Chin Tong, DAP pun ada, dan KEADILAN pun ada, jadi kita buat kerjasama. Malah saya nak beritahu, dengan UMNO pun saya tidak ada masalah, saya kerjasama baik. Semalam saya di Perak dengan Menteri Besar Perak, sebab Sambutan Hari Guru, tidak ada masalah. Dia nak kerjasama, lagi lah kita sambut kerjasama. Wa ta’aawanuu ‘alal birri wat taqwaa – tolong-menolonglah ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Kita tak ada masalah, tetapi kalau dia pilih tidak mahu, apa saya boleh buat? Sebaik mana pun kita jaga, tidak, dia nak cuba nak rebut semua. Okeylah rebutlah, maka kita terpaksalah bertanding, kalau jadi. Dan saya mintalah kawan-kawan di sini tolonglah, bagi kita menang di kawasan ini dan kawasan lain. Boleh ya? Insya-Allah.

 

  1. Jadi saya ucap terima kasih. Betul ke tak nak pergi minum kopi ni? Macam tidak sungguh-sungguh je. Okey, Alhamdulillah, tengoklah baru jumpa terus sebab saya kata minum kopi boleh jemput, saya ucap terima kasih, saya kata Alhamdulillah, baik. Jadi saya ucap terima kasih kesudian datang dalam masa singkat, buat dalam dewan macam ini sahaja, sebab saya kata, macam saya turun di Pulau Banggi, panas bukan main.

 

  1. Jadi bila nak pergi ke tempat askar dengan polis ini, tentu dia nak sambut, saya kata jangan, jangan. Saya nak pergi, nak rasa bagaimana askar dan polis itu panas dan susah, saya pergi situ. Boleh check memang betu,l kerana kalau tidak, tidak pernah kita tahu semua orang jaga elok, boleh. Takkanlah pula kata sekali-sekali, Perdana Menteri datang, Perdana Menteri pulak bukanlah muda, takkanlah pula tidak boleh tolong bagi dia sejuk sikit elok. Boleh. Tapi saya yang beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkata Tentera, saya kata biarlah, sebab saya tahu Pulau Banggi itu kawasan yang jauh dan dekat dengan perbatasan Filipina, panas dan tempat dia jaga itu lah 24 jam kena jaga pantai tu, dengan machine gun semua, dan malam tidak apa juga, entah nyamuk atau mana-mana saya tak tahu, tapi siang panas dan dia ada sedikit saja. Dia tidak boleh buat besar sangat, sebab tempat dia itu tempat pengawalan dari segi keselamatan. Demikianlah, sebab itu kita kena ingatlah, kita kenang.

 

 

  1. Sebab itu pada saya penjawat awam ini, Tentera, Polis, rumah-rumah dia teruk, ni kata PPR teruk, rumah Polis dan Tentera, kuatersnya banyak yang teruk, dah lama tinggal tidak ada siapa ambil tahu. Semua nak berjuang, semua nak tolong Melayu, tapi askar dengan polis ini banyak yang Melayu kita tidak tolong. Jadi dua tahun, tiga tahun dulu kita dah buat beribu baiki dan buat rumah untuk polis dan tentera, belum cukup, belum cukup, tapi kita cuba tambah lagi. Begitu juga rumah guru, saya sebut tadi tandas, yang ini tak banyak berita surat khabar, berita di surat khabar ini RTS, kemudian ART, ini semua yang puluh-puluh bilion punya projek itu riuh lah. Tapi bagi saya, itu penting. Tapi kena ingat, sekolah anak kita, cucu kita itu penting, nasib guru kita, ibu bapa, kemudian tempat kerja, gerai-gerai, kemudian adik-adik yang Foodpanda ini kita tolong, dan saya rasa barulah dia ada kaitan langsung dengan rakyat.

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih dan Jimmy, minta usul supaya pejabat saya atur dan ada jawatankuasa komuniti macam mana kita nak agihkan yang RM1 juta ringgit itu . Kalau lambat, Jimmy Puah punya salah, saya punya style, saya tidak mau jadi macam dulu. Dulu umum, 4 bulan tidak ada cerita. Apa saya umum, dalam masa dua minggu, ada laporan sampai, kalau tidak sampai saya lesing. Sebab kalau tidak, orang dah muak, dekat pilihan raya umum, umum, umum. Macam pergi mana-mana, projek-projek tapi, tunggu dua bulan tidak ada cerita, tunggu setahun tidak ada cerita, dekat Pilihan Raya sekali lagi, haa baru sampai cerita. Ini temberang punya kerja, tidak boleh macam itu.

 

  1. Jadi, Jimmy, dua minggu kalau tidak ada, jaga kamu. Jadi dua minggu, minta komuniti mesyuarat cepat-cepat, bagi cadangan. Termasuk anak-anak muda apa nak buat, nah. Kemudian kita cuba, saya nak tunjuk style Kerajaan kita berubah, beza tidak sama macam dulu. Kita nak cuba baiki, kerana yang kita sebut In uriidu illal ishlaha mastata’tu – kita cuba sedaya upaya kita, bawa perubahan ke arah kebaikan itu niat kita. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan memelihara kita.

 

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI 

SEMPENA

PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MAHASISWA INDIA 

10 MEI 2026 (AHAD) | 12:30 TENGAHARI DEWAN TUNKU CANCELOR, UNIVERSITI MALAYA

 

Assalamualaikum     dan     Salam     Sejahtera. Sagothara Sagothari dan Vanakkam.

Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan,

Menteri Sumber Manusia;

Ketua-Ketua Setiausaha;

Ahli-ahli Yang Berhormat; Ramai yang hadir.

Yang Berusaha Encik Raveendran Nair a/l K. Kesavan Nair, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA); dan

 

Keluarga dan staf MITRA yang tolong menyelenggarakan, Naib Canselor Universiti Malaya yang turut hadir. Terima kasih.

 

  1. Betul, saya bila setuju datang saya pun tak tahu ini kali pertama Perdana Menteri hadir untuk acara MITRA. Saya patut hadir tahun lalu, tapi tak ada jemputan, tahun ini dijemput, terima kasih banyak.

 

  1. Saya masuk tadi ada Aci, saya kata, ada apa? Dia kata datang jumpa PMX. Saya kata, vadey, idli, tosei tak ada bawa? Dia kata, tak ada. Terima kasih, Aci. Saya gurau sahaja, tapi lain kali bawa.

 

  1. Beri saya ruang untuk bercakap kepada anak-anak yang diberi perhatian hari ini. Kita dalam negara yang sekarang terpaksa bergelut dengan perkembangan geopolitik dan pertempuran tidak Tapi kita syukur, alhamdulillah kerana sehingga kini keadaan masih terkawal walaupun kesannya di kalangan rakyat terutama harga barang, keperitan peniaga-peniaga itu mulai dirasai sedikit.

 

  1. Saya mohon kerjasama rakan-rakan, anak-anak supaya menjelaskan sedemikian. Dari segi negara, kalau tengok prestasi tahun lalu dan suku pertama tahun ini, sangat membanggakan. Pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar pengangguran, pelaburan tertinggi dalam sejarah, prestasi Ringgit terbaik di rantau, itu semua kita catat. Ini sebelum dilanda krisis yang tentu menjejaskan.

 

  1. Dua hari lalu, saya hadir di Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Cebu, Kita cuba bicara dan cuba cari jalan bersama menyelesaikan. Ada negara yang terpaksa buat catuan minyak. Ada negara yang terpaksa tutup 400 lebih stesen minyak. Ada negara yang mulai

 

secara besar pembuangan pekerja-pekerja, tapi kita masih boleh bertahan.

 

  1. Saya mahu anak-anak menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan dan juga kesedaran. Saya tidak mewakili pandangan yang mengatakan pendidikan itu harus utilitarian, hanya belajar. Tidak. Kita mewakili masyarakat. Apa lagi masyarakat India. Masyarakat India itu juga sebahagian daripada rakyat Malaysia. Ada yang berpendapatan baik, ada yang dalam kategori yang miskin dan terpinggir. Kita mesti mewakili suara mereka, menunjukkan keprihatinan dan mencari kaedah dan jalan.

 

  1. Sebab itu, dalam Kerajaan MADANI, saudara Ramanan dalam Kabinet, saya telah tegaskan bahawa program- program pembangunan itu harus mengambil kira penyertaan semua. Tidak semua pimpinan politik dalam negara kita berfahaman Ada yang sekarang ini masih melontarkan idea kita majoriti, kita mesti kuasai, kita mesti tetapkan semua. Saya tidak nafikan bahawa Melayu itu majoriti. Saya tidak nafikan keperluan untuk menjaga dan menyantuni rakyat, terutama majoriti Melayu sebab mereka merasa mereka juga diberikan pertimbangan dan ketutamaan. Tetapi ini negara Malaysia. Dalam konsep negara MADANI ini, sementara kita akui kenyataan kaum, agama berbeda, harus ada semangat baru di kalangan anak-anak muda.

 

  1. Hari ini anak-anak muda India majoriti, tetapi anak-anak muda India yang biasa dengan dialog Temu Anwar di kampus selalu saya tekankan masa depan itu tergantung kepada kesediaan anak muda untuk menolak tembok perkauman sempit oleh bapak-bapak ibu-ibu kita dalam politik picisan. Bangkit sebagai satu kekuatan baru. Kuatkan semangat kita bahawa masalah negara ini, masalah India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, masalah kita bersama dan selesaikan cara bersama.

 

  1. Dan saya yakin, saya yakin, kerana anak-anak Universiti Malaya, angkat Dari Universiti Malaya. Takkan dua orang saja dari Universiti Malaya? Okey, okey. Kerana Universiti Malaya ini, okey, okey. Thank you, thank you. Nandri. Ini saya belajar tentang titik perjuangan itu di sini. Dan dewan ini gelanggang kita bertempur. Membawa idea perubahan. Menuntut rasuah dihapuskan. Menuntut keadilan bagi rakyat. Dan saya bernasib baik kerana ruang itu sebenarnya yang terus mengingatkan kita bahawa pendidikan itu tidak bermula dan berakhir di gedung universiti, ia harus berakhir di lapangan, tentang perit hidup masyarakat kita.

 

  1. Semalam saya di Pulau Banggi. Kalau saudara-saudara lihat Pulau Banggi itu di antara pulau besar, tapi jauh terpencil. Hampir bersempadan dengan Balabakan dan Palawan, Filipina. Dan tentunya bermasalah besar. Jauh, tidak ada lapangan terbang, naik bot mengambil masa yang panjang. Saya ke sana pun dengan helikopter dari Kota Kinabalu lebih dari satu jam. Rakyat rata-rata miskin. Itu rantau di kalangan yang termiskin di negara Hanya ada satu sekolah menengah dan kebetulan sekolah menengah itu, saya letakkan batu asas pada tahun 1994. Dan sekarang ada tingkatan 1 sampai tingkatan 6.

 

  1. Saya turun kerana saya tahu bahawa Malaysia ini tidak akan gagah dan mantap kalau kita tumpu hanya kawasan- kawasan Di sana, di Pulau Banggi, dia tak kira soal kaum atau suku kaum. Dia kira masalah hidup dan masa depan anak-anak kita. Keadaan kehidupan yang sangat daif, tentu saya beri perhatian agar sekolah itu berdiri gagah dan mantap. Ini yang saya seru pada saudara- saudara. Hari ini, dalam lingkungan MITRA, kita bicara masyarakat India. Saudara Ramanan pun minta, dia kata untuk tahun ini untuk beberapa bulan kasi ille, dia minta kasi lagi. “Aiyoyo, Kadavule!” Jadi saya okey.

 

  1. Saya lihat ada orang tanya mengapa lambat tahun 2023? Ketua Pengarah tahu, Prabah tahu dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tahu, saya memang mahu mulakan dengan tatakelola yang baik. Ini dana untuk masyarakat India. Dan masyarakat India bukan semua, malah ramai yang masih juga terpinggir dan miskin, di estet atau di kalangan pekerja sepertimana yang saya sebut tadi di Pulau Banggi. Di Pulau Banggi bukan India, saya ingat tidak ada India. Tapi inilah kekuatan kita dalam MADANI.

 

  1. Hari ini dengan masyarakat India, yang perlukan pembelaan, kita harus bantu sepertimana kita bantu masyarakat di Pulau Bangi sana. Anak-anak harus fikir dengan cara dan kaedah begitu. That we work and champion the cause of justice and freedom regardless whether they are Malays, Chinese, Indians, Kadazans or Ibans. That is the only assurance, guarantee that we can succeed. And I am optimistic. Looking at the faces of the young ones, the boys and girls, the students, I see is a great hope. You don’t necessarily represent the archaic racist sentiments of many or the past generations. This country cannot stand and continue to tolerate these Yes, it takes time. It takes patience. You address one issue like today, if I say something benefit of the Indians there will be some factions of extremism Malay who will whack me in the social media endlessly. So we have to then make the right decision. And what is the right decision? It must be based on the principle of justice.

 

  1. What MADANI stands for? So today let me give you a clear categorical assurance that this government MADANI, whatever these challenges they may face, will never relinish on our promise that every single Malaysian citizen, whatever the racial composition or background, will be given the fullest protection and I give you my word, I will honour that.

 

  1. Jadi sebab itu, program-program Kementerian Sumber Manusia bukan semua dalam kategori MITRA. Kementerian Kewangan, bila kita sebut Basmi Kemiskinan Tegar dan program membantu rakyat. Itu tahun ini mencecah 15 bilion ringgit. Saya nak sebut kepada anak- anak, termasuk yang masyarakat India. Bila kita sebut kemiskinan tegar, semua rakyat, tanpa kecuali Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, itu kita beri jaminan mesti dibebaskan daripada kemiskinan tegar. Dan dalam rekodnya kita capai. Apa dia? Kemiskinan tegar – hardcore poor. We’ll start with that. Dan pendekatan kita bukan risk. Dia bukan bawah program MITRA.

 

  1. Jadi orang kadang-kadang, ada beberapa orang politik India yang mengatakan dengan masyarakat India begini takkan kita bagi bantuan hanya 100 juta setahun? Inilah masalah dalam negara kita. Dia tahu dia berbohong. Dia tahu dia tidak memberikan Tapi kalau dia sebut, Anwar, boleh tak kalau kita tambah dalam kepentingan- kepentingan tertentu, perubahan-perubahan tertentu, saya terima. Saya tak katakan kita ini lakukan semua yang terbaik. Kita boleh perbaiki. Tetapi untuk menyatakan tidak ada bantuan, tidak benar. Kita bicara. Kita dengar saudara- saudara. Masalah-masalah. Dan tak mudah kita selesaikan sebuah perkara.

 

  1. Saya sebut, sengaja saya sebut tadi apa yang saya lihat semalam di Pulau Tak akan jumpa di Kuala Lumpur dan di Selangor keadaan begitu rupa. Kemiskinan sebegitu rupa. Tetapi tanggungjawab kita juga kepada mereka. Dan ini bukan isu kaum Dusun atau Visayas di sana. Saya tak tanya dia. Kamu miskin tapi kau mana? Kalau Dusun okey bantu RM50. Kalau Visayas, RM30. Tak ada begitu. Bagi rakyat yang miskin tegar, kita bantu semua tanpa kecuali.

 

  1. Begitu juga dalam beberapa program dan kementerian. Dan kita pantau, kerana, sepertimana saudara tahu, tidak semua mematuhi peraturan yang ketat, kita harus pantau dengan sebaik mungkin.

 

  1. Tapi MITRA ini ada program khas, kerana boleh digabungkan pandangan-pandangan sarjana elit India dan wakil-wakil persatuan India. Tapi harus kita baiki program supaya program itu betul-betul sampai menjurus kepada kelompok yang memerlukan. Kalau tanya saya apakah 1 juta, cukup? Tapi kalau katakan hanya 1 juta, period, itu tidak benar. Tetapi kalau oleh kerana dalam prestasi saya lihat mutakhir ini, prestasi Mitra itu baik, saya setuju. Mulai tahun ini, kita tambah jadi 150 juta ringgit.

 

  1. Saudara-saudari, anak-anak harus ingat, rumuskan ini, tanggungjawab kita bersama. Saya katakan tadi dalam simpang siur politik dan kecaman, kadang-kadang kita hilang pertimbangan. Terutama, bila kita guna sentimen kaum itu kuat. Jangan pandang ringan. Jangan meremehkan. Di Eropah, di Amerika Syarikat, negara- negara yang dikatakan demokrasi, itu ada kebangkitan ‘The Far Right’. Apa dia Far Right? Kalangan yang guna semangat kaum dan anti-minoriti. Dan di banyak negara, mereka menang.

 

  1. Ingat, Menang kerana main sentimen kaum yang begitu tebal. Benci kepada Perdana Menteri sebab apa? Dia kawan dengan Cina. Dia tidak tegas dengan masyarakat India, soal Tak tegas dengan masyarakat Cina,soal ternakan babi. Saudara, tegas bagaimana sekalipun, kita ini mesti santuni budaya orang, fahaman orang dan agama yang lain. Bagaimanapun kita ikut dan minta peraturan diikuti, tapi janganlah sehingga menanam perasaan dan melukakan perasaan orang-orang yang mahu menjalankan, mematuhi kepercayaan masing-masing. Betul hal ini sukar, termasuk yang terpaksa saya hadapi.

 

  1. Tapi saudara harus percaya dan, as always, I stand to be corrected, and some of my remarks have been misconstrued. That’s never the intention. I know. I have a responsibility in leading this country, this nation and the complexities is difficult. And this is a risk that one has to take. If you decide purely on racial sentiments, the Malays must be reminded although they are in a majority, they must always appreciate the fact that every single citizen have his or her right.

 

  1. The Chinese, the Indians can also make their But they also must remember that this nation should not allow for this massive racist reaction. They would destroy the very fabric of the society in this country. This is precisely the reason why I’m appealing to you particularly young students here to look ahead, to think and reflect what is education after all? To acquire knowledge. Assimilation of knowledge, for what? To disseminate truth and dispense justice through an intellectual debate, discussion, discourse, not sowing discourse of hatred, enmity and discontent. To reflect and discuss rationally.

 

  1. I am very hopeful. I’m very optimistic. Contrary to many of the assertions or the political pundits, I am Insya- Allah, this country will continue to accept the MADANI framework to protect the interest, welfare and rights of every single citizen in this country.

 

  1. Saya dalam belanjawan 20-30 tahun yang lalu, saya pernah kutip kata-kata hikmat dari Thirukurral, saya mula tadi, pagi cuba hafal ini, hukum saya, tidak boleh, tidak boleh. Saya nak make sure trained dulu, jadi saya tidak mahu sebut dalam bahasa Tamil. Saya boleh nyanyi lagu MGR saja “Nalla Naalai Namathey,”. Tetapi maksud penting. Setiap insan, setiap insan, manusia, itu Dia sama dijadikan, sama tarafnya. Yang membezakan dia itu ialah amalan dia, tindakan dia, perangai dia, sikap dia bukan warna kulit dia, bukan kaum dia.

 

  1. Ini dalam Islam pun begitu juga. Prinsip itu tentang persamaan Allah angkat darjat semua manusia, Walawad karamna bani Adam. Dia angkat, Allah have exalted angkatkan tingkat kemanusiaan yang membezakan itu ialah keyakinan dia, amalan dia, sikap dia, peribadi dia. Itu pesan Thirukurral. Ia harus menjadi prinsip dalam hidup kita dan angkat martabat rakyat bersama.

 

  1. Jadi, apa lagi pengumumannya Ramanan? Dia kata, Ramanan dan rakan-rakan, kita ada di dalam Jemaah Menteri, bukan saja Ramanan dan Gobind Singh saya, saya bukan India, tapi, saya tahu, saya mahu jadi Perdana Menteri yang Saya mahu kalau boleh orang India pun kasih kepada saya sepertimana saya kasih kepada mereka.

 

  1. Jadi sebab itu bagi saya keadilan itu penting. Pecahan tentang MITRA tadi, dia kata 50 juta retain, dia kata konjam, konjam, yaar 50 Juta bukan konjam lah, dia banyak Nalla iruka whatever. Saya orang Bukit Mertajam macam KP (Ketua Pengarah MITRA). Bukit Mertajam ini dengan kawan-kawan kita banyak campur-campur Bahasa Melayu Hokkien dan Tamil, tapi saya tidak boleh sebut, sebab kadang-kadang bahasa Tamil yang tidak bagus. Dia campur, dia bagi bahasa-bahasa yang tidak Bagi saya you don’t mind. This is something real as you take don’t take it seriously I was because when I was a kid di Bukit Mertajam, we always call Melayu tak guna lah, itu Cina, istilah tidak baik, I wouldn’t repeat. Kemudian dia kata, eh pandi kutti come here. Jadi, saya pun jumpa biasalah cakap mana-mana baik eh pandi kutti. Tapi sekali saya di Penang,bila dia cakap, ini pandi kutti punya kerja. Saya tengok satu amma, aiyoyo dia tengok, eh, saya kata, apa makna dia? Bila kita berkawan, kita guna istilah kita tidak faham maksud sebenarnya. Jadi, amma itu tengok, aiyoyo silap. Saya tanya belakang, apa makna dia? Dia kata, tidak boleh, you cannot use that. Aiyoo, saya kata minta maaf, minta maaf, minta maaf.

 

  1. Tapi, saya nak cerita ni the other side of the story. How we grew up, how we have strong bond, affection for one another and it does not make a difference between you’re Malay, Chinese or Indian. That sort of culture, somehow is quite lost now. So, di kalangan anak-anak muda, saya tak cadangkan jangan guna lah panggil ini, jangan, jangan, jangan. Tapi saya nak sebut, harus ada kegiatan anak India, anak Melayu, anak Cina, cuba tingkatkan bidang kerjasama ini.

 

  1. Dan saya ucap terima kasih sekali lagi kerana kegiatan- kegiatan yang dibuat oleh MITRA, termasuk program yang agak menarik tentang Malaysia-China Use Technical and Vocational Education Training Itu bagi peluang kepada anak-anak dia di TVET dan juga training sampai ke China. Ini selain benda bakul makanan dan lain-lain dan saya bagi jaminan, betul kita dah tambah RM50 juta, tapi saya nak bagi jaminan, saya tidak mahu satu keluarga, satu anak yang kata tidak dapat melanjutkan pendidikan semata- mata kerana tidak mempunyai dana. Itu kita akan cuba sedaya upaya bantu mereka.

 

  1. Bagi anak-anak yang di universiti sekarang, fokus dalam bidang pendidikan dan pencerahan jadi manusia yang baik dan rakyat Malaysia yang baik. Anak-anak akan menentukan corak masa depan kita. Jadi saya nak seru khas. Yes, we have issues, we have problems but please be assured. We will do our level best. This is not just a political gimmick, I know people will be cynical and ridicule what we say but look at what our programs are what we have done, what we will continue to do. I appeal to you, young children, student’s here, to work together, work Not many countries in the world, multiracial country, multi religious country survive and attain such splendorism like Malaysia.

 

  1. Malaysia satu-satu negara pelbagai kaum, pelbagai agama yang masih bertahan dan punya harapan yang cukup tinggi kekalkan dan tingkatkan dan saya salute anak-anak dan tunjukkan semangat yang sama.

 

Terima kasih. Nandri, Vanakam!!!

VERBATIM TEXT

SPEECH BY

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

AT

THE LAUNCH OF THE

HUAWEI AI LAB AND INNOVATION CENTRE  

27 APRIL 2026 (MONDAY) | 5.00 PM

EXCHANGE 106, TUN RAZAK EXCHANGE (TRX) KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara (KSN);

 

YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican,

Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP);

 

YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din,

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC);

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Tentunya kita memberikan penghormatan juga kepada Saudara Mr. Terry He dan juga Mr. Wind Li, yang terbang dari Beijing malam tadi untuk bersama-sama majlis pada petang ini.

 

  1. I assume you understand as they flew from Beijing. So, Ge Wei Lai Bin Da Jia Hao. Saya tentunya bersama rakan-rakan rasa gembira kerana kita telah capai satu tahap dalam transformasi digital yang lebih tinggi. Kita jadikan ini sebagai di antara fokus dalam strategi pembangunan kita. Kita luncurkan Dasar Transformasi Digital. Kemudian kita tekankan kepentingan meningkatkan keupayaan AI dan AI Untuk Rakyat, dan ini menjawab beberapa permasalahan pokok.

 

  1. Pertama, kita harus mengejar teknologi baharu dengan kelancaran, kepesatan, kelajuan. Kalau tidak kita akan ketinggalan.

 

  1. Kedua, memerhatikan supaya perubahan ini tidak menyebabkan kesenjangan yang melebar di antara golongan kaya di bandar dengan miskin di luar bandar dan desa pedalaman.

 

  1. Dan ketiga, mempertahankan bahawa teknologi baharu termasuk AI tidak menyebabkan kita kehilangan dan luntur nilai jati diri, keabsahan nilai termasuk akhlak. Sebab itu, semua isu ini digarap dengan penguasaan teknologi baharu dan mengambil langkah.

 

Distinguished guest, ladies and gentleman.

 

  1. May I can explain my profound things to to Huawei for showing their confidence in Malaysia and supporting most of our endeavours, the training, the exposure, the facilities shared, I think it symbolises the real partnership between us. So, Xie Xie Ge Wei.

 

  1. Twenty-five years ago, Huawei arrived in a Malaysia where only a small share of our people had access to the internet. Today, look at the young students, energetic, very…I should say very enthusiastic and also searching for more information and willing to absorb as much as possible.

 

  1. So, Huawei, you have a task not only to all here experts, but also the young students who have this great desire to excel in their work and exposure. Thank you very much.

 

  1. But again, as you know, this did not happen by chance. Indeed, it happened through sustained investment, serious partnership and a conviction that connectivity is a necessity for participation in modern Huawei of course, has been a vital part of that story, and therefore, and therefore their presence will also be fully supported, endorsed as we have an open system like other established companies, because we have to move up to the next level in our technology trajectory.

 

Ladies and gentlemen,

 

  1. We stand today, at a moment that demands our utmost attention, where we are on the precipice of a massive paradigm change. One that is so transformative that it enters into every nook and corner of our lives.

 

  1. Artificial intelligence is reshaping how we make our goods, how we run our financial systems, and how we reach decisions of real And, in many ways, even how we think. That reality is already upon us.

 

  1. In recent weeks, the world has crossed a threshold that we ignore only at our peril. One of the leading developers of AI has produced a model so advanced, and so potentially dangerous, that it has been released only to a small circle of trusted partners.

 

  1. That model has demonstrated an ability to identify critical vulnerabilities across widely used software Governments, regulators and security agencies are now examining what this means for the resilience of the infrastructure on which our societies depend. So, Megat make sure you are able to fathom this, because this, if ignored, can be a potential risk to the society at large.

 

  1. To be sure, warnings about the impact of technology are not new. Back in the 1950’s, that what I learned from social science, philosopher Martin Heidegger contended that while technology is a way of understanding the world, it could also lead to a mindset that prioritizes efficiency and control over more humanistic values. So, the very pertinent point, if you remember, particularly my young children, the danger towards what we term as dehumanization of man (menghilangkan nilai kemanusiaan dan keinsanan), I refer to Heidegger because he has reminded us since the 50s.

 

  1. Do not get me wrong. I am certainly not a Luddite. On the contrary, I am all for the advancement of technology and have been pushing hard for Malaysia to be on the leading edge in this part of the world.

 

  1. But we are left to confront an uncomfortable truth. What is that? A technology capable of exposing systemic weakness cannot be left entirely to those who create it. The window for building sound governance is We cannot wait for a disruption to prove the cost of inaction.

 

  1. The implications for jobs are no less disturbing. The fact is AI may reshape more jobs than it replaces and the reshaping is already happening. Those most exposed often have the least room to adapt. Young graduates and entry-level professionals face the steepest challenges if their work can increasingly be replicated by well-trained systems at a fraction of the cost.

 

  1. Governments have generally not been built for the pace of change that is coming. In fact, the elites normally, we used to consider the elites for those who are most committed to ensuring or accepting change, the propensity to change, but the reality bites hard.

 

  1. Many of them so-called elites and the most resistant to change. When you talk about governance, good governance, ff the elites are comfortable with the manner of culture, of corruption and rewarding those mediocre elements, then they will be then the major players to disrupt any attempt to effect reform or change.

 

  1. To my mind, the question is not whether disruption will come. It is how fast, and whether our institutions will be ready when it does. Tan Sri KSN is aware, Malaysia is clear- eyed about this, and we are building our response accordingly.

 

  1. But first, let me turn to a broader development in the technology industry, one that has little to do with the work being celebrated here today, but which no serious discussion of AI’s future can afford to neglect.

 

  1. We now see parts of the Western technology industry claiming a geopolitical role for themselves. They argue that AI companies are not just commercial actors, but instruments in great power competition, with a duty to ensure that Western supremacy prevails.

 

  1. This is not a fringe view. We experienced that in the last few years to grapple with decisions that we think is best for Malaysia. But we are confronted with some views, very dogmatic doctrine that certain forms of governance, certain forms of technology, found in the west must dictate our policies. So, they reject meaningful oversight and demands for accountability from democratic governments. They question whether plural societies can thrive and assert that certain cultures are inherently superior to others.

 

  1. The classic work by Edward Said’, which I think students must be quite familiar about Orientalism, about considering what is Asian or Islamic as the other, and promoting the Huntington’s thesis of “clash of civilization”. But what we see now goes further, moving straight from claim of a civilizational superiority. Certain civilizations are said to be better because probably they are white, they have a superior culture and that colonial histories and mindset persists, mind you, particularly my young audience here. It was wrong then and it is wrong now.

 

  1. Malaysia itself stands as a refutation. We in Malaysia, are a nation of many faiths, languages and ethnic traditions, and we have built something real and lasting from that diversity.

 

  1. One only needs to consider, what you need to consider is the civilisations that have shaped this country, and this region. Drawing on Greek philosophy, Persian and Indian scholarship, the Islamic Golden Age gave the world algebra, algorithms – so commonly used, optics and the foundations of modern science, the medicine. That is a testament that knowledge was not confined by faith or lineage.

 

  1. At its height, Chinese civilisation carried ideas and technologies across vast networks of exchange, from the Silk Roads to the great maritime voyages while Indian civilisation gave the world the concept of zero, the decimal system, and a long tradition of philosophical inquiry.

 

  1. None of these achievements came from isolation. They were the product of exchange and openness. They reflect a refusal to accept that wisdom belongs to any one people alone.

 

  1. This is the tradition Malaysia, and we inherits. It should guide how AI is built, governed and shared. Technology companies that see themselves as partners to the societies they serve, rather than arbiters of their fate, will earn the trust that sustains their work.

 

 

 

 

Ladies and gentlemen,

 

  1. We have established in Malaysia, the National AI Office to drive our AI agenda across government, industry and society. We are developing an AI governance framework, strengthening our data protection regime, and putting in place rules suited to the technologies that are being deployed.

 

  1. We are investing in people, in talents. We need your full collaboration in this. Simon is nodding but nothing more can be done, but I needed by the next generation of engineers, researchers and innovators. Malaysia does not intend to remain merely a consumer of AI. We intend to build capability and compete with confidence in the global digital economy.

 

  1. And to be sure, flowing from our MADANI core values, our emphasis is on the people as we aim at fostering economic advancement and prosperity with equity and social justice.

 

 

 

  1. Pursuing digital transformation driven merely by the quest for material progress will be counter-productive if it leads to the enlargement of social iniquities. Hence, our efforts must be rakyat-centric. It must lead to further narrowing the digital gap between the urban and rural population, between the wealthy and the poor. However, shared prosperity cannot be a mere slogan and must be actualised via clear policies and effective action.

 

  1. In this vein, I must first commend Tan Sri Salim, and NADI for the impressive work that I saw yesterday in Permatang Pauh, where this whole concept, sophisticated case of AI can be transmitted to the most rural areas in our country. The schools, rural clinics, farmers, petty traders have the access. That’s what we mean by shared prosperity that President Xi Jinping talks about. So, Malaysia will remain open to investment from East and West, and to partnerships with companies that respect our laws and our priorities. But we will not cede the decisions that matter most: how our data is governed, how AI systems are used in our public institutions, and how new technologies are introduced into the lives of our citizens. Let us be clear: While the technology may come from anywhere, the rules will be made in

 

  1. I want to close ladies and gentlemen, by speaking to the students in this

 

  1. You are entering a world that will ask a great deal of you. The technology you will work with is remarkable, and it will place within your reach things that would have seemed impossible to me and your It will also place before you choices, about what to build, for whom and under what conditions.

 

  1. The question of your generation is not whether artificial intelligence is powerful. It is. The question is whether the people who shape it are wise, and wisdom is knowing when to act, and having the steadiness to pause when the answer is not yet clear.

 

  1. Malaysia’s greatest resource has been its people: young people like you who have learned, across generations, to build something of lasting worth together across differences. As the machines grow more capable, that is a form of human achievement the world needs more of, not less.

 

 

  1. Congratulations to Huawei Malaysia on the opening of this impressive of AI Lab and Innovation Centre. Happy 25th Anniversary. I look forward with confidence to what we shall achieve together.

 

Xie Xie.

TEKS UCAPAN VERBATIM 

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM 

PERDANA MENTERI  

 

SEMPENA 

 

MAJLIS PERASMIAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KUBANG SEMANG  

 

 

25 APRIL 2026 (SABTU) | 3.00 PETANG

NADI KUBANG SEMANG (YAYASAN AMAN)

PULAU PINANG

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillahilladzi Anzala ‘Ala ‘Abdihil Kitab Walam Yaj’al Lahuu ‘Iwajaa,

Wa Usolli Wa Nussalli Ala Rasulihil Karim,

Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Pulau Pinang;

 

Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi;

 

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Setiausaha Kerajaan Kementerian Komunikasi;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC); dan

 

Mr. Kishore Babu Yerraballa,

Wakil Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa;

 

Excellencies.

 

  1. Ini satu penghormatan, kerana pada hari ini anak-anak dan masyarakat desa termasuk dari Permatang Pauh dan Pulau Pinang, bersama dengan pakar-pakar yang terlibat dan juga Duta-Duta, Pesuruhjaya Tinggi yang dapat hadir bersama.
  1. Bila kita luncur program besar umpama ini, Transformasi Digital, akak dari Paya Mengkuang nak hafal pun lambat (nada seloroh) , apa binatang? Digital. Apa dia? Transformasi. Apa maknanya? Dan bunyinya menggerunkan. Maknanya, kemudahan ini, teknologi baharu, teknologi maklumat, komputer, IT dan sekarang ini cakap AI, ini semua ini mesti sampailah ke kampung. Kalau tidak dia hanya berlegar di kalangan kota-kota besar, orang-orang kaya, jadi kita tidak dapat manfaat. Ini bezanya Kerajaan MADANI.
  1. Bila kita buat program besar, raksasa. Berpuluh-puluh bilion sampai, syarikat Jerman Infenion, syarikat Amerika NVIDEA, syarikat China Geely yang automatif, semua kumpul ini berpuluh-puluh bilion, tetapi kita tanya, apa faedah kepada rakyat? Tentunya ekonomi, pekerjaan, betul. Tapi bila kita sebut transformasi digital, apa manfaatnya kepada rakyat secara langsung diperingkat akar umbinya? Ini disebut umpamanya mengelak.
  1. Bila kita luncur, saya ingat lagi ucapan tatkala meluncurkan Pelan Transformasi Digital, pelan nasional, besar ini. Saya dah peringatkan, pertama, rakyat kita mesti diberi pendedahan, jangan ketinggalan. Negeri-negeri maju bercakap soal teknologi baharu, digital, AI, kita nganga, oleh sebab itu anak-anak kita dilatih.
  1. Tapi saya juga pesan, yang kedua, jangan menyebabkan lebarnya kesenjangan. Orang yang kaya, yang di bandar dapat pendedahan, dia tahu digital, dia tahu AI, dia tahu Data Centre. Kita? Tidak tahu. Jadi, pembangunan ini mesti jamin keadilan bagi ramai, bukan keadilan bagi kelompok kecil. Ini cabaran kita.
  1. Jadi kita fikir bagaimana nak buat? Bagaimana nak jamin teknologi kita kuasai. Jangan kita ketinggalan. Kedua, bagaimana nak jamin supaya manfaat sampai. Bukannya sekolah-sekolah asrama penuh, Sekolah Menengah Sains, Chung Lee, Malay College, Malay College kena sebutlah, kemudian, VI, haa marah pula kalau tak sebut …TKC (nada seloroh)., sekolah-sekolah terkenal. Bagaimana Sekolah Menengah Mengkuang? Bagaimana Sekolah Menengah Penanti di sebelah ini? Apa manfaat yang dapat diperolehi oleh mereka. Itulah sebabnya mengapa kita kata transformasi digital Malaysia ini mesti menjamin keadilan yang lebih melebar.
  1. Kishore, I think from my earlier remarks, I just want to emphasize this point. That is why we pursue this agenda, to achieve digital transformation, I would said it is certainly a failure if we are not able to ensure the vast majority of our people benefit from this. So, digital transformation is a policy that is critical to our country and we are fortunate because Malaysia is one of the countries have been able to attract investiment from United States, China, India, and many other countries, Germany for that matter because his Infenion.

 

  1. But then the next question is, will it result in digital devide? Will it benefit a few selected group of people, the urban areas, Tan Sri Salim and the rest? Or can we then ensure that this new technolgy, new facility benefit the vast of the majority of our people? To me, this is a major challenge.

 

  1. And of course related to that is the question of values. We are not importing or imparting the views and knowledge, culture and values of the segment of people. We must make sure that is related to our society, our culture, our religious belief. Ini yang saya sebut penting juga.
  1. Selain saya katakan, melebarkan kemudahan ini. Saya kata teknologi baharu ini jangan mengasingkan kita dari agama dan budaya kita, dan nilai kita. Kita nak anak-anak kita pintar digital, teknologi, komputer, AI. Tapi kita tidak mahu dia jadi pak turut, kagum, bawa hanya pandangan dari barat, hilang nilai budayanya, hilang akidahnya, akhlaknya, nilainya. Ini hal-hal yang difikirkan oleh negara kita tatkala menyebut negara MADANI dengan salah satu dasarnya, teknologi baharu dan transformasi digital.
  1. Jadi sebab itu, saya ucap tahniahlah, selain daripada Kementerian Komunikasi, KSU ya, ini juga MCMC dan NADI. NADI ini satu projek, program yang menarik. Tadi saya sempat jumpa seorang anak, pelajar, tingkatan 5 dahulunya, sekarang selesai peperiksaan, dari Sekolah Menengah Penanti, Sekolah Menengah Mengkuang. Tengok keputusan dia dulu, 6 bulan sebelumnya, F gagal matematik. Kemudian, NADI ini untuk jamin supaya kemudahan yang disebut digital atas itu memberi manfaat langsung sampai ke Sekolah Menengah Mengkuang itu berikan tuisyen, kelas tambahan percuma yang direncanakan oleh sekelompok guru-guru yang terlatih dan pintar, hubungi langsung dengan anak-anak ini percuma. Dan alhamdulillah, dari dua yang saya jumpa tadi, failed, gagal, dapat A dalam keputusan peperiksaan mereka.
  1. Maknanya, kalau kita tambah ikhtiar sedikit, ada Kerajaan yang prihatin, guna kemudahan-kemudahan termasuk MCMC dan NADI, kita boleh sampai ke akar umbinya. Atau di Indonesia, Pak Luwes di sebut akar rumputnya. Kalau di sini kita kata akar umbi, tapi di Indonesia dia kata akar rumputnya. Saya kata lebih tepat akar rumput tak?
  1. Jadi, itu contoh. Tadi, saudara Fahmi menyebut contoh lain. Oh, boleh berniaga. Peluang-peluang pekerjaan baru dan latihan. Dan ada juga yang boleh guna kepakaran perubatan. Orang sakit, kalau telefon sahaja tanya doktor, doktor tak berani juga, tapi dia boleh bagi gambar juga dan kemudian boleh gunakan beberapa kemudahan walaupun mahal sedikit untuk check, jantungnya, darahnya, dan sebagainya. Tidak semua, tapi sebahagian besar melalui yang saya katakan kemudahan digital dan AI.
  1. Saudara saudari, ini dunia ilmu ini berubah begitu pesat, sebab itu kadang-kadang letih juga dengar orang berbahas di kampung, maki hamun ini langsung tidak fikir, kita guna kuasa yang ada bangunkan rakyat. Sekolah-sekolah kita ini, kemudahan…ya kalau ketimbang negara-negara lain banyak baiknya. Cukup? Banyak belum cukup.
  2. Bila saya jadi Perdana Menteri, apa yang saya perhati tentang sekolah ini, hampir tiga tahun yang lalu? Saya kata, bagaimana nak latih anak-anak nilai kebersihan? Tandas rosak semua. Berapa nak repair tandas? Nak baiki tandas satu negara untuk tahun 2023? RM1 bilion ringgit. Tiap sekolah ada yang rosak tandasnya, empat rosak. Jadi, alhamdulillah kita baiki sebahagian besarnya. Setiap hari Jumaat saya pergi solat Jumaat, panggil anak-anak itu jumpa, saya tanya tandas macam mana? Jadi Fadhlina dia pening, dia teliti, tak payah saya report dekat dia, dia tengok sahaja. Ini sekolah ini ada. Baik.
  1. Sebab apa? Kita nak ajar kebersihan. Kita nak ajar anak-anak itu sihat. Jadi ini hal-hal yang basic yang yang kita harus perhatian juga. Ini terkait dengan nilai, kesihatan dan nilai. Jadi, beberapa bulan lalu saya arahkan anak di sekolah, latih, bersihkanlah tandas sendiri di sekolah. Oh, itu pun ada ibu bapa marah, “anak saya dihantar ke sekolah bukan untuk jadi pencuci tandas”. Oh, apa hang ini daripada bangsawan mana? Daripada kayangan kot? Saya dululah, sekarang ini jadi Perdana Menteri, nak bercakap kena berlapik sikitlah kan. Apa Perdana Menteri bercakap begini? Aku itulah dihentam tak terkawal pulak. Baik, tapi saya dulu…dulu ingat? Kakak ingat, orang lama dulu kan? Masa saya belajar-belajar kan? Saya buat juga ini. Oh, ada seorang ibu bapa masa itu fax, tak ada lagi social media. Dia fax kepada saya Pak Luwes ya. Dia fax dia kata, “eh Pak Anwar, ini anak saya dihantar ke sekolah bukan menjadi pencuci tandas, untuk belajar, untuk menimba ilmu”. Amboi! Saya kata, sombongnya. Jadi hinakah pencuci tandas ini? Mak kita cuci tandas. Hinakah dia? Di rumah kita, ibu kita yang cuci tandas. Apakah hina? Yang kita belajar tentang kebersihan, apa salahnya? Sebulan sekali bergilir, atau tiga minggu sekali bergilir cuci tandas. Jadi saya harap, pertama cuci tandas.
  1. Ini latihan, apa dia kebersihan? Apa dia nilai? Jangan supaya dia ingat bila dia jadi besok lulus, jadi pembesar, jadi korporat, jadi KSN. Kemudian, dia jangan lupa akar umbinya, akar rumputnya, pak. Jangan lupa. Jadi, kemungkinan latihan itu membantu. Jadi, masa itu bila dia, seorang bapak itu dia kritik saya, dia kata, “bukan anak dia datang ke sekolah untuk cuci tandas”, saya jawab, “saya kata, terima kasih, tuan. Saya cadangkan tuan kirim anak tuan ke Kayangan, kerana di kayangan yang sekarang saya baca, tidak ada tandas. Dewa-dewa semua itu, dia belajar. Mana ada cerita tandas dulu? Dewa-dewa Syapri semua kan? Jula-juli, bintang tujuh, mana ada cerita tandas. Tapi kalau mahu kirim ke sekolah kami, untuk anak-anak dan rakyat, yang gunakan tandas, sucilah sebulan sekali”.
  2. Jadi saya ucap terima kasih kepada pegetua, guru-guru, kerana teruskan budaya ini. Ini pendidikan kebersihan. Ini yang saya sebutkan tadi supaya, dengan ilmu yang baru, jangan hilang nilai kita, agama kita, akhlak kita, budaya kita, itu sebahagian daripada kita. Jadi, sementara kita cakap soal digital, AI ini, nilai ini penting. Ini dalam MADANI, soal nilai itu penting. Itu beda dengan kita. Kalau belajar digital, satu dunia belajar digital. Kalau belajar tentang AI, satu dunia semua sekarang mengejar soal AI. Tapi, jangan kita hilang nilai, insaniah. Kerana ini prinsip al-Quran apa dia? Walaqad karamna bani Kerana apa? Iman kita, kerana akhlak kita, kerana nilai manusiawi insaniah kita.
  1. Jadi, mudah-mudahan dengan NADI ini, kita bawa ke bawah. Macam tengok di sebelah ini pun, kita tengok apa dia? ada kesihatan, anak-anak di sekolah, peluang perniagaan dan juga ilmu kerana digital, yang disebut transformasi digital, AI, perkara baru. Masa saya di sekolah dulu, sehingga di universiti, jadi professor di Amerika itu, baru lagi diperkenalkan. Sekarang dah jadi matapelajaran wajib dikuasai oleh anak-anak kita. Jadi, perubahan ilmu itu mencabar. Jadi sebab itu, kita tak mampu bawa semua ke Kuala Lumpur, atau ke Cyberjaya, tapi kita mampu bawa kemudahan itu ke bawah.
  1. Saya minta bapa-bapa, ibu-ibu yang ada, guru-guru yang ada, dan pegawai-pegawai Kerajaan, cari jalan untuk memberi pendedahan sebaiknya kepada pegawai-pegawai Kerajaan dan anak-anak, terutama anak-anak muda. Di antara strategi dalam NADI ini adalah pendedahan kepada anak-anak sekolah dan anak-anak muda, kerana mereka lebih cepat menangkap daripada hanya dengan pengaruh yang mengelirukan dan merosakkan termasuk dalam soal media sosial. Jadi, lebih baik ditumpu NADI ini sebagai tempat, lapangan untuk menimba ilmu, memberi latihan dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan anggotanya.
  1. Jadi, itu sahaja yang nak saya sampaikan. Bukan selalu saya ada peluang sampaikan begini. Saya ingat saya dah cover. Dan juga, tahniah!. Tahniah! NADI. Bila kita dapat ITU Digital Transformation Center dan pengiktirafan antarabangsa, kita berjaya. Jadi, jangan pandang ringan, atau enteng. Malaysia, kita terima begitu. Sebab itu, bila kita ambil alih Kerajaan, saya di antara arahan saya, kalau kita kata Dasar Transformasi Digital Nasional, Dasar Semikonduktor Nasional, tetapi, orang pinggir bandar, pendalaman, kampung-kampung, tak tahu apa-apa. Atau kalau tahu pun, kelompok kecil. Jadi saya kata, tak, tak boleh begitu. Kemajuan, pembangunan mesti menjamin kemudahan dan manfaat kepada sebanyak mungkin. Ini yang dikata pemerkasaan, perkasa rakyat dalam erti kata sebenarnya. Jadi pemerkasaan itu, hanya dengan menyampaikan kemudahan ke semua peringkat.
  1. Jadi, NADI dah disebut tadi. Maka kalau ada keupayaan, Tan Sri Salim lebih lagi, ya, boleh ya? Dia kalau Perdana Menteri tanya semua kata okey. Tapi, kita nak tahu selepas ini, lepas balik ini, boleh ke tak boleh. Selepas balik boleh ke tak boleh. Sebab itu, macam saya mesyuarat tadi Daerah Seberang Perai Tengah. Minggu lalu, Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Sebelum itu, Daerah Kinta, Daerah Kulim Bandar Baru. Saya kata dua minggu, Pegawai Daerah bagi laporan apa yang kita bincang, apa yang kita putuskan, berapa dana yang diperlukan, bagaimana perlaksanaan projek sampai ke mana, barulah ada kesan. Kalau tidak, ini hanya menjadi acara-acara biasa.
  1. Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih, sangat bermakna. Saya sebagai anak tempatan, terima kasih luar biasa kepada Ketua Menteri, kerana Pulau Pinang ini, Ketua Menteri di antara negeri yang ke depan dalam Digital Transformation.
  1. Ketua Menteri ada, Timbalan ada, YB Datuk Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, nak pastikan supaya kita dapat serasi dengan acara NADI ,supaya ikhtiar State dari segi digital ini dapat melebar sampai ke kawasan-kawasan ini dan NADI boleh menjadi satu gelanggang instrument penting untuk menyampaikan bagi saya, sangat penting.
  1. Kita boleh ada dasar yang hebat, tapi kalau tidak melebar, kita tidak akan dapat malah, pengetua, guru-guru yang ada di sini tahu dalam soal pendidikan saya selalu sebut democratization of access to quality education. Kita mahu pendidikan bermutu, bila kita sebut pendemokrasian, maknanya semua dapat, tetapi bukan sahaja dapat pendidikan Alif Ba Ta – ABC biasa, ataupun orang France kita alphabetization, tetapi kita mahu pendidikan bermutu sebab itu dia katakan democratization of access to quality education. Dan kalau kita rangkul pengertian education itu yang lebih melebar, ini termasuklah transformasi digital.
  1. Jadi terima kasih sekali lagi kepada semua yang menggerakkan. Saya agak lebih senang pada hari ini kerana, NADI turun ke pengkalannya, kampung halaman kami, dan saya mahu insya-Allah mudah-mudahan NADI di Yayasan Aman ini menjadi di antara contoh NADI daerah yang par-excellence yang terbaik. Boleh ya? Siapa yang incharge NADI di sini? Siapa ya? Ada di luar? Ada, mari ke depan, yang ketua NADI di sini, ha naik naik. Oh, di belakang? Nama dia apa? Atikah? Nanti saya jumpa dia di luar nak bagi amaran. Tak, tak, nak bagi ucapan terima kasih, penghargaan dan kegembiraan serta kebanggan kita kerana menjadikan ini sebagai usaha yang penting. Terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI JPJ MALAYSIA KE-80 TAHUN (SHJ80) 

25 APRIL 2026 (SABTU) | 10.30 PAGI

PERKARANGAN STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Pulau Pinang;

 

Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,

Menteri Pengangkutan;

 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan,

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;

 

YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli,

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan;

Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri; dan

 

Ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri dan ramai rakan-rakan yang pentingnya warga JPJ yang saya raikan bersama. Dan juga ikon JPJ, Siti Nurhaliza. Patut daripada jemput saya berucap, biar jemput dia nyanyi. Tak adalah acara kah ni? Lepas ini ya? Lepas itu dengar dia dulu, baru saya tenang sikit. Baik.

 

  1. Kita tentunya bangga, syukur kepada Allah SWT dan bangga pada hari ini kerana kita dapat merayakan, memberi pengiktirafan, menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan dan sepertimana saudara Anthony Loke sebut tadi, dari lembaran sejarah, pengorbanan, sumbangan rakan-rakan terdahulu sejak 1946. Sejarah 80 tahun. Pelbagai masalah, pelbagai gelora, pelbagai gelombang tapi akhirnya saya ucapkan tahniah dan turut berbangga kerana JPJ berdiri mantap sebagai suatu agensi yang dibanggakan dalam negara kita.

 

  1. Dan yang terkait dengan dalam perbicaraan rakan-rakan kita tadi, saudara Anthony Loke dan juga Ketua Menteri Chow ialah bahawa kesediaan, KP ya, untuk memahami, menghadam konsep negara MADANI ini termasuk memberi fokus tentang transformasi digital. Negara kita kalau mahu maju tidak boleh mengekalkan kaedah lama. Negara itu harus ada keupayaan mencari jalan, helah, kebijakan, ikhtiar untuk meningkat lebih baik.

 

  1. Saya selalu mengingatkan rakan-rakan kalau mahu berjaya, dia… semangat apa yang disebut dalam… yang dirumuskan dalam hadis dari Muhammad SAW, Itqan fil amal. Dia bukan sahaja amal, bukan sahaja kerja tetapi mesti bergerak untuk mencari kesempurnaan, meningkat keupayaan supaya lebih baik.

 

  1. Teori pengurusan sekarang menyebut striving for excellence. Tapi dalam budaya kita, agama kita di Asia, semua bergerak. Baiki, diri, peribadi, akhlak, nilai dan semua ini ke arah pembaharuan dan kebaikan. Bukan mengekalkan sistem dan kaedah yang lama.

 

  1. Jadi kepada Saudara Aedy Fadly dan seluruh keluarga JPJ, saya terus memberi dorongan kepada saudara-saudara untuk meneruskan mudah-mudahan JPJ berkembang, maju, matang sebagai salah satu jabatan yang mempelopori perubahan ini dan menerima beberapa kelemahan yang ada dan untuk diperbaiki.

 

  1. Saudara tahu, saya tidak harus berdolak-dalik di sini bahawa oleh kerana JPJ itu satu agensi yang berdepan terus antara jabatan dengan rakyat. Maka semua tindakan yang kerenah itu diketahui oleh rakyat dan kadang-kadang kalau tegas sepertimana disebut tadi oleh Menteri tidak disenangi oleh rakyat. Kalau lembik dan tolak-ansur, ditekan oleh SPRM.

 

  1. Jadi, saudara dalam keadaan dipantau langsung. Apa lagi… manakala kita punyai media sosial hari ini. Ada yang menegur berdasarkan nilai dan akhlak. Ada yang menegur secara nafsu serakah dan kebencian. Jadi, ujian pada kita… yang kita hadapi itu lebih berat. Saya ingin berikan peringatan dan saranan supaya saudara-saudara keluarga JPJ terima ini dengan cara positif.

 

  1. Dunia berubah dan tidak ada salah kalau di kalangan masyarakat kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Ini yang dia kata seolah-olah satu legakan, rising expectations, legakan harapan yang lebih menggunung dan kita cuba. Islah Mastata’tu, iaitu melakukan perubahan sedaya upaya kita sepertimana ringkasan yang saya baca dalam Al-Quran tadi.

 

  1. Islah, perubahan, sedaya upaya kita dan saya lihat semangat ini dan saudara bernasib baik kerana Menteri Pengangkutan itu di antara yang dalam kalau mesyuarat kabinet, kalau ada teguran tentang JPJ dia memang fully loyal and committed to defend the integrity of JPJ. Dan itu pun number plate, tak ada yang percuma dan itu betul kerana ini… kalau kita teruskan amalan reserve number ini kepada pembesar ini, jadi dia bukan lagi suatu budaya yang sesuai dengan perkembangan masa dan tuntutan negara yang adil dan berdaulat.

 

  1. Jadi sebab itu perubahan-perubahan ini kita terima baik. Apa salahnya? Sepertimana yang disebut oleh Menteri tentang nombor-nombor ini, daripada biasa je orang ambil, apa salahnya kalau kita buat tender terbuka dan kumpul dana untuk JPJ, untuk kerajaan? Kalau dana JPJ itu besar, tentulah Kementerian Kewangan akan beri pertimbangan supaya dapat dipulangkan saja kepada rakyat tetapi untuk pengurusan JPJ yang bertambah. Ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan pun ada dan bila saya sebut ni dia tepuk tangan maknanya dia setuju.

 

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

  1. Saya nak singgung sikit tentang perkembangan semasa. Saya tahu dan saudara-saudara sedia maklum, JPJ ini soal seluruh. Semua orang, seluruh rakyat tanpa kecuali guna jalan dan ramai juga yang langgar peraturan. Setengahnya bukan langgar peraturan, dia langgar orang. Jadi, semua rakyat tanpa kecuali berdepan dengan JPJ dan JPJ ada tanggungjawab yang boleh meleraikan, menyantuni tetapi juga sebahagiannya tidak senangi oleh rakyat kerana setengah orang kalaupun dia melakukan kesalahan, dia masih pertahankan hak dan kebenaran bagi di pihak dia. Dan JPJ harus meningkatkan keupayaan, professionalism dan ketegasan dalam melaksanakan tugas ini dan… sebab itu, langkah pendigitalan itu sangat wajar kerana dia melepaskan kita daripada kemungkinan tohmahan ini bertambah.

 

  1. Kalau pengalaman dalam hidup saya dari semasa mula ada motosikal dan kereta dan seluruh kontroversi, kritikan terhadap JPJ saya harus akui ketimbang kedudukan puluhan tahun yang lalu, imej JPJ jauh lebih baik sekarang dan saya ucap tahniah. Tetapi kemelut baru muncul. Akhir tahun lalu dan suku pertama tahun ini, kenyataan dikeluarkan oleh bank negara menunjukkan prestasi ekonomi kita itu menakjubkan. Jauh lebih baik daripada yang kita unjurkan. Pertumbuhan lebih baik daripada yang diunjurkan. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Kekuatan ringgit tertinggi prestasinya di Asia. Pengangguran antara yang paling rendah dalam sejarah. Jadi tetapi sekonyong-konyong muncul permasalahan baru.

 

  1. Peperangan akibat serangan biadab Israel dengan sokongan Amerika Syarikat ke atas Iran dan ini mengundang pertempuran baru tempiasannya melebar ke rantau negara teluk. Kita punyai hubungan baik. Kita berdagang dengan Amerika Syarikat, dagangan dan pelaburan utama dan negara China. Kita di antara negara yang hubungan sangat baik dengan negara Teluk, Arab Teluk dan juga negara Iran dan ini dasar kita yang bebas dan merdeka. Sebab itu kita boleh berhubung dengan negara-negara ini yang tengah tegang berperang tapi kita masih mengambil sikap yang berbaik dengan semua tetapi punyai pendirian mana mungkin negara Malaysia bebas, merdeka, berdaulat tidak ada pendirian? Orang boleh bunuh sesuka hati, boleh bom sekolah sesuka hati. Kita bukan mewakili pandangan begitu.

 

  1. Jadi, kalau anak-anak ada sebahagian daripada kita yang singgung, mengapa harus campur aduk? Kita tidak campur dari segi ketenteraan. Kita tidak campur sehingga menjejaskan hubungan baik kita. Kita tak campur sehingga menjejaskan kepentingan negara kita. Tetapi, kita sebagai negara bebas dan berdaulat, mesti bersuara kalau ada jenayah besar terhadap mana-mana negara. Sikap satu negara umpamanya Israel mengambil keputusan bom sekolah. Kalau kita membisu, apa erti kemerdekaan? Apa erti negara bebas sampai orang dibunuh, anak-anak kecil dibunuh terlempar di Lebanon dan kita tidak ada… bukan hantar tentera, untuk bersuara pun tidak boleh.

 

  1. Sebab itu saya bersyukur kata Allah SWT. Dalam kerajaan dan Jemaah Menteri, kita bulat menyatakan mesti ada pendirian mengutuk serangan ganas dan biadab terhadap negara-negara yang menjadi mangsa. Dan sekarang Iran, Gaza, Lubnan, hari-hari ada pertempuran yang begitu dahsyat. Memalukan, mengaibkan, menghina kemanusiaan itu sendiri. Itu sebabnya mengapa kita mengambil tindakan.

 

  1. Tapi dalam konteks hari ini yang saya singgung ialah kerana tempiasannya kepada ekonomi negara kita. Harga minyak melonjak naik, harga diesel bukan saja naik harga, di beberapa negara sudah ketandusan tidak punyai supply diesel untuk rakyat. Perdana Menteri Australia, Albanese datang, bincang, tanya mengenai minyak. Tentu kita berbaik. Sebab kita perlu fosfat dari Australia, dia perlu urea daripada Malaysia. Jadi, kita harus berbaik supaya kita perolehi fosfet untuk ladang-ladang kita.

 

 

  1. Dia perlu minyak. Kita jawab kalau ada lebih, boleh jual. Kalau tidak ada, maaf tidak mungkin kita serahkan. Diesel, kita kata sukar kerana diesel sudah terbatas pengeluarannya.

 

  1. Ada satu negara, dalam tempoh 18 hari, 1000 penerbangan dibatalkan. Jangan kita anggap ini tidak ada tempiasannya ke atas negara kita. Sebab itu, kita harus waspada. Tidak perlu politikan ini. Belajarlah dari sejarah. Ada masa kita berpolitik, ada masa kita berbeda pendapat tapi ada masa di mana seluruh kekuatan negara, kerajaannya, rakyatnya, pekerjanya harus bangkit bersama sebagai satu pasukan pertahankan maruah dan kemerdekaan dan ekonomi negara. Dan ini masanya saudara-saudara dan kita boleh ditegur.

 

  1. Dalam perjumpaan-perjumpaan, beri cadangan. Bukan saja JPJ, tapi ekonomi negara kita. Bagaimana harus kita perbaiki? Kita dengar. Dialog saban minggu, minggu lalu sahaja saya jumpa PMKS, SMEs yang bumiputera, yang Cina, yang India, yang Sabah, Sarawak. Kemudian jumpa wakil-wakil bank. Jumpa wakil-wakil syarikat, menteri-menteri. Menteri Anthony Loke jumpa semua syarikat-syarikat pengangkutan mendengar, cuba menyelesaikan di mana yang boleh dalam keadaan kita terpaksa menghadapi kegawatan ekonomi ini.

 

 

  1. Saya rasa elok kita ambil pendekatan yang lebih terbuka untuk memberikan penyelesaian atau meredakan tekanan. Umpamanya, diesel meningkat. Memang penggunaan diesel rakyat itu kecil ketimbang RON95. Tetapi, kita tidak boleh nafikan, dia beri kesan kerana masih ada rakyat dan kadang bidang berapa dalam beberapa sektor mengesankan kepada negara dan rakyat terbanyak.

 

  1. Jadi, kita cari jalan sekarang. Ada orang bila dia kempen, dia cerita tentang harga diesel yang maksimum. Dia tak pernah sebut bahawa di Malaysia satu-satu negara yang memberi subsidi nelayan, peladang, pengangkutan, bas sekolah. Semua itu diberikan subsidi, bukan harga diesel pasaran. Tapi tidak dibicarakan kerana main politik kebencian dan sempit yang tidak memberikan fakta.

 

 

  1. Saya terima kalau ada teguran bagaimana cari jalan untuk mengurangkan tapi mereka harus tahu perkembangan yang ada sekarang. Kebimbangan kita terbesar ialah supply. Ada tidak barangan itu? Itu paling besar. Keduanya, baru harga. Sebab kalau kita bicara harga, ada negara dalam tempoh awal bulan lalu, awal bulan ini, Mei, 400 stesen minyak ditutup.

 

  1. Saudara, bayangkan. Saudara di kota kecil, stesen minyak ditutup. Bagaimana hidup? Ada negara… pegawai-pegawai kerajaan kita hanya diminta, Ketua Setiausaha Negara kata bekerja dari rumah. Ada negara, kalau pergi pejabat, sebaiknya kalau dia satu kota berjalan kaki ke pejabat.

 

 

  1. Saudara, Alhamdulillah kita belum sampai ke arah itu dan saya tidak fikir kita akan bergerak ke arah itu. Tapi janganlah kita takabbur, anggap kita boleh selesaikan semua masalah yang dihadapi oleh dunia sekarang. Kita juga bernasib baik kerana saya katakan tadi hubungan kita baik.

 

  1. Jadi, saya hubungi Presiden Iran. Berapa negara yang boleh hubungi Presiden Iran? Boleh tahu? Tidak banyak. Tapi bila kita hubungi Presiden Iran sebelum selesai, perbualan telefon itu dia beritahu ‘Prime Minister Anwar, take it from me, I will give immediate instruction so that the tankers, oil tankers in Hormuz Straits owned by Malaysia will be cleared’.

 

  1. Pada masa itu dia sempat clear, satu masih tersadai. Jadi, satu sudah sampai di Pengerang minggu lalu, satu dalam perjalanan, tapi ada yang lain-lain tersangkut pula sebab kawasan itu menjadi kawasan pertempuran di antara Iran dan Amerika Syarikat. Saudara, ini berkat hubungan baik kita dengan negara-negara luar. It makes a lot of sense for us to continue to establish good relations with countries.

 

  1. Tapi, saya nak sebut di sini, dia tak menghentikan fitnah kita jual petrol ke Filipina. Padahal proses minyak itu di Pengerang oleh syarikat Vitol tapi serangan itu merebak begitu cepat. Ini bukan cara kita membina negara. Ini cara kita menghasut, melemahkan kekuatan politik negara kita dan kestabilan. Boleh tegur, boleh pesan ‘Anwar jangan jual minyak ke negara lain sehingga dapat dipastikan keperluan kita mencukupi’. Okey, saya boleh terima atau tanya saya, apakah ada cadangan yang nak jual? Kita boleh jawab, tapi terus buat hukuman.

 

  1. Bila kita bagi penjelasan, tidak ada. Ada seorang ahli Yang Berhormat, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri mengatakan, tidak ada kapal Malaysia yang lalu Selat Hormuz. Dia ni, saya tidak tahu dia belajar di mana dulu. Buku apa dia baca? Jadi, kita… saya sebut perkara ini merayu saudara-saudara bahawa hal-hal kita dengar.

 

  1. Ambil umpamanya soal kenderaan diesel. Berapa kenderaan diesel di Malaysia ini? 1.8 juta. Ya, masih kecil ketimbang keseluruhannya tapi bagi 1.8 juta ni ada masalah? Ada, kerana harga diesel naik. Saya masih ingat ya, menantu saya pun ada kereta diesel, tapi maknanya kita dengar. Tapi, keputusan kita ialah penyasaran subsidi RON 95 itu masih kita kekal.

 

  1. Semalam saya dengan Tuanku Sultan Brunei di Kuala Lumpur. Brunei sahaja yang agak rendah sedikit daripada kita. Semua negara pengeluar minyak lain, semua negara pengeluar minyak lain, harga minyaknya itu lebih mahal daripada kita.

 

  1. Jadi, syukurlah dulu sedikit. Bagilah sedikit pengiktirafan. Oh kita turun daripada 300, turun jadi 200. Yalah, jimatlah sikit. Saya pun tahu walaupun nama 200, sekarang isteri dia 200, suami dia 200, 400. Kita pun tahu. Apakah perlu diturunkan lagi? Tengok keadaan. Tengok keadaan apakah cukup minyak untuk negara kita. Apakah cukup pendapatan? Berapa jumlah dana tambahan tiap bulan? Itu RM7 bilion untuk minyak. Extra burden to the government is RM7 bilion per month. Now, it’s our problem. Ada yang mengatakan ini soal kerajaan lah tapi kerajaan itu soal rakyat, cukai rakyat, hasil rakyat, ataupun lebihan untuk bantu rakyat.

 

  1. Jadi sebab itu, bila dengar daripada masalah diesel, tadi saya bincang dengan Menteri Pengangkutan. Saudara Loke kata cari jalan dan saya minta Kementerian Pengangkutan, KSU ya, untuk mencari jalan sekarang supaya dalam tempoh terdekat, turunkan cukai jalan bagi kenderaan diesel. Itu boleh. Turun harga minyak sekarang ini tak mampu kita. Tapi, cukai jalan itu boleh. Kalau nak turun banyak, tolong lobby dengan Menteri Pengangkutan (nada berseloroh).

 

  1. Saya nak sebut sikit tentang pembangunan Pulau Pinang. Saya tahu ini event nasional, tapi untuk Pulau Pinang kerana Pulau Pinang ini dalam tahun, beberapa tahun kebelakangan ini agak kurang diberi perhatian. Tapi sekarang dalam Kerajaan MADANI kita cuba.

 

  1. Semalam saya di Johor umpamanya, dan kita tidak pinggirkan. Economic Zone, Forest City, Maharani Port, New Highway, ART, kita teruskan, puluhan bilion. Minggu lalu, beberapa hari yang lalu saya di Kelantan, termasuk di daerah Pasir Puteh, tebatan banjir terus, sekolah-sekolah agama yang telah usang dibantu.

 

  1. Hari ini di Pulau Pinang, saya nak sebut. Ketua Menteri Chow tahu, 2021 dan 2022, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk negeri Pulau Pinang tidak sampai pun RM5 Bilion, tapi di bawah Kerajaan MADANI kita harus pulihkan balik hak dengan kewajaran membantu yang munasabah. Jadi, pada tahun 2023 – RM5.7 bilion, 2024 – RM5.8 bilion pertambahan. 2025, RM7.6 bilion dan untuk tahun ini RM7.8 bilion.

 

  1. Maknanya, peningkatan 60% ketimbang 2022. ini termasuklah LRT Mutiara dan juga naik taraf lebuhraya di antara Juru dan Plaza Tol Sungai Dua yang diumumkan tadi. untuk LRT Mutiara, memang jumlahnya besar berapa Ahli Parlimen pembangkang menyerang saya di Parlimen kerana beri keutamaan kepada Pulau Pinang, benar-benar kos agak tinggi. Saya telah jawab, memang mulanya LRT di pulau tapi saya sebagai anak Seberang, saya tahu keperluan pembangunan itu harus lebih merata. Maka saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya LRT itu dari pulau menyeberang ke Seberang. Jadi kosnya meningkat dan sebahagian setengahnya daripada peruntukan kerajaan, sebahagian atau setengah dari sumber pinjaman. Tapi itu pun dipolitikkan. Padahal peruntukan Kelantan tambah, Terengganu tambah. Semua negeri kita tambah kerana hasil kita juga bertambah dan di antara sebab hasil bertambah ialah kerana JPJ. Saya Terima kasih banyak.

 

  1. Jadi, sekian dulu saya ucapkan terima kasih dan doakan kepada Allah SWT mudah-mudahan usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT dan JPJ terus maju meningkatkan khidmat dan ke arah kecemerlangan.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

SESI RAMAH MESRA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

24 APRIL 2026 (JUMAAT) | 2.30 PETANG

IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi,

Menteri Besar Johor;

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin,

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Rektor IPG Malaysia;

 

Yang Berusaha Dr. Yazid bin Abdul Manap,

Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia;

 

Pengetua, Pengarah, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah; dan

 

Yang utamanya anak-anak yang saya kasihi sekalian.

 

  1. IPG yang masyhur, IPG Temenggung Ibrahim ini dan anak-anak Tingkatan 6 seluruh negeri Johor.

 

  1. Istimewa Tingkatan 6 ini, kerana Menteri Pendidikan, Fadhlina telah menggesa supaya kita naikkan taraf mereka ini tidak sebahagian daripada sekolah, tetapi sebagai pra-universiti, satu Keputusan yang penting dalam negara kita.

 

  1. Dalam beberapa kunjungan saya ke negeri-negeri, saya ambil kesempatan untuk mendengar, bertemu, berbincang dengan rakan-rakan dan terutamanya anak-anak dalam acara Temu Anwar dan ramah mesra, kerana yang menentukan garis masa depan kita.

 

  1. Saya masih ingat Munyatul Islam Imam al-Ghazali, dia kata nak tahu bentuk masa depan negara, lihat anak-anak mudanya dan persiapkan mereka. Kalau mereka itu ada disiplin, ada semangat yang kental, ada minat tentang ilmu, ada keinginan untuk memperbaiki akhlak mereka dan semangat daya juang mereka, itu masa depan kita itu lebih terjamin.

 

  1. Jadi, apa yang ingin saya sampaikan ialah semangat sedemikian. Bahawa masyarakat itu yang dibentuk dan negara itu tidak boleh bertahan setakat yang biasa. Apa yang dilakukan? Biasa. Rancangan Malaysia berikutnya biasa. Tidak. Dia mesti ada lonjakan. Ada orang gunakan anjakan. Saya gunakan lonjakan. Sebab itu dalam semangat hadis Nabi Muhammad SAW, dirumuskan sebagai Itqan fil amal, bukan sahaja amal tetapi kecemerlangan dalam amal itu. Striving for excellence itu berbeda dengan mempertahankan kebaikan dan kejayaan biasa.

 

  1. Jadi, saya memilih untuk bersama anak-anak ini, kerana saya tahu kalau mahu betul-betul capai menjana perubahan, meningkatkan khidmat, itu mesti ada minat Itqan fil amal – ke arah kecemerlangan.

 

  1. Kita ambil contoh dalam pengalaman Islam dalam pimpinan Nabi Muhammad SAW, dalam hijratun Nabi (hijrahnya Nabi) dari Makkah al-Mukarramah ke Yathrib yang kemudiannya disebut Madinal al-munawwarah. Bukan perpindahan biasa, tetapi perpindahan atau penghijrahan yang membawa mesej ke arah perubahan, mesej ke arah kecemerlangan. Bukan sekadar orang kata, oh! membetulkan akidah. Benar akidah, tetapi juga memperbaiki akhlak, memperbaiki sistem, membawa perubahan, pahaman ilmu yang lebih meningkat. Ini yang menyebabkan akhirnya dari Deen Islam meningkat menjadi tamadun. Kerana apa? Kerana keyakinan yang mendorong ke arah perubahan, yang menanam semangat, yang ada kekuatan, daya juang yang besar. Dan ini yang harus kita pupuk di kalangan kita.

 

  1. Jadi, hijratun Nabi Muhammad SAW itu, pernah dirumus oleh seorang sarjana yang kebetulan saya kenal, seorang sarjana Islam yang terkemuka dari Amerika Syarikat, almarhum Ismail al-Faruqi. Dia kata sebenarnya orang kata Nabi Muhammad SAW hanya membentuk masyarakat Islam. Tidak benar, kerana dia membentuk masyarakat itu yang Istimewa, generasi yang pernah disebut, jilul quraniyul farid – generasi Quran berdasarkan keyakinan, tetapi yang istimewa, yang unik. The unique Qur’anic generation kerana keyakinannya, kerana semangatnya, kerana ilmu yang dicapai negara-negara Arab dan sistem perubahan yang dibawa. Ini yang disebut The Unique Quranic Generationjilul quraniyul farid.

 

  1. Baik, tetapi Ismail al-Faruqi Almarhum ini kata apa? It is not just a community. It is a community is striving for excellence. Its uniqueness is because is based on faith and values. Striving for change and excellence. Jadi kata Ismail al-Faruqi, dalam hijratun Nabi itu, dari Makkah al-Mukarramah, simbol kezaliman, simbol rasuah, simbol penindasan, simbol masyarakat yang bobrok akhlak mereka, itu dirubah menjadi simbol keyakinan. Akhlak yang baik, motivasi berjuang yang tinggi, cinta pada ilmu. Apa yang disebut oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a., Lazzat al-Ma’rifah. Kasih. Love for scholarship. Kita pun love scholarship juga, love biasiswa sahaja (nada berseloroh). Scholarship ni means… bukan sahaja biasiswa, tapi scholarship, scholarly pursuit. Minat kepada ilmu. Cinta kepada ilmu. Itu yang disebut lazzat. Lazzat. Lazzat al-Ma’rifah

 

  1. Ini yang dibawa, yang disebut akhirnya oleh Ismail al-Faruqi sebagai ecumenical community. Maknanya, it’s not a normal community. Yang kita idam-idamkan dalam negara MADANI ini, bukan negara biasa. Bukan masyarakat biasa. Tetapi yang unik. Ada nilainya, ada akhlaknya, mahu maju, mahu teknologi, ada! Infineon, NVIDIA, artificial intelligence, data center, Ya! Banyak negara yang capai begitu. Tapi itu bukan the end. Yang kita nak bentuk itu manusia. Walaqad karramna bani adam. Allah angkatkan darjat kemanusiaan. Sebab itu, bicara soal Islam, bicara soal Melayu, bicara soal negara, tapi perangai haprak, rasuah menular, kezaliman ada. Menghina orang, menghina kaum, menjijikan suku kaum sama ada yang minoriti atau majoriti.

 

  1. Di mana nilainya? Di mana akhlaknya? Kalau akhlaknya itu akhlak Islam, dia membawa semangat, nilai, akhlak dan kemanusiaan. Tidak menghina kerana orang itu miskin. Tidak menghina kerana orang itu darjatnya berbeda. Tidak menghina kerana warna kulit. Atau malah paham agama sekalipun. Tidak dihina. Itu dia kekuatan amal. Ini yang disebut oleh Ismail al-Faruqi tadi. Apa? Ecumenical community.

 

 

  1. Ecumenical ini maknanya dia asas nilai ada. Asas akhlak ada. Asas kecintaan ilmu ada. Asas hidup bermasyarakat ada. Ada Hablum Minallah kasih kepada Allah SWT. Hablum minannas dan juga tanggungjawab kepada kemanusiaan. Tetapi bukan setakat itu. Par excellence kata dia. Ecumenical community par excellence, maknanya masyarakat yang bertaut kepada keyakinan, berpaut kepada akhlak dan nilai, termasuk kemanusiaan dan ilmu tetapi dia tambah par excellence. Dia ada itqan fil amal, dia ada minat untuk cari kejayaan dan keceberlangan. Ini dia, kalau orang tanya saya Anwar, apa dia cita-cita negara MADANI? Wah, kita nak membangun betul, ekonomi nak hebat, benar. Teknologi canggih, ya. Artificial intelligence, ya. Semua, ya okay. Tetapi, dia harus bertaut kepada nilai, kepada kemanusiaan, kepada akhlak dan tentunya dengan ilmu dan kecermerlangan.

 

  1. Ini nampak anak-anak serius, ini relaks, relaks. Nampak macam tension-tension, jangan-jangan ini kuliah dah tension banyak dah kuliah di universiti dan kolej, saya tak mahu tambah. Saya cuma dalam waktu yang terbatas saya ingin menegaskan, tapi tanggungjawab kita besar. Saya tidak mewakili pendapat kata, oh! kita ini the best, bagus semua. Itu tanya menteri, Menteri Besar. Tanya saya, betul kita baik, ada kejayaannya. Tapi, ada ruang untuk perbaiki.
  2. Kekuatan kita sebagai manusia, kalau tengok dalam semangat Hijratun Nabi itu ialah apa? Ruang untuk striving, struggle. Jihad ke arah excellence, ilmu. Ini kita ini masalah ilmu sedikit, hukumnya banyak. Belajar sikit, anggap kita yang paling pintar di dunia. Dengan arrogance, keangkuhan luar biasa. Aku tahu semua masalah. Tanyalah di kedai kopi, di kuliah, wah, semua masalah dunia dia boleh jawab. Jawapannya tidak semestinya mendalam dan tepat. Sebab itu saya kata, mesti ada kecintaan terhadap ilmu. Ada anak-anak muda yang mahu memilih, belum dengar apa-apa hanya 2 minit TikTok, terus hukum orang. 3 minit TikTok ataupun Instagram, whatever, terus hina orang. Kerana saya Cina, saya ingat perbodohkan Melayu. Kalau saya Melayu, saya hina Cina atau India.

 

  1. Ini bukan pendewasaan dan kematangan, bukan ilmu dan bukan akhlak. Sebab itu anak-anak yang dikasihi harus ingat, kita ada tanggungjawab yang besar. Benar, bila kita jadikan IPG tahap universiti, dengan sendirinya kita mengharapkan kematangan dan kecemerlangan. Bila kita interaf Tingkatan 6 itu bukan lagi dengan kaedah dan sistem sekolah, tapi diangkat sebagai pra-universiti, itu kita mengharapkan juga kematangan dan ke arah kecemerlangan dan bermula dengan kecemerlangan ilmu.

 

 

  1. Dalam sistem pendidikan kita, saya ucap terima kasihlah. Menterinya ada, saya dengar dia sampaikan sedikit sebanyak pandangan, tetapi dalam Rancangan Pendidikan Malaysia, saya harap rakan-rakan pensyarah dapat bantu, beri sedikit rumusan, kerana Rancangan Pendidikan Malaysia itu kita olah untuk melihat pendidikan itu dalam konteks tuntutan semasa dan ke arah masa depan. Bukan hendak menidakkan yang lalu. Ada orang kadang sensitif bila kita buat beberapa pendekatan, kaedah, prakarsa baru, difikirkan kita seolah menolak yang lama. Tidak.

 

  1. Mengapa menolak yang lama? Saya dulu juga Menteri Pendidikan, jadi bukan nak menolak, tapi tentunya kalau tanya saya, pengalaman saya sebagai Menteri Pendidikan, saya lakukan sebaiknya, tetapi keadaan ketika itu dengan sekarang jauh berbeda. Masa saya Menteri Pendidikan, pengajaran komputer baru dibicara. Belum diperkenalkan dengan meluas. Sekarang membicarakan digital technology, artificial intelligence, data center, itu tidak masuk dalam kamus pada ketika itu. Bukan dalam korpus bahasa.

 

  1. Jadi, sebab itu saya kata mesti cepat menangkap perubahan, itu yang strategi pendidikan sekarang dan keduanya mesti menguasai ilmu itu dengan pantas. Pimpinan dan pensyarah, dan juga pelajar harus terima bahawa setakat yang kita capai ini belum cukup. Janganlah banding dengan beberapa negara miskin, Afrika ke, tentu kita menang. Sebab itu bila ada perbandingan, saya tidak semestinya sangat kagum, kerana saya merasakan kita ada ruang untuk kita perbaiki. Mengapa kita ketinggalan umpamanya artificial intelligence? Dari segi prasarana okey, prasarana orang datang melabur, bagi RM2 bilion, dia bina. Tetapi perisian, pengisian, perisiannya itu, kontennya itu masalah. Malaysia itu di antara yang awal yang cakap soal komputer dan teknologi baharu sehingga kita ada Multimedia Super Corridor. Tapi, saya masih ingat pada masa itu Bill Gates datang Kuala Lumpur, dan beberapa orang lain, saya ingat yang buat di Pulau Pinang itu, masa itu saya baru diperkenalkan computer, dia minta staff dia, minta saya belajar penggunaan email baru start, baru mula pada masa, ketika itu.

 

  1. Tetapi apa kelemahan kita yang kita belajar pada masa itu? Kita tumpu infrastrukturnya, prasarananya, tetapi perisiannya, mana ada anak-anak yang dilatih supaya pintar menguasainya, itu Jadi saya belajar dari segi itu. Jadi saya bila-bila orang bicara tentang prasarana, saya kata baiklah itu biar pelabur datang bina, tanggungjawab kita beri content dan juga talent yang mampu menguasai. Saya bicara juga tadi dengan Menteri Besar isu ini. Universiti-universiti, Kolej, IPG itu tentu dari segi pedagogi, state of art, itu memang biasa, tetapi dalam beberapa bidang dan kaedah baru kita mesti tidak ada pilihan, kalau tidak kita akan ketinggalan. Dan inilah sebabnya mengapa dalam rencana kita, kita gunakan teras.

 

  1. Tetapi ada beza juga. Kalau kita tumpu centers of excellence sahaja, saya nasib baik saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan tentunya pada masa itu diberikan perhatian yang lebih baik. Malah belum ada lagi Maktab Rendah Sains dan Sekolah Menengah Sains. Itu saya agak batch awal, tetapi saya tidak mahu tumpuannya itu hanya kepada beberapa sekolah, kerana dalam sistem pendidikan kita, dalam teras yang saya sebutkan tadi, itu mengoptimumkan potensi setiap murid. Kalau tidak murid anak orang kaya di kota itu cepat cemerlang, anak orang miskin di desa ketinggalan. Itu bukan mengoptimumkan mengikut strategi. Ini yang disebut dalam istilah UNESCO, sekarang menterinya dalam board UNESCO di Paris, dia kata, democratization of access to quality education. Apa maknanya? Pendemokrasian, maknanya melebar luaskan peluang bagi setiap pelajar yang kaya dan miskin di kota dan desa dan pendalaman, mendapat pendidikan yang baik.

 

  1. Maknanya democratization of access – peluang pada pendidikan bermutu, quality education. Apakah dia dari kampung, pendalaman di Ulu Kelantan atau di estet, anak India di estet atau anak Dayak, mesti diberi ruang semaksimakepada semua. Teras itu nanti rektor dan lain-lain boleh terangkan, saya cuma nak rumuskan keperluan kita untuk menggunakan peluang yang ada, tentunya ada keterbatasan, tapi menerima kenyataan kalau kita mahu berhasil dan berjaya, kita harus mempertahankan mutu yang baik dan meningkatkan usaha kita.

 

  1. Itu yang disebut, bergerak sedaya upaya membawa perubahan yang lebih bermakna. Dan oleh kerana saya di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, saya orang lama, Rektor. Jadi saya ingat yang saya dulu-dulu datang masa itu, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Sekarang dah IPG, tahniah!. Dan kerana tidak sering datang kembali, dah berapa puluh tahun dah tak datang ke mari dan Rektor dan Pengarahnya baik, dia tidak sebut apa-apa, dia tidak minta apa-apa. Jadi saya ucap terima kasih. Inilah satu-satu tempat saya datang, orang datang kerana nak jumpa Anwar bukan kerana nak minta wang.

 

  1. Tapi bagaimanapun, kerana saya hadir, untuk apa-apa kemudahan nanti pihak IPG Temenggong Ibrahim putuskan sendiri. Saya luluskan apa-apa keperluan sama anak-anak atau kemudahan asas. Tengok saya bincang dengan Menteri, apa-apa keperluan lain tambah kita tambah. Tapi untuk hari ini kita luluskan RM200,000.

 

 

  1. Ini sebab kerana untuk Kolej Tingkatan 6 sepertimana kita tahu, kita dah perluaskan bantuan anak-anak sekolah yang dulunya kita beri dari darjah 1 sampai tingkatan 5, kita dah tambah sehingga ke tingkatan 6, Pra-Universiti ya? Kita dah luluskan. D ah dapat ke belum? Yang tingkatan 6 Pra-Universiti ini. Sudah? Kalau tidak dapat lagi, tanya Menteri Pendidikan.

 

  1. Baik, jadi sekali lagi saya nak ucap terima kasih dan penghargaan dan seperti biasa saya pergi ruang, tak payah ada protokol-protokol, tanya saja Pak Anwar ke Pak Cik Anwar ke, ikutlah tapi tanya apa-apa soalan dan saya cuba jawab dalam masa waktu terbatas, saya kena balik ke Kuala Lumpur, malam ini jumpa Tuanku Sultan Brunei. Baik, sila.

 

SESI SOAL JAWAB

 

SOALAN 1:

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan kepada Dato’ Seri. Soalan saya berbunyi, memandangkan peningkatan kos sara hidup yang memberi impak kepada siswa guru, khususnya kepada siswa guru yang menetap di luar kampus, saya ingin bertanya, adakah pihak Kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan semula elaun praktikum sebagai satu bentuk sokongan kebajikan kepada pelajar sepanjang tempoh praktikum dan juga latihan industry, iaitu internship terutamanya kepada pelajar tahun akhir. Terima kasih.

 

 

JAWAPAN SOALAN 1:

 

Kalau terang banyak lagi dia potong (nada berseloroh). Saya tahu perkara yang telah dibangkitkan, kita akan teliti keseluruhannya. Sekarang ini masa krisis. Berapa jumlah tambahan kita akibat naik harga minyak dan diesel? Saya tahu di luar sana di media sosial orang kecam. Tapi anak-anak harus tahu, Malaysia satu-satu negara di rantau ini yang tak buat catuan bekalan. Minyak RON95 diberikan dengan kos yang paling rendah di dunia RM1.99. Diesel tinggi tetapi untuk petani, nelayan, bas sekolah, pengangkutan rakyat, semuanya diturunkan. Berapa kos kita tanggung setiap bulan? Tambahan, tambahan tambahan daripada bulan – RM70 bilion satu bulan. Bayang, tengok, RM70 bilion tambahan kerana kita tak mahu bebankan ibu bapa, abang-abang, kakak yang bekerja, kerana terpaksa membayar kos minyak yang tinggi.

 

Berapa kos di beberapa negara jiran? RON95, ada yang mencecah RM10.50. Ada yang RM4, ada yang RM6. Berapa kita? RM1.99. Saya bukan nak bagi alasan. Tapi saya nak anak-anak itu di antara orang yang faham. Saya boleh bagi. Saya kena potong daripada petani, nelayan, peneroka felda. Dari mana wang itu? Wang kita sebanyak ini. Dah kita tambah RM70 bilion. Satu bulan, 10 bulan, RM70 bilion yang kita kena ambil dan kita kena pinjam. Ini kena faham.

 

Jadi, walaupun saya setuju kita teliti, tapi bukan masanya. Jawapan-jawapan begini kadang-kadang tidak begitu popular. Kadang-kadang dicerca. Kalau saya lihat dalam media sosial. Dia bukan bagi penyelesaian. Saya tanya orang yang tak setuju, baik bagi. Tetapi saya nak tanya dari mana wangnya dapat? Cukai? Tak boleh cukai. Dalam keadaan ekonomi sekarang bagaimana kita nak tambah cukai? Penyasaran subsidi itu kita lakukan. Kita selamatkan dana yang dulunya tiris dan bocor.

 

 

Mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita tambah polis dan agensi sempadan 100 orang setiap tempat, kerana minyak kita terlalu murah dan penyeludupan terlalu tinggi. Bila seludup ini maknanya kita kena bayar subsidi dan orang negara luar guna. Jadi kita terpaksa kawal kerana bilion ringgit hilang, kerana penyeludupan dan sempadan-sempadan diperkuatkan.

 

Walaupun kita telah hadapi sekarang krisis yang baru mula, tapi rakyat kita belum terkesan sebab belum berbaris ikut catuan. Di beberapa negara jiran ASEAN ini dah ada catuan. Ada stesen minyak satu negara ASEAN, 400 stesen minyak telah ditutup. Anak-anak mesti tahu. Fakta dan kenyataan ini, sementara kita cari jalan melindungi. Kita tubuh sekarang Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Dan saya bagi taklimat kepada semua, selain daripada Menteri-menteri, Menteri-menteri Besar, Premier, Ketua Menteri. Sebab mereka juga ambil langkah-langkah yang perlu.

 

Apa akan jadi bulan depan? Ini bukan masalah kita. Itu pun nasib baik mana dan negara yang dilepaskan tangki minyak. Menyeberangi Selat Hormuz. Itu pun bila kita kata laluan Selat Hormuz, ada pemimpin Parti Politik Pembangkang jawab, mana ada, tak lalu Selat Hormuz. Saya kata, dia ini mengaji dia mana? Sampai tak tahu perkara basic, tapi bercakap, seolah-olah dia tahu semua. Ini masalahnya. Tidak ada sikap humility atau tawadduk untuk mencari fakta. Memang betul mereka dipermainkan.

Tapi kita bernasib baik, kenal, ada hubungan baik dengan negara-negara luar, termasuk Iran. Memang benar, saya telefon Presiden Iran. Saya kata, kapal-kapal Petronas dan kapal Malaysia tersadai di Selat Hormuz. Saya ucap terima kasih, kerana bila saya lepas telefon, Presiden Iran bagitahu saya, dia kata Anwar saya bagi jaminan selepas telefon ini, saya akan bagi arahan supaya dilepaskan segera kapal-kapal Malaysia. Jadi kapal Malaysia, satu dah sampai di Pengerang, satu dalam perjalanan, tetapi yang diluluskan itu banyak belum dapat lepas daripada Selat Hormuz. Satu rosak di pelabuhan di Selat Hormuz. Yang ini kita kena tunggu.

 

Amerika, terutama Israel dalam keadaan aman tengah berunding, ambil keputusan serang Iran. Sebab itu anak-anak harus tahu ikuti perkembangan ini, kerana ada kesan kepada ekonomi kita. Ada yang berkata, oh! ini politik dunia. Geopolitik. Saya tak minat. Saudara tahu, bila Israel dengan Amerika serang Iran, Iran ambil tindak balas, tutup Selat Hormuz, rosak kilang-kilang minyak dan gas, harga minyak melambung dari $70 naik sampai $105. Gas berlambung tinggi, diesel lagi. Diesel ini, Perdana Menteri Australia datang ke Malaysia, bincang boleh tak ambil diesel daripada Malaysia. Saya kata diesel tak ada. Minyak kalau lebih kita boleh eksport. Tapi ada orang marah, sebab apa saya bincang baik dengan dia? Pasal apa kita nak fikir nak jual kepada dia? Sebab kita beli daripada dia. Apa yang kita beli daripada dia? Baja phosphate, kalau tidak Felda, peladang-peladang kita akan terjejas. Kita ambil, beli. Dia eksport phosphate daripada kita, kita eksport urea daripada dia, dan kita beri jaminan kalau ada lebihan minyak kita jual kepada dia. Kalau tidak tak boleh lah.

 

Ini dia hubungan masalah ekonomi kita. Saya tahu bagaimana, saya di Kelantan 2-3 minggu lalu, sebelum itu di Kuala Tengganu dan 2-3 minggu lalu di Pengerang, saya lihat macam kadang-kadang masyarakat dia okey-okey, tak ada masalah. Tak betul. Ini masalah yang dihadapi di peringkat dunia dan kita cari jalan menyelesaikan tanpa membebankan rakyat.

 

 

SOALAN 2:

Assalamualaikum. Saya Nur Zahida, daripada Maktab Sultan Abu Bakar saya ada dua soalan kepada Yang Amat Berhormat, yang pertama, mengapa pelajar Tingkatan 6 tidak mendapat elaun seperti pelajar Matrik sedangkan kedua-duanya berada di tahap pendidikan Pra-universiti? Yang kedua pula, kita tahu yang Tingkatan 6 dalam proses berpindah di bawah KPT, jadi saya nak tahu apa kelebihan dan manfaat pelajar Tingkatan 6 sebaik sahaja kami di bawah KPT. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

 

 

JAWAPAN SOALAN 2:

Pertama, elaun ini Tingkatan 6 dengan Matrik saya setuju patut disamakan. Ya, tapi kita akan teliti sebab keputusan dasar kita dah buat cuma ingat kaedah pelaksanaannya, sebab itu sementara itu kita dah bagi elaun yang dulunyaTingkatan 5 ke bawah sekarang kita sampaikan, bantuan kepadaTingkatan 6.

 

Baik, tetapi kita sedang teliti keseluruhannya yang keduanya mengenai apa bezanya? Dia begini, dalam sistem pendidikan dari prasekolah sehingga Tingkatan 5 dan IPG kerana IPG itu melatih guru-guru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia. Matrikulasi dari Tingkatan 6 itu kita alih kepada KPT sebab dia masuk dalam kategori pendidikan tinggi. Jadi supaya Tingkatan 6 itu bukan sekolah, bukan sebagian daripada sekolah, tapi sebahagian daripada post- secondary, jadi pasca sekolah. Itu konsep dia. Tentunya kemudahan-kemudahan dapat untuk mahasiswa atau Pra-Universiti dan Matrikulasi itu harus disampaikan kepada pelajar ini, tapi proses ini baru dalam transisi kita, akan diperkemaskan dan Menteri-menteri akan umumkan.

 

SOALAN 3:

 

Assalamualaikum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya selaku pelajar IPG, pertama sekali kami nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana menaikkan elaun kami RM100, dari RM430 ke RM530.

 

Saya ini Bendahari Agong Kehormat JPP di sini, saya melihat biro-biro saya JPP, berpotensi besar untuk melaksanakan program-program yang berimpak tinggi, yang memberikan pembangunan-pembangunan kepada pelajar dari segi insaniah dan sebagainya. Kalau saya lihat NGO – Non-Government Organization dan bukan kerajaan kalau mereka nak buat sesuatu program atau sesuatu aktiviti mereka boleh memohon dana direct dengan Jabatan Perdana Menteri. Harapan saya, mungkin pihak Jabatan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperluaskan supaya kami pihak Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar boleh juga memohon direct kepada PMO.

JAWAPAN SOALAN 3: 

Nanti saya rujuk kepada Menteri dulu. Kalau ada setakat ini pun, kalau ada kadang-kadang projek khas kita beri pertimbangan, walaupun bantuan kepada NGO itu lebih menjurus kepada beberapa keperluan, tapi saya tidak ada pandangan untuk menolak, sebab kita melihat dari segi keperluan tiap permohonan.

 

Cuma NGO seperti saudara tahu dalam media baru-baru ini, banyak NGO termasuk yang guna nama Islam, yang nyata telah mengutip dana, dulu ingat kes kutip dana puluhan juta untuk bantu rakyat Palestine, tetapi akhirnya belanja untuk pembangunan harta-harta di Kuala Lumpur.

 

Sekarang kita dengar pula ada kutipan daripada dana untuk khairat dan sebagainya, tetapi beli kemudahan-kemudahan peribadi dan sebagainya. Saya sedang meneliti taklimat mengenai ini, jadi semua NGO juga harus mengikuti beberapa kaedah yang ketat, sebab nampak penyelewengan ini itu dapat berleluasa, pergi ke masjid kutip derma, kemudian buat untuk Palestin tapi tidak sampai. Jadi bagaimana pengawasannya.

 

Jadi saya akan bawa perkara ni dan bincang supaya semua harus-harus dipertanggungjawabkan untuk pastikan dana itu tidak disalahguna. Kalau tidak budaya dia begitu. Nak kata rasuah bukan, sebab dia kutip sah, ada sijilnya,  tapi dia kata nak belanja untuk Palestine, dia belanja juga untuk Palestin. Kalau dia kutip RM100 juta, dia boleh belanja RM20 juta untuk Palestine RM80 Juta untuk kos. Begitu juga sekarang ini bila dengar dan ini bukan satu. Saudara dengar di Kuala Lumpur, kemudian di Melaka, kemudia yang terakhir.

 

Jadi, sementara isu yang saudara, anak bangkitkan itu tidak terkait secara langsung di sini, tapi saya ambil kesempatan menjelaskan harus ada peraturan yang lebih ketat mengawal perbelanjaan mana-mana badan termasuk badan kebajikan atau khairat atau amanah atau yayasan yang mengutip derma, tetapi menyeleweng dan menyalahgunakan. Dan saya minita, umpamanya pendaftar syarikat dipertanggungjawabkan untuk melihat dan memastikan ada report yang diteriti secara lebih telus.

SOALAN 4:

 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani dan salam Sejahtera, saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya Alif Ardian yang di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan 6 Johor Bahru, merangkap EXCO Akademik JPTA Kebangsaan.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang isu kewangan seperti 3 soalan sebelum ini. Tetapi saya ingin bertanya kepada Dato’ Seri. Saya tertarik dengan apa yang Dato’ Seri katakan semasa awal sesi kita tadi. Yang mana, jika ingin melihat masa depan negara, lihatlah dan latihlah anak muda sekarang.

 

Jadi apabila kita melihat kepada pengalaman luas YAB Perdana Menteri dalam bidang kepimpinan khususnya, setahu saya, Dato’ Seri merupakan mantan Ketua Pengawas di MCKK. Jadi apakah nilai murni dan ciri kepimpinan yang perlu diterapkan dalam diri kami agar kami bersedia sebagai waris kepimpinan negara? Terima kasih.

 

JAWAPAN SOALAN 4:

 

Terima kasih. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini ataupun saya anggap saya contoh terbaik. Tidak. Tapi tentunya ada sedikit pengalaman dan harus kita tahu dan terima kenyataan bahawa masih ada ruang untuk diperbaiki.

 

Apa yang diperlukan untuk anak muda untuk jadi pemimpin? Pertama, mesti menguasai ilmu. Bagaimana kita nak pimpin kalau kita malas membaca, kita buat keputusan berdasarkan dua tiga kerat dalam media sosial. Itu sebagai satu prinsip juga. Jadi pertama mesti menguasai ilmu.

Mungkin sudah lihat hari ini saya beri ucapan tak payah baca atau pakai teks, tapi tentunya ini bukan permulaannya. Permulaannya puluh tahun dulu saya terpaksa membaca, kemudian melihat nota. Jangan ikut semua ini pakai pandangan umum, tidak. Jadi harus ada itu, ada catatan. Kalau dulu saya ingat, rakan-rakan yang ikuti saya semasa memimpin mahasiswa atau ABIM, saya selalu bawa buku kecil. Buku kecil dan saya catat sama ada ayat-ayat Al-Quran yang saya hafal untuk baca, ataupun beberapa hadis ataupun beberapa quotation yang penting ataupun nota, point-point. Saya mesti catat dan saya gunakan dalam ceramah. Maknanya menguasai ilmu dalam bidang tertentu.

 

Jangan kita anggap kita sampaikan pandangan dan kita pintar dalam semua perkara. Ini manusia. Ada juga pemimpin begitu. Ini jadi satu kelemahan besar. Dan bila dia anggap dia pintar, dia tahu semua, dia perbodohkan orang dan orang lain tak tahu semua, ini jadi masalah. Jadi, harus ada sifat tawaduk, humility.

 

Selalu saya ikut pandangan seorang pejangga Inggeris, T.S. Eliot dalam soal humility. Humility ni maknanya rendah diri, tawaduk, hormat. Ia prinsip di antara prinsip dalam MADANI. Apa dia humility mengikut T.S. Eliot? Dianggap ini, satu-satunya kebijaksanaan yang boleh kita kuasai adalah sikap rendah diri, humility, tawaduk. Kata dia, the only wisdom, we can hope to acquire is the wisdom of humility or is humility. Humility is endless. Kalau ada satu-satu kewarasan, kebijaksanaan, kepintaran dan wisdom yang boleh kita kuasai, garapi, ianya adalah wisdom atau humility, sikap rendah diri. Humility itu katanya is endless. Tak ada batasnya. Kalau kita lihat dekat mana diri kita menimba ilmu?

 

Confucius, pernah menyatakan orang yang kadang-kadang bertanya soalan-soalan yang diketahui oleh sebahagian orang, itu nampak kejahilannya beberapa ketika. Dia tak tahu dia tanya, tapi oleh kerana ada humility dan dia tanya, maka kelemahan dan apa yang dikatakan kebodohannya itu sebentar. Dia tak tahu dia tanya, maka ada jawapannya. Jadi kata dia, orang yang berasa dirinya itu humble – rendah diri, ingin tahu, mendengar, yang setengah orang jumpa dia, dia cakap sahaja sampai tak ada peluang orang lain campur terus. Ada kawan-kawan begitu. Dia jumpa kawan tu, dia asyik ni dia je aku gini, aku gini, aku gini, aku, aku, aku, aku. Menyampah aku dengar. Ada. Kau tanya dia, aku, masalah aku, semua aku je. Itu masalah.

 

Jadi, kata Confucius, kalau kita bertanya, nampaklah kita tak tahu berapa minit dan setelah ada jawapan, kita tahu. Tapi kalau kita tak tahu dan kita sombong, tak pernah nak dengar pandangan orang, fikir sendiri, kebodohan kita itu kekal selama-lamanya. Jadi, itu tentang humility. Bagi saya tentang ilmu.

 

Yang keduanya, kalau kita ada ilmu, kita kena ada keikhlasan. Ikhlas al-amalillah. Ini keikhlasannya bertumpu kepada kalau keyakinan agama, itu akhlak. Bicara menentang rasuah. Maksudnya, kita tidak harus menerima toleran terhadap penyalahgunaan kekuasaan dan rasuah tapi bila berkuasa kekayaannya berlonggok-longgok. Jadi maknanya, dia bukan bicara dari hati nurani dan keyakinannya. Dia bicara sekadar menarik perhatian dan tidak yakin. Pertama kena ada ilmu, kedua kena ada ikhlas al-amalillah. Dan ketiga tentunya, kena usaha. Mahu capai kemenangan, mahu capai kepintaran, keputusan terbaik. Generasi yang unik yang disebut Jilun Qur’aniyun Farid – istimewa. Tetapi, kerjanya sambil lalu. Tidak ada kesungguhan.

 

Jadi, saya rasa tiga faktor itu penting. Ilmu, itu kena ada dan itu ilmu memerlukan humility. Maknanya ikhlas jadi ada dasar perjuangan yang baik kena ada. Faham. Dan ketiganya kesungguhan, ketekunan kegigihan, kesabaran semua sifat-sifat yang membolehkan kita maju terus pentang undur.

 

 

SOALAN 5:

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dato’, nama saya Muhammad Abzalul Rahman bin Adil Syam dan saya ada satu soalan, ini untuk kamilah lantikan guru yang baharu. Seperti semua sedia maklum, lantikan guru yang baharu ini kita akan terima sebagai KWSP. Saya nak tanya kepada Dato’ lah, adakah skim pencen itu sendiri akan dikembalikan untuk lantikan baharu? Kami sebagai guru-guru inilah. Jadi, ramai juga kawan saya yang bertanya dan sebagainya.

 

 

JAWAPAN SOALAN 6:

Skim ini kita kena faham. Ya, mengapa kita beri pilihan. Apakah sistem negara tolak pencen? Tak. Dia ada pilihan sebab tu kita kena study.

 

Pertama, ada choice. You kena belajar itu mengapa dalam sistem pencen kemudian diganti? Apa kerugiannya? Dari segi dana, dari segi khidmat, tak ada. Sebab itu, bagi saya mungkin kalau perlu anak-anak nak ambil tahu, kita bagi satu sesi mendengar penjelasan KWSP ataupun pegawai-pegawai yang berkenaan untuk memberikan penerangan kerana apa-apa saja perubahan itu ia menimbulkan kontroversi dan apalagi kalau di politikkan.

 

Apakah boleh? Berapa tanggungan Kerajaan sekarang dalam sistem yang ada? Apakah wajar diteruskan? Apakah dapat di ubah suai? Kalau di ubah suai apakah kerugian? Itu kita teliti, tapi buat sementara ini kerja lambat lagi nak pencen. Okey? Boleh tak sabar sekejap? Muda remaja fikir pencen, tapi bagus juga. Ini orang pandang jauh ni? Hmm. Kahwin belum? Dah ada dah tunang? Ada tapi rahsia okey lah. Tunang pun belum ada, kahwin pun belum, dia fikir pencen. Ini maknanya pandangan jauhlah. Esok bila nak tunang tanya pula isteri, kamu bila kerja? Bila pencen? Kalau you tanya itu memang dia tak dapat lah tu (nada berseloroh). Okay, okay gurau-gurau. Tapi it’s a good question.

 

Baik, terima kasih sekali lagi anak-anak saya. Terima kasih kepada Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Siapa tu? Siapa tu? Ya. Bangun-bangun. Terima kasih, terima kasih banyak. Terima kasih. Kopi ada, kuih ada. Ada makanan juga. Terima kasih banyak. Terima kasih banyak.

 

Sebab kita beri masa singkat sebab begini, saya datang mengapa orang tanya pasal apa notis singkat sangat sebab saya menghadap Tuanku Agong. Selalunya Perdana Menteri dia menghadap, tapi Tuanku Agong rehat sekejap, jadi saya kena turun ke sini. Kemudian jumpa juga PMJ, jadi bila ada waktu untuk solat Jumaat, saya kata lebih baiklah ada ruang, saya jumpa anak-anak. Itu sahaja, sebab itu tak ada notis panjang.

 

Dalam puluhan institusi yang ada di Johor ini, saya pilih Temenggong Ibrahim, dan dalam ribuan anak-anak Tingkatan 6 ini, saya pergi Tingkatan 6 Johor Bahru.

Jadi, terima kasih sekali lagi ingat pesan saya daripada awal, menimba ilmu, menguasai ilmu, jaga akhlak. Balik jangan lupa mesej kepada ibu bapa, salam kepada mereka, jumpa mereka, cium tangan mereka. Ini kadang-kadang anak-anak kadang-kadang lupa. Jangan, ingat ini ya. Apa-apa pintar kita itu ibu bapa kita. Ingat jasa guru-guru kita, pensyarah-pensyarah kita. Orang-orang ini berjasa kalau ikut sebaiknya, kalau ikut nilai akhlak ini, hormat kepada mereka itu harus tinggi. Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

VERBATIM TEXT

REMARKS BY

YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

AT A JOINT PRESS CONFERENCE WITH

THE HONOURABLE ANTHONY ALBANESE

PRIME MINISTER OF AUSTRALIA 

KUALA LUMPUR

16 APRIL 2026

 

Selamat tengahari Perdana Menteri Anthony Albanese.

 

Excellencies, ladies and gentlemen,

 

We are really encountering post-normal times, we did discuss it, developments on unanticipated, and continue to haunt us because we’re not able to fairly and squarely craft an agenda forward, because many of these issues are quite unresolved you know, disruptions both in terms of production and supply chains.

 

So, the world certainly looks different today, Prime Minister than it did when you were here in Kuala Lumpur last October. The Strait of Hormuz have been effectively closed for nearly seven weeks. Global energy markets are under severe stress, supply chains are disrupted, and the consequences are plummeting and pummeling through the seven seas.

 

This is of course the backdrop of our meeting today. I’m of course extremely grateful that the exchange has been very frank, cordial, as great friends, not only in terms of bilateral relationship, but based on trust. And that was what I said and I want to repeat this publicly, Malaysia will always be a reliable partner to Australia, we will be mates II don’t know why you use that term), through thick and thin as we have always been. Our discussions today cover trade, investments and agriculture, but given the state of the world today, I want to start with energy.

Malaysia and Australia share strong interdependence in energy resources, including fuel and LNG. We have existing agreements and today we reaffirmed our commitment to them. We also signed a joint statement on energy security, reflecting our commitment to stable and resilient energy supplies.

 

We also witnessed the signing of the MOU between Malaysia’s Department of Islamic Development, or JAKIM, and Australia’s Department of Agriculture, Forestry and Fisheries. This will enhance market access for both countries.

 

We also agreed to deepen cooperation in agriculture, including sharing expertise in production and irrigation to ensure sustainable food supply for both Malaysians and Australians.

 

Let no one mistake the weight of what we signed today when supply chains are disrupted and food prices are increasing and rising. Agreements like these have a direct impact on people’s lives. The distance between a signed agreement and a family’s dinner table is shorter than most people imagine.

 

I also wish to touch on Palestine. There is a ceasefire in Gaza, but let us be honest about what that has meant so far. The killings have not stopped; the hunger has not ceased in the West Bank Settlements continue to expand and violence continues to escalate with utter impunity. The world must not avert its gaze and allow a ceasefire to become the silence of the grave. What the Palestinian people need is a just and lasting solution, and that means a viable sovereign state.

 

Malaysia will not waver on this matter of principle and conscience. I appreciate Australia’s stance on Gaza, calling for an end to hostilities, supporting humanitarian assistance, and working towards a lasting resolution. That position matters, and Malaysia welcomes that.

 

Prime Minister Albanese, thank you again for making this journey to Kuala Lumpur. These conversations matter, and I’m glad we are having them. I look forward to continuing the work when we meet in Australia next year, or, I’m sure, before that. But the Australian meeting will be the Fourth Annual Leaders Meeting. Until then, let us make good on what we have promised today. Thank you.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Q&A SESSION

 

MEDIA MALAYSIA:

Assalamualaikum. Good afternoon Mr. President., Dato’ Seri. With nearly 40% of Malaysia’s crude oil imports exposed to potential disruption via the Straits of Hormuz, what immediate and concrete steps will Malaysia and Australia take following this visit to safeguard stable energy flows? And are there any contingency plans discussed?

 

PM MALAYSIA:

We did discuss. Of course, Australia is also a producer of some products, and we do. So, this exchange is useful. These are of course trying difficult times, but as friends and bilaterally in excellent sort of relations, we give priority. So, we look at the details. I mean, we also met Petronas chiefs, and they will continue to have detailed discussions. And I think, what we need to do is of course to see first our domestic requirements and also Australia’s domestic energy requirements and see where we can assist each other in a quid pro quo basis. There are issues, areas which we need from Australia and also items that they need from us. So, I think it will be certainly beneficial to both countries.

 

PM AUSTRALIA:

The relationship is one which is a benefit to both countries. We’re a major exporter of LNG to here in Malaysia and of course we receive a range of products, both fuel and fertilizers from here in Malaysia.

 

One of the discussions that we had was as well around the prospect of further enhancement of those relationships. And we’ve tasked with Petronas and with my department here. Further work to be done about how we can deal with what are very challenging times for both of our nations as there is right around the globe. But Australia is very confident that we of course will fulfill the contracts that we have here with Malaysia because we regard that security as being so important for our relationships in the region.

 

 

MEDIA AUSTRALIA:

Hi, Prime Ministers. Zach Da Silva from the Australian Associated Press.

 

Prime Minister Albanese, we’ve seen pictures today of a massive refinery fire in Geelong. There are fears this could lead to more pronounced fuel shortages in some parts of Australia. In your travels through Singapore, Brunei and now Malaysia, can you point to any additional shipments of fuel you’ve secured to help deal with some of those shortages? And will you pour more money into shoring up Australia’s fuel reserves in the next in next month’s budget?

 

And Prime Minister Ibrahim, if I can. Your petroleum industries source a lot of their crude oil from the Middle East. If that’s further restricted in the coming months, what guarantees can you give to countries like Australia that rely on Malaysian refined fuels that those shipments won’t dry out?

 

 

PM AUSTRALIA:

Firstly, on the fire at the VIVA refinery in Geelong. They are very distressing scenes. On a positive note, it is good that there was no workers harmed and no human impact of this fire which has occurred overnight. I can report that the fire I’m advised has been now putting out, and I certainly thank Fire Rescue Victoria and the Country Fire Authority for the work that they have done.

 

As for the damage, obviously there will need to be an assessment of that and the consequences for fuel supply. Clearly, there will be consequences for it, but there’ll be a proper assessment taking place over the coming short period as well. We think that we’ll continue to work with the company to do what we can to make sure that anything that is offline is brought online as soon as possible.

 

With regard to fuel as well, I can announce that my government has secured an additional 100 million litres of diesel from two shipments, one from Brunei, where I was yesterday, and one from South Korea. This is the first of many expected shipments secured under the government’s new strategic reserve powers with the support of Export Finance Australia. That is very important. The purchase of more than 570,000 barrels of additional diesel has been done by Veva, made possible because of the decision that my government made early in this global crisis to empower Export Finance Australia to do that. Additional fuel can be directed to where it is needed most, including to our farmers. And one of the discussions we had today was very much about diesel. That’s so important at a time where many farmers are looking at planting and they will only do that with the confidence that they’ll be able to harvest as well.

 

So, this is welcome news. It’s a practical outcome of the engagement and the interventions that my government has had to deal with the consequences of a crisis response right across the other side of the world, but one that is impacting here in our region and in Australia in particular.

 

PM MALAYSIA:

Malaysia requires minerals, particularly phosphates, rock phosphates from Australia. And we have the capacity in exchange. For example, I’m not using the term exchange, but then in terms of this commercial deal to export urea to Australia. Just set an example where friends can engage effectively and see what we can offer and what they can offer in place.

 

And similarly, in terms of, I did express our concern on the issue of diesel because our supply is inadequate in the medium term. But in terms of fuel, we had obtainment assurance from Petronas that once the most domestic requirements are met, there is clearly some excess. And we given an assurance that the priority will be to Australia, because this can be really, I mean, in exchange among the political parties here, a very contentious issue to suggest that we are giving priority to other countries. Not necessarily so.

 

The priority, of course, domestic requirements, economic resilience, in the country. But here is where such negotiations, meetings between among friends is very critical. And you have seen that there are certain items and minerals that we require. I mean, we import gas, LNG from Australia. And they have assured of us of this supply and to honour the commitments and the agreement. So, we have to also then to ensure that their requirements beyond what we can make available will be equally honored. That’s what friendship is all about.

 

And I think we have achieved that sort of understanding. And I’m glad to say that Prime Minister Albanese will have with his team a detailed discussions with Petronas. Thank you.

 

MEDIA MALAYSIA:

Good afternoon, Prime Minister, Hasmi from Astro Awani.

In view of the conflict in the Middle East, Pope Leo has called for peace in the world. What is Malaysia and Australia respond to Pope Leo’s comment? Thank you.

 

PM MALAYSIA:

Well, Albanese is a Catholic, I’m a Muslim, but we share something in common. We have very high regard and respect for Pope Leo of the Vatican, he expressed the voice of conscience. We followed his statements, and we share his expression, his desire for peace, for justice, that atrocities must end.

 

And I think any reasonable, sane person, and I as a Muslim and Malaysian generally, certainly support the position taken by the Pope, and I think we would certainly suggest that people say in people across the world, should support the call for peace against any form of injustice, atrocities, whether he made reference specifically to Gaza or the position in the Middle East or for that matter after the aftermath of the Israeli-American attack on Tehran and Iran. But that notwithstanding that, what I think is clearly supported and endorsed by us is his call for peace, for justice, and for order.

 

I can’t see any way one can question, dispute or consider that as an unreasonable or unfriendly statement, but this is a call that must be supported by all. I’m glad to say too, that the present Pope has done whatever is necessary to engage with leaders of other religions.

 

I also understand that he has been one of the most active in terms of engaging with Muslim scholars at Al-Azhar. I have been really informed that people are extremely happy with this new attitude towards friendship and engagement.

 

PM AUSTRALIA:

I was honoured to have an audience with the Holy Father, Pope Leo, after his Inaugural Mass just a year ago. I found him a very thoughtful, dignified, and extraordinary person who will provide leadership not just to the Catholic Church, but will be a very significant figure in global affairs, as was his predecessor, Pope Francis.

 

I think that the three great monotheistic faiths have so much in common that it is indeed a tragedy when we see war and conflict over having an impact on innocent people. It’s not surprising that the Holy Father would speak in favour of peace and justice. And I think overwhelmingly that is what citizens of countries and in Australia we have. We celebrate and respect people of all faiths and of none. I think overwhelmingly people want to see peace and we are seeing the consequences of conflict, a conflict on the other side of the world.

I think that most people, with respect, I’ll speak about my citizens. Most people, if you ask them to find the Strait of Hormuz on a map last December, I would be surprised if there was a large number could point to it directly. Everyone knows it now. There are consequences of conflict for a loss of innocent life. But there are also consequences for everybody in the world at the moment due to what is extraordinary negative economic consequences of the conflict, which is why we will continue to argue for a de-escalation and for a resolution through dialogue rather than through military action.

 

MEDIA AUSTRALIA:

Prime Ministers, Andrew Greene from the West Australian and The Nightly.

What is the policy of both of your nations when it comes to buying oil from countries which are subject to international sanctions, such as Russia and Iran? And would you be prepared either country to pay a toll or levy to the regime in Iran? And with increasing expectations that Australia could soon impose a gas tax in next month’s budget? Is this speculation hurting chances of securing energy supplies?

PM AUSTRALIA:

Well, the only speculation is from journalists who believe they know what’s in a budget that hasn’t been written yet. So, our budget will be in May, and we will hand it down. But we one of the things about Australia is when we do a deal with a country and whether it’s in writing or a shake of hands or a conversation, we stick. That is what makes one of the things that makes Australia who we are. And, so I think that is well understood by our trading partners, which is why we are respected and why we are so trusted going forward.

 

With regard to freedom of navigation our position is very clear about UNCLOS and has been for some time it applies right around the world, and I think there was a third bit, Andrew. Well, on the freedom of navigation is what is provided for. We expect freedom of navigation is the basis of international trade and that is very important, that principle and it’s one that we hold to.

 

 

 

PM MALAYSIA:

We as a country have been engaging with more countries as I mention with Prime Minister Albanese that the largest trade investments is still from United States notwithstanding, we have good bilateral relations with Russia. We trade with them. And now I think there is absolute necessity we’ll have to manage because my priority, the mandate that I have, is to protect the interests of the people in this country.

 

Similarly with Iran, we have maintained good bilateral relations with the Islamic Republic of Iran and due to that sort of arrangement many of my colleagues in the Gulf and in the Arab world have sought our views and our assistance to convey their concerns and their views to the Iranian leadership.

 

And I think we use that to promote peace and resolution, amicable resolution to the conflict. And on the position, whether the Strait of Malacca or Strait of Hormuz we remain consistent in their freedom of navigation, but there are, of course, issues that must be resolved. You cannot ignore the fact that when a country has been attacked and no assurance of guarantee of security, there are concerns that you must also address. And that’s why I think, whilst supporting the position of freedom of navigation. We also want category guarantee from countries, big powers included, and so to end that animosity and attack and even sanctions against other countries.

 

So, we look at it a more comprehensive manner, but ultimately we are for peace and the Strait Hormuz must finally be open to avail to the international community so that we will help resolve major issue confronting, not only the region, but also the world.

Thank you.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1447H/2026M

PADA  

13 APRIL 2026 (ISNIN) | 8.55 MALAM

KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab,

Walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar,

Menteri Besar Terengganu;

 

YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu,

YAM Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah;

 

Saudara Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,

Menteri Komunikasi;

 

Ketua Setiausaha Negara;


Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Ketua Pengarah JAKIM; dan

 

Pihak penganjur.

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama pada malam ini meneruskan acara tahunan, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 Hijri. Mudah-mudahan, sepertimana yang dilafazkan oleh Saudara Menteri Besar yang memberikan kesan dari segi memaknai acara yang membaca, melahirkan apa yang pernah diungkapkan oleh seorang tokoh Islam, “Jillun Quraniyun Fareed” – generasi yang menghayati al-Quran melaksanakan dan kerana itu ia menjadi suatu keistimewaan dan unik.

 

  1. Keunikannya ialah kerana membaca, menghafaz, mengamal, menghayati sehingga ia menjadi suatu yang tertanam di dalamnya roh dan memberikan keberkatan dan kekuatan, kerana keunikan itu terpancar dari hasrat menzahir dan melaksanakan cita-cita, pengajaran, pedoman, lahir dalam al-Quranul Karim.

 

 

Saudara-saudara yang dimuliakan,

 

  1. Pada malam ini kita adakan majlis dan seperti yang dibacakan doa oleh Imam tadi, dalam keadaan umat Islam terus dengan kepincangan, kegawatan dan kali ini lebih rumit akibat serangan Zionis Israel dengan sekutunya Amerika Syarikat ke atas Iran, yang berlanjutan lebih satu bulan setengah, percubaan untuk mengadakan Majlis Perdamaian di Islamabad, masih belum ada titik noktahnya. Tetapi yang nyata ialah keganasan oleh Israel itu bukan suatu permulaan dan berterusan selama lebih tujuh dasawarsa atau dekad. Menggeledah, menghancurkan bumi Palestine dan khususnya Gaza, terus ke selatan Lebanon dan sekarang Republik Islam Iran.

 

  1. Kita mendoakan kepada Allah S.W.T mudah-mudahan timbul kekuatan bukan sahaja di kalangan rakan-rakan kita di negara Iran, tetapi negara-negara Teluk dan negara-negara Islam untuk memperoleh pengajaran dari pengalaman perit yang telah dilalui.

 

  1. Seperti yang telah saya ungkapkan tadi depan anak-anak di Kolej Matrikulasi dan Sekolah Menengah Agama, mesti tiap peristiwa semestinya memberikan pengajaran kepada kita bahawa ada keperluan untuk kita meningkatkan usaha kita menanam kesedaran dan melaksanakan program yang lebih bermakna.

 

  1. Dalam sistem pendidikan negara, dalam Kerajaan Madani ini, kita perkenalkan apa yang disebut usaha memiliki ilmu dan menerokai ilmu dalam semua bidang. Menguasai teknologi baru, teknologi maklumat, artificial intelligence. Tapi dalam masa yang sama, tidak meninggalkan landasan tradisi kita. Itu yang dimaksudkan dengan menggapai di langit, mengakar di bumi. Kita seolah-olah “menggapai di langit, mengakar ke bumi”.

 

  1. Jadi saya bangga. Tahniah kepada Menteri Besar dan rakan-rakan di Terengganu, kerana terus mempelopori usaha, memastikan anak-anak menjadi huffaz, dalam masa yang sama menguasai ilmu dan teknologi baharu dalam bidang sains, teknologi dan juga teknologi maklumat dan artificial intelligence seperti yang baru. Ini sahaja persiapan yang boleh kita jangka akan memecahkan tembok yang menghalang kita.

 

  1. Sekitar 50 tahun yang lalu, pemikir Islam, yang telah menyatakan tentang “Malaise of the Ummah”, almarhum Ismail Faruqi. “Malaise of the Ummah” itu kerana belum ada cukup kesedaran dan persiapan untuk mengetahui bahawa harus ada dibina kekuatan, akidahnya, akhlaknya, sahsiahnya, tapi dengan kepintaran dan kehandalan dan penguasan ilmu yang mendalam.

 

  1. Malaise itu turut bercakap, sebab itu di negara Islam, tidak ada keupayaan dan kekuatan. Saya tidak berdalih untuk menyatakan bahawa pengalaman kita mutakhir ini dengan negara Iran, menunjukkan bahawa persiapan dari sudut ilmu dan teknologi itu sangat kritikal.

 

  1. Sebelum ini, setiap kali serangan Israel dan sekutunya di Amerika Syarikat, itu hampir tidak berupaya dibalas. Hanya kali ini, kita melihat, zahirnya kekuatan baru, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan melalui kekuatan semangat dan daya juang dan roh jihad, tapi disertai dengan kekuatan teknologi dan kecanggihan yang masih kita terokai.

 

  1. Itu sebab saya katakan “Malaise of the Ummah” dalam kategori ini harus meletakkan kita dan menambah kesedaran untuk meningkatkan segala usaha mempersiapkan generasi kita untuk menguasai ilmu, tapi berpangkal kepada kesedaran Islam, al-Quranul Karim dan juga ilmu teknologi baru.

 

  1. Tadi juga saya sebut tentang perubahan yang diperlukan dalam negara kita. Tatkala kita tercengkam dengan serangan penjajah, seluruh kekuatan asas kita, penguasanya, pentadbirnya, sistem pendidikannya, ekonomi, dikuasai pemikiran dan sistemnya oleh penjajah.

 

  1. Dan saya rungkai umpamanya, sama ada rencana “minutes of the setting up of a Malay College” oleh Stamford Raffles di Singapura, atau Lord Cromer di Mesir, Macaulay di India, dan yang lebih canggih dan sinister dan jahat ialah Snouck Hurgronje di Indonesia. Yang mereka lakukan ialah perencanaan bukan untuk menghilangkan sama sekali imej dan hamparan Islam yang nyata, tetapi membenamkan roh dan kesedaran agama supaya Islam itu tinggal ritual yang basic tanpa kesedaran tanpa kekuatan.

 

  1. Maka seluruh sistem itu dipunggah. Generasi baru termasuk pasca merdeka itu terus kagum dengan kekuatan Barat, teknologi Barat, pemikiran Barat, sistem pendidikan Barat sehinggakan merasakan kalau nukil teori Ibnu Khaldun, negara yang dijajah itu ditawan negaranya, ditawan pemikirannya, ditawan rohnya. Ulama Mesir, Sheikh Muhammad Al-Ghazali pada tahun 70-an menulis tentang “isti’amar ruhi wa fikri” – penjajahan pemikiran dan jiwa.

 

  1. Oleh itu dalam sistem pendidikan kita ini, kita tercabar untuk berbuat sesuatu, merombak supaya kekal dengan landasan pangkalnya, mengakarnya di bumi dan tradisi al-Quran dan tradisi ilmu Islam dan Turath, tetapi dalam masa yang sama menerobos ke bidang baharu, meneroka pemikiran baharu termasuk apa yang dikatakan teknologi baharu, teknologi maklumat dan Artificial Intelligence (Ai).

 

  1. Saya rumuskan dengan mengatakan bahawa memang sistem penjajah di seluruh dunia Islam itu berhasil. Merobohkan kekuatan lama, tanpa upaya membina yang baru, dan dengan pengalaman kita di Malaysia, ada di Kepulauan Melayu, di Indonesia, dengan sistem pondok dan pesantren di Indonesia, itu semuanya sistem kita dirobahkan, melainkan sistem pondok tradisional yang pernah disebut oleh pemimpin Islam Indonesia, Muhammad Natsir sebagai yang kekal mempertahankan Islam dalam erti yang murni adalah pesantren dan pondok. Satu-satunya benteng pertahanan iman, akal, kesedaran, dan roh perjuangan umat.

 

  1. Maka kalau pada hari ini kita mahu pertahankan, kita mesti pertahankan dengan kesedaran Islam, kita kena pertahankan dengan ilmu, kita kena pertahankan dengan teknologi baharu.

 

  1. Dan mudah-mudahan kita dapat semai semangat ini dalam negara kita bahawa kepincangan yang berlaku itu menginsafkan kita bahawa sesuatu yang lebih harus dilakukan oleh jentera Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan seluruh umat memberi makna supaya penghayatan dari tilawah dan hafazan al-Quran itu membawa suatu bentuk pemikiran baru dalam negara kita. Iaitu mengekalkan, menambat hati kepada roh Islam yang berpangkal pada al-Qurannul Karim dan dalam masa yang sama gigih, keras menguasai teknologi baharu, teknologi maklumat dan apa yang disedar sebagai Artificial Intelligence dalam kerangka nilai Islam itu sendiri. Tidak ada ilmu yang boleh diterima tanpa terikat dengan akal budi, akhlak dan nilai.

 

  1. Sekali lagi, saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada Menteri Besar dan seluruh jentera Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Agama, Dr. Zulkifli Hasan dan JAKIM, dan seluruh jentera yang membantu menjayakan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 Hijri.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

MAJLIS PELUNCURAN KOLEJ VOKASIONAL PENGERANG 

5 APRIL 2026 (AHAD) | 4.00 PETANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH, PENGERANG, JOHOR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmaduhu wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan juga Ahli Parlimen Pangerang;

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi,

Menteri Kerja Raya;

 

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Ketua Setiusaha Negara;

 

Setiausaha Kerajaan Negeri;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

  1. Terima kasih. Kalau saudara tahu, ahli Parlimen saudara-saudara ini, dia kalau dia tuntut sesuatu itu memang dia dera. Selagi saya tak kata ya, saya tak larat dengar dah. Jadi, akhirnya saya setuju dan alhamdulillah, dua-dua menteri ini pun setuju.

 

  1. Jadi, hari ini berita baik. Untuk Kolej Vokasional Pengerang ini menjadikan base di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih. Terima kasih anak-anak. Semangat anak-anak sekolah menengah sini ya. Terima kasih.

 

  1. Kolej ini memang tertangguh, saya setuju apa yang disebut tadi. Tetapi, kalau kita lihat umpamanya, pembangunan negara kita itu sentiasa beralih dari pertanian ke industri, kemudiannya itu, industri peringkat tinggi lebih canggih, umpamanya Ketua Eksekutif Google dua minggu lalu untuk meneruskan. Ini dalam keadaan perang, alhamdulillah ada berita baik tentang FAB di Pulau Pinang, selain daripada yang telah diluncurkan sebelumnya di Sarawak. Jadi fokus kita itu beralih ke tingkat lebih tinggi dan kita juga tumpu sekarang ke Data Centers. Dan Malaysia telah menjadi magnet tarikan pelaburan besar sebagai pusat data center, E&E dan digital technology.

 

  1. Tetapi tepat apa yang disebut oleh Azalina tadi, iaitu ada kekuatan induk kita yang kita tak boleh tinggalkan yang juga menunjukkan keupayaan meningkatnya dari segi penyelidikan, kecanggihan produk dalam pelbagai bidang yang asasnya itu Oil and Gas dan Petronas menjadi anchor, kita ada dialog yang akan tentunya membantu. Tapi oleh kerana kawasan ini, kawasan Pengerang ini kawasan minyak dan gas. Ada kewajarannya untuk kita beri tumpuan. Jadi bila ditekankan oleh Aza dan dibawa kepada Alex dan Fahlina, nampak dia serasi dengan dasar induk kita.

 

  1. Ada orang salah faham, dia ingat kita ini fokus industri tinggi ataupun Data Center. Semua itu penting. Tapi negara ini berkembang kerana kekuatan kepelbagaian dia. Yang uniknya kita, walaupun saya sebut tadi, tarikan Data Center itu banyak membantu. Dalam keadaan ekonomi dunia, terumbang-ambing tidak menentu, dan eksport dalam beberapa bidang terjejas, tapi pada tahun lalu eksport E&E, eksport dari Data Center itu meningkat laju dan ini memberikan satu petanda baik bagi negara kita.

 

  1. Tapi saya berbalik kepada isu asas, kekuatan yang semula jadi yang ada, termasuk kepintaran profesional kita dalam Petronas, dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Hari ini juga kita tengok dialog, itu membantu kita, harus kita manfaatkan. Sebab itu, kita setuju dan hari ini kita luncurkan, terima kasih. Dan kita minta kerana Alex Nanta Linggi pun ada, Menteri Pendidikan pun ada, dan kita setuju hari ini kita luncurkan. Luncur ni, dia ada 2 perbedaannya. Program itu luncurkan, yang lancarkan itu, projek yang dah tetap kita lancarkan. Luncurkan permulaan satu keputusan. Bahasa Melayu itu bahasa tinggi, sebab itu kita perkenalkan beberapa istilah-istilah. Orang kata sengaja perkenalkan istilah baru, bukan. Bahasa itu berkembang dengan tamadun bangsa. Bangsa yang lebih canggih, tamadun lebih meningkat akan meningkatkan mutu penguasaan bahasa dia. Itu sahajalah, pasal dia ni peguam.

 

  1. Baik, jadi peluncuran ini penting dan pada hari ini kalau kita dapat Keputusan, walaupun keadaan ekonomi yang saya akan jelaskan tidak mudah sekarang, tetapi oleh kerana kawasan ini kawasan strategik bagi perkembangan industri minyak dan gas. Kita tak banyak di kawasan kita, yang ada di Pengerang, Sarawak yang jauh lebih besar dan Sabah. Oleh itu, pada hari ini, saya dalam meluncurkan, meluluskan projek yang bernilai 100 juta ringgit untuk kolej ini.

 

  1. Jadi, Kementerian Pendidikan akan siapkan kerangka awal, dan dirujuk kepada KKR dan saya nak projek ini oleh kerana ia merupakan projek strategik, harus disegerakan dan biar ada jadual yang tetap. Disegerakan dan kalau perlu umpamanya, dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan proses kelulusan, kita akan lakukan supaya Pengerang akan saksikan kejayaan projek ini sebelum tahun 2030.

 

  1. Pandailah Aza, dia panggil saya. Saya ingat dia panggil saya- nak suruh tengok kawasan. Rupanya ada nawaitu dia (nada seloroh). Baik, Oil and Gas ini penting dan industri ini juga memerlukan kemahiran dan kepakaran. Sebab itu, latihan itu penting, itu yang disebut ‘Talent Pool’. Kalau tidak kita ada industri yang besar, bila nak dapatkan profesional, semua diangkut dari luar negara. Malah dalam isu Data Center, soal E&E, soal teknologi digital, kita ada masalah juga yang diangkut dari luar. Tak ada masalah kalau diangkut dari luar, dalam beberapa bidang sementara waktu. Maksudnya program latihan itu mesti diperhebatkan. Sebab itu, umpamanya sistem pendidikan kita peralihan dari bidang akademik yang harus kita tingkatkan dan juga bidang apa yang disebut vokasional, TVET, itu juga kita beri tumpuan.

 

  1. Saya tugaskan, umpamanya Dato’ Seri Zahid untuk tumpu bagaimana boleh membantu dalam sistem pendidikan kita meningkat keupayaan dalam bidang TVET dalam negara kita. Setakat ini ada kejayaan yang membanggakan, angka-angka yang jauh lebih baik daripada yang kita perlukan. Dulu dibimbangi bila kita tekankan aspek baru, macam peringkat awal bidang sains, matematik. Itu kebimbangan kita ialah sebahagian pelajar-pelajar harus dipaksa kerana mereka ingat subjek ini lebih sukar, tetapi meninggalkan atau mengurangkan tekanan ini akan menyebabkan kita agak ketinggalan.

 

  1. Negara ini harus dipacu lebih segar, negara ini tidak boleh terkebelakang, dan oleh itu latihan itu menjadi sesuatu yang sangat menekan dan mendesak. Jadi masa itu kita kata pendidikan, matematik dan sains. Dan kita lihat orang dalam bidang itu nampak vokasional tertinggal. Kalau tengok Jerman, perkembangannya dari awal diberi latihan di bidang teknologi, TVET. Jepun pun begitu rupa. Jadi kita oleh yang demikian, beri ruang. Tapi ada kebimbangan dari kalangan ibu bapa. Dia kata saya tak mahu anak saya lulus dekat TVET, saya nak tentukan dia dapat kelulusan di pengkat yang lebih tinggi. Maka sekarang disediakan kalau anak-anak itu pintar di bidang TVET, dia masih lagi boleh maju terus ke peringkat yang tertinggi.

 

  1. Tapi seperti mana yang disebut, umpamanya ada beberapa lagi disiplin, seperti kimpalan dan sebagainya dalam industri Oil and Gas itu dengan sendirinya memberikan ruang untuk anak-anak memperoleh pendapatan yang sangat tinggi. Universiti-universiti dikerahkan umpamanya sekarang. KPT -Kementerian Pengajian Tinggi dikerah. Tak boleh ikut unjuran biasa, mesti memberi tekanan, mengeluarkan lebih ramai jurutera. Dan jurutera ada beberapa bidang baru. Dulu tak ada bidang IT. Tidak ada bidang yang disebut digital teknologi. Tidak ada umpamanya dalam bidang data sains. Sekarang ini semua disiplin baru ini mesti kita kuasai dengan segera. Maknanya tak boleh kaedah cara lama. Kalau nak tunggu, cara lama.

 

  1. Saya beri contoh kepada Menteri KPT, nak perkenalkan masa itu, Fakulti IT, belum ada di universiti dalam 3 tahun yang lalu. Bila saya pergi ke Abu Dhabi, saya lihat ada sebuah universiti IT. Saya tanya bagaimana boleh disegerakan? Dia sebut, tentunya sistem itu berbeda, sistem kita lebih bebas, lebih demokratik, prosesnya lebih ketat. Dulu di sana pakai arahan dari atas sahaja. Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk melengahkan.

 

  1. Jadi saya pulang tanya, kalau di universiti dalam kaedah konvensional mahu perkenalkan satu disiplin baru, dia terpaksa bawa kepada pertama, jabatan. Beberapa bulan kaji bawa ke Dekan, beberapa bulan bawa ke Board of Studies, kemudian beberapa bulan bawa ke Senate, kemudian bawa ke Kementerian Pendidikan Tinggi, bawa pula dengan Perbendaharaan, maka setahunlah minima untuk perkenalkan. Saya kata kalau begitu ketinggalanlah sebab teknologi baru ini dan IT itu berubah dengan begitu kencang dan pantas, dan kalau kita ketinggalan dua tahun maknanya ilmu dan disiplin itu juga ada kejanggalan dan kelembapan. Maka kita kata boleh tak lakukan segera.

 

  1. Saya tertarik dengan berita dari universiti, kerana UTM umpamanya setuju dan laksanakan seluruh acara itu dalam masa tiga bulan dan sekarang universiti berdasarkan pengalaman itu boleh perkenalkan kursus baru, disiplin baru, teknologi baru dalam tempoh satu setengah bulan. Which means we can do it. There is no reason why we should slow down. We cannot succeed, we cannot compete, we cannot be seen to be a successful nation if we continue with the old ways. Faham tak? Okay eh? Orang Pengerang ni, cakap orang putih baru dia angguk. Ya selama yang saya cakap dah 10-15 minit cakap Melayu, dia buat tak tahu. Sebut Inggeris, dia angguk. Hebatlah ni. Belajar di mana ini?

 

  1. Jadi, oleh itu, Kolej Vokasional Pengerang ini, termasuk melalui penukaran fungsi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih, itu keputusan dasar strategi. Terima kasih Azalina. Ni kadang-kadang menteri yang muda ni dia boleh lebih open minded sikit, cepat. Kalau tidak, saya pernah jadi Menteri Pendidikan. Mana KP Pendidikan ya. Kalau pendidikan ni, tanyalah KSU dan KP ni, nak tukar apa-apa tak boleh. Dia jadi macam gedung yang begitu tetap tak boleh anjak sikit pun. Sama lah, ya Alex? I think even dalam KKR pun serupa. Nak tukar apa-apa sikit, no, no, no, cannot! Hospital mesti begini. Tapi saya kata kos terlalu tinggi, how do you reduce the cost? Cannot. Kata dia memang begitu, dia punya jarak mesti begini, katil sekian banyak. Saya kata ini pelan masa zaman Inggeris dulu, tak boleh ubah ke? Sekarang boleh pula ubah. Kos boleh rendahkan. Ini yang saya kata plus innovation dan creativity.

 

  1. Balik kepada teori ekonomi yang saya selalu sebut baru-baru ini. Kan kita sekarang ni ada destruction. Apa dia destruction? Kerana tak semena-mena rekod pembangunan kita akhir tahun lalu itu terlalu baik. Bank Negara kemukakan pertumbuhan kita lebih baik daripada unjuran kita. Inflasi lebih rendah. Pengangguran lebih rendah. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Semua itu, boom, perang. Kerana Kecelakaan Israel, Zionis Israel menyerang Iran dan serangan itu mendapat dukungan penuh Amerika Syarikat. Dah, bukan sahaja masalah di Iran, seluruh dunia sekarang terkesan. harga minyak melambung, baja, chemical product yang lain. Lalu lintas perkapalan meningkat kos, insurans, perkapalan, freight charges, semua meningkat. Kan tak terduga. Apakah kita terlepas daripada tekanan itu? Tidak. Ini saya nak bawa ke mauduk yang berikut.

 

  1. Kawan-kawan yang di Pengerang, saya terima kasih kerana sebab itu, sebagai orang yang peka, Aza dia faham. Jadi sementara ada keperluan-keperluan, kita harus tahu bahawa masalah negara kita sekarang runcing. Kita bersyukur kepada Allah SWT. Bila saya sebut syukur, orang dalam sosial media dia hentam saya. Dia kata, macam mana ini langkah-langkah ekonomi diserang kita syukur. Kita syukur kerana negara kita tidak parah macam banyak dengan negara lain. Tengok negara ASEAN ada yang sudah buat catuan, ada yang minyak cukup harian, ada yang pergi pejabat berjalan kaki.

 

  1. Saya nak cadang kepada KSN, dia kata tidak boleh. Jalan kaki kalau di bandar, di kota jalan kaki kerana tiada minyak. Ada negara ASEAN, yang sudah tutup 400 stesen minyak. Ini semua berlaku di kalangan jiran kita. Ada negara jiran harga minyak dah mencecah lebih daripada RM10 kita masih kekal RM1.99, syukurlah.

 

  1. Sebab itu saya sebut, dia kata tidak menyalahgunakan al-Quran. Al-Quran:

 

لَإِنْ شَكَرْتُمْ لَأَذِيدَنَّكُمْ وَلَإِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَزَابِي لَا شَدِيدَ ب

 

Bersyukur, tapi dia tidak bermakna tidak ada masalah, ada masalah dan masalahnya besar. Kita harus ada keupayaan untuk menyelesaikan. Ini yang saya sebut tadi, merujuk kepada seorang ahli ekonomi klasikal, nama dia Joseph Alois Schumpeter. Teori dia, “Gale of Creative Destruction” apa makna dia? Bila berlaku destruction, ini makna ‘disruption’ malah ‘destruction’ seluruh sistem ekonomi, pengeluarnya terbantut, pengedarannya pun terbantut. Dulu kita ingat pengedaran atau pengeluaran. Emir Qatar beritahu kepada saya minimum tiga tahun mungkin lima tahun baru gas boleh operasi. Beberapa pusat keluaran minyak pun begitu rupa total disruption itu yang disebut destruction.

 

  1. Now, kata Schumpeter bila berlaku destruction, kita boleh mengeluh dan tunggu? Tak, dia kata Dia kata “Gale of Creative Destruction” dalam mana-mana keadaan di mana ada kerosakan dan kemusnahan, harus cari jalan keluar cara kreatif, inovatif bagaimana boleh cari jalan keluar atau jalan-jalan baru. Malaysia, terima kasih rakan-rakan Jemaah Menteri, mesyuarat saban hari, ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ada Kabinet Khas, ada jadual Jemaah Menteri biasa, cari apa yang kita mampu lakukan, ada keupayaan kita, Oil and Gas terbatas. Ada Data Center kita dan eksport yang masih ada tinggi demand-nya terutama dari Amerika Syarikat.

 

  1. Jadi walaupun kita keras dalam menghadapi kenyataan-kenyataan Amerika Syarikat kita mesti bijak supaya jangan terlalu bermusuh supaya kita masih boleh ada jaringan bekerjasama. Ini the art of diplomacy dan Kementerian Luar lebih handal dalam hal ini membantu kita.

 

  1. Jadi, sementara kita tegas menyokong Iran, kita masih berdagang dengan Amerika Syarikat. Ini, saya ucap terima kasih kerana rakyat Malaysia peka dan menyokong Langkah-langkah sedemikian. Setengah negara, dia nak suruh perang sahaja. Either you are with us or against us. No, it doesn’t make both. Kita kena ada kebijaksanaan, umpamanya dalam bidang ini. Mana ada negara? Bayangkan seperti Malaysia, kita boleh bercakap hari ini dengan Emir Kuwait, dengan Muhammad bin Zayed UAE, Emir Qatar, Arab Saudi, Pakistan, Turkiye, hubungi Amerika Syarikat, tapi kita masih mampu berbincang panjang dengan Presiden Iran dan memohon kerjasama Presiden Iran melepaskan tujuh kapal kita dan dia setuju pada masa itu juga.

 

  1. Ya saudara-saudara, tidak mudah. Saya tidak harapkan orang-orang yang benci kita itu akan ceritakan hal ini, tidak mudah. Saya bercakap dengan dia, bincang panjang lepas itu saya kena tanya hal-hal lain dulu. Tak kan saya kata, Mr. President, boleh tak lepas kapal kita? Tidak boleh lah, kawan itu tengah perang, dia cerita dulu simpati, sedih kerana ketua agama dia dibunuh, kemudian keluarga dia itu tidak selamat, kemudian, dan sebab itu tanya kenyataan tentang jiran-jiran, kemudian marah sikit ke Amerika dan kutuk lagi Israel. Dah habis itu, haa macam mana kapal kami yang tujuh boleh tolong lepas? Alhamdulillah, without exaggeration, saya tidak tokok tambah.

 

  1. Tapi saya kata Mr. President, bagi pihak rakyat Malaysia walaupun kita sokong Iran jelas tapi kita mintalah sedikit pertolongan. Dia kata apa? Kapal kita masih tersangkut di Selat Hormuz dan ini sangat penting untuk kehidupan rakyat kita dan keperluan minyak dalam negara, bukan kita nak export minyak, sekurang-kurangnya untuk keperluan dalam negara. Dia kata, Brother Anwar please take it from me, saya akan arahkan segera sebaik selepas telefon ini saya akan arahkan supaya diberi laluan kepada kapal-kapal Malaysia balik ke Malaysia. Alhamdulillah. ini bermakna hubungan itu harus baik.

 

  1. Jadi ada lagi soal TVET, soal sekolah-sekolah, itu Menteri jawab lah itu soal Menteri Pendidikan, takkan saya nak cakap pula soal pembangunan bagaimana nak cepat. Ini Alex punya kerja, jadi biarlah, saya tidak ganggu Alex teruskan itu. Saya hanya nak sebut di sini ada berita baik. Pengerang dan di sini iaitu kita akan mulakan dengan segera mungkin pembinaan Kolej Vokasional (KV) di sini. Dan kepada anak-anak ucap tahniah. Anak-anak ini, di sekolah menengah ini jadi Jadi pastikan keputusan tahun ini terbaik dalam sejarah. Boleh jamin ya. Fadhlina, keputusan sekolah menengah di sini, Sekolah Menengah Tanjung Pengelih ini, masuk daftar. Sebaik ada keputusan, saya nak satu salinan terus kepada saya. Saya nak tengok.

 

  1. Mana pengetua? Pengarah? Mana? Bangun sekejap. Mana? Pengetua ada? Pengetua, Pengarah sekolah? Ya, okay, okay alright naik, naik, naik tidak apa, naik, naik. Ketua pelajar mana ketua pelajar? Mana ketua pelajar? Mari sini, okey okey. Nama apa? Ali Iskandar. Ali Iskandar okey, ini saya dah dapat pengakuan daripada kedua-dua pengetua dan ketua pelajar nak pastikan tahun ini prestasi peperiksaan kita terbaik dalam sejarah sekolah ini. Fadhlina, kalau tidak baik pengetua ini panggil. Baik, terima kasih banyak. Doa selamat.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.