MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DUTA-DUTA, PERWAKILAN ASING DANWARGA KEMENTERIAN LUAR NEGERI


TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

 

SEMPENA

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA

BERSAMA DUTA-DUTA, PERWAKILAN ASING DAN WARGA KEMENTERIAN LUAR NEGERI

 

 

23 FEBRUARI 2026 (ISNIN) | 6.30 PETANG

DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

BANGUNAN WP1

WISMA PUTRA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.

Alhamdulillahillazi anzala ala abdihil kitaba

Walam yaj’allahu wa iwaja

Wa salli wa sallimu ala rasulihil karim

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,

Minister of Foreign Affairs of Malaysia;

 

Yang Mulia Datin Seri Dato’ Hajah Raja Salbiah binti Tengku Nujumuddin;

 

Dato Lukanisman bin Awang Sauni,

Timbalan Menteri Luar Negeri;

 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Tuan-tuan terutama, para duta,

 

Dato’ Sri Amran Mohamed Zin,

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri; dan

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Tentunya, saya mulai dengan mengatur syukur kepada Allah SWT kerana kita dapat menghayati Ramadan Kareem dan Madrasah Ramadan ini tentunya kesempatan bagi kita untuk memperbaiki melalui latihan, kerohanian dan jasmani kita. Lebih insaf tentang permasalahan masyarakat yang terpinggir dan di samping itu mengukuh disiplin hidup kita.

 

  1. Jadi saya ucap terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Mohamad Hasan, keluarga dan rakan-rakan di Wisma, kerana beri kesempatan untuk saya bersama-sama pada petang ini.

 

  1. Dan terutamanya kepada Duta-duta, ini kesetimewaan saya sebut tahun lalu di Wisma Putra ini, saya undang pun tak akan seramai ini Duta, jadi Duta ini sebenarnya dia memang kiblat dia kepada Wisma Putra. Tapi ada baiknya dan saya sambut baik kerana ia menunjukkan jalinan hubungan kerjasama dan juga prestasi Menteri Luar kita yang amat membanggakan kita semua.

 

  1. Saya singgung hal ini kerana sesungguhnya prestasi kita sepanjang tahun lalu dalam hubungan antarabangsa menembusi kawasan ASEAN yang menjadi keutamaan kita dan jiran-jiran rapat kita, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan seluruh rantau ASEAN ini. Kemudian menerobos ke Asia, Eropah, dan baru-baru ini ke Amerika Latin, termasuk Peru sebelumnya dan Brazil dan Selatan Afrika juga Ethiopia dan Kenya.

 

  1. Ini menunjukkan bahawa kapasiti dan keupayaan pengaruh yang dibawa oleh Dato’ Mohamad Hasan dan keluarga Wisma ini, bukan saja sekadar mengadakan kunjungan, tetapi kunjungan yang memberikan kesan yang memberi manfaat akhirnya. Erti persahabatan, erti persaudaraan, berkerjasama antara negara dan yang penting juga adalah memberi ruang dan kesempatan mengangkat martabat Malaysia sebagai negara dagang dan negara yang bersahabat dengan semua.

 

Excellencies, ladies and gentlemen,

 

  1. Thank you very much for your presence this evening. Th,is is of c,ourse a very interesting, unique tradition in Malaysia where we invite colleagues toniurse primafocusingfocus on the Foreign Ministry and fellow ambassadors, high commissioners, but also friends who are Muslims and non-Muslims. In all our functions, we make sure that there is that feeling of inclusiveness, of comradeship. Oh, I use the word comrade, don’t be too hypersensitive about it, but in essence is the true sense of togetherness and respect.

 

  1. This is one of the key elements in the MADANI framework is the issue of respect. Societies can excel economically and can, of course achieve phenomenal growth, economic and digital transformation, etc., but the survival of any country, particularly a multi-racial, multi-religious country like Malaysia, would depend on our ability and capacity to embrace one another as one great family.

 

  1. I am proud as a Malaysian, crisscrossing the country and even before Ramadan during the Chinese New Year, and before that is the Pongal of the Hindu tradition, and now Ramadan Kareem, you can see this set among the vast majority of our people, this tolerance and respect are unique.

 

  1. Can you imagine, for example, in Malaysia, the Chinese decided to organise a function to celebrate Chinese New Year a few days before Chinese New Year just to accommodate the feelings of their brother, Muslims, and sisters to be able to rejoice together in a function where everybody can have a great feast. And I told my Chinese colleagues, particularly the chamber who had this organised massive function, I said I don’t mind even if you have it during Ramadan, if it’s daytime I will not eat, at night I will eat.

 

  1. But the sense of respect and tolerance is there, but you see, they took this extra mile, extra effort just to show that they are Malaysians and they care for the feelings of others, similarly to what we have tonight.

 

  1. I’m sure that Dato’ Haji Mohamad Hasan knows precisely that many of you don’t fast, I mean the non-Muslims, but they pretend to be hungry, and they join us in the iftar, and we take it as you know, part of this tradition that embraces, accommodates, and respects.

 

  1. And similarly, during the Christmas end of last year we have the Chinese New Year, as I said and the Thaipusam, because Thaipusam is purely a religious ritual. I took great pains to attend the Thaipusam prior to this religious ceremony just to show that as Malaysians, we must be able to accommodate and respect whilst preserving our faith, moral values.

 

  1. So, this is an occasion to rejoice because you see that sense of, as I said, the spirit of unity is across the board. But unfortunately, we only hear and pick the noise among some political leaders who choose only to create issues or mischief or only problems. But across the country, you can walk in the city any time, and you realize that whether you are Chinese or Malay or Indian or Iban or Kadazan, there is that much of tolerance and respect. And I think we have to take all the effort possible to preserve this.

 

  1. But coming back to the Foreign Ministry, I must again reiterate my profound respect and appreciation. Although I sometimes give short lectures here and there. But they have done, particularly last year during the ASEAN Year, before the Philippines, my dear brother Marcos will then assume, and now they have taken the chairmanship. But prior to the whole of last year, you can see this sense of dedication.

 

  1. Amran, Dato’ Sri Amran, yes. He and his team, under the guidance of the Foreign Minister, are doing a superb job and give us so much satisfaction and so many of our colleagues. I’m sure many of you ambassadors and high commissioners would agree with me. It was a splendid job done by the team, and the core of the team is, of course, Wisma Putra. Thank you very much again.

 

 

 

  1. I think that’s the only message that I have for you tonight. Relax. Nothing very strong, serious. I come to thank you. I think Dato’ Mohamad Hasan expects me to say that too. I’m joking.

 

  1. So, thank you again for joining us on this occasion, and may Allah give us the strength to continue the resolve to work harder, and to preserve dignity but sanity, not only here, but internationally. My main concern about international politics, which I don’t want to actually touch upon now, is there is a need to bring back sanity among political leaders.

 

  1. May Allah give us that light. Not too much in this region, but some other regions. But, thank you again.

 

Wassalamualaikum Warahmatullah.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN SEBERANG PERAI

ASPIRE CENTRE DAN SANTUNI KOMUNITI

24 JANUARI 2026 (SABTU) | 2.20 PETANG

 

PERKARANGAN MENARA MAJLIS BANDARAYA

SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

 

Alhamdulillah kita dapat bersama-sama pada petang ini dan ucap tahniah atas inisiatif Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menterjemahkan konsep dan Dasar Transformasi Digital jadikan Bandar Pintar, Smart City. Terima kasih kehadiran

 

Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Pulau Pinang;

 

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;

 

Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Yang Berbahagia Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid,

Datuk Bandar Seberang Perai; dan

 

Semua keluarga MBSP.

 

  1. Saya dengar kata dia masak, saya nak try tengok kualiti masakan dia. Saya sebut tadi dalam mukadimah, bila negara ini sudah meletakkan asas ekonomi yang lebih meyakinkan, maka dia kena susuli dengan hala tuju yang jelas supaya Malaysia ini tidak lagi terperangkap sebagai negara pertengahan ataupun pendapatan pertengahan yang disebut middle income trap.

 

  1. Kita lihat banyak perkembangan negara, dia maju kemudian dia tersangkut ke satu peringkat. Jadi sebab itu kita merangka beberapa dasar dalam Pelan Perindustrian, dalam Pelan Transformasi Digital. Itu di antara yang saya rasa terkait dengan ikhtiar yang dilakukan dalam Seberang Perai Aspire Center (SPACE) ini iaitu memastikan kita menterjemahkan dasar yang di atas dengan percambahan data centre dengan AI.

 

  1. Kita jadi tarikan tentunya dari segi semikonduktor. Malaysia dah jadi hab Infineon. Selain dari di Jerman, pelaburan terbesar mereka adalah di Malaysia. Nvidia juga telah menjadikan Malaysia di Johor sebagai pusat untuk rantau ini. Kemudian, semua syarikat-syarikat besar AI dalam peringkat, tentunya ada pra-syarat yang kita penuhi. Tetapi kalau kita ada jentera begitu, kita tak terjemahkan di peringkat bawah, maka kita tak akan dapat manfaat. Sebab itu saya ucap tahniah kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai kerana di antara Majlis yang awal, dan melaksanakan walaupun cara yang terbatas apa yang dimasukkan dengan Smart City. So, my heartiest congratulations for MBSP for taking this initiative. Dia menuntut kita ada lonjakan. You know, it is ini bukan saja paradigm shift, kalau kita tengok teori Thomas Kuhn peralihan paradigma itu dia mengambil masa tahap perlahan.

 

  1. Kalau kita bincangkan soal Bandar Pintar dia mesti adakan suatu lonjakan. Lonjakan itu menuntut banyak persiapan prasarana, tentulah kekangan kewangan kita juga ada. Jadi saya dengar tadi, ada langkah-langkah diambil secara berperingkat. Kemudian prasarananya, tapi dengan latihan, maknanya MBSP harus pastikan rakan-rakan yang punyai bakat asas diberikan kesempatan untuk menguasai bidang ini, kerana bidang ini sangat mencabar dan tergolong dalam apa disebut new technology, teknologi baharu yang kita tidak biasa sangat.

 

  1. Sebab itu dalam perancangan pendidikan negara yang kita luncurkan minggu lalu, di antara yang kita tekankan ialah memperkenalkan disiplin mata pelajaran baru termasuk AI di peringkat serendahnya supaya pengetahuan asas itu diperkenalkan kemudian anak-anak diberi ruang latihan supaya dapat kembangkan di peringkat menengah dan tinggi. Dan maknanya kalau kita bawa seperti Pulau Pinang, itu agak ke depan dari segi perindustrian dan sekarang semikonduktor, itu satu permulaan yang baik tetapi yang harus kita kejar lonjakan ialah upskilling, reskilling, latihan kemahiran dan kita harus akui kita tidak mampu lakukan semuanya, tetapi kita ada advantage. Apa dia? Iaitu sepertimana di Penang Skills Development Centre (PSDC) lakukan, tapi harus dikembangkan dengan cepat dan meluas lagi, iaitu sinergi di antara industri, terutama yang semikonduktor dan AI, dengan universiti dan pusat-pusat latihan lainnya. Ini bagi saya, harap tentunya telah dimulakan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, tetapi dari segi Kerajaan Persekutuan, kita tumpukan dengan sesungguhnya sahaja. Kita tidak mampu keterbelakang.

 

  1. Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada saudara-saudara dan rakyat kerana kerja mereka, komitmen mereka, sumbangan mereka dan ikhtiar mereka menyebabkan kita terangkat. Prestasi ringgit terbaik di Asia, pelaburan tinggi di ASEAN dan perdagangan mencecah tiga trilion ringgit. Semua angka-angka ini membantu, meyakinkan kita. Ia bukan kerana kerja seorang, atau hanya Jemaah Menteri atau kerajaan negeri. Ia telah dapat menarik minat, sense of confidence and commitment dari a large number of Malaysians from all walks of life. Ini menyebabkan kita yakin, kita fokus.

 

  1. Sekarang ini kadang-kadang, macam pelan atau perancangan pendidikan, lelah kita. Nak buat perubahan itu, elemen yang agak konservatif atau yang negatif itu, dia bangkitkan isu-isu yang kita patut selesaikan pada tahun 60-an. Tak selesai. Soal jurusan, soal pendidikan, soal bahasa.

 

  1. Jadi sebab itu saya berhasrat untuk menyelesaikan hal ini dan supaya rakyat, ibu bapa tumpu masa depan anak-anak dia harus lebih baik daripada kita, lebih canggih ilmunya daripada kita, tinggi nilainya daripada kita, dan tahu cabaran-cabaran semasa. Dan ini yang kita lakukan dalam sistem pendidikan.

 

  1. Sebab itu kita awalkan Tahun 1. Umur enam tahun masuk sekolah. Ada yang kata belum bersedia. Masuk tahun ini untuk prasekolah, umur lima tahun. Kerana hampir seratus lebih negara di dunia mula enam tahun. Yang kita terlambat ini sebab apa? Takkanlah orang Malaysia ini lembab begitu rupa sampai kena tunggu umur tujuh baru masuk kelas Darjah 1. Padahal separuh dunia telah jalankan. Di ASEAN semuanya, melainkan Indonesia, itu pun terpilih. Jadi kita harus segerakan. Ada orang kata patut bagi notis. Memang kalau tanya Kementerian Pendidikan, dia dah bagi notis: 2027, 2028, 2030. Saya kata ‘no’, mula tahun ini. Tahun ini daftar prasekolah. Ada anak umur lima tahun, tahun depan mula enam tahun masuk sekolah rendah. Ini kita agak ke depan.

 

  1. Katalah dalam keadaan di mana anak itu agak belum bersedia, ada kelas khas, bantu. Kita ini bukan memaksa orang semua. Kita tak sama. Umpamanya dalam pengalaman kita tahun 70-an, tentang budak-budak, anak-anak Melayu, Bumiputera agak ketinggalan dalam bidang matematik dan sains, kita adakan kelas Asasi, adakan kelas Matrikulasi. Kalau tambah satu tahun, apa masalahnya?

 

  1. Saya belajar Sekolah Rendah Cherok Tok Kun, kemudian ayah saya fikir harus ubah ke aliran Inggeris. Kemudian sekolah menengah kebangsaan belum ada, jadi pergi ke Stowell High School. Itu kita rugi satu tahun, kerana setelah Darjah 4, kita pergi dua tahun remove special Malay untuk menguasai bahasa Inggeris. Kemudian baru masuk Tingkatan 1. Nasib baik saya masuk sekolah Darjah 1 umur enam tahun, boleh pula masa itu. Bukan sebab ayah saya Ahli Parlimen, belum masa itu. Masa itu dia di Hospital Sungai Bakap.

 

  1. Jadi, ya, ketinggalan satu tahun. So what? Apa masalahnya? Kalau pun begitu. Jadi kalau ibu bapa rasa tak boleh, dia gagal, tak apalah, tangguhlah. Tetapi jangan halang majoriti yang nak masuk Darjah 1 umur enam tahun. Ini yang kita kena fikirkan.

 

  1. Kalau tidak, nak cakap Smart City, apa relevannya? Dato’ Baderul Amin. Kita sebut Smart City. Nak masuk Darjah 1 pun berperang. Umur enam tahun pun berperang. Nak belajar AI pun bergaduh. Nak ambil ujian, penilaian, matriks pembelajaran Darjah 4 pun jadi masalah. Saya kata Darjah 6, terlambatlah sikit. Tahun depan dah masuk Tingkatan 1. Apa salah buat penilaian Darjah 4?

 

  1. Kemudian kita tengok keupayaan dia, lemah, tambah kelas dia supaya dua tahun untuk ditingkatkan supaya masuk Tingkatan 1, itu dirancang. Bukan saya, saya bukan ada kepakaran. Cuma saya tekan. Saya kata, kalau dah setuju, nak tunggu tiga empat tahun sebab apa? If you agree, do it now. Find the funds. Prepare the schools and the teachers, the training.

 

  1. Umpamanya macam bahasa. Bahasa Melayu kita mantapkan. Ya, bukan sahaja Sekolah Kebangsaan malah Sekolah Arab, Sekolah Agama, Sekolah Antarabangsa. Anak-anak kita, belajar Sekolah Antarabangsa anak Malaysia, anak Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, masuk Sekolah Antarabangsa, Bahasa Melayu tak belajar, sejarah negara dia tak tahu. Mana boleh terima itu? Memang ada masalah sikit. Tadi tengah saya makan, ada orang berbisik, dia tanya Ibu bapa dia runsing sikit. Pressure, pressure. Pressure apa? Anak dia kena lulus Bahasa Melayu dan Sejarah untuk Tingkatan 5. We give you time. Anak-anak kita itu tak macam kita. Saya beritahu kepada ibu bapa, your children are not like you. They are smarter. They can absorb faster. So give them the chance. Because it’s building a nation. Tapi saya juga sebut, keutamaan Bahasa Inggeris. Smart city. Smart city. Datuk Bandar, ya? Ini penggunaan Bahasa Inggeris dengan sendirinya diperlukan.

 

  1. Makna dalam sistem pendidikan kita, sementara kita tekankan soal Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dah jadi bahasa yang penting, harus diberikan fokus yang lebih. Saya nak dari peringkat pendidikan rendah mesti ada kelas tambahan Bahasa Inggeris, bukan setakat communication, komunikasi tapi juga untuk menguasai Bahasa Inggeris lebih baik.

 

  1. Kemudian, sistem kita membolehkan. Baik. Kesediaan Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, sediakan. Apa masalah? Semua yang menguasai bahasa-bahasa lain, mesti terasnya Bahasa Melayu. Mesti menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi dia pilih Bahasa Arab atau Bahasa Tamil, Bahasa Cina, bagi ruang. Oh, dia nak sistem UEC ya, tapi UEC sama dengan Sekolah Agama, Maahad Tahfiz ataupun Sekolah Antarabangsa, mesti lalui Bahasa Melayu dan Sejarah.

 

  1. Kemudian kalau dah dia terima, dia lulus, bagi laluan dia naik atas, ke universiti, ke kolej. Eh, nak bergaduh apa? Kita orang Melayu bimbang kalau orang Cina dia tak mahu belajar Bahasa Melayu. Kita kata mesti belajar Bahasa Melayu. Sudah. Sudahlah nak gaduh apa lagi? Jalan sajalah. Selamatkan negara kita. Tumpu hal-hal yang penting. Ekonomi mesti mantap. Pekerjaan mesti diberikan. Semua faedah itu pulang balik kepada rakyat.Ini saya rasa yang perlu dikatakan.

 

  1. Jadi, bandar pintar ini, Datuk Bandar dah ambil poin semua, saya tak mahu cakap lagi lah. Tapi yang penting yang kita belajar is new technology, new knowledge, new discipline. It requires some level of proficiency in the English language. It also require new skill, new expertise. So it is related to an entire scheme of things of training, of expertise, of upskilling and of major focus with the nation to ensure that we succeed as a nation. We can only succeed if we aspire to do better. Termasuk dalam bidang teknologi baharu. Itulah yang saya nak sampaikan.

 

  1. Saya terima kasih banyak saudara-saudara. Panas berpeluh, lepas tu sabar lepas tu. Terima kasih banyak.

 

  1. .. dan Ketua Menteri Chow, memang sebab Pulau Pinang ini banyak pencapaian yang membanggakan, termasuk Majlis Perbandaran. Kelulusan cekap, santuni masalah rakyat. Ini yang Komuniti MADANI, ada masalah rakyat cepat selesai, jangan dengan titik bengik, birokrasi, orang letih kadang-kadang. Kita bicara ekonomi begini, tapi rakyat minta itu kena tunggu. Nak minta lesen kena tunggu. Ini hal-hal yang kita tak patut pertahan lagi. Jadi setakat yang saya tahulah, yang saya tahu, yang saya tak tahu, saya taklah. Saya tahu, terima kasihlah seluruh keluarga Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana tahap kecekapan yang membanggakan.

 

  1. Saya uji dulu Fasa Satu projek perumahan. Saya nak tengok berapa cekap. Sebab di Kuala Lumpur, kalau dulu lazimnya projek perumahan enam hingga lapan bulan untuk dapat kelulusan awal. Ada satu projek saya bagi tarikh, 34 hari saya sampai. Jadi bergegas, bergegas semua. Selesai pula 34 hari. Jadi saya kata, look, you boleh selesaikan 34 hari. Sebab kebetulan PM pergi. Jadi yang PM tak pergi, kena tunggu enam bulan ke? Jadi, permulaan. Jadi saya cuba uji Dato’ Baderul Amin. Saya bagi, saya kata tarikh ini saya nak pergi untuk projek perumahan. Wah, siap sebelum satu bulan. Saya terima kasih banyak.

 

  1. Ini maknanya bekerja sebagai satu pasukan. Dia tak boleh satu orang. Dia kerja satu pasukan, macam bandar pintar. Kalau PDRM fikir no, no, no, no no.. ini bidang kita, ataupun Bahagian Penguatkuasa ini bidang kita, tak selesai. Dia mesti ada penyeragaman dan kerjasama. Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

LAPORAN VERBATIM

 

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KELIMA BELAS

 

PERTANYAAN    :   WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

TARIKH             :     4 NOVEMBER 2025 (SELASA)

 

SOALAN 2: DATO’ WIRA DR. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL [ KUBANG PASU ]

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya nak baca soalan, boleh saya nak ucap setinggi tahniah kepada komitmen Perdana Menteri dan juga Menteri Luar atas kejayaan Summit ASEAN baru-baru ini.

Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kejayaan dan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025; dan apakah hasil yang telah diperolehi oleh Malaysia dari mesyuarat pemimpin-pemimpin ekonomi APEC (AELM) yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Korea Selatan baru-baru ini.

 

JAWAPAN:

Tan Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih Kubang Pasu, mengenai ASEAN sebahagian telah saya jelaskan di sini, tetapi dalam beberapa hal yang kita anggap sangat bermanfaat buat negara daripada ASEAN adalah berdasarkan moto kita keterangkuman dan kemampanan, itu nampak diterima secara konsensus.

Kemudian bagi kita, penerimaan Timor-Leste itu satu kejayaan baik bagi negara atas ikhtiar Kementerian Luar dan penerimaan oleh semua negara-negara lain. Tidak mudah sebenarnya tapi proses itu mengambil masa dan hujahan kita akhirnya diterima. Itu satu perkara yang baik.

Keduanya, ASEAN 2045: Our Shared Future. Ini maknanya di Malaysia-lah diletakkan wawasan bagi ASEAN yang diterima oleh semua negara-negara ASEAN dan dalam perbincangan dengan negara-negara lain nampak mereka melihat, meneliti, menelusuri peruntukan-peruntukan yang ada dalam Vision 2045. Kemudian tentunya yang saya sebut di antara alasan Kehadiran Presiden Donald Trump itu kerana juga, selain daripada undangan ASEAN, kerana Kuala Lumpur Peace Accord di antara Thailand dan Kemboja.

Dan Myanmar, Five Point Consensus, kita jelaskan tentang kemajuan. Banyak yang tidak mengikuti perkembangan ini, walaupun tidak ada penyelesaian muktamad, yang penting bagi kami mengenai Myanmar ini, ialah menghentikan serangan ganas. Walaupun ada sedikit, tetapi bayangkan dalam setahun yang lalu ini, paling terkawal, terutama serangan bagi minoriti, termasuk Rakhine, di mana didiami majoriti oleh penduduk Rohingya.

Kemudian, triti persahabatan dan kerjasama di Asia Tenggara yang memasukkan Algeria, Uruguay dan Finland. Pertama kali kita anjurkan ASEAN — GCC, Negara Teluk Arab dan China. Ini menunjukkan sekali lagi, saya kata centrality. Ini juga menjawab tohmahan tentang kita mirip ke China atau ke Amerika Syarikat. Kerana centrality itu, kalau tidak begitu, tak mungkin. Bayangkan ASEAN — GCC — China. Itu kita pelopori. Dan ada yang bertanya mengapa negara China, tidak Amerika dan lain-lain. Tapi itulah jawapannya, centrality.

Kemudian, pelaksanaan inisiatif ASEAN Power Grid, itu besar kerana kita perlukan alternatif energy dalam dasar transisi tenaga dan ini dapat dimeterai dan di peringkat akhir, ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA). Jadi ini sebagai rumusan daripada beberapa yang kita jelaskan dalam ASEAN.

APEC ini kena ingat ya, APEC 21 negara ini, biggest trading block in the world kerana dia menguasai 61% daripada perdagangan dunia — 61% daripada GDP (KDNK), dunia, itu dalam APEC. Dan kita gunakan juga melalui APEC dan ASEAN untuk meningkatkan intra-ASEAN trade kerana sekarang ini sangat rendah, 22%. Apa langkah yang dibuat sekarang? Kita gunakan QR payment dan cash transfers; Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja, bermula 5 negara telah laksanakan.

Dan dengan APEC Alhamdulillah mereka iktiraf peranan Malaysia dalam sidang ASEAN, ramai yang menyebut hal yang demikian. Tetapi yang penting di persetujuannya ialah inisiatif AI APEC. Inisiatif AI APEC ini kita masukkan soal nilai dan soal kemanusiaan dan soal jati diri negara masing-masing. Tidak boleh dipaksakan berdasarkan kerangka program, kaedah yang ditentukan oleh negara luar. Jadi dari segi keputusannya, diterima. Maknanya tidak boleh kita diharapkan untuk menerima sepenuhnya. Dan inilah yang juga saya bincangkan dengan pengasas NVIDIA. Sekarang ini dah US$5 trillion, orang terkaya di dunia yang menemui saya di Korea baru-baru ini.

Bagi Malaysia, 80% daripada jumlah, seluruh jumlah perdagangannya adalah dari negara APEC. Jadi untuk itu, Kubang Pasu kita mesti berikan penekanan. Ini survival negara kita kerana 80%. Dan Tuan Rumah, Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung serta pemimpin ekonomi lain, sempat dalam perbincangan-perbincangan, itu untuk faedah negara Malaysia, peningkatan perniagaan, perdagangan dan kita juga ambil kesempatan umpamanya, bicara soal rare earth, nadir bumi kerana perbincangan ini banyak seolah-olah dengan Amerika Syarikat itu tidak benar. Jadi, rare earth yang kita bincangkan itu dengan Korea. Jadi ada Lynas Australia dan dengan Korea untuk meningkatkan kegiatan apa yang disebut “super magnet” di Kuantan, bersebelahan dengan projek Lynas kerjasama di antara Lynas dan syarikat JS Link. Itu mereka sudah pun mulakan operasi. Saya sudah bercadang hari Ahad yang  lalu untuk menjenguk ke sana tapi tak sempat.

Baik, jadi bagi saya, oleh yang demikian program kerjasama rantau ini penting. Malaysia adalah negara dagang, jadi untuk ASEAN, untuk APEC dan kita tingkat juga RCEP yang kita anggap penting. Inilah kali pertama yang kita hidupkan semula RCEP kerana dia akan memberi faedah dan keuntungan kepada Malaysia sebagai negara dagang dengan negara yang berkenaan.

Terima kasih.

 

SOALAN 2 TAMBAHAN 1: DATO’ WIRA DR. KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL [ KUBANG PASU ]

Tan Sri Yang di-Pertua,

Saya hanya nak kemuka kan soalan tambahan di sini mengenai dagangan di kalangan negara-negara asal inter-trade. Yang APEC, Tambun dah bagi dengan begitu jelas.

Nilai perdagangan antara negara ASEAN ini, dia berada pada tahap 20-22% sejak tahun 2000, tak pernah meningkat. Sedangkan kalau kita ambil dengan ASEAN plus 3 dengan China, Korea, 43%  — tinggi. Dan dengan Europe ialah 61%. Saya bagi contoh, ASEAN dengan China, kita bagi jumlah lah, ASEAN —  China, ASEAN — Amerika, ASEAN — Jepun, ASEAN — Korea Selatan, dia 2 trillion daripada jumlah USD 3.5 trillion ertinya more than 65%, 65% daripada jumlah dagangan ASEAN.

Sasaran kita macam disebutkan oleh Tambun tadi ialah ASEAN Community, target kita 2045, angka ini akan mencecah 40% intra-ASEAN trade dan sungguh pun terdapat FTA, tarif sifar antara negara-negara ASEAN ini. Tapi ia masih rendah. Soalannya, Tan Sri Yang di-Pertua, apakah pindaan yang dibuat terhadap ASEAN Trade Goods Agreement pada mesyuarat ASEAN baru-baru ini bagi mempertingkatkan intra-ASEAN trade? Dan bagaimanakah Malaysia melalui kesatuan dan kesepaduan ASEAN dapat mempertingkatkan nilai dagangan ASEAN hasil daripada pindaan ini?

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, untuk mempertingkat nilai dagangan dan intra-ASEAN ini, yang terbaik sekali adalah dengan memperkukuhkan intra-regional FDI rentas sempadan melalui rantaian nilai global dan deeper integration of industrial upgrading  — dengan izin.

Soalannya Tan Sri Yang di-Pertua, apakah langkah yang akan diambil oleh negara-negara ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia sebelum ini bagi mempertingkatkan pelaburan intra-ASEAN dan sekaligus mempertingkatkan nilai perdagangan intra-ASEAN ini?

Sekian, Tan Sri Yang di-Pertua.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih Kubang Pasu. Kita masih mempengerusikan ASEAN sehingga 31 Disember. Seperti yang saya jelaskan, di antara apa yang kita anggap sebagai kekurangan atau kelemahan ASEAN ini adalah penumpuan pada soal perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN. Jadi, bila kita mengemudi ASEAN awal tahun ini, ini yang menjadi target kita. Sebab itu, kita tingkatkan pembayaran QR payment yang saya sebutkan tadi, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Cambodia. Itu memudahkan penggunaan pembayaran dan penggunaan local currency. Dan ini paling berjaya dengan Thailand dan Indonesia yang kita nak kembangkan.

Yang kedua-nya bila kita ada, saya percaya sebaik saja bermula ASEAN Power Grid ini daripada Vietnam dan fasa pertama terus ke Kelantan dan turun ke Johor, ke Singapura. Jadi itu akan menjana perdagangan tambahan, penggunaan. Tetapi yang ditekankan dalam ASEAN dalam beberapa mesyuarat — pelancongan, pelaburan, perdagangan, dipermudahkan kegiatan sempadan. Akhir bulan ini, mesyuarat antara agensi-agensi sempadan untuk memudahkan laluan, menghentikan penyeludupan tetapi memudahkan laluan. Itu di antara langkah. Saya setuju dengan Kubang Pasu itu sebenarnya sebagai satu badan rantau kita agak kurang meningkatkan, memusatkan. Jangan kita terlalu terikat dengan soal geopolitik, soal Laut China Selatan, soal hubungan dengan negara-negara luar, terutama Amerika Syarikat dengan negara China, masalah Myanmar. Jadi penumpuan terhadap perdagangan. Tapi tahun ini, mesyuarat Menteri Perdagangan, Menteri Kewangan, Pelancongan dan termasuk sempadan dari segi security, itu ditingkatkan. Dan mudah-mudahan kita dapat saksikan perubahannya.

Tapi perdagangan ini kerana disinggung, saya nak sebut di sini tentang apa isu yang hangat di sebelah sana iaitu tentang perjanjian perdagangan ini. Kerana ini terkait bukan sahaja dengan Malaysia, dengan ASEAN.

Tan Sri Yang di-Pertua,

Negara China yang gergasi ekonomi baru ini pun masih berunding soal tariff dengan Amerika Syarikat — kita tidak terkecuali. Ini soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru ini. Iyalah, nak suruh turun sekali lagi, saya berapa kali suruh turun, sudahlah. Tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah masalah hubungan Amerika dengan China, soal perdagangan. Itu rundingan-nya di sini, di Kuala Lumpur. Pasukan China dan Amerika, 3 hari 3 malam berunding di Kuala Lumpur sebelum pertemuan Presiden Trump dan Presiden Xi Jinping baru-baru ini, jadi ada juga dasar dan khidmat kita. 

Saya nak sebut di sini, satu peruntukan yang sangat penting. Ini peguam-peguam sana pun tahu. Section 5, Economic and National Security — ada yang bangkit tidak sebut sovereignty, ini National Security, ditekankan. Tidak umum begitu saja. Peguam Negara bagi penjelasan, peruntukan ini komprehensif. Dia mengikat semua peruntukan-peruntukan lain.

Dengar baik-baik. Jadi yang ditekankannya, pertama timeline. A timeline for implementation that is acceptable to both parties. Waktu yang ditetapkan, yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Satu, apa dia? A shared economic, maknanya ada interest kedua-dua pihak — National security concern. Jadi kita ada juga pertimbangan, keselamatan negara kita. Kalau kita rasa menjejaskan keselamatan negara kita, maka kita tidak boleh menerima pakai. Guided by principles of goodwill and a shared commitment to enchancing bilateral relations. Ya, kita terima, perlu bilateral relations, itu satu. Cukup kuat, tapi tak cukup, kita tambah lagi. Malaysia shall adopt and implement measures in accordance with its domestic laws and regulations. Jadi kalau semua peruntukan ini kita rasa bercanggah — tak boleh.

Soal pertama, mengapa ada rundingan? Sebagai negara dagang, kita kena ada rundingan. Negara China sendiri pun ada rundingan. Eropah pun ada rundingan. Apakah yang menyebabkan kita menyerah semua? Tak betul. Baca lah, banyak peguam-peguam di sebelah sana, teliti betul-betul. Apakah yang memenuhi seratus peratus kehendak kita? Tidak. Terpaksa ada give and take. Dalam semua, FTA. Apakah ia menyebabkan kita ni jadi negara boneka Amerika? Kalau betul negara boneka Amerika, sehari selepas ni kita tak akan tandatangani FTA yang dipelopori oleh Malaysia, ASEAN, negara China dan negara China terima baik. Sebab itu saya katakan — soal politik, soal lain, tapi kalau soal perjanjian, bagi saya ini cukup mengikat.

5.2. Domestic regulatory process. Do not backfill or undermine these controls a manner consistent with applicable requirements of domestic laws and regulations. Itu 5.22. 5.3. Duty, evasion, cooperation. Maksudnya kalau di sana evade tak boleh, di sini evade pun tak boleh. Itu sebahagian yang lain telah diterangkan dengan jelas oleh Menteri MITI. Saya hanya ambil kesempatan Kubang Pasu, walaupun Kubang Pasu kata dah jelas. Tapi Kubang Pasu ni pasal dia arif, kerana dia terlatih dalam bidang ni. Ini kadang-kadang tak terlatih, dia pakai hukum orang sahaja. Ini yang masalah, sahabat-sahabat kita kena nasihat sikit.

 

SOALAN 2 TAMBAHAN 2: YB SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ]

Saya nak ucapkan tanyah dan syabas kepada Perdana Menteri dan juga team Kementerian Luar Negara dan juga team MITI kerana berjaya menganjurkan ASEAN Summit dan juga mendapat satu fair trade deal untuk Malaysia.

Saya juga kesian kepada Perdana Menteri kerana bertungkus lumus, bekerja sehinggakan sakit saya rasa rakyat di luar sangat menghargai pengorbanan Perdana Menteri dan kita harap Perdana Menteri get well soon, jangan overwork. Malaysia juga berjaya menandatangani agreement on reciprocal trade dengan US dan itu telah memberi kestabilan kepada pasaran bilateral trade di antara Malaysia dan juga US.

Namun di luar sana, ahli-ahli politik, pembangkang terutamanya memainkan isu tentang mereka bandingkan ART Malaysia dengan ART Cambodia. Bolehkah Perdana Menteri terangkan sedikit kerana kita tidak mahu mereka memainkan isu out of context kerana kita kena tengok keseluruhan kerana perbincangan negosiasi tu memang berbeza antara satu negara dengan satu negara lain yang paling penting kalau boleh Perdana Menteri terangkan kebaikan ART ini kepada rakyat Malaysia dari segi peluang pekerjaan dari segi ekonomi dan juga kalau kita tidak sign ART ni apakah yang akan implikasi kepada ekonomi Malaysia. Saya minta supaya Perdana Menteri jelaskan kepada rakyat di sana supaya mereka boleh faham dengan lebih, lebih faham tentang isu ini.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih saya telah jelaskan sebahagiannya, terima kasih Bayan Baru ya, sebahagianya umpamanya mengundang Presiden Donald Trump atas nama ASEAN dan lihat beberapa kenyataan, dia telah melawat banyak negara bukan soal sambutan yang takpelah yang kata buat apa nak menari satu-satu salah besar yang curi bilion-bilion tak apa ini masalah sebahagian dari pembangkang.

Baik, tetapi bila yang masalah itu dibesarkan tapi saya nak sebut satu perkara yang tak boleh dimungkiri hebat bagaimanapun saudara bicara iaitu kita gunakan peluang itu kalau saya kata dalam private conversation dalam the beast sudah boleh bertikai tapi openly bukan sekali, tiga kali secara terbuka saya tak sebut 20 point 21 atau 20 point konsensus ataupun penyelesaian Presiden Donald Trump kita sebut comprehensive solution.

Soal Gaza ini mesti ada penyelesaian komprehensif. Nak sebut apa lagi? itu dah maksimal, lihat dah lah kunjungan-kunjungan dia kepada negara lain. Negara mana yang sebut depan Trump itu, saya sebut kerana saya mewakili Malaysia. Ya. Saya tidak minta atau penghargaan tetapi makin hamun atas nama agama, saya menyampah betul Tan Sri. Ya. kerana dia tak peduli fakta asalkan dia berlepasi lain terus dia kecam dia mendewakan orang yang batalkan peruntukan agama yang jelas-jelas sekular yang menentang syariat Islam itu sekarang dipuja. 

Tapi saya nak sebut perkara ni apa kaitan soalan tadi? oh biarlah saya jawab dulu aduh lah tak sabar langsung Ulu Terangganu ni memang susah sikit nak kawal. (nada berseloroh)

Baik, saya nak sebut di sini itu yang pertama. Ya jadi, hubungan ini, agreement ini satu part tetapi, boleh nafikan tidak? Trump, Presiden Trump melawat berapa negara? Berapa negara yang sebut depan Presiden Trump, kita perlu comprehensive solution depan muka dia. Jadi, ini yang kita lakukan. Tak ada tak ada dengarlah dulu. Saya tanya ada tidak negara lain yang cakap macam itu? Berdepan, yang belakang banyak di kampung dekat Ulu Terangganu bolehla jerit, ini depan Presiden Trump.

Jadi itu satu yang saya sebut soal perjanjian ada tak negara yang tak mahu ada perjanjian dengan Amerika Syarikat? Tidak ada. Apakah mudah? Tidak mudah. Kita mengadakan rundingan dengan gergasi dunia ekonomi. Negara China pun juga tapi yang penting yang saya nak sebut di sini, sementara kita jelaskan beberapa hubungan yang bangkit macam rare earth dengan negara Amerika Syarikat, kita kata tidak eksport. Itu satu keputusan yang baik tapi kita tidak boleh tuntut masing-masing negeri untuk terima. Kita boleh halang eksport tetapi soal syarikat, itu negeri boleh putuskan. Tak mahu Amerika, boleh dengan China, tidak boleh dengan China, macam Pahang buat dengan Korea. Apa masalah dia? Mana negeri yang hendak pilih nak ambil syarikat Amerika, rundinglah.

Tapi yang setakat ini, Perak buat dengan negara China, Pahang buat dengan negara Korea tidak menolak kemungkinan itu. Jadi itu yang saya sebut tadi tentang faedah kena kepentingan ekonomi, kita kerana kita negara dagang.

Kita boleh berselisih pendapat, saya nak tanya, apakah boleh kita menolak sama sekali? Ya, keputusannya boleh, tapi apakah kesan daripada ekonomi? Tapi apa yang kita menyerah? Saya bagi tahu tentang tadi beberapa klausa, peruntukan yang membantu kita untuk berunding terus ataupun tidak berundur daripada menjaga kepentingan negara.

Ini soal ekonomi, peluang pekerjaan semua orang tahulah bagaimana kita boleh tingkatkan digital, transformation, AI tanpa Nvidia, Google, Microsoft? Saya tidak nampak sebab itu negara China sendiri berunding supaya minta supaya ruang dengan syarikat-syarikat semikonduktor dan AI Amerika dapat ada hubungan. Sama ada Amerika berjaya atau tidak itu soal lain.

Kedua-dua ada perang dagang di antara Amerika Syarikat dengan negara China, kita dasar centraliti dari segi ekonomi kita baik semua ada yang mengatakan kita mengesahkan penganiayaan dan kekejaman dan kezaliman terhadap Gaza saya beritahu pendidikan kita tegas tapi itulah yang maksima yang kita mampu lakukan ialah menyatakan kepada Trump. Soal private conversation antara negara itu tentu saya tidak beri maklumat tapi percayalah, saya lakukan sedaya upaya saya untuk mempertahankan kepentingan Gaza dan Palestine.

 

SOALAN TAMBAHAN 3: YB DATUK SERI TAKIYUDDIN BIN HASSAN [KOTA BHARU]

Soalan tambahan saya very straightforward. Mengenai Agreement on Reciprocal Trade (ART) ini, yang pertama, saya nak minta Yang Amat Berhormat bagi penjelasan terhadap satu kenyataan yang dikeluarkan oleh The Edge Malaysia bertarikh 3 November semalam. Tajuknya “Malaysia forced into US trade talks to protect its exports, says Deputy Minister”. Saya mohon baca:

Kuala Lumpur, November 3 – Malaysia had no choice but to enter negotiations with the US over the recent reciprocal trade agreement as the discussions were driven by Washington’s unilateral move and the two sides were not on equal footing, Deputy Investment Trade and Industry Minister Liew Chin Tong said.

Much like other export-reliant economies, including Japan, South Korea and China, Liew said Malaysia was “forced” into the talks after the US announced the so-called reciprocal tariffs back in April.

“If you ask me, of course I don’t want to negotiate. None of us want to negotiate with the US — not China, not Japan, not South Korea. But when the US said ‘you either follow my rules or I will impose hefty tariffs’, every nation had to decide to negotiate with the US,” he said during his speech at the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) Business Conference on the 2026 National Budget, SST and International Trade Updates.

Liew said Malaysia had no desire to enter such talks but had to do so to protect its export markets. “This was not an equal partnership. It was a US unilateral action,” he said, noting that the same predicament applied to even countries in Europe and East Asia.

Ini bukan Harakah Daily, ini The Edge, November 3, yesterday only. So, saya nak minta penerangan daripada YAB Perdana Menteri, ini kenyataan daripada anggota kerajaan, anggota pentadbiran, yang pertama.

Yang kedua, straightforward juga. Disebut oleh YAB Perdana Menteri tadi, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media. Sebenarnya kenyataan media ini kenyataan politik, berbentuk politik daripada Jabatan Peguam Negara. Sepatutnya Jabatan Peguam Negara sebagai penasihat, the advisor of the government, you must give legal opinion on ART. Bukannya kenyataan media macam menteri, macam orang politik juga.

Saya nak tanya kepada YAB Perdana Menteri untuk makluman seluruh negara dan juga Dewan ini, adakah memorandum Jemaah Menteri yang diangkat berkaitan dengan ART ini, saya pasti tentu ada. Adakah mendapat ulasan daripada Jabatan Peguam Negara? Dan kalau sekiranya ada ulasan, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan apa sebenarnya legal opinion daripada Jabatan Peguam Negara?

Kita tak mahu sepertimana yang disebut oleh YB Pandan dalam satu posting Facebook-nya, YB Pandan kata perjanjian Amerika jangan sapu isu bawah karpet. Rafizi itu penyokong kerajaan, jadi saya nak mohon penjelasan daripada YAB Perdana Menteri, terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih. Yang pertamanya Timbalan Menteri sebut kita terpaksa mengadakan perundingan. Dengarlah dulu. Tak sabar langsung. Baik.

Apakah keputusan Amerika itu unilateral? Betul. Amerika itu buat unilateral agreement. Saya bincang panjang dengan Presiden Lula da Silva, Brazil yang kena 50%. Jadi bukan dia bantah, dia bantah. Kemudian, apakah dia minta ada perundingan dengan Amerika? Ada. Itu siapa? Brazil. Jadi, apakah dia setuju? Dia tak setuju. Apakah dia berunding? Dia runding. Janganlah cakap berdegar-degar, ini kenyataan. Brazil kena 50%, dia berunding. Di mana dia berunding? Di Kuala Lumpur.

Dia minta bertemu setelah unilateral keputusan oleh Amerika Syarikat. Cyril Ramaphosa, Afrika Selatan pun begitu. Negara China yang di-impose unilateral, yes. Tentu sebagai negara China besar, dia tak kata dia dipaksa tapi dia kata dia bersedia berunding bila Amerika mengambil kesempatan begitu.

Jadi maksud, mungkin naratif Timbalan Menteri itu tidak halus betul-betul tetapi semangatnya betul. Kita tak setuju 19%, saya beritahu dalam mesyuarat bilateral, Menteri-Menteri ada, Menteri Luar ya.

Saya sebut ‘Mr. President, I disagree, just to be lower’. 19%, mula dia kata 25%, turun 19%. Saya kata saya setuju, saya tak setuju. ‘It has to be lower’, tapi ini unilateral dia. Baik, itu konteks dia, kena betullah.

Maknanya, apakah kita harus, kalau tanya saya, kita harus berunding. Tapi istilah Timbalan Menteri dia kata kita terpaksa, terpaksa berunding. Tak apalah. Saya akan minta dia fine-tune sikit. Boleh? Boleh. Tapi ini yang maksudnya, reciprocal tariff yang dikenakan.

Yang keduanya, dalam keadaan begitu, kita gunakan sedaya upaya. Sebenarnya rundingan itu sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan. dengan team pasukan kita yang keras, bukan tidak mudah. Malah dalam termasuk yang orang cuba pertikai saya sebut soal halal, dia kata Anwar menyerah Amerika, itu mesti diteruskan walaupun saya dah jelaskan. Saya baru teringat nama Professor of Medicine Harvard itu, Profesor Kandil ayahnya pernah bertugas dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Kemudian yang chairman-nya komiti Syed Taha Jabir al-Alwani, Ustaz Imam Masjid, Itu saya ingat betul.


Ini saya kata mereka yang putuskan. Jadi kalau mereka putuskan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada hubungan boleh mengesahkan, adalah confidence. Tapi kalau mana-mana badan di mana yang tak boleh kita sahkan, kita tak sahkan. Walaupun import daging dari Amerika itu tersangat kecil. Tapi kita masih jaga kedudukan kita. Baik.

Saya nak sebut di sini yang dibangkitkan oleh YB Kota Bharu itu. Saya nak sebut, yang saya sebut exit clause, Yang di-Pertua, apa dia? 7.4. Dia masalah bila kita baca, kita baca ikut selera kita. Kalau baca-baca keseluruhannya, tak setuju para pertama. Saya boleh beritahu, tapi ini masalah antara negara. Semasa bincang dengan Premier Lee Qiang, saya peka ini. Tapi saya tak mahu sebut terperinci, tak elok. Tetapi, baca keseluruhannya kerana sebahagian kalau kita baca, kita menimbulkan kebimbangan.

Tetapi sebab tu saya baca tadi 5.1 dan kemudian 7.4 yang penting ini iaitu enforcement, penguatkuasaannya. ‘Nothing in this agreement shall constrain or otherwise prevent a party from imposing international tariffs’. Betul. Kita boleh kenakan, dia boleh kenakan. But untuk apa? ‘To remedy unfair trade practices to address import surges, to protect its economic or national security’. Ini binding clause bagi kita. ‘Or for other similar reasons consistent with its domestic law’.


Sebab itu soal bumiputera kita pertahankan dan soal kepentingan qualification tentang apapun penguatkuasaan, dia tak boleh membelakangkan undang-undang domestik kita. Ini YB Arau, catat betul-betul. Kalau tidak, pakai sergah saja tak boleh.

Jadi, tanya soal yang berikutnya ialah Peguam Negara. Saya nak sebut di sini, dalam mesyuarat Jemaah Menteri, berulang kali bukan sekali, yang akhir pun itu ulasan Peguam Negara, itu diperlukan. Tidak ada apa-apa peruntukan yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan pertubuhan. Dan saya bincang dengan Jemaah Menteri kerana kita tidak mahu ada precedent. Peguam Negara itu menasihat Kabinet apakah harus terbuka tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara itu kerana mereka teliti. Janganlah kata politik, dia teliti sebenarnya ini pandangan dia. Tak boleh yang ini, tak boleh yang ini, yang ini boleh, boleh, boleh… kemudian itu dia pertahanlah keputusan. Apa salah? Apa yang politiknya?

Kalau kita minta dia buat kenyataan baru yang untuk mempertahankan kerajaan semata-mata itu political lah. Tapi kalau kenyataan dia itu setelah meneliti dan saya bukan nak pertahankan Peguam Negara tetapi beberapa keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kemudian kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara. Itu cara kita kerja. Yang kepala dari segi rundingan itu memang dari MITI, tetapi bila bincang soal halal, JAKIM masuk. Bila bincang soal import daging, Kementerian Pertanian masuk. Tapi dari keseluruhannya, undang-undangnya, Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

YB Pandan pada masa itu tidak lagi dalam Jemaah Menteri, tapi saya nak beritahu peringkat awal sampai akhir Jemaah Menteri meneliti dan tidak mudah kerana Jemaah Menteri juga tahu akan implikasinya dan beberapa isu dibahaskan tetapi saya tegaskan sekali lagi, Tan Sri Yang di-Pertua, dari segi undang-undang dan perjanjian antara negara, Jabatan Peguam Negara itu punyai kedudukan yang agak penting kerana kita tidak mahu tandatangan apa-apa undang-undang yang bercanggah dengan semangat Pelembagaan atau undang-undang negara. Terima kasih.

 

 

LAPORAN VERBATIM

 

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KELIMA BELAS

 

PERTANYAAN

:

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

DARIPADA

:

YANG BERHORMAT PUAN SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID

[BUKIT BENDERA]

 

TARIKH

:

04 NOVEMBER 2025 (SELASA)

 

SOALAN:

Minta PERDANA MENTERI menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan yang Kerajaan ambil dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95. 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Tan Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada YB Bukit Bendera, soalan itu menunjukkan keprihatinannya kepada semua kalangan rakyat.

 

  1. Saya nak jelaskan bahawa kalau kita ikut cadangan awal Bank Dunia, penyasaran subsidi bermakna kita naikkan harga ikut pasaran, kemudian berikan suntikan wang tunai. Tapi seperti mana yang saya jelaskan di Dewan ini, Jemaah Menteri memutuskan untuk menolak cadangan itu dan menggunakan pendekatan yang kita amalkan sekarang iaitu tidak menaikkan harga malah menurunkan harga minyak bagi rakyat.

 

  1. Walaupun YB Arau ada menyinggung kononnya sebab turun Anwar, (bagi) saya yang penting, turun minyak. Dan sekarang ni sibuk nak turun orang lain pula.

 

  1. Alhamdulillah, setelah satu bulan pelaksanaan, kita lihat kejayaan membanggakan. Terima kasih YB Pendang turut mendoakan walaupun ada sedikit sindiran, itu biasa. Alhamdulillah, baik. Subsidi petrol RON95 menggunakan pendekatan BUDI95, dia jadi mudah dilaksanakan dan sekarang ini pilihan digital telah meningkat dan dia sendirinya diberikan latihan pendedahan kepada rakyat menggunakan aplikasi SETEL dan TNG e-wallet dan lain-lain.

 

  1. Kemudian, dengan mengenakan RM1.99 seliter itu tentunya jauh lebih rendah dan diterima baik dan saya ucap terima kasih kepada rakyat yang memberikan kerjasama dan membantu. Malah banyak juga yang melaporkan sekiranya ada kebocoran, ketirisan, penyeludupan. Ramai rakyat yang sekarang melaporkan kepada pihak berkuasa.

 

  1. Jadi ini memerlukan lesen memandu sah walaupun dia ada kontroversi sedikit, tapi sekarang orang dapat terima kerana ia lebih transparent ataupun telus.

 

  1. Setakat bulan Oktober, 13.1 juta rakyat telah gunakan dan belanja RM2.6 bilion ringgit RON95 bersubsidi, jadi subsidi kerajaan kepada rakyat RM800 juta setakat pelaksanaannya, baik.

 

7. Soalannya, apakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata untuk penggunaan bulan Oktober.

              ini 0.7%.

 

8. Berhubung golongan pengguna bot:

 

9. Berhubung dengan pemandu e-hailing:

Baik, ada lagi yang rakan-rakan anak-anak kita dari e-hailing yang merasakan masih belum cukup.

 

  1. Ada yang membangkitkan soal OKU, saya ingat YB Kota Melaka yang isterinya orang asing. Kes-kes sebegitu, kes itu telah diselesaikan, kes-kes sebegitu masih ada ruang untuk membuat permohonan kerana kes-kes itu tidak ramai tetapi kita berikan pertimbangan kerana MADANI ini dia ada ihsan dan kemanusiaan.

Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 1: PUAN SYERLEENA BINTI ABDUL RASHID [BUKIT BENDERA]

Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri serta seluruh Jemaah Menteri atas usaha berterusan dalam memastikan inisiatif seperti BUDI95 benar-benar membantu rakyat yang memerlukan. Tidak nafi penyasaran subsidi seperti ini merupakan satu usaha yang penting. Namun begitu izinkan saya bertanya, dalam Belanjawan, Kerajaan telah mengumumkan bahawa penyasaran subsidi RON95 akan diberikan kepada 85% rakyat. Namun mengapa akhirnya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Budi95 yang memanfaatkan semua warga negara Malaysia termasuk juga golongan T15?

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, masalah pelaksanaannya bila kita nak T15, kalau kita letak target mulanya RM13,000 sebulan, kemudian RM20,000 sebulan. Itu masih menekan golongan kelas menengah atas. Jadi kita nak naikkan RM50,000 sebulan atau lebih kurang, tapi jumlahnya sangat kecil.

Jadi, dari segi penguatkuasaan, kos penguatkuasaan itu tinggi. Jadi, sekarang ini pandangan kita, kita jalankan ini dulu dan kalau ada keperluan di masa akan datang, di mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenalkan, tetapi bagi yang benar-benar tinggi ataupun kendaraan betul-betul mewah. Itu masalah. Kerana setakat ini pun, penjimatan kita adalah sekitar RM 2.5 bilion. Ada yang mengatakan bahawa ini lebih rendah daripada yang disasarkan pada peringkat awal mengikut kajian Bank Dunia. Saya tidak setuju sebab kita lihat penyelesaian subsidi dari keseluruhan.

Dari diesel, RM5 bilion kita selamatkan. RM5 bilion itu kerana banyak dalam sistem lama itu terlalu banyak penyeludupan dan kita risau. Dari elektrik, RM6 bilion; dari ayam, pengapungan RM1 bilion; dari telur RM1 bilion.

Jadi bagi mengikut pendapat saya, ini sudah cukup lah bagi kerajaan supaya kita laksanakan dengan hati-hati supaya tidak membebankan rakyat kerana dalam kes-kes seperti yang saya sebutkan tadi, ia tidak melibatkan 85%, tapi dalam kes itu lebih senang digunakan. Beda dengan penyasaran subsidi minyak petrol ini.

 

SOALAN TAMBAHAN 2: YB TUAN DATUK HAJI AWANG SOLAHUDDIN BIN HASHIM [ PENDANG ]

Saya nak ucap terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang saya memang ikhlas berdoa. Yang kita ini orang utara yang kecoh sikit-sikit itu, memang kita ini selalu melawak.

Kita rasa walaupun pelaksanaan BUDI95 ini bertujuan untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, persoalannya, bagaimanakah kerajaan menilai keberkesanan dasar ini dalam konteks tekanan luaran seperti tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan Malaysia, yang secara tidak langsung meningkatkan kos pengangkutan dan logistik.

Adakah kerajaan mengambil kira faktor tarif antarabangsa ini dalam mekanisme semakan semula kadar subsidi bagi memastikan pemandu e-hailing, teksi dan nelayan sungai tidak terus menanggung beban berganda akibat kesan global ke atas harga barang, bahan api dan barangan keperluan?

 

Saya nak sentuh juga berkenaan dengan Petronas ini, kita jadikan sebagai trading company untuk buy and selling — dengan izin — buy and selling goods from US. Dan adakah ini termasuk LNG yang menjadi satu elemen dalam perjanjian ini? Adakah ini memberi kesan kepada hasil negara ataupun revenue negara apabila ada yang kita senaraikan kosong sehingga 19% ini yang tidak dicukaikan? Yang kosong percent ini, adakah perkara-perkara ini kita minta kerajaan senaraikan juga perkara-perkara yang tidak dicukaikan ataupun yang cukai kosong peratus sehingga 19%? Sekian, terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih YB Pendang, lama tak dengar perkataan kecoh. Kecoh ini orang Kedah, Tan Sri Yang di-Pertua tahu tapi untuk makluman yang lain, kecoh ini maknanya menarik sikit-sikitlah.

Baik. Saya sudah umumkan tadi untuk e-hailing, teksi, nelayan itu sudah dikecualikan dengan memberikan peluang kepada mereka tanpa menggunakan harga pasaran. Tapi apakah kesan tarif bila dilaksanakan itu menyebabkan kita perlu kaji? Tentunya kita sedang pantau kesannya, kerana tarif walaupun diturunkan, tetapi dikecualikan banyak item, banyak yang mendapat pengecualian.

Semikonduktor yang besar, yang kita paling bimbang ialah semikonduktor dan juga kelapa sawit. Itu sekarang ini dikecualikan, tetapi kita masih pantau apa kesan dari segi kos, tentunya meningkat, tentunya kerajaan patut kaji semula beberapa dasar supaya tidak membebankan rakyat.

Soal Petronas dan LNG telah dijelaskan sebenarnya. Ini bermula sudah lama, termasuk semasa rakan-rakan dalam kerajaan. Telah dirunding, telah ada import. Jadi bukan perkara baru. Cuma sekarang ni apa yang dilakukan, yang dilakukan ialah menyenaraikan semua yang lalu, umpamanya MAS. Bila MAS beli Airbus dan Boeing, itu keputusan lama. Rundingannya sudah dua tiga tahun tetapi dimeterai sebelum tarikh ini. Tetapi soalnya, mengapa dimasukkan ini semua? Kerana kita, dalam hujah kita dengan Amerika Syarikat, kita nak terangkan ini — jangan dia kenakan hal-hal yang baru. Kita kata dah kita beli ini di Google.

Jadi LNG ini, saya tengok rekod dari 2018, masa mantan Perdana Menteri, ketua saudara-saudara sekarang lah, itu sudah diadakan perjanjian. Kemudian ditingkatkan tahun demi tahun. Jadi kita kemudian catat untuk keperluan kita untuk tahun-tahun akan datang.

Saya hendak jelaskan sekali lagi — sama ada Google, Microsoft, Nvidia, spare parts itu diperlukan oleh syarikat-syarikat Amerika. Tidak ada kaitan dengan kita. Kerajaan, tidak. Tetapi syarikat kerajaan ada, termasuk milik kerajaan, Petronas. Tapi bukan perkara baru.

Kita catat berdasarkan apa yang sedang diselenggarakan oleh kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu. Saya tegaskan sekali lagi YB Pendang, LNG ini diputuskan awal. Kita hanya mencatat kadar import yang meningkat keadaan sekarang, keperluan sekarang. Itu dia dua hal yang mesti diberi penekanan. Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 3: YB TUAN SUHAIZAN BIN KAIAT [ PULAI ]

Terima kasih dan tahniah berkenaan dengan masalah OKU tadi. OKU ini bukan sahaja isteri yang warga asing contoh tadi, tetapi sebenarnya ada sebahagian lagi. Mereka gunakan kenderaan anak mereka. Tetapi OKU itu tidak ada lesen kenderaan, jadi kalau kerajaan memberi pertimbangan ini sangat baik kepada mereka. Mungkin tak sampai lah 300 liter tapi ikut kuota yang bersesuaian.

Soalan saya di sini adalah PMX dah sebut tadi perkenaan dengan penjimatan, jadi itu pada tahun ini dengan perubahan-perubahan bahan mentah ini, apakah jangkaan kerajaan penjimatan pada tahun depan? Dan satu lagi juga, apakah dengan kejayaan dalam BUDI95 ini, kerajaan bercadang untuk beri pula kepada BUDI Diesel pula? Terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

Terima kasih YB Pulai. OKU, benar saya ingat tadi saya jelaskan hanya untuk OKU yang suaminya itu, isterinya itu orang asing.Tetapi saya setuju dengan Pulai bahawa kalau untuk OKU, sama ada anak atau mungkin sahabat yang membantu atau pekerja, itu semua harus dikemukakan dan saya percaya perkara ini akan dipermudahkan. Mungkin kita senaraikan satu borang khas untuk OKU untuk tidak membebankan mereka.

Tentang saya katakan untuk penjimatan, walaupun dimasukkan jumlah ini sangat kecil keseluruhannya OKU, saya masih jangka sekitar minima RM2.5 bilion. Kita tidak bercadang untuk membuat apa-apa perubahan dari penyasaran yang sedia ada kerana dianggap ada kejayaan. Terima kasih.

 

VERBATIM TEXT

 

OPENING REMARKS BY

 

THE HONOURABLE DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

 

AT THE

15TH ASEAN – UNITED NATIONS (UN) SUMMIT

Excellencies, ladies and gentlemen,

  1. Excellency Antonio Guterres, Secretary General of the United Nations. Welcome to the 15th ASEAN – United Nations Summit.
  1. But before that, can I express how glad we are? Not only due to your presence, but your voice of conscience, your courage and being very consistent and coherent in defending the entire spirit of multilateral arrangements and defending freedom and respecting rights of countries of minorities.
  1. And I think, certainly, I think we must say that it’s a challenge, but we admire your tenacity and your courage, including some very, what I said earlier about intractable cases like Gaza, the atrocities committed and you have been, you know, very consistent, the voice of reason and the voice of conscience. So, thank you very much.
  1. And I would begin, of course, by inviting you, Antonio Guterres, Secretary-General of the United Nations, to deliver your opening remarks.

 

UCAPAN PENERANGAN

PENDIRIAN KERAJAAN MADANI BERHUBUNG

PEMBERIAN KHAS PERSEKUTUAN KEPADA SABAH

 

OLEH:

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

22 OKTOBER 2025 (RABU)

 

________________________________________________

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera.

       

Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat,

 

  1. Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu terpakai dan tidak ada kenyataan saya yang bercanggah dengan keputusan itu. Dan keputusan itu juga terpakai yang juga menegur, terutama Kerajaan Persekutuan semasa Yang Berhormat Pembangkang menjadi Menteri. Jangan lupa itu. Dan kalau kita lihat umpamanya dia tidak menyentuh 22, 23 dan berikutnya.

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

  1. Kita ambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober berhubung kajian semula pemberian khas Persekutuan kepada Sabah. Kerajaan MADANI menghormati proses perundangan dan akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu setelah diterima kelak. Belum diterima lagi. Sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan atas nasihat Peguam Negara demi kebaikan dan kepentingan Sabah dan Malaysia seluruhnya.

 

  1. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu antara lainnya mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan satu kajian semula bersama Kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kesan terhadap hak 40 peratus.

 

  1. Keputusan ini tentu diambil serius oleh Kerajaan Persekutuan dan menunggu Kerajaan Sabah setelah Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan. Tetapi yang memusykilkan ialah keputusan itu telah mengundang tafsiran yang mengelirukan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan kini, dan terutama sebelumnya yang juga disertai oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Pembangkang sekarang, hanya menyedut hasil Sabah dan tidak menyumbang kepada pembangunan Sabah.

 

  1. Now, bagi menghormati proses perundangan yang mungkin masih berlangsung, Kerajaan Persekutuan tidak dapat memperincikan apa juga perkara yang masih menjadi pertikaian di Mahkamah. Cuma hari ini, bagi menyangkal tohmahan, saya ingin menerangkan kerangka besar berhubung komitmen Kerajaan MADANI kepada pembangunan Sabah.

 

  1. Pertama, saya ingin menegaskan sepertimana juga Kerajaan Persekutuan dan Negeri sebelum ini iaitu Perdana Menteri – Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Menteri bahawa Kerajaan MADANI komited memenuhi segala obligasi kepada Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

  1. Tidak dapat dimungkiri bahawa setakat ini Kerajaan MADANI telah mencapai kemajuan positif dalam menyelesaikan banyak isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Kedua. Terima kasih.

 

  1. Sebanyak 13 tuntutan di bawah MA63 telah diselesaikan. Antaranya yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah termasuk:

a. penyerahan kuasa kawal selia elektrik dan Sabah Electricity Sdn Bhd kepada Kerajaan Sabah. Kendati begitu, setelah menyerahkan, Kerajaan Persekutuan masih tetap menyediakan RM1.2 bilion ringgit untuk menjamin kelangsungan bekalan elektrik Sabah.

b. Kerajaan MADANI mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Jabatan Bekalan Air Sabah (JBAS) sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182. Kita telah menyerahkan kuasa melulus bagi perolehan projek Persekutuan kepada Jabatan Teknik Sabah sehingga RM50 juta.

c. Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (Akta 53) juga telah dilaksanakan bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap LHDN.

 

PEMBERIAN KHAS PERSEKUTUAN KEPADA SABAH

 

  1. Berkenaan Pemberian Khas Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, kajian semula telah dilaksanakan dan diwartakan pada tahun 2022, 2023, 2024 dan seterusnya sehingga 2025. Kajian ini adalah sah dan selaras dengan Peruntukan 112 Perlembagaan Persekutuan.

Pertama: Kajian semula telah mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, serta keperluan untuk menampung kos perkhidmatan Sabah.

Kedua: Kajian semula ini meliputi tempoh lima (5) tahun.

Ketiga: Pewartaan hasil kajian semula yang telahpun dibentangkan di Parlimen.

 

  1. Pemberian khas kepada Sabah telah pegun pada kadar RM26.7 juta sehingga tahun 2021. Pada tahun 2019, Kerajaan Sabah telah bersetuju dengan cadangan meningkatkan pemberian khas Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta.

 

  1. Kajian semula yang dibuat pada tahun 2022 dan persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada masa itu dicapai untuk menaikkan pemberian khas kepada RM125.6 juta.

 

  1. Di bawah Kerajaan MADANI, kajian semula pemberian khas dilaksanakan pada tahun 2023 dan mencapai persetujuan bersama untuk menggandakan pemberian khas kepada RM300 juta.

 

  1. Pada tahun 2025, Kerajaan Persekutuan sekali lagi melaksanakan kajian semula dan mencapai persetujuan dengan Kerajaan Sabah untuk menaikkan sekali ganda lagi pemberian khas kepada RM600 juta ketimbang RM26.7 juta semasa rakan-rakan di sebelah sana menjadi Kerajaan Persekutuan.

 

  1. Pembayaran keseluruhan pemberian khas RM600 juta ini pun telah disempurnakan pada 10 September yang lalu kepada Kerajaan Sabah.

 

  1. Tetapi, keputusan ini adalah bersifat interim. Ini kenyataan yang kita buat bersama Kerajaan Sabah. Ia tidak muktamad, ia interim, sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan kaedah baharu yang menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan.

 

  1. Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk Sabah juga terus meningkat. Perbelanjaan ini meliputi pemberian negeri, perbelanjaan mengurus agensi Persekutuan, subsidi bahan api, serta perbelanjaan untuk pembangunan.

 

  1. Untuk tahun 2022, perbelanjaan sebenar adalah sekitar RM13 bilion. Tahun 2023 dan 2024, sekitar RM14 bilion. Peruntukan ditingkatkan oleh Kerajaan MADANI untuk Sabah, mencecah RM17 bilion untuk tahun 2025 dan 2026.

 

  1. Tan Sri Yang Di-Pertua, ia melebihi jumlah hasil yang dikutip di Sabah untuk tahun 2022, 2023, dan 2024, iaitu sekitar RM10 bilion setahun.

 

  1. Hasil tersebut termasuk bayaran tunai hasil petroleum 5 peratus serta cukai langsung dan tidak langsung lainnya. Ini bermakna, Kerajaan MADANI telah membelanjakan lebih daripada hasil keseluruhan pendapatan di Sabah. Hasil kesuruhan pendapatan sekitar RM10 bilion untuk tahun 2025 dan 2026, Kerajaan Persekutuan membelanja RM17 bilion.

 

  1. Di bawah Belanjawan 2026, kita telah mengambil kira keperluan Sabah dan tuntutan termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Peruntukan pembangunan mencecah RM7 bilion iaitu tertinggi ketimbang semua negeri lain. Di bawah RMK13, projek yang disenaraikan pun ditambah termasuk yang saya telah umumkan dalam Belanjawan:

 

  1. Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM14 bilion merangkumi RM5 bilion peruntukan pembangunan dan RM9 bilion dibiayai melalui pinjaman.

 

  1. Ini termasuk RM1 bilion untuk projek air Sabah yang dijangka siap pada tahun hadapan.

 

PERJANJIAN KERJASAMA KOMERSIAL (CCA)

  1. Kita menyokong pertumbuhan sektor minyak dan gas di Sabah supaya dimanfaatkan rakyat Sabah.

 

  1. Untuk itu, pada Disember 2021, Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) telah dimeterai dengan Kerajaan Sabah dengan hasrat meningkatkan penyertaan anak Sabah untuk berkecimpung dalam industri minyak dan gas Sabah.

 

  1. Dengan sokongan Kerajaan MADANI, kerjasama tersebut membuahkan hasil dengan kontraktor minyak dan gas Sabah memperolehi projek bernilai RM2 bilion pada tahun 2024.

 

  1. Kerajaan Persekutuan bersetuju supaya Kerajaan Sabah mengenakan cukai jualan Sabah ke atas produk petroleum bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada Sabah sekitar RM2 bilion satu tahun.

PENUTUP

Tan Sri Yang di-Pertua,

  1. Kerajaan MADANI telah sedaya upaya menyelesaikan segala tuntutan MA63 yang tertunggak berpuluh tahun, meningkatkan Kadar Pemberian Khas kepada Sabah, hanya berlaku peningkatannya sejak tahun 2023 dan menambah peruntukan mengurus dan pembangunan setiap tahun untuk kesejahteraan Sabah tertinggi RM17 bilion pada tahun ini.

 

  1. Komitmen ini adalah berterusan supaya segala obligasi Kerajaan Persekutuan kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dapat dipenuhi selain menambah baik Pemberian Khas Sabah sesuai dengan keperluan perkhidmatan Kerajaan Sabah dan kemampuan fiskal Kerajaan Persekutuan. Inilah tekad Kerajaan MADANI seperti yang kita janjikan.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

KENDURI RAKYAT BERSAMA WARGA SEKOLAH

PONDOK NEGERI PERAK

 

11 OKTOBER 2025 (SABTU) | 4.45 PETANG

SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN,

IPOH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera, salam Malaysia MADANI .

 

Alhamdu lillahil-ladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaaba,

Wa lam yaj’al lahu ‘iwaja,

Wa usolli wa nussalli ‘ala rasulillah al-karim,

Wa ‘ala alihi waasahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; 

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan;

 Yang Berbahagia Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria,

Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri;

Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak;

 

Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki bin Mohamed Yusof,

Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan;

 

Guru-Guru serta Pengasas Pondok yang kita undang khas pada petang ini.

 

  1. Kita ucapkan jazakumullahu khairan kathiran atas persiapan walaupun diberi notis yang singkat, sekadar menemui atas khidmat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk memantau kedudukan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok sekitar negeri Perak. Seperti yang kita tahu dan diumumkan dalam Belanjawan semalam, ada pendekatan baru selain daripada peruntukan tambahan yang besar kepada kegiatan Islam melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga jabatan di bawah Perdana Menteri untuk meningkatkan pendidikan, termasuk tahfiz dan kedudukan sekolah-sekolah agama, pendidikan Islam dan mengimarahkan program-program di masjid dan juga program agama keseluruhannya.

 

  1. Jadi, cecah sehingga lebih daripada RM2.5 bilion ringgit. Daripada dulu, ini peruntukan terbesar yang pernah diluluskan oleh kerajaan bagi kegiatan Islam di negara kita. Selain daripada itu, seperti yang saudara sudah tahu, kita telah pulihkan semula peruntukan sekolah agama rakyat yang dibatalkan sejak 2003. Maka sejak 2022, bila saya ambil alih, dengan kerjasama kawan-kawan dalam Kerajaan Perpaduan MADANI ini, saya sudah kembalikan balik peruntukan kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

 

  1. Sejak tahun lalu, telah berkunjung ke beberapa sekolah-sekolah pondok. Kita lihat keadaan itu sangat daif. Jadi kita mohon umpamanya dari Pegawai Kemajuan Negeri dan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Yang Berbahagia Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria ada, kita minta dipantau ke mana kedudukannya. Dan memang banyak yang betul-betul daif. Jadi kita senaraikan dan kita ikut urutan keutamaannya. Kalau keadaan sekolah itu sangat daif, harus diperbaiki. Bumbungnya, sekolahnya, kelasnya, tandasnya dan kita ikut urutan. Kemudian barulah kita kembangkan kepada yang lain.

 

  1. Tadi pengetua ada sebut tentang perkara ini. Pondok di Malaysia, pesantren di Indonesia, atau sekolah-sekolah agama bentuk sama ada zawiyah, atau ma‘had di mana-mana negara. Itu punyai sejarah tersendiri dan telah memainkan peranan besar. Anak-anak muda sekarang harus juga diberi maklumat sama ada daripada didikan Islam atau yang sebaliknya. Malah untuk bukan Islam sendiri pun bahawa semangat kemerdekaan, semangat anti-penjajah, semangat pertahankan maruah dan jati diri, akidah, umat itu benteng pertahanannya itu adalah di pondok dan pesantren.

 

  1. Muhammad Natsir, salah seorang pemimpin Islam Indonesia yang pernah mengetuai Masyumi dan pernah menjadi Perdana Menteri Negara Kesatuan yang pertama di bawah Presiden Soekarno, menyebut bahawa di kala seluruh jentera kerajaan yang mula tewas itu adalah elit politiknya. Walaupun kedudukan mereka kekal, tetapi penjajahan itu bermakna penawanan bukan sahaja negara dari segi politiknya, tapi bagi kita sebagai mangsa, sistem ekonominya, sistem pemikirannya, sistem budayanya, sistem pendidikannya, semuanya itu terpaksa mengalah.

 

  1. Makna, elit politik, ekonomi, sosial mengalah dengan tentangan yang begitu kuat dan kekuatan daripada penjajahan. Kalau kita baca umpamanya di India, rencana Lord Macaulay, mengatakan tidak mungkin dirobah warna kulitnya hitam, tetapi dia mahu jiwanya itu orang Inggeris. Pemikirannya, budayanya, kagumnya dengan bahasa Inggeris, sistem pendidikan Inggeris, sistem ekonomi Inggeris itu mesti dipertahankan dan diasak.

 

  1. Di Mesir, yang dulunya menjadi benteng tamadun Islam juga, mundur, parah kerana rencana dan muslihat penjajahan. Pada masa itu, Lord Cromer yang memerintah Egypt mengatakan cara tawan orang Arab ini ialah menawan jiwa mereka. Politik mengalah, sistem ekonomi dia rasa kagum. Tidak ada ekonomi lain melainkan ekonomi Barat, tidak ada sistem pendidikan lain melainkan pendidikan Barat, tidak ada bahasa lain melainkan bahasa Barat, sama ada Inggeris atau Jerman atau Perancis, atau Itali.

 

  1. Di kala itu, Indonesia tentunya ada termasuk Snouck Hurgronje yang jauh lebih pintar dari Cromer di Mesir, Macaulay di India, Stamford Raffles di Malaya pada masa itu, termasuk Singapura. Dia pernah menulis, sebelum saya pergi ke Indonesia, Snouck Hurgronje itu Pakar Pengajian Islam di Universiti Leiden. Diangkat oleh Queen Wilhelmina menjadi penasihat kerana kepintarannya dia faham.

 

 

  1. Dia menggunakan nama Abdul Ghaffar. Nama dia Snouck Hurgronje. Guna nama Abdul Ghaffar, pergi ke Mekah, Makkatul Mukarramah. Dan di situ, sebagai seorang kononnya Muslim, berkahwin dengan seorang wanita Jawa. Dia menulis dua buku yang penting. Dia mengkaji. Maknanya, seperti mana orang pergi haji. Orang pergi haji ni kadang-kadang banyak, ya ziarah betul, tapi dia jadi macam kadang-kadang tourist Tapi orang ni dia kaji semua jenis ibadah orang Islam.

 

 

  1. Siapa yang mengajar di kawasan Kepulauan Melayu ni, terutama orang Indonesia, Jawa dan Sumatera, dan Melayu lah. Nama gurunya itu Syed Ahmad Khatib, dia tulis. Apa yang dia ajar, dia tulis. Dan apa jadi? Orang yang pergi ke Mekah atau menunaikan fardhu haji pada masa itu, pulang membawa roh perjuangan Islam. Menentang penjajahan. Dan mula mengasaskan pesantren-pesantren sebagai benteng pertahanan umat. Benteng akidah, benteng ilmu, benteng akhlak, dan menanam roh perjuangan, roh jihad.

 

  1. Itu dikaji dalam dua buku. Satu mengenai dua jilid mengenai orang Aceh, dia tulis dalam bahasa Belanda, De Atjehers. Dia tulis dalam bahasa Inggeris – The Acehnese. Dia kaji seluruh pemikiran, sikap, orang Aceh dia baca buku mana, dia belajar daripada guru mana, dan semangat dia bagaimana.

 

  1. Kemudian dia tulis satu lagi buku, Mekka in the Latter Part of the 19th Century — Mekah di Akhir Abad ke-19. Itulah yang menyebabkan Queen Wilhelmina, Belanda mengasaskan, meluncurkan dasar baru. Bagi yang tahu sejarah Indonesia, tahu apa yang berkaitan, The Ethical Policy. Cikgu Saarani bin Mohamad dia ingatlah, dia mengajar dulu. Ethical dan dasar etika. Apa dia dasar etika? Ni penjajah ni. Dasar etika ni bagi dia pendidikan, bagi dia pengiktirafan, bagi dia jadi kerani, bagi dia seronok. Tapi bagi dia menghirup budaya Barat. Bagi dia rasa kagum dengan Barat. Bagi dia rasa yang lain itu rendah budaya Islamnya, agamanya itu tidak relevan dalam pembangunan Indonesia.

 

  1. Kalau saudara lihat umpamanya novel-novel yang terkenal, kalau tengok ‘Siti Nurbaya’, ataupun yang Marah Roesli satu lagi, ada beberapa novel yang menunjukkan bagaimana manusia Indonesia yang asalnya ada di kampung, belajar sedikit agama tapi terus berubah, kagum dengan Barat. Dan inilah jadi kemudian pertembungan di antara pemikiran yang sepenuhnya taasub dengan Barat.

 

  1. Inilah yang disebut oleh Bapak Muhammad Natsir – “Dikala seluruh kekuatan elit politik mengalah, sistem ekonomi runtuh, sistem pendidikan itu terus menerima yang sistem Barat, dikala itu satu-satunya benteng pertahanan umat yang ada adalah pondok dan pesantren.”
  2. Alhamdulillah, dengan segala kekurangan, dia meniupkan semangat kebangsaan, kemerdekaan, menentang penjajahan, menanam bibit keyakinan kepada Islam sebagai benteng aqidah, akhlak, sahsiah dan roh. Ruhul jihad – perjuangan.

 

  1. Tetapi mana mungkin kita padamkan sejarah dan perjuangan. Sebab itu bila kerajaan MADANI mengambil alih, kita merasakan sesuatu harus diluruskan semula dalam sejarah. Benar, peranan pondok harus juga berubah ikut masa.

 

  1. Sebab itu bila saya pergi umpamanya pondok di Kelantan, yang Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah terkenal termasyhur itu, ya, kita boleh baiki, kita bantu. Tapi kita juga beritahu, kita tak mahu merubah sistem. Belajarlah kitab-kitab lama. Kitab kuning dia pilih, tak apa, kita tak mahu ganggu. Tetapi kita minta dia faham keadaan semasa. Penguasaan bahasa harus baik. Mungkin ada bahasa kedua yang harus baik. Sejarah harus diketahui. Suasana, waqiah, kenyataan hidup di Malaysia harus dia tahu. Kerana dia tidak boleh lihat dan berjuang dalam lingkungan pondok yang tertutup lagi. Dia kena berdepan dengan kenyataan di luar. Dulu, dia tidak boleh keluar di zaman penjajah. Pondok itu duduk di Pondok, dia keluar, ditangkap oleh penjajah. Sekarang, kita mahu pondok bukan menjadi sekadar benteng, tetapi dapat memberikan sumbangan kepada pemikiran.

 

  1. Untuk itu, beberapa penyesuaian harus dibuat. Bagi pihak kerajaan, saya dah ambil keputusan dan saya umumkan semalam, kita tambah peruntukan untuk baiki pondok-pondok, kemudahan dia, perpustakaan dia. Kalau perlu makmal sains, makmal sainsnya. Tetapi bagi pihak pondok dan pesantren, juga harus terima kenyataan beberapa perubahan harus dilakukan.

 

  1. Pengajian tradisional tidak mahu ganggu. Saya tak mahu pula ganggu nanti, Tok-tok Guru ni kata “Kamu tahu apa nak campur?” Saya tak mahu campur. Tapi saya nak cadangkan supaya ditambah. Kalau pondok tidak menguasai digital, teknologi, AI, orang yang menguasai AI itu akan tenggelamkan pondok sebagai penjajahan baru. Kerana Artificial Intelligence itu, AI sudah menjadi satu kenyataan di dunia.

 

  1. Kalau kita biar orang luar menguasai, dia tidak jajah seperti dulu tapi dia jajah pemikiran dan teknologi kita. Bermakna, kita harus kuasai teknologi ini, kita harus masukkan apa yang perlu. Qur’annya, hadithnya, akhlaknya, buku sejarahnya, tamadun Islamnya, Kalau tiada jawapannya, tentu jawapan yang ditetapkan oleh orang asing. Ini beberapa perubahan.

 

  1. Alhamdulillah, setakat ini banyak yang pondok-pondok dan maahad tahfiz yang buat beberapa penyesuaian. Sama ada sebahagiannya ambil SPM, sebahagiannya dalam TVET sebagai permulaan dan seperti mana saya sebut, memang dari segi Kerajaan MADANI dan saya Alhamdulillah syukur, walaupun apa pun orang bicara di luar, tegur sana kritik sini kita tiap-tiap buat tapi lihat kenyataannya, baru dilakukan pemulihan sekolah pondok dan agama oleh Kerajaan Persekutuan itu baru dimulakan sejak 2022-2023. Tidak sebelumnya.

 

  1. Sebagai dasar walaupun Kerajaan Perpaduan ini ada wakil daripada parti-parti lain, ada Cina dan ada Kadazan dalam Kabinet tetapi saya nak umumkan bila saya putuskan, dipersetujui semua dan dalam Belanjawan saya umum, secara terbuka supaya rakyat tahu ini dasar Kerajaan MADANI yang ada sekarang.

 

  1. Jadi yang kadang-kadang yang saudara dengar dari ceramah-ceramah itu lain. Dengar ceramah itu lain, tiada Islam, hapuskan Islam ni. Kamu dulu masa perintah, duit sekolah agama pun kamu batalkan. Sekarang kita nak pulih balik, tidak cukup sekali itu, kita kena tambah kena yang belajar tu anak-anak kita, bukan 10,000 atau 20,000, ratusan ribu orang.

 

  1. Ya, tentunya tidak boleh dan kita tinggal dia puluh tahun, nak suruh dalam dua tahun pulihkan semua, tidak mungkin. Kalau nak buat begitu, saya kena naik cukai. Naik cukai, orang mengamuk. Dia minta peruntukan macam pengetua. Dia minta peruntukan tambah, cuba cadangkan dia, boleh naik cukai? Hah, mampuih dia hempuk aku.

 

  1. Jadi, kita nak elak daripada bebankan rakyat tapi kita nak buat mengikut urutan keutamaan. Dia disebut Fiqh Awlawiyyat, itu dia. Ya, maknanya ikut keutamaan keadaan kemampuan kita.

 

  1. Jadi, insyaAllah, kita akan perhatikan perkara ini dan ikut keutamaan dia, termasuk di Tambun, di Perak dengan kerjasama Menteri Besar dan saya ucap terima kasih Menteri Besar kerana Sekolah Maahad Tahfiz sebegini, peringkat menengah ini suatu yang indah dan membanggakan kita, Alhamdulillah. Dan bila kita senaraikan umpamanya sekat peruntukan setakat ini dan harus tambah. Kita ada urutan beberapa pondok yang kita senaraikan sekarang ini, 137 pondok termasuk 8 pondok di negeri Perak. Ini yang kena bagi keutamaan dulu bukanlah katanya sekolah menengah tidak penting, nanti sekejap. Orang Kelantan kata, ok sebentar.

 

  1. Baik, tapi keseluruhannya, untuk segera, saya dah peruntukkan RM34.81 juta hanya untuk baiki dulu tandas, bumbung, dinding, ini dulu ya, supaya sekolah itu boleh berjalan dalam keadaan selamat. Kemudian, saya sedang merencanakan selepas mengumumkan Belanjawan semalam, bagaimana boleh kita tambah supaya semua kemudahan itu sampai kepada sekolah.

 

  1. Sekarang ini umpamanya kita ada seribu sekolah angkat semua syarikat-syarikat kerajaan Petronas, Maybank, Khazanah, syarikat-syarikat swasta, saya arahkan supaya mereka ambil sekolah-sekolah angkat. Setakat ini belum masuk lagi sekolah-sekolah menengah agama, sekolah-sekolah Maahad Tahfiz bagi peringkat kedua, kita minta.

 

  1. Jadi kerajaan akan memperuntukkan, sekarang ini yang kita luluskan adalah RM34.81 juta, termasuk untuk 8 pondok di Perak kemudian saya akan teliti bersama Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Ekonomi untuk bagaimana supaya kita tingkatkan menjadi ini satu program supaya jelas nampak perubahan komitmen kita dalam Kerajaan MADANI ini.

 

  1. Saya mohon Tuan-Tuan Guru yang ada dan rakan-rakan beri kerjasama untuk bangunkan ini. Kalau kita setakat simpang siur, maki hamun politik ni takkan habis. Kerja tidak jalan. Jadi boleh tegur, boleh kritik, boleh cadangkan apa-apa yang boleh kita lakukan tapi terima kenyataannya. Apa dia kenyataannya? Tahun 2003 dibatalkan bantuan sekolah agama rakyat, tahun 2022 saya pulihkan balik dan kembalikan, itu pertama. Kedua belum ada melainkan program-program kadang-kadang dekat pilihan raya, pergi sekolah pondok bagi duit sikit-sikit, itu ada. Dulu dekat pilihan raya, minta okey bagi sikit. Tapi ini tidak, ini adalah dasar kerajaan. Mesti pulih kedudukan sekolah agama, sekolah pondok, maahad tahfiz itu dasar negara sekarang ini. Memulakannya itu dengan RM 34.81 juta, memulakan.

 

  1. Dan kita kerana belum lagi dapat maklumat, kerana setengah sekolah pondok dia tidak mahu kerjasama sama sekali, tidak apalah, koho-koholah orang kata. Kui-kui, orang Kedah kata. Perlahan-perlahan tapi yang kita ambil yang sedia kerjasama, sudah kita tidak campur. Bukan kerja campur, bukan tak ada syarat apa. Syaratnya, urus dengan baik, bagi kemudahan yang baik kemudian kalau nak masuk TVET, masuk TVET. Kalau nak masuk ada makmal sains, buat makmal sains. Kalau tak mahu, buat apa yang sanggup, itu sahaja. Dan ini melalui rundingan kerana banyak sekolah pondok ini diurus oleh lembaga mereka sendiri, kita hormat dan kita akan bincang cara teliti.

 

  1. Tentang khusus pengetua, janganlah oleh kerana saya tak umum apa-apa tak bagi makan pulak dah (nada berseloroh), tapi nanti saya bincang dengan Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan lihat bagaimana kerana seperti yang saya sebut, keutamannya itu penting. Kita mesti pastikan sekolah yang betul-betul daif dan memerlukan pertolongan itu dibantu segera. Itu dulu.

 

  1. Kadang-kadang saya tengok, saya lihat di Kelantan, sekolah bumbung pun bocor, tandas rosak untuk… ada tempat itu 280 pelajar, satu tandas. Ini semua hal-hal yang kita harus bantu segera. Segera ni maknanya segera, bulan ini, bukan tunggu tahun depan dan belanja untuk itu dulu.

 

  1. Mudah-mudahan Allah Ta’ala memberikan kekuatan.

Wabillah taufiq ilu halidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

PROGRAM RAMAH MESRA PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

 

11 OKTOBER 2025 (SABTU) | 10.15 PAGI

DEWAN CANSELOR, UNIVERSITI TEKONOLOGI PETRONAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan;

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berusaha Puan Farehana binti Hanapiah,

Pengerusi Universiti Teknologi Petronas;

 

Yang Berusaha Encik Ruslan Islahudin,

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Petronas;

 

Yang Berbahagia Insinyur Mohamed Firouz Asnan,

Presiden Universiti Teknologi Petronas; dan terutama anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

  1. Terima kasih atas kesudian memberi kesempatan kepada saya bersama dalam majlis temu bual dan dialog dengan anak-anak mahasiswa terutamanya. Tentunya satu penghormatan kepada saya dan rakan-rakan untuk bersama di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana universiti ini memang diiktiraf sebagai di antara universiti terkemuka dalam negara dan di rantau kita. Jadi, ucapkan tahniah kepada semua.
  1. Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu, 90-an itu masa ekonomi kita rancak — pertumbuhan ekonomi sekitar 10% satu tahun. Kalau dalam Belanjawan, tidak seperti mana kusut semalam, dulu senang kerana kita ada lebihan. Ketika saya jadi Menteri Kewangan, ada hutang, defisit, dan setelah dua tahun saya kata mesti balance. Kemudian setelah itu, sejak tahun 1993–1994, surplus. Hutang-hutang lama dibayar.
  1. Dan di antara hal yang saya beri keutamaan pada masa itu ialah, badan-badan seperti PETRONAS, Telekom, TNB di antara lain. Selain daripada program-program yang menjadi fungsi utama masing-masing badan ini, apatah lagi Telekom dan TNB masa itu sudah diswastakan. Jadi, penswastaan tidak bermakna badan-badan ini hanya menumpukan perhatian untuk mencatat keuntungan, tetapi harus juga melihat aspirasi nasional, kepentingan kemanusiaan, keadilan dan mengurangkan kesenjangan yang mungkin melebar di antara golongan paling kaya dengan miskin. Semua ini harus diambil kira.
  1. Jadi saya tahu, pada masa itu saya dan sahabat-sahabat saya yang juga mengepalai PETRONAS, baru siap Dewan Filharmonik yang diminta oleh pemimpin masa itu. Saya kata, kalau Dewan Filharmonik itu sudah boleh dibuat, patut fikir keperluan gedung dan pusat pendidikan yang cemerlang. Maka dari situ ketiga-tiga badan ini — PETRONAS, TNB dan Telekom, menumpukan perhatian mewujudkan universiti, dan PETRONAS kini meletakkan UTP berjaya sekarang dengan pimpinan sebelumnya.
  1. Kita harus ingat tentang matlamat universiti. Tadi saya diberi taklimat ringkas tentang integrated engineering. Saya dengar dengan tekun profesornya, pensyarahnya dan anak-anaknya. Dan saya terkesan dan bangga dengan tahap pencapaian anak-anak. So I am extremely impressed, young students with such discipline, idealism, aspirations. Not only they inculcate knowledge and understanding, but to seriously attempt to enhance their understanding proficiency and they seem to be very confident. And we have young students having that discipline, that resolve and that confidence, I am extremely proud of them. Thank you very much.

 

  1. Ini tentu berbalik kepada isu ‘pokok’. Universiti ini ada pengkhususannya kerana ia juga terikat, terkait dengan PETRONAS — satu gergasi dalam industri petroleum dan gas yang dihormati di dunia. Tadi saudara YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry kita bincang, tentang minat negara-negara yang ada telaga minyak yang semuanya mengusulkan kepada saya minta PETRONAS ikut serta.

 

  1. Kerana kedudukan kita ini dalam negara kita — kita tidak memihak, kita berkawan dengan semua. Awal tahun ini, Presiden Xi Jinping dari negara China mengadakan lawatan yang sangat berhasil ke negara kita. Beberapa minggu lagi, Presiden Donald Trump akan datang ke Malaysia, bersama dengan Presiden Brazil, Presiden Afrika Selatan, Eropah, selain daripada ASEAN – China, Korea, Jepun, India. Ini meletakkan kita sebagai negara yang disebut mengamalkan dasar bebas, berdaulat, bersahabat dengan semua, tapi tetap berdiri atas prinsipnya.

 

  1. Within ASEAN, we term it as centrality, a policy that choose to engage with all countries, to understand that the primary objective is to enhance, to propel our economy, resilience, domestic resilience but also as a trading nation we need to engage with everybody because we have to protect the interests of our people. That is our priority.

 

  1. We want the best for our students, we want the best for our rakyat, the best technology, and we can only achieve that if the economy succeeds, is vibrant. And the vibrancy you as a trading nation means engaging trade investments with all countries. But having said that, we must also understand that Malaysia is an independent nation. And as an independent country we must have the right to exercise and express our views in defence of freedom, in defence of justice, to reject oppression, colonialism in any form. That’s why we remain consistent.

 

  1. Now, I want to share with you some of these concerns because as students, whilst having an understanding, you know, your mission is to ensure that you excel in your studies, continue to conduct research which is essential for the survival of this nation to move forward. But at the same time, we are training human beings. Those are rather earlier text in the seventies by a scholar from Latin America, Ivan Illlich, when criticizing a structured educational form institutions, university schools, his concern and worry is that we seem to educate, but we dehumanize.

 

  1. You have a great university with all the facilities accorded, but you have no concern about those around you – the poverty, the underprivileged. Now, I’m not talking about UTP, don’t worry, but general criticism of the university. So he said we are training human beings. We are training young students to be concerned with themselves, with their family, with their society, with their nation and with humanity. But we are not producing them. We are producing sacred cows. No critical thinking, no interest other than what is it for me, what is it for my family and this is of course a basic flaw in the education system.

 

  1. So, I take great satisfaction when this university take a lot of interest in getting students. Of course, the primary objective is still to ensure that they excel in their studies and the fields of specialization that is so required by this university and by this country. The new innovation, the new technology, the energy transition, their digital transformation, AI and the various fields of engineering. But at the same time, never forget the fact that we are inculcating students to assimilate knowledge, values, ethics, humanity.

 

  1. Dan, saya harap anak-anak faham bahawa sementara kita harus bersungguh-sungguh meningkatkan ilmu kita dalam bidang-bidang baru dan teknologi baru, tetapi jangan kita tinggalkan soal nilai. Bila saya merangka, melakar konsep Negara MADANI, kita tidak menidakkan apa yang dilakukan sebelumnya. Kita tidak menidakkan dasar-dasar yang sedia ada, tapi kita akui akan kelompongannya.

 

  1. Malaysia ini negara majoritinya Islam, Muslim, majoritinya Melayu, Bumiputera. Tetapi kita hidup sebagai satu keluarga. Negara ini tidak mampu mencatat kemajuan sekiranya rakyatnya berbalah. Berbalah kerana warna kulit, berbalah kerana kaum, berbalah kerana faham agama, berbalah kerana kelas, seperti yang berlaku di banyak negara.

 

  1. Kerana orang yang membicarakan isu kaum secara sempit atau agama secara fanatik itu bukan orang yang ada kefahaman. Di universiti-universiti, sepanjang tahun lalu saya hadir ke hampir semua universiti, saya selalu mengingatkan mereka bahawa kita boleh berbeza pendapat, tapi kita harus siuman.

 

  1. Kita harus jangan cepat menghukum, apalagi menghina orang dan lebih buruk kalau kita menghina orang kerana warna kulit atau kaum atau fahamannya. Kerana sebagai Muslim, kekuatan kita itu adalah mengangkat martabat dan darjat insan. Dan itu bukan urusan kita, itu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dalam Al-Quran, ‘wa laqad karamna bani Adam’ – Allah has exalted the status of the children of Adam. And who are we to question? the children of Adam? Maknanya Allah telah mengangkat darjat. Dan nilainya itu bukan pada kaumnya atau warna kulitnya, tetapi nilainya itu adalah pada nilai ketakwaannya, ‘inna akramakum ‘indallâhi atqâkum’ — darjat keinsanannya, ketakwaannya, kebaikannya. Sebab itu saya rasa harus tekankan.

 

  1. Harry R. Lewis, former dean of Harvard and I’ve popularized this book for some years now: talks about or wrote a compelling case against the flaws of a modern education system. Mind you, he was a former dean of Harvard, respected scholar. The title of the book is “Excellence Without a Soul”. Harvard, and like UTP, is a center of excellence. Some universities have achieved a state of excellence that is most admirable. But why is it that this ex-dean, Harry, chose to debunk the notion that excellence is purely based on academic pursuit. Because he says, what is the whole idea of education? The whole concept of education is to educate men or women. And educating means educating their lives, humanity, other than specific areas of specialization.

 

  1. So, you are excellent in your studies, but just outside the campus, there are ghettos of the blacks being discriminated, that does not prick your conscience. Just outside the university, you have villages that are living in abject poverty. Or communities marginalised does not matter whether they are blacks or whites. Or in this case in Malaysia whether they are Malays, Chinese, or Indians or Kadazan or Dayak. It does not matter. What matter is whether it does prick your conscience. Sama ada apa yang berlaku di persekitaran kita itu mengetuk pintu hati kita.

 

  1. Untuk memahami bahawa Allah memberikan kita kesempatan hadir ke UTP, universiti yang di antara yang terulung dalam negara kita. Dengan kemudahan yang sangat baik. Tapi apakah hati kita terketuk bila kita lihat ketidakadilan, kesengsaraan dan kebetulan kesengsaraan itu dari orang, mungkin kaum kita atau mungkin dari kaum lain. Ini yang disebutkan oleh Harry tadi, ada excellence dalam academic pursuit tetapi gagal kerana tidak ada soul. Jiwa dan hati nuraninya tidak tersentuh. Jadi apa yang dibelajarnya? Jadi kemanusiaan itu terhakis. Jadi dalam bukan maknanya anak-anak di sini tengok keliling. Tidak, saya bagi contoh. Nampak semua serius, relax, relax (nada seloroh). Tanggungjawab saya sebagai bapak adalah untuk meminta anak-anak itu tersentuh hati nurani mereka. Sebanyak-banyak yang harus kita kerjakan.

 

  1. Bayangkan, saya balik kepada Malaysia. Bayangkan Malaysia. Apa yang kurang di Malaysia? Prasarananya relatif lebih baik, hasil mahsul, khazanahnya tinggi. Hutan belantara, hasil balak, dulu bijih timah. Minyak dan gas yang menyebabkan negara kita boleh terangkat. Dan Alhamdulillah banyak yang telah dicapai. Tapi apa yang menggusarkan kita? Ya, soal tatakelola, pengurusan, soal perbenturan, pergaduhan antara kaum, kebencian satu sama lain. Kepantasan mahu menghukum pun saja seolah-olah kita ini macam malaikat, orang itu dihukum mudah-mudah kerana tak selari dengan fahaman kita. Padahal ilmu kita tidak ke mana.

 

  1. Mungkin saya minta Presiden dapatkan rencana yang juga saya popularkan di universiti: Edward Said. Bila dia kupas dan kritik Samuel Huntington’s Clash of Civilization. Apa dia teori Huntington? Huntington itu kata yang hebatnya yang akan menang akhirnya ialah tamadun Barat Western liberal democracy yang kemudian dikupas oleh Fukuyama. Yang lain itu lemah. Semuanya itu lembab. Baik tamadun China atau Arab apalagi Islam atau India. Semuanya akan kalah dengan kekuatan tamadun Barat. Edward Said ini Palestinian-Christians scholar, dia tulis rencana pendek sahaja, sekitar 8-10 halaman dalam The Nation. Dia jawab, sebenarnya bukan clash of civilization, kerana kenapa harus clash? Kita ada budaya Melayu, tamadun Melayu, sastera Melayu, saya bangga, banyak kehebatan kita. Kesulatanan Melayu Melaka itu menjadi pusat tamadun yang hebat, menjadi kawasan rantau Melaka kosmopolitan, saya bangga. Tapi kalau saya belajar tamadun China, hebat juga dalam banyak hal. India begitu juga, Barat pun begitu juga. Ada yang kuat, ada yang lemah. Ada pimpinan yang baik, ada pimpinan yang rosak. Jadi harus ada pemahaman.

 

  1. Jadi Edward Said dia jawab, kata dia tidak ada itu clash of civilization. Yang ada itu clash of ignorance. Pertembungan benci kepada orang, benci kepada kaum, benci kepada tamadun lain kerana kejahilan. Cuba tanya, yang kamu benci ni, kamu faham tak? Tak faham. Dah baca? Belum. Berapa banyak? Dah, dah, dah. Siapa cakap? Ada kawan tu cakap di surau itu hari. Itu bangang punya cerita itu. Saya ingat, Perdana Menteri tak boleh guna istilah itu. Tapi yang saya nak sebutkan sini, itu yang dia sebut, clash of ignorance. Jadi kita dalam kritikan kita terhadap Barat pun, jangan kerana gagal menguasai ilmu. Mesti ada usaha menguasai ilmu dalam pelbagai bidang. Ini yang menyebabkan bila saya lihat umpamanya baru-baru ini, anak-anak yang kita bawa pulang dari flotila, apa yang saya sebut? Kerana kemanusiaan. Kita ini merdeka.

 

  1. Saya faham ada rakan-rakan daripada kawasan lain. There’s some friends from Latin America, Africa or Timor-Leste here, right? Are there some students overseas? Yeah, raise your hands. Oh yeah, I can see oh, quite a number. Yeah thank you, welcome. You try, don’t forget nasi lemak and nasi goreng and teh tarik. Not too much, it’s not very healthy.

 

  1. Now, why do you fight for independence? Why is it our parents sacrificed their lives? Beaten up, killed, imprisoned to fight against the colonial power? Why? Let them rule? Sometimes they said they are smarter. But you can’t accept because no society wants to be ruled, exploited by others. It’s not their business. Let us decide for ourselves. Let Malaysians decide for ourselves how we govern this country, not for colonial powers or for the matter Chinese, or Indians, or Indonesians. Why did we fight? Why did we struggle? Because we honour human dignity, because we love our country, our nation. Okay, fair.

 

  1. We have achieved independence but next question, how is it we tolerate injustice as well? Why is it when it comes to Gaza and the Palestinians we can’t raise a voice? Why is it colonization, taking people’s land and property, killing children is allowed and tolerated? Where is the humanity? That is precisely the reason why we particularly you, the young students must inculcate this habit. What is education? Ultimately is the assimilation of knowledge in all fields and areas of specialisation. You assimilate knowledge. You assimilate knowledge for what? You assimilate in order to disseminate. What do you disseminate? They disseminate your level of your particular discipline, field of competence, expertise but you disseminate truth, honour and justice. You can be a chemical engineer or whatever fields, accountant, auditor, whatever. But you must have integrity. Integrity is a moral ethical principal of value. So, don’t ever forget the fact that to be successful in education, assimilate knowledge, disseminate that field of competence and expertise and disseminate truth, dignity because you imbibe in yourselves, the principle of honour, dignity, values and ethics.

 

  1. Demikian kuliah pagi. Jadi saya harap UTP ini yalah imbauan secara umum sebab pakar-pakar ramai di sini jadi saya bukan pakar. Tapi saya nak luahkan dengan harapan yang sangat tinggi. Malaysia ini punyai potensi yang sangat besar. Saya nak akhiri dengan sedikit cerita. Semalam dalam ucapan Belanjawan (2026), saya sebut dalam tempoh 2 tahun, 2024-2025, kita berjaya merampas wang yang dicuri, yang diseludup dengan kegiatan-kegiatan jenayah (sebanyak) RM15.5 bilion ringgit. Please think.

 

  1. Saya harap Presiden dan pensyarah-pensyarah tolong beritahu. Maknanya, berapa lama ini rompakan dan kerja ‘sauk’ ini berlaku? Dua tahun. Itu kerana saya tegas. Saya kata, semua badan-badan agensi penguatkuasaan, no compromise. No to corruption, no to smuggling, no to these syndicate and cartel. Break them because they are stealing from the people.

 

  1. And I, now that the mandate as Prime Minister with my colleague, want to make sure that this country do much better. Which means what? It’s been tolerated and condoned. Why? Because we have corrupt establishment, corrupt leaders or officers that have tolerated this. Why is it only after now? I’m not suggesting it was never done before, I mean this action or enforcement. But certainly, it was never done to this extend. Even then, I don’t think we have completed.

 

  1. So, it is my dream, in the few years that I have, I want to insya-Allah to clean up this mess. Whatever they say, it does not bother me. Because I think it is our duty, enough.

 

  1. You study very hard. You just struggle, some are from the poor students. He was telling me just now there are some are B40. We are certainly to get enough fund. We can’t tax too much because taxing means burdening the people. We tax only when absolutely necessary. We tax the very rich. Like RON95, we tax only the foreigners. Why? Because we need the fund to help you.

 

  1. But, after all these efforts, there are people stealing and sometimes there are Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, dan Tun. I don’t care. You can have your title but if you steal, we catch you and the court find you guilty, you go to jail. That must be the principal and the young must understand and support this move. This is important.

 

  1. Can I trust you to support this? Yes, it is important. It is for your future. Your future. And it is not easy so I would end my saying that of course, it is a big university, thank you very much. They only give me coffee (in joking tone). But thank you, thank you, I’m pleased, I’m sure my colleague YAB Dato’ Seri Saarani and YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry equally happy to be here. It’s a great university, it’s a great future, and great students.

Terima kasih, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PELUNCURAN STRATEGI LITERASI KEWANGAN KEBANGSAAN 2026-2030

DAN BULAN LITERASI KEWANGAN 2025

3 OKTOBER 2025 (JUMAAT) | 3.00 PETANG

SASANA KIJANG, BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour,

Gabenor Bank Negara Malaysia;

Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Faiz Azmi,

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti;

Timbalan Gabenor Bank Negara;

Rakan Strategik Financial Education Network (FEN); dan

Semua pembesar-pembesar dalam Bursa, KWAP yang ada dana, terima kasih, dan juga dari institusi kewangan yang ramai, terima kasih banyak.

  1. Saya ucap terima kasih, penghargaan setinggi-tingginya kepada Bank Negara yang membantu menyelaraskan acara ini, dan kerjasama yang diberikan oleh institusi berkait, terutamanya Kementerian Pendidikan. Kerana soal kecelikan ni, kecelikan budaya, kecelikan ekonomi, kecelikan pelaburan, kecelikan digital, semua itu menjadi tumpuan kita dalam menjayakan negara ini.
  2. Hari ini, kita kata literasi atau kecelikan kewangan. Saya masih ingat semasa 90-an, semasa saya Menteri Kewangan. Kita dikejutkan dengan satu laporan dari UK yang diterbitkan dari kajian oleh bursa di sana, London Stock Exchange, kalau tak salah saya, dan mengejutkan kerana anggapan umum ialah bahawa kadar literasi kewangan dan pelaburan, dan kerana kecanggihan sistem itu yang bermula di sana, tetapi keupayaan menguasai ilmu ini itu paling lemah dan di tahap yang paling rendah.
  3. Itu pada masa itu bagi kita menggemparkan. Saya masih ingat lagi dipanggil dan bersidang di sini dengan Gabenor Bank Negara, dengan SC dan Bursa, dan kumpulan institusi kewangan yang menyatakan kalau kita mahu melonjak ekonomi kita ini, mesti ada satu kempen besar-besaran.
  4. Apa dia risiko orang yang terlibat dalam kegiatan ini, tapi kadar kefahaman yang sangat rendah. Risikonya pada masa itu kemudian muncul apa yang disebut oleh Greenspan sebagai ‘irrational exuberance’, melihat bursa itu sendiri sebagai seolah-olah satu kasino, dan pelaburan sesuatu yang agak diputuskan berdasarkan andaian dan agak, tetapi tidak melalui penguasaan ilmu atau literasi kewangan itu sendiri.
  5. Tapi tentunya kelemahan manusia ada juga. Orang kata ‘gullibility’, bahawa dia lihat sahaja keuntungan kewangan dan sebagainya tanpa melihat kepada angka dan data, kerana mungkin tidak ada latihan dan tidak ada kecelikan yang diperlukan.
  6. Sekarang kita sudah 2025, kadar pertumbuhan, Alhamdulillah, segar dan vibrancy dari segi institusi kewangan keseluruhannya itu lebih meyakinkan.
  7. Tetapi kita juga tahu dalam negara MADANI ini, kita tidak mahu ini hanya dimanfaatkan oleh kelompok yang kecil, elit, sama ada dari sudut penguasa ataupun kewangan. Kita mahu melebarkan merentas semua daerah, kaum, termasuk golongan yang lebih miskin atau tahap sederhana. Sepertimana peranan institusi bank yang menjelajah sampai ke seluruh pelusuk tanah air.
  8. Dan bagaimana harus kita jayakan ialah kerana beri kefahaman. Salah satu isu yang saya rasa besar bagi negara kita, yang kita asak berterusan, adalah tahap pemikiran yang lebih kritis, yang disebut critical thinking, yang tentunya bermula dari apa yang disebut financial literacy dan generally, apa yang disebut sebagai kecelikan.
  9. Malah bagi negara yang bangun, tanpa kecelikan dan literasi ini, ia banyak masalah. Tadi pagi YB Fadhlina, Menteri Pendidikan Tinggi dan kita mulakan sidang pertama Majlis Pendidikan Malaysia. Dan tidak boleh lari daripada situ ini, pendidikan ini makna kecelikan ilmu, budaya, sejarah, kefahaman kerana negara boleh membangun, tapi tanpa kecelikan banyak masalah-masalah berlaku.
  10. Dangkal kefahaman dari segi sejarah, dangkal kefahaman dari sudut elemen dan prinsip utama untuk menyatupadukan rakyat. Kedangkalan ini yang menyebabkan manusia bertempur, isu kaum, isu agama, isu wilayah, isu yang titik bengik lainnya, kerana kedangkalan ilmu.
  11. Saya popularkan dulu rencana salah seorang sarjana asal Palestin, Edward Said. Tatkala menjawab kupasan Samuel Huntington, “Clash of Civilization” yang kita sudah arif. Maknanya bagi dia civilization ought to clash sebab kata dia akhirnya dominance of the Western culture, dan rendahnya tamadun China, atau India, atau apalagi Islam.
  12. Tapi Edward Said dalam rencana pendek dalam “The Nation”, sekitar 8 halaman, 10 halaman, dia menjawab dan bagi saya sangat mengesankan. Kata dia, apakah benar ada kefahaman? Adakah kupasan “Clash of Civilization” itu akibat dari kefahaman? “Are you able to comprehend what you mean by civilizations — by Western or Eastern, or Chinese, or Indian, or Islamic?” Jadi jawab dia “No. Hardly any understanding or comprehension about other cultures, other civilizations”.
  13. Jadi jawab dia, bukan Clash of Civilization, but Clash of Ignorance. Satu ungkapan yang sangat tajam, dan kalau saudara baca sebenarnya bukan sahaja orang Barat kedangkalan, kejahilan tentang Timur, tapi orang Timur pun banyak yang anti-Barat atau anti-Eropah, tetapi kefahamannya sangat dangkal. Jadi dia cepat untuk generalize dan menghukum tanpa kefahaman dalam masyarakat kita.
  14. YB Fadhlina, Menteri Pendidikan tahu ya, dalam masyarakat kita yang bicara soal Islam, soal Melayu atau kaum-kaum lain, begitu jugalah. Dia menghukum, memutuskan tanpa asas ilmu yang kuat.
  15. Jadi bagi Bank Negara untuk bicara soal ini menarik. Lepas itu saya nak perluaskan sedikit, celik kewangan ini makna celik ekonomi. Celik ekonomi makna celik negara, celik masyarakat, celik realiti, kenyataan hidupan kita, celik sejarah.
  16. Saya tidak tahu sama ada Rasheed boleh kupas itu. Tapi saya percaya dia dengar kuliah saya banyak kali ini, dia boleh sikit. (nada berseloroh)
  17. Tapi kalau saudara baca “Clash of Civilization”, if the government does not mind i think you can probably trace these clash of the civilisation and I’ll be very appreciate that if you can distribute to the bankers for the change, otherwise it is a boring job. Jadi, tengok it is just a short article, you can finish…but if it is heavy, probably more than 10-15 minutes, tetapi you boleh anggap, you see, masalah kita sebenarnya ialah masalah kedangkalan ilmu, masalah cepat menghukum kerana kejahilan kerana andaian kita tahu padahal kita tidak tahu, apalagi hal-hal yang tidak specialize yang dia sebut specialized disciplines seperti kewangan.
  18. Jadi kecelikan kewangan atau literasi kewangan itu bagi saya sangat penting bukan saja soal institusi tapi hak orang tidak tahu. Saya sekarang sedang memikirkan bagaimana kita nak pastikan perang terhadap rasuah itu dah paling keras lagi dah.
  19. Jadi bagaimana kita nak beri kefahaman? Jadi ada saya baca pengalaman beberapa masyarakat civil society yang mengusulkan umpamanya kita nak bina sekolah menengah katalah di Bukit Mertajam, boleh tak kita letak dalam label itu, sekolah ini kosnya sekian, tendernya sekian, specs-nya sekian, batu asas sekian, projeknya harus siap pada sekian tahun dan biar rakyat lihat menilai.
  20. Di sebuah kampung, Cherok Tok Kun kampung saya ada projek umpamanya bina parit kosnya RM120 ribu, kontraktornya sekian. Jadi maknanya rakyat itu dengan kecelikan kefahaman dia itu, dia tengok kewangan dia lihat projek, dia lihat tender, dia lihat janji bila boleh siap dia tengok mutu projek itu.
  21. Itu bagi saya mungkin agak sukar, tidak terlalu popular tetapi mungkin ada kebaikannya. Ini termasuk, Dato Faiz, Bursa lah, ataupun SC lah. Projek ini sekian, dia popularkan batik sekian dan lain-lain lah. Ini sekarang saya nak lontarkan idea apa yang harus kita usahakan untuk meningkatkan tahap kefahaman. Jadi kita beri dia kuasa, pemerkasaan rakyat untuk menentukan. Baik.
  22. Kerana walaupun kita lebih canggih, kempennya ni berlurus, tapi saya tengok gullibility itu, vulnerability berberapa kalangan dalam menghadapi scammers ini, bagi saya menghairankan. Ada orang yang pernah jadi ketua pengarah, ada yang pendidikannya, pendidikan tinggi tapi bagaimana boleh tertipu begitu mudah sekali? Kecelikan ada tapi mungkin celik tapi rabun. Sukar mengerti bagaimana mudah hilang RM80,000, hilang RM100,000 dan jumlahnya saya tahu mencecah billion.
  23. Kalau di ASEAN itu dah mencecah puluhan billion. Bukan maksud saya nak bunyi macam angkuh, arrogant, tidak. Tapi saya mengatakan bahawa perkara ini dijawab, kalau ada kecelikan, I mean kalau saudara pernah jadi ketua pengarah tentunya, paling celiklah sepatutnya ketimbang orang yang dari sekadar ketua kampung atau penghulu tapi bagaimana boleh mudah begitu, kerana mungkin ada kecelikan umum tapi tidak ada kecelikan dalam bidang yang khusus termasuk kewangan.
  24. Jadi, tatkala negara lebih memacu dengan lebih segar dan meyakinkan, maka kita lebih tercabar untuk melakukan sesuatu memberikan kefahaman lebih mendalam. Kalau, umpamanya KWAP dalam kempen umpamanya, pelaburan, bila kita pergi ke sekolah-sekolah bila ada kesedaran itu, tengok sambutan anak-anak itu baik, positif. Tapi mengapa sebelum kempen ini tidak lakukan itu, budaya menyimpan atau melabur sejak kecil? Itu kerana tahap kefahaman kempen.
  25. Jadi sebab itu saya rasa bank-bank yang ada cawangan yang seluruh negara ini yang patut ada juga, usaha untuk dekati sekolah berdekatan, masjid berdekatan, persatuan masyarakat berdekatan untuk memberikan sedikit kefahaman dan pendidikan. Tak mungkin institusi formal, sekolah untuk lakukan semua kerana sekolah itu tanggungjawabnya luas, sekarang lebih lagi. Saya dah tuntut Kementerian Pendidikan selain daripada kurikulum yang ada, bahasa harus lebih baik, kemudian tambah lagi Bahasa Inggeris harus lebih baik, kemudian tambah pula digital AI mesti dikuasai udah. Beban cikgu tu, tuntutan lebih besar dan sekarang, Dato’ Rasheed pula kata, literasi kewangan pula lagi, dia rasa beban.
  26. Jadi sebab itu, tanggungjawab itu harus dipikul juga oleh rakan-rakan institusi kewangan, pertamanya saudara punyai pengalaman yang lebih, pengetahuan yang lebih dalam bidang yang demikian, bidang tersebut dan kadar penyampaian dengan lain. Banyak kalau seorang itu pengurus bank, walaupun bank di daerah, itu dilihat oleh anak-anak itu dengan agak kagum juga. Jaga dana yang begitu besar dan dipercayai elemen teras di situ. Jadi kalau boleh dikupas jangan hanya cerita pasal faham kewangan tapi maknanya bagaimana seorang pengurus bank diamanahkan menguruskan kadar wang puluhan juta ringgit. Ini elemen integriti, elemen amanah dan kefahaman tentang selok-belok dan prinsip kewangan.
  27. Saya hanya lontarkan idea ini saya percaya rakan-rakan boleh bantu dalam hal ini. Setakat ini saya ucap terima kasih kerana sambutan baik dari institusi kewangan. Mula-mula kita katakan kampung angkat, dah nampak jalan kampung angkat, kita kata sekolah angkat. Lepas sekolah angkat tu SejaTi MADANI. Jadi setakat ini saya tak dengar lagi orang kata bosan, hari-hari ada idea baru. Ini tambah pula hari ini kecelikan literasi kewangan.
  28. Lepas itu jangan jemput saya selalu (nada berseloroh). Tiap kali ada, saya ada saja cadangan tahu kerana you know, we want this country to move and succeed and to succeed, we need to embark on new programmes and more comprehensive understanding and what the country and the society requires and we don’t have a choice. We have to work doubly hard to ensure that we don’t only sustain but excel. I believe in this specific field, you are better prepared, better equipped.
  29. Tapi peranan saya hanya menggesa sedaya upaya kerana saya yakin akan keupayaan kita. Saya mewakili satu generasi yang sangat idealistic saya rasa Malaysia ini kalau kita boleh benamkan ini permusuhan kaum, agama dan hanya work, bekerja sebagai satu pasukan dan jayakan semua dan jangan bagi mana-mana masyarakat rasa terpinggir atau tersisih apakah dari kaum mana, daripada agama mana, dari daerah mana, kampung mana, doesn’t matter. Kita harus angkat semua dan kita ada keupayaan, kita ada khazanah yang cukup dan kita ada tenaga yang cukup mahir.
  30. Itu sajalah harapan saya tentang Literasi Kewangan Kebangsaan ini untuk 2026-2030 dan Bulan Literasi Kewangan. Mudah-mudahan kerana Bank Negara selaraskan ini jadi senang masalah kita. Jadi dia kata moral suasion. I don’t know what it means but, jadi terima kasih sekali lagi Dato’ Rasheed. Terima kasih rakan-rakan yang menjayakan dan YB Fadhlina Sidek dan kementerian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.