TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
9 APRIL 2026 (KHAMIS) | 8.30 PAGI
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN,
PUTRAJAYA
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillāhi rabbil ‘ālamīn,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolil Kareem,
wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi ajma‘īn.
Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah,
Timbalan Menteri Pengangkutan;
Yang Berbahagia Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan,
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; dan
Rakan-rakan yang hadir dan warga Kementerian Pengangkutan dan rakan-rakan yang turut menyaksikan.
- Alhamdulillah, saya beritahu kepada saudara Loke rupanya kali pertama saya ke Kementerian Pengangkutan, kerana KSU tak undang saya sebelum ini (nada berseloroh). Majlis Hari Raya tahun ini tak ada, tahun lalu, dua tahun yang lalu pun saya tak dijemput. Ah dan saya dijemput tapi saya tak dapat hadir. Jadi, pastikan sekarang kopi, kuih adalah ya. Sebab saya rasa Kementerian Pengangkutan ni dia tumpu kepada pengangkutannya. Makan minum dia kurang beri perhatian.
- Saya ucap terima kasihlah penghargaan kerana sudah tahu Menteri Saudara itu adalah sahabat lama saya yang pasang surut dalam liku-liku perjuangan yang menggetirkan. Jadi, saya tentunya mengikuti perkembangan di kementerian ini dari dekat.
- Pertama, kerana Menteri memang beri liputan hampir setiap minggu ke Jemaah Menteri permasalahannya, hala tuju barunya dan beberapa pendekatan yang harus melibatkan beberapa perubahan. Yang saya nak tekankan ini ialah sementara perkhidmatan awam umumnya selalu ditegaskan oleh KSN, sebagai suatu tonggak dalam menjamin pentadbiran yang cekap dan bersih, Kementerian Pengangkutan ini punyai kekuatannya sendiri sampai seluruh rakyat terlibat dalam kegiatan kementerian ini.
- Setiap hari, setiap malam, tanpa kecuali. Kita gunakan jalan, kita gunakan kenderaan, kita gunakan pengangkutan. Setiap krisis juga menyentuh pengangkutan. Kita bicara soal minyak, kaitan dengan pengangkutan. Kita punya kos pertanian, ia masalah pengangkutan. Jadi oleh itu, rakan-rakan, keluarga Kementerian ini harus lihat sebagai tugas dan amanah yang besar.
- Kecekapan kita, perubahan yang kita lakukan, akan bukan sahaja memastikan peningkatan mutu khidmat tetapi juga kelangsungan hidup dan beberapa kebijakan ekonomi yang dijalankan oleh Kementerian akan mampu meningkatkan mutu dan prestasi ekonomi negara kita.
- Kita kaitkan dengan perkembangan terkini, soal akibat dari serangan Israel dan Amerika ke atas Iran dan tindak balas, dan sekarang sudah melepasi satu bulan. Ada beberapa kenyataan yang melunakkan yang menyebabkan harga minyak turun sedikit, belum ada kepastian. Kita Malaysia bernasib baik kerana hubungan antarabangsa kita sangat akrab dengan semua negara, jadi kita dihubungi, sama ada saya, Dato’ Menteri Luar dan rakan-rakan Jemaah Menteri lain yang membantu supaya kefahaman kita lebih baik.
- Tapi isunya bukan yang sepertimana yang dibincangkan umpamanya Selat Hormuz. Ada beberapa komentar, orang politik ini, dia cepat. Tapi apa yang dia sebut half-truth turn absolute. Maknanya, fahaman itu sedikit kemudian dia nak mutlakkan pandangan itu sebagai suatu yang pasti. Sebab itu kalau dalam al-Quran, dia mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah tentang Wala talbisul haqqa bilbaatili wa taktumul haqqa wa antum ta’lamoon. Dia, jangan kita samarkan, kelirukan di antara hak dan yang batil. Padahal kita tahu apa kebenarannya. Kita ada ruang untuk mencari faktanya kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui.
- Saya beri contoh umpamanya. Kita ada hak menegur, memberi pandangan balas. Tapi kita tidak berhak menghukum berdasarkan fakta yang salah atas dasar kepalsuan. Umpamanya, Selat Hormuz itu 20 peratus daripada seluruh perbekalan laluan minyak, gas dan beberapa keperluan asas yang lain. Ada lagi, umpamanya, Bab al-Mandeb. Ada lagi, Terusan Suez. Tetapi bukan soal laluan sahaja.
- Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas telah melepasi dan dalam beberapa hari ini akan sampai ke Pengerang, insya-Allah. Tetapi, dia tidak berakhir di situ. Kos minyak yang lama, yang dah dinaik, yang diambil sebelum perang, tersangkut di Hormuz, dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat. Kerana kos insurans itu sudah melepasi 100%. Kos pengangkutan sendiri, freight charges, juga bertambah. Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah untuk diproses di Pengerang, itu sudah meningkat kosnya.
- Sebab itu saya katakana, rakan-rakan terutama penjawat awam umumnya, itu harus mengikuti supaya turun menjelaskan. Bukan soal mempertahankan Perdana Menteri atau Menteri Loke ataupun Kerajaan menyatakannya hak. Dan kalau ada pandangan balas mengatakan bahawa ada beberapa hal yang tidak disenangi ataupun harus diusulkan.
- Saya telah sarankan sejak awal bahawa perjumpaan-perjumpaan dan mesyuarat-mesyuarat jabatan baik oleh Ketua Jabatan atau KSU harus dimanfaatkan untuk memberikan pandangan, bukan di satu pengarahan monolog oleh KSU atau KP tetapi untuk memberi ruang pandangan dari bawah. Jadi itu saya tidak pertikai kalau ada pandangan-pandangan untuk memperbaiki tetapi tidak boleh hukuman macam-macam ini ada ulasan, ada yang digelar sebagai ulamak dan sebagainya dan berikan pandangan begitu. Ada ulamak yang terkenal yang ada banyak pengikutnya yang beri pandangan umpamanya dengan mengatakan oh tak betul minyak tak naik, di Malaysia sahaja naik.
- Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara tapi diselubungi oleh fahaman agama dan Al-Quran menyebabkan orang agak percaya tapi dia tidak membantu malah mengelirukan. Saudara, kita pegang amanah ini dan sudah saya sebut dari awal hubungan saya dengan Anthony Loke kerana kita dalam liku-liku perjuangan yang getir. Bukan mudah untuk sampai ke sini dan pengajaran. Saya anggap ini ujian dari Allah SWT untuk mendewasan kita, untuk menginsafkan kita, untuk tidak mengulangi kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang lalu.
- Sebab itu kita gunakan slogan Reformasi berdasarkan prinsip Al-Quran In urīdu illā al-iṣlāḥa mā istata‘tu. Doa Nabi Allah Syuib A.S iaitu berilah aku kekuatan untuk melakukan perubahan sedaya upaya aku. Bukan menyelesaikan semua masalah, tak mungkin kita dapat menyelesaikan dalam masa singkat semua tapi kita sedaya upaya menghentikan.
- Apa dia kebobrokan yang kita anggap pernah berlaku? Merasuah yang menular dan atas kecekapan badan penguatkuasaan sekarang dalam dua setengah tahun yang lalu, Alhamdulillah kita dapat mengumpulkan RM15.5 bilion yang dulunya tiris, hilang. Jadi, bukan kerja saya itu KSN, ini kerja penjawat awam yang ditugaskan khas. Kalau ditanya mengapa dulu tak kutip begitu banyak, tak apalah itu liputan sejarah masing-masing boleh buat analisa. Tetapi ketirisan itu dapat dipulangkan, ini bererti reform. Apakah kita pulangkan semua? Belum, maknanya belum selesai. Maksudnya reform itu masih dalam proses dan tidak menyeluruh.
- Jadi, sebab itu saya tekankan hal-hal ini kerana ia beralih kepada permasalahan kefahaman dan penjawat awam ini jentera penting. Selama wakili keluarga, jutaan keluarga dalam negara kita. Bukan untuk menutupi kelemahan. Oleh sebab itu, wala talbisul bil haq. Itu maknanya, jangan melindungi yang kebenaran. Kalau ada kelemahan, ya lontarkan, tonjolkan dengan baik, dengan maksud membawa perubahan ke arah kebaikan. Tetapi, seperti mana saya sarankan, jangan dalam keadaan kita sebagai keluarga penjawat awam mengesahkan yang palsu kerana kita bekerja sedaya upaya kita.
- Jadi, saya tekankan hal ini kerana kaitannya dengan krisis ekonomi yang kita lalui sekarang. Angka terakhir oleh Bank Negara dua minggu yang lalu meletakkan prestasi kita sangat baik. Lebih baik daripada yang kita unjurkan. Pertumbuhan ekonomi lebih baik daripada yang kita unjurkan sebelumnya. Ini jarang berlaku, pelaburan paling tertinggi dalam sejarah. Inflasi di antara yang terendah, kekuatan ringgit di antara prestasi yang terbaik di Asia. Itu semua angka-angka yang baik. Alhamdulillah, kerana apa? Kerana 2-3 orang kerja? Tidak. Kerana seorang Perdana Menteri, Jemaah Menteri? Tidak. Kerana kekuatan penjawat awam, sektor swasta, golongan pekerja, petani, semuanya bekerja sebagai satu pasukan untuk mengangkat, memperbaiki kehidupan keluarga, masyarakat dan akhirnya negara. Ini yang menyebabkan kita catat. Tapi sekonyong-konyong berlaku peperangan yang tidak diduga dan bukan kesalahan kita tetapi akibat daripada keganasan yang dimulakan oleh Israel, didukung oleh Amerika dan tempiasannya keseluruh negara teluk dan ekonomi dunia.
- Kalaupun selesai perang esok, menurut Amir Qatar langsung kepada saya, dia kata Brother Anwar, it will take minimum 3 years. They take some minor repairs to allow gas operations to operate. Probably 3 to 5 years for complete performance. Jadi yang ditekankan dalam masalah ini, masalah ini berlaku. Hari ini kita bersyukur lah, ada orang kata apa Anwar ni dalam keadaan ekonomi susah harga diesel naik suruh kita bersyukur, pun satu masalah juga fahaman. Bersyukur ni kita masih pertama, kita masih hidup kita masih sihat ekonomi kita tak teruk macam negara-negara jiran. Belum beratur lagi di stesen minyak belum tutup lagi 400 stesen minyak Belum terpaksa berjalan bekerja ke pejabat, kita bersyukur lah la’in syakartum la’azīdannakum wa la’in kafartum inna ‘adzābī la syadīd. Itu dituntut kita untuk bersyukur. Tapi bukan bermakna kita menafikan ada ujian dan masalah.
- Jadi, saya katakan prestasi baik itu tidak menentu sebab itu kalau saudara lihat dalam belanjawan saya sejak tahun 90-an dulu, saya selalu nukil pesanan dan gesaan Nabi Allah Yusuf dalam Al-Quran yang juga dikaitkan juga ada dalam 7 fat years, 7 lean years dalam Bible. Tapi bila saya sebut begitu ada ustaz marah tengok, Anwar ni dia bandingkan Quran dengan Bible. Salah juga.
- Saya tak samakan, tapi saya cuma kata ada cerita dan kisah dalam Bible tentang tujuh tahun ekonomi jenuh, seven fat years, jangan kita boros, jangan kita rasuah, jangan kita lupa bahawa untuk mempersiapkan kalau datang seven lean years. Mana tujuh tahun di bawah Nabi Allah Yusuf AS yang katakan tujuh tahun ekonomi yang jenuh dan melimpah untuk mengingatkan kita ada kemungkinan tujuh tahun ekonomi gersang ataupun menghadapi masalah-masalah ekonomi yang lemah. Itu persiapan kita.
- Jadi, kekuatan ekonomi kita tahun-tahun kebelakangan ini membantu kerana meredahkan tekanan kita. Ada cukup reserve, kita dah ambil beberapa langkah umpamanya penyasaran subsidi, kita buat sebelum masalah. Yang Budi, soal minyak (RON) 95. Ini membantu sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan kita. Tetapi saudara-saudara, kita akan lakukan. Apakah ini cukup belum? Sekarang ini mesyuarat Jemaah Menteri, mesyuarat Maritim dan Ekonomi, mesyuarat jawatankuasa kerja, mesyuarat-mesyuarat oleh kementerian-kementerian, sektor-sektor, pengangkutan, pertanian, itu terus saban hari untuk menentukan kita cepat menyelesaikan masalah ini.
- Yang saya nak tekankan ialah keperluan rakan-rakan di kementerian-kementerian dan hari ini, di Kementerian Pengangkutan ini untuk memahami bahawa kita memang hadapi masalah. Walaupun kadang-kadang orang fikir belum lagi, kerana kita belum beratur lagi kat stesen minyak. Belum ada masalah, tak betul. Memang ada, kerana harga sudah melambung, harga baja.
- Saya ke Felda hari Ahad. Felda di Pengerang, kawasan Kota Tinggi. Itu… bulan ini harga tidak meningkat ketara tetapi harga baja, fertilizers akan meningkat tinggi kerana peratus import baja terlalu tinggi. Baik. Jadi itu yang saya gambarkan. Jadi jangan kita tunggu bila ada masalah baru kita terkejut. Tugas kita menjelaskan bahawa kita harus bijak menangani masalah ini.
- Memang betul, RON95 kita cuba tahan. Kurangkan daripada 300 ke 200. Ada juga yang mengeluh, tak apalah. Ada juga dan masih boleh bertahan minyak tu. Saya boleh luluskan, tanya Saudara Loke, boleh. Dalam kabinet yang bagi menyenangkan rakyat, bagi semua happy Selepas itu, masing-masing terima beban. Tak boleh. You see, pimpinan dan apa-apa dasar yang diputuskan oleh kementerian ini, itu memikirkan cabaran kini, cabaran masa depan. Jadi oleh itu, apa yang kita boleh lakukan, kita lakukan. Petrol Budi 95 turun, ya. Tapi ada kebetulan, menantu saya dia pakai kereta diesel. Jadi, bising juga dia, dia kata pasal apa papa tak bagi tahu awal. Saya bagi contoh. Maknanya, saya tahu ada yang hadapi masalah, tetapi kalau kita fikir masalah itu, tak boleh selesaikan masalah untuk majoriti.
- Kemudian, sekarang masalah diesel. Ini yang besar, dan pihak pengangkutan memang terbeban. Saya pergi mana-mana, orang bangkit soal diesel. Jadi, kita bantu melalui Budi, melalui bantuan, petani, nelayan, pengangkutan. Tapi, tak selesai juga. Saudara Loke hari-hari duk dengar ini selesai masalah pengangkutan, sebahagian daripada pengangkutan bagi… katalah peladang. Pelancong marah. Kata kami macam mana, nak tutup ataupun bas-bas pelancongan ini kerana kos terlalu tinggi. Jadi kita kena dengar dan yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan berperingkat. Kalau selesaikan semua, tak adalah krisis. Ini kat dalam bagaimana nak selesaikan tatkala menghadapi krisis.
- Kalau menteri-menteri itu semua tidur tak buat kerja, KSU-KSU sebenarnya tak peduli. Kita faham, tapi sudah tahu di kementerian ini bertungkus lumus mereka bekerja, so sudah ramai bekerja bertungkus lumus, lebih daripada biasa. Persiapan-persiapan yang rapi.
- Jadi saya datang di antara lain, mengapa datang Kementerian Pengangkutan? Nak ucap terima kasihlah kepada saudara, kerana memberi sumbangan. Kalau berucap di luar je, saudara tengok lah, saban hari tapi ini berdepan sendiri ini kerana from the bottom of my heart, saya tahu yang kerja itu bukan orang di atas. Semuanya.
- Jadi kita minta teruskan kerana khidmat saudara-saudara itu membantu, bukan sahaja keluarga saudara tetapi negara ini dan kita bersyukur Allah SWT walaupun tak berhenti kritik terhadap orang politik dan juga penjawat awam saban hari, kita tak boleh nafikan di negara ini prestasi penjawat awam umumnya sangat baik ketimbang negara-negara lain.
- So, lihat umpamanya disiplinnya, kerjanya, apa tidak ada satu dua yang leceh? Ada. Tapi umumnya prestasi kita itu membanggakan. Makna kita boleh beri satu pengarahan, siap. Kadang-kadang kita minta segera diputuskan. Kau tanya Datuk Johan dia kata, we need 3 months. Dia kata, No, you have only 3 weeks. Dekat 3 weeks saya kata, we need 3 more days. Tapi tak tahu macam mana dia jampi serapah macam mana. Selesai. Jadi begitu je dekat Kementerian. Tanya Loke. Kadang-kadang dia bagi pandangan. Our projection is we can do it. Say, give us another 6 months. Or kadang-kadang dia kata, give us till early 2027. I say, no, no. We don’t have time for early 2027. Give a new target. Advance. KSU tahu. And yang menakjubkan, syukur Alhamdulillah kerana budaya kita dan tradisi kita dari perkhidmatan awam ini menunjukkan kalau ditekan, ditegaskan dan ada semangat kesatuan, perpaduan kita itu banyak boleh selesai. Lihat sahaja prestasi negara kita bukan sahaja sebelum krisis, ini selepas dan tatkala menghadapi krisis. Ketimbang dengan negara jiran, jauh lebih baik.
- Jadi jangan kita lupa, jangan kita asyik berleter seharian tentang masalah-masalah. Masalah itu ada tetapi perhatikan juga tentang prestasi yang dilakukan, berapa banyak perubahan. Ini Kementerian Pengangkutan, saya tidak mahu sebut nanti Loke happy sangat pula tapi tengok berapa banyak perubahan, you senaraikan dalam satu tahun. Jangan bicara seluruh negara, pengangkutan sahaja. But is this because of Loke alone? He provides the leadership with the Secretary-General but the whole team. You work as a team, a marvelous team.
- Jadi yang ini yang saya nak tekankan. Tentang krisis ekonomi apakah dia boleh selesai cepat? Kalau pun eh, saya tegaskan semula. Selesai damai ini Amerika Syarikat dengan Iran itu, kerosakan diteruskan oleh Israel masih terus. Ada damai, dia lagi kuat dia serang Gaza dan serang Lubnan terutama selatan Lubnan. Memang sengaja nak cari jalan merosakkan proses damai. Kalau saya nak celah sedikit, dengan Perdana Menteri Oman, kemudian dijelaskan teliti oleh Menteri Luar Oman. Dia kata “Brother Anwar, what do I feel? I initiated the negotiations between United States and Iran. It was progressing very well. We agreed on some very contentious issues and managed to resolve them and from my assessment, it’s the first time that the Iranians would agree on some very, very problematic issues, resolve them and agreed to sign. We completed and finished our discussions at 2 o’ clock and we’re supposed to continue at 5. At 3 o’ clock, Israel started bombing Tehran and of course the Americans followed through.”
- Jadi, saudara bayangkan perasaan dia. Itu yang kumpulan damai. Bayangkan apa yang disebut oleh Presiden Iran masa saya bercakap dengan dia.
- Jadi, apa kaitan dengan kita? Kaitan dengan kita ialah pertama, pemahaman tentang masalah ini tidak mudah. Mendoakan kepada Allah SWT supaya penyelesaian yang cepat. Tetapi, tahu bahawa masalah yang kita hadapi betapa getir dan gawat sekalipun jauh lebih ringan daripada malapetaka yang menimpa negara-negara sahabat kita ini.
- Kemusnahan, kematian yang melibatkan ribuan orang dan ratusan bangunan anak-anak sekolah, anak-anak kecil. Jadi kita ini selain daripada bersyukur, carilah jalan selesaikan kalau ada sedikit rezeki tambahan, bantu anak-anak kita yang susah di negara kita dan rakan-rakan kita di luar sana yang terlantar dan memerlukan bantuan.
- Saya dikritik umpamanya kerana saya menyokong Flotilla ke Gaza. 30 kontena yang tersadai yang di Mesir, dan saya minta saudara Amirudin Shari mengetuai kumpulan ke sana. Sana orang kebuluran. Anak-anak tidak ke sekolah bukan sepuluh, ribuan orang. Masjid-masjid roboh, gereja-gereja dimusnahkan. Jadi, takkanlah kita sumbangan kecil tidak boleh lakukan.
- Saya bersahabat dengan Presiden Mesir, saya gunakan persahabatan itu cakap tentunya pertama masalah negara teluk, peperangan tapi akhir saya kata sahabatku Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Mesir, anak-anak kita di Malaysia ini merasa terpanggil untuk bantu. Ada 30 kontena sekarang di Mesir. Saya minta tolong kawan untuk memberikan laluan supaya mereka dapat menembusi Rafah. Oleh persahabatan itu, menyebabkan beliau mengatakan ‘Anwar, we will do it immediately. Once they arrive, saya akan gunakan jentera saya untuk bantu.’ Itu yang kita lakukan kerana persahabatan dengan negara itu.
- Begitu juga dengan Presiden Iran. Walaupun banyak orang… itu biasa politik ni, tapi saya nak beritahu sendiri, sebab itu dalam perbincangan saya dengan Presiden Iran, sengaja saya rakam dan video itu biar tersebar sikit. Kerana kalau tidak dia orang permain seolah mana ada mana ada, jadi saya dengar kenyataan saya dan jawapan dia dan bila saya sebut tentang kapal Malaysia, termasuk kapal dari Petronas, apa jawapan dia? ‘Brother Anwar, please be assured that I will give immediate instructions after this call, to do whatever is necessary to allow your ships to pass through the Strait of Hormuz.’
- Alhamdulillah, itu ertinya hubungan kita dengan negara-negara luar itu harus baik. Dengan semua negara ASEAN, dengan negara China, dengan Amerika Syarikat sendiri. Yang setuju kita setuju, yang tidak setuju kita tidak setuju. Tetapi persahabatan baik untuk apa? Untuk jaga kepentingan negara ini.
- Jadi, sekian kuliah pagi ini dan sepertimana biasa saya tidak merujuk khusus kerana pengangkutan ini Saudara Loke dan KSU lebih handal, lebih arif daripada saya tentang apa yang nak dilakukan. Saya tidak mahu saingi. Satu dalam hal yang saya belajar dalam hidup ini iaitu kalau kurang arif dalam beberapa bidang, jangan cuba teroka di situ. Dalam expertise on transportation ini, itu ada di sini. Jadi biar mereka saja uruskan. Saya cerita yang pengalaman saya secara langsung umpamanya hebat-hebat Loke, dia belum bercakap dengan Presiden Iran (nada berseloroh). Jadi saya ambil peluang cerita yang itu, kerana saya one up there tapi kalau saya nak cerita pasal macam mana LRT, MRT, sistem dia, itu saya serahkan dekat dia. Saya kalah bab itu.
- Jadi, belajar, bagi tahu yang kita tahu. Yang jadi masalah dalam politik di Malaysia ini, mereka serba tahu termasuk yang tidak tahu. Jadi keliru kita. Jadi semoga Allah SWT berikan kekuatan. Terima kasih banyak. Kopi belum lagi dituang tapi insya-Allah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN KEPADA MASJID AR-RASHID
TAMAN PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN
4 APRIL 2026 (SABTU) | 1.20 PETANG
MASJID AL RASHID
TAMAN PERPADUAN KOPERASI
TAMBUN, PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Saarani Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Setiausaha Kerajaan Negeri;
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
KP ICU;
Tetamu-tetamu;
Ahli-ahli Yang Berhormat;
Wakil-wakil Masyarakat;
Jawatankuasa Masjid;
Wakil-wakil Orang Asli, terima kasih datang.
- Terima kasih Nasir yang bantu menyelenggarakan majlis ini. Saya mula dengan kenyataan syukur ke hadrat Allah SWT kerana rakan-rakan di sini sentiasa berikan kerjasama dan sokongan, faham juga tentang tekanan kita sekarang ini dengan peperangan. Perang ini sebenarnya bukan masalah kita betul, perang ini bukan salah Iran, yang mula pergi serang Iran ini rejim jahat zalim Zionis Israel, Amerika sokong. Jadi lepas itu takkan Iran nak diam diri, dia lawan balik. Iran pula bukan jenis negeri yang lain, sebelah keliling dia. Dia ada kekuatan sebab apa dia fokus sainsnya, penyedihkannya, semangatnya dia kuat jadi boleh balas walaupun lawannya Amerika, Amerika ini negara paling kaya di dunia, kekuatan tentera paling kuat di dunia, kalau lawan orang lain dah lama lah tapi bila lawan Iran ni semangat mereka. Mati Ketua agama dia, rujukan dia Imam Khamenei. Mati Menteri Pertahanan dia, Panglima Tentera nya. Awal-awal Israel yang bunuh, tapi masih bangkit dengan kesemangat. Kita ni nasib baik lah, alhamdulillah keadaan aman. Tapi kena adalah semangat macam itu.
- Ini ujian sikit, bebal panjang. Tuduh sana, tuduh sini. Ini negeri keadaan susah, bukan kita cari pasal. Minggu lalu Bank Negara bagi kenyataan, pertumbuhan ekonomi kita akhir tahun lalu dengan awal tahun ini terbaik. Pelaburan paling tinggi dalam sejarah. Inflasi sangat rendah, pengangguran sangat rendah, ini pencapaian kita berkat kerjasama semua, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri pekerja-pekerja Kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan pekerja-pekerja yang ramai. Jadi bermuafakat angkat ekonomi, tak semena-mena berlaku perang. Bila berlaku perang, orang kata kita hasil minyak, itu Pengerusi Petronas dah jawab. Betul kita negara pengeluar minyak dulu, sekarang kita dah ada import juga minyak. Jadi kita boleh keluar dengan harga murah tapi import harga sangat mahal, $1.06 USD satu tong, itu harga jual. Tapi harga tak masuk Insurans, harga kapal, pengangkutan semua meningkat sekarang ini. Itu pun di Malaysia, alhamdulillah ada minyak. Cuba baca, tengok negara-negara jiran pakai catuan sekarang. Minyak tak ada. Di satu negara ASEAN, 400 stesen minyak tutup. Ada di satu negara lain berjalan kaki pergi pejabat. Kita Alhamdulillah tak sampai ke situ.
- Jadi jangan dok cerita yang maki hamun, apa ni? Saya tak apa lah saya biasa dengan orang-orang maki ini, tetapi dalam keadaan sekarang kita pakat-pakat kerjasama lah, cari jalan selesai. Musuh kita di sana, di luar tu dan kita Malaysia satu-satu negara yang aman, ekonomi berkembang. Orang cemburu tak? Ada Musuh-musuh cemburu tak? Dia tak tahu ke perkembangan? dia kalau nak jadi tumpuan dia mana? Malaysia. Kerana ekonomi kita baik, negeri kita aman, hubungan antara kaum Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan itu masih baik. Ya, adalah komplen sana sikit, tapi aman.
- Jadi sebab tu saya tekankan tak apalah nak kritik, nak tegur marah saya, saya terima, tapi kita kena faham juga dia bukan percuma tiap bulan, tiap bulan ini kita tambah belanja RM6 bilion kerana perang. Perang ini di sana, di negara Teluk, tapi yang kita kena bayar berapa? RM6 bilion. Sebab itu saya kata ni projek besar-besar jangan minta sementara ini, tapi projek rakyat, sekolah, tandas rosak, masjid bocor, bumbung rumah orang Asli, itu okey, kita boleh timbang lah, kita boleh bagi yang mana mampu. Tetapi, projek-projek besar, kita terpaksa Tangguh.
- San saya pun kata Menteri-Menteri tak boleh keluar negara lah, pegawai-pegawai tinggi dan Tan Sri KSN tahu, kita tak bagi keluar lah. Tak payah, tak payah, sebab belanja tinggi. Dulu dari Kuala Lumpur ke London, RM7,000. Sekarang dah sampai RM20 ribu. Ada syarikat kapal terbang, Perdana Menteri New Zealand telefon ke saya, dia kata seribu penerbangan dia dah batal. Sebab apa? Minyak tak ada. Kalau ada minyak pun, dia tak jamin pergi ambil singgah satu lapangan terbang. Ada tak minyak angkut dia.
Saudara-saudari,
- Saya nak sebut, masalahnya berat, serius. Memang tak sampai kepada kita kerana orang belum beratur beli minyak, betul. Tapi, retilah syukur, ‘Lain Syakartum Laazidannakum Walain Kafartum Inna Adzabi Lasyadid’. Kita ikhtiarlah baiki. Jangan bermusuh sesama kita. Ini saya sebut keperluan kita dari segi memahami. Kita terang. Saya tak kata tak ada masalah, mana mungkin tak ada masalah. Harga diesel naik, tapi kita bantu untuk petani, untuk nelayan, semua kita bagi.
- Minyak di negara jiran RM10 lebih, 1 liter, Malaysia RM1.99, bayangkan, sebab kita ada keluar minyak dan kita boleh tahan. Tapi jangan duk maki lagi, “oh diesel naik”, diesel naik, saya tak setuju. Jumpa orang kerja kadang-kadang mengeluh, tapi kita ada cara nak selesaikan perlahan-lahan. Ada peniaga-peniaga masuk orang Cina, dah sampai e-invoicing, boleh tak? Kita kaji.
- Sekarang ini tiap hari ada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Kita panggil pulak Tan Sri Hassan Merican kerana dia dulu ketua Petronas lama, jadi panggil dia bantu. Mesyuarat Jemaah Menteri, gilir. Hari ni saya, esok Dato’ Sri Zahid, lusa Dato’ Sri Fadhilah, pengerusikan, dengar masalah. Kita tak tahu semua masalah baik, dengar masalah petani kita macam ni, peladang kita macam ni. Harga baja naik, harga makanan ayam naik, bila naik harga barang mungkin naik, Sebab tu kita doa mudah-mudahan selesai perang ini cepat.
- Saya walaupun kita negara ini tidaklah negara besar, tapi kita syukur, semua negara Arab, semua saya beritahu, semua negara Teluk yang terlibat tu semua hubungi kita, termasuk Presiden Iran. Presiden Iran itu dia pilih berapa orang yang dia cakap di dunia ini, tapi kita bercakap ada faedahnya. Jadi ada laluan kita, kapal kita boleh lalu di Selat Hormuz, kita kena berkawan dengan semua. Kita tak tunggu Amerika setuju, tak setuju. Negara Malaysia ini bebas dan merdeka, kita putuskan sendiri dasar kita.
- Jadi ini saya nak sebut tentang ekonomi, sebab itu saya kata sabarlah sikit, jangan boros sangat. Amalan berjimat. Sebab itu, hari terbuka untuk Perdana Menteri kita tak buat. Gaji Perdana Menteri ini, ni Ahli Parlimen Tambun ni dah 3 tahun saya tak ambil. Saya duk fikir kalau ekonomi ini baik, saya nak lah ambil lah balik. Orang lain dapat gaji pasal apa kita tidak dapat. Tapi saya fikir dah nak ambil, dah ekonomi ni tak elok pula, tak ambil lagi tak apa, saya miskin ke? Dak. Saya datang sini ke kapal terbang, Kerajaan. Kereta, kereta Kerajaan. Jadi saya tidak susah daripada orang lain, tapi saya juga kena ambil tahu dan bagi tahu kawan-kawan saya supaya berjimat. Yang lain, gaji hak mereka, ada orang dok guna pulak, kata mereka, Perdana Menteri tak ambil gaji pasal apa Menteri Besar ambil gaji. Ini pun hujah yang tak betul. Itu haknya. Yang kita tak mahu bagi, curi. Rasuah kita tak bagi. Hak kita kena bagi.
- Jadi mudah-mudahan kita faham bab yang pertama itu. Mengapa kita kena kawal? Tapi walau bagaimanapun, masih ada cadangan untuk rakan-rakan ambil perhatian. Beberapa kawasan masjid yang daif atau sekolah yang daif atau tandas yang rosak, itu insya-allah kita cuba bantu sedaya upaya kita dan sesegera mungkin. Tetapi percayalah kita cuba lakukan supaya negara kita ini dapat maju dan hadapi ujian. Sementara ini, kita dalam tahun sejak COVID 3 tahun, alhamdulillah. Belum kita nak lonjak lagi, dah mari perang. Jadi dia terhenti sebentar.
- Tapi janganlah kita kerana ujian ini sikit, kita nak bebal marah semua, padahal 3 tahun kita dapat. Tak ada negara di dunia yang saya tahu bagi Tunai Rahmah, bagi SARA. Masa kita ada duit, kita bagi. Tapi nak tambah kita kena teliti jangan sampai terhutang banyak sekali lagi.
- Saya nak sebut berapa sebulan kita bayar tambahan pasal subsidi ini? Minyak, baja, tambah-tambah daripada dulu, dulu tak ada, ini yang kita tambah. RM6 bilion ringgit sebulan. Kalau 10 bulan dah RM60 bilion ringgit. Nak terus kena hutang? Nak hutang, kita kena bayar. Jadi sebab itu, kita kena urus dengan cermat.
- Saya minta tolong kawan-kawan faham. Saya bukan nak beban juga pula. Hang punya masalah, kamu punya masalah lah Anuar, kamu Pendana Menteri. Ini adalah beban kami dah. Ini masalah kita bersama. Kita cari jalan. Dan di samping itu, terus berdoa kepada Allah SWT. Orang masih susah.
- Sebab itu dalam keadaan susah kita pun, saya setuju Menteri Besar Selangor mengetuai rombongan. Saya telefon Presiden, ada orang dok main, alah Anuar ini Perdana Menteri telefon. Kalau tak telefon tak boleh lepaskan nak pergi Rafah, saya kena telefon Presiden Abdul Fattah Sissi. Masih dianggap kita sahabat. Saya kata, “Mr Presiden, saya minta tolong buka laluan. Kerana anak-anak kita ada 30 kontena barang-barang: makanan, ubat nak bawa ke Gaza. Orang sana kebuluran. Masih kita tolong. Inilah berkat apa yang kita buat. Dalam mana kita susah pun, kita cuba bantu orang yang lebih susah daripada kita. Ini semangat yang harus ada. Sebab itu amal sedekah jariah, ini semangat. Dia begitu. Dia sedekah, dia bukan orang kaya yang sedekah. Orang yang pendapatan susah pun dia bagi sedikit.
- Ini sekali lagi saya ucap terima kasih untuk Nasir dan Datuk Sallehuddin dan kawan-kawan, dan terutamanya Menteri Besar bergegas mari, dia ada acara tadi untuk sama-sama merai dengan kita. Saya ada majlis lain sebentar sini, tapi ucap ribuan terima kasih, jazakumullahu khairan katsiran.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM TEMU ANWAR BERSAMA WARGA MCKK
TEMA:
“MCKK, KEPIMPINAN DAN MASA DEPAN MALAYSIA MADANI”
4 APRIL 2026 (SABTU) | 11.15 AM
MCKK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah
Nahmanuhu wa nusalli ala Rasulihil Karim
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudari Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
Timbalan Menteri,
Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Speaker;
Tan Sri Datuk Dr. Ir Ahmad Tajuddin;
Pemangku Pengetua dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Rasanya tentunya bangga, nostalgia melihat kembali ke sekolah yang mendidik, memberikan pendedahan, pencerahan, latihan pendewasaan selama tujuh tahun, dan tentunya saya mengulangi kenyataan penghargaan kepada guru-guru, rakan-rakan dahulu, kerana jasa dan khidmat mereka yang tidak terdaya saya lupakan atau mampu bayar dengan berapa harga sekalipun, kerana budi mereka itu sangat tinggi dan mulia.
- Saya harap anak-anak dapat terus menjadikan institusi ini institusi gemilang. Bukan kerana gedungnya itu hebat, bukan kerana semata-mata sejarahnya itu gemilang, tetapi kerana harapan umat dan negara tinggi menggunung. Ini dalam rangkuman prakarsa disebut ‘Elite School’, saya tidak mewakili pandangan yang mendukung sangat konsep itu. Sementara tadi saya ke Sekolah Menengah Clifford saya agak terkejut bila diberitahu bahawa saya adalah Perdana Menteri pertama yang melawat Sekolah Menengah Clifford. Dan ia sedikit sebanyak memberikan gambaran kadang-kadang sistem negara kita dan pemikiran kita itu terlalu memihak kepada satu kelompok.Tidak ada salahnya, saya akui saya tentu kasih dengan sekolah ini, bangga dengan pendidikannya, budayanya, tetapi saya harus ingat untuk mengangkat martabat negara ini menjadi negara hebat. Kita harus faham falsafah, maksud ‘Democratization of access to quality education’. Maknanya ruang peluang pendidikan itu harus diberi seluas mungkin kepada seramai mungkin. Ini akan memberi makna kepada ‘democratization of access to quality education.’
- Anak-anak di sini harus tidak merasa terpisah dari kenyataan di luar. Ada karya penting, mantan Profesor Harvard, mantan Profesor dan dekan Harvard. Dengan jodoh bukunya, “Excellence Without a Soul” kerana Harvard itu gedung cemerlang dunia academia. Dunia seluruhnya mengiktiraf kehebatan dan kita tidak mampu menafi kenyataan tersebut. Tetapi Profesor Lewis dalam karya besarnya mempertikai pandangan tersebut. Dia kata, “tidak mungkin dipersoal kedudukan, kewibawaan sebagai pusat cemerlang, excellence”. Tapi dia beri peringatan yang saya ingat sangat relevan bagi sekolah-sekolah asrama penuh, sekolah-sekolah hebat seperti Kolej Melayu. “Excellence Without a Soul”. Kecemerlangan itu harus bersama dengan hati nurani, dengan kesedaran, dengan keinsafan.
- Apa contoh yang diberikan oleh Profesor Lewis? Di luar Harvard, ada ghettos, ada orang kulit hitam yang ditindas tidak diperdulikan. Di luar gedung Harvard yang indah gemilang itu masih ada kelompok-kelompok miskin tersisih dan terbiar tidak dihiraukan oleh anak-anak di Harvard. Jadi apakah yang dididik? Yang dididik itu keterampilan, ya. Kecemerlangan ilmu, ya. Jadi di mana kemanusiaannya? Di mana roh karamah insaniahnya. Nah ini yang dipersoalkan dan mengesankan saya tatkala membaca kupasan tersebut dan saya rasa bertanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak. Kita bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala kerana kita diberikan kesempatan ini. Tetapi kita harus ingat, dengan kesempatan ini ada tanggungjawab. “Taklifun wala tashrifun” tanggungjawab dan bukan keistimewaan, responsibility and not just a privilege, maka ini mauduk kedua saya.
- Bila datang di sini dengan gedung yang hebat dan perbelanjaan tinggi kerana gedung itu terlalu lama, main school saya lihat saya datang dua tahun yang lalu pengetua ketika itu mengeluh kerana tak salah saya 12 ke 14 tandas dah rosak. Masa saya dulu 4, jadi dia berkembang dengan kemajuan dan kehebatan teknologi 14 tandas rosak. Itu saya rasa sudah hampir selesai dah, ok alhamdulillah. Yang lain-lain itu kita boleh bantu tapi yang saya nak tekankan di sini bukan sahaja kesemuaan, not just a privilege bukan sahaja keistimewaan tetapi pertanggungjawaban.
- Tanggungjawab kita sebagai pelajar tentunya menimba ilmu, menggunakan peluang dan ruang termasuk ilmu-ilmu baru. Semasa saya di sini tidak disebut pun istilah IT atau digital technology atau energy transition. Tidak ada istilah itu. Istilah-istilah baru. Tetapi ini kenyataannya. Kenyataannya menuntut kita menguasai ilmu-ilmu baru dengan tahap-tahap kecekapan. Kalau tidak kita ketinggalan. Sebagai satu negara, tidak mampu kita menangguh. Pusat-pusat ini, seperti di Malay College, harus memberikan persiapan dan kesediaan. Prestasi harus diperbaiki. Tentunya sebagai bekas pelajar, saya ikuti prestasi tahun lalu.
- Jadi anak-anak yang tingkatan 5 tahun ini, no nonsense. Better discipline, more and tougher academic rigor, and more time to study without compromise. This is my instruction to the teachers of this school. You accept, you stay, if you don’t accept, you go. Both for the teachers and the students. Faham? Terima kasih. I know, I love you. I know you guys can do it. I may sound a bit tough but out of compassion. When the performance is satisfactory, we say thank you. When we need to improve, we say room for improvement. When there’s lack of discipline, we cannot spare the rod. Therefore, may I say that with my coming, the minister, the ministry, the department, the headmaster, the incoming headmaster, and principal, and the teachers in this school, and the students, including those with maroon blazers. Hebat betul maroon blazers They are expected to do much better and I am confident. I know this school. I know MCKK. When we say yes and this is a challenge, you will accept this challenge and this year you will excel in the result, insya-Allah.
- Balik kepada soalan tentang pertanggungjawaban, ya. Pendidikan. Tapi pendidikan itu, selain daripada teknologi baru yang lebih canggih, sains, dan new technology. Maksud saya sebutkan tadi digital, AI. Tapi jangan tinggal satu aspek yang utama. Kita kan manusia. Kita kan karamah insaniah. Allah jadikan kita ini sebagai manusia, bukan sebagai machine. Jadi oleh itu, harus kita pastikan pendidikan kita itu tidak meninggalkan aspek yang sangat asasi. Soal nilai, soal akhlak, soal adab yang tergabung dalam soal disiplin tetapi dengan cara lebih luas. Dan ini yang kita tekankan, ya. Kerana dalam kupasan mengenai ilmu itu. Ilmu itu harus ma’rifah kata Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A. Dia menguasai ilmu itu sebagai suatu yang sangat melazatkan, mengasyikkan, mencipta ilmu itu sebagai suatu tanggungjawab – ‘Lazzatul makrifat’, kata dia. Ini kupasan kalau anak-anak, kurang-kurang guru-guru, ustaz di sini tahu kupasan Hujatul Islam Iman Ghazali tentang kategori ilmu.
- Bukan perkara baru. Yang menyebut penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang itu penting tetapi tidak boleh meninggalkan landasan. Mendidik manusia itu budi pekertinya, akhlaknya. Jadi tidak boleh kita kesampingkan isu yang sangat asasi, integral. Iaitu isu disiplin, akhlak dan nilai.
- Terutama cabaran sekarang. Kita semuanya berebut untuk mencari maklumat. Apa yang dikatakan information. Tapi ada beda. Bukan semua maklumat itu ilmu. Bukan semua information itu knowledge. Ini dikupas dulu lagi. Seribu tahun yang lalu. Imam Ghazali. Ada ilmu yang merosakkan, jadi bukan ilmu. Ada ilmu yang lucah, bukan ilmu sebenarnya. Jadi ada maklumat, ada ilmu. Tapi saringan ilmu itu yang kita sebut memerlukan usaha kita menilai dan yang dikaitkan dengan menyaring berita dan ilmu untuk melayakkan kita mendapat makrifat. Jadi ada beda di antara information, knowledge, and wisdom.
- Penyair ulung, TS Eliot, membedakan kategori ini. What is lost in information or knowledge, itu tanpa wisdom. Jadi ini bagi kita harus dikuasai. Saya hanya rumuskan kuliah tengah hari ini. Tidak sangat membebankan. Iaitu beza di antara maklumat ilmu dan hikmah, wisdom. Information, knowledge, and wisdom. Baik. Dan ini boleh menjawab permasalahan sekarang, yang kita kaitkan dengan keperluan menggali sains dan teknologi dan kecanggihan IT. Tetapi kalau tak lari daripada prinsip moral, akhlak, etika, nilai, kita akan selamat. Dan kita boleh mampu memberikan hujah berdasarkan ilmu yang kita saring. Kerana tidak semua berjaya.
- Dunia ini tidak kekurangan orang yang betul, tidak kekurangan orang jahil. Tapi tidak kurang juga orang yang pintar. Yang membuat segala teknologi paling canggih, pesawat paling canggih, senjata paling canggih, itu orang-orang pintar. Yang menggunakan juga orang pintar. Lulusan universiti-universiti terkemuka. Tapi perangai mereka bobrok. Mereka boleh membunuh orang, zalim kepada orang, menjajah negeri orang tanpa conscience. Hilangnya conscience. Sebab itu kita lihat umpamanya apa yang berlaku di Gaza. Apa saudara ingat orang barat tidak tahu apa dia kezaliman? Apa dia penjajahan? Apa dia pembunuhan kanak-kanak? Dia tahu. Malah mereka juga terlibat dalam penjajahan ratusan tahun termasuk di Tanah Melayu pada ketika itu. Tapi diteruskan. Without conscience. Sebab tu saya kalau bicara di Eropah, Jerman, depan Canselor Jerman, atau masa di Amerika, depan masa itu Presiden Biden. Saya sebut, “why this hypocrisy? Why tell us and wanting to hector and teach us about human rights?” Maknanya the failure of education yang tidak menanam roh keadilan dan nilai.
- Paling akhir, Iran. Bayangkan senang-senang Israel mengambil keputusan kami tak suka dengan teknologi dan keupayaan nuklear Iran. Kita serang, Amerika bantu. Dan dunia hampir senyap kerana pengaruh barat itu kuat. Saya beritahu kepada kawan-kawan, anak-anak, alhamdulillah, Malaysia di antara satu-satu negara yang masih pertahankan semangat kebebasan dan berani menyatakan bahawa serangan itu ganas, biadab dan mesti ditentang. Dan itu tragedi bagi umat. Alhamdulillah, kita dalam kedudukan di mana semua negara Teluk, negara Arab, ASEAN, termasuk Presiden Iran menghubungi kita, berbincang. Bagi saya, ini erti merdeka. Merdeka ertinya kita bebas menyuarakan berdasarkan prinsip kita.
- Mengapa kita tuntut kemerdekaan? Kita benci dengan penjajahan. Bukan kita benci dengan orang putih. Kita benci dengan kezaliman. Tapi sudah kita merdeka, jangan kita ulang dan sambung dan teruskan betul-betul kezaliman dan penindasan. Sebab itu bagi saya soal conscience, soal keadilan, soal nilai itu penting. Demikian hujah saya. Saya nak permudahkan majlis ini. Dan saya nak buka ruang untuk soal jawab. Tak payah protokol. Tak perlu mukaddimah. Yang Amat Berhormat tak ada di sini. Yang ada, Pak Anwar. Ok? Jadi sila. Kalau soalan-soalan bangun tanya. Yes.
SESI SOAL JAWAB
SOALAN 1:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Seri, nama saya Muhammad Fariduddin Effendi bin Muhammad Effendi. Kelas 5 Sains 1, Rumah Idris. Jadi, seperti yang kita semua tahu, semasa menuntut di kolej keramat ini, Dato’ Seri telah menyandang jawatan sebagai Ahli BRU ataupun Badan Revolusi Agama ketika itu. Jadi persoalan saya, apakah nilai-nilai yang mendorong Dato’ Seri sendiri untuk memimpin? Bukan sahaja dari sudut akademik ataupun disiplin, malahan daripada aspek rohani. Terutamanya dengan adanya cabaran seperti pengaruh media sosial dan juga kemelut geopolitik pada hari ini. Jadi itu sahaja soalan saya, terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Terima kasih, hebat juga pelajar dari Rumah Idris ini. Baik, eh Idris ke Ahmad tadi? Sahaja, saja tanya. Baik, saya bernasib baik, saya tidak pintar masa itu. Cuma saya didorong oleh guru-guru dan ustaz ketika itu. Dia kata, “Anwar, sekolah ini baik, kemudahannya baik, tapi kesedaran agama harus ditingkatkan”. Dan bagi dia kesedaran agama itu bukan sekadar solat, puasa, yang tahu halal-haram, tapi mesti roh, menjiwai. Jadi saya dengar, maka kita aktifkan, masa itu disebut Badan Revolusi Ugama (BRU) dan juga terapkan isu sains dan Islam. Bawa pandangan-pandangan pimpinan, ulama dan mufti yang progresif, Mahmud Shaltut. Kemudian ambil nukilan pandangan George Bernard Shaw tentang Islam yang berbeda daripada pandangan konvensional golongan kolonial dan penjajah. Masa itu belum lagi popular istilah Islamophobia. Tapi memang prejudis. Sebut sahaja Islam itu yang bagi mereka mundur. Dan banyak orang Islam pun begitu juga pada masa itu. Bukan saja orang Barat. Orang Islam mungkin terdedah dengan pemikiran itu. Dia anggap Islam ini memang tidak akan maju, mundur. Dia tak bangga dengan bahasa dia, budaya dia, dia kagum. Ini maknanya kejayaan penjajahan. Sebab itu Sheikh Mohammed al-Ghazali pernah sebut, Sheikh Mohammed al-Ghazali ini seorang ulama besar dari Azhar. Dia pernah kata, penjajahan itu atau imperialism itu disebut isti’amar. Dia kata bukan masalah penjajahan negeri sahaja. Tapi penjajahan pemikiran dan jiwa. Itu bahaya dia. Dia jajah ini, dia dah keluar, puluh tahun. Tapi pemikiran penjajah masih ada. Sekarang pun masih ada, kalau kita bincang. Jadi, itu yang saya anggap permulaan, kecil-kecilan dalam Badan Revolusi Agama. Saya percaya dalam keadaan sekarang, saudara-saudara mampu meningkatkan keupayaannya di bawah pimpinan guru-guru dan ustaz yang ada. Baik, terima kasih.
SOALAN 2:
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri, nama saya Edana Qisha Binti Muzaffar. Saya merupakan pelajar IBDP tahun pertama, Rumah Ahmad. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana sudi meluangkan masa bersama kami di MCKK pada hari ini. Jadi, ramai tahu yang banyak negeri berdepan dengan krisis kepercayaan terhadap institusi politik. Jadi, soalan saya kepada Dato’ Seri adalah bagaimanakah seorang pemimpin boleh mengekalkan prinsip moral dan nilai integriti apabila berhadapan dengan tekanan politik, kepentingan parti, tuntutan pragmatik dan sebagainya dalam membuat keputusan negara. Itu sahaja. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Terima kasih. Wah! pintar Rumah Ahmad. Masa saya tu takda pelajar Perempuan. Terpaksa kita keluar tengok pelajar wanita di sekolah lain. Tengok dari jauh, tengok dari jauh. Menteri marah saya ini, tapi macam mana? PM sebut pasal itu. Bukan, saya cerita terus terang. Why should I lie and be hypocritical, when I was young of course you like to see pretty girls kat luar, kat dalam tak ada, tengok kat luar lah, bukan selalu. Baik, itu cerita dulu, jangan beritahu Azizah (nada berseloroh).
Baik, isu dia tentang apa yang disebut terhakisnya keyakinan apa yang dikatakan defisit kepercayaan terhadap sistem dan pimpinan politik. Contohnya nyata, lihat umpamanya pimpinan di negara-negara yang dia kalau luar, yang bercakap soal keamanan tapi menyerang negara lain, bercakap hak asasi manusia membiarkan orang dibunuh setiap hari anak-anak kecil. Kan ini contradiction in terms sheer hypocrisy, dan kalau ini lambang orang politik tentu orang tidak senang.
Sebab itu di negara kita harus ada kesediaan untuk melakukan perubahan saya sebut ‘Islah Mastata’tu’, dalam doa Nabi Allah Shuaib A.S, itu tepat, perubahan sedaya upaya dia tidak perlu ubah sekelip mata. Orang kata “Anwar, bincang soal reformasi dan oleh itu perubahan ini belum berlaku”, kita ada proper tender process. We have been tough against corruption. Are we able to completely wipe it out?. No. Because it’s has been systemic, we doing it, over the last two years, how much we collected from the stolen money? RM15.5 billion. Now, saya tanya dulu di mana wang itu? “tidak ada” maknanya kita lakukan, apakah lengkap sempurna?. tidak. Dan ada orang kata menggunakan media sosial menyerang kita Tidak boleh sentuh, dia orang besar, keduanya dia orang dah kaya banyak berjasa kemudian kita kalau ambil tindakan, takkan kita dendam? Ada pandangan sebegitu. So, it’s not easy. Dia tidak semestinya mudah. Mengambil tindakan sebegini, memerlukan ketahanan. Tapi soalnya, orang boleh kritik. Memang saya tak nafikan. Kadang-kadang kita ambil masa.
Saya, dalam ahli-ahli Parlimen, bersama Fadlina, dengan DAP, Amanah, pun 82 orang. Seluruh kekuatan Ahli Parlimen, 272. Saya kena runding dengan rakan-rakan saya. Saya bernasib baik kerana rakan-rakan dalam UMNO bagi kerjasama penuh dan Sabah Sarawak. Tetapi tiap langkah yang harus diambil, itu kena runding. Saya bukan kemimpinan mutlak. Seperti diktator atau ala diktator pengalaman-pengalaman lalu. You just do it. No. Jadi, ini kita lakukan.
Tetapi saya setuju tadi saranannya iaitu mesti ada tekad untuk melakukan perubahan. Tetapi kita akan hadapi umpamanya dengan media sosial. Tengok umpamanya, sekarang keadaan minyak melambung naik, kemudian dia ulang kenyataan saya “Hari ini menang, esok minyak turun”, Eh, kamu ni tak baca ke? Buta huruf ke? Kenyataan itu dibuat dalam keadaan harga minyak di Arab Saudi RM50 sen pada masa itu. Tapi kita RM1.99. paling rendah di dunia. Cuma banding dengan Brunei yang rendah sikit pada kita. Can you imagine? Semua negara pengeluaran minyak termasuk UAE sekarang menaikkan harga minyak sebab banyak mesin dibom.
Jadi kenyataan ini kadang-kadang tidak digunakan sentimen. Saya ingat RM1.99 dengan harga diesel yang dibantu, petani, nelayan, kemudahan pengangkutan diesel itu dibantu. Tidak semuanya lah. Ada menantu saya guna motorkar, motorkar dia itu diesel, dia kata kepada saya, “papa kenapa tak beritahu, guna diesel harga tinggi”. Menantu saya, saya kata ini polisi sekarang. Jadi, tak ada peduli fakta. Tak ada peduli kebenaran. Hanya politik picisan. Memperbodohkan rakyat. Sebab itu, anak-anak yang ada kecerdasan, bangkit. Gunakan kekuatan bagi penjelasan. Bukan kita ambil wang. Saya tidak ambil wang. Seperti saudara-saudara tahu, gaji saya tidak ambil. Elaun Ahli Parlimen, saya ambil, betul. Guna pesawat Kerajaan datang ke Ipoh. Betul. Kereta, kereta Kerajaan. Tapi gaji dia tak ambil. Cukup 3 tahun ini dah juta ringgit dah. Kerana apa? Saya nak bagi contoh. Tak semua pemimpin itu yang kita kenali, harus mencari memunggah kekayaan untuk peribadi.
Tapi, apakah salah seorang Menteri atau seorang Menteri Besar mengambil gajinya yang sah? Tak salah. Jangan salah faham. “Oh, Anwar tak ambil gaji, kamu jangan ambil”, tidak betul. Itu hak dia. Jangan kita pertikai. Yang kita tidak mahu, dia curi. Seorang setelah tinggalkan jawatan Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Kewangan kekayaannya RM4 bilion mana mungkin negara boleh selamat kalau begitu.
Jadi kita harus bertindak, bila kita bertindak yang ada RM4 bilion itu menyokongnya ramai kan? Yang influencer pun ramai juga, jadi sebab itu anak-anak harus waspada. Yang penting pertahankan prinsip dan hak. Dan terima kenyataan apa-apa perubahan pun harus berlaku secara berperingkat. Okay? Jelas? Terima kasih.
SOALAN 3:
Assalamualaikum Dato’ Seri jadi nama saya Wan Ammar Husin, boleh panggil saya Ammar saya dari kelas 4 Sains 3 dan saya Rumah Sulaiman. Jadi soalan saya, dalam era kecerdasan buatan dan automasi ini kan, bagaimanakah pendidikan harus berubah supaya murid bukan sahaja menguasai ilmu tetapi mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan juga global, bertaraf dunia. Itu sahaja. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Ya, soalan itu pendek tetapi sangat mendalam sebab sistem pendidikan itu tidak lengkap kalau tidak mengasah, apa yang disebut pemikiran kritis dan kreatif, maknanya kita belajar. Dulu seorang pemikir pendidik dari Amerika Latin namanya Ivan Illich, dia sebut tentang apa yang kurang dalam sistem pendidikan kita, universiti kita, kolej kita? gedungnya hebat, makmal lengkap makmal sainsnya, perpustakaannya puluhan ribu bercambah, tapi yang kita lahirkan apa? Kata dia, sacred cows, maknanya apa? maknanya lembu yang kudus, apa maksud dia? Maksud dia, dia belajar dia pintar dalam bidang dia, dia tidak berfikir tentang haq yang batil, yang makruf yang mungkar, yang baik yang buruk, itu tidak mengesankan.
Jadi, soal nilai tidak ada. Kemanusiaannya itu sudah terhakis. Jadi, kata dia, you are only producing sacred cows, unthinking animals. Kalau kita nak lahirkan orang yang berfikir, yang kritis, ada terima. Tidak semuanya betul. Kadang-kadang kita lelah juga. Saya dalam dialog dalam Temu Anwar ini. Kadang-kadang universiti saya, lelah juga dengan anak-anak ini. Itu ini. Tapi, itu harga yang kita harus bayar. Lebih baik anak itu kritis daripada menjadi seorang lembu kudus. Yang disebut sacred cow. Because, tak ada critical thinking. Tak ada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.
Ini satu peringatan juga kepada guru-guru. Pendidik harus ada kebijaksanaan, dia tidak boleh umpamanya seperti dulu, ajar, dengar, jangan soal. Saya nak bagi satu contoh, tapi pengalaman peribadi, tapi jangan salah fahamlah yang ustaz-ustaz saya itu baik. Saya nak ceritakan bahawa masa saya di sekolah tingkatan tiga empat. Ustaz itu baik. Tapi dia lembut. Dia cerita dia kata “arak itu haram” Jadi kawan saya tanya. “Ustaz haram sebab apa?”, “Sebab dia memabukkan”, “Okey Ustaz, kalau minum tak mabuk macam mana Ustaz? Dia kata “dak mesti mabuk”, “Kalau tak mabuk Ustaz?”, “Janganlah tanya, memang mabuk” Kemudian kawan tu kata, “Ustaz kalau saya jamin, saya minum dan tak mabuk, Ustaz macam mana?” Ustaz tu kata, “kamu nak jadi kafir ke?” Ini tidak menggalakkan fikiran kritis. Sepatutnya Ustaz itu harus sabar. Tapi saya tak salahkan dia, sistem dulu lain ya. Tapi sistem sekarang tak boleh jawab begitu.
Kerana alasannya Rasulullah SAW pernah ditanya soalan-soalan yang aneh. Yang bagi saya tak masuk akal. Ditanya. Tapi sabar. Ya, ada seorang, badawi, orang daripada desert, datang ke masjid, yang masuk masjid, tepi kencing tepi tu. Jadi, sahabat-sahabat nak angkat pedang, nak kena bahlul ni. Tak tahu peraturan. Uncivilized. Tapi betul, dia tak ada civilization. Jadi Rasulullah SAW kata, apa dia? dia tak tahu. Dia daripada desert. Budaya dia boleh. Jadi, bagi tahu dia, bersihkan, lain kali jangan buat. Saya tengok. Apakah kita ada yang sabar macam tu? Tak. Tanya prefect, pun tak sabar macam tu. Bukan semua, bukan semua. (nada berseloroh).
Baik. Ada lagi contoh. Yang saya ingat. Tidak exact. Seorang anak muda. Dia jumpa Rasulullah SAW. Kemudian dia kata, “saya ni semua okey lah pergalaman, boleh-boleh. Tak minum arak okey, tak judi okey, solat okey, tapi saya kelemahan sikit lah”, saya ni kalau istilah sekarang lah bukan exact, minta maaf Ustaz. Maksudnya “saya girlfriend banyaklah bukan setakat girlfriend, saya terus ekstrem buat kesalahan itu”, Berani tak kita Ustaz, kita tanya Ustaz ini? Tak berani. Sebab Kita tahu sikapnya berbeda. Tanya. Tapi bagaimana Rasulullah menangani masalah seperti itu? Rasulullah SAW, saya tak dapat exact. I’m sorry. Tak dapat. Mungkin Fadhlina dia ingat. Dia jawab itu dengan sangat bijaksana. Dia kata gini, kita ini wanita bagi kita ini anak kita, ibu kita, adik kita, kakak kita. Kalau kita tak mahu diperlakukan begitu, janganlah kita senang dan sewenang-wenang melakukan kepada orang lain.
Dia prick to the conscience manusia melatih supaya kita ini bukan fikir diri kita tapi fikir tentang wilayah dan masyarakat. Saya mohon maaf, saya tidak ingat exactly dia punya kisah itu. For you to research to check, kalau ada yang mempersoalkan tapi ini cara dan ini puluh-puluh cara yang macam itu, contoh-contoh tentang disebut Uslub Dakwah atau Fiqh Dakwah, Kaedah Dakwah, ni kadang-kadang kita ni pakai, “haram mu kafir”, mu, ni tau lah orang Kelantan lah kan, mu, tak boleh. Jadi kesabaran dia tak ada, tak ada tak sihat. Bukan dalam pandangan biasa dakwah, kadang-kadang dalam politik pun tak cakap ni, “munafik ni”, “ni kafir ni”, terus, ini bukan pendekatan dakwah. Ini problem dia, jadi mudah-mudahan Kita dapat beri kesedaran itu tentang kaedah penyampaian yang baik, okay?
SOALAN 4;
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Seri. Jadi, nama saya Muhammad Fawaz Naufal bin Nazri. Saya dari kelas 5, Sains Sosial dan saya merupakan Rumah Muhammad Syah. Jadi, seperti yang kita tahu, ramai graduan di Malaysia cemerlang dari segi akademik, tetapi masih menghadapi cabaran dalam kebolehpasaran. Jadi, soalan saya Dato’ Seri, apakah transformasi yang diperlukan dalam hubungan antara universiti, industri mahu pun Kerajaan untuk mengatasi jurang tersebut? Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Terima kasih. Ini soal yang dikatakan latihan itu mesti memenuhi juga keperluan industri. Tapi saya kena peringatkan. Itu disebut dalam falsafah pendidikan, utilitarianism. Maknanya, latihan dan kuliah itu hanya untuk memenuhi keperluan industri. Itu pun bahaya juga. Sebab kita kena imbangi maksud dan keperluan pendidikan dan matlamat yang murni dengan keperluan pasaran, dia kena gabung keduanya. Kalau kita ambil pasaran sahaja, ini pernah seorang pemiki filasuf Sepanyol oleh José Ortega y Gasset dalam buku dia “La Rebelión de las Masas” (1929/1930), dia mengatakan, ada bahaya bila anak-anak itu dilatih untuk memenuhi keperluan industri sehingga dia hilang kemanusiaannya dan tidak lagi luas pemikiran dan pembicaraannya. Itu dia sebut barbarism of specialization. Kasar tu ya. Mana specialization yang jadi barbaric. Why? Unthinking. Ini konsisten dengan pandangan saya awal tentang Lewis, “Excellence Without a Soul”. Tentang pandangan tentang ‘lazatul ma’rifah’. Jadi dia sebut begitu. Dia tulis sekitar dalam 1930-an, 1940-an pemikir Sepanyol José Ortega y Gasset. Jadi kata dia, dalam hal ini, sementara kita harus jugak menuju kepada specialization, kita ada umpamanya Sains Sosial, ya, tapi sains, harus, IT, digital, itu keperluan yang mendesak, tetapi harus ada pengisian tentang ilmu-ilmu yang menjadikan kita itu manusia yang lebih lengkap, critical thingking, understanding issues, itu penting.
Baik, saya tidak sangat risau tentang keperluan industri, bila ekonomi kita berkembang dan kita tetapkan pendidikan itu lebih bermutu, soal pengangguran itu lebih rendah. Saya dengan baru ini pemimpin pembangkang dia kata, “Kerajaan tak selesai pengangguran ini tidak selesai”. Penganggura kita ini di antara yang paling rendah di dunia sekarang ini. Sudah selesai semua? belum. Tapi janganlah kata kita tak selesaikan soal pengangguran. Kerana pandangan itu, dilontarkan oleh pemimpin politik dan pengikutnya itu tidak ada political mind. Jadi dia angguk sahaja, “ya”. Jadi saya nak sebut di sini, apakah langkah yang Kerajaan buat? umpamanya, sekolah-sekolah yang tukar aliran matematik. TVET. TVET ni perkembangan baru. Dalam 2-3 tahun ni, saya tugaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Zahid, fokus TVET. Jadi sekarang ni, kerana dia boleh memenuhi keperluan industri.
Kursus-kursus kejuruteraan kita perbanyakan sekarang. Perubatan kejuruteraan, kita perlu ingat, tapi kena ingat bila IT dikembangkan, IT itu sekarang beralih, selain daripada Engineering dan Data Science, dia perlu Social Science. Kalau tidak dia ada ketempangan di situ. Sebab sementara IT itu menuntut keperluan Science dan Science sepertimana Data Science dan Science macam Tan Sri Tajuddin ini. Tetapi dia perlu juga sains sosial, kena faham kemanusiaan, sejarah, budaya. Sekarang orang tanya, bila bangkitkan soal macam saya bincang dengan ZTE, Huawei, Microsoft. Baru ini Google, dua minggu sudah dengan Ketua Executive Google, dia tahu, dia tahu sekarang, kalau dulu dia masukkan saja, paksa saja. Sekarang dia tahu kita punya sensitivity. Saya tak mahu jawapan saya tentang budaya, agama, sejarah ikut kacamata Amerika Syarikat.
Jadi sementara teknologi itu dikuasai oleh Amerika Syarikat, saya nak bila dia ada lapangan di sini, dia faham sejarah kita, budaya kita, agama kita. Jadi jawapan itu bukan jawapan ditentukan oleh Silicon Valley. Tapi jawapan yang ditentukan oleh orang yang mungkin terlatih di Silicon Valley, tetapi ada pendedahan tentang budaya di sini. Siapa yang boleh tentukan? Engineering, Data Science, Data Scientist dan sains sosial.
Sayakan ahli sains sosial, jadi saya ambil berat juga tentang Science Social. Don’t worry. Bagi anak-anak saya kata “please do not worry”. Language whatever. Your challenge is made sure you excel. And I believe, I am not only ex-student but has followed this great institution for decades, i would say given the right focus and vibe environment Malay College will continue to proof as one of the major centers of excellent of this country, Insya-Allah.
Anak-anak dikasih, terima kasih banyak dan tolong bagi mesej, sampaikan salam kepada ibu bapa. Bila jumpa, jangan lupa. cium tangan mereka dan tunjukkan kasih sayang kepada guru-guru dan jaga persahabatan. Kerana persahabatan hari ini jangan lupa nasihat pesan saya ini, sampai sekarang sudah lebih 70 tahun, di antara sahabat saya yang baik itu, sahabat saya temui di sini.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE SMK CLIFFORD
KUALA KANGSAR
4 APRIL 2026 (SABTU) | 10.00 PAGI
SMK CLIFFORD
KUALA KANGSAR, PERAK
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Nahmaduhu wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
Timbalan Menteri;
Ketua Pengarah dan rakan-rakan;
Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar;
Yang Berbahagia Datuk Sallehuddin Saidin,
Presiden Old Cliffordians’ Association;
Yang Berusaha Encik Roslee bin Abdul Wahab,
Pengetua SMK Clifford;
Guru-guru dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Alhamdulillah, dapat bersama-sama dan saya ucap terima kasih atas kehadiran yang begitu ramai termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang bersama-sama menjayakan.
- Memang biasa saya ke mana-mana ada permintaan-permintaan, tapi saya nak bagi tahu beberapa kelulusan untuk SMK Clifford ini telah pun dibuat sebelum saya datang. Bas, kita luluskan bas baru tapi Datuk Sallehuddin tak sebut pun (nada seloroh). Kemudian, beberapa kelulusan untuk baiki, dan Menteri Pendidikan pun luluskan jadi Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri pun ada dan boleh pastikan.
- Pendirian kita sekarang ini adalah untuk memastikan projek-projek itu diluluskan dan dilaksanakan segera. Tidak ada sebab mengapa projek-projek diluluskan, melainkan projek-projek yang besar dan mega yang memerlukan masa yang panjang, tapi projek-projek yang kecil, terutama bidang pendidikan, kesihatan kita beri keutamaan.
- Dalam negara ini, bila kita luluskan belanjawan, projek dan kelulusan dan belanjawan terbesar adalah dalam bidang pendidikan. Ini petanda bahawa kita punyai dasar dan fokus yang baik. Banyak negara kerana kebetulan simpang-siur dan perseteruan dengan negara jiran dan rantau, terpaksa membelanjakan terlalu tinggi untuk keselamatan, dan oleh itu peruntukan untuk pendidikan itu agak terkebelakang. Generasi berikutnya tentunya akan terkesan bila mutu pendidikan dan kemudahannya itu agak hambar.
- Oleh yang demikian, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, pertama, negara ini di rantau yang aman. Sebab itu jangan kita remehkan isu keamanan negara dan memupuk persefahaman antara semua rakyat. Sekolah ini adalah asas untuk membina, membentuk peribadi. Betul, fokusnya adalah untuk menimba ilmu. Sepertimana yang disebut dalam ungkapan dalam bahasa Inggeris, “ Assimilation of knowledge for the dissemination of truth”, menimba ilmu. Tetapi menimba ilmu itu untuk apa? Untuk menegakkan kebenaran.
- Kalau kita beda orang Islam, Fadlina tahu saya selalu lontarkan idea supaya pendidikan di kalangan Pengetua, Guru Besar, Guru-guru, termasuk PIBG. Jangan lupa dasar pendidikan bukan sekadar menimba ilmu, tetapi untuk menetapkan dibina sahsiah sepertimana hasrat hadis Nabi Muhammad SAW, “Addabani Rabbi faahsana ta’dibi”, bahawa pendidikan itu dikaitkan dengan adab. Mana mungkin kita kembangkan keterampilan pengetahuan anak-anak yang luntur adabnya. Hilang semangat kemanusiaannya.
- Apa kurangnya di negara-negara barat? Teknologinya canggih, hebat. Kekuatan dan kecanggihan pasukan tenteranya itu ulung, tetapi yang hilang itu adalah adab, peribadi, akhlak. Maka tidak ada perasaan kemanusiaan, boleh hina kaum, boleh rendahkan darjat agama lain, boleh takluki negara sesuka hati, boleh rampas tanah rakyat negara lain, boleh melakukan pemerkosaan dan perubahan serta rampasan harta sewenang-wenangnya.
- Maknanya, ada keupayaan menimba ilmu, ada keterampilan dan teknologi baru, yang hilangnya ialah jati diri dan kekuatan peribadi. Sebab itu, dalam sistem pendidikan kita jangan kita hilang dan remehkan. Saya bimbang, ini kalau tanya sebagai seorang tua, kebimbangan besar saya adalah membina generasi yang mungkin hebat dan canggih ilmunya tetapi rendah mutu, moral dan akhlak.
- Lihat sahaja dalam masyarakat dan negara kita, ya betul kita bicarakan soal dakwah, soal kesedaran agama, tetapi dalam isu kes-kes rasuah besar, kita tolerant. Umpamanya pemunggahan kekayaan sewenang-wenang, pemunggahan hasil mahsul negara: dari balaknya, dari sahamnya, kepada harta-bendanya, itu seolah-olah hal yang ringan dan boleh diizinkan.
- Maknanya, pendidikan kita itu belum dapat kita hayati, bukan ‘istajibu lillahi walir-rasuli iza da’akum lima yuhyikum’ dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal, Ayat 24). Iaitu dalam penyampaiannya ‘iza da’akum’, tetapi tidak ‘lima yuhyikum’ tidak ada penghayatannya.
- Saudara-saudara, ini saya rumuskan fahaman saya dan negara MADANI ini tentang apa erti pendidikan. Sebab itu bila anak-anak di sekolah tidak diberi penekanan soal kesedaran agama, moral, kemanusiaan, hormat satu sama lain, berbeda kaum, berbeda agama, tidak menghina, tidak menjijikkan, kerana itu bukan bererti seorang itu punyai pendidikan.
- Pendidikan dan sekolah mesti asasnya, guru-guru mesti dipertanggungjawabkan, diperingatkan kamu ini mendidik manusia. Mendidik manusia ertinya mengangkat martabat keinsanannya, mengangkat martabat, harakat, karamah insaniahnya. Dan karamah insaniah ini maknanya mutu kemanusiaan.
- Mana mungkin diberi pendidikan baik, makmal, perpustakaan, pembinaan sekolah, gedung-gedung indah, tetapi manusia di dalamnya itu menghina sesama sendiri. Budaya buli masih diizinkan. Ada sekolah-sekolah yang cuba melindungi untuk jaga imej sekolah. Imej sekolah haprak bagaimana kalau kita izinkan budaya yang begini bobrok di kalangan masyarakat kita. Inilah cabaran yang harus kita hadapi dengan keberanian, ketegasan. Kalau tidak, tidak mungkin kita angkat martabat dan bina negara Malaysia MADANI yang tercinta ini.
- Saudara-saudari dan anak-anak yang dikasihi sekalian. Saya tidak bersekolah di SMK Clifford, yang sejarahnya hebat sekali, tapi itulah maknanya mengapa saya pilih untuk hadir. Bila diberitahu oleh saudara saya, Sallehuddin, dia kata belum pernah ada Perdana Menteri, saya terkesan kerana saya kata, “ya saya faham kalau kadang-kadang daerah-daerah lain pemimpin-pemimpin jelajah semua, tetapi di sekolah sebelah itu, Perdana Menteri sering datang, takkanlah tidak mungkin sempat menjenguk sebentar”. Apa kata kalau saya ini anak Sayong yang belajar di SMK Clifford. Apa rasa saya? Sekolah yang hebat di sebelah, pemimpin silih berganti sudah datang menjenguk tetapi sekolah kami ini tidak diberi perhatian.
- Saya syukur alhamdulillah, saya mendapat pendidikan walaupun dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6, tujuh tahun di Kolej Melayu, saya masih ada keprihatinan merasakan apa yang saudara-saudara lalui. Sebab itu, saya luluskan. Dan saya ucap terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana tolong berikan perhatian juga. Ini tidak bermakna saya kurang memberikan perhatian kepada Kolej Melayu, saya belajar di sana 7 tahun, saya terhutang budi, tetapi tidak boleh kita ambil sikap yang kita anggap elitis, walaupun mendukung konsep Sekolah Asrama Penuh, Sekolah Menengah Sains, Kolej-kolej seperti Tun Fatimah, Kolej Melayu dan lain-lain, saya juga mewakili pandangan yang melihat falsafah pendidikan itu harus beri ruang yang adil kepada semua rakyat.
- Dalam konsep dan pendekatan itu disebut ‘democratization of access to education’. Apa maknanya? Kemudahan itu harus terbuka luas kepada semua bukan kepada insan terpilih. Merdeka maknanya bukan atur sekolah ikut darjat, bukan maknanya golongan yang kaya dan golongan daripada keturunan tertentu diberikan kemudahan istimewa. Merdeka maknanya terus ada semangat menghormati dan memuliakan semua manusia walaupun kita tahu ada sistem kita dalam negara kita yang menghormati orang tua, menghormati pimpinan dan menghormati sistem beraja. Ini budaya kita dan kita rasa membantu membentuk negara bangsa Malaysia. Dan ini bukan bermakna kita harus meminggirkan sekelompok masyarakat kita.
- Jadi kita bagi jaminan, insya-Allah kita harus beri perhatian, Pengetua jaga baik-baik. Saya juga ingin sebut Pengetua ya, kalau saya datang ke sekolah itu, Roslee ya. Baiknya apa? Kita bagi perhatian. Masalahnya apa? Saya bagi perhatian sekarang, bulan depan, akhir tahun keputusan saya akan perhati kalau ada perubahan dan peningkatan atau tidak.
- Jadi, penilaian kita, keupayaan kerana saya mewakili sekali lagi pandangan bahawa boleh. Umpamanya, ada 3 tandas di sini yang rosak, kemudian bila diketahui Perdana Menteri nak datang terus siap petang semalam. Apa mesejnya? Maknanya ada upaya. Dulu saya ke sekolah Bota. Bota Kanan di Perak, di Selatan. Saya bagi notis kepada Pegawai Daerah, 24 jam. Seluruh jentera daerah itu bekerja dari pagi sampai ke malam sampai ke esok pagi, jalan semua siap dalam masa 24 jam. Aneh tak? Aneh. Luar biasa? Tentunya luar biasa. Tapi apa mesejnya? Maknanya mampu kita lakukan. Kalau begitu mengapa tangguh 6 bulan? Kenapa tangguh 9 bulan? Ini yang saya lakukan sekarang.
- Semalam saya di Pejabat Daerah Kuantan. Dalam acara saya di antara lain sekarang adalah untuk melakukan lawatan, tidak kunjungan rasmi ke negeri, tapi melawat ke daerah. Saya belajar dari pengalaman almarhum Tun Abdul Razak, kerana dia melawat dulu ke daerah-daerah dan dia tanya projek-projek kecil rakyat. Dia tak tanya gedung, Twin Tower dan Jambatan Pulau Pinang, tidak. Dia tanya sekolah itu diperbaiki atau tidak, tandas rosak atau tidak? Di sekolah. Pagar masjid, bumbung. Jadi hal-hal itu yang dipantau oleh Pejabat Daerah, Pegawai Daerah. Mana Pegawai Daerah? Tak datang hari ini? Okay. Baik, maknanya sampaikan salam kepada Pegawai Daerah. Saya ingat mungkin pasal acara Tuanku Sultan di Ipoh, saya faham. Janganlah salahkan dia pula. Tapi, Exco minta jawapan dia sebab apa dia tak datang.
- Tapi yang penting ini ialah pemantauan projek-projek kecil. Ahli Parlimen Kuala Kangsar kena ingat. Saya sekarang bagi tumpuan itu. Sebab apa? Sekarang ini, kita menghadapi krisis ekonomi. Krisis ekonomi bukan jeritan kita, walaupun saya lihat kadang-kadang jeritan pembangkang juga dikecam kita. Ini saudara-saudara, laporan terakhir minggu lalu oleh Bank Negara Malaysia, prestasi ekonomi kita itu meningkat lebih baik dari yang kita unjurkan: pertumbuhannya, pelaburannya, inflasinya itu semua jauh lebih baik daripada unjuran kita. Bila? Bulan lalu.
- Sekonyong-konyong tiba peperangan akibat serangan Zionis Israel yang zalim ke atas negara Islam Iran. Disokong oleh Amerika Syarikat. Seluruh dunia digemparkan dengan krisis. Bukan sahaja krisis minyak dan gas, krisis ekonomi. Bukan sahaja isu Selat Hormuz, tetapi seluruh pengeluaran minyak itu terjejas. Saya hubungi dengan negara Arab. Alhamdulillah, Malaysia ini punya imej yang baik. Semua hubungi kita. Semua negara Arab, Turkiye, ASEAN, New Zealand, Australia, dan Iran. Menteri luar dan Presiden Iran sendiri bercakap. Kerana kita ini negara bebas. Setengah negara nak cakap dengan Iran pun tak berani. Walaupun negara itu merdeka dan berdaulat. Setengah negara nak kutuk serangan biadab Israel terhadap Iran pun tidak mampu. Tapi kita, alhamdulillah, saya bawa usul di Parlimen dan diluluskan sebulat suara mengutuk serangan Israel.
- Kerana apa? Ini petanda negara merdeka dan berdaulat. Apa erti merdeka kalau kita masih tunduk kepada kuasa besar? Jadi, alhamdulillah, kita lakukan. Tetapi, krisisnya real. Harga minyak mencanak. Dikritik saya dan Kerajaan. Padahal, seupaya kita, ikhtiar kita. RON95 itu antara paling rendah di dunia. Dalam keadaan gawat, kita turun daripada 300 kepada 200, itu pun dikecam. Saudara, hari ini, setiap bulan, setiap bulan, subsidi Kerajaan untuk BUDI95, untuk diesel, kerana diesel ini memang naik kepada sebahagian rakyat, tapi untuk petani, untuk nelayan, untuk pengangkutan awam, semua itu diberikan subsidi. Berapa jumlah subsidi satu bulan? Satu bulan, 6 bilion ringgit. Bayangkan kalau 10 bulan, 60 bilion ringgit. Dari mana? Nak cukai, orang susah. Orang marah. Tak cukai, pulus maafi. Wang tidak ada.
- Jadi, inilah masa kita bincang cara baik. Parti Kerajaan, parti pembangkang, yang jangan bebal tak tentu arah. Fahaman tidak ada. Ilmu tidak ada. Ini yang saya kata anak-anak sekolah in harus ingat. Nak jadi pemimpin masyarakat, nak komen, harus berdasarkan ilmu. Mengapa naik? Oh dulu janji. Menang hari ini, minyak turun. Betul! Minyak turun tak? Turun. RM1.99. Berapa di Singapura? RM10. Itu ada minyak. Di negara-negara jiran, negara-negara asian, sudah ada catuan. Tidak ada minyak. Di sebuah negara ASEAN, 400 stesen minyak ditutup.
- Renungkan perkara ini. Kita ini bukan terkecuali daripada permasalahan ini. Sebab itu, saya harap rakan-rakan ingat, yang mampu kita lakukan. Saya dah batalkan semua lawatan pemimpin, menteri-menteri keluar negara kerana kos pengangkutan sudah tinggi. Dan dia tanya pula, mengapa Perdana Menteri pergi ke Jakarta? Ada alasannya, ya. Tetapi, saya harap rakan-rakan boleh renung. Saya pergi pun sudah 3 jam. Naik pesawat, sampai di lapangan terbang Jakarta, terus ke rumah. Di sana presiden, sahabat saya Prabowo Subianto, bincang dengan dia 2 jam, kemudian dia naik kereta, dia hantar saya ke airport terus balik. Saya bukan orang muda, tetapi saya lakukan ini kerana saya anggap tanggungjawab saya kepada negara. Bayangkan orang muda sanggup begitu? 2 setengah jam ke Jakarta, 1 jam ke Istana Presiden, 2 jam bermesyuarat, terus balik, terus balik ke Kuala Lumpur untuk teruskan tugas. Ini pilihan kita. Mengapa? Kita nak menyelamatkan negara kita.
- Jadi, mengapa saya ambil kesempatan bukan saja kepada guru-guru dan Old Cliffordian, tetapi kepada anak-anak. Kerana bagi saya, pendidikan itu artinya pencerahan, pemikiran yang kritis, tahu tanggungjawab kita, subjeknya kita harus kuasai, tahu juga masyarakat kita. Dan kita doa mudah-mudahan kita dapat selesaikan masalah ini, kerana dia ada kaitan cara langsung dengan kedudukan ekonomi negara ini. Kalau berlarutan, kita terpaksa membuat kajian-kajian baru. Unjuran pertumbuhan kita, projek-projek besar, semua harus dikaji semula Setakat ini, kita masih bertahan. Kita mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Mesyuarat Keselamatan Negara, Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hassan Merican, yang dulu Pengerusi, CEO, Presiden Petronas untuk bantu saya di pejabat. Menteri-menteri Semua berpaksa bertungkus- lumus, betulkan keadaan.
- Jadi, saya percaya saudara boleh bantu, memikirkan, membantu, menyedarkan masyarakat dan mendidik kita bersama. Saya menetapkan harapan yang tinggi kepada anak-anak di Sekolah Menengah Clifford. Kalaupun saya tidak belajar di sini, tapi saya lalu-lalang hari-hari, tujuh tahun itu, hari-hari nampak sekolah Clifford. Takkanlah tak terkesan. Dan saya lepas ini saya akan ke Malay College, saya akan bagi tahu kepada anak-anak Malay College bahawa kemudahan, prestasi, perhatian itu tinggi, jangan lupa kerana di Sekolah Menengah Clifford itu juga, adik-adik, anak-anak kita sebagai satu bangsa satu negara. Jadi harus lihat lagi kacamata itu.
- Jadi mudah-mudahan ada perubahan yang lebih positif. Tentang beberapa permintaan tambahan ini, untuk Old Cliffordian itu mungkin kita tangguh sebentar sehingga keadaan ekonomi terkawal. Tetapi untuk sekolah, saya telah dengar tadi daripada Menteri Pendidikan, dan juga beberapa projek yang telah ICU luluskan, insya-Allah kita segerakan. Bila saya katakan segerakan, saya minta pejabat daerah bersama untuk teliti projek ini mesti dimulakan selewat-lewatnya 2 minggu daripada kehadiran saya.
- Jadi kepada pengetua, guru-guru Old Cliffordian dan anak-anak saya lahirkan perasaan sukacita saya kena dapat bersama dan terima kasih atas kehadiran dan saya lihat, saya ini pendidik sebenarnya, ada orang kata saya silap jawatan jadi Perdanan Menteri, maka hidupan saya sebaik keluar universiti jadi pendidik, mengajar tingkatan 5-6 di Yayasan ANDA Akademik, sekolah kebajikan untuk anak-anak miskin. Kemudian selepas jadi menteri, keluar penjara, saya mengajar, masa itu tak ada universiti di Malaysia mahu terima saya, jadi saya mengajar di Georgetown University, Washington DC beberapa tahun sehinggalah kembali. Jadi hidup saya ini dan minat saya tu masih lagi dunia pendidikan Dan saya masih anggap profesion perguruan ini, pendidikan, pendidik ini masih di antara yang paling mulia. “Innama bu’ithtu mu’alliman.
- Tanya Rasulullah SAW, tugas utama adalah sebagai muallim – pengajar dan pendidik. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita. Terima kasih sekali lagi kepada Pengetua dan kepada Datuk Sallehuddin dan rakan-rakan yang menjayakan majlis pada pagi ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SRI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
KEJOHANAN SILAT PIALA PMX PENDEKAR MADANI
3 APRIL 2026 (JUMAAT) | 8.00 MALAM
DEWAN TERTUTUP SUKPA, KUANTAN
PAHANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail,
Menteri Besar Negeri Pahang;
Yang Berhormat Dr. Mohamed Taufiq bin Johari,
Menteri Belia dan Sukan;
Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin,
Speaker Dewan Negeri Pahang;
Yang Berbahagia Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin,
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA);
Rakan-rakan pimpinan PESAKA, rakan-rakan yang saya muliakan termasuk rakan-rakan yang menjayakan acara malam ini dan anak-anak dikasihi sekalian Pendekar, Pendekar, Pendekar!
- Apa istimewanya acara malam ini untuk negeri Pahang? Dia membugar sejarah, tidak ada sejarah bangsa yang megah tanpa sejarahnya. Tidak ada sejarah bangsa yang megah tanpa semangat kepahlawanan dan pendekarnya.
- Sebab itu, saya setuju dan mendukung gagasan pendekar MADANI, kerana ada kelainannya bangsa yang gagah itu bangsa yang kenal sejarah bangsanya. Bangsa yang gagah itu tahu kekuatan nenek moyangnya dan sillsilah perjuangan dan silsilah perjuangan itu adalah perjuangan memerdeka rakyat dan negara.
- Silat ini terkenal tatkala bangkit pahlawan-pahlawan negara bangsa Melayu, dengan kehandalan mereka menentang penjajahan Inggeris. Sebelum itu Belanda, sebelum itu Portugis jadi anak-anak harus ingat yang dipakai ini bukan kain semata-mata, tetapi semangat yang harus tertanam di hati sanubari kita.
- Apa semangatnya? Bahawa ini warisan perjuangan bapak-bapak kita. Warisan perjuangan menentang penjajah yang mahu merampas hak bangsa kita, ini dia pendekar. Pendekar MADANI!
- Jadi saya mau mula dengan itu bukan hanya pakaian hitam dan segak pakaian tengkolok yang gagah, tapi ia mewakili sejarah simbol perjuangan kepahlawanan benci kepada kezaliman, benci kepada penindasan, benci kepada orang asing yang menjajah negeri kita dan negeri kita dijajah oleh pelbagai bangsa di utara kerajaan Siam, di persisiran Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris begitu lama.
- Bila mereka tawan kita dia tawan bukan sahaja negeri kita, dia jajah fikiran kita. Dia jajah lemahkan semangat kita dia anggap kita tidak ada harga, tidak ada sejarah, tidak ada budaya, tidak ada seni pertahankan diri kita.
- Jadi kita sudah Merdeka sebab itu bila kita Merdeka, kita bawa satu mesej bahwa ini anak-anak Melayu yang tahu sejarah mereka. Ini anak-anak Melayu yang mempertahankan semangat kemerdekaan itu.
- Semangat kemerdekaan itu bukan saja menentang penjajahan asing, menentang kezaliman. Menentang rasuah. Menentang penyalahgunaan kuasa. Menentang sikap memperhambakan rakyat sendiri, memperbodohkan rakyat. Merdeka ertinya bangkit rakyat, bangkit anak muda, mempertahankan hak mereka. Ini dia pendekar MADANI.
- Jadi, saya tentunya rasa bangga sekali. Bila anak-anak kita, adik-adik kita mengumpulkan kekuatan. Saya beritahu, kalau nak mula erti perjuangan, nak faham erti perpaduan, dia harus bermula dari kumpulan seperti anak-anak. Kumpulan silat yang mengharus jitu semangat mereka. Tidak gentar dengan apa-apa tekanan dan mahu pulihkan semangat kemerdekaan.
- Sebab itulah anak-anak ini mesti ada disiplin. Apa bedanya? Orang Melayu itu tegak kerana kepahlawanan. Kepahlawanan itu hanya dengan disiplin, dengan maruah diri, dengan harga diri. Dan ini harus kita semai. Bagi kita, maruah harga diri itu pada akidah kita. Roh perjuangan Islam kita. Akhlak dan syahsiah Islamiah, ma’nawiyah kita. Ini yang penting ditanam.
- Jadi kalau ada latihan, di mana Hulu Tembeling, Chenor, Raub, mana daerah sekalipun, semangat ini mesti ditanam. Ia bukan hanya latihan seni pertahankan diri biasa. Ia bawa roh perjuangan yang lama. Ia mengorbankan darah, keringat dan air mata, mengorbankan nyawa, Mana mungkin merdeka kalau tidak nyawa terkorban? Mana mungkin kebebasan orang-orang Melayu kalau tidak rampasan berlaku, pemerkosaan berlaku? Ini semua dalam rentetan sejarah negara kita.
- Jadi malam ini, untuk negeri Pahang, saya terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dengan semangat yang ditunjukkan, memberikan kerjasama penuh untuk angkat martabat bangsa kita. Dan saya memang, rakan-rakan tahu, tidak pandang ringan usaha pemulihan. Mana Megat? Tok Megat? Ah. Saya jumpa Tok Megat, saya kata ambil kesempatan ini, pulihkan balik maruah.
- Jadi, bagi saya ini bukan acara biasa. Jangan kita pedulikan pandangan-pandangan yang bebal dan negatif di luar. Kita tahu harga diri kita. Kita tahu bahawa mahu pertahankan maruah bangsa ini dan negara kita, kita mesti angkat satu kelompok yang disebut sebagai kelompok yang diulas dalam Al-Quran, anak muda yang punyai semangat dan kekuatan. Innahum fityatun amanu birabbihim wadhidnahum huda. Anak muda yang ada imannya. Yang berpaut kepalanya. Apa sambungan ayat itu? Warabatna ala khulubihim idh qamu fakhalu rabbuna warqus samawati wal ardi.
- Apa istimewa orang yang beriman ini, anak-anak muda? Kerana terpahat di hati sanubari mereka, kasih dan tunduk kepada tuhan yang menjaga langit dan bumi. Kerana yakin mereka kepada Allah. Itu dia ujiannya. Mereka mengatakan fakholu robbuna, tuhan kami, robbu samawati wal ard.
- Jadi, apa istimewanya Pendekar MADANI? Dia berpaut kepada keyakinan kita. Apa hebatnya? Kerana membentuk akhlak dan disiplin. Apa rohnya? Ditanam semangat perjuangan. Itu dia. Tiga perkara yang kita harus hadam. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita. Dan saya sekadar menyatakan, kita dan kerajaan MADANI ini akan lakukan apa yang mungkin untuk pertahankan dan jadikan pendekar MADANI ini sebagai gerakan bangsa yang bererti, bermakna.
- Sedikit saya singgung dalam akhirul kalam ini. Kerana dalam keadaan ekonomi kita yang baik sehingga suku tahunan awal tahun ini. Sekonyong-konyong tiba malapetaka baru. Negara Islam, Iran, diserang oleh negara Zionis khianat Israel dengan kerjasama Amerika. Mahu dihancurkan!
- Dan peperangan itu, walaupun kita melahirkan sokongan kepada Iran, telah menyebabkan seluruh rangkaian ekonomi dunia terjejas. Negara-negara Teluk dan Arab ada pengeluar minyak, minyak tersekat. Negara-negara jiran semua dah buat catuan. Ada negara, minyak yang harganya RM1.99 di Malaysia, di negaranya RM10.00. Ada yang ada catuan. Ada yang tidak ada. Kedai-kedai minyak, stesen minyak, satu negara 400 sudah ditutup. Kita Alhamdulillah masih bertapak.
- Jadi anak-anak, kita bersyukur dan kita bekerja. Kita bersatu. Pakat baiki kelemahan kita. Tingkatkan daya tahan kita. Jangan bebal. Jangan mengeluh dan bebal. Kerana dalam keadaan ujian ini kita perlu daya tahan.
- Ini yang saya nak sampaikan untuk penutupnya. Mudah-mudahan anak-anak dalam pasukan ini yang menyatukan semua kumpulan-kumpulan silat di Pahang berupaya untuk angkat semula martabat, harakat bangsa kita. Pendekar! Pendekar! Pendekar!
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SRI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
HIMPUNAN ANAK PAHANG MADANI 2026
3 APRIL 2026 (JUMAAT) | 4.45 PETANG
PERKARANGAN UTC KUANTAN
PAHANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail,
Menteri Besar Negeri Pahang;
Yang Berhormat Dr. Mohamed Taufiq bin Johari,
Menteri Belia dan Sukan;
Rakan-rakan Speaker;
Ahli Majlis Kerajaan Negeri;
Ketua Setiausaha Negara;
Ketua-ketua Setiausaha;
Rakan-rakan jemputan; dan
Utamanya, anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Saya ucap terima kasih kepada Saudara Farhan, Fauzi dan rakan-rakan yang membantu menyelenggarakan majlis pada petang ini, dan saya terkesan kerana sambutan bukan sahaja baik, tetapi begitu hangat dan bersemangat sekali.
- Tuan-tuan tahu apakah kita di landasan yang tepat? Ada harapan anak-anak muda bangkit sebagai pembela bangsa dan negara? Ini dia. Ini bukan kata saya, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Rahimahullah pernah sebut, mahu tahu petanda ada harapan atau tidak masa depan negara, ada upaya untuk kita jadi benteng pertahanan dan kemajuan bangsa? Lihat anak-anak muda. Dan kalau saya lihat anak-anak muda, kecekalan mereka, keputusan peperiksaan SPM yang begitu baik, rata-rata terima perubahan dan disiplin dalam sistem pendidikan, tumpu dalam bidang pengajian mereka, hormat, kasih kepada kedua ibu bapa mereka, cium tangan dan peluk ibu bapa mereka, tahu hargai dan terima kasih kepada guru-guru mereka, maka inilah wajah, rupa, masa depan Malaysia, dan I salute you my young children because of your spirit.
- Baik, tujuan kita berkumpul untuk memberi beberapa penjelasan. Negara kita menghadapi beberapa cabaran. Akhir tahun lalu dan awal tahun ini, menurut kenyataan termutakhir Bank Negara, Malaysia catat prestasi yang sangat baik, pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang melangkaui unjuran awal melebihi, kekuatan Ringgit terbaik di rantau Asia. Itu di antara soal inflasi, soal pengangguran. Baik, tetapi ada persiapannya. Setiap tahun ada belanjawan negara. Peruntukan untuk bidang pendidikan, bidang pertahanan, bidang kesihatan, research, sains dan teknologi.
- Anak-anak tahu dalam belanjawan negara, peruntukan terbesar adalah dalam bidang pendidikan. Sebab kita mahu anak-anak terdidik, anak-anak punyai pencerahan, meningkatkan kefahaman mereka dan menjadi benteng bagi ketahanan negara masa depan. Oleh sebab itu, kita tumpukan perhatian kita dalam bidang pendidikan dan keutamaan pendidikan.
- Baik, tapi kalau saya tanya, apa makna pendidikan dengan latihan? Apa tujuan dan matlamat hidup kita? Apakah matlamat hidup kita sekadar mahu jadi pintar, mahu jadi profesional? Tidak. Kita manusia. Sebab itu dalam negara MADANI ini, kita tekankan soal kemanusiaan, ‘Karamah insaniah’, ‘Walaqad karramna bani adam’. Allah angkat darjat manusia, kerana apa? Iman mereka. Kerana apa? Ilmu mereka? Kerana apa? kerana nilai dan akhlak mereka menjaga nilai kemanusiaan bagi semua kaum dalam negara kita.
- Anak-anak kena ingat, yang hadir saya tengok tadi anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Orang Asli, tapi mereka berkumpul dan berkawan sebagai sahabat bangkit mempertahankan negara Malaysia. Jaga amanah ini. Mengapa? Mengapa tak ditanam kebencian? Mengapa tak disuntik semangat menghina sama-sama atau kaum lain? Atau agama lain? Atau suku kaum lain? Atau dari daerah lain? Kerana kita tahu, kita telah lahirkan seorang manusia dan kita cinta rakyat Malaysia walaupun daripada pelbagai kaum, suku kaum dan agama.
- Kalau saya lihat hari ini begini, saya walaupun sudah berumur, jauh beda dengan anak-anak, tapi saya boleh tutup mata, insya-Allah, dengan selesa kerana saya tahu negara ini diserah kepada anak-anak yang punyai kemahiran, kematangan dan budi pekerti yang baik, insya- Allah. Dan ini dia prasyaratnya, tentu saya kata, mesti ada kecerdasan, kemahiran, keterampilan, keupayaan untuk menjadi seorang manusia dalam bidang profesion masing-masing yang baik.
- Tetapi kita jangan lupa, walaupun dengan teknologi baru, dengan Artificial Intelligence, dengan AI yang sekarang menjadi tumpuan kita, tapi apa erti AI kalau kita hakis kemanusiaan. Apa erti Artificial Intelligence kalau apa yang berlaku dehumanisation men or women. Yang kita nak angkat ini martabat manusia. Sebab itu saya kata akhlak itu penting, budaya itu penting, hubungan yang baik antara anak-anak itu penting. Hilangkan rasa benci dan cemuh memperbodohkan sesama sendiri, dan ini semangat yang ditunjukkan, tetapi ingat bukan semua di luar sana berfikiran yang sedemikian. Masih ada suara-suara lembab, suara-suara yang meragut keyakinan, suara-suara yang menentang kebenaran, suara-suara yang benci kepada kaum dan saya mahu anak-anak bangkit lawan keadaan ini.
- Mengapa? Why? Cina kata wei shen me? Mengapa?. Kerana nilai kita itu pada iman, akidah, akhlak dan jiwa kemanusiaan kita. Jangan lupa itu. Sebab itu saya kata dari awal, balik cium tangan ibu bapa, tunjuk kasih sayang, jangan lupa. Aku dah pandai, aku dapat 10A. Jangan lupa. Pulang, cium tangan ibu bapa. Sentiasa ingat dan kenang jasa guru-guru. Sebab apa saya tekankan begitu? Kerana itu berbedakan kita. Untuk menjadikan kita seorang manusia yang beradab dan berguna.
- Dalam bidang pendidikan itu sendiri, dari dulu saya tekankan, tak boleh lari daripada prinsip pendidikan yang tertera dalam hadis Nabi Muhammad SAW, ‘Addabani Rabbi faahsana ta’dibi’. Ilmu itu dalam konteks ajaran agama Islam adalah memperbaiki adab. Sebab itu doa untuk memperbaiki, melengkapkan adab. ‘Faahsana ta’dibi’, perbaiki adab. Ini kita tekankan.
- Mengapa umpamanya. Sekarang, kita hadapi cabaran. Saya sebut tadi, ekonomi baik, catatan terakhir, tak semena-mena negara zalim Israel dengan sokongan Amerika, menyerang negara Islam Iran. Mana mungkin? Ini tidak ada adab namanya. Dunia moden, orang pintar, teknologi baik, canggih, AI dan segala macam, tetapi manusia tidak beradab. Zalim! Itu sebabnya jadi begini. Bila serang, tentunya Iran balas. Hancur lebur negara. Ribuan terbunuh. Sepertimana di Gaza, anak-anak kecil, bayi, wanita, tanah dirampas oleh Israel.
- Saudara, kita negara merdeka dan bebas. Kita ada pendidikan, kita belajar. Apa yang kita belajar di sekolah? Ilmu, pengetahuan. Betul, kecanggihan teknologi. Tetapi kita belajar jadi manusia yang baik. Manusia yang baik tidak boleh izinkan kezaliman dan penindasan dan rompakan.
- Bukan setakat itu, bila diserang, ada serang balas. Ekonomi dunia juga merudum. Harga minyak melambung naik. Ada orang yang kurang cerdik di luar sana, dia salahan kita. Kamu tak baca buku ke? Kamu tak ikut berita kah? Kamu sampai tak tahu apa berlaku di dunia ke? Kamu tidak tahu ada sekatan Israel? Dan ini masalahnya. Semua nak dipolitikkan. Negara diancam nak dipolitikkan.
- Kita atur ekonomi, lihat angka terakhir. Alhamdullilah baik. Tetapi berlaku peperangan. Berapa harga minyak di Malaysia RON95? Di antara harga minyak yang paling rendah di dunia, RM1.99. Orang-orang politik hambar yang tidak ikuti perkembangan, dia terus marah. Tanya di negara-negara jiran semua beratur, catuan minyak tak cukup. Di negara jiran, minyak yang kita RM1.99, di negara jiran 10 ringgit satu liter. Kalau tanya saya, syukur Alhamdulillah. Tapi ini tidak bermakna kita tak ada masalah. Ada masalah kita cari penyelesaian yang baik. Harga diesel masih tinggi, tapi yang boleh kita bantu, kita bantu. Tapi mana boleh menafikan ada masalah? Di negara-negara jiran ada catuan, tak boleh beli minyak lebih bersekian masa.
- Ada sebuah negara jiran di ASEAN, lebih 400 kedai minyak sudah ditutup. Di Malaysia Alhamdulillah, kita masih boleh bertahan, Alhamdulillah. Tetapi kita kena urus. Hari ini memerlukan anak-anak bagi tahu ibu bapa masalah-masalah dunia. Cari jalan penyelesaian. Jangan boros. Belanja-belanja yang lain dibatalkan. Tetapi, jaga makan minum rakyat. Jaga nasib dan bela nasib orang miskin. Ini yang kita harus lakukan.
- Sebab itu saya katakan, anak-anak harus ada apa yang dikatakan idealism. Saya tanya sekali lagi, untuk apa belajar? Untuk jadi pintar. Kenapa mahu jadi pintar? Menjadi manusia yang berguna. Manusia yang berguna ertinya apa? Akhlak yang baik. Tak rompak harta orang, tidak sombong, tidak angkuh, tidak zalim, tidak rasuah. Sebab itu, Kerajaan MADANI ini perang terhadap rasuah bersungguh-sungguh.
- Jadi saya tengok anak-anak hari ini, saya bersemangat. Saya tak tahu apa ilmu yang anda baca. Saya lalu-lalu tadi ambil foto-foto, semangat saya pun naik, tinggi. Kerana saya mewakili generasi yang yakin dengan keupayaan anak-anak muda menjaga negara demi masa depan. Jadi terima kasih atas semangat yang ditunjukkan. I love you and I believe you can do it.
- Tapi dalam perbincangan tadi ada cadangan, anak-anak ada cadangan. Sekolah kita bantu, ada masalah-masalah di sekolah, tadi saya bermesyuarat dengan Menteri Besar dan juga Pejabat Daerah, Kuantan, ada beberapa bilik darjah baru yang harus ditambah. Saya kata, segerakan.
- Ada saya pergi masjid, tiap kali saya solat Jumaat, saya tanya anak-anak, “Tandas sekolah bagaimana?” Ada yang kata dua rosak, ada yang kata satu rosak, maka saya terus maklum kepada Kementerian Pendidikan, “baiki segera”.
- Ada yang kata bau, kotor. Saya telah beritahu Kementerian Pendidikan dan Menteri Pendidikan, mulai sekarang siap sabun cuci dan minta anak-anak sendiri bantu bersihkan tandas yang digunakan, boleh? Ya, siapa kita? Kita anak orang kayangan, kita anak orang indera, kita orang yang maha kaya? Kita rakyat. Kalau orang biasa jadi tukang cuci, mengapa anak-anak yang punya semangat tidak boleh bersihkan tandas sendiri? Boleh atau tidak?
- Atuk Anwar ini, belajar di Malay College Kuala Kangsar. Tetapi, semasa di sekolah, saya ada jadual giliran. Setiap darjah, setiap kelas ada giliran untuk cuci tandas asrama dan tandas sekolah. Saya mahu Kementerian Pendidikan mulakan tradisi itu. Kita mahu train anak-anak kita, biar hormat kepada tukang cuci yang di bawah itu, kerana kita juga biasa cuci tandas kita, boleh? Saya faham di negara Jepun, negara Jepun tinggi teknologi, jauh lebih maju, tapi sudah mulakan. Semua anak dia, tak kira anak pembesar, anak Menteri Besar, anak orang kaya, semua ikut jadual.
- Ada satu cerita. Semasa saya Menteri Pendidikan dulu, Saya telah arahkan, saya pergi ke Shah Alam. Kemudian saya lihat ada tandas yang tak bersih, kotor. Jadi saya buat kenyataan mengarahkan Kementerian Pendidikan mengatur tiap sekolah ada jadual anak-anak bersihkan tandas. Ada ibu bapa yang rasa mereka ini pangkat dan darjat tinggi, hantar masa itu faks. Belum ada emel, belum ada whatsapp, dia hantar faks. Dia kata, “Pak Menteri” dalam Bahasa Inggeris, “Honorable Minister, may I remind you, that I send my children to school to learn and not to clean the lavatory”. Saya jawab dalam Bahasa Melayu, “Terima kasih atas pandangan itu. Saya setuju kalau anak tuan yang dihantar ke sekolah Kerajaan, tapi dihantar ke sekolah kayangan. Kalau sekolah kayangan itu yang saya tahu tak ada tandas, sekolah dewa-dewa. Kalau masuk ke sekolah di negara kita, harus belajar jadi manusia biasa seperti orang lain”. Aku tidak peduli tentang darjat kamu, kamu jaga seperti anak-anak yang lain. Boleh?
- Ingat guru-guru, guru besar, pengetua ingat, mulai minggu depan, jalankan tugas. Sekolah mesti bersih. Betul setuju? Eh, nampak tak ada confidence Betul ke setuju? Baik-baik. Terima kasih. Memang anak-anak Pahang ini luar biasa. Semangat, disiplin dan mahu maju mengangkat martabat dan harkat, dan darjat bangsa dan negara.
- Oleh kerana semangat ditunjukkan, tadi ada cadangan katanya boleh tak ditambah beberapa kemudahan bagi anak-anak muda. Termasuklah apa yang dikatakan gelanggang futsal. Maka dengan ini, saya umumkan projek, sebagai contoh awal, kerja-kerja berkaitan naik taraf gelanggang futsal termasuk di Kampung Bukit Bay Route kita belanja RM600,000 segera. Kemudian, dewan pembelajaran baru di Pusat Pendidikan Ribat Al-Mustafa. Pusat Pendidikan Ribat Al-Mustafa, RM500,000 saya lulus segera untuk penggunan pelajar-pelajar tahfiz.
- Kita dah umumkan semua pelajar harus lebih terdedah dengan kemudahan kecerdasan buatan (AI). Ini termasuk di institut pengajian di negara kita dan juga di institut pengajian Islam. Jadi, sebagai langkah awal, MDEC dan JAKIM akan memberikan kemudahan digital di institusi perintis 6 negeri. Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang yang menyasarkan 3,000 pelajar supaya terdedah dengan artificial intelligence, pemikiran kritis dan inovasi digital.
- Anak-anak kena ingat, education, pendidikan ini bagi kita berfikir, bagi kita ada terdedah dengan maklumat. Bukan hanya sijil, bukan ijazah sahaja. Sijil dan ijazah itu penting tapi jadi manusia. Manusia ini dia berfikir. Dengar orang bagi pandangan. Berfikir, dia cakap benar atau tidak. Dia cakap tentang harga minyak, dia tahu tak? Dia faham tak? Itu yang saya katakan pemikiran kritis, dan itu yang saya nak sampaikan pada petang ini.
- Saya ucap terima kasih kepada anak-anak kerana datang daripada awal dengar beberapa pandangan daripada rakan-rakan kita tadi. Dan percayalah, this country, Malaysia, can emerge as a great nation only when the young, student and the youth of this country, decide to work hard. Imbibed with discipline, with respect, with wisdom, we can, Insya-Allah, emerge as a great nation.
- Saya rumuskan dengan menyatakan, apa ertinya gedung-gedung indah? Apa makna sekolah dengan segala kemudahan kalau kita tak lahirkan manusia yang berketerampilan dengan ilmu dan manusia yang punyai sahsiah atau karakter dan akhlak?
- Pernah dulu saya ungkapkan seorang pemikir, Ivan Illich. Dia kata kita lahirkan gedung-gedung universiti dan kolej, maktab, makmalnya baik, perpustakaannya lengkap, sekolahnya indah, dan teratur, tapi apa yang mampu kita lahirkan? Apakah kita lahirkan manusia yang berfikir, pintar, berakhlak atau kita hanya melahirkan apa yang beliau sebut sebagai sacred cows? Maknanya, terdidik tapi dia tak boleh berfikir. Dia tidak tahu di antara hak dan batil. Yang makruf dan mungkar. Yang baik dan yang buruk. Pendidikan bagi kita adalah untuk memberikan kita kesedaran untuk jadi manusia yang boleh berfikir, berilmu dan berakhlak.
- Steady anak-anak, ini sahaja pesanan saya pada petang ini. Saya ucap terima kasih kerana dalam suasana panas begini rupa, anak-anak sanggup datang dan I will never forget this. So, jadi dari lubuk hatiku, kucurahkan perasaanku, iaitu “suatu kenyataan bahawa saya letakkan harapan yang setinggi gunung kepada anak-anak supaya selamatkan diri, keluarga, masyarakat, negara kita tercinta.”
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB PERDANA MENTERI
TAKLIMAT RINGKAS
1 April 2026 (Rabu)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
- Rakan-rakan yang saya muliakan, kita telah menyuarakan kebimbangan kita kerana konflik Asia Barat berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran telah menjalar ke negara-negara serantau dan kini kesannya tempiasannya sudah melanda ke seluruh dunia termasuk negara kita tercinta, Malaysia.
- Dan dari perbualan saya dengan Presiden Iran, pimpinan negara-negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir, dan juga kunjungan singkat saya ke Indonesia bersama Bapak Prabowo semuanya menyatakan bahawa keadaan akan lebih parah sebelum dapat dipulihkan dan tentunya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang. Dia bila perkara ini berlaku dia tentunya jejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dari Malaysia tidak terkecuali, cuma kita harus bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan kita dapat bertahan RON95 umpamanya dengan RM1.99 itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur ada catuan di negara-negara rantau itu tentunya merimaskan.
- Jadi bila keadaan ini melegakan sedikit tidak bermakna kita boleh selesa, penyakit mana-mana masyarakat baik keluarga kita atau negara kita, kalau kita agak terlalu selesa dan ambil pandang ringan sahaja, enteng ini akan mungkin mengundang masalah yang lebih berat. Kita harus terima kenyataan bahawa keadaan tidak seperti biasa. Kalau keadaan itu mencemaskan, maka kita juga mesti bertindak sesuai dengan tuntutan masa dan kita mesti ikut rancangan kita.
- Kita telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan memilih tokoh-tokoh yang sangat berwibawa membantu Kerajaan dalam bidang ini. Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, Jawatankuasa-Jawatankuasa Khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal, bekalan tenaga terjamin dan kita ucap terima kasih kerana perancangan PETRONAS dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau sehingga bulan Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara.
- Sebelum ini kita umumkan bahawa kita akan ambil langkah awal dan ini termasuklah sambutan-sambutan aidilfitri yang lebih terkawal dan Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana.
- Saya ucap setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang mengikuti semangat ini dan tidak angkuh tidak boros tidak anggap keadaan itu biasa mempamerkan kekayaan sewenang-wenang dan menunjukkan seolah-olah tidak ada yang terkesan sikap ini akan merugikan kita kerana rakyat di bawah sana petani, nelayan, pekerja masih ramai yang terhimpit.
- Jadi golongan yang agak kaya yang tinggi kedudukan mereka jangan alpa tunjukkan keprihatinan dan bantu dalam keadaan yang menekan ramai rakyat. Tetapi oleh kerana kita tahu kesannya, dari segi kerajaan kuota BUDI MADANI 95 itu diselaras kepada 200 liter sebulan bermula hari ini sebagai langkah sementara.
- Kemudian pengisian diesel bersubsidi Sabah, Sarawak dan Labuan mula dikuasakan dan hari ini, Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi kementerian, agensi serta badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April 2026.
- Tujuannya, mengurangkan penggunaan bahan api, memastikan kemampanan bekalan tenaga. Perincian lanjut akan diumumkan nanti dalam masa yang sama, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat.
- Berapa jumlah belanja untuk menyerap impak minyak yang meningkat ini? RM4bilion satu bulan. Jadi ini bukan perkara kecil orang-orang yang menyinggung hal ini harus tahu bahawa kerajaan membantu rakyat tambahan RM4 bilion ringgit, ini untuk menahan. Tetapi tentu keupayaan itu terbatas dan lihatlah pengalaman negara-negara lain jadi kalau ada cadangan lain baik dari kalangan peniaga, nelayan pekerja sila kemukakan, Majlis Tindakan Ekonomi, jawatankuasa berkenaan jemaah menteri itu setiap hari ada perjumpaan dan kita memanggil wakil-wakil termasuk saya sendiri akan memanggil baik kontraktor kecil ataupun wakil nelayan, petani untuk mendengar keluhan mereka dan cuba menampung dan membantu sekadar yang kita mampu.
- Usaha lain yang dipergiatkan termasuk apa yang agak kritikal iaitu jaminan bekalan tenaga negara. Pelbagaikan sumber import minyak dan gas dari negara lain yang ini yang telah kita umumkan dan sekali lagi kerana kejayaan syarikat minyak negara kita Petronas mengendali dengan baik
Saudara-saudari yang dimuliakan,
- Kita bekerja dalam keadaan yang luar biasa dengan cabaran yang meningkat tetapi ini tidak mungkin memadamkan karenah orang-orang yang terus berdusta, membenci, sabotaj dan khianat. Berapa banyak berita-berita palsu tentang kenaikan harga minyak, tentang kenaikan harga barang kerana dasar-dasar yang tidak benar?
- Maka, kita tidak ada pilihan melainkan memohon pihak berkuasa, baik PDRM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan, kerana setakat ini SKMM telah mengesan 96 kandungan berita palsu mengenai harga minyak dan elektrik di media social. Tujuan apa? Rakyat susah, negara tercabar dan terpaksa mengambil tindakan akibat peperangan di kawasan negara lain tetapi yang mereka teruskan ialah langkah khianat kepada negara dan kepada rakyat dengan memperhebahkan cerita palsu, memperjudikan nasib rakyat semata-mata untuk meraih keuntungan politik murahan dan kelangsungan politik sempit.
- Jadi saya ingin sekali lagi menyeru rakyat memilih, menyaring berita dan mencari fakta yang betul dan cuba sama-sama memantau keadaan, semak dengan rapi dan mengambil langkah untuk menyelamatkan keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
- Dan saya mendoakan terhadrat Allah SWT, mudah-mudahan usaha kita diberkati dan negara kita sentiasa mendapat perlindungan Allah subhanahu wa ta’ala.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
FORUM ILMUWAN MADANI BIL.1/2026
31 MAC 2026 (SELASA) | 8.30 MALAM
BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saudara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
Menteri Kewangan II;
YBhg. Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,
Gabenor Bank Negara Malaysia;
Saudara Apurva Sanghi,
The World Bank Lead Economist for Malaysia; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Wajar kita mulakan dengan menyatakan syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa’Taala dan kita dapatkan teruskan Forum Ilmuan ini yang mula diusulkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi. Dan ini diteruskan hampir acara bulanan, iaitu memberikan ruang supaya kita adakan wacana yang bebas dan segar membahaskan isu-isu yang kita anggap mendesak dan harus diberikan perhatian.
- Kemudian, dianjurkan supaya perbahasan lebih terbuka, mendengar pandangan daripada Kerajaan, daripada pandangan akademik, dan juga dari pandangan profesional. Jadi, kita sudah teruskan dengan puluhan sesi dengan pelbagai tajuk, jadi pada malam ini kita teruskan dan kali ini dihos oleh Bank Negara sebab itu, suasananya itu lebih tinggi sikitlah, sesuai dengan kedudukan Bank Negara walaupun ekonomi sudah nampak sedikit gawat.
- Saya nak mulakan sedikit menyinggung tentang perkembangan mutakhir ini, dan sebagaimana kita tahu hari-hari kita adakan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara, besok Kabinet, lusa saya panggil semua, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier untuk membahaskan atau mendengar taklimat. Untuk membahaskan isu yang saya anggap mencabar.
- It always observed for example, in the last year, the performance is quite impressive. I mean there’s clear economic resilience, impressive figures in terms of growth, in terms of sustainability, in terms of containing inflation, and being attractive to foreign investments. And in the region, we able to sustain this sort of position due to of course the support of all, I mean Central Bank of course is quite fundamental in this regard, and the Treasury, the Economic Planning, and all the colleagues.
- There’s political stability, there’s clarity in policies and we therefore we chart a program that can propel the hook can propel the economy. In the last month or so, we are now entering somewhat uncharted territory. New challenges. We can’t say it is not anticipated expected because the region, particularly in the Middle East has been volatile and it is regrettable that we have forces that not only wish to contain this, but then allow this to flare up by the initial Israel and United States aggression in Iran. And the response by Iran and its ramifications around the region has caused further contagion, and now it is more complex.
- We are fortunately in the position that we have excellent relations with our neighbors so we communicate very regularly, and even with the Middle East. Not many countries can communicate directly with all the leaders of the Gulf States and with the President of Iran, and we did and they take us as trusted friends, and we do express first. Malaysia happens to be one of the few countries that made their position very clear consistent in our foreign policy against any aggression against any country and I was extremely delighted when the Parliament, my partisan endorsed that resolution.
- Having said that, that’s not the end because the Gulf States took resented the idea of the attacks or the counter attacks and ballistic missiles etc from Iran has exacerbated in the sense that is probably affecting the stability and security of the neighboring countries. Each have a strong argument I mean they have expressed to me their position but of course we made our stand clear and continue to engage and we are very fortunate therefore that Malaysia is one of the few countries that the Iranian President gives clear specific instruction to get the seven ships cross Hormuz Straits and they are on the way back.
- But that’s not the end we issue the implications and ramifications to the region. We have seen our neighboring countries grappling with the new aspect of development. We are in communication, I travel down for a few hours to Jakarta to visit and discuss my friend President Prabowo and we all share his notes to see how we can mitigate, but certainly there must be preparedness to accept the stark realities. We have demonstrated resilience and nobody can question that, and it was in the right trajectory but now we have to convince our people Malaysians in particular, to accept that we are in the crisis mode.
- We would of course be able to garner. What we have done in the last few weeks make sure first get the facts forces from the government, from the academia, from the private sector, and then even some and therefore we start with something very dear to my heart, the issue of ‘harga minyak turun’ had to deal with it and I think you know, sometimes when it comes to plain economic policies it must be guided by facts and the clarity that’s required and therefore we made that initial notice, because that to me is important that means we do acknowledge there’s a problem and therefore if we do acknowledge the problem, then we have to then alert the people and so that was why we decided on the RON95.
- But still after discussing with Petronas and the other oil companies, then we realize for now for the next one month or so we can still contain. The people should be the last to be burdened with these issues. We should deal with it first. But then, we have this therefore series of sessions in the economic team we have decided therefore to move on extending measures is critical to safeguard the interest in the medium and long term. How long does it take? We don’t know, but from my limited understanding I would say this, that even if it is resolved, as in my communication with the Amir Qatar tomorrow, it will take months before the gas line could be just operationalized.
- So it is better that we take a more I should say, cautious reason approach to safeguard the interest of the economy, which means the welfare of the general people. My worry is of course in him free, in a free country, democratic country it’s very difficult to get everybody on board, but I now would appeal to you and I would continue to appeal the Malaysians that you put politics aside, let us now focus on measures, bring everyone on board to try and help ease economic issues and introduce policies that would really garner our support and understanding of all, but we need clearly the support of everyone.
- You see in the social media still some very, very nasty comments coming up, which is to me unfortunate I mean, it’s not the time where we can play politics the whole country, the whole security of the country and the economic security is at stake. It is not the time when you talk about who wins what particular seat or not.
- So, I think this is probably appropriate time for me to continue to remind friends that there are times where the focus should be purely to get everyone on board and again to focus on the economic policies, and therefore, this session tonight is timely I mean, I thank again the Governor, although didn’t join, did you invite them for dinner? All right. Thank you. Thank you. Yeah, somehow, I wasn’t invited, but they did. No, no, I’m sorry I had something on.
- So, sekali lagi saya ucap terima kasih dan kita mulakan. The session ini selalunya, saya sebenarnya saya moderate sahaja, tapi pasal malam ni saya ingat ada hal-hal yang sangat mendesak dalam negara kita dan saya rasa saya bertanggungjawab bersama kawan-kawan untuk memberikan garis panduan tentang hala tuju kita dan bagaimana seluruh kekuatan, Jemaah Menterinya, pimpinannya, penjawat awamnya, gerakan.
- Tadi beberapa keputusan yang KSN putuskan untuk bekerja dari rumah dan sebagainya, itu bukanlah penyelesaian semua. Ikut kajian tenaga dalam kes Covid dulu kerja di rumah itu mungkin mengurangkan sedikit penggunaan minyak tapi menambah penggunaan elektrik. Jadi, sebab itu kena fikir langkah-langkah yang secara lebih meticulous, lebih teliti mencerahkan tiap aspek dan tidak boleh hanya diharapkan penggunaan awal untuk menyelesaikan semua-semua masalah.
- Jadi, kita ada tiga (3) tokoh malam ini pembentangan pertama, reforming activating and accelerating strengthening Malaysia’s economy amid global uncertainty. The topic itself is confusing, that’s why we had Amir Hamzah to start. Thank you.
Ulasan YAB Perdana Menteri selepas Presentation MK2:
Terima kasih. Its capsulate the key fundamental issue that we have to address, we talk about ‘the Gale of Creative Destruction’. Very positive. Schumpeter’s classical theory, economic theory. I don’t know if you should agree or not, but Gale Of Creative Destruction, we have issues, but there are then build opportunities other than.
And I think if you look at the presentation, you understand that the framework National MADANI economic policies, which is unbridled capitalism, not to proceed with pure session growth without consideration the welfare of the general people. That is why we push the general minimum salary. Extremely tough menu, because they’ve been talking for the last few years. They’re not able to push to RM1700, and insist that GLCs and GLICs provide a basic salary of RM3100. Which is not too difficult, at least, because the corporate professionals are more, I should say, like Rashid Hussain, are more, less capitalist now. So, they’re more understanding. A bit left or centre now.
Yeah. I think he encapsulated the issues with such clarity. Thank you very much. Great help to me in the Treasury. He does most of the work, I do most of the pronouncements.
Now we come to Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia, on Malaysia’s Economic Resiliency Amid Global Uncertainty and The Rule of Structural Reforms.
Ulasan YAB Perdana Menteri selepas Presentation Gabenor Bank Negara:
Terima kasih, Datuk Rasheed, of course we have to commend his shift to Central Bank, give his necessary confident, stability, and help and build up that investment confidence. Although, sometimes, makes the work of the Treasury tough. They don’t necessarily see eye to eye. So, normally, we have to navigate that sort of attention. It was not as bad as before. Before, when you had this Treasury, EPU, Central Bank, they all give. They hardly engage with one another, and therefore they can give different projections.
Now, I say, you can have your different projections, but please engage. And I think I must express my profound gratitude to Rasheed and his team for such an impressive work that helps you see this economic stability, and then the resilience and the confidence. It reflects the strength of our institutions and the confidence. So, terima kasih sekali lagi.
Now, of course, Apurva quite well known here, from the World Bank. World Bank used to be very extremely unpopular those days, at my expense, because I used to be chairman of the Development Committee of the World Bank. So, the rest is history.
But now, as you said, that people are more open, and even the World Bank overtures and adjustments, and take into consideration some of the concerns, the nation’s concerns, particularly in the issue of social mobility, concerns of the poor.
I’m not suggesting that it was never considered, but I think you certainly agree with me that even the bank, somehow or somewhat, shifted from pure growth obsession or trajectory for development per se to societal development and concern for the basic welfare of the general message. So, back to you, “From Jobs to Good Jobs. Thank you.
Ulasan YAB Perdana Menteri selepas Presentation Saudara Apurva Sanghi, The World Bank Lead Economist for Malaysia.
I think you’ve given me some material for me to deal with my cabinet tomorrow morning. Thank you very much because we sometimes infected with this issue of the culture of complacency and contentment. Of course, we have achieved from the Governor, these are great achievements, no denial, but notwithstanding that there are issues that we have to address.
When we talk the reform, essentially this we have to take all measures necessary to try and improve striving for excellence is in the connotation of the hadith Itqan Fil Amal, I mean if you are easily satisfied or contented, then there wouldn’t be that drive. Of course there have been some measures taken but I agree with the manner that we set up our governance structure, ministries, departments make it really challenging to try and for example penetrate that sort of barricades through departments and ministries. But, that is what we try and deal with this through cabinet committees, etc but you know as a state packages law you have a problem you set up committee. If the problem continues unabated, then we have coordinating committees and then you go back to the Prime Minister, you set up a super coordinating committee. By the time that matter is not resolved, then you have to then have a new government. Who will then repeat the whole exercise all over again.
So, I take your suggestions and criticisms, and I think to be fair to assure the audience these sessions are taken very seriously, I’ve taken notes and Zambry will be my witness because his ministry will supposed to be one of the issues that we addressed. So, we will deal with it tomorrow morning. Tomorrow morning Cabinet Meeting and you know World Bank is here to help us, not to create problems for us.
Okay, kita buka untuk soal jawab atau pandangan atau teguran atau kritikan, not confined to just questions, but you can raise issues or criticisms and normally don’t criticize the Prime Minister you have the minister here and the Governor and the World bank, you have most issues, you attack the World Bank. There has been the tradition in the past. Yes, please.
Q&A
SOALAN 1 :
Good evening, my name is Warren, I am speaking on behalf of a startup group that some of the members here in the August community are also part of Dr. Apurva as an example right. So, I represent a group called unicroach and also represent consortium AI Negara. So, allow me to quote some anecdotes now from some of the SME owners. They are all very supportive of reforms in terms of economic policies, but it has imposed bureaucratic and administrative costs to micro SMEs and SMEs. This range from those that are just about to make a few RM100 thousand ringgit building companies in the new economy space as well as those making 10 million, 20 million or so. So if I were to just read the anecdotal examples e-Invoicing is necessary but has increased the admin costs stamp duty for employment contracts is a complete waste of time because it was never broken but it led to some bureaucratic processes. 8% SST on commercial rentals has also added costs that were never there before for a lot of SMEs. 10% capital gains on investing in private companies, which we are trying to encourage more GLICs, more GLCs, more angels to invest into these startup companies has also resulted in the need to tax plan before investing.
So, the risk capital is getting affected because of the capital gains and then because the gentleman is from a media company, he said doubling of licensing fees from MCMC for media companies and license fees which have to be paid five to ten years in advance. So, I mean it’s anecdotal, of course different people might have different views, but my point over here for MOF and for World Bank and for Bank Negara is to take note that yes, a lot of economic policies are very good, but it has also imposed administrative costs to micro SMEs as well as SMEs.
These are just some anecdotal points that I to share from the group. Thank you.
JAWAPAN YAB PM SOALAN 1:
Thank you. So, the moral of the story is make business, no tax. I take your point that taxation is necessary, otherwise we can but then for the startups to be some concession or some degree, I think that’s the point you want to drive? I think we are relooking at the whole issue of e-Invoicing if any delay is MK2’s fault, right? (Joking).
JAWAPAN YAB PM SOALAN 2:
I think, in all humility, once we do acknowledge the need for reform, some of our critics have said we’ve gone too far. Some have said we have done virtually nothing. When you look at fiscal policy, we look at the Parliamentary reforms, look at some new major, including a minimum salary. These are major, and it takes months to convince not only the political elite but mostly even the private sector.
I mean, you know for a fact that it’s a popular move to increase the salary, but you know it’s a horrendous exercise to get and convince the business community, who would come and tell us that it will be a disaster for the economy if you do that. But how do you then grapple with the issue of the hardship of the common person when you don’t even increase the level of salary?
But I would humbly concede that more needs to be done. We’ll continue to do that. And you see, if you look at the issue of institutional reform, where major, I mean major, not only that, even institutions, look at Tabung Haji, one prime example, you see where we give, for the first time in recent history, full authority to do it in a very transparent, professional manner and decide on their own.
Look at the manner Bank Negara is being managed. Of course, they keep the finance minister primacy informed, but policy matters, what they believed to be the necessary measures, we have given them all the support necessary.
So, I think more need to be done. That’s why I said about the need to change. I mean, the other central issue that I learned in sociology is the issue of propensity to change and resistance to change. One sometimes assumes that the rural farmers, the least, for example, group that would call or support changes. There’s considered to be generally, a crowd, there is resistance to change, ultra conservative. But mind you, the elites can be, you touch on sample on the issues of the manner the business of being conducted, the rampant corruption, the abuse of power, the manner that they try and influence contracts. The elites are the worst of the Lord, because they actually constitute a group, very influential, very, you touch the big tycoons, the Tuns and Tan Sri. In terms of corruption, the elites will come and arms against us.
So, we have to acknowledge the fact, the stark reality that we have to face. Yes, we have to embark on the form, but this government is a coalition government, and we need to navigate because stability is paramount. We are able to achieve general, what the Governor has said earlier, what we have achieved. I think, without exaggeration, the fundamental points, of course, the issue stability, political stability. And because the stability, then we have clarity of policies, and we’re able to embark on some very progressive policies in terms of poverty alleviation, in terms of which, which I think this close to my heart. I mean, it’s something I have strong passion for, and we’ve been driving this hard enough.
But I conceive again, in all humility, I must say that, given have a chance, we need to do more because whilst we can pride on in the fact that we have achieved some measures of success, but there’s really a room for improvement in the issue of quality of education, in terms of transparency, in terms of we are doing business in a more efficient manner, in terms of reading the country of excesses and corruption. All these things need to be done. And I thank you for the encouragement.
SOALAN 4 :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Prime Minister, mine is more, less of a question, more of a suggestion if there is, I concur with what you said earlier that we are in a crisis and we have to accept the fact that we are in a crisis. And one of the fundamental facts in a crisis is communication. So we at ADFIM I am the Secretary General of the Association of Development Finance Institutions Malaysia, we ADFIM, through our member institutions. We are collecting all the assistance capital that is available for SMEs under one website, so that the information flow is easily accessible to the SMEs and the micro enterprises.
So, they come to one website, they’ll be able to see all the financing and capacity building there is under our member institutions. So, one of the things that perhaps the government can look into is the ease of communications, all this information because our member institutions are supervised essentially by various ministries. MARA, under the Rural Ministry we have BSN and BPMB, which report to the Ministry of Finance and under our platform they all come together and the corporate communications are leads sit down and we look at all the available assistance that there are for SMEs, corporates at different levels, we try to collect them and we’re working on putting them on a website.
So, this would essentially be helpful in managing the crisis especially for SMEs and micros. So that’s just a little bit of what, what I could suggest. Thank you,
JAWAPAN YAB PM SOALAN 4:
Thank you I share with you that the central challenge for us of course effective communications. Take the issue of price, petroleum price and diesel, we see the lowest and yet in the social media the talk has been that the government has increased the price of petrol and diesel. Even when it comes to, you know, you know in one, one of the social media postings that showed a blatant lie about the price of diesel in other countries and this was accepted I think the first few days people just furious because they thought they took it as a fact, as the truth and then we realized that certainly it is fake news and then popularized by some elements in this country.
So you’re right, we have to deal with this issue of fast response and we have decided this morning for example in the MTEN, to put TPM Fadilah in charge to make sure there’s one coordinated person and with a clear policy alliance after getting the facts from various agencies, ministries. I take your point. Yes.
JAWAPAN YAB PM SOALAN 6:
I think I will be suggesting to look at this a Gale of Creative Destruction. But we have also to alert the Malaysians that we are in a crisis mode. There’s no denial. You talk about just opportunities. You will delude ourselves and probably will not help in getting people just to understand and appreciate that we have the problems. And of course, we are more fortunate. We don’t encounter problems as acute as many of our neighbouring countries.
But does not mean that we are, you know, we can escape this sort of, or deflect from the pressures. And I foresee, based on the reports that we get, not only from petroleum and gas and other like fertilizers, we import huge amounts requirements for our agricultural needs, and therefore we will have to manage with these issues.
It is better to get the people to give them the facts and tell them. And of course, some of them can appreciate, some will not. Because of those, there will be some who will remain very cynical and opposed our policies. But at least we should be frank and transparent enough in our information flow so that they can understand.
That’s what my view is, that the macroeconomic exposure is necessary because otherwise it’s not only the general public, even in governments. This morning, I was lamenting the fact that the first thing the ministries, I’m not saying ministers, but ministries from Secretary General would do is ask for more funds. I mean, you are completely, you know, misplaced. I mean, here is the time when you have to subsidize more than 4 and a half billion ringgit per month on just petroleum alone. And then you come, Secretary Generals come with their plan. You want to deal with this issue of economic challenges, we need more funds. From where to get the funds?
So, this necessary exposure on the economic fundamentals, economic challenges are, to me, a necessity. And this mass education on what constitute economic planning and macroeconomic understanding, and I think this, to my mind, is the central issue. Then we should chart ways. But it shouldn’t be all negative because, again, there are opportunities. I mean, tourism is one, and domestic resilience is another.
And there are many areas that we can try and make some adjustments. The whole idea of buying and relying purely on imported products when we have alternatives here, these are issues that we need to make the adjustments. And I think we can. It’s not going to solve all our problems, but the problem is more acute than that. We are essentially a trading nation. This needs to be understood also. We trade, and therefore the focus on some of these industries require to import, and there will be the effect of imported inflation in a big way.
Hopefully, we pray to Allah SWT that this problem in the Middle East will not continue for far too long. But that’s beyond us. So, the resilience is necessary, the understanding, the spirit of unity. And this is why you need this national fervour of the spirit of togetherness to try and resolve this together.
And I believe that this obsession is important. And we get Governor Central Bank to go down to some of these districts to explain in simple terms. And he sometimes does it better than me because, especially in Bahasa, they always criticize me. Can’t you use perbezaan pendapatan instead of kesenjangan or can you say ekonomi yang kukuh instead of kemampanan, kalau macam itu tak payah ada universiti kalau macam itu.
So, sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir dia satu sesi yang bermanfaat dan kita jumpa lagi dalam Forum Ilmuwan untuk bulan berikutnya, baik terima kasih.
Wasalamualaikum warahmatuhallahi wabarakatuh.
TEKS VERBATIM UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SANTAI AKHIR RAMADAN PMX BERSAMA PIMPINAN KOMUNITI PERMATANG PAUH
20 MAC 2026 (JUMAAT) | 2 PETANG
DEWAN PERMATANG PASIR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin
Nahmaduhu wanusolli ala rasoolihil karim
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.
Saudara pemimpin Bahagian, Cabang dan rakan-rakan saya muliakan;
PKMM;
YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid; semua yang hadir. Terima kasih banyak.
- Saya datang hari ini secara mengejut nak melawat keluarga di Cherok Tok Kun, tapi saya ambil kesempatan singgah solat Jumaat di Masjid Kampung Pelet dan Amir paksa jumpa kawan-kawan lama, dan saya setuju.
- Kita dah selesai, hampir selesai hari ini menunaikan puasa ibadah Ramadan, mudah-mudahan sampai ke darjat apa yang disebut dalam al-Quran, La’allakum tattaqun. Jadi mudah-mudahan kita capai ke darjat yang paling tinggi ketakwaan kepada Allah SWT. Dan kita harap Ramadan ini kita kata madrasah Ramadan, maknanya bulan ujian, bulan pendidikan, bulan yang kita anggap kategori latihan. Jadi mudah-mudahan, kita buat penilaian hari ini supaya ibadah kita ini mampu mengangkat keimanan kita, ibadah kita, semangat kita, daya juang kita, dan juga kesedaran kita untuk membela nasib rakyat yang lebih susah dan miskin.
- Saya nak ambil kesempatan singkat sahaja, kerana tiap ketika sekarang ini kita dapat maklumat daripada kawan-kawan kita dari dunia Arab, jiran-jiran di ASEAN, dari Iran, dari Qatar. Pemimpin-pemimpin hubungi kita memaklumkan pandangan mereka. Dia berpunca dari serangan Israel dan Amerika ke atas negara Islam Iran. Malaysia dan saya minta Ahli-ahli Parlimen membuat kenyataan bersama mengutuk serangan itu, mengucapkan takziah atas kematian pemimpin-pemimpin Islam Iran dan mendoakan kejayaan mereka. Tapi sejak itu, keadaan lebih serabut, kelam kabut, sebab bila missile dan drone daripada Iran itu balas, dia balas kepada pengkalan tentera yang ada di beberapa negara Arab dan kadang-kadang serpihan itu sampai kepada kawasan-kawasan penduduk masyarakat awam. Jadi ketegangan sekarang sudah merebak ke seluruh rantau.
- Semalam selain daripada Presiden Turkiye dan ASEAN, semalam Perdana Menteri India pun telefon minta kalau boleh kita memikirkan jalan untuk meredakan keadaan jadi kita. Alhamdulillah, Malaysia ada di tahap yang baik kerana negara-negara ini hubungi kita, kerana kita ambil pendirian bebas, merdeka, tapi tegas dalam pertahankan prinsip. Yang keduanya, kita kena tahu kerana negara kita ini aman sebab itu bila ada gaduh-gaduh sikit-sikit, itu saya kata kena cepat, minta kawan-kawan kita, pegawai PDRM dan yang lain-lain untuk bantu cepat-cepat. Kalau boleh runding, runding. Kalau nak kena tangkap, dakwa, tangkap dakwa. Jangan tolak ansur sehingga keadaan tak terkawal.
- Sebab kita belajar daripada lain. Dah mula bergaduh saja, hancur negara. Ekonomi habis, orang ada kerja pun hilang kerja, yang hidup sihat pun terkorban. Hah ini yang berlaku. Kita jangan tunggu sampai keadaan begitu. Kita bernasib baik kerana masih lagi pertahan, sekarang harga minyak dah melambung, dulu terkawal, sekarang dengan tutupnya Selat Hormuz, pengkalan minyak dan juga gas ditutupkan, jadi harga melambung tinggi. Malaysia satu-satu negara masih pertahan RM1.99.
- Senangkah? tak, tiap hari, semalam kita mesyarat Majlis Keselamatan Negara, walaupun orang dah mula cuti, saya panggil Ketua Pengarah MKN, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Menteri-Menteri yang berkenaan untuk bincang. Hari sebelumnya, Mesyuarat Khas Kabinet. Kerana kesan ekonomi ini serius. Thailand buat catuan minyak. Cambodia dah dekat nak darurat minta tolong kita dan Singapura jual minyak pada dia. Harga minyak saya katakan tadi melambung naik. Semua negara. Di Singapura harga minyak dah cecah lebih RM10. Kita masih RM1.99. Walaupun diesel dan minyak RON97 naik.
- Ada orang lagi guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh. Minyak tersekat. Bukan salah kita. Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang. Ini dunia politik ini kadang-kadang tak terkawal. Patut semua pakat cari penyelesaian. Bagi rakyat, insaf. Kamu ada dana sedikit, bantu yang susah. Jadi sebab itu, kita kena kerjasama dan pakat. Sebab itu saya terima kasih kepada Dato’ Zaidi. Dia pun teguh iring saya dalam keadaan sekarang ini. Baru boleh damai. Ha, tengok tu. Aku sebut orang ni tak tepuk je. Ha, tepuk. Sebut, ha, tepuk.
- Jadi, saya kena terang benar-benar hal ini, kerana kita ada pantau tiap hari. Tiap hari kita pantau. Semalam pagi, saya menghadap Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk melaporkan, memberitahu dia tentang masalah rumit, darurat ekonomi kita ini. Sebab, kita boleh ambil tindakan mudah, semua negara naik minyak, harga minyak, kita boleh naik, tapi saya fikir banyak kali kerana naik ini beban kepada rakyat, jadi kita dapat bertahan setakat upaya. Bincang dengan Petronas supply minyak berapa lama boleh tahan? Dia kata sampai bulan Mei boleh tahan lagi dan gas kita gali lagi banyak supaya boleh bertahan.
- Jadi, janganlah ingat kita tak buat apa-apa. Hari-hari, bayangkan. Semalam, Majlis Keselamatan Negara. Sebelum itu, Mesyuarat Kabinet Khas. Pagi semalam, dengan Yang di-Pertuan Agong. Semua ini kerana nak jaga negara ini, supaya aman. Sebab itu, bila ada pergaduhan sikit tentang beberapa wakil NGO Hindu dan wakil NGO Islam, saya terima kasih kerana pihak polis, PDRM ambil inisiatif, panggil runding baik-baik. Kalau buat salah, kena dakwa. Itu soal lain. Tapi, janganlah sampai negara ini jadi kacau-bilau. Rakyat ini terikut-ikut. Yang Muslim marah pada Hindu, yang Hindu marah pada Muslim. Jangan kita marah, kita bergaduh, negara rosak, hancur. Jadi sebab itu, kena ada kewarasan.
- Kita, seperti yang saya sebut, negara hukum. Macam mana beza pendapat pun, ikut undang-undang. Kalau semua faham macam itu, negara ini selamat. Jadi saya cuma nak maklumkan di sini Belanjalah dengan sederhana, jangan kita rasa jenuh sangat. Malaysia ini belum terkena lagi. Di negeri lain, Ringgit kita masih boleh pertahan. Bayangkan hampir semua negara ini, nilai wang dia jatuh. Kita masih boleh pertahan. Syukurlah dan jagalah
- Jangan ingat ini semua akan kekal selama-lamanya. Jadi sebab itu, saya kata yang pertama, aman. Terutama kerana kita ada pelbagai kaum, pelbagai agama. Mana-mana negara di dunia yang ada pelbagai kaum, pelbagai agama, dia boleh aman, tenang macam ini. Panas sikit, tak puas hati sikit, merajuk sikit. Itu biasa lah, tak apa boleh tahan lagi. Jangan gaduh. Kena ingat. Tanya orang Cina, ada tak puas hati. Tanya orang Melayu, ada tak puas hati. Tanya orang India, ada tak puas hati. Saya pergi Sabah, Sarawak, ada tak puas hati. Itu biasa, runding dengan baik. Selesai dengan baik.
- Sebab itu saya kata, pimpinan kena ambil tahu. Dan pimpinan jangan duk ambil tahu pasal diri dia dan kekayaan dia. Ini prinsip yang kita kena jaga. Jadi saya harap, Saudara-saudara, saudari-saudari walaupun tak ada jadual, terima kasih Amir ya buat program santai macam ini. Dia pun kata hari ini senang buat sebab tak payah bagi makan minum. Dan, you fikir, orang ada persefahaman. Yang puasa orang Islam. Orang Cina, India yang datang tetap puasa tapi takda kata, eh kami tak ada minum ke? Tak ada. Goh ada ke? And ini, kalau saya sebut maksudnya, this is the beauty about Malaysia.
- Banyak orang tak faham ini. Ya. umpamanya, Persatuan Peniaga Cina di Kuala Lumpur buat sambutan. Kalau dia buat lepas Raya Cina, kita puasa. Dia buat sebelum Raya Cina, kalau kita hadir, kita tak boleh makan. Jadi, Persatuan Perniagaan Cina ini punya ambil berat supaya jaga kita dia buat sebelum Raya Cina. Sambutan kali pertama, dia buat sebelum Raya Cina panggil Perdana Menteri, Menteri hadir, sebelum puasa. Nak jaga hati orang Melayu supaya boleh makan, boleh senang, selesa dengan mereka. Ini kita sebagai seorang Melayu, saya appreciate Saya kata bangga ini sahabat betul. Dia faham kita. Jadi kita pun patut macam itulah. Baru ada semangat tolak ansur di kalangan kita.
- Macam Thaipusan, mereka minta saya pergi ke kuil. Saya kata, saya tanya fatwa apa semua dia, kita tak payah pergi ke kuil. Tapi kalau pergi sebelum itu, sekadar nak terima kasih, rai orang-orang India yang kejar dan sambut ikut paham agama dia, tak apa. Jadi saya pergi dua hari sebelum itu. Sebab apa? Saya nak tunjuk kita hormat mereka, tapi tak boleh ikut acara agama mereka. Jadi, saya cuma terima kasih kerana pimpinan masyarakat Hindu hadir, faham, dan kita orang-orang Islam pun faham. Kalau begitu, aman.
- Saya tegaskan sekali lagi, ini penting untuk jaga negara kita dalam keadaan tekanan ekonomi dan keselamatan negara sangat berat. Jangan ingat semua pergaduhan itu jauh daripada kita. Orang yang marah itu kerana kesan sampai ke sini. Kita kena pantau. Sebab itu, dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara semalam, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, semua jentera kita diambil, diberi arahan supaya pantau betul-betul keselamatan negara ini.
- Di sempadan, unsur-unsur luar, ramai iri hati dengan kita. Ramai orang iri hati dengan kita. Orang lain kelam kabut, ekonomi kita masih bertahan. Orang lain nilai wang jatuh merudum, kita masih bertahan, jadi setengah orang dia terima baik, setengah orang dia iri hati, setengah orang dia nak rosakkan dan nak khianat kita, jadi kena ingat.
- Tapi yang penting, dalam beberapa minggu ini kita terus pantau, kita doa mudah-mudahan selesai dengan baik. Saya hubungi dengan pimpinan Iran, paling akhir dengan pimpinan Arab Saudi, sebelum itu dengan Qatar, dengan Presiden Turkiye, hubungan supaya cari jalanlah kena selesai. Kalau tidak, yang untungnya Israel. Karena kita diserang, kemudian kita gaduh sama kita. Kita pakat. Jadi ini semua kita cuba bantu.
- Tapi, kesan kepada kita itu ada. Ekonomi, harga barang, harga barang sekarang ini boleh tahan, tapi saya nak bagitahu memang baja kita import. Kalau baja import, petani guna baja import, harga naik, jadi barang-barang naik, itu kita bimbang. Jadi sebab itu kita cuba sekarang kawal, ambil stok lama. Saya bagitahu Mat Sabu, beras ambil stok lama, jangan import, beras mahal, guna dulu yang lama supaya kita kawal harga.
- Itu kita ambil ikhtiar dan saya harap rakyat faham, walaupun esok kita Aidilfitri Mubarak, memang kita nak sambut, tapi saya mintalah bersederhana. Yang wanita-wanita, beritahulah, kalau kuih biasa 7 jadi 4. Kalau ketupat buat 1 gantang, buat 3 suku gantang, boleh. Kena ingat, jangan kita ingat semua hendak, simpan sikit, simpan. Allah pesan saya banyak kali dah. Simpan, simpan. Jangan belanja, jangan lupa. Jangan lupa.
- Ini saya kadang-kadang heran tengok perang ni. Dundam, dundam, ingat tak ada apa-apa. Tak! Ini perang ni, dia perang. Dia gas letup, minyak letup, minyak mahal. Bila meletup, baja mahal. Sekarang ini kita boleh bertahan kerana kita urus betul-betul dengan baik. Tapi berapa bulan saya boleh tahan? Saya bincang dengan Petronas, saya kata sampai bulan Mei, boleh bertahan lagi. Jadi, kena beringatlah. Kena terang kat orang kampung. Kalau tidak, mari puak-puak ini dia duduk kata, “wah tengok janji tak naik”. Saya janji tak naik, kalau saya tak naik. Tapi, ini dah berlaku perang, tak tengok ke?
- Kadang-kadang orang, kawan-kawan dari pembangkang ni tak tengok. Saya tengok Ketua Pembangkang, “Oh pasal apa naik. Hang mengaji di mana? Hang baca apa? Ni hari-hari terpampang ini. Satu dunia gawat sekarang. Eropah. Semalam saya katakan, Perdana Menteri India telefon. Kita negara kecil, tapi dia telefon kerana dia bimbang nak jaga 1 bilion orang rakyat India dengan keadaan sekarang. Kita 34.5 juta pun kena jaga.
- Jadi saya harap yang boleh jimat, jimat. Tapi yang paling penting, sabar dan faham masalah ini dan jangan ada hal-hal yang boleh merosakkan semangat kerjasama dan perpaduan kita supaya semangat Ramadan itu dapat kita tunai dengan baik.
- Saya sekali lagi nak ucap terima kasih Amir. Terima kasih banyak untuk Amir Ghazali, kerana urus benda ini dan kehadiran, oh ramai penyokong Amir ni (nada berseloroh) dan TKM dan Ketua UMNO, Permatang Pauh dan rakan-rakan semua yang hadir, terima kasih banyak. Goh, oh Goh Exco yang baru, dan terima kasih banyak dan saya minta maaf kerana saya datang balik sekejap, hanya untuk ziarah keluarga, balik kerana esok pagi-pagi, kena sembayang Raya di Istana Negara dengan Yang di-Pertuan Agong, itu tugas.
- Ada tadi saya pergi ke Kampung Pelet, dia kata, “tak boleh ke balik sembahyang raya kat Cheruk Tok Kun?”. Saya kata, boleh. Kau nak jadi Pendana Menteri, kena ikut peraturan. Tak nak lah ke mana. Ha, baik. Jadi, minta maaf zahir dan batin. Sempena Hari Raya, Minal Aidin wal Faizin. Kullu ‘aam wa antum bikhair.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA MADANI
2026
13 MAC 2026 (JUMAAT) | 6.00 PETANG
SARAWAK
Assalamualaikum Warahmatuhallhi Wabaratuh dan Salam Sejahtera, Segulai Sejalai.
Alhamdulillah, Alhamdulillah,
nahmaduhu wa nussalli ala rasulihil karim
wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Qala Allahu ta’ala fil kitaabil mubin,
Syahru ramadaanalladzii unzila fiihil-qur’aanu hudal linnaasi wa bayyinaatim minal-hudaa wal-furqaan.
Wa sallallahu ala sayyidina muhammadin
wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudara saya, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,
Premier Sarawak;
Timbalan-Timbalan Premier;
Timbalan Perdana Menteri Saudara Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri;
Rakan-rakan Menteri;
Speaker Dewan Negara; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Syukur kita kehadrat Allah SWT dapat bersama-sama menghayati Ramadan. Saya mula dengan baca surah al-Quran yang terkait dengan turunnya al-Quran di bulan Ramadan. Bulan Ramadan, bulan turunnya al-Quran. Tapi dia diberikan satu pengajaran kepada kita, hudal linnaas, untuk beri petunjuk kepada manusia, wa bayyinaatim minal-hudaa wal-furqaan untuk beri petunjuk kepada manusia. Supaya daripada ia petunjuk itu memberikan kita kekuatan, kefahaman, membuat penilaian, furqan di antara yang baik dan yang buruk yang membawa ma’ruf dan mengelak daripada kemungkaran.
- Mudah-mudahan Ramadan Karim Kullu ‘Aam wa Antum bi Khair akan memberikan kita manfaat, menjadikannya sebagai sekolah, madrasah Ramadan, kita latih diri, perbaiki diri masing-masing, tingkatkan ketaatan kepada Allah SWT, La’allakum tattaqun dan mudah-mudahan bulan-bulan berikutnya itu menunjukkan tahap yang lebih baik: dari segi keimanan, dari segi akhlak, dari segi persahabatan, dari segi persaudaraan, dari segi kehidupan bermasyarakat antara kaum, antara agama, secara damai di negara Malaysia yang tercinta ini.
- Saudara Premier ada menyinggung tentang perkembangan semasa. Jadi izinkan saya memulakannya sedikit. Ini tidak diduga. Dalam keadaan ekonomi kita melonjak kerana keamanan, kerana perpaduan, tetapi muncul suatu kegawatan, seolah-olah satu malapetaka di negara-negara Teluk dan di Iran. Tak semena-mena Israel menyerang dengan kerjasama Amerika Syarikat, menyerang dan terbunuh pemimpin utama mereka Imam Ali Hosseini Khamenei, keluarganya, dan ratusan anak-anak sekolah, anak-anak kecil yang dimusnahkan dan menjadi korban.
- Maka timbul tempiasannya ke negara-negara teluk. Serang balas dari Iran itu menyentuh kedudukan negara-negara sahabat. Qatar, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain. Apa kaitan dengan kita? Ekonomi tidak menentu. Harga brent minyak hari ini mencecah lebih USD100 satu tong. Dan tentunya akan berkesan kepada kita.
- Kemudian gas terbatas. Kemudian pengangkutan, 400 kapal minyak dan gas dan kapal-kapal pengangkutan, alat jentera dan sebagainya, tersekat di Teluk Hormuz. Dan oleh yang demikian, kos meningkat. Jadi walaupun kita urus sedaya upaya kita, kita harus juga menggunakan kebijaksanaan merangka dasar program yang boleh menyelamatkan rakyat dan negara kita.
- Sebab itu, kita bermesyuarat hari Rabu, biasa, dan pagi tadi mesyuarat lagi Jemaah Menteri. Hari Isnin, sambung dengan Majlis Tindakan Ekonomi. Hari Selasa, Mesyuarat Jemaah Menteri lagi. Maknanya, kita mesti ambil langkah-langkah yang munasabah. Jangan tunggu sehingga bencana datang untuk kita cuba leraikan. Ambil tindakan segera apa yang upaya. Dan di antaranya, ialah memperbaiki sekali lagi tatakelola, mengawal daripada ketirisan, dan mengalakkan hidup yang lebih sederhana.
- Menteri Pertanian beri angka tadi, tentang pembaziran makanan di Malaysia. Itu di antara yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Dia sebut angka yang mengejutkan kita. Jadi sebab itu, elok kita peringatkan. Dalam surah Yusuf, sama juga dalam Bible, kadang-kadang bila saya bagi contoh itu, ada yang marah saya. Dia kata, “bagaimana nak sabar?” Saya hanya cerita kisah 7 fat years, 7 lean years, itu ada dalam kitab Injil. Ada juga dalam Quran. Tidak semuanya sama, tapi cerita umumnya sama. 7 tahun, ekonomi dan hasil yang melimpah, diikuti 7 tahun gersang ekonomi – 7 fat years, 7 lean years.
- Itu pengajaran dan peringatannya kepada kita, dalam keadaan kita rasa jenuh, kita harus beringat. Di antaranya saya katakan tadi termasuk apa yang dikatakan penjimatan. Tahun lalu kita turunkan minyak RON95 ke RM1.99, di antara yang paling rendah di dunia dan cuma Brunei Darussalam sahaja yang lebih sedikit rendah daripada kita. Saya lakukan itu kerana saya tidak mahu rakyat di bawah ini terbeban dengan harga minyak yang tinggi kerana dia ada kait dengan pengangkutan dan kos secara hidup umumnya.
- Alhamdulillah rakan-rakan Jemaah Menteri memberikan sokongan penuh, sehingga dapat kita laksanakan dengan berkesan. Budi95 itu dari segi rekod pelaksanaannya itu di antara yang sangat berjaya dan amat membanggakan kita.
- Bagaimana sikap kita sekarang? Minyak dah melonjak lebih USD100 satu tong. Pendirian kita sekarang kita akan kekalkan RM1.99. Dan dengan diesel juga terkesan. Dan diesel, saya ada minta tadi Premier Abang Jo, bagi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian, KPDNK-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, untuk menyekat penyeludupan, kerana harga diesel di Sabah Sarawak itu rendah dan penyeludupan kemungkinan akan terus meningkat.
- Tapi campur subsidi minyak, Budi95 dan diesel, itu akan membebankan negara dengan kadar RM3.2 bilion satu bulan. Minyak sahaja RM2 bilion, maknanya kalau keadaan berterusan sehingga akhir tahun RM24 bilion subsidi minyak sahaja.
- Sebab itu kita kena doa ke hadrat Allah SWT, selesai cepat supaya kita tidak terbeban. Tapi untuk sekarang, keputusan kita tidak merubah dasar subsidi BUDI95, dan kita cuba juga jalan penjimatan, pengurusan kewangan yang lebih bertanggungjawab dalam bidang-bidang yang lain.
- Tapi jawapannya itulah apa yang disebut dalam kaedah bahasa Inggerisnya, domestic resilience. Pimpinan kita, penjawat awam, pihak swasta, petugas kita, guru kita, semua mesti kerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Supaya madrasah Ramadan itu seolah-olah memberikan kita peluang La’allakum tattaqun dan meningkatkan keupayaan kita. Kalau semuanya bekerja begitu, domestic resilience Ketahanan domestik dengan kerjanya rajin, produktiviti-nya baik dalam semua bidang.
- E&E (Electrical and Electronics) memang luar biasa, termasuk cadangan pengeluaran cip dari Sarawak. Dalam banyak bidang, bukan sahaja dari segi tenaga, dari segi E&E nampak, bukan sahaja Premier Abang Jo ni kejar, tapi nampak dia melangkau kejayaan mengatasi beberapa negeri lain. Saya ucap tahniah, Alhamdulillah, membanggakan kita semua.
- Tetapi domestic resilience ini dalam bidang pertanian, dalam bidang pengangkutan, dalam semua bidang dan saya yakin insya-Allah, kalau ada semangat yang sedemikian, ada ujian, tetapi boleh kita selesaikan.
- Dalam teori ekonomi klasik disebut, Gale of Creative Destruction. Ada masa di mana tak terduga, ada destruction, ada kerosakan, kemusnahan. Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, COVID, itu semua destruction dalam sistem ekonomi. Dalam kemusnahan itu, kita harus cari jalan yang lebih kreatif. Bagaimana boleh menyelesaikan. Manusia ini dengan kepintarannya, ingenuity-nya, ikhlasnya, mampu mengatasi sebahagian. Itu disebut oleh Schumpeter, A Gale of Creative Destruction. Jangan tunggu musnah, cari jalan keluar.
- Jadi, dia kata ada dorongan menggunakan permasalahan ini, mengangkat martabat dengan kerja lebih bersungguh-sungguh, dengan perpaduan, dengan kegigihan, dengan mencari kaedah-kaedah baru, sentiasa memikir instrumen, ikhtiar baru. Saya bukanlah nak guna kesempatan ini nak puji sahabat saya sebab dia bagi makan malam ni, tetapi saya terlihat dalam kepimpinan di Sarawak ini, Premier telah tiap kali saya datang ada saja idea baru. Dan ditekan begitu rupa. Diasak di kalangan pimpinan Menterinya dan penjawat awamnya dan sektor swastanya.
- Ini yang kita perlu. Pimpinan negara yang menekankan apa yang dikatakan creative destruction. Dalam keadaan musnah tidak hanya lemah, “Aduh habislah kita, minyak naik, apa nak jadi, nasib badan.” Kalau begitu sikap dia, memang nasib tak baguslah. Tetapi kalau kita lihat umpamanya apa yang Premier Abang Johari fikir, cari jalan-jalan, cari jalur baru, cari ikhtiar baru bagaimana boleh merungkai masalah ini secara kreatif. Atasi destruction yang ada secara kreatif, bangunkan semula. Mudah-mudahan Allah SWT akan memperkenankan usaha kita, amal kita dan sebagainya.
- Baik, tadi kita bincang dalam mesyuarat. Saya selalu bergurau dengan Datuk Seri Fadillah ni. Saya tahu dia Timbalan Perdana Menteri, tapi dia kuat betul dengan Sarawak ni. Jadi sebelum mesyuarat pagi tadi ni, saya di Putrajaya, dia kata, “Ini ada cadangan baj (benteng air) ini dah rosak jadi kena cari jalanlah luluskan projek tu.” Belum pun saya naik pesawat! Ha itu dia. Jadi saya setuju, dah dengar sekitar RM150 juta untuk segera baiki baj itu dan buatlah. Kemudian insya-Allah mudah-mudahan ada usaha peningkatan.
- Ada dua tiga yang lain, ada cadangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Premier Abang Jo bicara tentang pelaksanaan beberapa projek yang tersangkut di peringkat Jabatan Persekutuan. Saya akan maklum kepada TPM Datuk Seri Ahmad Zahid cari jalan. Kerana bagi kita apa dia? Bekalan air atau elektrik itu mendesak bagi rakyat kita. Jangan bagi alasan melengah-lengahkan.
- Jadi kalau ada cara jalan keluarnya dan ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara Persekutuan dan Negeri. Saya berikan jaminan insya-Allah, bagi saya beberapa minggu selepas Aidilfitri, kita akan buat keputusan supaya berikan ruang pelaksanaan lebih berkesan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak. Jadi bekalan air itu lebih terjamin dan lebih cepat. Terima kasih. Nasib baik saya di Sarawak dalam lawatan yang pendek, kalau panjang banyak lagi dia minta.
- Ada saudara mara kita daripada Maahad Tahfiz dan pondok di negeri Sarawak, dan saya bagi rancangan sekarang ini, iaitu memerhati kedudukan rakan pondok. Tapi dia belajarlah apa yang dia dalam manhaj tarbiah dia kita tak ganggu, cuma saya minta tambah. Di pondok-pondok ni jangan tersisih daripada arus perdana. Belajar bahasa. Kalau tambah Bahasa Inggeris, belajarlah Bahasa Inggeris. Belajar Sejarah. Jangan dia terpisah daripada sejarah kita. Kemudian, kita perkenalkan juga AI (Artificial Intelligence) di sekolah pondok. Jadi, melalui perancangan awal dengan MDEC untuk mendedahkan mereka. Dan oleh kerana kerjasama diberikan oleh tuan-tuan guru, saya setuju luluskan untuk sekolah pondok dan tahfiz negeri Sarawak sebanyak RM2.69 juta.
- Jadi sekali lagi terima kasih banyak. Doa supaya Ramadan ini La’allakum Tattaqun bawa pembaharuan dan peningkatan keimanan dan roh perjuangan kita. Semangat perpaduan antara agama, antara kaum, suku kaum di negeri Sarawak dan Malaysia tercinta.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
