KENYATAAN MEDIA MENGENAI TINDAKAN TEGAS TERHADAP PIHAK YANG MENYALAHGUNAKAN NAMA PEJABAT PERDANA MENTERI
15 March 2023
Skip to content
Pejabat Perdana Menteri memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan tertentu.
Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi Kerajaan.
Justeru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian.
PEJABAT PERDANA MENTERI
15 Mac 2023
