TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : SEMBAH UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA SEMPENA MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN AGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE-75
TEKS VERBATIM
SEMBAH UCAPAN
TIMBALAN PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI
HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA
SEMPENA
MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL
AGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE-75
PADA
29 SEPTEMBER 2026 | SELASA | BERSAMAAN
17 RABIULAKHIR 1448H | 29 SEPTEMBER 2026M | 10.00 PAGI
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin,
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim,
wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Ampun Tuanku,
Menjunjung kasih atas perkenan Tuanku, dan izinkan patik menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli MKI. Tapi sebelum itu, patik harus menyatakan terasa terkesan dengan titah Tuanku yang sangat mendalam. Mudah-mudahan JAKIM dapat sebarkan ini, kerana ini julung-julung kali ucapan yang penuh hikmah dan kebijaksanaan, yang mengingatkan bukan sahaja rakyat dan ahli dan juga patik sekalian.
Saudara Yang berhormat Dr. Zulkifli Hassan,
Tan Seri KSN,
Menteri Besar,
Ahli-ahli MKI yang hadir.
Izinkan patik agak keluar sikit daripada protokol biasa, kerana pidato dan titah Tuanku itu sangat mendalam dan mengesankan. Tuanku guna dua istilah yang sangat bermakna, syura dan adab. Syura itu Tuanku pandukan kepada prinsip al-Quran dengan kaitan rahmat tuhan sedia memaafkan, berunding dengan baik dan tawakal kepada Allah.
“Fa bima rahmatim minallahi linta lahum, walau kunta faddhan ghalizal-qalbi lanfaddhu min hawlika, fa’fu ‘anhum wastaghfir lahum, wa shawirhum fil-amri, fa iza ‘azamta fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul-mutawakkilin.”
(Surah Ali-Imran: 159)
Tuanku, titah Tuanku itu harus dihadam oleh rakyat, dan terutamanya umat Islam, kerana musyawarah itu bukan saja demokrasi dalam erti kata fahaman yang ditonjolkan oleh barat, tetapi fahaman yang membawa erti perundingan, kesabaran, kebijaksanaan dan kemudian runding dan akhirnya tawakal kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Kemudian Tuanku gunakan istilah adab. Adab ini kalau dalam Kementerian Pendidikan, dari dulu patik cuba tekankan tentang hadis Nabi Muhammad S.A.W., “Adadani Rabbi fa ahsana ta’dibi”.
Pendidikan itu juga adab. Rundingan, mendidik, belajar, hubungan satu sama lain, jadi bukan sahaja dalam pengertiannya yang terbatas. Dan kalau ikut teori dan ulasan Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, dia kata daripada adab itu jadi adabiyat dan kemudian tamadun, adab yang baik dan positif seperti yang dikupas dalam Titah Tuanku itu boleh membina tamadun. Jadi kalau orang Melayu Islam dengan umat Islam ini, kalau dapat faham maka, ya Patik, terima kasih Tuanku dan tentu mengesankan.
JAKIM telah berusaha peringkat awal bila menerbitkan ‘Adab al-Ikhtilaf fil Islam’ oleh Syeikh Dr. Taha Jabir al-Alwani dan perkaitannya? Satu sahaja Tuanku, patik mohon izin menyebut bahawa, di antara kelemahan kita bukan sahaja di Malaysia tapi di dunia, kalau bicara soal yang dikupas oleh Tuanku itu adalah kerana kelemahan kita dalam menggali khazanah turath atau legasi Islam itu sendiri. Kita pandukan al-Quran dan hadis tetapi kupasan oleh orang-orang muktabar itu agak tidak mendalam.
Apa yang Tuanku sebut itu, bukan sahaja al-Quran dan makna, tetapi tafsir dan ta’wil dan kupasan dari segi maksud ayat sebagai pedoman dalam hidup.
Jadi, sebab itu dalam kupasan baru-baru ini, Syeikh Profesor Dr. Ali Jum’ah, mantan Mufti Mesir, PhD al-Azhar, PhD Sorbonne, kecuali dia agak kelainan sikit, tetapi dianggap sebagai salah seorang ulama yang tersohor di dunia sekarang. Dia menekankan juga soal turath ini. Mengaji agama, tafsiran, mesti juga berpandu kepada ilmu yang lebih mendalam. Mesti rujuk kepada ulama-ulama besar mu’tabar, jangan hanya kupasan-kupasan semasa, tafsiran masing-masing.
Dan konsensus yang baru-baru ini disampaikan kepada JAKIM untuk pertimbangan kita ialah terus mengkaji Islam, memperbanyakan majlis-majlis ilmu, majlis ilmu, tetapi mesti juga mengupas turath.
Sedikit saja hal ini, mohon maaf Tuanku. Ini juga di kalangan pemikir Barat, ada juga pandangan yang agak bukan sama, tetapi teguran paling besar oleh Mortimer Adler. Mortimer Adler ini ialah editor Great Books Series. Bila dia kumpulkan 100 karya terbesar dunia Barat, Adler menyatakan kelemahan besar Barat ialah kerana memutuskan dengan legasi mereka. Semua agak pandai tafsir dan hujah pandangan-pandangan baru, tanpa merujuk kepada legasi mereka.
Apatah lagi dalam dunia Islam, patik ingat lagi parah, kerana 1,000 tahun lebih legasi umat itu, kalau terputus hanya kerana pakar-pakar baru, ia merugikan kita.
Jadi itu yang penting izin Tuanku, patik harap Tuanku terima baiklah, maknanya tidak dalam jadual, tapi oleh kerana gesaan titah Tuanku itu agak lain sedikit. Lain dari segi agak yang positif, melihat kepada kepincangan, pembenturan idea yang berlaku di kalangan umat, dan mengingatkan semua kita, baik Kerajaan, pembangkang, badan dakwah, semua sekali termasuk saya, untuk meletakkan soal syura dan adab itu dalam natijah kefahaman dan perjuangan kita.
Selain itu, JAKIM telah meneruskan kerja-kerja dan nampak tumpuan kepada masyarakat muda, belia, Orang Asli, itu harus diteruskan dengan lebih gigih, memberi kefahaman dan selain daripada itu, patik nampak tinggalkan pandangan awal patik kerana kupasan dan titah Tuanku itu terlalu mendalam. Jadi itu yang mengundang patik berikan pandangan daripada teks awal.
Mohon maaf, terima kasih Tuanku.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
