TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PEMIKIRAN YUSUF AL-QARADHAWI DAN INSTITUT PEMIKIRAN AL-QARADAWI
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
SEMINAR PEMIKIRAN YUSUF AL-QARADHAWI DAN INSTITUT PEMIKIRAN AL-QARADAWI
21 JULAI 2026 | SELASA | 3.00 PETANG
BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR,
WISMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdu lillahirabbil-‘alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSIRAJ;
Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP;
Yang Berusaha Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramli, Naib Canselor UniSIRAJ;
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Ramai di kalangan rakan-rakan yang menelaah kitab-kitab secara mendalam, dan saya tak upaya untuk mencapai dan mengupas ke tahap itu. Saya sempat meneliti beberapa karya termasuk dikirim oleh Ustaz Abu Hafiz pagi tadi tentang “Daulah Madaniah.”
- Tapi izinkan saya menghimbau sedikit pengalaman dengan mujadid, guru besar. Seolah-olah dianggap kalau tidak salah Hujjatul Asr, maknanya kalau dalam bahasa Jerman itu, “Zeitgeist”, penggerak zaman.
- Sebenarnya Qaradhawi itu untuk generasi 60-an, 70-an, 80-an hingga kini, itu sebenarnya pencetus perubahan, penggerak zaman dan membawa satu aliran pemikiran yang lebih terbuka, yang lebih memahami tuntutan zaman. Sebab itu, saya panggil dia “Hujjat”, Hujjatul Asr ataupun “Zeitgeist” of our times.
- Saya tidak mampu mengupas secara ilmiah dan saya tak mahu bersaing dengan Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri dan Profesor Dr. Muhamad Rozaimi, saya surrender awal-awal. Jadi saya berikan sedikit kelebihan saya, iaitu kenal Syeikh Qaradhawi itu agak lama, ikuti perkembangannya, dan saya sangat bernasib baik sebelum ABIM, saya dalam kerajaan pada ketika itu, dalam penjara, luar penjara, Syeikh Qaradhawi senantiasa ada.
- Beliau mula datang atas undangan kita tahun 70-an. Dan saya terkesan, sedikit sebanyak tentunya membaca kupasan dalam bahasa Inggeris pada ketika itu, tapi terkesan, tatkala kita berbincang dan saya hadir bersama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz di Universiti Malaya. Masa itu tentunya kita lebih mendalami sebelum itu al-Halal al-Haram. Itu juga satu kejutan kerana aliran pemikiran kita itu agak konservatif dan Syeikh Qaradhawi itu mengupas dan mencabar beberapa norma pemikiran jumud pada masa itu.
- Dan dalam Fiqh uz-Zakah, merupakan disertasi PhD dia, itu menjadi salah seorang yang agak authoritative dari segi zakat. Jadi perbincangan itu yang hadir dengan beberapa orang di pejabat Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz. Saya masih pemimpin mahasiswa, baru lulusan Universiti Malaya dan kita bicara zakat. Dan dia lontarkan satu pandangan yang bagi saya juga satu kejutan.
- Zakat katanya harus diambil dari golongan fakir. Tidak boleh zakat sepertimana yang diamalkan sekarang, terutama yang di bawah kategori miskin. Tidak ada berani siapa yang sambut pada kategori itu, kerana kelaziman kita itu menerima kenyataan bahawa zakat itu harus dibayar oleh semua pesawah. Tetapi ia mencetuskan satu pemikiran baru di dalam kita, dan Ungku Aziz mula terpegun sikit dengan keberanian, lontaran dan cetusan idea Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Dan di situ dia mula meminta beberapa jabatan dan profesor mengkaji tentang urusan dan pelaksanaan sistem zakat.
- Kemudian, tentunya dalam beberapa acara lain, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi itu juga hadir di Malaysia dengan perundangan. Saya mengundang beliau sebaik saya jadi Menteri Kewangan. Sebelum itu ada, tapi sebagai Menteri Kewangan, sejak saya terganggu dengan beberapa pelaksanaan sistem, yang saya rasa harus dirombak dan tidak selari, malah bercanggah dengan Islam.
- Saya minta masa itu, Suruhanjaya Sekuriti mengundang beliau. Kerana masa itu dibicarakan tentang futures market, isu-isu yang sangat kontroversial, sukar, dan saya tidak ada jawapan dan saya tidak berani memberi pengesahan, terutama dalam isu yang melibatkan hukum. Dan kita belum ada kemahiran, kepakaran bidang itu.
- Pimpinan sekuriti-sekuriti pada masa itu kerana arahan menteri dia terima, tapi saya tahu mereka musykil dan mereka ragu dengan keupayaan seorang alim yang lulusan al-Azhar untuk mengupas soal futures market. Maka adalah sesi di pejabat saya dan kemudian di Securities Commission.
- Setengah hari yang pertama, kerajaan tidak memberi pandangan. Dia hanya melontarkan beberapa persoalan untuk dijawab. Jadi saya tengok kesannya itu berbeda daripada yang kita tahu. Selalunya kita undang, semua jadi pintar, semua jadi authority. Tetapi Qaradhawi tidak. Jadi bila saya tanya mengapa? Dia jawab, “saya mesti tahu ini bidang bukan bidang saya, saya kena dengar sebelum beri keputusan.”
- Jadi sepanjang pagi dia dengar, dia ulas pada petangnya. Itu saya belajar, soal seorang alim besar, yang kita jadikan sebagai panduan dalam hujah kita, tetapi mendengar sepanjang pagi itu hujah. Satu-persatu, dia tanya entah puluhan soalan, yang dia catat dengan teliti dan dia beri beberapa jawapan, dan ada dua tiga soal yang lebih canggih, iaitu instrumen-instrumen kewangan yang agak canggih. Kemudian dia kata, “beri saya masa, saya pulang dan saya akan beri jawapan.” Demikian Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.
- Apa yang saya belajar dari pengalaman itu? Jangan kita anggap kita ini mahir, pakar dalam semua bidang dan kita harus tawaduk terima kenyataan ada bidang yang harus kita kuasai terlebih dulu.
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi tentunya, setiap kali saya ke Asia Barat, saya cuba singgah di Doha. Kerana pada masa itu dia tak banyak tempat yang dia boleh singgah dan kunjung. Tapi sebelum itu, Muslim Council of Europe dengan kerjasama kerajaan Inggeris dan Turkiye, anjur satu persidangan tentang “cabaran Islam di Eropah.” Dan pada ketika itu, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi diundang sebagai pengucap utama dan saya diminta bersama. Dan saya lihat sikap yang sama. Apakah yang dia lontarkan idea? Dia kata, “anda semua ini di Eropah, Anta tidak boleh teruskan dengan pandangan dari negara asal untuk bertindak efisien, berkesan di Eropah.”
- Jadi kata dia, tak boleh ada Bangladeshi village, Pakistani center and Egyptian office di Eropah. Kita kena jadi Muslim di Eropah yang berperanan sebati dengan masyarakat Eropah. Kekal dalam identiti Islam, sahsiah Islam ini, tetapi, masih harus bergelut dalam budaya dan sistem ini. Bagi saya satu kejutan, kerana sepanjang pengalaman kita dengan badan-badan Islam seluruh Eropah dan Amerika, kita masih terperangkap dengan pemikiran dan budaya tempatan yang asal. Tapi dia kata, “kalau itu pendekatannya, tak mungkin saudara akan diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat.” Jangan hilang identiti. Jangan hilang sahsiahnya, jangan hilang komitmen tentang Islam, tetapi harus terima kenyataan dan menguasai bahasanya. Dan dia sindir, dia tegur. Kata dia, “kadang-kadang betul kita boleh terima, sebutan kita tak akan mungkin sama dengan mereka, tapi janganlah jauh beza sangat.”
- Jadi saya lihat umpamanya, berbeza daripada pandangan dan pendirian kita selama ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu luar biasa. Apa maksudnya? Maksudnya dia mahu Islam itu diterima dan sebati di tempat tinggal baru mereka. Dia tidak mahu dianggap sebagai orang asing di situ. Dan walaupun prasangka masih ada, Islamofobia masih ada, tapi jangan kita memberikan senjata kepada mereka mengesahkan. Matlamat kita ialah menyampaikan dakwah dengan “bil hikmah wal mauizatil hasanah”.
- Jadi itu, beberapa pengalaman peribadi yang saya lihat dengan dia. Tentunya saya sebut tadi kepada mufti, beberapa malam sebelum saya ditahan, dia minta nak bercakap saya juga. Pada 1998 dia kata, “Anwar, apa yang nak runsing sangat, ambil perhatian, jaga Azizah dan anak-anak, kerana Anwar harus terima kenyataan, kadang-kadang laluan ini agak sukar, tapi kena yakin. Dia ingat baca terus menerus “La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz-zalimin” (doa Nabi Yunus A.S) baca terus, dan bina kekuatan, dan jangan fikir mudah. Aduh saya tak sampai macam itu, jadi saya tetap runsing.
- Saudara-saudara, ini selain daripada itu tentunya tentang ini. Pada tahun 80, semasa saya masih memimpin ABIM, kita terjebak dengan isu tafsiran al-hijrah yang di Mesir dan kesan daripada revolusi Islam Iran pada peringkat awal, dan isu takfir itu dah mula berkembang di beberapa kalangan di sini. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi itu terus menghantar. Masa itu buku, belum lagi buku tentang ekstremism dan fanaticism yang diterbitkan. Rencana dia adakan untuk kami pimpinan ABIM baca, di mana dia tegas sekali minta dan kita hindar daripada terjebak daripada aliran sedemikian. Pertahankan betapa sukar sekali pun tentang Wasatiyyah. Ini Wasatiyyah walaupun markas Wasatiyyah di Doha, dia telah menyampaikan pandangan itu sejak awal.
- Jadi, pada masa itu, kita tidak mahu umpamanya, tidak mudah untuk menyanggah pandangan rakan-rakan dan trend ijtijahat yang mahu membawa pandangan ekstremism ini. Dia bagi peringatan, kalau di malaysia mula terjebak dengan era sedemikian, maka akan berlaku pertembungan yang sukar dikawal, padahal fahaman Islam itu tidak sampai ke mana. Itulah sebabnya mengapa Rozaimi keluarkan kenyataan tidak mendukung aliran tafsir al-hijrah, yang kemudian disusuli dengan pemecahan, pemusnahan kuil-kuil kerling di Kuala Kubu Bahru.
- Sesudah saya dibebaskan dari penjara dan ke London pada ketika kita itu untuk mesyuarat Generations Group yang dipimpin oleh mantan naib Presiden Al Gore. Pada masa itu, sikap Amerika agak keras. Menolak Qaradhawi, melarang beliau melawat Amerika Syarikat, dan tentunya beberapa negara Eropah, kerana katanya sikapnya itu melampau fanatik dan anti-Israel. Sebelum saya ke London, saya singgah ke Doha. Satu hari dengan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Memang diketahui, jadi saya beritahu, saya percaya mukhabarat dan risikan akan beritahu, jadi saya memang beritahu Al Gore. I stopped by to visit my syeikh and to seek his views, Al Gore terkejut, but “bukankah dia itu seorang yang fanatik melampau.” Jadi saya beri buku kepada dia.
- Saya kata, “Al Gore let’s not argue now. Kalau tahu, saya kata pandangan kerana dalam keadaan aliran tahun akhir 70-an, 80-an itu ke arah fanatisme dan keras generasi muda. Itu karya Qaradhawi-lah yang dapat menenteramkan dan membawa aliran Ausatuha dan Wasatiyyah.” Jadi saya terangkan kepada dia, ini realiti daripada pengalaman peribadi saya dan rakan-rakan saya. Ini bukan soal pandangan mukhabarat dan intelligence.
- Jadi saya bagi buku itu kepada dia. Terjemahan dalam bahasa Inggeris. Terjemahan itu diterbitkan oleh Muslim Students Association of the United States of America, and Canada, atau mungkin masa itu diterbitkan oleh Mahad al-Fikhri, International Institute of Islamic Thoughts.
- Menariknya Al Gore, dia bawa buku itu, 6 bulan kemudian melalui mesyuarat Generations kali kedua itu di New York. Then dia baca dia kata, “this is not Qaradhawi that we know”. Kerana dia itu terperangkap dengan pemikiran, pandangan dan sikap prasangka yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Saya kata ini karya dia, ini yang mempengaruhi kami. Tapi dia kata kenyataan dia tentang Israel itu tegas. Saya kata Israel menjajah negara, membunuh wanita dan lelaki, memusnahkan harta benda. Jadi pandangan dia tentunya menjawab persoalan itu.
- Tapi saya nak tegaskan, pandangan penguasa Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, malah di kalangan pimpinan banyak sekali juga dalam negara Islam tentunya meleset dan tidak mewakili sosok kesederhanaan, demikian Al-Qaradhawi. Ini yang saya boleh cerita begini-begini kerana ini tak masuk dalam buku Rozaimi. Kupasan bab kitab, kalah saya.
- Saya beritahu sekali, (semasa) saya di Doha, Muhammad Al-Qaradhawi, anak dia. Itu yang saya janji dulu nak maklum kepada dia tentang penubuhan institut dan peluncuran program, tapi saya tertinggal, terlupa. Nanti saya text dia, saya minta maaf. Ini anak kepada Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Dia tahu, dia kata “Brother Anwar, ni ada masalah sikit sekarang.” Saya kata sebab apa? Sebab Syeikh Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat dia minggu lalu, dia mengecam dan menegur pimpinan Arab yang memilih untuk bersalaman dengan Presiden Israel dalam keadaan anak-anak Palestin dan Gaza dibunuh, diperkosa dan harta-benda mereka dirampas.
- Jadi dia jawab dalam khutbah itu, “Orang-orang itu sebenarnya sudah terlibat dengan memegang seolah-olah najis Israel dan harus bersihkan, samak, sebelum rakyat bersalam dengan mereka.” Dia menyinggung secara langsung Emir Qatar pada masa itu, yang baru meninggal beberapa hari yang lalu. Jadi, pada masa itu, Qatar adalah satu-satu negara yang memberi perlindungan kepada al-Qaradhawi dan dia memilih untuk menyergah begitu rupa. Beraninya al-Qaradhawi, saya pun tak berani. Nampak berani-berani pun kadang-kadang saya kena lenggok, itu yang kawan-kawan marah tu. Kalau saya berani sangat, terpelanting lama dah.
- Tetapi, sebaik saya sampai, ketemu al-Qaradhawi itu, al-Qaradhawi beritahu, “Selesai.” Sebab, dia kata, “petang dipanggil Emir ke istana”. Jadi, tentu keluarga agak runsing. Kemudian, dari jauh, Emir Qatar masa itu, ayah kepada Emir yang sekarang ini. Kata kat dia, “Syeikh” dan semua orang salam. “Tak apa, boleh salam dengan Ana sekarang sebab Ana dah pun samak.” Kemudian, baru dia terang keadaan bagaimana dia terpaksa runding untuk dia terangkanlah bagaimana dia terpaksa menjelaskan tentang keperluan memberi perlindungan kepada pimpinan Hamas yang diberi perlindungan di Doha dan sebagainya. Tapi yang nak ceritakan, tentang al-Qaradhawi begitu rupa.
- Semasa saya di penjara, pimpinan semasa itu mengutus enam orang. Menteri, ya tak perlu nama, ustaz-ustaz-lah, dari kerajaan untuk menemui Syeikh Yusuf al-Qaradhawi untuk mengesahkan bahawa Anwar itu selayaknya di penjara. Jadi, jumpa Syeikh. Mereka cubalah terangkan, tidak terlalu keras tapi ya kurang baik lah. Syeikh al-Qaradhawi kata, “Anta belajar di mana?” Semua, “Universiti Al-Azhar.” “Di Azhar pada masa Anta belajar tu tak belajar, tak diajar Quran?” “Ada.” “Tak diajar pasal hukum hakam dan syariah dan hukum qazaf dan sebagainya?” “Ada.” “Kalau gitu balik baca semula.” Ini diceritakan oleh Syeikh al-Qaradhawi sendiri kepada saya. Jadi bukan third sources.
- Jadi, saudara-saudara yang dimuliakan, yang lain itu tugas institut untuk mengupas secara lebih mendalam. Fiqh al-Daulah ini, baik, baik, istilah MADANI ini. Istilah MADANI walaupun disebut Fiqh al-Madani, Madinah oleh Syeikh Al-Qaradhawi tapi sebenarnya, bila tahun 90-an akhir, saya diminta menyampaikan pidato di Masjid Istiqlal. Satu pesta besar-besaran, pertama kali disahkan oleh Presiden Suharto untuk ada program dan festival Islam secara besar-besaran.
- Jadi, saya nak bicara tentang civil society, masyarakat sivil, tapi saya tidak senang dengan istilah masyarakat sivil. Masyarakat sivil itu masyarakat apa yang disebut dalam “Alexis de Tocqueville”, seorang pemikir dan penulis di peringkat awal Amerika Syarikat itu, dia kata “Intermediate Associations”, badan yang bukan kerajaan. Itu sahaja. Tak ada soal nilai, tak ada soal akhlak, tak ada soal matlamat yang lebih murni. Jadi, saya tidak setuju istilah masyarakat sipil.
- Saya menelefon mengenai pandangan Syeikh Taha Jabir Al-Alwani, masa itu di Kaherah. Syeikh Taha jawab… “Ada dulu Syeikh Mahmud Shaltut, tak salah saya, dia kata menggunakan istilah al-Mujtama’ al-Madani.” Jadi, dia kata safe sebab kata dia, merangkul lebih civil dan ada teras Islamnya dan teras moral, akhlak dan etikanya. Kemudian, bila Syeikh al-Qaradhawi tentunya memberikan kekuatan lebih, kena hujahnya lebih kukuh yang dikupas dalam Fiqh al-Daulah.
- Dan saya berbisik dengan Syeikh Asri, mufti tadi, memang kupasan itu, ini seolah-olah rumusan daripada ratusan karya beliau. Dengan pengalaman yang hiruk-pikuk di Asia Barat. Pengalaman beliau sendiri berhadapan dengan pelbagai tohmahan, Islamofobia bukan dari Barat, tetapi juga fahaman sekular yang melampau di negara-negara Islam sendiri. Jadi, Fiqh al-Daulah bagi saya, setakat yang saya mampu hadam sedikit, itu merupakan satu karya yang sangat relevan dengan pemikiran kita.
- Kita berdepan dengan pemikiran Islam, ada kesedaran kebangkitan Islam tetapi ketandusan ilmu, ketandusan idea dan terlalu tidak tolerant. Dan ini berbeda daripada wasatiyah, seluruh prinsip asas asal wasatiyah itu, mendengar dan menghujah tradisi ilmu, tradisi akliyah. Mana mungkin kita bangunkan negara tanpa persiapan awal. Sebab itu saya memilih untuk memberi ruang dan saya mendukung usaha ini kerana Syeikh Yusuf al-Qaradhawi itu tanpa ragu merupakan salah seorang sosok pemikir zaman yang ulung dalam dunia Islam.
- Dan saya dengar kadang-kadang khutbah-khutbah, memang menyinggung pandangan dia. Maknanya, menukil sedikit dan cebisan pandangan, tapi tidak lihat daripada kerangka fikrah keseluruhannya. Ini masalah kita. Kalau lihat kerangka fikrah seluruhnya, dia bicara bukan Theodemokrasi sepertimana disebut oleh Maududi atau Teokrasi dalam konteks katalah Mawardi yang menulis untuk Khalifah negara Islam. Dia bicara dalam Fiqh al-Daulah itu kenyataan dan realiti masyarakat semasa. Dan ini kekurangan kita, orang berhujah di satu sudut dan mengenepikan kenyataan semasa dan mana-mana negara tidak mungkin berdepan tanpa wacana yang lebih segar.
- Dan saya lihat dia sebagai yang memegang amanah sekarang, ini bagi saya satu permasalahan yang besar. Bagaimana kita boleh angkat martabat, darjat dan harakat umat, sekiranya kerangka pemikiran besar, kerangka besar itu tidak dipersetujui bersama. Apa dia kerangka besar? Ya, meningkatkan Islam, tapi dengan hikmah, dengan kebijaksanaannya, dengan tuntutan zaman yang begitu mencabar, dengan kenyataan kepelbagaian yang ada, dan saya tidak senang dengan hujah. Sementara memartabatkan Islam, kemudian menyebabkan sebahagian daripada warga kita merasa terpinggir dan terhina. Kerana saya fikir bukan itu Islam kekuatan Rahmatan lil alamin itu sendirinya memberi kekuatan Islam yang memberi keyakinan kepada semua yang lain untuk merasakan sebahagian dimulia dan dihormati Walaqad karamna bani Adam.
- Tetapi ini tidak selesai hanya dengan wacana picisan. Dia mesti dihadam dan Rozaimi serta rakan-rakan tentunya tercabar, untuk memaknai maksud pemikiran Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ini, kerana beliau ini bukan saja guru sahab, syeikh besar dunia Islam, tetapi sebenarnya pendamba pembaharuan, pemikiran yang sealiran dengan zaman. Tapi tidak hilang daripada kekuatan aqidah Islam berdasarkan al-Quranul Karim dan sunah Rasulullah SAW. Sangat bijak, bijaksana, sangat
- Dan sekali lagi saya mohon maaf, saya bukan berbicara sebagai orang yang mahir dan pakar dalam bidang ini, tapi saya ingat puluhan jam dan puluhan kali menemui beliau, tidak pernah menyinggung, menakutkan kita. Ada masalah, sentiasa beri harapan, dorong kita. Ya masalah biasa. Dia tahu dia hujatt segala macam pandangan, tetapi sentiasa beri gambaran mesti lakukan. Beri galakan, bagi semangat, bagi dorongan, tidak pernah merasa menyebabkan kita merasa lelah. Dalam apa kedudukan pun. Ini kekuatan luar biasa seorang tokoh besar. Dan beri penghormatan bagi kita ini, ya tumpuan seolah-olah kita ini seorang yang penting bagi dia. Padahal kita tahu kalau istilah biasa kita, makam dia itu tinggi betul. Dia bagi penghormatan, kemuliaan dan dorongan, bagi seolah-olah saya ini kadang-kadang terasa saya bukan alim, bukan academician. Tapi dia bila dia bicarakan kita ini, dia bincang seolah kita ini seorang yang sangat berharga. Ini kekuatannya.
- Tidak ada langsung maksud meremehkan, merendahkan, menghina orang. Tidak ada. Dan inilah menyebabkan banyak yang senang dan ramai yang tidak senang dengan dia. Ya, kita kehilangan tentunya tokoh, sosok besar, tapi kita bernasib baik sebenarnya, kerana khazanah ilmu yang ditinggalkan itu luar biasa.
- Saya bernasib baik kerana dia amanahkan tiga naskah volume seluruh karya dia itu, tiga naskah yang dijilid cara indah sekali, tiga naskah kita dia. Selain daripada keluarga dia dan di markas wasatiyyah. Satu untuk Emir Qatar, Syeikh Tamim, satu untuk Erdogan, Presiden Turkiye dan satu untuk saya, dan saya simpan di Seri Perdana. Nanti mungkin saya bagi pinjam. Keseluruhannya, karya dia entah berapa puluh volume, saya hanya mampu belek-belek sikit, macam gaya dulu kan, kitab kuning letak atas. Tapi tak ada, saya cuba belek. Jadi, 3 naskah, eh 3 korpus karya besar dia, dengan wasiat dia untuk sampaikan, kerana saya tentunya sangat terharu kerana saya merasa juga dalam banyak hal bersalah untuk tidak mendukung. Tidak berbuat sesuatu yang lebih. Yang mampu saya, tentunya memberi galakan, senang dengan ikhtiar ini, inisiatif ini yang besar maknanya dari segi pemikiran umat.
- Tidak harus tamat di sini untuk meluncurkan institut, perlu dana, maka Menteri Kewangan Malaysia luluskan RM2 juta ringgit. Syeikh-syeikh ini baik, dia tak minta apa, dia senyum je. Kalau pergi ke tempat lain tu, tak ada tempat yang saya pergi yang tak minta dana. Anwar Ridhwan pun sempat bisik sikit terhadap dana. Tapi syeikh, mufti kita, Rozaimi tapi senyum, senyum bermakna.
- Jadi, saya fikir kalau tadi saya bagi setengah juta pun dia senang sekali. Tapi saya fikir kalau nak jadikan ini betul-betul suatu yang agak serius, kita mulakan dan insya-Allah saya akan hubungi malam ini juga. Memang saya tak pergi Negeri Sembilan malam ini. Saya akan tulis kepada Dr. Muhammad Al-Qaradhawi, anaknya dan memaklumkan tentang kejayaan kita dan mungkin dengan kerjasama institut dan UniSIRAJ kita adakan satu lagi majlis yang lebih besar menghimpunkan semua kekuatan. Dan di majlis itu insya-Allah, saya akan siapkan dengan satu kertas yang lebih mendalam tentang pandangan saya sebagai seorang pengamal karya beberapa ciri pandangan Syeikh Al-Qaradhawi mengenai Fiqh ad-Dawlah. Itu saya memang memikir dan ada catatan sedikit. Beliau kirim itu semasa saya di penjara sebenarnya. Dia paksa saya. Kalau dia cakap, dia tak mahu ada terjemahan. Dia paksa saya faham. Saya faham 20%, jadi saya minta nak terjemahan juga.
- Lagi sekali lagi saya ucap terima kasih banyak kepada saudara-saudara dan Jazakumullahu khairan katsiran kepada Rozaimi dan syeikh mufti kita dan juga UniSIRAJ, kerana satu universiti besar bukan sahaja di Malaysia. Saya fikir selain daripada yang ada di Doha, Qatar, tidak ada negara lain yang mudah mengadakannya. Saya dengar kawan-kawan saya di Institut Pemikiran Islam di Amerika, mencadangkan tapi tidak mampu melaksanakan, kerana sikap dan sentimen pemerintah Amerika terhadap Syeikh Yusuf al-Qaradhawi. Tapi Malaysia, alhamdulillah dengan keadaan yang aman dan dana yang ada, kita akan memberikan segala dukungan yang perlu untuk menjayakan supaya ada pencerahan di dalam masyarakat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
