TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PELABUHAN BINTULU
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PELABUHAN BINTULU
21 JUN 2026 (AHAD) | 2.00 PETANG
BINTULU, SARAWAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah, wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’i wal mursalin, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudara saya Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dan pasukan Sarawak, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas terutamanya yang banyak membantu, Speaker, SUK, rakan-rakan Menteri Kerajaan Persekutuan, khususnya Saudara Anthony Loke Siew Fook, yang juga membantu mempercepatkan proses, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Hari ini bersejarah. Hari ini ialah satu-satu acara sejak saya dah jadi Perdana Menteri hampir tiga setengah tahun. Mana-mana pergi orang minta dana. Hari ini saya dapat dana. Dan tepat bila Premier Abang Jo tekankan, proses ni tentu mengambil masa yang panjang. Tetapi sebaik saya ambil alih jawatan ini bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah, kita kata, boleh tak kita guna naratif baru untuk build that trust, a strong bond, working relationship between the federal and the state.
- Saya tentunya nasib baik kerana TPM Fadillah membantu dan saya ada seorang sahabat yang boleh saya bicara secara terus terang, hati ke hati, sebagai Premier Sarawak. Jadi kita, di antara perkara utama bulan November, Disember saya ambil alih, di antara bulan-bulan awal, terus kita katakan, boleh tak kita senaraikan mengikut urutan keutamaan dalam menjamin hubungan baik di antara Persekutuan dan Negeri. Kita laksanakan apa yang sudah termeterai dalam pelembagaan dan juga dalam perjanjian MA63.
- Tentunya ada keresahan, ada kebimbangan, suara-suara sinis di Sarawak dan juga di Semenanjung, mengatakan kita mendapat tekanan ataupun tuntutan yang tidak munasabah dalam keadaan ekonomi belum menentu. Dan di Sarawak kata kita tidak tunaikan. Sebab itu, dalam penjelasan awal dan kemudian saya umumkan dan Premier Abang Jo umumkan bahawa Sarawak akan, dah bersedia untuk ambil alih dan kita ada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bersama Timbalan Premier Douglas Unggah terus dengan pasukan bincang kerana bukan mudah saudara-saudara, menyerah pelabuhan besar bukan mudah dan saudara-saudara tahu Pelabuhan Bintulu ni menjadi satu gateway gas asli LNG yang besar, dikenali di rantau utamanya dan juga di dunia.
- Dan tentunya Sarawak ni memang dia cekap dollars and cents, ya. Jadi runding panjang sikit. Jadi paling-paling habis, tak boleh selesai, di peringkat pegawai. Saya dengan Premier runding-runding, kita kata tak apalah. Tolong setakat ini cukup. Jadi saya ucap terima kasih, Premier, for your understanding, your trust, dan dapat kita laksanakan pada hari ini.
- Hari bersejarah betul sebab yang kita janji patuh pada perlemagaan dan semangat MA63, itu kita tunaikan. Dan yang kedua, belum pernah saya tak tahu, kalau awak boleh ingat mana-mana projek lain di mana negeri bagi wang. Ada kah? Walaupun ada kesnya tersendiri, ya. Tetapi, di tempat-tempat lain kadang-kadang ada juga rundingan, kita serah menyerah. Tapi, hari ini sebagai Menteri Kewangan, saya berasa sangat lega.
- Jadi kalau ada permintaan-permintaan tambahan yang lain itu tangguh dulu. Biar media di Sarawak, di Malaysia tahu, penyerahan RM1.8 bilion kepada Persekutuan cukup. Kalau saudara-saudara minta apa-apa sekarang, tenggelam cerita RM1.8 bilion. Jadi saya nak bantu Sarawak je. Sebab ada orang bangkitkan. Ini Sabah baru umum RM1.5 bilion. Sarawak bilang, itu kita gunding semula. Baik.
- Dan ini yang saya nak tekankan ialah kerana dalam hubungan kita, kita mesti berhubung sebagai satu pasukan. Saya tahu ada juga keresahan dalam perbincangan soal Petronas, Petros. Tapi saya berulang kali berunding dengan Premier, TPM ditugaskan untuk menyelaraskan dalam pasukan memastikan pandangan memberi ruang dan keuntungan kepada dua-dua, Persekutuan dan Sarawak, Petronas dan Petros.
- Saya akui kadang-kadang lanjutan perbincangan bagi dua syarikat gergasi. Tetapi saya suka cerita mengumumkan bahawa yang mula letakkan perimeters itu, prinsip asas itu, diputuskan bersama saya dan Premier dan saya umumkan di Parlimen Malaysia. Dan berikutnya sekarang, sekurang-kurangnya beberapa perkara pokok sudah dipersetujui dan saya harap, insyaAllah, tidak lama lagi kita boleh muktamatkan perjanjian Petronas dan Petros.
- Tapi, apa yang kita dapat pelajari bukan ugutan seperti mana setengah-setengah pihak mendakwa. Takde. Saya tidak, sepanjang saya jadi Perdana Menteri, belum pernah saya terima ugutan dari Sarawak dalam rundingan. Pandangan, ya, teguran, ya, perbincangan, kadang-kadang sikap yang tak jelas itu dalam negara demokrasi, dalam menjalin hubungan itu perkara biasa ataupun tekanan. Tidak ada.
- Yang ada ialah rundingan memberikan pandangan yang boleh mewakili kepentingan anak-anak Sarawak. Apalagi yang telah kita janjikan dalam kemuafakatan yang boleh mewujudkan negara Malaysia tercinta. Jadi saya bincang dalam hal yang sedemikian, dalam konteks sedemikian. Dan saya memilih untuk menjelaskan, mengelak daripada tohmahan, terutama bila ada pilihan raya, pilihan raya negeri ni. Saya pun tak faham kenapa pilihan raya banyak sangat.
- Tapi, saya nak elak pandangan kerana bukan sahaja hubungan negeri, tapi hubungan peribadi. Saya tak mahu terjejas sama sekali. Saya bernasib baik kerana Premier Abang Jo, sahabat lama. Dan kalau ada pandangan tu, kita dalam perbincangan itu luah secara terbuka. Senang susah mampu kita lakukan unjuran kita penangguhan dalam apa-apa. Kita bincang dalam semangat persahabatan yang boleh mengikat ukhuwah di kalangan kita.
- Jadi apa-apa pandangan yang serong itu tidak dapat kita terima dan tohmahan-tohmahan itu sebenarnya meleset kerana mereka tidak faham Sejarah. Tadi Premier Abang Jo sebut, ini terikat dengan Perlembagaan, terikat dengan sejarah, perjanjian di antara seorang Perdana Menteri dan Ketua Menteri ketika itu dan konteks berbeda. Walaupun kita tahu, ya, RM400 juta pada masa itu, berbilion sekarang, tapi itu keadaan di mana Sarawak baru bangkit. Sekarang Sarawak dalam beberapa bidang industri bukan lagi baru bangkit, sudah menjadi gergasi di rantau ini. Dan kita harus rasa senang di Sarawak, di Semenanjung, di seluruh negara, senang dan bangga dengan kemajuan dan kejayaan dan keupayaan serta potensi Sarawak membina beberapa kekuatan industri sebagai gergasi baru di rantau ini.
- Jadi saya ambil sikap yang sedemikian untuk saling bantu dan rasa bangga. Saya sebut tadi kepada Premier, saya di Jepun beberapa minggu yang lalu atas undangan Perdana Menteri Jepun. Dan dalam perbincangan itu bercakap soal energy itu saya beri fokus kepada Sarawak dan juga high tech, IT, Quantum dalam bidang-bidang, walaupun saya bukan bersama dengan mana-mana Menteri Sarawak pada masa itu. Kerana saya yakin untuk memajukan negara, mesti ada sikap yang lebih luas, sikap yang lebih matang dan dewasa untuk membangun bersama sebagai satu kelompok kekuatan baru utama kerana beberapa bidang pilihan yang kita rasa niche yang ada di Sarawak kita manfaaatkan.
- Semalam saya di Pulau Pinang. Balik dari Turkmenistan, terus turun Pulau Pinang, sampai 3.30 pagi. Sebagai seorang muda, saya biasa dengan hal-hal sedemikian. Dan merasmikan satu syarikat high-tech, semi-conductor front-end, wafer-fab dan juga chip yang besar dengan pelaburan yang besar di Pulau Pinang.
- Semalam di Seremban. Hari ini, di Sarawak. Dan apa lagi dengan Sambutan Gawai malam ini yang kita sambut bersama. Dan saya syukur kerana saya satu-satunya Perdana Menteri yang tidak pernah tinggal Kaamatan dan Gawai tiap tahun. Dan saya telah pastikan supaya menjadikan acara tetap Perdana Menteri tiap tahun. Nasib baik saudara Douglas juga jemput, kalau tidak saya tak boleh datang.
- Baik, jadi ini yang soal pelabuhan. Tentunya soal penghargaan kepada pengurusannya, pekerjanya yang bertungkus puluhan tahun di pantai dan tengah laut dan menjadikannya satu hub energy yang sangat terkenal. Tadi Premier sebut di China memang, di Bintulu dan pelabuhannya dan LNG-nya itu terkenal. Dan saya harap kerjasama yang terjalin selama ini, Negeri dan Persekutuan, dan sekarang dengan penglibatan lebih aktif Petros dan Petronas, jalan. Kerana kita mesti bina kekuatan kelompok yang berfikiran lebih matang dan dewasa yang merentas semua kepentingan tapi memikirkan masa depan anak-anak bangsa.
- Saudara-saudari saya juga nak ambil kesempatan pada hari ini untuk mengumumkan hal minyak juga. Saya balik dari Rusia, bertemu ASEAN dengan pemimpin-pemimpin negara ASEAN, dengan Presiden Vladimir Putin. Menariknya, kita jumpa Presiden Trump, Xi Jinping, Narendra Modi dan semua. Tetapi pada masa kini sentimen Eropah dan Amerika terhadap Rusia itu sangat negatif.
- Tapi Malaysia tidak. Malaysia ambil pendekatan centrality bersama ASEAN. Maknanya harus berhubungan dengan semua negara untuk menjaga kepentingan kita. Kita tidak terikat dengan pandangan dan dasar luar negara lain.
- Sebab itu kita di antara negara yang sekuat menyokong ASEAN mesti teruskan pertemuan ASEAN-Rusia. Walaupun tidak disenangi disebabkan sesetengah-sesetengah negara, kita disambut baik oleh Presiden Putin. Kemudian selepas sidang ASEAN, kita ada Perundingan Dua Hala di antara Malaysia dan Putin dan kemudian Pertemuan Empat Mata saya dengan Presiden Putin. Apa faedah? Jaminan jangka panjang, keperluan kita dalam isu tenaga ini dan kerana keperluan kita ini bukan keperluan domestik sahaja keperluan kita kerana ada perjanjian jangka panjang dengan beberapa negara Asia, Afrika, Latin Amerika. Menjual tenaga dari Malaysia.
- Presiden Putin dalam pertemuan dengan saya memberi jaminan akan mewujudkan a long term arrangement and agreement to ensure continuous supply of energy to Malaysia, Alhamdulillah, ini luar biasa dan kita dapat jaminan segera dari situ saya ke Turkmenistan.
- Turkmenistan ada hubungan dengan PETRONAS sudah 30 tahun tapi tentunya skala kecil bila Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow jumpa saya pada bulan November 2024, saya gesa dia, saya kata kena bagi ruang we are talking about Global South we are talking about giving confidence, competence to our own force and capabilities. So, you please do consider. Kalau tidak selamanya semua syarikat-syarikat Eropah, syarikat Amerika seperti mana pengalaman kita di Sarawak kita banyak bergantung pada masa itu hampir keseluruhannya SHELL.
- Ya, tentu kita belajar dan bermanfaat tapi kita ada keupayaan dan membina Petronas dan Petros. Jadi kita harus berpikir dan maju ke depan, dia janji pada masa itu, tahun 2024, dia kata dia nanti seriously consider. Kerana dia anggap kita ini brother in the nation, dah jadi sahabat jadi minta ada pertemuan dan saya hari pertama bincang pagi itu dia setuju, ok dia kata buat agreement bagi 2 blok besar 9 and 10 to Tapi saya kata ada 1 blok yang sangat kriktikal dekat Caspian yang juga kita kenal pasti sebagai sesuatu yang boleh memberi keuntungan besar kepada kita.
- Dia tidak bagi komitmen pagi, pada sebelah petangnya ada pertemuan saya dan Presiden Serdar dengan 500 orang pengusaha minyak dan lain-lain, dia senang dengan kita sebab kita buat transfer technology kita latih anak-anak dia yang pintar ke universiti petroleum, kita berikan scholarship untuk dia belajar post graduate. Selain daripada transfer technology, kita bangunkan beberapa ekosistem dia dan supply chain, bina kekuatan lokal.
- This we didn’t have. So saya beritahu kat Petronas, it’s very important that our way of doing things must change to show our appreciation to state and local communities. Train them, give them the necessary exposure give them an opportunity in terms of transfer technology.
- Kita lakukan itu di Turkmenistan, dan presiden dia kenal pasti. Pagi itu perbincangan, sebelum solat Jumaat, dia tekankan begitu dia kata dia ulang kali tunjuk appreciation. Jadi bila jam 3 petang, 3.30 petang bila dia bagi ucapan, semua permintaan kita, 2 blok plus yang baru itu dia luluskan. Dengan maknanya sekarang, kita mempunyai keupayaan menguasai di antara telaga gas dan potensi yang di antara terbesar di dunia yang dikuasai oleh Malaysia, Alhamdulillah.
- Jadi sebab itu saya kata hubungan antarabangsa itu baik rakan-rakan di Sarawak, dipimpin oleh Premier Abang Jo, tiap kali ada kesempatan, teruskan dengan usaha. Kadang-kadang kita tidak dapat kali ini, tahun ini saya bicara dengan dia tahun 2024, 2026 dia luluskan. Tapi mesti konsisten hubungan baik menghormati, memuliakan perbezaan baik negeri, kaum atau agama. Kerana ini yang memperkukuh dan memperkuatkan kita.
- Jadi sebenarnya apa yang kita umumkan dua yang lalu itu adalah, itu di antara, semalam sebenarnya, itu di antara pengumuman paling penting dari segi industri gas, minyak dan tenaga dalam sejarah kita dan hari ini dan semalam umpamanya menjadi berita hangat dalam industri tenaga seluruh dunia. Bahawa Malaysia telah dipilih, padahal saingan kita termasuk syarikat-syarikat gregasi raksasa besar dari Amerika, dari Eropah dan dari China sendiri, ini Alhamdulillah berkat kestabilan politik kita clarity policy dan ini saya sebut tadi dalam perjalanan dengan Premier Abang Jo.
- Kestabilan politik itu jangan kita remehkan itu pra-syarat dia kemudian clarity kita tahu bincang ke Sarawak kita tahu apa dasar pelabur datang dia tahu ini nombor 1,2,3,4 ini dia nak. Kemudian kalangan penjawat awam pastikan super-efficient dan pantas dalam memberikan kelulusan supaya orang boleh bandingkan senang dengan tahap kepantasan kelulusan kita dan ini kalau dilakukan sepertimana berlaku di Sarawak sekarang saya yakin potensinya jauh lebih baik dari yang kita bayangkan.
- Bersangkut dengan minyak juga saya umumkan hari ini tentang penyasaran subsidi diesel jangan bimbang takda naik. Harga RON95 itu ini diantara paling rendah di dunia, itu pun dia hantam betul-betul PM ni mana dia harga minyak ni. Selain dari Brunei Darussalam banding dengan satu dunia Arab Saudi naik semua UAE semua naik harga minyak tapi kita kekal RON95 RM1.99 Alhamdulillah.
- Baik, kemudian kita kekal dan kita laksanakan guna Mykad. Bila kita guna Mykad, kita halang orang asing atau penyeludupan walaupun ada sikit-sikit tapi dia harus, penguatkuasaan harus lebih ketat dari menyalahguna.
- Jadi kita dapat elak ketirisan. Bermakna sekitar kita lakukan itu, kita belum tahu tentang perang Iran, Israel, Amerika kita belum tahu tentang penutupan sekatan Selat Hormuz tapi syukur Alhamdulillah berkat doa ramai orang kita dapat laksanakan dan bila jadi kejutan konflik geopolitik yang paling dahsyat akhir-akhir ini kita dapat kawal.
- Baik, hari ini saya terpaksa umumkan soal penyasaran subsidi diesel dia nampak semua muram. Tapi, bukan naikkan, turunkan harga diesel, itu kena tahu. Ini walaupun keadaan belum menentu. Saudara tahu di Selat Hormuz, President Trump hari ini selesai, esok kita belum, lusa dia kata dah runding, tamat nak sign, dia kata mungkin ada hal lagi, jadi kita tak tahu. Tapi setakat ini, Perdana Menteri Pakistan yang banyak menyelenggarakan rundingan itu, maklum kepada saya secara langsung, dia kata this time dia yakin akan dimeterai dan dapat diredakan.
- Jadi mungkin ini akan membantu kita dari sudut harga diesel. Baik, sama seperti penyasaran BUDI95, kita nak pastikan supaya kita guna juga Mykad ini tujuannya mengelak daripada ketirisan.
- Ketirisan ini berbilion ringgit jadi dalam hal ini, kita memang bincang dengan rakan-rakan Sabah Sarawak kerana diesel dah pun, penyasaran subsidi itu dah pun jalankan di Semenanjung kita lambatkan kerana di Sabah dan Sarawak penggunaan diesel itu lebih tinggi ketimbang jumlah penduduk. Sebab itu saya kadang-kadang kesal juga Ahli-ahli Parlimen di Semenanjung nasib baik pembangkang yang mengecam kita kerana dia kata kita ini ada double standard, inconsistent policy padahal kita nak laksanakan, kita tengok reality on the ground memang satu nation, tetapi penggunaan itu berbeza.
- Jadi kalau kita ada keprihatinan, perhati, perhalusi supaya pelaksanaan itu tidak membebankan rakyat. Jadi sebab itu kita pastikan pertamanya diesel harganya diturunkan yang harga diesel daripada RM2.15 sen seliter kepada RM2.10 sen seliter kemudian hal ini untuk semua dan tentunya manfaatnya lebih Bagi rakyat Sabah dan Sarawak dan ini bermula Julai, seminggu dua lagi. Tapi dah, saya ingat TPM dah tengok saudara Mustafa, Armizan, mereka dah teliti juga. Jadi, maknanya kalau kita guna Mykad, harga sama Semenanjung dan Sabah Sarawak iaitu RM2.10 sen seliter untuk rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan diesel.
- Kalau ditanya mengapa Mykad, kerana ketirisan dan penyeludupan itu terlalu tinggi di sempadan dari Kelantan ke Thailand ataupun di Kedah, Perlis ke Thailand dan sempadan Sabah, Sarawak. Jadi kita boleh elak dan kita terima kasih kerana kita dah maklum kepada pimpinan Sarawak dan Sabah dan mereka sambut baik sabar dan terima baik dan syukur, jangan marah-marah.
- Jadi terima kasihlah pengumuman ini. Saya pun heran mereka tidak tepuk kuat pasal turun harga. Jadi, hari ini kita ada Alhamdulillah berita baik, kita janji serah, kita serah, sudah serah kali pertama saya sebagai Perdana Menteri dapat dana daripada negeri.
- Ini juga jangan pandang ringan, ini menunjukkan prestasi keupayaan pengurusan pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak, jadi saya turut bangga. Dan ketiganya berita baik tentang penurunan harga diesel dan esok insyaallah saudara Amir Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan II akan memberikan penjelasan kepada media di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung dan secara terperinci pelaksanaan untuk mengelakkan apa-apa kekeliruan. Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
