TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

29 May 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

 

29 MEI 2026 (JUMAAT) | 10:30 PAGI

PUSAT DAGANGAN DUNIA (WTC), KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera.

 

Al-hamdu lillahi rabbil ‘alamin 

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa ‘ala aalihi wa sahbihi ajma’een.

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Yang Berusaha Encik Mohd Khair bin Ngadiron,

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, yang juga mewakili industri buku dan rakan-rakan yang membantu menyelenggarakan;

 

Timbalan Menteri dan Ketua Setiuasaha Kementerian dan rakan-rakan;

 

KPP;

 

Our Honoured Guest this year is Kingdom of Saudi Arabia, our very great, close ties that we had, thank you very much,

 

His Excellency Dr. Abdul Latif Alwasel,

CEO of the Literature, Publishing and Translation Commission under the Saudi Ministry of Culture;

Conveys my respect and regards to the leadership and the community for your support.

 

Saudara-saudari yang saya muliakan,

  1. Kita hargai juga kehadiran tokoh-tokoh Sastera dan Sasterawan Negara. Saya harus mulakan selain daripada ucapan Jazzakallah khairan katsiran, terima kasih dan penghargaan ialah untuk memanfaatkan sepenuhnya. Lihat bahawa kekuatan dan tamadun itu terangkat dengan ilmu dan ilmu itu selain daripada menimba melalui pengajaran, tetapi kuat melalui pembacaan. Oleh itu, manfaatkan.

 

  1. Ini kita kumpulkan dan himpunkan, terima kasih saudara Khair. Himpunkan sarjana, sasterawan negara, ilmuan, penulis, pengarang, pimpinan dalam pelbagai bidang, manfaatkan untuk merenung, kemudian menghirup apa yang kita perolehi, dan kemudian cuba menghadam dengan pembacaan. Kalau tidak, ia hanya jadi satu acara pesta. Malaysia ini tidak kurang dengan acara pesta-pestaan, tetapi berbeda dengan acara pesta buku ini, ia pesta yang menekan kepentingan menimba ilmu.

 

  1. Selalu saya ungkapkan di sini apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali bin Abu Talib R.A., ia sehingga capai maksud kecintaan kepada ilmu. Maksud Love for scholarship, Lazzatul ma’rifah. Kerana bila ditanya kepada Saidina Ali bagaimana menghirup ilmu itu: untuk peperiksaan, untuk tunjuk kepandaian, untuk jadikan kita sarjana dan ulama? Jawabnya tidak. Kerana terpancar dari hati nuraninya keinginan untuk menguasai ilmu, mengecapi nikmat berilmu, itu yang dikata ‘yang lazat’, lazzatul ma’rifah kena tahap ma’rifah itu tahap ilmu yang tinggi.

 

  1. Ini juga satu cabaran kepada kita. Kita bercambah dengan maklumat. Setiap hari sampai melalui pelbagai, media sosial tentang maklumat. Tetapi bukan semua maklumat itu ilmu. Itu kena ingat. Ibu bapa, guru harus menekankan dari awal kepada anak-anak. Pertama, harus membaca. Tapi membaca ilmu yang memberi manfaat, sama ada bidang agama, falsafah, pendidikan, sains, teknologi, artificial intelligence, yang memanfaatkan. Kerana ilmu itu juga boleh merosakkan jiwa, dan pilihan buku dari awal itu sangat bermanfaat, sangat diutamakan.

 

  1. Begitu juga umpamanya bila kita bicara soal buku. Mendidik manusia ini korpus ilmu itu harus meluas. Sebab itu kita selalu tekankan, walaupun kita belajar, anak-anak belajar dalam bidang teknologi, kejuruteraan, sains, sastera, budaya, tetapi penguasaan ilmu itu harus pelbagai. Sebab itu hari ini, bila Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi tekankan soal digital, penguasaan ilmu dalam bidang digital, transformasi digital, ataupun artificial intelligence, kita tak boleh tinggal bidang budaya, sastera, memupuk nilai.

 

  1. Apa yang dibedakan AI, digital, new technology Malaysia dengan negara-negara lain? Semua negara mengejar kemajuan. Semua negara bicara soal digital, soal AI.
    Apa yang disebut teknologi baru – new technology, tetapi ada hal yang harus memprihatinkan kita. Kita tidak mahu jadi manusia yang semata-mata pintar dalam bidang pengkhususan tertentu. Kita mahu manusia itu, pertamanya angkat jadi manusia keindahan, nilai manusiawinya. Kerana bila Allah mengangkat, ‘walaqad karramna bani Adam’, angkat darjat manusia, kemanusiaan itu menandakan itu nilai manusiawi.

 

  1. Kadang-kadang diruntuhkan bicara soal politik, soal ekonomi, soal sosial, soal masyarakat, tetapi soal nilai, budaya diruntuhkan. Bicara soal kemajuan dan sains, negara moden, belajar di pelbagai universiti terkemuka, tetapi tidak memuliakan hakikat insan. ‘Laqad khalaqnal-insāna fī aḥsani taqwīm’, itu bila dijadikan manusia sebaik-baik kejadian, justeru kerana nilai kemanusiaannya. It is a matter of values and ethics yang perlu diberikan penekanan dan bila bicara soal nilai, inilah sebabnya mengapa saya katakan keperluan kita melihat semua tokoh-tokoh buku ini dan bicara di Dewan Bahasa dan Pustaka, di toko-toko buku lainnya, melihat seluruh korpus yang lebih luas.

 

  1. Sebab itu, ada yang salah tafsir, dia kata kita menekankan satu aspek, tidak. Dari segi, dasar negara, Digitalization, transisi tenaga, semikondukor, kerana ini industri baru yang telah melonjakkan Malaysia. In this region, as you can see, the focus on semiconductor and AI has put us among the most successful, adventurous countries that have been able to attract interest and investments from all over the world.

 

  1. Namun, saya masih ingin mengingatkan mereka bahawa AI, digital, teknologi baru, semikonduktor, merupakan industri yang kritikal untuk kejayaan, pertahanan dan perkembangan

 

  1. Having said that, I continue to remind them AI or digital, new technology, semiconductor these are industries as critical for our success, survival and development, but we still should never lose sight of the values, ethics and principles of humanity. Particularly in this diverse, multi-racial, multi-religious country. Jadi inilah sebabnya kita menekankan keperluan untuk memberi ruang yang luas.

 

  1. Tentunya saya perlu menekankan di sini tentang kehadiran rakan-rakan, tokoh-tokoh besar sastera, sasterawan negara. Saudara, untuk mencapai darjat sasterawan negara itu, itu kemuncak penghasilan kepintaran, wawasan dan juga pencernaan idea yang dimuntahkan dalam bentuk tulisan yang indah. Rugi kita kalau kita tak manfaatkan kehadiran mereka dan membaca karya-karya mereka. Jadi, saya menyatakan penghargaan kepada saudara Khair, kerana dapat mengundang mereka dan saya mohon guru-guru beri penekanan dalam bidang ini.

 

  1. Kalau kita lihat, contohnya, buku-buku itu dibaca dan saya bangga kerana Alhamdulillah, ada minat penyertaan begitu besar, begitu ramai, tetapi kita harus juga dorong anak-anak kerana buku yang dikeluarkan itu ada yang ada nilai, ada yang bermutu, ada yang picisan. Dan kita tidak boleh berlumba untuk jadi negara maju, bertamadun, Negara Madani, tetapi pembacaan itu hambar dan picisan. Penulisannya sangat tidak menekankan soal mutu dan nilai. Mutu dari segi quality production dan juga penulisan, nilai kerana apa yang dihemburkan dalam buku dan karya itu harus juga memautkan, mengikat kita dalam soal nilai, keyakinan agama, dan nilai.

 

  1. Jadi saudara-saudara, sebab itu kita ikhtiarlah kempen untuk dapatkan kerjasama lagi. Fadlina pun, “kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh”, saya tentunya ingin saudara-saudara faham. Malaysia tahun lalu suku tahun pertama tahun ini mencatat kemajuan yang membanggakan, Alhamdulillah, di antara terbaik di ASEAN dan Asia.

 

  1. Despite the Gulf War the unresolved conflict as a result of the initial attack by the Zionist Israeli regime with the assistance of United States of America and that has affected security, welfare of the region. We have expressed our support to the Gulf states and to Islamic Republic of Iran. We have consistently supported all measures towards peace and security in the region. Tetapi, yang saya nak sebutkan di sini dampak daripada serangan itu menyebabkan masalah ekonomi kita juga terjejas.

 

  1. Jadi jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan bila saya nak buat keputusan umpamanya, baru, memang kita minta kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, rayulah bagaimanapun, mesti ada pengurangan belanjawan. Kerana mustahil dalam 20 bilion itu tak boleh dijimatkan, banyak bidang-bidang boleh dijimatkan.

 

  1. Tetapi soal penumpuan tentang mutu pendidikan, kemudahan asas pendidikan, baik di sekolah atau universiti, itu insya-Allah kita akan teruskan tanpa gangguan. Disinilah kita minta umpamanya menteri, timbalan menteri, KSU, KPP cuba faham juga isu ini. Dia tidak boleh fikirannya silo, Ini kementerian saya, ini fokus saya. Semua penting. Semua fokus penting. Perpaduan penting. Budaya dan sukan penting. Sains teknologi penting. Tetapi dalam semua kementerian itu, harus ada kebijaksanaan dan kefahaman tentang ekonomi makro.

 

  1. Ekonomi makro ini maknanya tidak lihat hanya dari segi satu sudut. Lihat dari keseluruhannya. Semua terkesan. Kalau ada keperluan, semua memerlukan peruntukan tambahan, tetapi, dalam keadaan sekarang, semua harus waras dan bijak. Tahu masalah, perbaiki, ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan-kelemahan ini, perbaiki, kurangkan kos yang mana perlu dan dalam pada masa yang sama menetapkan keutamaannya. Ini yang disebut selalu dia dalam kajian kita, dalam fiqah pun disebut fiqh aulawiyat – ada keutamaannya.

 

  1. Ini kesempatan kita, gunakan kebijaksanaan memilih ikut urutan keutamaan. Tetapi saya beri jaminan dalam soal-soal. Umpamanya dalam pengembangan buku, kita nak Malaysia ini jadi Negara Madani. Tetapi, anak-anak tidak digalakkan membaca. Wah, parah begitu. Jadi, kalau nak jadikan negara ini negara bertamadun, ilmunya, luas bidang pengetahuannya, mesti diberikan galakkan membaca.

 

  1. Jadi, dalam soal program Baucer Buku Madani ini, saya tak ada pilihan. Saya beritahu Kementerian Kewangan, sukar perit, soal buku dan pendidikan, harus tetap diberikan keutamaan. Maka, semua pelajar sekolah bawah Kementerian Pendidikan dan mahasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi di seluruh negara akan tetap menerima 100 ringgit satu orang. Saya tekankan keupayaan kita hanya sekolah menengah, di bawah Kementerian Pendidikan dan IPT universiti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

  1. You know, I just announced what I have done under this government. Despite the problems that we have to encounter the economic issues, which Alhamdulillah, we are able to manage, we have enough crude oil supply and diesel. We have excellent relations with the Kingdom Saudi Arabia. I just received last week a personal text from Your Highness, Crown Prince Mohammed bin Salman, assuring this continued excellent relations between two countries and that has given us a lot of confidence to continue and focus on the development of this country.

 

  1. Notwithstanding, we still have to deal with real issues because the spiralling prices, but I’ve assured Malaysians we’ll have to deal with it wisely, but the focus on education cannot be compromised. So, the hundred ringgit that we gave since last few years, but transferred directly. You buy book, you get the discount.

 

  1. Jadi saudara-saudara, saya rumuskan dan mengatakan pesta buku ini satu kewajaran untuk mempamerkan dan mendedah kepada kita tentang gedung ilmu yang begitu meluas sekali. Tapi, tujuannya menggalakkan anak-anak membaca. Jadi, kalau ibu bapa yang iring anak-anak ke sini, pastikan manfaatkan baucer buku itu dan pantau supaya anak-anak bukan sahaja beli, simpan dalam almari, beli dan mula membaca. Tradisi membaca itu sepertimana kita dilatih untuk membaca al-Quran, kalau tidak pun satu lembaran, satu hari, begitu juga buku. Kita harus wajibkan kepada anak-anak untuk membaca.

 

  1. Budaya membaca ini menjadi masalah dalam dunia moden. Paling ramai orang sekarang telah hilang minat membaca, kerana dia membaca hanya dengan media sosial. Menjawab permasalahan yang kompleks dalam 20 perkataan, mencerca orang menolak dasar negara hanya dengan 40 perkataan. Ini bahaya ataupun merugikan. Ini bukan pendidikan, ini bukan tradisi ilmu. Sebab itu, saya gesa ibu bapa Pantau anak-anak beli dan pastikan pantau supaya mulai malam ini dan berikutnya membaca.

 

  1. Setiap hari Jumaat, saya ke masjid jumpa anak-anak. Yang paling rusing, Fadlina. Dan setiap kali saya tanya, tandas sekolah bagaimana? Kemudian cikgu ada tak sekolah. Kemudian malam ini baca buku tidak? Dan anak-anak ini anak-anak. Indah. Punyai potensi sangat baik. Bila saya katakan, boleh janji tak dengan atuk? Apa? Malam ini, baca buku. Boleh. Berapa lama? Selalu saya anggap kalau dia kata, setengah jam pun saya dah gembira. Selalunya dia kata satu jam. Janji? Janji kata dia.Begitu anak-anak. Tapi, saya setakat itu. Kalau ibu bapa di rumah kemudian, memantau, menggalakkan anak-anak. Tadi kan dah janji, satu jam, satu malam membaca. Bayangkan, dalam 10 tahun, kita ada generasi baru yang minat membaca itu, meluas sekali.

 

  1. Itulah bagi saya, keistimewaan dalam Negara Madani ini. Bukan hanya yang permai-permai, yang di luaran. Jadi, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita. Sekali lagi saya ucap terima kasih, penghargaan atas inisiatif yang berterusan, yang dikendali dengan begitu baik sekali dan sambutan yang sangat baik.

 

  1. Jadi, terima kasih kepada ibu bapa, pengunjung, anak-anak yang turut hadir. Terima kasih. Mudah-mudahan kita akan lihat prestasi buku lebih baik. May I thank our colleague Dr. Abdul Latif and his delegation, the Ambassador, and the Embassy of the Kingdom of Saudi Arabia, because this year, they are the guests of honour for this book exhibition. And it is of course, fortunate because we have them as a great friend to Malaysia and we have enormous potential to proceed and work together. Insya-Allah.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Share: