TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
9 APRIL 2026 (KHAMIS) | 8.30 PAGI
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN,
PUTRAJAYA
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillāhi rabbil ‘ālamīn,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolil Kareem,
wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi ajma‘īn.
Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah,
Timbalan Menteri Pengangkutan;
Yang Berbahagia Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan,
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; dan
Rakan-rakan yang hadir dan warga Kementerian Pengangkutan dan rakan-rakan yang turut menyaksikan.
- Alhamdulillah, saya beritahu kepada saudara Loke rupanya kali pertama saya ke Kementerian Pengangkutan, kerana KSU tak undang saya sebelum ini (nada berseloroh). Majlis Hari Raya tahun ini tak ada, tahun lalu, dua tahun yang lalu pun saya tak dijemput. Ah dan saya dijemput tapi saya tak dapat hadir. Jadi, pastikan sekarang kopi, kuih adalah ya. Sebab saya rasa Kementerian Pengangkutan ni dia tumpu kepada pengangkutannya. Makan minum dia kurang beri perhatian.
- Saya ucap terima kasihlah penghargaan kerana sudah tahu Menteri Saudara itu adalah sahabat lama saya yang pasang surut dalam liku-liku perjuangan yang menggetirkan. Jadi, saya tentunya mengikuti perkembangan di kementerian ini dari dekat.
- Pertama, kerana Menteri memang beri liputan hampir setiap minggu ke Jemaah Menteri permasalahannya, hala tuju barunya dan beberapa pendekatan yang harus melibatkan beberapa perubahan. Yang saya nak tekankan ini ialah sementara perkhidmatan awam umumnya selalu ditegaskan oleh KSN, sebagai suatu tonggak dalam menjamin pentadbiran yang cekap dan bersih, Kementerian Pengangkutan ini punyai kekuatannya sendiri sampai seluruh rakyat terlibat dalam kegiatan kementerian ini.
- Setiap hari, setiap malam, tanpa kecuali. Kita gunakan jalan, kita gunakan kenderaan, kita gunakan pengangkutan. Setiap krisis juga menyentuh pengangkutan. Kita bicara soal minyak, kaitan dengan pengangkutan. Kita punya kos pertanian, ia masalah pengangkutan. Jadi oleh itu, rakan-rakan, keluarga Kementerian ini harus lihat sebagai tugas dan amanah yang besar.
- Kecekapan kita, perubahan yang kita lakukan, akan bukan sahaja memastikan peningkatan mutu khidmat tetapi juga kelangsungan hidup dan beberapa kebijakan ekonomi yang dijalankan oleh Kementerian akan mampu meningkatkan mutu dan prestasi ekonomi negara kita.
- Kita kaitkan dengan perkembangan terkini, soal akibat dari serangan Israel dan Amerika ke atas Iran dan tindak balas, dan sekarang sudah melepasi satu bulan. Ada beberapa kenyataan yang melunakkan yang menyebabkan harga minyak turun sedikit, belum ada kepastian. Kita Malaysia bernasib baik kerana hubungan antarabangsa kita sangat akrab dengan semua negara, jadi kita dihubungi, sama ada saya, Dato’ Menteri Luar dan rakan-rakan Jemaah Menteri lain yang membantu supaya kefahaman kita lebih baik.
- Tapi isunya bukan yang sepertimana yang dibincangkan umpamanya Selat Hormuz. Ada beberapa komentar, orang politik ini, dia cepat. Tapi apa yang dia sebut half-truth turn absolute. Maknanya, fahaman itu sedikit kemudian dia nak mutlakkan pandangan itu sebagai suatu yang pasti. Sebab itu kalau dalam al-Quran, dia mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah tentang Wala talbisul haqqa bilbaatili wa taktumul haqqa wa antum ta’lamoon. Dia, jangan kita samarkan, kelirukan di antara hak dan yang batil. Padahal kita tahu apa kebenarannya. Kita ada ruang untuk mencari faktanya kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui.
- Saya beri contoh umpamanya. Kita ada hak menegur, memberi pandangan balas. Tapi kita tidak berhak menghukum berdasarkan fakta yang salah atas dasar kepalsuan. Umpamanya, Selat Hormuz itu 20 peratus daripada seluruh perbekalan laluan minyak, gas dan beberapa keperluan asas yang lain. Ada lagi, umpamanya, Bab al-Mandeb. Ada lagi, Terusan Suez. Tetapi bukan soal laluan sahaja.
- Kalau soal laluan, Alhamdulillah hubungan baik kita dengan Iran menyebabkan kapal Petronas telah melepasi dan dalam beberapa hari ini akan sampai ke Pengerang, insya-Allah. Tetapi, dia tidak berakhir di situ. Kos minyak yang lama, yang dah dinaik, yang diambil sebelum perang, tersangkut di Hormuz, dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat. Kerana kos insurans itu sudah melepasi 100%. Kos pengangkutan sendiri, freight charges, juga bertambah. Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah untuk diproses di Pengerang, itu sudah meningkat kosnya.
- Sebab itu saya katakana, rakan-rakan terutama penjawat awam umumnya, itu harus mengikuti supaya turun menjelaskan. Bukan soal mempertahankan Perdana Menteri atau Menteri Loke ataupun Kerajaan menyatakannya hak. Dan kalau ada pandangan balas mengatakan bahawa ada beberapa hal yang tidak disenangi ataupun harus diusulkan.
- Saya telah sarankan sejak awal bahawa perjumpaan-perjumpaan dan mesyuarat-mesyuarat jabatan baik oleh Ketua Jabatan atau KSU harus dimanfaatkan untuk memberikan pandangan, bukan di satu pengarahan monolog oleh KSU atau KP tetapi untuk memberi ruang pandangan dari bawah. Jadi itu saya tidak pertikai kalau ada pandangan-pandangan untuk memperbaiki tetapi tidak boleh hukuman macam-macam ini ada ulasan, ada yang digelar sebagai ulamak dan sebagainya dan berikan pandangan begitu. Ada ulamak yang terkenal yang ada banyak pengikutnya yang beri pandangan umpamanya dengan mengatakan oh tak betul minyak tak naik, di Malaysia sahaja naik.
- Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara tapi diselubungi oleh fahaman agama dan Al-Quran menyebabkan orang agak percaya tapi dia tidak membantu malah mengelirukan. Saudara, kita pegang amanah ini dan sudah saya sebut dari awal hubungan saya dengan Anthony Loke kerana kita dalam liku-liku perjuangan yang getir. Bukan mudah untuk sampai ke sini dan pengajaran. Saya anggap ini ujian dari Allah SWT untuk mendewasan kita, untuk menginsafkan kita, untuk tidak mengulangi kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang lalu.
- Sebab itu kita gunakan slogan Reformasi berdasarkan prinsip Al-Quran In urīdu illā al-iṣlāḥa mā istata‘tu. Doa Nabi Allah Syuib A.S iaitu berilah aku kekuatan untuk melakukan perubahan sedaya upaya aku. Bukan menyelesaikan semua masalah, tak mungkin kita dapat menyelesaikan dalam masa singkat semua tapi kita sedaya upaya menghentikan.
- Apa dia kebobrokan yang kita anggap pernah berlaku? Merasuah yang menular dan atas kecekapan badan penguatkuasaan sekarang dalam dua setengah tahun yang lalu, Alhamdulillah kita dapat mengumpulkan RM15.5 bilion yang dulunya tiris, hilang. Jadi, bukan kerja saya itu KSN, ini kerja penjawat awam yang ditugaskan khas. Kalau ditanya mengapa dulu tak kutip begitu banyak, tak apalah itu liputan sejarah masing-masing boleh buat analisa. Tetapi ketirisan itu dapat dipulangkan, ini bererti reform. Apakah kita pulangkan semua? Belum, maknanya belum selesai. Maksudnya reform itu masih dalam proses dan tidak menyeluruh.
- Jadi, sebab itu saya tekankan hal-hal ini kerana ia beralih kepada permasalahan kefahaman dan penjawat awam ini jentera penting. Selama wakili keluarga, jutaan keluarga dalam negara kita. Bukan untuk menutupi kelemahan. Oleh sebab itu, wala talbisul bil haq. Itu maknanya, jangan melindungi yang kebenaran. Kalau ada kelemahan, ya lontarkan, tonjolkan dengan baik, dengan maksud membawa perubahan ke arah kebaikan. Tetapi, seperti mana saya sarankan, jangan dalam keadaan kita sebagai keluarga penjawat awam mengesahkan yang palsu kerana kita bekerja sedaya upaya kita.
- Jadi, saya tekankan hal ini kerana kaitannya dengan krisis ekonomi yang kita lalui sekarang. Angka terakhir oleh Bank Negara dua minggu yang lalu meletakkan prestasi kita sangat baik. Lebih baik daripada yang kita unjurkan. Pertumbuhan ekonomi lebih baik daripada yang kita unjurkan sebelumnya. Ini jarang berlaku, pelaburan paling tertinggi dalam sejarah. Inflasi di antara yang terendah, kekuatan ringgit di antara prestasi yang terbaik di Asia. Itu semua angka-angka yang baik. Alhamdulillah, kerana apa? Kerana 2-3 orang kerja? Tidak. Kerana seorang Perdana Menteri, Jemaah Menteri? Tidak. Kerana kekuatan penjawat awam, sektor swasta, golongan pekerja, petani, semuanya bekerja sebagai satu pasukan untuk mengangkat, memperbaiki kehidupan keluarga, masyarakat dan akhirnya negara. Ini yang menyebabkan kita catat. Tapi sekonyong-konyong berlaku peperangan yang tidak diduga dan bukan kesalahan kita tetapi akibat daripada keganasan yang dimulakan oleh Israel, didukung oleh Amerika dan tempiasannya keseluruh negara teluk dan ekonomi dunia.
- Kalaupun selesai perang esok, menurut Amir Qatar langsung kepada saya, dia kata Brother Anwar, it will take minimum 3 years. They take some minor repairs to allow gas operations to operate. Probably 3 to 5 years for complete performance. Jadi yang ditekankan dalam masalah ini, masalah ini berlaku. Hari ini kita bersyukur lah, ada orang kata apa Anwar ni dalam keadaan ekonomi susah harga diesel naik suruh kita bersyukur, pun satu masalah juga fahaman. Bersyukur ni kita masih pertama, kita masih hidup kita masih sihat ekonomi kita tak teruk macam negara-negara jiran. Belum beratur lagi di stesen minyak belum tutup lagi 400 stesen minyak Belum terpaksa berjalan bekerja ke pejabat, kita bersyukur lah la’in syakartum la’azīdannakum wa la’in kafartum inna ‘adzābī la syadīd. Itu dituntut kita untuk bersyukur. Tapi bukan bermakna kita menafikan ada ujian dan masalah.
- Jadi, saya katakan prestasi baik itu tidak menentu sebab itu kalau saudara lihat dalam belanjawan saya sejak tahun 90-an dulu, saya selalu nukil pesanan dan gesaan Nabi Allah Yusuf dalam Al-Quran yang juga dikaitkan juga ada dalam 7 fat years, 7 lean years dalam Bible. Tapi bila saya sebut begitu ada ustaz marah tengok, Anwar ni dia bandingkan Quran dengan Bible. Salah juga.
- Saya tak samakan, tapi saya cuma kata ada cerita dan kisah dalam Bible tentang tujuh tahun ekonomi jenuh, seven fat years, jangan kita boros, jangan kita rasuah, jangan kita lupa bahawa untuk mempersiapkan kalau datang seven lean years. Mana tujuh tahun di bawah Nabi Allah Yusuf AS yang katakan tujuh tahun ekonomi yang jenuh dan melimpah untuk mengingatkan kita ada kemungkinan tujuh tahun ekonomi gersang ataupun menghadapi masalah-masalah ekonomi yang lemah. Itu persiapan kita.
- Jadi, kekuatan ekonomi kita tahun-tahun kebelakangan ini membantu kerana meredahkan tekanan kita. Ada cukup reserve, kita dah ambil beberapa langkah umpamanya penyasaran subsidi, kita buat sebelum masalah. Yang Budi, soal minyak (RON) 95. Ini membantu sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan kita. Tetapi saudara-saudara, kita akan lakukan. Apakah ini cukup belum? Sekarang ini mesyuarat Jemaah Menteri, mesyuarat Maritim dan Ekonomi, mesyuarat jawatankuasa kerja, mesyuarat-mesyuarat oleh kementerian-kementerian, sektor-sektor, pengangkutan, pertanian, itu terus saban hari untuk menentukan kita cepat menyelesaikan masalah ini.
- Yang saya nak tekankan ialah keperluan rakan-rakan di kementerian-kementerian dan hari ini, di Kementerian Pengangkutan ini untuk memahami bahawa kita memang hadapi masalah. Walaupun kadang-kadang orang fikir belum lagi, kerana kita belum beratur lagi kat stesen minyak. Belum ada masalah, tak betul. Memang ada, kerana harga sudah melambung, harga baja.
- Saya ke Felda hari Ahad. Felda di Pengerang, kawasan Kota Tinggi. Itu… bulan ini harga tidak meningkat ketara tetapi harga baja, fertilizers akan meningkat tinggi kerana peratus import baja terlalu tinggi. Baik. Jadi itu yang saya gambarkan. Jadi jangan kita tunggu bila ada masalah baru kita terkejut. Tugas kita menjelaskan bahawa kita harus bijak menangani masalah ini.
- Memang betul, RON95 kita cuba tahan. Kurangkan daripada 300 ke 200. Ada juga yang mengeluh, tak apalah. Ada juga dan masih boleh bertahan minyak tu. Saya boleh luluskan, tanya Saudara Loke, boleh. Dalam kabinet yang bagi menyenangkan rakyat, bagi semua happy Selepas itu, masing-masing terima beban. Tak boleh. You see, pimpinan dan apa-apa dasar yang diputuskan oleh kementerian ini, itu memikirkan cabaran kini, cabaran masa depan. Jadi oleh itu, apa yang kita boleh lakukan, kita lakukan. Petrol Budi 95 turun, ya. Tapi ada kebetulan, menantu saya dia pakai kereta diesel. Jadi, bising juga dia, dia kata pasal apa papa tak bagi tahu awal. Saya bagi contoh. Maknanya, saya tahu ada yang hadapi masalah, tetapi kalau kita fikir masalah itu, tak boleh selesaikan masalah untuk majoriti.
- Kemudian, sekarang masalah diesel. Ini yang besar, dan pihak pengangkutan memang terbeban. Saya pergi mana-mana, orang bangkit soal diesel. Jadi, kita bantu melalui Budi, melalui bantuan, petani, nelayan, pengangkutan. Tapi, tak selesai juga. Saudara Loke hari-hari duk dengar ini selesai masalah pengangkutan, sebahagian daripada pengangkutan bagi… katalah peladang. Pelancong marah. Kata kami macam mana, nak tutup ataupun bas-bas pelancongan ini kerana kos terlalu tinggi. Jadi kita kena dengar dan yang boleh kita selesaikan, kita selesaikan berperingkat. Kalau selesaikan semua, tak adalah krisis. Ini kat dalam bagaimana nak selesaikan tatkala menghadapi krisis.
- Kalau menteri-menteri itu semua tidur tak buat kerja, KSU-KSU sebenarnya tak peduli. Kita faham, tapi sudah tahu di kementerian ini bertungkus lumus mereka bekerja, so sudah ramai bekerja bertungkus lumus, lebih daripada biasa. Persiapan-persiapan yang rapi.
- Jadi saya datang di antara lain, mengapa datang Kementerian Pengangkutan? Nak ucap terima kasihlah kepada saudara, kerana memberi sumbangan. Kalau berucap di luar je, saudara tengok lah, saban hari tapi ini berdepan sendiri ini kerana from the bottom of my heart, saya tahu yang kerja itu bukan orang di atas. Semuanya.
- Jadi kita minta teruskan kerana khidmat saudara-saudara itu membantu, bukan sahaja keluarga saudara tetapi negara ini dan kita bersyukur Allah SWT walaupun tak berhenti kritik terhadap orang politik dan juga penjawat awam saban hari, kita tak boleh nafikan di negara ini prestasi penjawat awam umumnya sangat baik ketimbang negara-negara lain.
- So, lihat umpamanya disiplinnya, kerjanya, apa tidak ada satu dua yang leceh? Ada. Tapi umumnya prestasi kita itu membanggakan. Makna kita boleh beri satu pengarahan, siap. Kadang-kadang kita minta segera diputuskan. Kau tanya Datuk Johan dia kata, we need 3 months. Dia kata, No, you have only 3 weeks. Dekat 3 weeks saya kata, we need 3 more days. Tapi tak tahu macam mana dia jampi serapah macam mana. Selesai. Jadi begitu je dekat Kementerian. Tanya Loke. Kadang-kadang dia bagi pandangan. Our projection is we can do it. Say, give us another 6 months. Or kadang-kadang dia kata, give us till early 2027. I say, no, no. We don’t have time for early 2027. Give a new target. Advance. KSU tahu. And yang menakjubkan, syukur Alhamdulillah kerana budaya kita dan tradisi kita dari perkhidmatan awam ini menunjukkan kalau ditekan, ditegaskan dan ada semangat kesatuan, perpaduan kita itu banyak boleh selesai. Lihat sahaja prestasi negara kita bukan sahaja sebelum krisis, ini selepas dan tatkala menghadapi krisis. Ketimbang dengan negara jiran, jauh lebih baik.
- Jadi jangan kita lupa, jangan kita asyik berleter seharian tentang masalah-masalah. Masalah itu ada tetapi perhatikan juga tentang prestasi yang dilakukan, berapa banyak perubahan. Ini Kementerian Pengangkutan, saya tidak mahu sebut nanti Loke happy sangat pula tapi tengok berapa banyak perubahan, you senaraikan dalam satu tahun. Jangan bicara seluruh negara, pengangkutan sahaja. But is this because of Loke alone? He provides the leadership with the Secretary-General but the whole team. You work as a team, a marvelous team.
- Jadi yang ini yang saya nak tekankan. Tentang krisis ekonomi apakah dia boleh selesai cepat? Kalau pun eh, saya tegaskan semula. Selesai damai ini Amerika Syarikat dengan Iran itu, kerosakan diteruskan oleh Israel masih terus. Ada damai, dia lagi kuat dia serang Gaza dan serang Lubnan terutama selatan Lubnan. Memang sengaja nak cari jalan merosakkan proses damai. Kalau saya nak celah sedikit, dengan Perdana Menteri Oman, kemudian dijelaskan teliti oleh Menteri Luar Oman. Dia kata “Brother Anwar, what do I feel? I initiated the negotiations between United States and Iran. It was progressing very well. We agreed on some very contentious issues and managed to resolve them and from my assessment, it’s the first time that the Iranians would agree on some very, very problematic issues, resolve them and agreed to sign. We completed and finished our discussions at 2 o’ clock and we’re supposed to continue at 5. At 3 o’ clock, Israel started bombing Tehran and of course the Americans followed through.”
- Jadi, saudara bayangkan perasaan dia. Itu yang kumpulan damai. Bayangkan apa yang disebut oleh Presiden Iran masa saya bercakap dengan dia.
- Jadi, apa kaitan dengan kita? Kaitan dengan kita ialah pertama, pemahaman tentang masalah ini tidak mudah. Mendoakan kepada Allah SWT supaya penyelesaian yang cepat. Tetapi, tahu bahawa masalah yang kita hadapi betapa getir dan gawat sekalipun jauh lebih ringan daripada malapetaka yang menimpa negara-negara sahabat kita ini.
- Kemusnahan, kematian yang melibatkan ribuan orang dan ratusan bangunan anak-anak sekolah, anak-anak kecil. Jadi kita ini selain daripada bersyukur, carilah jalan selesaikan kalau ada sedikit rezeki tambahan, bantu anak-anak kita yang susah di negara kita dan rakan-rakan kita di luar sana yang terlantar dan memerlukan bantuan.
- Saya dikritik umpamanya kerana saya menyokong Flotilla ke Gaza. 30 kontena yang tersadai yang di Mesir, dan saya minta saudara Amirudin Shari mengetuai kumpulan ke sana. Sana orang kebuluran. Anak-anak tidak ke sekolah bukan sepuluh, ribuan orang. Masjid-masjid roboh, gereja-gereja dimusnahkan. Jadi, takkanlah kita sumbangan kecil tidak boleh lakukan.
- Saya bersahabat dengan Presiden Mesir, saya gunakan persahabatan itu cakap tentunya pertama masalah negara teluk, peperangan tapi akhir saya kata sahabatku Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Mesir, anak-anak kita di Malaysia ini merasa terpanggil untuk bantu. Ada 30 kontena sekarang di Mesir. Saya minta tolong kawan untuk memberikan laluan supaya mereka dapat menembusi Rafah. Oleh persahabatan itu, menyebabkan beliau mengatakan ‘Anwar, we will do it immediately. Once they arrive, saya akan gunakan jentera saya untuk bantu.’ Itu yang kita lakukan kerana persahabatan dengan negara itu.
- Begitu juga dengan Presiden Iran. Walaupun banyak orang… itu biasa politik ni, tapi saya nak beritahu sendiri, sebab itu dalam perbincangan saya dengan Presiden Iran, sengaja saya rakam dan video itu biar tersebar sikit. Kerana kalau tidak dia orang permain seolah mana ada mana ada, jadi saya dengar kenyataan saya dan jawapan dia dan bila saya sebut tentang kapal Malaysia, termasuk kapal dari Petronas, apa jawapan dia? ‘Brother Anwar, please be assured that I will give immediate instructions after this call, to do whatever is necessary to allow your ships to pass through the Strait of Hormuz.’
- Alhamdulillah, itu ertinya hubungan kita dengan negara-negara luar itu harus baik. Dengan semua negara ASEAN, dengan negara China, dengan Amerika Syarikat sendiri. Yang setuju kita setuju, yang tidak setuju kita tidak setuju. Tetapi persahabatan baik untuk apa? Untuk jaga kepentingan negara ini.
- Jadi, sekian kuliah pagi ini dan sepertimana biasa saya tidak merujuk khusus kerana pengangkutan ini Saudara Loke dan KSU lebih handal, lebih arif daripada saya tentang apa yang nak dilakukan. Saya tidak mahu saingi. Satu dalam hal yang saya belajar dalam hidup ini iaitu kalau kurang arif dalam beberapa bidang, jangan cuba teroka di situ. Dalam expertise on transportation ini, itu ada di sini. Jadi biar mereka saja uruskan. Saya cerita yang pengalaman saya secara langsung umpamanya hebat-hebat Loke, dia belum bercakap dengan Presiden Iran (nada berseloroh). Jadi saya ambil peluang cerita yang itu, kerana saya one up there tapi kalau saya nak cerita pasal macam mana LRT, MRT, sistem dia, itu saya serahkan dekat dia. Saya kalah bab itu.
- Jadi, belajar, bagi tahu yang kita tahu. Yang jadi masalah dalam politik di Malaysia ini, mereka serba tahu termasuk yang tidak tahu. Jadi keliru kita. Jadi semoga Allah SWT berikan kekuatan. Terima kasih banyak. Kopi belum lagi dituang tapi insya-Allah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
