TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PROGRAM TEMU ANWAR BERSAMA WARGA MCKK “MCKK, KEPIMPINAN DAN MASA DEPAN MALAYSIA MADANI”

4 April 2026

 

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

PROGRAM TEMU ANWAR BERSAMA WARGA MCKK

TEMA:

“MCKK, KEPIMPINAN DAN MASA DEPAN MALAYSIA MADANI”

 

 

4 APRIL 2026 (SABTU) | 11.15 AM

MCKK

 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah

Nahmanuhu wa nusalli ala Rasulihil Karim

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudari Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Timbalan Menteri,

 

Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Speaker;

 

Tan Sri Datuk Dr. Ir Ahmad Tajuddin;

 

Pemangku Pengetua dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

  1. Rasanya tentunya bangga, nostalgia melihat kembali ke sekolah yang mendidik, memberikan pendedahan, pencerahan, latihan pendewasaan selama tujuh tahun, dan tentunya saya mengulangi kenyataan penghargaan kepada guru-guru, rakan-rakan dahulu, kerana jasa dan khidmat mereka yang tidak terdaya saya lupakan atau mampu bayar dengan berapa harga sekalipun, kerana budi mereka itu sangat tinggi dan mulia.

 

  1. Saya harap anak-anak dapat terus menjadikan institusi ini institusi gemilang. Bukan kerana gedungnya itu hebat, bukan kerana semata-mata sejarahnya itu gemilang, tetapi kerana harapan umat dan negara tinggi menggunung. Ini dalam rangkuman prakarsa disebut ‘Elite School’, saya tidak mewakili pandangan yang mendukung sangat konsep itu. Sementara tadi saya ke Sekolah Menengah Clifford saya agak terkejut bila diberitahu bahawa saya adalah Perdana Menteri pertama yang melawat Sekolah Menengah Clifford. Dan ia sedikit sebanyak memberikan gambaran kadang-kadang sistem negara kita dan pemikiran kita itu terlalu memihak kepada satu kelompok.Tidak ada salahnya, saya akui saya tentu kasih dengan sekolah ini, bangga dengan pendidikannya, budayanya, tetapi saya harus ingat untuk mengangkat martabat negara ini menjadi negara hebat. Kita harus faham falsafah, maksud ‘Democratization of access to quality education’. Maknanya ruang peluang pendidikan itu harus diberi seluas mungkin kepada seramai mungkin. Ini akan memberi makna kepada ‘democratization of access to quality education.’

 

  1. Anak-anak di sini harus tidak merasa terpisah dari kenyataan di luar. Ada karya penting, mantan Profesor Harvard, mantan Profesor dan dekan Harvard. Dengan jodoh bukunya, “Excellence Without a Soul” kerana Harvard itu gedung cemerlang dunia academia. Dunia seluruhnya mengiktiraf kehebatan dan kita tidak mampu menafi kenyataan tersebut. Tetapi Profesor Lewis dalam karya besarnya mempertikai pandangan tersebut. Dia kata, “tidak mungkin dipersoal kedudukan, kewibawaan sebagai pusat cemerlang, excellence”. Tapi dia beri peringatan yang saya ingat sangat relevan bagi sekolah-sekolah asrama penuh, sekolah-sekolah hebat seperti Kolej Melayu. “Excellence Without a Soul”. Kecemerlangan itu harus bersama dengan hati nurani, dengan kesedaran, dengan keinsafan.

 

  1. Apa contoh yang diberikan oleh Profesor Lewis? Di luar Harvard, ada ghettos, ada orang kulit hitam yang ditindas tidak diperdulikan. Di luar gedung Harvard yang indah gemilang itu masih ada kelompok-kelompok miskin tersisih dan terbiar tidak dihiraukan oleh anak-anak di Harvard. Jadi apakah yang dididik? Yang dididik itu keterampilan, ya. Kecemerlangan ilmu, ya. Jadi di mana kemanusiaannya? Di mana roh karamah insaniahnya. Nah ini yang dipersoalkan dan mengesankan saya tatkala membaca kupasan tersebut dan saya rasa bertanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak. Kita bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala kerana kita diberikan kesempatan ini. Tetapi kita harus ingat, dengan kesempatan ini ada tanggungjawab. “Taklifun wala tashrifun” tanggungjawab dan bukan keistimewaan, responsibility and not just a privilege, maka ini mauduk kedua saya.

 

  1. Bila datang di sini dengan gedung yang hebat dan perbelanjaan tinggi kerana gedung itu terlalu lama, main school saya lihat saya datang dua tahun yang lalu pengetua ketika itu mengeluh kerana tak salah saya 12 ke 14 tandas dah rosak. Masa saya dulu 4, jadi dia berkembang dengan kemajuan dan kehebatan teknologi 14 tandas rosak. Itu saya rasa sudah hampir selesai dah, ok alhamdulillah. Yang lain-lain itu kita boleh bantu tapi yang saya nak tekankan di sini bukan sahaja kesemuaan, not just a privilege bukan sahaja keistimewaan tetapi pertanggungjawaban.

 

  1. Tanggungjawab kita sebagai pelajar tentunya menimba ilmu, menggunakan peluang dan ruang termasuk ilmu-ilmu baru. Semasa saya di sini tidak disebut pun istilah IT atau digital technology atau energy transition. Tidak ada istilah itu. Istilah-istilah baru. Tetapi ini kenyataannya. Kenyataannya menuntut kita menguasai ilmu-ilmu baru dengan tahap-tahap kecekapan. Kalau tidak kita ketinggalan. Sebagai satu negara, tidak mampu kita menangguh. Pusat-pusat ini, seperti di Malay College, harus memberikan persiapan dan kesediaan. Prestasi harus diperbaiki. Tentunya sebagai bekas pelajar, saya ikuti prestasi tahun lalu.

 

  1. Jadi anak-anak yang tingkatan 5 tahun ini, no nonsense. Better discipline, more and tougher academic rigor, and more time to study without compromise. This is my instruction to the teachers of this school. You accept, you stay, if you don’t accept, you go. Both for the teachers and the students. Faham? Terima kasih. I know, I love you. I know you guys can do it. I may sound a bit tough but out of compassion. When the performance is satisfactory, we say thank you. When we need to improve, we say room for improvement. When there’s lack of discipline, we cannot spare the rod. Therefore, may I say that with my coming, the minister, the ministry, the department, the headmaster, the incoming headmaster, and principal, and the teachers in this school, and the students, including those with maroon blazers. Hebat betul maroon blazers They are expected to do much better and I am confident. I know this school. I know MCKK. When we say yes and this is a challenge, you will accept this challenge and this year you will excel in the result, insya-Allah.

 

 

  1. Balik kepada soalan tentang pertanggungjawaban, ya. Pendidikan. Tapi pendidikan itu, selain daripada teknologi baru yang lebih canggih, sains, dan new technology. Maksud saya sebutkan tadi digital, AI. Tapi jangan tinggal satu aspek yang utama. Kita kan manusia. Kita kan karamah insaniah. Allah jadikan kita ini sebagai manusia, bukan sebagai machine. Jadi oleh itu, harus kita pastikan pendidikan kita itu tidak meninggalkan aspek yang sangat asasi. Soal nilai, soal akhlak, soal adab yang tergabung dalam soal disiplin tetapi dengan cara lebih luas. Dan ini yang kita tekankan, ya. Kerana dalam kupasan mengenai ilmu itu. Ilmu itu harus ma’rifah kata Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A. Dia menguasai ilmu itu sebagai suatu yang sangat melazatkan, mengasyikkan, mencipta ilmu itu sebagai suatu tanggungjawab – ‘Lazzatul makrifat’, kata dia. Ini kupasan kalau anak-anak, kurang-kurang guru-guru, ustaz di sini tahu kupasan Hujatul Islam Iman Ghazali tentang kategori ilmu.

 

 

  1. Bukan perkara baru. Yang menyebut penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang itu penting tetapi tidak boleh meninggalkan landasan. Mendidik manusia itu budi pekertinya, akhlaknya. Jadi tidak boleh kita kesampingkan isu yang sangat asasi, integral. Iaitu isu disiplin, akhlak dan nilai.

 

  1. Terutama cabaran sekarang. Kita semuanya berebut untuk mencari maklumat. Apa yang dikatakan information. Tapi ada beda. Bukan semua maklumat itu ilmu. Bukan semua information itu knowledge. Ini dikupas dulu lagi. Seribu tahun yang lalu. Imam Ghazali. Ada ilmu yang merosakkan, jadi bukan ilmu. Ada ilmu yang lucah, bukan ilmu sebenarnya. Jadi ada maklumat, ada ilmu. Tapi saringan ilmu itu yang kita sebut memerlukan usaha kita menilai dan yang dikaitkan dengan menyaring berita dan ilmu untuk melayakkan kita mendapat makrifat. Jadi ada beda di antara information, knowledge, and wisdom.

 

  1. Penyair ulung, TS Eliot, membedakan kategori ini. What is lost in information or knowledge, itu tanpa wisdom. Jadi ini bagi kita harus dikuasai. Saya hanya rumuskan kuliah tengah hari ini. Tidak sangat membebankan. Iaitu beza di antara maklumat ilmu dan hikmah, wisdom. Information, knowledge, and wisdom. Baik. Dan ini boleh menjawab permasalahan sekarang, yang kita kaitkan dengan keperluan menggali sains dan teknologi dan kecanggihan IT. Tetapi kalau tak lari daripada prinsip moral, akhlak, etika, nilai, kita akan selamat. Dan kita boleh mampu memberikan hujah berdasarkan ilmu yang kita saring. Kerana tidak semua berjaya.

 

  1. Dunia ini tidak kekurangan orang yang betul, tidak kekurangan orang jahil. Tapi tidak kurang juga orang yang pintar. Yang membuat segala teknologi paling canggih, pesawat paling canggih, senjata paling canggih, itu orang-orang pintar. Yang menggunakan juga orang pintar. Lulusan universiti-universiti terkemuka. Tapi perangai mereka bobrok. Mereka boleh membunuh orang, zalim kepada orang, menjajah negeri orang tanpa conscience. Hilangnya conscience. Sebab itu kita lihat umpamanya apa yang berlaku di Gaza. Apa saudara ingat orang barat tidak tahu apa dia kezaliman? Apa dia penjajahan? Apa dia pembunuhan kanak-kanak? Dia tahu. Malah mereka juga terlibat dalam penjajahan ratusan tahun termasuk di Tanah Melayu pada ketika itu. Tapi diteruskan. Without conscience. Sebab tu saya kalau bicara di Eropah, Jerman, depan Canselor Jerman, atau masa di Amerika, depan masa itu Presiden Biden. Saya sebut, “why this hypocrisy? Why tell us and wanting to hector and teach us about human rights?” Maknanya the failure of education yang tidak menanam roh keadilan dan nilai.

 

  1. Paling akhir, Iran. Bayangkan senang-senang Israel mengambil keputusan kami tak suka dengan teknologi dan keupayaan nuklear Iran. Kita serang, Amerika bantu. Dan dunia hampir senyap kerana pengaruh barat itu kuat. Saya beritahu kepada kawan-kawan, anak-anak, alhamdulillah, Malaysia di antara satu-satu negara yang masih pertahankan semangat kebebasan dan berani menyatakan bahawa serangan itu ganas, biadab dan mesti ditentang. Dan itu tragedi bagi umat. Alhamdulillah, kita dalam kedudukan di mana semua negara Teluk, negara Arab, ASEAN, termasuk Presiden Iran menghubungi kita, berbincang. Bagi saya, ini erti merdeka. Merdeka ertinya kita bebas menyuarakan berdasarkan prinsip kita.

 

  1. Mengapa kita tuntut kemerdekaan? Kita benci dengan penjajahan. Bukan kita benci dengan orang putih. Kita benci dengan kezaliman. Tapi sudah kita merdeka, jangan kita ulang dan sambung dan teruskan betul-betul kezaliman dan penindasan. Sebab itu bagi saya soal conscience, soal keadilan, soal nilai itu penting. Demikian hujah saya. Saya nak permudahkan majlis ini. Dan saya nak buka ruang untuk soal jawab. Tak payah protokol. Tak perlu mukaddimah. Yang Amat Berhormat tak ada di sini. Yang ada, Pak Anwar. Ok? Jadi sila. Kalau soalan-soalan bangun tanya. Yes.

 

 

 

SESI SOAL JAWAB

 

SOALAN 1:

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Seri, nama saya Muhammad Fariduddin Effendi bin Muhammad Effendi. Kelas 5 Sains 1, Rumah Idris. Jadi, seperti yang kita semua tahu, semasa menuntut di kolej keramat ini, Dato’ Seri telah menyandang jawatan sebagai Ahli BRU ataupun Badan Revolusi Agama ketika itu. Jadi persoalan saya, apakah nilai-nilai yang mendorong Dato’ Seri sendiri untuk memimpin? Bukan sahaja dari sudut akademik ataupun disiplin, malahan daripada aspek rohani. Terutamanya dengan adanya cabaran seperti pengaruh media sosial dan juga kemelut geopolitik pada hari ini. Jadi itu sahaja soalan saya, terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Terima kasih, hebat juga pelajar dari Rumah Idris ini. Baik, eh Idris ke Ahmad tadi? Sahaja, saja tanya. Baik, saya bernasib baik, saya tidak pintar masa itu. Cuma saya didorong oleh guru-guru dan ustaz ketika itu. Dia kata, “Anwar, sekolah ini baik, kemudahannya baik, tapi kesedaran agama harus ditingkatkan”. Dan bagi dia kesedaran agama itu bukan sekadar solat, puasa, yang tahu halal-haram, tapi mesti roh, menjiwai. Jadi saya dengar, maka kita aktifkan, masa itu disebut Badan Revolusi Ugama (BRU) dan juga terapkan isu sains dan Islam. Bawa pandangan-pandangan pimpinan, ulama dan mufti yang progresif, Mahmud Shaltut. Kemudian ambil nukilan pandangan George Bernard Shaw tentang Islam yang berbeda daripada pandangan konvensional golongan kolonial dan penjajah. Masa itu belum lagi popular istilah Islamophobia. Tapi memang prejudis. Sebut sahaja Islam itu yang bagi mereka mundur. Dan banyak orang Islam pun begitu juga pada masa itu. Bukan saja orang Barat. Orang Islam mungkin terdedah dengan pemikiran itu. Dia anggap Islam ini memang tidak akan maju, mundur. Dia tak bangga dengan bahasa dia, budaya dia, dia kagum. Ini maknanya kejayaan penjajahan. Sebab itu Sheikh Mohammed al-Ghazali pernah sebut, Sheikh Mohammed al-Ghazali ini seorang ulama besar dari Azhar. Dia pernah kata, penjajahan itu atau imperialism itu disebut isti’amar. Dia kata bukan masalah penjajahan negeri sahaja. Tapi penjajahan pemikiran dan jiwa. Itu bahaya dia. Dia jajah ini, dia dah keluar, puluh tahun. Tapi pemikiran penjajah masih ada. Sekarang pun masih ada, kalau kita bincang. Jadi, itu yang saya anggap permulaan, kecil-kecilan dalam Badan Revolusi Agama. Saya percaya dalam keadaan sekarang, saudara-saudara mampu meningkatkan keupayaannya di bawah pimpinan guru-guru dan ustaz yang ada. Baik, terima kasih.

SOALAN 2:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri, nama saya Edana Qisha Binti Muzaffar. Saya merupakan pelajar IBDP tahun pertama, Rumah Ahmad. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri kerana sudi meluangkan masa bersama kami di MCKK pada hari ini. Jadi, ramai tahu yang banyak negeri berdepan dengan krisis kepercayaan terhadap institusi politik. Jadi, soalan saya kepada Dato’ Seri adalah bagaimanakah seorang pemimpin boleh mengekalkan prinsip moral dan nilai integriti apabila berhadapan dengan tekanan politik, kepentingan parti, tuntutan pragmatik dan sebagainya dalam membuat keputusan negara. Itu sahaja. Terima kasih.

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Terima kasih. Wah! pintar Rumah Ahmad. Masa saya tu takda pelajar Perempuan. Terpaksa kita keluar tengok pelajar wanita di sekolah lain. Tengok dari jauh, tengok dari jauh. Menteri marah saya ini, tapi macam mana? PM sebut pasal itu. Bukan, saya cerita terus terang. Why should I lie and be hypocritical, when I was young of course you like to see pretty girls kat luar, kat dalam tak ada, tengok kat luar lah, bukan selalu. Baik, itu cerita dulu, jangan beritahu Azizah (nada berseloroh). 

 

Baik, isu dia tentang apa yang disebut terhakisnya keyakinan apa yang dikatakan defisit kepercayaan terhadap sistem dan pimpinan politik. Contohnya nyata, lihat umpamanya pimpinan di negara-negara yang dia kalau luar, yang bercakap soal keamanan tapi menyerang negara lain, bercakap hak asasi manusia membiarkan orang dibunuh setiap hari anak-anak kecil. Kan ini contradiction in terms sheer hypocrisy, dan kalau ini lambang orang politik tentu orang tidak senang.

 

Sebab itu di negara kita harus ada kesediaan untuk melakukan perubahan saya sebut ‘Islah Mastata’tu’, dalam doa Nabi Allah Shuaib A.S, itu tepat, perubahan sedaya upaya dia tidak perlu ubah sekelip mata. Orang kata “Anwar, bincang soal reformasi dan oleh itu perubahan ini belum berlaku”, kita ada proper tender process. We have been tough against corruption. Are we able to completely wipe it out?. No. Because it’s has been systemic, we doing it, over the last two years, how much we collected from the stolen money? RM15.5 billion. Now, saya tanya dulu di mana wang itu? “tidak ada” maknanya kita lakukan, apakah lengkap sempurna?. tidak. Dan ada orang kata menggunakan media sosial menyerang kita Tidak boleh sentuh, dia orang besar, keduanya dia orang dah kaya banyak berjasa kemudian kita kalau ambil tindakan, takkan kita dendam? Ada pandangan sebegitu. So, it’s not easy. Dia tidak semestinya mudah. Mengambil tindakan sebegini, memerlukan ketahanan. Tapi soalnya, orang boleh kritik. Memang saya tak nafikan. Kadang-kadang kita ambil masa.

 

Saya, dalam ahli-ahli Parlimen, bersama Fadlina, dengan DAP, Amanah, pun 82 orang. Seluruh kekuatan Ahli Parlimen, 272. Saya kena runding dengan rakan-rakan saya. Saya bernasib baik kerana rakan-rakan dalam UMNO bagi kerjasama penuh dan Sabah Sarawak. Tetapi tiap langkah yang harus diambil, itu kena runding. Saya bukan kemimpinan mutlak. Seperti diktator atau ala diktator pengalaman-pengalaman lalu. You just do it. No. Jadi, ini kita lakukan.

 

Tetapi saya setuju tadi saranannya iaitu mesti ada tekad untuk melakukan perubahan. Tetapi kita akan hadapi umpamanya dengan media sosial. Tengok umpamanya, sekarang keadaan minyak melambung naik, kemudian dia ulang kenyataan saya “Hari ini menang, esok minyak turun”, Eh, kamu ni tak baca ke? Buta huruf ke? Kenyataan itu dibuat dalam keadaan harga minyak di Arab Saudi RM50 sen pada masa itu. Tapi kita RM1.99. paling rendah di dunia. Cuma banding dengan Brunei yang rendah sikit pada kita. Can you imagine? Semua negara pengeluaran minyak termasuk UAE sekarang menaikkan harga minyak sebab banyak mesin dibom.

 

Jadi kenyataan ini kadang-kadang tidak digunakan sentimen. Saya ingat RM1.99 dengan harga diesel yang dibantu, petani, nelayan, kemudahan pengangkutan diesel itu dibantu. Tidak semuanya lah. Ada menantu saya guna motorkar, motorkar dia itu diesel, dia kata kepada saya, “papa kenapa tak beritahu, guna diesel harga tinggi”. Menantu saya, saya kata ini polisi sekarang. Jadi, tak ada peduli fakta. Tak ada peduli kebenaran. Hanya politik picisan. Memperbodohkan rakyat. Sebab itu, anak-anak yang ada kecerdasan, bangkit. Gunakan kekuatan bagi penjelasan. Bukan kita ambil wang. Saya tidak ambil wang. Seperti saudara-saudara tahu, gaji saya tidak ambil. Elaun Ahli Parlimen, saya ambil, betul. Guna pesawat Kerajaan datang ke Ipoh. Betul. Kereta, kereta Kerajaan. Tapi gaji dia tak ambil. Cukup 3 tahun ini dah juta ringgit dah. Kerana apa? Saya nak bagi contoh. Tak semua pemimpin itu yang kita kenali, harus mencari memunggah kekayaan untuk peribadi.

 

Tapi, apakah salah seorang Menteri atau seorang Menteri Besar mengambil gajinya yang sah? Tak salah. Jangan salah faham. “Oh, Anwar tak ambil gaji, kamu jangan ambil”, tidak betul. Itu hak dia. Jangan kita pertikai. Yang kita tidak mahu, dia curi. Seorang setelah tinggalkan jawatan Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri Kewangan kekayaannya RM4 bilion mana mungkin negara boleh selamat kalau begitu.

 

Jadi kita harus bertindak, bila kita bertindak yang ada RM4 bilion itu menyokongnya ramai kan? Yang influencer pun ramai juga, jadi sebab itu anak-anak harus waspada. Yang penting pertahankan prinsip dan hak. Dan terima kenyataan apa-apa perubahan pun harus berlaku secara berperingkat. Okay? Jelas? Terima kasih.

 

 

SOALAN 3:

 

Assalamualaikum Dato’ Seri jadi nama saya Wan Ammar Husin, boleh panggil saya Ammar saya dari kelas 4 Sains 3 dan saya Rumah Sulaiman. Jadi soalan saya, dalam era kecerdasan buatan dan automasi ini kan, bagaimanakah pendidikan harus berubah supaya murid bukan sahaja menguasai ilmu tetapi mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan juga global, bertaraf dunia. Itu sahaja. Terima kasih.

 

 

 

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Ya, soalan itu pendek tetapi sangat mendalam sebab sistem pendidikan itu tidak lengkap kalau tidak mengasah, apa yang disebut pemikiran kritis dan kreatif, maknanya kita belajar. Dulu seorang pemikir pendidik dari Amerika Latin namanya Ivan Illich, dia sebut tentang apa yang kurang dalam sistem pendidikan kita, universiti kita, kolej kita? gedungnya hebat, makmal lengkap makmal sainsnya, perpustakaannya puluhan ribu bercambah, tapi yang kita lahirkan apa? Kata dia, sacred cows, maknanya apa? maknanya lembu yang kudus, apa maksud dia? Maksud dia, dia belajar dia pintar dalam bidang dia, dia tidak berfikir tentang haq yang batil, yang makruf yang mungkar, yang baik yang buruk, itu tidak mengesankan.

 

Jadi, soal nilai tidak ada. Kemanusiaannya itu sudah terhakis. Jadi, kata dia, you are only producing sacred cows, unthinking animals. Kalau kita nak lahirkan orang yang berfikir, yang kritis, ada terima. Tidak semuanya betul. Kadang-kadang kita lelah juga. Saya dalam dialog dalam Temu Anwar ini. Kadang-kadang universiti saya, lelah juga dengan anak-anak ini. Itu ini. Tapi, itu harga yang kita harus bayar. Lebih baik anak itu kritis daripada menjadi seorang lembu kudus. Yang disebut sacred cow. Because, tak ada critical thinking. Tak ada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

Ini satu peringatan juga kepada guru-guru. Pendidik harus ada kebijaksanaan, dia tidak boleh umpamanya seperti dulu, ajar, dengar, jangan soal. Saya nak bagi satu contoh, tapi pengalaman peribadi, tapi jangan salah fahamlah yang ustaz-ustaz saya itu baik. Saya nak ceritakan bahawa masa saya di sekolah tingkatan tiga empat. Ustaz itu baik. Tapi dia lembut. Dia cerita dia kata “arak itu haram” Jadi kawan saya tanya. “Ustaz haram sebab apa?”, “Sebab dia memabukkan”, “Okey Ustaz, kalau minum tak mabuk macam mana Ustaz? Dia kata “dak mesti mabuk”, “Kalau tak mabuk Ustaz?”, “Janganlah tanya, memang mabuk” Kemudian kawan tu kata, “Ustaz kalau saya jamin, saya minum dan tak mabuk, Ustaz macam mana?” Ustaz tu kata, “kamu nak jadi kafir ke?” Ini tidak menggalakkan fikiran kritis. Sepatutnya Ustaz itu harus sabar. Tapi saya tak salahkan dia, sistem dulu lain ya. Tapi sistem sekarang tak boleh jawab begitu.

 

Kerana alasannya Rasulullah SAW pernah ditanya soalan-soalan yang aneh. Yang bagi saya tak masuk akal. Ditanya. Tapi sabar. Ya, ada seorang, badawi, orang daripada desert, datang ke masjid, yang masuk masjid, tepi kencing tepi tu. Jadi, sahabat-sahabat nak angkat pedang, nak kena bahlul ni. Tak tahu peraturan. Uncivilized. Tapi betul, dia tak ada civilization. Jadi Rasulullah SAW kata, apa dia? dia tak tahu. Dia daripada desert. Budaya dia boleh. Jadi, bagi tahu dia, bersihkan, lain kali jangan buat. Saya tengok. Apakah kita ada yang sabar macam tu? Tak. Tanya prefect, pun tak sabar macam tu. Bukan semua, bukan semua. (nada berseloroh).

 

Baik. Ada lagi contoh. Yang saya ingat. Tidak exact. Seorang anak muda. Dia jumpa Rasulullah SAW. Kemudian dia kata, “saya ni semua okey lah pergalaman, boleh-boleh. Tak minum arak okey, tak judi okey, solat okey, tapi saya kelemahan sikit lah”, saya ni kalau istilah sekarang lah bukan exact, minta maaf Ustaz. Maksudnya “saya girlfriend banyaklah bukan setakat girlfriend, saya terus ekstrem buat kesalahan itu”, Berani tak kita Ustaz, kita tanya Ustaz ini? Tak berani. Sebab Kita tahu sikapnya berbeda. Tanya. Tapi bagaimana Rasulullah menangani masalah seperti itu? Rasulullah SAW, saya tak dapat exact. I’m sorry. Tak dapat. Mungkin Fadhlina dia ingat. Dia jawab itu dengan sangat bijaksana. Dia kata gini, kita ini wanita bagi kita ini anak kita, ibu kita, adik kita, kakak kita. Kalau kita tak mahu diperlakukan begitu, janganlah kita senang dan sewenang-wenang melakukan kepada orang lain.

 

Dia prick to the conscience manusia melatih supaya kita ini bukan fikir diri kita tapi fikir tentang wilayah dan masyarakat. Saya mohon maaf, saya tidak ingat exactly dia punya kisah itu. For you to research to check, kalau ada yang mempersoalkan tapi ini cara dan ini puluh-puluh cara yang macam itu, contoh-contoh tentang disebut Uslub Dakwah atau Fiqh Dakwah, Kaedah Dakwah, ni kadang-kadang kita ni pakai, “haram mu kafir”, mu, ni tau lah orang Kelantan lah kan, mu, tak boleh. Jadi kesabaran dia tak ada, tak ada tak sihat. Bukan dalam pandangan biasa dakwah, kadang-kadang dalam politik pun tak cakap ni, “munafik ni”, “ni kafir ni”, terus, ini bukan pendekatan dakwah. Ini problem dia, jadi mudah-mudahan Kita dapat beri kesedaran itu tentang kaedah penyampaian yang baik, okay?

 

 

SOALAN 4;

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Seri. Jadi, nama saya Muhammad Fawaz Naufal bin Nazri. Saya dari kelas 5, Sains Sosial dan saya merupakan Rumah Muhammad Syah. Jadi, seperti yang kita tahu, ramai graduan di Malaysia cemerlang dari segi akademik, tetapi masih menghadapi cabaran dalam kebolehpasaran. Jadi, soalan saya Dato’ Seri, apakah transformasi yang diperlukan dalam hubungan antara universiti, industri mahu pun Kerajaan untuk mengatasi jurang tersebut? Terima kasih.

 

 

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Terima kasih. Ini soal yang dikatakan latihan itu mesti memenuhi juga keperluan industri. Tapi saya kena peringatkan. Itu disebut dalam falsafah pendidikan, utilitarianism. Maknanya, latihan dan kuliah itu hanya untuk memenuhi keperluan industri. Itu pun bahaya juga. Sebab kita kena imbangi maksud dan keperluan pendidikan dan matlamat yang murni dengan keperluan pasaran, dia kena gabung keduanya. Kalau kita ambil pasaran sahaja, ini pernah seorang pemiki filasuf Sepanyol oleh José Ortega y Gasset dalam buku dia “La Rebelión de las Masas” (1929/1930), dia mengatakan, ada bahaya bila anak-anak itu dilatih untuk memenuhi keperluan industri sehingga dia hilang kemanusiaannya dan tidak lagi luas pemikiran dan pembicaraannya. Itu dia sebut barbarism of specialization. Kasar tu ya. Mana specialization yang jadi barbaric. Why? Unthinking. Ini konsisten dengan pandangan saya awal tentang Lewis, “Excellence Without a Soul”. Tentang pandangan tentang ‘lazatul ma’rifah’. Jadi dia sebut begitu. Dia tulis sekitar dalam 1930-an, 1940-an pemikir Sepanyol José Ortega y Gasset. Jadi kata dia, dalam hal ini, sementara kita harus jugak menuju kepada specialization, kita ada umpamanya Sains Sosial, ya, tapi sains, harus, IT, digital, itu keperluan yang mendesak, tetapi harus ada pengisian tentang ilmu-ilmu yang menjadikan kita itu manusia yang lebih lengkap, critical thingking, understanding issues, itu penting.

 

Baik, saya tidak sangat risau tentang keperluan industri, bila ekonomi kita berkembang dan kita tetapkan pendidikan itu lebih bermutu, soal pengangguran itu lebih rendah. Saya dengan baru ini pemimpin pembangkang dia kata, “Kerajaan tak selesai pengangguran ini tidak selesai”. Penganggura kita ini di antara yang paling rendah di dunia sekarang ini. Sudah selesai semua? belum. Tapi janganlah kata kita tak selesaikan soal pengangguran. Kerana pandangan itu, dilontarkan oleh pemimpin politik dan pengikutnya itu tidak ada political mind. Jadi dia angguk sahaja, “ya”. Jadi saya nak sebut di sini, apakah langkah yang Kerajaan buat? umpamanya, sekolah-sekolah yang tukar aliran matematik. TVET. TVET ni perkembangan baru. Dalam 2-3 tahun ni, saya tugaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Zahid, fokus TVET. Jadi sekarang ni, kerana dia boleh memenuhi keperluan industri.

 

Kursus-kursus kejuruteraan kita perbanyakan sekarang. Perubatan kejuruteraan, kita perlu ingat, tapi kena ingat bila IT dikembangkan, IT itu sekarang beralih, selain daripada Engineering dan Data Science, dia perlu Social Science. Kalau tidak dia ada ketempangan di situ. Sebab sementara IT itu menuntut keperluan Science dan Science sepertimana Data Science dan Science macam Tan Sri Tajuddin ini. Tetapi dia perlu juga sains sosial, kena faham kemanusiaan, sejarah, budaya. Sekarang orang tanya, bila bangkitkan soal macam saya bincang dengan ZTE, Huawei, Microsoft. Baru ini Google, dua minggu sudah dengan Ketua Executive Google, dia tahu, dia tahu sekarang, kalau dulu dia masukkan saja, paksa saja. Sekarang dia tahu kita punya sensitivity. Saya tak mahu jawapan saya tentang budaya, agama, sejarah ikut kacamata Amerika Syarikat.

 

Jadi sementara teknologi itu dikuasai oleh Amerika Syarikat, saya nak bila dia ada lapangan di sini, dia faham sejarah kita, budaya kita, agama kita. Jadi jawapan itu bukan jawapan ditentukan oleh Silicon Valley. Tapi jawapan yang ditentukan oleh orang yang mungkin terlatih di Silicon Valley, tetapi ada pendedahan tentang budaya di sini. Siapa yang boleh tentukan? Engineering, Data Science, Data Scientist dan sains sosial.

 

Sayakan ahli sains sosial, jadi saya ambil berat juga tentang Science Social. Don’t worry. Bagi anak-anak saya kata “please do not worry”. Language whatever. Your challenge is made sure you excel. And I believe, I am not only ex-student but has followed this great institution for decades, i would say given the right focus and vibe environment Malay College will continue to proof as one of the major centers of excellent of this country, Insya-Allah.   

 

Anak-anak dikasih, terima kasih banyak dan tolong bagi mesej, sampaikan salam kepada ibu bapa. Bila jumpa, jangan lupa. cium tangan mereka dan tunjukkan kasih sayang kepada guru-guru dan jaga persahabatan. Kerana persahabatan hari ini jangan lupa nasihat pesan saya ini, sampai sekarang sudah lebih 70 tahun, di antara sahabat saya yang baik itu, sahabat saya temui di sini.

 

 

Share: