TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PROGRAM TEMU ANWAR BERSAMA PELAJAR TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (TAR UMT)

4 February 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

PROGRAM TEMU ANWAR BERSAMA PELAJAR TUNKU ABDUL RAHMAN

UNIVERSITY OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY

(TAR UMT)

4 FEBRUARI 2026 (RABU) | 2.30 PETANG

TAR UMT, KAMPUS KUALA LUMPUR

SETAPAK

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saudara Wee Ka Siong dan seluruh pimpinan Lembaga Universiti TAR UMT;

Rakan-rakan Menteri;

Ramai Menteri hari ini menunjukkan semangat, dukungan kepada TAR UMT, terima kasih.

Rakan-rakan dari Kementerian Pendidikan dan Presiden Universiti dan pimpinan yang lain;

Profesor dan yang utamanya anak-anak mahasiswa yang saya kasihi sekalian.

Ge wei lai bin, Dajia hao.

  1. Baik, ini semangat Raya Cina lambat lagi, tapi dekat-dekat dah, dah dekat. Saya tengok mood merah-merah mana-mana, bunga dan sebagainya. Jadi saya pun nak ucap juga Selamat Hari Raya Cina, “xīnnián biàn fú, xīnnián hǎo, niánnián hǎo”.
  1. Terima kasih kepada TAR UMT kerana kesempatan diberikan agak santai, tidak terlalu formal. Kerana saya nak teruskan acara ini, dialog dengan mahasiswa. Bila saya sebut dialog, maknanya saya berucap dan juga saya mendengar. Kalau tidak jadi monolog. Jadi saya nak ambil kesempatan, tentu pertamanya untuk ucap terima kasih.
  1. TAR UMT ini adalah usaha ke arah peningkatan pendidikan dalam negara kita. Ini bukan soal urusan kecil. Saya di antara anak muda ketika itu yang besar, dalam keadaan kemelut dan krisis serta ketegangan soal bahasa, soal budaya, mencari kata sepakat, dan ia berlanjutan selama sekian ketika. Tapi ada ketikanya dimana kita, terutama anak-anak muda harus henti sejenak dan fikir apakah langkah yang berikutnya. Kita mahu pilih supaya negara ini aman, pupuk rasa kasih sayang, yakin dan percaya di antara satu sama lain. Hindari dan lupuskan sentimen permusuhan, kaum, sentimen perpecahan. Itu pilihan kita.
  1. Ada negara yang memilih untuk kekalkan perseteruan dan permusuhan. Maka, negara itu rosak binasa. Ada negara yang memilih jalan yang sukar. Bapak-bapak pejuang kemerdekaan kita, awal kemerdekaan, dari semua parti, semua kaum, memilih jalan yang sukar. Sukar! Dia tidak mudah. Kerana yang dipilih itu jalur yang rencam, jalur yang pelbagai. Tidak mahu jalan keluar yang mengekalkan perpisahan, kebencian kaum dan permusuhan. Memilih satu sistem yang lebih damai dan ini bukan pilihan yang mudah.
  1. Kalau saya berucap di kampung Melayu di Kelantan, dan berbicara tentang bagaimana boleh kita angkat dan selamatkan Melayu dan Islam dan ketepikan yang lain, tepukan gemuruh. Saya pergi ke kawasan yang kuat sentimen kaum Cinanya begitu juga, atau India, atau Sabah, atau Sarawak. Tapi anak-anak harus pilih jalan yang terbaik. Jalan terbaik bagaimana menyelamatkan negara dan mengangkat Malaysia sebagai negara hebat di dunia ini. That is precisely the choice you have to make.

 

  1. Wee Ka Siong dan Anthony Loke semua ada ini, you don’t mind. I’m going to be very open, very relaxed with my children, okay? So please bear with me, I’m going to be very frank, I’m prepared to listen. Because, it’s always a façade, a period in history of any nation that not only leaders but among those the younger ones, so aspired to do better to affect and embark change in the country. They have to make bold, decisive decisions, stay and rot or succeed. And to succeed, they must acknowledge, first of all. It’s not easy, it’s a tough task, it’s a courageous task, it’s not easy. You see how debates are happening in Parliament. Oh my God.

 

  1. Of course, with some exceptions, but generally, there’s no concern about the feelings of others. There’s no sensitivity towards the complexity of our country, and this is not the way forward. So, if you ask me, I’m going to be very frank and honest with you, then I’ll say there are things you must learn from the elders, and there are things you should never learn. You should never learn these sentiments, racial, religious bigotry, preaching hatred and division. And the courage that I’m suggesting to you, no simple answers. There will be a hundred and one issues raised by different communities and sub-communities in this country.

 

  1. I’ve travelled a lot, I’ve listened, and you have all the issues raised, you have to have patience to listen and affect change. So, I’m suggesting to you is you must make the decision and again, I’ll be honest, I somehow rather deep inside my heart, I am convinced, looking at you. These bright faces representing the future of Malaysia. I’m confident that you have made the right choice.

 

  1. Dan kalau kita pilih yang terbaik, kita harus berani. Tidak semestinya popular, kadang-kadang dibenci, ditolak, dihina, dicaci, dicaci-maki, tengok macam debat, debat Parlimen pagi tadi. Isunya sempadan di perbatasan Sabah Sarawak, yang disebutnya Perdana Menteri khianat, jual negara. Fakta belum tahu, baca malas, mengaji tidak mahu, panggil bodoh dia marah, tapi yang berlaku tidak ada perbahasan yang mempertahankan mutu dan mencari kebenaran. Kita boleh pilih untuk bergaduh dan berperang dengan Indonesia, itu negara jiran, tapi kita pilih untuk berdamai, kita pilih untuk pertahankan hak dan kawasan kita. Tapi kita juga tahu, kalau kita mahu Indonesia untuk pertahankan hak dan kedaulatan kita, kita juga harus hormat hak dan kedaulatan mereka. Itu cara kita hidup sepertimana apa yang kita lakukan hari ini.
  1. Saya mahu semua kaum hormat semua kaum lain, tapi semua kaum lain harus hormat yang lain. Dia tidak zero-sum game, dia mesti pro-cor Kita hormat, belajar hormat sebab itu di antara isu integral, pokok dan asasi. Dalam kerangka MADANI adalah untuk hormat, ihsan. Kita ini manusia, kita bukan haiwan, kita ada nilai, kita ada perasaan, kita mahu kebaikan bagi semua.

 

  1. Ini yang saya sebut sebagai usaha membawa perubahan yang lebih baik bagi negara kita. Saya letakkan ini, harapan ini umpamanya di antara acara saya yang sering saya lakukan ialah untuk meneruskan Temu Anwar dan dialog dengan mahasiswa. Semua universiti saya sudah sampai, di Universiti TAR UMT dah lambat jemput, jadi saya lambat sampai. Itu gurau sahaja. Memang betul dia lambat jemputlah Wee Ka Siong, baru sahaja saya terima jemputan. Tapi anyway, better late than never. Thank you very much.

 

  1. Jadi, premis itu kena jelas. Saya tahu mungkin dia samar, tapi saya hendak beritahu, saya cuma nak tekankan, dia tidak mudah. Kita mewakili kepentingan kaum kita, sentimen kita, daerah kita, wilayah kita. Tapi ingat kalau kita mahu Malaysia ini berjaya, dan saya yakin, lihat sahaja angka-angka, kita ada potensi yang cukup baik, kita boleh gabung dengan semua kekuatan, semua kebijaksanaan, semua kaum, semua budaya, kerencaman yang unik, yang tidak dicapai oleh banyak negara dan kita ada sikap yang lebih sederhana, kita lebih ada rasa ihsan. Banyak cerita-cerita, kisah-kisah kebaikan dan hebatnya Melayu dengan Cina, Cina dengan India, India dengan Kadazan atau Dayak. Banyak cerita-cerita yang baik kalau kita mahu kebaikan. Banyak cerita-cerita yang buruk dan bobrok kalau kita pilih untuk timbul kepermusuhan. Dan ini, mukadimah saya pada petang ini.

 

  1. Mukadimah ni maknanya permulaan, prakata. Ucapan ini habis jam 6 petang nanti. Kemudian isinya apa? Isinya itu excellence. Malaysia kalau mahu berjaya, mesti terima kenyataan bahawa kita mesti lakukan perubahan, lonjakan, pecutan bidang ekonomi, bidang sosial, bidang kemanusiaan, bidang IT, bidang apa sahaja kita harus pecut kalau tidak kita ketinggalan. Kita tidak mahu generasi ke depan ini seperti mana yang ada sekarang, harus lebih baik. Saya mahu anak-anak saya yang depan berjaya jauh lebih baik daripada apa yang saya capai. Ekonominya, pendidikannya, IT-nya, AI-nya bukan Anwar Ibrahim AI (Artificial Intelligence). Semuanya harus capai yang lebih baik. Kalau begitu, kita tumpu arah itu. Kita tumpu isu pokok ini, jangan kita diheret dengan isu-isu yang memecahkan kita.
  1. List down our priorities. You want to succeed and excel in education, you want to excel in AI and related fields, then start focusing on these issues and learn, struggle, and improve in every way possible, and that is precisely my message.

 

  1. We have to decide, and we must make the right decision, and education is of course, pivotal. So again, I must commend TAR UMT on all those colleagues who have done so much to ensure that you have that sort of not only educational facilities, but a very impressive educational facility. Thank you very much.
  1. Dalam banyak perbincangan, saya sebut umpamanya apa dia matlamat pendidikan kita. Kita ini seolah-olah pendidikan ini kerana kejutannya, pecutannya, teknologi baharunya, teknologi maklumatnya, AI-nya, transisi tenaga, terlalu pantas berubah. Jadi, kita seolah-olah hendak capai. Ini disebut ‘menggapai di langit’. Teknologi baharu, ilmu baharu, itu disebut seolah menggapai yang di langit.

 

  1. Tapi kitakan anak Malaysia. Kitakan rakyat di sini. Kitakan ada budaya kita. Kita bangga dengan tamadun kita. Kita bangga dengan sejarah kita. Kita bangga dengan negara kita. Oleh itu, sambil menggapai di langit, kita juga ‘mengakar di bumi’. Ini kekuatan kita di Malaysia yang kita anggap unik dan berbeda daripada yang lain.
  1. Kita hanya tidak kejar perubahan. Betul, kita perlu kejar perubahan. Kita perlu kejar teknologi baharu. Kita mesti menguasai AI. Tetapi kita berakar ke bumi. Kita tahu kita dari mana, kampung halaman kita dari mana, budaya kita dari mana, dan ini menyebabkan kita itu lebih terikat dengan budaya tempatan.

 

  1. Jadi saya harap universiti ini sepertimana juga langkah-langkah diambil di dalam pendidikan negara kita yang sangat berkecamuk dan merumitkan, kita bincang sistem pendidikan, kita pilih gaduh soal bahasa dan bukan sahaja satu bahasa, bukan masalah satu bahasa, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab. Sekolah-sekolah Agama ini sudah belajarnya sudah 100 ribu tahun kita warisi. Kalau kita ketepikan maknanya ini kohot ini, setengah juta ini, terus terpisah. Maka harus digarap, didakap semua. Didakap itu melibatkan kos, melibatkan perencanaan, melibatkan usaha untuk gabung supaya ada persefahaman di antara satu sama lain.
  1. Semua ini ujian yang saya tak mahu fikir sangat, ini kerja Menteri Perdidikan. Kalau dia tak fikir, negara ini jahanam. Jadi, kita serah pada beliau juga. Jadi, saya nak gunakan kesempatan ini untuk buka ruang untuk anak-anak tanya atau bagi pandangan dan kita akan kurangkan protokolnya, bangun tanya sahaja. Soalan yang susah biar YB Anthony Loke dengan YB Wee Kah Siong jawab. Kalau agak kontroversi di antara dua parti tu biar mereka selesaikan. I’m joking, tapi kalau yang mudah itu saya jawab. Kalau yang teknikal, AI dan sebagainya itu, profesor ada biar dia jawab. Alright?

 

SESI SOAL JAWAB

 

SOALAN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato’ Seri. Sihat Dato’ Seri?. Nama saya Muhammad Mahir bin Habibullah, saya tengah buat Bachelors in Data Science, year two, semester two.

Soalan saya Dato’, macam Dato’ tengok hari ini ramai student TAR UMT. So, issue yang kita orang face sekarang ini banyak kepada parking dengan perpustakaan. Tetapi Alhamdulillah, Alhamdulillah selepas arena dah ditubuhkan parking tidak ada masalah lah. Tetapi perpustakaan itu kita masih ada problem.

So, Dato’, problem dia overcrowded. So, sekarang soalan saya Dato’, boleh tidak Kerajaan bagi bantuan kewangan kepada universiti untuk tubuhkan perpustakaan baru? Terima kasih.

Tolonglah Dato, tolong, please, please.

 

JAWAPAN YAB PM

Terima kasih. Nanti saya, kita ada sedikit peruntukan yang kita luluskan. Itu terserah kepada kebijaksanaan lembaga untuk belanja, termasuk untuk sedikit tambahan perpustakaan kalau perlulah. Kalau yang lain itu kita bincang kemudian.

 

 

SOALAN 2

Selamat petang, nama saya Xiao Shen, saya belajar daripada Bachelor Degree in Nutrition. Dato’ Seri, saya nak tanya pasal kami agak risaulah tentang keputusan untuk pertukaran pinjaman PTPTN, biasiswa kepada IPTA sahaja. Sebenarnya sebagai pelajar TAR UMT, kami juga berusaha banyak sangat untuk dapat first class honours. Lagi, ramai antara kami sebenarnya datang daripada keluarga sederhana.

Jadi, saya nak tanya Dato’ Seri, adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memulangkan insentif ini kepada pelajar yang cemerlang di IPTS?

Saya ada soalan kedua, boleh tak? Sebenarnya kami menyambut baik untuk Form 6 dan matrikulasi dibawa ke KPT. Cuma kami ingin tahu bila dia akan bermula?

Terima kasih.

JAWAPAN YAB PM

PTPTN ini, kalau tanya saya, pendidikan ini sepatutnya semurah mungkin, dan kalau boleh berikan kemudahan kepada semua yang perlu bantuan. Tetapi bila kita betulkan dan kita lihat umpamanya hutang tanggungan sudah sampai puluh bilion terhutang. Jadi tahun lalu saya putuskan, Saudara Zambry ada di sini, kita kata kita beri pendidikan percuma bagi yang paling miskin. Mulai 5,000 kemudian 10,000 orang. Dan saya ada bincang juga dengan Kementerian Kewangan untuk mencari jalan untuk meningkatkan lagi bantuan untuk pelajar-pelajar miskin.

Ada yang dibangkitkan oleh anakanda tadi tentang bagaimana bagi pelajar-pelajar yang cemerlang. Betul, itu diberi juga pertimbangan. Tetapi kita kalau kita punyai masalah pada peringkat sekarang ini, kita cuba selesai ikut peringkat. Saya hanya beri jaminan, umpamanya saudara tahu dalam Kerajaan sekarang, kita keras, siapa sahaja yang sakau, curi duit, saya tidak peduli siapa. Kamu Tun, kamu Tan Sri, kamu Dato’ Sri, kalau curi duit, kita tangkap, dakwa rampas duit itu. Itu pendirian kita.

Sebab apa? Sebab macam mana boleh bocor ni? Bukan satu bilion, lima – enam bilion. Tahun lalu, 2025, sebahagian 2024, kita selamatkan 15.5 bilion ringgit, bukan subsidi 15 bilion yang kita selamatkan. Tetapi yang kita selamatkan daripada ini amalan-amalan sakau ini. I mean, satu negara tak boleh terus begini. Untuk apa? Kerana wang itu bukan untuk saya. Wang itu untuk balik kepada rakyat. Pendidikan, kesihatan, kalau tidak, kita negara kian hebat, tetapi hospital sesak, orang miskin tunggu bertahun-tahun. Kalau lagi miskin, nak pergi bedah dekat IJN, tunggu-tunggu-tunggu. Sekali heart attack, tak sempat bedah.

Jadi, kalau kita ada perasaan ihsan tadi, maka harus cari jalan untuk selesaikan. Jadi, yang itu saya terima, walaupun saya tahu kita dapat lakukan secara peringkat.

Soal Tingkatan 6 dan pra-universiti ini memang kita sudah mula tahun ini. Kita cuba laksanakan berperingkat mulai tahun 2026, kerana kita fikir sistem pendidikan kita harus juga diubah. Sekolah itu Tingkatan 5 ke bawah. Semuanya post-secondary termasuk tingkatan 6, pra-universiti itu harus di bawah kelolaan KPT. Itu dasar yang telah diumumkan, walaupun pelaksanaan itu diambil masa sikit, saya dah tekankan kepada Menteri Pendidikan. Tak ada masa, kena cepat laksanakan.

SOALAN 3

Assalamualaikum Dato’ Seri, nama saya Aiman Isnaini, saya pelajar diploma daripada Business Admin tahun kedua. Dato’, saya ada satu soalan kepada Dato’, iaitu selepas Kerajaan umumkan bahawa ibu bapa ada opsyen untuk anak-anak umur 6 tahun masuk ke Darjah 1.

Jadi, akan ada mixed in between 6 and 7 years old kids apabila mereka masuk ke dalam Darjah 1 itu. Jadi, pada masa itu akan ada terlalu ramai murid dalam satu kelas. Macam mana cikgu-cikgu nak handle murid-murid itu? Dan lagi satu, selepas pada masa depan mereka akan graduate daripada SPM, apakah rancangan Kerajaan untuk pastikan lepasan-lepasan SPM ini ada tempat dalam universiti awam bagi mereka yang layak, kerana pada masa itu pastinya akan ada surplus of SPM graduates.

JAWAPAN YAB PM

Ini untuk tahun ini, kita dah siap sediakan dana RM800 juta tambahan untuk kesediaan guru, terutamanya dan di mana perlu disegerakan tambahan bilik-bilik darjah untuk akhir tahun ini dan tahun depan.

Ada orang bertanya mengapa tukar, saya katakan negara kalau nak maju dia kena cepat buat perubahan. Kalau ambil umpamanya umur 6 tahun, hampir seluruh dunia ada beberapa pengecualian. Ambil, mula 6 tahun, umur 6 tahun, dah masuk sekolah. Kita nak tunggu 7 tahun sebab apa? Kalau kita ambil langkah ini, ada masalah dia. Apa dia masalah dia? Kewangan, masalah kesediaan guru, bilik darjah. Itu kita cuba selesaikan sedaya upaya. Sebab itu saya katakan hampir 1 bilion ringgit tambahan hanya untuk kelas-kelas ini tahun ini.

Kemudian, saudara fikir macam mana nanti dia kalau lepas 6 tahun lagi, bukan 8 tahun, 12 tahun lagi. Sekarang dia nak masuk darjah 1, esok dah Tingkatan 5, kerja, tunggulah, takpe. Apa dia fikir 10-15 tahun tu, takpelah, biar orang lain fikirlah. Yang penting you belajar, belajar rajin-rajin.

Kita tentunya mesti ada perancangan, apa akan berlaku dalam 3 tahun, 5 tahun. Kita ada ujian. Ada orang kritik juga mengapa ujian Darjah 5, Darjah 4, tak ada Darjah 6. Ini kadang-kadang keputusan kita buat untuk penilaian. Kita kena penilaian sebab ada kritikan, tak ada langsung penilaian. Jadi, anak itu masuk Darjah 1 sampai Tingkatan 4, Tingkatan 5, tak ada penilaian, kita tak tahu keupayaan dia. Jadi, Kementerian Pendidikan, pakar-pakar ada bincang, kita buat, lakukan penilaian.

Tetapi, seperti yang saudara tahu masalah, kalau sekarang Alhamdulillah kalau mahu selesaikan masalah pengangguran, masalah mencari peluang pekerjaan, ekonomi mesti kukuh, pelaburan mesti datang. Ini banyak, ramai ini pengusaha-pengusaha syarikat ini, dia mesti ada upaya untuk tarik pelaburan dan Malaysia jadi attractive destination for foreign investments dan policy kita mesti baik.

Bagaimana? Politik mesti stabil, pimpinan harus fikir tentang masa depan, perancangan yang baik, jangan sibuk bertempur. Fokus bagaimana nak bangunkan negara. Dasar mesti jelas. Orang tanya, apa dia dasar kita AI? Apa dasar tentang semikonduktor? Apa dasar tentang energy transition? Bagaimana tentang transformasi digital? Kita mesti ada dasar yang jelas. Orang datang, ini polisi kita, kita move on.

Jadi, bila ada begitu, pelaburan baru sampai. Dan sekarang kita syukur kerana, seperti saudara-saudara sudah tahu, tahun lalu pelaburan kita yang kita rekod, tertinggi dalam sejarah. Pertumbuhan ekonomi baik, pelaburan tinggi, inflasi terkawal rendah. Jadi, waktu itu peluang pekerjaan pun meningkat. Kalau anak-anak tanya, Anwar, you puas hati? Saya tak puas hati. Kerana saya rasa orang, rakyat kita mampu kerja lebih kuat. Kita harus ada tenaga-tenaga pintar, harus kemukakan cadangan lebih baik.

Saya yakin kalau dasarnya jelas, baik, kita mampu mengangkat. Kalau tanya saya, fokus sepatutnya itu. Negara ini banyak kadang terlanjur, bicara hal-hal yang remeh, bergaduh tapi tak selesai. Sekejap lagi soal, boleh, kita bincang. Saya tak kata tak boleh bincang soal-soal perasaan kaum dan agama. Kadang-kadang dia meleret-leret. It’s excessive. Seolah-olah Malaysia ini kacau bilau kerana apa? Kerana ada kuil, masalah kuil. Sat ini azan di masjid, sat ini tokong Cina. Gaduh sahaja. Padahal kita boleh cari jalan untuk selesaikan dan tumpu pada hal yang lebih besar. Itu pandangan saya.

 

SOALAN 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera YAB Dato,’ Seri saya Puteri Aina dari Bachelor of Information Security. Jadi Dato’ Seri, kita semua tahu yang dulu Dato’ Seri terkenal sebagai seorang pemimpin pelajar yang sangat aktif. So, saya di sini nak tanyalah andai kata Dato’ Seri ditakdirkan menjadi seorang pelajar universiti seperti kami pada zaman ini. Apakah isu ataupun perjuangan yang Dato’ Seri ingin perjuangkan? Terima kasih.

JAWAPAN YAB PM

Ini nak test saya ni. Ya, zaman berubah. Kalau tanya “Oh Anwar, masa saudara dahulu demonstrasilah, tuntutan itulah, soal Baling”. Ada tuntutan yang munasabah, tapi keadaan juga berubah. Kalau dulu, di kampus, menteri tidak datang. Kalau datang urusan rasmi, tak boleh macam ini. Tak berani dia. Keadaan berubah dan sekarang saya tak kawal.

Soalan apa hendak tanya, boleh. Kritik boleh. Tetapi gunakan itu untuk membangun. Bukan untuk mencerca, bukan untuk maki hamun, bukan untuk tanam kebencian. Jadi kalau tanya saya, andai kata saya anak mahasiswa sekarang, how I wish to become just a normal student. I tell you, Wee Kah Siong, you’ll be happy here. Give me a microphone and then….. You can imagine, I’m a student leader TAR UMT, Anwar Ibrahim. Happy saya. Tak ada pening-pening kepala problem yang Nga Kor Ming atau sesiapa ada bangkit isu itu, isu ini, saya tak payah fikir. Baik.

Tapi saya kata pertama, keadaan berubah. Tapi apa dia yang harus difikirkan semua? Tentunya pertama, excellence in education. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, dalam jurusan masing-masing. Tapi kita juga faham pendidikan itu bukan yang disebut penjurusan, tidak fikir hal lain. Student itu sebahagian daripada masyarakat. Dan universiti itu bukan menara gading. Terpisah daripada kenyataan. Ingat tak, bukan Sanders, apa nama yang Harvard professor dulu itu? Remember, mantan Professor Harvard yang menulis sebuah buku yang sangat mendalam. Mempertikaikan peranan universiti. Judul buku itu ialah “Excellence Without a Soul” maknanya apa? Universiti Harvard, memanglah cemerlang. Tapi dia kata tidak ada ruh, tidak ada budaya, tidak ada kesedaran. Belajar di sebelah universiti itu, orang hidup sengsara. Di sebelah sana, orang kulit hitam ditindas. Tidak mengesankan sama sekali. Tapi anak-anak itu, dia bekerja, dia nak excel, dia nak pintar, dia nak jadi golongan anggota korporat yang berjaya. Tapi tidak peduli langsung tentang kemiskinan, tentang hidup rakyat, tentang kesengsaraan, tentang negara, tentang kesatuan.

Jadi, ada kecemerlangan “Excellence Without a Soul”. Jadi, bagi saya, itu peringatan kepada kita. Apakah kita kena tinggalkan excellence? No. Mesti, universiti termasuk TAR UMT mesti menjadi mengejar untuk menjadi sebuah universiti yang ikut dalam usaha ke arah kecemerlangan. Tetapi harus ada soul. Masalah kita, masalah rakyat kita, masalah masa depan kita, masalah dasar dalam negara ini.

Itu yang saya rasa sebagai anak mahasiswa harus tolong renung bersama, belajar sekuat mungkin, berhimpun, anak Malaysia, belajar di universiti di Malaysia. Kawan dia kalau Melayu, Melayu sahaja, Cina, Cina sahaja. India, India sahaja, Dayak, Dayak sahaja. You think the country will succeed? With this sort of attitude? No, it will not succeed. Because you are not accepting the stark reality of this country. I’m not suggesting that you forsake or should i say, ignore the important of our own set of believe, your religion, your culture, your family, no, you have too. As I suggested earlier rooted in your culture and tradition. Because you are part of the society. So, I don’t accept the culture where you completely ignore the start reality of the society.

 

You want this country to survive? You make it happen. Kalau anak-anak mahu negara ini berjaya, anak-anak juga bertanggungjawab. Kalau peel dan perangai buruk, timbulkan masalah dan kebencian, negara ini tidak berjaya dan anak-anak turut bertanggungjawab kerana menempah kegagalan. Ini pandangan saya.

Jadi sekarang ini belajar sedaya upaya, bercampur, bergaul, berkawan. Fikir masa depan kita, pendidikan kita, keluarga kita. dan juga negara kita.

 

 

SOALAN 5

Selamat petang Dato’ Seri. Nama saya Yamuna Jayaprakash. Belajar Bachelor of Marketing. Soalan saya Dato’ Seri, kami sering melihat ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dalam berita, dan Malaysia seolah-olah berada di tengah-tengah persaingan ini. Sebagai pelajar, kami ingin tahu adakah dasar berkecuali Malaysia benar-benar memberi manfaat dari segi pelaburan dan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi muda pada masa depan. Terima kasih.

JAWAPAN YAB PM

Okay. Kita, dasar kita berbaik dengan semua, tidak ada “berkecuali” itu kerana mengelirukan, kerana berkecuali ini seolah-olah tidak ada pendirian. Tapi ada kaitan dengan semua.

Kemudian, saudara lihat macam urusan dagang kuat dengan Amerika Syarikat, kuat dengan negara China. Bila kita kuat dengan dua-dua, kita kena mengemudi dengan bijak. Oleh itu, kalau umpamanya dalam isu Presiden Trump datang bincang umpamanya, dan tanya saya tentang hubungan dengan China, saya kata hubungan dengan China kita baik. We are doing extremely well.

 

Jadi, jawapan kita itu mungkin tidak ikut selera mereka, tapi itu kenyataannya. Kalau umpamanya negara China, tanya saya tentang hubungan dengan Amerika, saya kata kita sebagai negara dagang, kita terpaksa bergantung dan juga bersahabat dengan negara Amerika Syarikat. Tapi pengalaman kita menunjukkan bahawa kalau kita berbaik umpamanya, negara China itu negara jiran dan negara yang penting bagi kita. Saya tidak hadapi apa-apa masalah. Dia tidak menekan kita, dia tidak mempersulitkan kerja kita, dia tidak mempersulitkan dagang kita. Jadi, ini membantu.

Apakah cukup? Tidak. Jadi, kita buka jalur. Dalam beberapa tahun ini, kita agresif ke Afrika Selatan, ke Brazil, dan kita dapat peluang-peluang baru, umpamanya telaga minyak besar di Brazil. Di Peru, dagang dengan negara-negara baru. Baru-baru ini saya baca di Parlimen tentang kenaikan perdagangan Malaysia dengan negara-negara baru, maknanya pasar baharu, pasaran baharu untuk kepentingan negara kita. Kalau ini dilakukan, ia akan mengembangkan peluang ekonomi, peluang pekerjaan. Jadi, anak-anak tentunya diminta bekerja sini tapi juga ruang buka untuk semua negara-negara lain.

Sebab itu bagi saya, fundamentals ekonomi itu sangat penting. We have to deal with all of the issues, but never ignore the importants of economic fundamentals in this country. We cannot ignore that bilateral is important. The focus must be on economic development. All policies, national policies in terms of development, unity must be geared towards strengthening the economic based and economic force.

SOALAN 6

Selamat Sejahtera Dato’ Seri, nama saya Kairos Das, from Diploma in Public Relations. So, Dato’ Seri, you seem to be answering a lot of serious questions lah. So, let me ask you a bit more casual one. What is your favourite movie in recent years that you’ve quite enjoyed?

JAWAPAN YAB PM

Okay, before that, I watched the latest football when Manchester United defeated Arsenal. I have watched a few movies, but I don’t really focus, or take them too seriously. I can’t remember, can’t recall, but I know some known stars, I watched recent movie, Denzel Washington. I can’t remember, I can’t recall maybe Hannah Yeoh maybe remember. I hear that she watches films more often than me. Okay, yes, just stand up and ask. Yang ada mikrofon bangun sahaja dan tanya.

SOALAN 7

Salam sejahtera Dato’ Seri. Nama saya Syankri Mahendran dari program Bachelors of Arts Honours English with Education. Soalan saya ialah, apakah dasar ataupun inisiatif pendidikan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya pelajar Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global? Itu sahaja. Terima Kasih.

JAWAPAN YAB PM

Apa yang tanya soalan susah-susah ini? Oh, insentif ini patutnya Profesor. President, better you answer that questions. I’m serious.

Soalannya ialah bagaimana usaha tambahan kalau dari segi kita, Kerajaan tentulah ya untuk kupon pelajaran, bantuan persekolahan, kemudian meringankan sikit sebanyak beban, tapi masih kos pendidikan itu terlalu tinggi. Saya akui ya dan kaitan dia dengan persaingan dunia terutama dari segi perniagaan, pelaburan, itu ialah mutu pendidikan kita.

Sekarang ini kalau tak salah saya 160 ribu pelajar luar negara yang belajar di Malaysia. Kalau di ASEAN atau di UK, kita Malaysia di antara negara yang amat menarik bagi pelajar-pelajar antarabangsa, and it’s great news for the country including for this university iaitu rakyat luar negara dari semua negara China, negara Arab, negara India, beratus negara yang pilih untuk datang belajar. Mesti ada tarikan. Mutu pendidikan yang pertama. Penguasaan bahasa pun begitu juga. Penguasaan bahasa penting, kita tentu ada bahasa Melayu, bahasa rasmi, tapi kita sangat terbuka penguasaan bahasa Cina, kita bagi keutamaan bahasa Inggeris, bahasa Arab atau bahasa-bahasa lain. Ini akan membantu kita dari segi meningkatkan mutu pendidikan dalam negara.

SOALAN 8

Selamat sejahtera Dato’ Seri, saya Jayren dari Foundation in Arts. Saya nak tanya, apakah nasihat Dato’ Seri kepada generasi muda di negara kita yang berhasrat untuk menjadi pemimpin negara? Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkesan? Terima kasih.

JAWAPAN YAB PM

Yang jawab itu harus jadi sudah pemimpin yang baik dan berkesan. Saya belum sampai ke situ lagi, tapi kalau saya sekadar bagi pendapat, bagi pandangan saya menyatakan pertama, tentunya dalam dunia sekarang ni ilmu penting kita boleh nilai orang dari sudut penguasaan ilmunya.

Saudara nak pimpin, ilmu harus ada, harus lebih baik daripada yang dipimpin. Dan ini menuntut kita menguasai ilmu, maknanya belajar, ada tekun, ada disiplin. Tetapi kalau ilmu sahaja tidak cukup, betapa manusia begitu-begitu rosak kerana penguasaan ilmu tapi perangainya hodoh. Maka dikaitkan penguasaan ilmu dengan nilai hidup, moral dan akhlak, kemanusiaan. Ini semua kalau saya baca sedikit lah, kalau falsafah Konfusius itu saya kuasai sedikit lah ya. Sebab saya ada banyak masa ketimbang rakan-rakan yang lain, saya di penjara banyak masa untuk baca. Jadi, di antara buku yang saya minati ialah buku-buku tentang falsafah, tentang kemanusiaan, tentang kehidupan. Jadi kalau tanya saya, selain daripada menguasai ilmu, harus ada. Kalau tidak kita dengar ceramah, kita dengar berita itu, sama saja tidak ada persiapan, tidak ada ambil usaha untuk menguasai bidang itu.

Yang keduanya, kalau kuasai ilmu itu, walaupun sukar. Kita tidak mungkin jadi specialized. A specialist in every single field dan kita akui itu. Saya selalu sebut dalam karya seorang pemikir Sepanyol yang terkenal, Ortega y Gasset, dia menulis tentang “rebellion de las masas”. Maknanya perjuangan hidup, “revolt of the masses”, dia terangkan bahaya specialization. Specialization is a must, tapi danger dia ialah you tipis dan hilang kemanusiaan kerana dia kata akan berlaku barbarism of specialization. You are so obsessed and focus on to be a specialist to the extent that you ignore humanity and understanding of human society.

 

Jadi kedua-duanya itu penting. Jadi dalam menjawab masalah ini, kita harus menguasai ilmu tapi jangan, jangan sekali-kali hilang nilai kemanusiaan. Bagaimana orang pintar lulus dengan PhD dan jadi perompak? Tipu negara. Yang curi berbilion-bilion dana negara ini, saudara ingat orang bodoh ke? Tidak. Yang curi, berapa banyak skandal dalam negara kita yang curi semua yang pintar. Tapi apa kurangnya? dia pintar dalam bidang ilmu yang khusus tapi dia hilang nilai kemanusiaan dia. Dia mengizinkan penipuan dan perompakan dan ada lagi penyokongnya yang akan pertahankan hari ini juga di negara kita. Orang yang tahu rekodnya curi berbilion ringgit masih ada orang pertahankan maknanya nilai kemanusiaan tidak ada. Jadi, belajar untuk apa? Orang begini jadi pemimpin? Jahanam negara kita. Orang ini, diamanahkan untuk menjaga dana negara, sapu habis di sakaunya. Kemudian, dipertahankan dengan pidato yang hebat, dengan kupasan analisa yang menarik dengan penyokong-penyokong yang bangang yang setia. Jadi, sebab itu bagi saya, bagi kita, bagi manusia, ilmu penting. Kemanusiaan dan nilai itu penting saya kadang-kadang bingung.

Alhamdulillah, saya sekarang Perdana Menteri, tapi saya fikir, eh bagaimana yang perasuah besar, yang curi bilion-bilion pun, orang pertahan mati-matian. Dia boleh beli undi betul. Dia boleh tipu. Tapi bagaimana?  Yang di universiti, ribu-ribu ini kita belajar apa? Ya, apa yang kita pelajari? Apa yang kita cari dalam hidup ini? Itu kita kena tanya.

Bagaimana? tengok skandal? Saya ucap tahniah memang betul Badan Penguatkuasaan, Polis, SPRM memang saya beri laluan dan saya kata, kerah. Save this country. Do whatever it takes, whatever is necessary, clean up the mess. I want this country to be known to be a country with good governance, stop the rob, stop the corruption, that should be our aim dan ini nilai. Ini dari hati nurani, bukan dari pidato ataupun janji-janji muluk, tetapi dari pancaran hati nurani, sanubari. Dan ini bagi saya matlamat pendidikan yang sangat murni dan mulia kita ada satu dua soalan lagi.

 

SOALAN 9

Dato’ Seri, Good Afternoon, Dato’ Seri, if you don’t mind, I will ask my question in English. The first question I have is just a little casual question. How was your holiday to Johor Bahru last week? I hope you enjoy your time. I was there too actually, unfortunately I did’t see you there. So, I have to ask you question. With the expansion of AI in our everyday lives, many of us are actually afraid that it will take over our jobs. So, what is the government currently doing to ensure that AI does not take over our jobs? And if Dato’ Seri, you were in our shoes today, what skills would you acquire, or what skills would you learn to stay relevant in today’s industry?

JAWAPAN YAB PM

I think this is the second time someone has asked me to become a student again, not very encouraging actually, anyway I did enjoyed my stay for a day, less a day in Johor Bahru. Sometimes people talk about spending their holidays all over the world, but interestingly, my grandkid, in particular, was so happy. They had a fabulous holiday in Johor Bahru, because they had the chance to watch JDT play. That’s one reason I think the other reason is that we went to the Zoo also the museum. It’s something exciting.

Ya tentang pendidikan ini, gen AI, 5-6 months back, I asked all my colleagues in my Cabinet and my Government Officer to read the AI paradox, gen AI paradox. These assumptions that AI brings more, it’s not necessarily always true. Which means you have to really go back basics, ensure that money is well-spent, disbursal of funds and also the economic measures, are all taken into accounts.

 

Because those evidence, I think one of the surveys done including in United Nations University in Tokyo that showed AI has not necessarily resulted in more efficient service. So, we just don’t follow the trend. We have to look and analyse, and that is why this is important.

 

The related question is, what about potential unemployment as a result? Honestly, I don’t worry too much. I trust in human ingenuity. Through good education, through innovation and creative thoughts or thinking, people find other avenues, new opportunities, new jobs, and this has been said. Even Zuckerberg’s recent article, about two weeks ago I think, where he did caution about possible problems but he did say that sometimes his age, prefer thinking of new way to resolve. I think he’s talking about USD60 billion disbursed purely for research into new AI algorithms and applications, to ensure that we remain competitive.

SOALAN 10

Thank you for giving me a chance. Good afternoon Dato’ Seri. I have a few questions to ask you, so I hope it won’t bother you too much. Sorry, because it’s quite a rare chance for us to get to ask you. So, we all heard that you always mentioned that you want to make Malaysia greater and so on. Actually, we kind of curious, how would you envision Malaysia in the future after your terms and maybe longer?

 

And also, well I’m kind of curious on what’s your opinion regarding all the recent international events, such as maybe Ukraine-Russia, China-Japan, and so on? And this one is a bit more personal, what’s your proudest moment of being the Prime Minister of Malaysia?

 

Also, this one is a bit more personal for me, sorry. Can we take a photo with you later? And also, one more thing, I think I can speak on behalf of us Malaysian here, we just want to thank you for making Malaysia such a good place for every one of us here. Thank you, sir.

JAWAPAN YAB PM

Soal masalah antarabangsa, kita ada pendirian kita lah, sama ada Ukraine ataupun masalah ketegangan di China, Jepun. Kita ada pendirian kita, kerana kita punyai dasar yang jelas pertahankan kebebasan, hormat hak negara masing-masing. Tetapi kita juga tahu keterbatasan kita. Macam soal Gaza, bagi saya, saya bagi pandangan yang agak keras, tegas. Kerana mana mungkin 2026, kita bercakap soal hak asasi, kemanusiaan, kebebasan sejagat, dan orang kena bom mati hari-hari, doesn’t concern us.

Sebab itu, kalau masa di Germany, dengan Chancellor Jerman, saya tanya dia, mana hilang kemanusiaan kita? Di mana hilangnya kemanusiaan kita? Itu, hal-hal yang kita kena buat. Tapi kita harus tahu had kita, supaya negara kita selamat. Kalau tanya saya apa keutamaan kita? Tentunya jaga negara bagi lebih selamat.

Jadi, tentang wish for the future, well, you asked me, I think what we need to do now is to focus to make sure that we get ourselves prepared, cleaned up. To me, it’s very important. If we are struggling to change, right, to affect change, better governance, better education policy, and health, all of these is necessary. Yes. But, if the system is so corrupt, people start stealing money here and there, leakage here and there, it makes things so complex. That is why we have given free hands to all the enforcement agencies, to just continue full speed to stop this rot. Hopefully, we can you know, then begin to refocus on major issues. I mean, notwithstanding that, our Ministers, our colleagues have been doing their best in other fields. I mean, we don’t wait to clean up, and then nothing is being done. We have to continue to do whatever we can but at the same time, we make sure that we do not condone these excesses.

 

Because I come from a generation, I’ve seen for myself money being stolen, things are being tolerated for far too long. And it becomes systemic, you know when you say endemic corruption is bad, when you mentioned systemic, it becomes part of the system. And you want to clean up, means it takes a lot of strength and courage to do that, to affect some change. So, Alhamdulillah, at least we have seen some major actions but you know, you must respect due process, you must allow the due process, but you cannot delay. That is one issue I think.

 

Then you asked about future. Future means first, get political stability, that’s very important to my mind. Young members of the audience, please remember this. You can talk about everything but if there is no stability in this country, for a multiracial, multicultural society, we are damned. So, make sure you do your best to ensure there is stability and security. Now with that frame, clear policies, so that you know, and I know and the system understand the needs to craft policies. What is our general economic policy? Then I mentioned digital transformation, or energy transition, we know exactly the way forward. And that to my mind, is critical.

SOALAN 11

Terima kasih Dato’ Seri atas peluang emas ini untuk saya tanyakan soalan. Lama saya tunggu, but the wait is worth. Nama saya Ng Teng Yee, belajar Degree dalam Media Studies, year 2, semester 3. Soalan saya adalah dengan penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai sebuah badan kawal selia kendiri, adakah pihak Kerajaan mempertimbangkan untuk mengkaji semula ataupun memansuhkan undang-undang media sedia ada tertentu bagi mengelakkan pertindahan peraturan serta memperkukuh peranan majlis tersebut dalam memartabatkan kewartawanan profesional? Terima kasih Dato’ Seri.

JAWAPAN YAB PM

Good question. Maknanya cadangannya ialah supaya media kita lebih bebas, lebih profesional di bawah Majlis Media, saya setuju. Cuma boleh jadi esok Jemaah Menteri, saya akan tanya Menteri Komunikasi apa dia masalah dia lagi. Tapi prinsip dia kita setuju.

Kita harus terus maju, maknanya walaupun sukar kadang-kadang. Bila kita sebut kebebasan media, kadang-kadang penuh dengan yang lucah, dengan adegan seks anak muda dan kemudian penghinaan orang, kaum, ada masalah. Jangan kita remehkan masalah yang harus kita tangani. Tapi harus ikut jalur hukum, jalur undang-undang.

Kalau kita kata kebebasan mutlak pun ada masalah. Saya setuju kita beri kebebasan kerana negara sudah kian matang. Ini bukan negara tahun 50-an atau 60-an, kita ada masalah kita guna ISA. Saya pun dah kena banyak kali ISA. Tapi sekarang negara sudah merdeka, bebas, jadi kita harus beri ruang. Cuma kita juga tahu, kita kena pupuk anak-anak. Boleh tak kita beri ruang dan orang maki hamun? Cerca satu kaum, hina kepercayaan agama dia, dan hari-hari menimbulkan masalah takut. Bila orang takut dengan satu kaum, satu kepercayaan agama, ini bukan boleh mendidik dan boleh menyelamatkan negara kita.

Jadi, ada hal-hal itu di mana rakyat itu harus bangkit, harus sedar. Kalau tidak nanti jadi masalah saudara-saudara. Itu satu. Tapi bila saya sebut ini, saya bukan nak berikan kekangan. Tidak. Negara mesti maju dengan peredaran masa. Harus beri ruang lebih terbuka, orang boleh tegur, boleh bagi pandangan. Tapi mesti ada juga satu ruang di mana kecelaruannya ataupun ketelanjuran itu juga dibetulkan. Kalau tidak, tidak akan dibetulkan.

Sekali lagi anak-anak yang dikasihi sekalian. Terima kasih atas kesabaran dan saya ucap semoga jaya. Terima kasih banyak.

PENGUMUMAN

Ada pengumuman singkat. Sepertimana kita telah umumkan, semua badan-badan atau yayasan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, kalau tujuannya untuk pendidikan, sepertimana Yayasan TAR, kita luluskan pengecualian cukai 10 tahun.

Share: