VERBATIM: WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS

18 November 2025

PERTANYAAN    :       WAKTU    PERTANYAAN    –   PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DARIPADA         :        TUAN JIMMY PUAH WEE TSE  [ TEBRAU ]

TARIKH                :      18 OKTOBER 2025 (SELASA)

 

 

SOALAN

 

Minta PERDANA MENTERI menyatakan nilai Ringgit Malaysia kini berada pada paras paling tinggi dan mengukuh berbanding USD dalam hampir 4 tahun. Apakah punca utama yang mendorong penguatan Ringgit Malaysia dan bagaimana kenaikan Ringgit ini dapat membantu pembangunan ekonomi secara keseluruhan khususnya kepada manfaat rakyat.

 

JAWAPAN

 

  1. Terima kasih Tebrau. Saya hendak jawab agak tawaduk sikitlah. Ringgit dan kekuatan ekonomi ini ada kekuatan dalaman, domestik dan juga ada juga pertimbangan global atau antarabangsa dan dalam hal ini keputusan Amerika Syarikat, Fed untuk naikkan faedah itu turun itu juga ada kesan itu saya tidak nafikan. Tetapi kalau kita lihat angka di Malaysia ini kenaikan itu sangat meyakinkan kerana seperti mana kita tahu bukan sahaja kekuatan ringgit, kerana ringgit ini dia kaitan dengan confidence, keyakinan umpamanya kalau prestasi mata wang asing ketimbang USD Ringgit Malaysia itu 8.21% itu agak tinggi sehingga 14 November. Kalau dengan Australia 5.66, Taiwan 5.26, termasuk Yuan China dan Dollar Singapura.

 

  1. Jadi, apa alasan dia? Kalau dari segi domestik, tentunya kerana dasar-dasar yang kita lakukan. Daripada awal, umpamanya penyasaran subsidi. Maknanya, penggunaan dana untuk memberi subsidi yang kadang-kadang tidak memberikan faedah langsung kepada rakyat bawahan. Itu kita dah hentikan. Sebab itu penyasaran subsidi termasuk minyak RON 95 itu memberi kesan yang sangat positif. Walaupun ada beberapa orang kurang puas hati tetapi nampak rakyat sambut baik. Termasuk baru-baru ini bila saya tengok ke Sabah, rakyat senang sekali dengan penurunan harga minyak.

 

  1. Tapi yang penting Yang Berhormat Tebrau ialah kalau kita lihat keseluruhan figure kerana langkah-langkah yang diambil termasuk fiskal disiplin, defisit diturunkan. Dia bukan mudah, maknanya kita nak mengembang tetapi dalam belanja yang lebih untuk pembangunan, sekolah, pendidikan dan kesihatan dan infrastruktur, defisit diturunkan. Dan ada yang tegur, termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan, bila kita kira pertimbangan pembangunan, kita masukkan permainan peranan GLICs dengan GLC. Ini seolah-olah tidak wajar, tidak benar.

 

  1. Sekarang ini, apa yang kita lakukan dalam Tan Sri Yang di-Pertua menarik. Sebab, kita mulakan masukkan kerana kalau program Khazanah, dia ikut program rencana kita. Termasuk katalah belanja untuk taman warisan. Walaupun dana Khazanah, tapi termasukkan kerangka kita. Jadi sekarang ini, Korea pun ikut sama. Beberapa negara Eropah termasuk UK dah ikut sama. Maknanya keputusan kita itu, keputusannya wajar, yang tidak bertentangan. Walaupun adalah ahli-ahli ekonomi kita yang mempertikai.

 

  1. Satu angka yang sangat menarik, yang saya nak sebut di sini Tebrau ya. Iaitu, defisit kita dulu ini memang jadi masalah. Tetapi pada tahun 2025 angka suku ketiga, kita pertama kali dapat lebihan dan tidak lagi defisit setelah 14 tahun. Setelah 14 tahun defisit perkhidmatan sekarang defisit dapat dilepaskan dan ada lebihan untuk perkhidmatan sahaja 0.7 bilion ringgit, suku ketiga. Setelah 14 tahun. Ini kerana perancangan ekonomi kita.

 

  1. Begitu juga kerana current account balance itu juga positif. Dalam third quarter,2 peratus. Jadi saya tidak bermaksud untuk mengulangi semua program-program yang kita kenalkan. Tapi inilah mananya fiskal disiplin, disiplin fiskal dan juga pengurusan negara yang lebih teratur, dasar-dasar yang itu membantu memberi keyakinan sehingga Ringgit, seperti mana yang saya sebut, punyai prestasi terbaik seluruh Asia.

 

SOALAN 2 – SOALAN TAMBAHAN 1: YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE [TEBRAU]

Saya ingin mula dengan mengucapkan taniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana telah berjaya menguruskan kewangan negara dengan begitu berhemah dan baik. Saya ada dua soalan, Yang Amat Berhormat.

Satu, pengukuhan ringgit lazimnya telah menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan. Maka, apakah sektor strategik yang Kerajaan lihat akan menerima inflow pelaburan paling cepat hasil trend ini? Dan apakah langkah tambahan Kerajaan untuk memastikan sektor-sektor ini memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan dan gaji rakyat?

Soalan kedua, Kerajaan MADANI sekarang sedang melaksanakan subsidi bersasar dan pembaharuan struktur fiskal dan ekonomi negara. Dengan ringgit mengukuh, bolehkah Yang Amat Berhormat memberikan sedikit perincian bagaimana penyelarasan antara pengukuhan mata wang, reformasi subsidi dan dasar gaji progresif dapat meringankan beban rakyat secara langsung dan memastikan harga barangan terus kekal stabil. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

 

JAWAPAN

Terima kasih, Tebrau. Yang pertama yang saya sebutkan tadi, fokusnya tentu ikut Strategi Ekonomi MADANI, Industrial Master Plan, Digital Transformation, Energy Transition, National Semiconductor Strategy. Itu di antara yang lain yang fokus. Tetapi hasilnya yang paling besar ialah sektor perkhidmatan dan pelancongan. Sebab itu saya bagi angka-angka, lebihan pertama kali dalam tempoh 14 tahun. Baik, data center umpamanya, bila kita umumkan dulu, sekarang bila dah berkembang, data center itu ada sedikit faedahnya ataupun keistimewaannya. Kerana sementara dia ada import, sebaik sahaja siap dia export itu agak tinggi. Jadi kita dapat lihat umpamanya di angka. Sebab itu kita lihat tengok lebihan dari segi sektor perkhidmatan, kemudahan dan hasil yang di-export daripada import awal itu telah menunjukkan prestasi sangat baik.

 

Soalan yang keduanya iaitu perincian, saya dah sebut tadi satu sektornya, tetapi concern kita adalah apakah dengan penguatan ringgit ini sepatutnya mengurangkan kos? Umpamanya di sektor penternakan. Paling tinggi harga ialah import makanan untuk barang ternakan, animal feed. Tetapi kita tak nampak sangat penurunan walaupun inflasi itu menurun, ya inflasi kita sangat rendah. Apa masalah kalau kita banding ketimbang Amerika Syarikat? Pengangguran tinggi, inflasi tinggi, jadi ada masalah. Kita pengangguran rendah, inflasi rendah, jadi pengurusan kita lebih mudah dalam konteks itu.

 

Cuma sekarang ini, menangani permasalahan rakyat dari segi kos sara hidup itu, ada dua cara. Pertamanya, penguatkuasaan harus lebih berkesan. Dan ini dilakukan oleh KPDN iaitu memastikan syarikat-syarikat yang mengimport termasuk barang perubatan, hospital-hospital swasta. Walaupun hospital-hospital swasta mengatakan kos perubatan yang tinggi itu, harga ubat itu kerana import dia lebih awal, tapi kita harus pantau. Kalau import dia sekarang, kos itu jauh harus lebih rendah supaya tidak membebankan rakyat. Jadi satu, penguatkuasaan. Yang kedua ialah mengambil langkah-langkah seperti Jualan Rahmah dan sebagainya dan memberikan gambaran tentang kedai-kedai atau toko-toko yang memberikan harga yang relatif lebih murah. Itu boleh mengurangkan beban rakyat kerana tidak adil. Bila import itu dah turun, turun itu besar, bukan turun kecil, tetapi harga barang belum turun dengan setimpal.

 

YB DATUK HAJI AWANG HASHIM [ PENDANG]

SOALAN

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hari ini dapat bertemu lagi. Saya nak kaitkan soalan YB Tebrau ini berkenaan, saya nak merujuk kepada Joint Statement on the United States-Malaysia Agreement on Reciprocal Trade. Dia kaitan dengan wang ringgit kita, bertarikh 26 Oktober 2025 sebab Menteri, masih Menteri, YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pun dah beritahu kita still, we still got ample time to review and revise, Agreement on Reciprocal Trade (ART) between Malaysia and United States ini. So, patutlah kami pandang, kami bagikan pandangan kami supaya Sekurang-kurangnya ada loophole untuk kita tambah baikkan. Ini yang kita minta, kita nak sentuh ART ini.

 

Jadi pertamanya, kita tengok pada 26 Oktober 2025 ini, Department of Treasury and Bank Negara Malaysia pada 28 Oktober 2025, saya ingin mendapat penjelasan. Penjelasan jelas daripada kerajaan, pertamanya adakah benar bahawa melalui ART ini, Malaysia kini tertakluk kepada komitmen untuk tidak lagi menggunakan kadar pertukaran ringgit sebagai alat daya saing ataupun “competitive purposes”. Jika ya, ini bermakna Malaysia telah menerima satu bentuk policy restraint yang secara langsung menghadkan ruang untuk melindungi sektor ekonomi, untuk melindungi sektor eksport dan industri domestik ketika berdepan tekanan ekonomi global, itu yang pertama.

 

Yang keduanya, adakah benar bahawa institusi pelaburan milik kerajaan termasuk dana pencen, dana amanah, dan agensi pelaburan strategik tidak lagi boleh membuat keputusan pelaburan luar negara yang berpotensi memberi kesan kepada pertukaran ringgit? Sekiranya betul, ini adalah satu bentuk kawalan luar terhadap keputusan pelaburan berdaulat sovereignty investment decision dengan izin, yang mana ini dalam negara kita sendiri, Tan Sri Yang di-Pertua.

 

Yang ketiganya, adakah kerajaan mengesahkan bahawa ART ini Bank Negara Malaysia komited untuk mendedahkan maklumat sensitif berkaitan jumlah bersih pembelian dan penjualan mata wang asing, maklumat strategik yang biasanya dirahsiakan demi kestabilan pasaran kepada Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat sahaja?

 

Jika benar, tidakkah ini membuka ruang kepada ketidakseimbangan maklumat, information asymmetry yang merugikan Malaysia dalam rundingan ekonomi akan datang? Saya ingin bertanya secara terus terang, adakah ART ini menyebabkan Malaysia kehilangan sebahagian kuasa untuk mengurus dan mempertahankan dasar nilai ringgit mengikut kepentingan nasional sendiri atau bahasa mudahnya, adakah kita sedang menyerahkan sebahagian monetary policy space kepada pihak luar atas nama kerjasama timbal balik? Kita nak melihat ini.

 

Kerajaan perlu menjawab secara telus kerana implikasinya berkait terus dengan kedaulatan ekonomi, kebebasan monetary, dan keupayaan Malaysia untuk mengurus kestabilan ringgit pada masa hadapan. Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

 

JAWAPAN 

Tan Sri Yang di-Pertua,

Terima kasih, saya dengar dengan teliti pandangan YB Pendang. You see, Dr. Watson, the devil is of course in the details. Betul, Jadi kalau kita lihat umpamanya, cara perinci, ada yang mengatakan shall consult, maknanya wajib consult. Saya bagi contoh, rare earth, shall consult. Itu consult lah. Wajib, tak boleh buat. Itu tafsiran kamu. Bukan, YB Pendang, tafsiran orang lain yang pandai. Tapi sebenarnya yang berlaku, mereka kata mesti consult dan mesti dapat kelulusan Amerika. Kita bawa Korea ke Kuantan, kita maklum kan, tapi kita ambil. Itu super magnet yang maknanya satu aspek yang lebih tinggi daripada Lynas itu.

 

Kemudian kita berunding, syarikat PETRONAS, Khazanah sedang berunding dengan negara China untuk proses rare earth. Dia kalau cakap dia tengok umpamanya shall consult Amerika soal rare earth, panik semua. Saya kata, tengok apa yang berlaku, yang berlaku kita teruskan. Undang-undang itu, shall consult, dia suruh inform. Takpelah inform. Saya inform dengan negara China, kita dah buat dengan ni dengan Amerika, kita buat dengan ni dengan Korea, ni dengan Lynas semasa saya bincang dengan Premier Li Qiang.

YB Pendang, tidak ada percanggahan dari segi itu. Sebab tu membaca YB Pendang, dia kena baca yang lain-lain. Saya setuju bahawa tekanan dari Amerika itu relatif lebih besar. Bukan sahaja kepada kita, kepada semua, satu dunia. Kerana kita tidak mahu dikenakan tarif  yang terlalu tinggi. Oh, ini soal kemerdekaan, maruah, soal gadai. Tak betul. Sebab, saya bagi contoh, rare earth di antara yang paling sensitif. Baik, kemudian, semikonduktor, E&E, itu yang dua yang dianggap sangat menekan Amerika Syarikat.

Jadi kita setuju. Apa yang kita setuju? Kalau syarikat tu syarikat Amerika, dia kata kita tak boleh langsung eksport cip ke negara China. Tak apalah, pelaburan dia. Datang Malaysia syaratnya tak boleh eksport ke negara China dan kita bagi kerjasama. Saya tidak ada masalah. Baik, tetapi ada pelaburan dari Jerman ataupun dari China untuk hasilkan cip dan eksport ke China, boleh? Kita kata boleh. Itu yang kedua.

Yang ketiga ni yang disebut tentang Ringgit. Tak boleh local currency atau denomination. Baik, dalam perbincangan itu yang dikatakan akan sebagai satu rencana untuk sabotaj ekonomi Amerika. Saya setuju. Bukan maksud kita nak sabotaj ekonomi Amerika. Tapi jalan tidak Local currency denomination dalam trade dengan China? Jalan, dengan Thailand? Jalan, dengan Indonesia? Jalan. Diteruskan atau tidak? Diteruskan. Jadi pasal apa nak marah kita pasal ART, gadai apa? Masih berjalan. Dan cuma, Amerika kata boleh dalam itu, shall consult memaklum. Kita maklumlah.

Tetapi kalau dipikirkan untuk nak teliti satu dua perkataan, saya tak ada masalah, saya tidak ada masalah. Cuma saya tidak setuju mengatakan kita gadai, kita tak teliti. Tiga contoh ini, Tan Sri Yang di-Pertua, paling penting. Rare earth, Semiconductor, Currency kerana ini yang diberi penekanan besar. Yang lain tu, soal import daging semua tu, sayur kecil. Yang ini besar. Tapi, tiga-tiga ni saya bagi contoh.

Sekarang, semalam saya ada mesyuarat dengan Khazanah, maklum kepada PETRONAS mengenai progress dia menubuhkan syarikat kerjasama, usaha sama dengan negara China, soal rare earth. Itu masalah kadang-kadang kawan-kawan kita di sebelah sana dia tak dengar. Kalau betul kita terikat dengan ART, YB Kubang Pasu, kita tak boleh teruskan dengan negara China, rare earth. Tapi kita buat. Jadi, ini berlaku kalau nak tengok, okey kita boleh bagi, kita update. Kalau YB Pendang katanya, bagi maklumat kepada pembangkang. Saya boleh bagi, saya tak ada masalah. Sebaik sahaja esok dimetrai, kita teruskan.

Dagang dengan Amerika ini sekarang rencana besar untuk pelebaran Sungai Perak untuk memenuhi keperluan air Sungai Perak, dan ke Bukit Merah, ke Kerian, dan ke Pulau Pinang. Itu sepenuhnya dengan negara China. Apakah Amerika mahu dimaklum? Kita boleh maklum. Apakah yang menghalang kita bekerjasama dengan negara China? Tidak ada. Jadi sebab itu, sementara boleh kritik, saya terima. Kawan-kawan kita pun ada yang kritik. YB Arau lagi kuat kritik. Tetapi, kenyataannya ialah dia tidak menghalang. Jadi, bila buat tuduhan, menggadai. Tidak betul. Saya beri tiga (3) contoh ini, Tan Sri Yang di-Pertua, ini saya sebut di sini dan boleh dipantau.

Apakah ada rare earth company yang baru dengan negara lain yang tidak disenangi oleh negara China? Jawapannya ada. Semiconductor ada, currency ada. Jadi soal consultation dengan Bank  Negara Malaysia, saya nak beritahu, Artikel 4 IMF. Artikel 4 IMF tu adalah ruang untuk IMF mengadakan rundingan dengan Bank Negara  Malaysia setiap tahun. Ini diputuskan sejak Merdeka, sejak kita jadi anggota IMF dulu. Sebelum saya jadi Menteri Kewangan, saya Menteri Kewangan sampai sekarang, termasuk semasa Perikatan Nasional (PN) jadi pemerintah. Dia ada Artikel 4 IMF tu runding. Dan IMF tu maknanya siapa yang tentukan? Amerika Syarikat. Runding, bagi pandangan, bagi teguran, bagi kritikan. Tapi kita Bank Negara Malaysia masih bebas menentukan dasar dia.

Jadi janganlah kita ambil umpamanya dan membuat suatu tafsiran yang tak ta’ing. Tak boleh longgar dah. Itu saya rasa perlu diberi penjelasan. Yang terkait juga ialah tentang pendirian kita. Amerika tidak setuju malah dalam rundingan itu, walaupun tidak dalam peruntukan rundingan, Presiden Donald Trump telah memberi amaran, negara-negara tidak boleh bekerjasama dalam BRICS. Kita hadir semua program BRICS. Kita telah menjadi anggota jemputan BRICS. Rusia, negara China, Brazil dan South Africa menyokong penyertaan kita dalam BRICS. Hari ini saya ke Afrika dan daripada Ethiopia ke South Africa. Pasal sidang parlimen pula, kalau saya boleh jemput YB Pendang dalam delegation. Insya Allah masuk YB Pendang masa depan.

Baik, South Africa tu G20 YB Pendang. G20 Amerika bagi arahan boikot. Amerika tidak akan hantar mana-mana pegawai. Dia tidak setuju. Tapi kita pergi atas undangan Presiden Cyril Ramaphosa, saya pergi. Jadi tolong beri pertimbangan. Sementara boleh berbeda pendapat dari segi tak perlu kita terlalu baik dengan Amerika atau berdagang dengan Amerika, itu pandangan. Tetapi tidak wajar untuk menyatakan kita menyerah kepada Amerika Syarikat. Saya pergi kerana Amerika sangat keras soal tiga yang perkara yang saya sebut dan sangat tegas menentang penyertaan dalam BRICS dan kita belum meninggalkan mana-mana sidang BRICS yang utama sama ada saya atau YB Menteri Luar Negeri atau YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hadir.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 3: YB DATO’ DR. ZULKAFPERI HANAPI

[ TANJONG KARANG ]

Terima kasih Tan Sri Speaker,


Merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas kejayaan Tambun mengukuhkan nilai ringgit dan menjadikan antara yang prestasi yang terbaik di Asia. Tanjong Karang juga ingin mendapatkan penjelasan terdapatnya pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa pengukuhan ringgit ini hanyalah bersifat sementara dan sebahagiannya didorong oleh good alignment, dengan izin, Malaysia dengan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini, mungkin terkait dengan perjanjian ART.

 

Jadi persoalannya, adakah ringgit benar-benar kukuh atas kekuatan fundamental economy Malaysia atau hanya dipacu oleh langkah-langkah sementara seperti syarikat-syarikat besar tempatan yang terpaksa meningkatkan pegangan ringgit masing-masing?

 

Dan sejauh manakah kerajaan boleh menjamin kestabilannya dalam jangka sederhana dan jangka panjang? Terima kasih.

 

JAWAPAN

Terima kasih, Tanjong Karang.

Dia dalam kerangka ekonomi ini, kita lakukan yang sebaiknya. Apakah dijamin selama-lamanya? Itu terserah kepada dasar kita. Apakah kerajaan itu, negara itu aman, kerajaan itu stabil, dasar-dasarnya itu, dasar fiskal, Belanjawan yang dianggap munasabah. Itu kalau untuk jawapan, saya jawab insya-Allah kita akan teruskan.

Kalau kita teruskan, dia akan menambah keyakinan. Walaupun tadi saya kata saya lebih tawaduk menyatakan bahawa ada juga faktor global. Umpamanya, orang suka atau tidak suka, FED, keputusan Amerika, Perbendaharaan Amerika, dia menetapkan kadar. Itu penetapan kadar di Amerika, di Washington D.C. itu akan melibatkan kekuatan kewangan seluruh dunia.

Memang benar. Naik, turun ada kesan. Sebab itu, buffer nya ialah kekuatan domestik. Sebab itu, saya tegaskan Tan Sri Yang di-Pertua domestic resilience, daya tahan domestik itu penting. Apa-apa pertimbangan yang di luar, walaupun kita ambil sedikit perkiraan, tetapi kita uruskan. Negara harus ditadbir dengan bersih. Dasar mesti wajar dan hala tuju yang jelas. Pelaksanaan harus efisien. Maknanya, seluruh kekuatan kerajaan itu ke arah itu.

Dan ada beberapa langkah yang dianggap kurang popular, seperti penyasaran subsidi secara berperingkat. Kita harus berani melakukan.

Tetapi dalam masa yang sama, kita pada mulanya bila diberikan macam STR, SARA, itu tidak senang dianggap populis. Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, menariknya beberapa negara Eropah dan sekarang Amerika baru umumkan akan berikan bantuan ala SARA kepada rakyat dia. Jadi, dulu kita diserang sebagai tindakan yang populis. Tapi saya jawab, tindakan ini harus mengurangkan beban rakyat.

Jadi mudah-mudahan, kalau ikut persoalan yang dibangkit oleh Tanjong Karang, kita mesti jelas jangan tinggalkan landasan dasar kita, iaitu menentukan dasar-dasar yang beri faedah kepada negara dan rakyat diteruskan dengan tegas.

Share: