Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : MAJLIS PELANCARAN KORIDOR SARAWAK - SARAWAK CORRIDOR OF RENEWABLE ENERGY (SCORE)
Lokasi : BINTULU PROMENADE, SARAWAK
Tarikh : 11-02-2008
 
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA



YAB PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD

KETUA MENTERI SARAWAK



YB MENTERI-MENTERI KABINET PERSEKUTUAN



YB MENTERI-MENTERI KABINET NEGERI SARAWAK



AHLI-AHLI YANG BERHORMAT



PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN



DIF-DIF KEHORMAT



TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKELIAN



1. ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIA-NYA JUA, MAKA DAPAT KITA BERKUMPUL DI MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI. SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA RAKYAT DAN PUCUK PIMPINAN NEGERI SARAWAK DI ATAS USAHA GIGIH MEREKA UNTUK MENJAYAKAN ACARA PELANCARAN YANG GILANG-GEMILANG INI.



2. SARAWAK BUMI KENYALANG SEMEMANGNYA SEBUAH NEGERI YANG BEGITU BERTUAH DAN ISTIMEWA. PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI YANG PESAT TELAH DAPAT DIKECAPI, DIMUNGKINKAN OLEH BARISAN KEPIMPINAN YANG CEKAP DAN KEKAYAAN SUMBER ASLI YANG MELUAS. DI SAMPING ITU, KEPELBAGAIAN BUDAYA, WARISAN DAN KHAZANAH ALAM MENJADIKAN SARAWAK NEGERI YANG BEGITU INDAH LAGI MENAWAN.



3. ASPIRASI KITA BAGI NEGERI SARAWAK ADALAH SUPAYA EKONOMINYA DAPAT TERUS BERKEMBANG DENGAN MAJU; SUPAYA RAKYATNYA BEBAS DARI BELENGGU KEMISKINAN DAN TERUS HIDUP DALAM KEADAAN MAKMUR DAN SEJAHTERA. KITA MAHU RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN PEDALAMAN DAPAT SAMA-SAMA MENIKMATI PEMBANGUNAN, SEIRING DENGAN KAWASAN-KAWASAN MAJU YANG LAIN.



4. DI ATAS KESEDARAN TERSEBUT, MAKA KITA TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MELUASKAN KONSEP KORIDOR PEMBANGUNAN WILAYAH KE NEGERI SARAWAK. KORIDOR SARAWAK MERUPAKAN PELENGKAP KEPADA EMPAT KORIDOR PEMBANGUNAN WILAYAH YANG TELAH DILANCARKAN DI WILAYAH SELATAN, UTARA DAN TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA, DAN JUGA DI SABAH BARU-BARU INI.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



5. PADA HARI YANG BERSEJARAH INI, KITA AKAN MEMULAKAN TRANSFORMASI SARAWAK KE ARAH SEBUAH NEGERI YANG BEGITU MAJU LAGI SEJAHTERA. PELAN PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK YANG AKAN DILANCARKAN PADA HARI INI, AKAN MELETAKKAN ASAS KUKUH BAGI MELAKSANAKAN SATU LONJAKAN BESAR KE ARAH MENGANGKAT EKONOMI SARAWAK KE TAHAP PENCAPAIAN YANG LEBIH TINGGI LAGI.



6. SEBAGAI RAKYAT SARAWAK, SAUDARA-SAUDARI SEKELIAN AKAN DAPAT MENIKMATI SENDIRI SEGALA MANFAAT DAN FAEDAHNYA. MENJELANG TAHUN 2030, APABILA TAMAT TEMPOH RANCANGAN, ANAK-ANAK BUMI KENYALANG AKAN DAPAT BERDIRI TINGGI, MEWARISI NEGERI YANG MAJU DAN MAKMUR; CEMERLANG DAN TERBILANG; TERKENAL BUKAN SAHAJA DI RANTAU ASIA, MALAH DI SELURUH DUNIA.



7. PEMBANGUNAN YANG INGIN KITA AKAN BAWA MENERUSI KORIDOR SARAWAK ADALAH PEMBANGUNAN YANG BERSIFAT “BROAD-BASED”, MERANGKUMI PEMBANGUNAN EKONOMI, PERINDUSTRIAN DAN MODAL INSAN. DENGAN ITU, KORIDOR SAWARAK MERUPAKAN SATU RANCANGAN PEMBANGUNAN YANG KOMPREHENSIF DAN TERSUSUN RAPI.



8. MATLAMAT KITA ADALAH UNTUK MEMBAWA PEMBANGUNAN KE SELURUH PELOSOK NEGERI SARAWAK; MENJANA DAN MENGAGIHKAN PELUANG-PELUANG BERMUTU SECARA MELUAS; DAN MEMASTIKAN AGAR RAKYAT SARAWAK DAPAT MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI, YANG DIAGIHKAN SECARA LEBIH RATA DAN SAKSAMA. MATLAMAT KITA ADALAH UNTUK MENDIDIK DAN MEMBUKA PELUANG UNTUK RAKYAT SARAWAK – KHUSUSNYA DI KAWASAN PEDALAMAN DAN KAWASAN YANG KURANG MAJU — UNTUK TURUT SERTA DALAM EKONOMI MODEN.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



9. BAGI MEMACU PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN DI SARAWAK, KITA HARUS MEMANFAATKAN KELEBIHAN-KELEBIHAN NEGERI INI. SESUNGGUHNYA, SARAWAK BERTUAH KERANA TELAH DIANUGERAHI PELBAGAI SUMBER ALAM YANG BOLEH DIGUNAPAKAI BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN.



10. UMPAMANYA, WILAYAH TENGAH SARAWAK MEMPUNYAI PINGGIR LAUT YANG PANJANG SERTA KAWASAN TANAH SUAI TANI YANG BESAR; INI MENGGALAKKAN INDUSTRI PERIKANAN, PERTANIAN, DAN PERLADANGAN. KAWASAN INI JUGA TERDAPAT SUMBER GALIAN SEPERTI PETROLEUM, GAS DAN SILICA YANG DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MENGEMBANGKAN PERINDUSTRIAN SECARA BESAR-BESARAN. KAWASAN INI JUGA KAYA DENGAN SUMBER-SUMBER TENAGA ASLI – TENAGA HIDRO, ARANG DAN GAS ASLI – YANG DAPAT MENJANA TENAGA BAGI TUJUAN PERINDUSTRIAN ATAU DIMAJUKAN SEBAGAI SATU INDUSTRI EKSPOT.



11. ATAS DASAR TERSEBUT, KITA TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA KORIDOR SARAWAK AKAN DIBANGUNKAN DI WILAYAH TENGAH SARAWAK — MERANGKUMI KAWASAN BINTULU, KAPIT, SIBU, MUKAH DAN SARIKEI. KAWASAN INI MERANGKUMI 70,708 KM PERSEGI, IAITU 57 PERATUS NEGERI SARAWAK, DAN MERUPAKAN ANTARA KORIDOR PEMBANGUNAN YANG TERBESAR DI DALAM NEGARA.



12. SEHINGGA KINI, POTENSI WILAYAH TENGAH UNTUK DIBANGUNKAN MUNGKIN TIDAK DAPAT DICAPAI AKIBAT KEMUNDURAN DAN BILANGAN PENDUDUK YANG KURANG. JIKA PEMBANGUNAN DAPAT DIBAWA KE KAWASAN INI, MAKA IMPAK EKONOMI DAN SOSIAL YANG TERBESAR AKAN DAPAT DIRAIH. “SPILL-OVER BENEFITS” DARI PEMBANGUNAN DI KAWASAN INI JUGA DAPAT DISALURKAN KE KAWASAN-KAWASAN LAIN DI SARAWAK. INI TENTU AKAN MENGUNTUNGKAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT DI SELURUH CERUK NEGERI.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



13. TENAGA MERUPAKAN TERAS UTAMA KORIDOR SARAWAK DAN MERUPAKAN ELEMEN TERPENTING BAGI MENJAYAKAN PEMBANGUNAN KORIDOR INI. SESUNGGUHNYA, PEMBANGUNAN TENAGA HIDRO, ARANG, PETROLEUM DAN GAS DI SARAWAK MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK DIBANGUNKAN. KAPASITI TENAGA YANG MAMPU DIJANA PADA MASA AKAN DATANG SANGAT BESAR; IA MENCUKUPI BUKAN SAHAJA UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN INDUSTRI TEMPATAN, MALAH DAPAT MENYUMBANG KEPADA KEPERLUAN TENAGA SEMENANJUNG MALAYSIA, DI SAMPING MENJADI KOMODITI EKSPOT YANG BERNILAI BAGI SARAWAK.



14. BEKALAN TENAGA INI YANG BANYAK DAN BERPATUTAN HARGA, JUGA DAPAT MEMBANTU MEMACU PEMBANGUNAN INDUSTRI BERAT DAN INDUSTRI PEMBUATAN DI KORIDOR SARAWAK. PEMBANGUNAN EMPANGAN-EMPANGAN, YANG KEBANYAKKANNYA TERLETAK DI KAWASAN PEDALAMAN, AKAN MENOLONG MEMBUKA LALUAN UNTUK MEMBANGUNKAN KAWASAN-KAWASAN TERSEBUT.



15. BERDASARKAN PERI PENTINGNYA TENAGA KEPADA PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK, MAKA SAYA FIKIR MEMANG WAJAR KORIDOR SARAWAK DIGELAR SEBAGAI “SARAWAK CORRIDOR OF RENEWABLE ENERGY” (SCORE). AS THE DEVELOPMENT, DISTRIBUTION AND CONSUMPTION OF ENERGY IS A CORE ELEMENT LEADING TO THE SUCCESS OF THE SARAWAK CORRIDOR, IT IS ONLY FITTING THAT THIS DEVELOPMENT CORRIDOR BE TERMED THE “SARAWAK CORRIDOR OF RENEWABLE ENERGY’ (SCORE).



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



16. PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DAPAT MEMODEN DAN MEMPELBAGAIKAN EKONOMI SARAWAK. DI SAMPING ITU, IA MEMBOLEHKAN EKONOMI SARAWAK “TO MOVE UP THE VALUE CHAIN”. IA JUGA AKAN MEMASTIKAN PEMBANGUNAN YANG BERKUALITI DAN BERTERUSAN BAGI RAKYAT SARAWAK.



17. SEBANYAK SEPULUH INDUSTRI BERPRIORITI TINGGI TELAH DIKENALPASTI UNTUK DIBERI PENEKANANAN KHUSUS. INI TERMASUK INDUSTRI BERASASKAN-PETROLEUM DAN GAS; ALUMINIUM; KELULI; KACA; MINYAK SAWIT; PEMBALAKAN; KEJURUTERAAN MARIN; TERNAKAN; SERTA PERIKANAN DAN AKUAKULTUR. APABILA DIMAJUKAN, INDUSTRI-INDUSTRI INI DIJANGKA AKAN MEMBAWA IMPAK EKONOMI YANG BESAR KEPADA SARAWAK. INDUSTRI-INDUSTRI INI JUGA DAPAT DIJADIKAN ASAS UNTUK MEMBANGUNKAN INDUSTRI-INDUSTRI HILIR DAN SOKONGAN YANG LAIN.



18. MELALUI LANGKAH TERSEBUT, PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (S.M.E.) JUGA AKAN DAPAT BERKAKAR DAN BERKEMBANG DI NEGERI INI. INI AKAN MEMPERKUKUH DAN MEMPELBAGAIKAN LAGI EKONOMI SARAWAK SERTA MEMBUKA PELUANG UNTUK USAHAWAN-USAHAWAN BARU BERGIAT DALAM EKONOMI SARAWAK. INI PENTING SUPAYA SETIAP PELUANG EKONOMI AKAN TERBUKA LUAS KEPADA SETIAP PENGUSAHA, TIDAK KIRA KECIL ATAUPUN BESAR, AGAR MEREKA SEMUA DAPAT MEMAJUKAN LAGI PERNIAGAAN MASING-MASING.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



19. BAGI MEMANGKINKAN PEMBANGUNAN DI WILAYAH TENGAH SARAWAK, TIGA BUAH PUSAT PEMBANGUNAN TELAH DIKENALPASTI, IAITU DI TANJUNG MANIS, SIMILAJAU DAN MUKAH.



20. TANJUNG MANIS, YANG TERKENAL SEBAGAI PELABUHAN DAN BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN SUMBER-SUMBER ASLI, AKAN DIBANGUNKAN SEBAGAI SEBUAH PUSAT PEMBUATAN DAN INDUSTRI KECIL. MENJELANG TAHUN 2030 NANTI, HARAPAN KITA ADALAH AGAR TANJUNG MANIS AKAN BANGUN MENJADI SATU “REGIONAL PORT CITY” YANG PENTING DI RANTAU INI.



21. SIMILAJAU PULA AKAN MENJADI TAPAK PERINDUSTRIAN BARU BAGI WILAYAH TENGAH. INDUSTRI-INDUSTRI BERAT SEPERTI PETROLEUM DAN GAS, ALUMINIUM, KELULI DAN SILICA AKAN DIGIATKAN DI KAWASAN TERSEBUT. DI SAMPING ITU, KITA AKAN MEMBINA SEBUAH PELABUHAN DALAM DI SIMILAJAU UNTUK MENINGKATKAN LAGI POTENSI KAWASAN INI. KITA BERHARAP AGAR “SIMILAJAU INDUSTRIAL CITY 2030” AKAN MENJADI TARIKAN BESAR KEPADA PARA PELABUR DALAM DAN LUAR NEGARA.



22. SESUNGGUHNYA, KEJAYAAN KORIDOR SARAWAK AKAN BERGANTUNG KEPADA TAHAP PEMBANGUNAN MODAL INSANNYA. SEHUBUNGAN ITU, USAHA UNTUK MENDIDIK DAN MELATIH RAKYAT SARAWAK AKAN DIPERGIATKAN LAGI. KITA MAHU MEMBANGUNKAN SATU ‘CRITICAL MASS’ PEKERJA-PEKERJA BERKEMAHIRAN BAGI MENJAYAKAN SEKTOR-SEKTOR EKONOMI YANG DITEKANKAN DI KORIDOR SARAWAK. INI ADALAH SATU PERKARA YANG AMAT PENTING, YANG HARUS DILAKSANAKAN DEMI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN DAYA SAING KITA.



23. SEHUBUNGAN ITU, MUKAH AKAN DIBANGUNKAN SEBAGAI SEBUAH HAB PENDIDIKAN DAN “SMART CITY” DI KORIDOR SARAWAK. INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SERTA PUSAT-PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKAN DITEMPATKAN DI KAWASAN TERSEBUT. MUKAH JUGA TELAH DIKENALPASTI SEBAGAI HAB PENTADBIRAN ATAU “ADMINISTRATION CENTRE” BAGI SELURUH WILAYAH TENGAH.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



24. RANGKAIAN PENGANGKUTAN YANG BAIK ADALAH FAKTOR TERPENTING BAGI MEMUDAHKAN USAHA BAGI MEMOBILISASI SUMBER-SUMBER, MENINGKATKAN KUALITI HIDUP PENDUDUK TEMPATAN, SERTA MENYENANGKAN URUSNIAGA PERNIAGAAN DIJALANKAN. PENDEK KATA, IA ADALAH KUNCI YANG DAPAT MEMBONGKAR POTENSI EKONOMI NEGERI SARAWAK, KHUSUSNYA DI KAWASAN PEDALAMAN.



25. OLEH ITU, PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK AKAN MENEKANKAN PEMBINAAN RANGKAIAN PENGANGKUTAN SEBAGAI PRIORITI UTAMANYA. KITA AKAN MEMBINA JALANRAYA UNTUK MENGHUBUNGKAN BANDAR-BANDAR DENGAN KAWASAN PEDALAMAN SERTA KAWASAN-KAWASAN STRATEGIK; KITA AKAN MEMBINA ATAU MENAIK TARAF LAPANGAN TERBANG DI KAWASAN YANG MEMERLUKAN; DAN DI MANA BOLEH, KITA AKAN MEMASTIKAN SUNGAI-SUNGAI DIBERSIHKAN DAN DIDALAMKAN SUPAYA DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI JALAN PENGANGKUTAN YANG CEKAP.



26. DALAM KITA BERUSAHA MEMBANGUNKAN SARAWAK, KITA JUGA HARUS MEMASTIKAN BAHAWA ALAM SEKITAR DAN KHAZANAH ALAM NEGERI SENTIASA TERPELIHARA. INI YANG DIKEHENDAKI OLEH RAKYAT; DAN INI JUGA YANG MENJADI KAYU PENGUKUR BAGI PARA PELABUR YANG SEMAKIN “ENVIRONMENTALLY-CONSCIOUS”. DENGAN ITU, SAYA TELAH MENGARAHKAN SUPAYA SATU KAJIAN ATAU “GREEN DEVELOPMENT FRAMEWORK” DIHASILKAN UNTUK MEMASTIKAN PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK DILAKSANAKAN SECARA MESRA-ALAM. I HAVE DIRECTED THAT A ‘GREEN DEVELOPMENT FRAMEWORK” BE DEVELOPED FOR THE SARAWAK CORRIDOR TO ENSURE THAT DEVELOPMENT, PARTICULARLY OF OUR ENERGY RESOURCES, WILL BE CONDUCTED IN A SUSTAINABLE AND ENVIRONMENTALLY SOUND MANNER.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



27. DENGAN SIAP TERLAKSANANYA KESEMUA RANCANGAN KORIDOR SARAWAK PADA TAHUN 2030 KELAK, RAKYAT SARAWAK AKAN PASTI DAPAT MERASA SATU IMPAK YANG BEGITU BESAR.



28. KADAR PURATA PERTUMBUHAN K.D.N.K. NEGERI AKAN MENINGKAT KEPADA 7 PERATUS BERBANDING DENGAN 5 PERATUS KINI. DI SAMPING ITU, SEBANYAK 1.6 JUTA PELUANG PEKERJAAN YANG BERNILAI-TINGGI DIJANGKA AKAN DIWUJUDKAN DI SELURUH NEGERI, TERMASUK LEBIH 830,000 PEKERJAAN DALAM INDUSTRI-INDUSTRI YANG DITEKANKAN DI KORIDOR SARAWAK.



29. MENJELANG TAHUN 2010, KEMISKINAN TEGAR DI NEGERI SARAWAK AKAN DAPAT DIBANTERAS SEPENUHNYA. MENJELANG TAHUN 2030 PULA, KEJADIAN KEMISKINAN AKAN DAPAT DIKURANGKAN KEPADA KURANG DARIPADA 1 PERATUS BERBANDING 7.5 PERATUS SEKARANG. RAKYAT SARAWAK JUGA AKAN DAPAT MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI; MALAH PENGAGIHAN PENDAPATAN TERSEBUT AKAN LEBIH RATA ANTARA KESEMUA WILAYAH DI NEGERI SARAWAK.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



30. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERGERAK MAJU MENZAHIRKAN MATLAMAT MURNI KORIDOR PEMBANGUNAN INI. SEMOGA IA AKAN MENINGKATKAN PRESTASI SARAWAK SUPAYA SETANDING DENGAN ARUS PEMBANGUNAN PERDANA NEGARA.



31. BAGI MEMACU PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK, SAYA DENGAN SUKACITANYA MENGUMUMKAN PERUNTUKAN SEJUMLAH LIMA BILION RINGGIT, UNTUK DISALURKAN KEPADA PROJEK-PROJEK BERIMPAK TINGGI YANG TELAH DIKENALPASTI DALAM JANGKA MASA RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN. PERUNTUKAN INI AKAN DISEDIAKAN MELALUI KAJIAN SEMULA PROJEK DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, SERTA PENAMBAHAN PERUNTUKAN SEMASA KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN NANTI.



32. SAYA INGIN MENGINGATKAN KITA SEMUA BAHAWA SEGALA HARAPAN KITA UNTUK SARAWAK TIDAK AKAN TERCAPAI JIKA IANYA TIDAK DILAKSANAKAN DENGAN BAIK. SEHUBUNGAN ITU, SAYA MENGANGGAP BAIK LANGKAH PRO-AKTIF KERAJAAN NEGERI UNTUK MENUBUHKAN SATU BADAN PELAKSANA KHAS – IAITU “REGIONAL CORRIDOR DEVELOPMENT AUTHORITY OF SARAWAK” (RECODA). PIHAK RECODA AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MELAKSANA DAN MEMANTAU PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK.



33. SATU PAKEJ GALAKAN INSENTIF AKAN DIUMUMKAN TIDAK LAMA LAGI BAGI MENARIK PELABURAN DALAM PROJEK-PROJEK YANG TELAH DIKENALPASTI. SAYA MAHU RECODA MELAKSANAKAN TUGASNYA SEBAGAI “ONE-STOP AGENCY” DENGAN BERKESAN BAGI MEMUDAHCARA SEMUA AKTIVITI PELABURAN KE DALAM KORIDOR INI. SEMUA PIHAK BERKEPENTINGAN PERLU MEMBERI KERJASAMA YANG SEPENUHNYA DALAM PERKARA INI. SAYA ANGGAP INI SATU PERKARA YANG AMAT PENTING BAGI MENJAYAKAN HASRAT KITA UNTUK KORIDOR SARAWAK.



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN,



34. BETAPA TINGGI TERBANGNYA BURUNG KENYALANG, BEGITU TINGGINYA JUGA HARAPAN RAKYAT SARAWAK TERHADAP KEJAYAAN KORIDOR INI. RAKYAT SARAWAK TELAH BERSEDIA; BERSEDIA UNTUK MENERIMA KEMAJUAN; BERSEDIA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI HIDUP MASING-MASING; BERSEDIA UNTUK MEMBINA MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH UNTUK ANAK-ANAK BUMI SARAWAK.



35. SEKARANG TIBALAH MASANYA UNTUK KITA MELAKSANAKAN PELAN PEMBANGUNAN KORIDOR SARAWAK. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERUSAHA DENGAN IKHLAS LAGI GIGIH BAGI MENJAYAKAN USAHA MURNI INI. SEMOGA USAHA DAN KERJA KITA AKAN DITERIMA SEBAGAI IBADAH DAN MENDAPAT BERKAT DAN LINDUNGAN DARI ALLAH S.W.T. JUA.



36. MAKA DENGAN ITU, DENGAN LAFAZ BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM, SAYA DENGAN SUKACITANYA MELANCARKAN KORIDOR SARAWAK – THE SARAWAK CORRIDOR OF RENEWABLE ENERGY (SCORE).



SEKIAN, TERIMA KASIH.

Kami menerima 6,564,990 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2024 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri