Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi dan Urusetia Hari Jururawat MasterSkill School of Nursing kerana telah sudi menjemput saya hadir di sini untuk meraikan Hari Jururawat.
2. Saya telah difahamkan Hari Jururawat Sedunia ini adalah hari yang mulia bagi semua jururawat, dan diraikan dengan pelbagai aktiviti di merata dunia. Ada yang menyambutnya pada 12 Mei iaitu Hari Jururawat sebenar, atau hari selepasnya. Bagi MasterSkill School of Nursing, mereka telah memilih hari ini untuk meraikannya. Ada pihak yang menyambut Hari Jururawat dengan `bonfire', ada yang menyambutnya dengan `tea party' atau seminar pelajaran dan sebagainya. Hari Jururawat biasanya adalah hari yang bahagia di mana "nurses let their hair down". Dalam apa jua aktiviti yang diadakan pada hari itu, di mana kadangkala jururawat-jururawat bergembira hingga larut malam, mereka tetap hadir bertugas semula pada esoknya dengan penuh dedikasi untuk merawat pesakit-pesakit mereka.
3. Pada awal abad yang lalu, saya ingat lagi betapa rendahnya dipandang oleh masyarakat, seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat. Ia dianggap sebagai pekerjaan yang hina dan bertujuan buruk. Seorang jururawat membuat kerja-kerja yang kotor sahaja dan tidak berkemampuan untuk membaiki diri untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi. Selain pada itu, nama jururawat dicemarkan dengan suatu jawatan yang seringkali mudah bagi seorang jururawat mendapat teman lelaki kerana layanan yang diberikan kepada pesakit. Ramai ibubapa tidak mengalakan anak-anak perempuan mereka memohon kerja jururawat.
4. Itu pada zaman silam. Selepas perang dunia kedua, kerana ramai "misi-misi" kulit putih telah balik ke U.K., "misi-misi" kita sendiri mula muncul sebagai jururawat- jururawat yang berkaliber dan bekerja dengan penuh tanggungjawab. Tahun demi tahun, jururawat sendiri membetulkan anggapan dan sikap orang ramai yang tidak baik terhadap kejururawatan.
5. Profesion jururawat adalah profesion yang mulia, yang memerlukan kesabaran dan dedikasi dan sentiasa mengwujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri.
6. Profesion ini telah banyak berkembang, daripada memberi "bedside nursing care" kepada kerja-kerja yang "highly techinical", khusus kepada kerja kejururawatan. Jika masa dahulu jururawat hanya mengambil arahan dari doktor untuk mengambil tindakan merawat pesakit, kini jururawat ada `Nursing Diagnosis'nya sendiri untuk mengenal pasti masaalah pesakit dan merancang keperluan dan kehendak pesakit mengikut keadaannya. Autonomi yang telah dicapai ini adalah baik untuk membela profesion jururawat, kerana ini bermakna tidak ada seseorang pun yang boleh ambil alih tugas jururawat terlatih, sekiranya dia tidak menghadiri latihan yang lengkap yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
7. Jururawat-jururawat seperti profesion yang lain, kini perlu mengetahui penggunaan komputer. Ini adalah kerana negara kita telah maju seperti negara-negara yang lain. Dengan adanya "Paperless Hospital" dan juga penggunaan Komputer di Hospital-hospital, jururawat perlu mahir dalam penggunaan komputer.
8. Setimpal dengan ini latihan jururawat juga haruslah dipertingkatkan dengan memasukan I.T. dalam Kurikulum Latihan Jururawat. Tujuannya untuk menyediakan jururawat terlatih supaya bukan sahaja pandai menggunakan komputer, tetapi pelatih-pelatih dapat menimba pengetahuan berkenaan isu-isu terkini.
9. Ingin saya peringatkan jururawat-jururawat malahan kepada semua kakitangan perubatan dan kesihatan, dalam kita mengejar ilmu dalam I.T. dan menggunakan komputer sebagai alat canggih yang membantu dan meringankan tugas-tugas, ingatlah, pesakit-pesakit ingin juga sentuhan tangan kita atas badannya, kepalanya dan bukan sentuhan mesin semata- mata. The human touch heals; the machines help to heal but they have no warmth nor compassion. Oleh itu, imbangkanlah gunaan tangan kita, tuturan lemah lembut kita, senyuman kita, dengan kecekapan kita menggunakan alat-alat elektronik yang canggih yang harus menjadi pembantu kita sekarang.
10. Setiap tahun Hari Jururawat sedunia ada temanya sendiri yang digubal oleh "International Council of Nurses" dan tahun ini temanya adalah "Nurses: Fighting AIDS Stigma, Caring For All".
11. Tema ini adalah sesuai untuk tahun ini memandangkan masih ramai orang di seluruh dunia yang ada stigma terhadap orang yang berpenyakit AIDS. Walaupun negara kita telah ada di tahap yang tinggi dalam memaparkan kesedaran ini, masih ada ruang untuk dipertingkatkan lagi. Dan ini boleh diusahakan oleh jururawat-jururawat sendiri semasa menjalankan tugas harian mereka. Sambil merawati pesakit- pesakit atau melayan keluarga pesakit, curahkan kepada mereka apa yang kita telah belajar mengenai HIV/AIDS atau apa-apa jua lain penyakit. Mereka ingin tahu dan jururawat- jururawat perlu memenuhi minat mereka itu.
12. Kertas kerja "Nursing Management of AIDS patients" oleh seorang Ketua Jururawat yang telah melibatkan diri di dalam memulakan pentadbiran rawatan pesakit AIDS di Hospital Kusta Sungai Buloh, yang kini sedang berjalan dengan jayanya, akan menjadi panduan kepada jururawat-jururawat.
13. Hospital Kusta di Sungai Buloh wujud untuk pesakit- pesakit kusta yang menjadi mangsa dalam masyarakatnya sendiri. Anggapan orang ramai bahawa penyakit berjangkit seperti kusta, Tibi dan sekarang ini HIV/AIDS, SARS dijangkiti kerana perbuatan salah pesakit itu sendiri, dan mangsa-mangsa penyakit ini dilabelkan dan dipulaukan. Masyarakat memandang hina pesakit-pesakit ini walaupun seringkali punca penyakit itu bukan dari perbuatan atau kelakuan mangsa itu sendiri.
14. Umpamanya, jangkitan penyakit kusta dari seorang ke seorang lain tidak berlaku selain kalau ia serumah dengan pesakit bertahun-tahun dan kulit yang luka tersentuh dengan pesakit. Kalau masyarakat memulaukan mangsa kusta, ia tidak boleh langsung keluar dari rumahnya untuk menerima rawatan. Oleh demikian, ia menjadi teruk dan akhirnya tanda-tanda buruk dan cacatan ternampak di muka dan anggota kaki dan tangan. Rupa bentuk ini, "the hair face of leprosy" menggerunkan lagi masyarakat dan mangsa di kecam dengan kata- kata kesat dan kanak-kanak mengejek-ejek dan melempar batu kepada mangsa. Pesakit itu tidak berdosa, tetapi masyarakat yang menghina dan memulaukan mangsa itulah yang berdosa.
15. Kerana demikian sikap masyarakat, kerajaan mengwujudkan Hospital Kusta Sungai Buloh membantu mangsa-mangsa penyakit kusta. Alhamdullillah, kusta tidak lagi menjadi masalah kepada masyarakat kerana mereka telah faham atas jenis penyakit itu dan rawatan terbaru telah pun wujud untuk mengawali penyakit kusta dari menjadi teruk. Makluman- makluman yang jelas yang dilancar oleh anggota-anggota kesihatan adalah punca kikisan stigma atas mangsa.
16. Kini, stigma ke atas mangsa HIV/AIDS pula berlaku. Sekali lagi, masyarakat yang tidak faham mengenai HIV/AIDS dan cara jangkitannya mudah sahaja mengecam dan menuding jari ke atas mangsa. Benar HIV virus boleh dijangkiti melalui `sex activities' dengan orang yang berpenyakit HIV, berkongsi jarum dengan penagih dadah yang `infected'. Tetapi kanak-kanak yang lahir dari ibu mangsa HIV atau menyusu dari ibu sedemikian akan juga dijangkiti dengan HIV virus itu.
17. Sekali lagi, anggapan salah atas jangkitan HIV virus ini berpunca dari makluman yang jelas dan cukup tidak sampai kepada masyarakat umum. Cepat memulaukan mangsa-mangsa HIV/AIDS tanpa memahami dan mengetahui keadaan mangsa yang sebenar. Stigmatisation and discrimination of People Living With HIV/AIDS (PLWA), at home, in the workplace and in the community occurs. Innocent children and wives were abused.
They get infected though no fault of theirs. Yet, they were discriminated by friends, family and community.
18. Oleh itu, para jururawat dan doktor akan memainkan peranan yang penting sekali membantu hapuskan stigma dan diskriminasi terhadap PLWA. Sebagai perawat, adalah penting sekali kita tidak soal punca jangkitan atas mangsa malahan memberi kefahaman dan keprihatinan yang dikehendaki oleh mangsa HIV/AIDS.Jadikanlah contoh kepada rakan-rakan yang lain dan masyarakat that you are a nurse with a caring and compassionate heart.
19. Saya difahamkan bahawa pada Hari Jururawat Sedunia satu- satu aktiviti yang dilakukan adalah kerja-kerja komuniti untuk mencerminkan imej jururawat sebagai profesion yang penyayang dan mengambil berat atas kebajikan masyarakat. Saya ucapkan syabas atas usaha sekolah ini mengadakan kempen menderma darah bersama dengan Tabung Derma Darah Norminal dan sebahagian besar pelatih menderma darah mereka.
Didapati juga aktiviti amal dengan menjual barangan kraftangan dan makanan yang dibuat sendiri untuk memenuhi tabung derma kebajikan. Saya mengalu-alukan aktiviti sedemikian dan mengucapkan syabas.
20. Bagi pelatih-pelatih jururawat pula, andalah tunas yang akan jadi pemimpin jururawat di masa hadapan. Andalah yang akan menjadi pengurus, pendidik kejururawatan dan andalah yang akan ada di kemuncak tangga kerjaya jururawat yang menentukan buruk baik kerjaya jururawat; andalah juga yang akan menentukan tahap penjagaan kesihatan orang awam.
21. Layanan dan jagaan yang baik dan profesional adalah satu tugas utama yang harus diingati dalam kejururawatan. Sikap tanggungjawab dan dedikasi kepada tugas-tugas kita kepada pesakit tua / muda, kanak-kanak atau dewasa, yang kurang upaya dan berbilang bangsa amatlah penting sekali.
Anggaplah mereka sebagai ibubapa/keluarga sendiri yang datang meminta tolong dan rawatan atas penyakit mereka. Senyum-senyum selalu kerana itu satu `therapy'. Wajah yang ceria mengubati, wajah yang masam dan garang tidak akan menyatukan keprihatinan seorang jururawat. Prestasi kejururawatan adalah ditangan pengamalnya sendiri. Saya mengucapkan selamat berjaya dalam semua peperiksaan dan usaha-usaha untuk masa hadapan.
22. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh negara dan khususnya kepada Pengarah-pengarah jururawat, jururawat pelatih yang ada di dewan pada hari ini. Syabas saya ucapkan kepada usaha anda dalam mengekalkan taraf kesihatan di negara kita yang tercinta.
23. Sebagai barisan hadapan kini merawat pesakit HIV / AIDS dan SARS, dedikasi jururawat disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Di harap ini akan berterusan segenap waktu. Jangan sekali-sekali biarkan prestasi dan imej kejururawatan dan jururawat merosot semula seperti di zaman silam.
24. Semoga usaha-usaha mulia anda diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah yang Maha Berkuasa. Selamat Menyambut Hari Jururawat.
Wassalamualaikum.
***** |