Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO SERI DR. SITI HASMAH BT HJ MOHD ALI
Tajuk : MAJLIS MALAM ANUGERAH SEMPENA 25 TAHUN USIA BAKTI
Lokasi : HOTEL MANDARIN-ORIENTAL, KUALA LUMPUR
Tarikh : 27-01-2003
 
Tidak terkata betapa terharunya saya berdiri di sini sebagai Yang Di Pertua BAKTI pada Malam Anugerah Sempena 25 Tahun Usia BAKTI, bersama-sama dengan tuan- tuan dan puan-puan, khasnya tetamu-tetamu kenamaan dan ahli-ahli BAKTI yang saya kasihi.

2. Oleh itu, saya memanjatkan berbanyak kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya membolehkan kita hadir di sini untuk menyempurnakan acara kemuncak dan bersejarah dalam usia 25 tahun Badan Amal & Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Semoga Majlis ini akan sempurna dengan jaya dengan keberkatan Allah S.W.T., Insya' Allah.

3. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai dan bagi pihak semua ahli-ahli BAKTI, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri-Menteri, Timbalan- Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Parlimen kerana sudi hadir. Kami ahli-ahli BAKTI mengharapkan Yang Amat Berhormat-Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat-Yang Berhormat menerima terima kasih kami ini dengan penuh erti katanya: terimalah kasih kami kerana disampaikan dengan kasih sayang. Tanpamu, kekanda- kekanda, siapalah kami! Tak mungkin adinda berdiri di sini dan adinda-adinda lain duduk di dalam dewan ini sebagai isteri-isteri dan menjadi ahli-ahli BAKTI sesudahnya. Oleh itu, adinda-adinda tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada kekanda semua.

4. Begitu juga kepada Pemimpin-pemimpin Negara yang telah bersara. Mereka membolehkan isteri mereka memohon menjadi Ahli-ahli Bersekutu BAKTI dan ramai yang hadir pada malam ini juga.

5. Namun begitu, saya dan ahli-ahli BAKTI tidak lupa menyatakan perasaan terhutang budi dan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Tun Suhailah Hussein, Pengasas BAKTI, yang tidak dapat bersama dengan kita malam ini. Tanpa kesedaran dan daya usaha beliau sebagai isteri Perdana Menteri 25 tahun dahulu, kami isteri Pemimpin-pemimpin Negara mungkin tidak dapat menghulurkan khidmat bakti bagi kepentingan rakyat dan negara, bersatu tenaga dan bekerjasama di bawah satu badan sukarela sambil berpeluang bermesra dan mempereratkan silatulrahim antara kami isteri-isteri.

6. BAKTI wujud pada 16 Mei 1977, di Sri Taman oleh Yang Amat Berbahagia Tun Suhailah dalam Mesyuarat Penubuhan BAKTI dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Penubuhan-penubuhan pada 20 Mei 1977. Jasa dan budi baik Yang Amat Berbahagia Tun Suhailah tidak akan BAKTI lupakan, khasnya pada Malam Anugerah Sempena 25 tahun ini.

7. Persembahan Multimedia sebentar tadi telah pun menjelaskan segala-galanya mengenai BAKTI dan aktiviti- aktiviti sekian lama. Memadailah saya menarik perhatian para hadirin kepada dua perkara yang wujud daripada kewujudan BAKTI, iaitu Logo BAKTI dan Lagu BAKTI, kedua- duanya, menjadi simbol BAKTI dan kemegahan ahli-ahli.

Kedua-duanya telah pun dilihat dan didengar sebentar tadi juga.

8. Logo BAKTI sekarang diubah kepada bentuk baru tanpa menjejaskan, malah, memperkemaskan logo yang lama supaya tujuan dan matlamat BAKTI lebih ketara.Isteri-isteri tetap menjadi ikon yang utama sebagai "The BAKTI Lady". Ini bukan isteri baru tetapi tetap isteri yang lama berwajah baru dalam `environment' yang baru.

9. Sepinggan nasi yang dipegang oleh wanita itu adalah simbolik kepada sumbangan BAKTI kepada yang memerlukan. Formasi Bunga Raya yang menjadi asas kepada rupa logo adalah lambang patriotisme dan semangat persaudaraan Malaysia. Kelopak bunga yang diolah seperti tangan adalah ikon kepada golongan sasaran sumbangan BAKTI. Bentuk hati (heart shape) adalah melambangkan keikhlasan BAKTI memperjuangkan objektif penubuhannya.

10. Warna peparu adalah melambangkan iltizam yang tinggi BAKTI untuk membantu mereka yang memerlukan. Warna biru melambangkan ikatan perpaduan dan permaufakatan di kalangan ahli-ahli BAKTI. Kuning melambangkan sifat keibuan dalam memberikan bantuan kepada masyarakat.

11. We have been proud of our BAKTI Logo for the past 25 years. The launching of the new logo tonight by the Prime Minister will not change the basic objectives and policies of BAKTI. The new logo shows a more beautiful BAKTI lady with a caring heart and outreaching hands shaped as Bunga Raya petals encircling her. She still holds the rice bowl, which symbolises her assistance to the needy to live a better life.

12. The BAKTI Logo complements the BAKTI Song, which we sing at the beginning of each AGM and functions. The song was composed by Datin, now Puan Sri, Salbiah Abdul Hamid, BAKTI's first Honorary Secretary. She is here tonight with her husband Yang Berhormat Tan Sri Mohamad Rahmat. We are indebted to her for composing the lyrics of BAKTI Song, which depict all our activities and will continue to be sung by members proudly for many years to come, Insya'Allah. On behalf of BAKTI members, I thank you Puan Sri. The musical arrangements have been revised and sung by BAKTI members themselves in the recording.

13. As in the past and at every function, BAKTI never fails to remember and acknowledge the generous and kind contributions from donors who have kept BAKTI's activities alive and expanding. We are very pleased and grateful for their presence here tonight. Unlike in the past, when they have to sponsor a table to attend our dinner, tonight they are our guests to whom we would like to express our appreciation and gratitude for their contributions during the past 25 years.

14. Amongst these special guests are outstanding individuals and corporate figures whom we refer to as "Friends of BAKTI". They are few in number but consistently send donations to BAKTI, ranging from a thousand Ringgit to a few thousand only, voluntarily, and without fail, annually. They do so without appeals from us. Tonight, we would like to honour these loyal Friends of BAKTI .

15. To all our donors who responded to our appeals, I would like to express our gratitude for the confidence and trust you have of BAKTI. We pray that the Almighty will grant you His blessings for your caring and generous heart. May you always be successful in your endeavours and corporations so that you may be able to continue to donate to charity organisations such as BAKTI. Thank you very much.

16. BAKTI has grown from just one Committee in 1977 to one, which has now six Sub-Committees, each headed by a Chairperson. Three specifically are the "money spenders" to assist the community, i.e. for welfare assistance of all sorts, for victims of natural disasters and scholarships for children in primary and secondary schools. Three other Committees organised educational programmes to develop and enhance knowledge of members. All these need good leadership skills, devotion and responsibilities, voluntarism and good interpersonal relationship. To be successful, there is teamwork and a lot of effort put in to achieve the objectives of BAKTI.

17. For the 25 years BAKTI have existed, members have performed tasks given to them efficiently. Time, and often, money, are of the least consideration in their efforts to complete whatever tasks given to them. Voluntarism is not yet 100 percent a culture in Malaysia, but in BAKTI, I am very proud and amazed at the time and efforts made by members.

18. Tonight, BAKTI intends to honour her members who have been outstanding and dedicated to the objectives of BAKTI. I am very proud of them and would like to express my personal congratulations and gratitude for giving me their cooperation and dedicated service to make BAKTI's events a success. All Fund raising functions, charity visits with children or old folks are organised by these dedicated members. Tonight's function is one of many evidences of what they have been organising. They have been fantastic organisers and talented women. Stay back after my speech till the end of this function and you certainly will be surprised, especially their husbands.

19. Saya merakam berbanyak terima kasih kepada pasukan-pasukan sebalik tirai yang menjayakan Malam Anugerah BAKTI sempena 25 tahun penubuhannya. Terlalu ramai yang memberi kerjasama, nasihat dan pertolongan dari pihak Kerajaan, agensi-agensinya dan swasta, termasuklah kumpulan-kumpulan muzik dan jurulatihnya dari Dewan Bandaraya, Pejabat Kebudayaan dan Kesenian, Wilayah Persekutuan dan jurulatih-jurulatih tarian dan nyanyian yang telah membantu kejayaan persembahan malam ini.

20. Saya ingin bagi pihak BAKTI merakamkan berbanyak terima kasih kepada Syarikat MARIWASA yang menyumbang semua pingat-pingat Anugerah dan pingat perayaan 25 tahun BAKTI dengan percuma. BAKTI tidak akan lupa jasa baik Yang Berbahagia Dato' Megat Wahab, Pengerusi MARIWASA & Royal Mint serta pegawainya Puan Zuhriah Bustang yang bertungkus-lumus merakamkan bentuk pingat-pingat itu siap disediakan awal. Terima kasih banyak kepada Yang Berbahagia Dato' Megat dan Puan Zuhriah dan kumpulannya.

21. Saya juga berterima kasih banyak kepada KRU Events yang menyumbang tenaga mereka untuk alat-alat lampu dan pembesar suara untuk persembahan. Terima kasih, KRU Events.

22. BAKTI tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Rafi Eshaq dan kumpulannya dari Fakulti Creatif Multimedia, Multimedia University (MMU), dan Cik Ng Aileen dan pasukannya juga dari MMU, kerana membantu Jawatankuasa Multimedia dan Persembahan Hiburan BAKTI menyediakan `multimedia presentation' dengan begitu cantik dan lengkap. Banyak masa dan usaha telah mereka beri untuk menjayakan `presentation' itu mengikut kehendak BAKTI. Syabas dan terima kasih.

23. Kepada semua Ahli-ahli Jawatankuasa Induk serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecilnya dan Jawatankuasa- Jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Malam Anugerah, saya tidak ada perkataan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih. Saya tahu betapa saudari Pengerusi- Pengerusi bekerja keras, bermesyuarat siang malam, menentukan majlis malam ini menjadi suatu kemuncak acara yang tidak akan BAKTI lupakan. Saya menghargai segala sumbangan saudari-saudari. Saya berasa bertuah, bangga dan bersyukur melihat bahawa, sungguhpun berasa penat dan tertekan kerana sesuatu, saudari-saudari masih berinteraksi antara satu dan lain dengan cukup mesra dan kerjasama. Gelak ketawa, cuit-mencuit menjadi biasa dan manakala menyanyi, menari atau berlakon, ada sahaja komen yang baik dan kritik yang membina. Inilah yang saya harap akan terus berlaku sepanjang hayat BAKTI. Terima kasih saudari-saudari yang saya kasihi.

24. Supaya pisang tidak berbuah dua kali, malah banyak kali berbuah terdahulu dalam acara-acara BAKTI, saya merakamkan penghargaan dan berbanyak terima kasih khas kepada Mahathir Lokman, Pengacara Majlis kita malam ini kerana sumbangan beliau yang ikhlas kepada BAKTI.

Terima kasih, Mahathir Lokman.

25. Semoga malam ini menjadi satu kenangan manis bagi semua para hadirin, saya akhiri ucapan saya dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih atas hadirin tuan- tuan dan puan-puan pada malam ini dan atas segala sokongan, bimbingan dan kerjasama yang BAKTI dan saya telah terima sepanjang 25 tahun ini. Di harap jasa baik ini akan berterusan beberapa tahun lagi, Insya'Allah.

26. Sekarang, nikmatilah jamuan makan malam dan setelah itu, sit back and relax for the surprises.

Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami menerima 6,617,236 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2024 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri