BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan salam sejahtera
Yb DATO’ NOH BIN OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Yb DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Y.bhg DATO’ MUSA MUHAMAD
KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
AHLI-AHLI YANG BERHORMAT dan dif-dif jemputan
excellencies, and distinguished REPRESENTATIVES FROM ASEAN nations WHO ARE HERE FOR the “A-YES” SYMPOSIUM
tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian
1. ALHAMDULLILAH, SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH s.w.t. KERANA dengan limpah kurnianya kita DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI BAGI MERASMIKAN PROGRAM GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009. SAYA yakin para USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN TERUJA UNTUK MENYERTAI GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 KERANA BERDASARKAN PENGANJURAN PROGRAM INI pada TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA, IMPAK YANG DIPEROLEHI OLEH USAHAWAN ADALAH BESAR, terutamanya BAGI MEMPROMOSIKAN PRODUK SERTA MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN mereka.
2. saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada kementerian PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (M.E.C.D.) atas usaha menganjurkan program gerak usahawan 2009 ini. saya juga mengucapkan setingg-tinggi penghargaan kepada para usahawan yang terus menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan sektor ekonomi yang penting ini. justeru, saya percaya usaha yang dilakukan akan dapat memperkukuhkan matlamat kerajaan untuk MELAHIRKAN MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA (M.P.P.B.).
3. TO ALL THE representatives FROM ASEAN nations gathered here FOR THE ASEAN YOUTH ENTREPRENEURS SYMPOSIUM – ALSO KNOWN AS “A-YES” – IT GIVES ME A GREAT PLEASURE TO WELCOME YOU TO MALAYSIA. Indeed, YOUR PRESENCE today SHOWS your strong COMMITMENT AND INTEREST TOWaRDS ESTABLISHING BUSINESS NETWORKs WITH malaysia's YOUNG ENTREPRENEURS.
4. IT should be acknowledged that the creation of able and RESILIENT ENTREPRENEURS IS NOT AN EASY TASK FOR any GOVERNMENT TO undertake. indeed, significant SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FROM THE BUSINESS community is NEEDED TO ACHIEVE THis OBJECTIVE and TO STEER S.M.E’S towards CONTRIBUTing SIGNIFICANTLY TO ECONOMic growth.
5. in this regard, it should be noted that the MALAYSIAn GOVERNMENT PROVIDES RELEVANT AND ADEQUATE INCENTIVES FOR S.M.E’s TO EXPAND THEIR BUSINESSes AS WELL AS TO PROMOTE THEIR PRODUCTS IN THE INTERNATIONAL MARKET. IT IS OUR HOPE THAT WE WILL CONTINUE to develop deeper TRADE AND ECONOMIC ties WITH YOUR respective COUNTRies. THROUGH TODAY’S EVENT, YOU WILL FIND that THERE ARE many malaysian COMPANIES WITH GLOBAL reach AND excellent POTENTIAL TO PENETRATE the INTERNATIONAL MARKET.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN sekalian
6. PENGANJURAN GERAK USAHAWAN 2009 MERUPAKAN KALI KEEMPAT program ini diadakan DI PERINGKAT NASIONAL. USAHA M.E.C.D., dalam MENGANJURKAN GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 INI MERUPAKAN LANGKAH yang BAIK BAGI MENYEDIAKAN PLATFORM KEPADA USAHAWAN UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KELUARAN MEREKA, serta MEMBINA dan MEMPERKUKUHKAN JARINGAN PERNIAGAAN SEDIA ADA.
7. pada pandangan saya, PENGANJURAN GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 TEPAT PADA MASANYA memandangkan ekonomi DUNIA SEDANG MENGHADAPI krisis kewangan yang amat mencabar. MALAYSIA TIDAK TERKECUALI dan TURUT MENERIMA TEMPIAS KESAN KELEMBAPAN EKONOMI yang berlaku. KESAN INI AMAT DIRASAI OLEH para PENIAGA, KHUSUSNYA DI MANA KOS OPERASI SEMAKIN MENINGKAT sementara JUMLAH PERMINTAAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN SEMAKIN MENURUN.
8. MEMANDANGKAN EKONOMI NEGARA PADA TAHUN INI DIRAMALKAN BERGERAK lebih PERLAHAN, KERAJAAN SEMEMANGNYA MENYEDARI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN LEBIH-LEBIH LAGI KESAN KELEMBAPAN EKONOMI DUNIA. justeru, KERAJAAN MEMBERI PENEKANAN UNTUK MENGGALAKKAN AKTIVITI EKONOMI DOMESTIK BAGI MENJANA DAN MENGEKALKAN PERTUMBUHAN EKONOMI SERTA MEMPERKUKUHKAN DAYA TAHAN NEGARA. KERAJAAN TURUT MEMBERI PENEKANAN KEPADA STRATEGI baru DALAM MENANGANI ISU-ISU STRUKTUR EKONOMI BAGI MENJANA PERTUMBUHAN yang mapan. TERDAPAT LIMA FOKUS UTAMA KERAJAAN YANG DITETAPKAN DALAM STRATEGI TERSEBUT IAITU:
pertama, TRANSFORMASI EKONOMI;
kedua, MENGGALAKKAN PELABURAN SEKTOR SWASTA;
ketiga, MENGGALAKKAN SUMBER PERTUMBUHAN EKONOMI BARU;
keempat, KEBOLEHTAHANAN FISKAL BAGI TEMPOH JANGKA PANJANG; DAN
kelima, MENGGALAKKAN TENAGA KERJA SEPARUH MAHIR.
9. di samping itu, KERAJAAN juga MENYEDIAKAN pelbagai PAKEJ RANGSANGAN BAGI MEMBANTU USAHAWAN. sebagai contoh, baru-baru ini, KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH 100 JUTA ringgit, YANG DISALURKAN KEPADA MARA, IAITU AGENSI M.E.C.D. UNTUK MENAMBAH PREMIS PERNIAGAAN DI PEKAN-PEKAN KECIL TERPILIH DI SELURUH NEGARA. BAGI MEMBANTU USAHAWAN KECIL secara MENERUS DAN MEMBESARKAN PERNIAGAAN MEREKA, BANK NEGARA MALAYSIA juga MENYEDIAKAN keMUDAHan dana SEBANYAK 200 JUTA ringgit UNTUK PINJAMAN SKIM MIKRO KREDIT. INTIPATI PAKEJ RANGSANGAN BERKENAAN ADALAH BAGI MEMASTIKAN KEDUDUKAN PERNIAGAAN USAHAWAN AKAN TERUS STABIL MALAH BERTAMBAH KUKUH.
10. tambahan lagi, KEMPEN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA YANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA TURUT MEMBANTU USAHA KERAJAAN MERANGSANGKAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA. RAKYAT MALAYSIA DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI BARANGAN BUATAN USAHAWAN MALAYSIA KERANA SELAIN HARGANYA YANG BERPATUTAN BERBANDING BARANGAN IMPORT, KUALITI PRODUKNYA ADALAH SETANDING DENGAN PRODUK JENAMA ANTARABANGSA.
11. SAYA DIFAHAMKAN M.E.C.D. SENDIRI MEMPUNYAI PROGRAM PENINGKATAN KUALITI PRODUK ATAU DIKENALI DENGAN ‘GROOM BIG’ MERANGKUMI PROGRAM PENSIJILAN seperti HALAL, M.S. I.S.O. 9000 PEMBANGUNAN PRODUK serta PEMBUNGKUSAN dan lain-lain. PROGRAM INI BERTUJUAN MEMASTIKAN SETIAP PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH USAHAWAN TEMPATAN ADALAH BERKUALITI, TAHAN LAMA DAN MEMPUNYAI PEMBUNGKUSAN YANG MENARIK. SAYA JUGA DIFAHAMKAN SEJAK DILANCARKAN PADA TAHUN 2005, PROGRAM INI TELAH MENERIMA SAMBUTAN YANG amat MENGGALAKKAN Di kalangan para USAHAWAN, DI MANA SERAMAI 680 USAHAWAN TELAH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROGRAM INI. OLEH ITU SAYA INGIN MENGESYORKAN SUPAYA PROGRAM INI DITERUSKAN DAN DIPERLUASKAN SKOPNYA KEPADA SEKTOR-SEKTOR LAIN, terutamanya bagi sektor perkhidmatan.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN sekalian
12. tidak dinafikan bahawa ianya BUKANLAH SUATU perkara YANG MUDAH BAGI USAHAWAN TERUS BERTAHAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN SEKIRANYA TIADA USAHA UNTUK MEMPERBAIKI KELEMAHAN SERTA GAGAL MENJALIN JARINGAN PERNIAGAAN yang luas. pada hemat saya, ILMU DAN maklumat PERLU DIKUASAI OLEH USAHAWAN, terutamanya di kalangan usahawan bumiputera, JIKA ingin MELIHAT DIRI SENTIASA BERADA SETAPAK MAJU di HADAPAN SETANDING DENGAN USAHAWAN dari dalam mahupun dari LUAR NEGARa.
13. maka demikian, SIKAP TIDAK MENGENAL ERTI JEMU DAN SUSAH seharusnya DISEMAI DI SETIAP DIRI INDIVIDU BERGELAR USAHAWAN. SIKAP TIDAK BERPUTUS ASA INILAH yang BERJAYA MENEMPATKAN para USAHAWAN MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA berada di tahap SETANDING DENGAN USAHAWAN DI SANA. SAYA PERCAYA dengan berpegangkan kepada USAHA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH dan KEMAHUAN tinggi UNTUK MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU DAN TEKNOLOGI, maka USAHAWAN kita akan DAPAT BERSAING sehingga ke PASARAN ANTARABANGSA.
14. saya difahamkan M.E.C.D. sememangnya berusaha secara berterusan untuk MENGANJURKAN KURSUS JATI DIRI KEPADA USAHAWAN. saya yakin KURSUS-kursus yang dianjurkan INI DAPAT MENANAM SIKAP POSITIF PADA SETIAP INDIVIDU DALAM MENGHADAPI pelbagai CABARAN YANG muncul.
15. SAYA JUGA DIMAKLUMKAN BAHAWA TERDAPAT BEBERAPA USAHAWAN MALAYSIA YANG TELAH BERJAYA DI LUAR NEGARA YANG TURUT MENYERTAI GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009 INI. SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PIHAK M.E.C.D. DAN MARA DALAM USAHA MEMBAWA BALIK USAHAWAN-USAHAWAN INI UNTUK BERKONGSI ILMU, PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN MEREKA DI LUAR NEGARA SEHINGGA BERJAYA. USAHAWAN-USAHAWAN TEMPATAN PERLULAH MENGAMBIL PELUANG KEEMASAN INI UNTUK MENIMBA ILMU SELAIN MEMPERKUKUHKAN JARINGAN PERNIAGAAN MEREKA.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN sekalian
16. KERJASAMA DAN JARINGAN PERNIAGAAN PERLU WUJUD ANTARA semua USAHAWAN, terutamanya di kalangan usahawan bumiputera, agar dapat SALINg MELENGKAPI antara satu sama lain DALAM DUNIA PERNIAGAAN yang semakin mencabar. ADALAH MENJADI HARAPAN KERAJAAN UNTUK MELIHAT KOMUNITI PERNIAGAAN YANG LEBIH KUAT DI KALANGAN USAHAWAN tempatan, termasuk usahawan BUMIPUTERA. pada pandangan saya, para usahawan tempatan perlu menampilkan KEPADA DUNIA BAHAWA USAHAWAN malaysia MAMPU DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN USAHAWAN LUAR NEGARA.
17. SAYA AMAT BERHARAP AGAR PROGRAM gerak usahawan INI BENAR-BENAR DIMANFAATKAN OLEH TUAN-tuan dan PUAN-puan DALAM MEMASTIKAN MATLAMAT KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN USAHAWAN tempatan YANG CEMERLANG DAN BERDAYA SAING dapat TERCAPAI. walaupun TIADA JALAN PINTAS UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA SEHINGGA KE PERINGKAT GLOBAL, SAYA percaya PROGRAM GERAK USAHAWAN ini MERUPAKAN sebuah PLATFORM yang boleh memacu TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DALAM MENGHARUNGI ARENA PERNIAGAAN YANG LEBIH MENCABAR kelak.
18. AKHIR KATA, saya mengucapkan SELAMAT maju jaya KEPADA semua USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN yang turut menyertai program gerak usahawan 2009 ini. SEMOGA SEGALA USAHA KITA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH s.w.t.. MAKA dengan demikian, DENGAN LAFAZ BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM, SAYA DENGAN sukacitanya MERASMIKAN PROGRAM GERAK USAHAWAN NASIONAL 2009.
SEKIAN, terima kasih.