TEKS UCAPAN
YAB PERDANA MENTERI
BERSEMPENA PERHIMPUNAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JPM BAGI BULAN FEBRUARI 2018
Tarikh : 5 FEBRUARI 2018 (SELASA)
Masa : 8.15 PAGI
Tempat : DATARAN PERDANA BANGUNAN PERDANA PUTRA PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Berhormat Menteri-menteri dan warga JPM yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah pada pagi ini dapat kita melangsungkan perhimpunan bulanan JPM kali pertama bagi tahun 2018. Perhimpunan kita pada bulan lalu terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak menentu.
Sehari dua ini kita lihat beberapa peristiwa di dalam negara kita ini. Bagi mereka yang beragama Hindu telah menyambut hari Thaipusam, diikuti dengan Hari Wilayah. Inilah antara keindahan Malaysia yang mungkin tidak dapat dimana-mana negara yang lain. Minggu depan rakan-rakan kita rakyat Malaysia berketurunan Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai saya ucapkan. Negara Malaysia kita ini banyak keistimewaannya. Baru-baru ini, saya baru sahaja selesai menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah, kelihatan ramai rakyat Malaysia di sana dan mana mungkin Malaysia ini dikatakan sebagai negara Malaysia “failed state” oleh sesetengah pihak.
Tahun 2017, saya telah mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan kepada sistem penyampaian dijadikan sebagai bench mark sebagai the year of delivery dan alhamdulillah dari segi aku janji lima tahun yang lalu, mengikut pada pihak ICU, kita telah mencapai 97.6 % dalam prestasi perbelanjaan bagi tahun 2016.
Pencapaian ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan jika tiada hubungan dan kerjasama erat yang perlu terus dipelihara dan dimantapkan lagi kerana sebagai penjawat awam, tuan-tuan dan puan-puan adalah tulang belakang kepada kerajaan dan segala yang kita harapkan dalam membantu rakyat dari segi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Tahun ini merupakan tahun penting dimana kita semua akan membuat keputusan tertentu untuk menentukan masa depan kita bersama bagi menjadi faktor akan kesinambungan kepada kerajaan sedia ada. Penjawat awam perlu menjalankan pentadbiran kerajaan negara kita dengan cekap, efisien dan integriti supaya segala yang hendak dilaksanakan itu dapat sampai ke tangan rakyat.
Tahun 2017, banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Antaranya, yang terbaru, saya lihat The World Economic Forum baru-baru ini telah mengeluarkan indeks terbarunya iaitu indeks “inclusive development”. Apa yang menarik dalam indeks ini adalah, Malaysia telah muncul sebagai negara Asia yang terbaik dan di tempat ke-13 di dunia.
Ini adalah kejayaan kita dan alhamdulillah kita lihat ini merupakan indicator yang baik dan currency Malaysia kita juga berada dalam keadaan baik dengan peningkatan nilai ringgit Malaysia yang semakin kukuh. Bererti bahawa antara the best performing currency of the world sekarang ini adalah ringgit kita. Kita lihat bahawa ekonomi negara kita pun berkembang baik, world bank terpaksa melakukan semakan semula sebanyak tiga kali terhadap ekonomi Malaysia dimana suku akhir tahun 2017 kita mencapai 6.2% dan 4.3% kenaikan dalam KDNK bagi suku
penggal ketiga 2016. Manakala eksport kita pada bulan November 2017, meningkat 14.4%.
Pada tahun ini juga, kita akan laksanakan roll-out bajet 2018 yang merupakan bajet something for everyone. Pelbagai kebajikan yang diberikan kepada penjawat awam termasuk ibu yang mengandung dan suaminya. Jadi, banyak sebab mengapa kita nak jadikan tahun ini merupakan tahun yang lebih teristimewa. Kita jadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang cukup indah, hebat dan terbaik dengan kita bekerjasama dalam satu pasukan. InsyaAllah, semoga dengan segala yang kita harapkan itu akan menjadi kenyataan.
Tahun 2017 kita gariskan sebagai tahun the year of delivery manakala pada tahun ini adalah tahun kejayaan dan tahun keberhasilan yang mengagumkan atau the year of success and the year of impressive result.
Pada petang ini kita akan menyambut keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-XV , Sultan Muhammad V. Ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh baginda kepada kita dan kita sambut baginda dengan penuh kemesraan dan penghormatan.
InsyaAllah, diharapkan semoga tahun ini meruoakan tahun yang berjaya dan sangat bermakna kepada kita dan negara kita tercinta.
Sekian, terima Kasih
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.