Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
Tajuk : PERUTUSAN KHAS DEEPAVALI 2020
Lokasi : SEPERTI DINYATAKAN DI BAWAH
Tarikh : 13-11-2020
 

PERUTUSAN


YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI


SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2020



Assalamua'laikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.


1. Saya, isteri dan seisi keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan di mana jua anda berada.


2. Sambutan Deepavali tahun ini agak berbeza kerana ia berlangsung pada ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid 19. Kes-kes harian yang dicatatkan pada masa ini agak tinggi sehingga Kerajaan terpaksa melaksanakan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal dan mengekang penularan wabak ini di dalam komuniti kita.


3. Saya berharap, saudara dan saudari yang beragama Hindu akan tetap meraikan perayaan Deepavali dengan meriah di rumah bersama ahli keluarga masing-masing dengan mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan. Elakkan bersalaman ataupun berhimpun dan amalkanlah penjarakan fizikal untuk kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.


4. Rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Setiap kaum mempunyai budaya, tradisi dan adat resam masing-masing yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara majmuk yang aman, harmoni dan bersatu padu.


5. Justeru, saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk bersama-sama menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud di negara kita dengan berkongsi kemeriahan perayaan Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia.


6. Semoga pesta cahaya Deepavali pada tahun ini akan memberikan sinar harapan kepada kita semua untuk mengharungi pelbagai cabaran getir yang sedang kita hadapi pada masa ini. Bersama-samalah kita berganding bahu, bersatu-padu dengan semangat yang cekal dan tabah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cerah buat kita semua.


'Deepavali Vaalthukkal'.






Kami menerima 4,856,758 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2021 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri