Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : MAJLIS MAKAN MALAM ANJURAN KELAB KEBANGSAAN WARTAWAN-WARTAWAN MALAYSIA
Lokasi : HOTEL PAN PACIFIC, KUALA LUMPUR
Tarikh : 10-03-1986
 
Saudara Zainuddin Maidin, Presiden Kelab Kebangsaan Wartawan-Wartawan Malaysia; Pegawai-Pegawai Kelab Kebangsaan Wartawan-Wartawan Malaysia; Dif-dif Kehormat; Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian;

Sebagai seorang Melayu dan Malaysian, sebagai seorang yang beradat saya memulakan ucapan saya dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan rumah Majlis Makan Malam ini, iaitu Kelab Kebangsaan Wartawan-Wartawan Malaysia. Saya sering dijemput ke majlis-majlis seperti ini di mana saya dikehendaki memberi ucapan. Sebagai seorang ahli politik pula saya sepatutnya menghargai peluang berucap kerana ahli politik mana yang tidak hendak kepada forum untuk mempengaruhi rakyat dan mendapat sokongan.

2. Sebaliknya setelah saya kaji ucapan-ucapan saya yang dibuat dalam majlis-majlis seperti ini, saya dapati bahawa ucapan-ucapan yang dibuat oleh saya tidak menguntungkan saya. Kerapkali ucapan saya merupakan teguran-teguran dan kritikan-kritikan yang tidak begitu menyenangkan hadirin dan mereka yang menjadi sasaran saya, yang hadir atau yang tidak hadir. Ramai yang berkata bahawa saya suka lecture orang. Kerap pula laporan akhbar bermula dengan 'Mahathir raps ..........' 3. Kawan-kawan saya menasihatkan saya supaya tidak terlalu 'blunt', tidak 'lecture', tidak 'rap' dan lain-lain lagi. Mereka mengingati saya, bahawa saya adalah ahli politik dan bergantung kepada popularity. Saya patut hipokrit sedikit. Saya patut puji banyak-banyak. Di Malaysia orang suka tepuk kalau kita puji mereka. Hanya apabila kita isytiharkan pemberian sesuatu yang tepukan menjadi lebih gemuruh daripada pujian.

4. Bila saya dinasihat, saya mengingati diri saya supaya mengikut nasihat kawan-kawan. Malangnya apabila saya berucap tabiat saya mendahului kebijaksanaan saya, dan saya sekali lagi mengkritik dan menegur, dan 'rap' orang itu dan orang ini.

5. Yang saya hairan ialah kenapa saya masih diundang ke majlis-majlis untuk membuat ucapan. Dalam majlis anjuran pemberita dan akhbar saya tahu kritikan saya tidak menyenangkan. Saya biasapun menulis rencana yang menggambarkan idea saya yang agak kritikal berkenaan dengan journalism. Tetapi saya masih diundang, selepas dicap sebagai hipokrit yang nampak musuh dalam semua bayang. Dan saya berterima kasih dan bersyukur kerana liberalisme yang terdapat di kalangan akhbar -- their big-heartedness which enables them to invite their erstwhile critic to address them.

Ladies and Gentlemen,

6. Human society can never be free from fear. It is the natural state of things. We struggle to get rid of one source of fear, only to find that we have created a new source. We will try to live with this new fear until it becomes unbearable. Then slowly we will struggle again to free ourselves. But when this struggle succeeds, yet another source of fear will emerge.

7. Thus the struggle against feudalistic monarchy resulted in 'The Protector' as Cromwell called himself, and 'The Reichchancellor' and 'Il Duce' as Hitler and Mussolini were officially known. Unofficially they were just dictators who ruled through the same instruments of fear as the monarchs they dethroned. For many nothing had changed. They still have to grapple with this oppressive fear.

8. To cut a long story short we invented democracy so as to free the people once and for all from fear of the Government. By making the Government impermanent it is thought that oppression and fear can be removed. We did. We can now criticise the Government freely. Indeed we can bring it down if we want to. But is there no more fear in society?

9. Perhaps in a democracy fear from bodily harm has been more or less removed. But there are other fears. Assassination need not be by knife or bullets only. A person can be assassinated by defamation. And in a democratic society it is so easy to defame and destroy and get away with it. The target here is limited. It must be someone for whom a bad image can do harm - a public figure for example. And if the public figure depends on popularity, he may just lose it if defamed. For all practical purposes he will have been assassinated.

10. I read in Business Times of Friday, 7 March the headline 'Press need not fear libel action' from publishing details of BMF $2.5 billion loan, lawyers say. The press need not fear but the subject must fear for 'the mechanics of libel and defamation are such that those bringing the libel action can be put on the stand and be subjected to stringent cross-examination. The plaintiff may have to reveal more damaging or incriminating evidence .......... this itself acts as a strong deterrent for anyone to bring libel action ....... and safeguards the press .......... The New Straits Times of Saturday, 8 March in a report says, 'Defamatory statements made in the interest of the public are privileged.' 'This would hold good even if the information contained are false ...........'How wonderfully democratic and fair. If an innocent man is defamed he can k see redress only if he is prepared for the hints and innuendos and worse that can be made in the courts. If he wishes to avoid infamy he must lie low and suffer in silence. He must accept being assassinated.

11. Democracy apparently has not banished fear. For the defamed and for a lot of others fear stalks them. The mechanics are the same. When a person or an institution is powerful we must fear them. We are afraid of those who can cause us discomfort if not bodily harm. We know they are wrong but we don't criticise them because they can hurt us. In a democracy the centres of power has shifted and these new centres are no less oppressive than those in a feudalistic society or a dictatorship.

12. Those who have the temerity to speak the truth will feel the full force of the displeasure they cause. I would like not to cause displeasure to the influential and the powerful but I am congenitally incapable of doing that. I am easily provoked and it will be the political death of me yet unless of course people cease inviting me to speak. But I know my hosts tonight are different.

13. I have lived in Malaysia all my life, except for the visits abroad which are so interesting to some people. Malaysians are quite unique. We are masochists who enjoy excoriating ourselves. We can see nothing right about our country but the most minute wrong is plainly visible to our naked eye as the Malay saying goes, 'from across the river'. And so we read daily that this or that economic or political crisis is about to destroy us. We moan loudly and frighten off foreigners from visiting or investing in our country.

14. The fact that we are still around and that we have not disintegrated disappoints us - because our predictions are wrong. We go on to report another crisis. We do not seem to realise that what we think is a unique occurrence in Malaysia is really a common event in other countries. They do not get unduly excited. Life goes on. Everybody's still around and the event is soon forgotten. Growth and progress takes place as usual.

15. In the history of a nation many things happen. They are all passing events. The passage would be made easier if we learn how to handle these things. This mad scramble for the sensational, this desire to pander to the basest of instincts, is not the way to handle things. Certainly it is not the way to help your own country.

16. Perhaps our country does not deserve our help. I beg to differ. I think it does. None of us will gain by running down our own country and making our dire predictions come true. The truth is that other countries are worse, including the developed countries. I am glad that some newspapers now do publish about poverty in Europe and America. But what has been written is the tip of the iceberg. Actually some of these countries are rotten to the core when it comes to the very things they are so fond of criticising developing countries about. Extensive poverty in the midst of plenty is just one of them. Racial and colour discrimination is blatant. Crime is rampant. The streets and parks are wild jungles. Old ladies get coshed and drunks rolled. The prisons are not only overcrowded but all kinds of crimes are committed there, frequently with the connivance of prison authorities.

17. Filth abound in the cities. The streets are badly paved. The cleaners don't clean. Staff everywhere is rude and unhelpful unless bribed with tips. These and many more are common to the developed countries. But they don't write as often about these shameful things as we do about our failures.

18. Distaste for a person or a group should not make us take it out of our own country. However, we are a free people. If anyone wishes to denigrate his own country, it is his right. I am glad that Malaysian journalists, by and large, are free from these traits.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

19. Semenjak beberapa tahun yang lampau Kerajaan telah cuba membawa perubahan dalam pentadbiran negara dan pendekatan yang diguna. Ini dibuat kerana kepercayaan bahawa rakyat ingin kepada perubahan. Kita hendak supaya rakyat lebih maju, lebih bebas dan lebih dihormati. Tidak ada gunanya kita marah kepada orang asing kerana memandang rendah kepada kita, kerana tidak tahu di mana Malaysia, kerana menganggap kita kolot. Tidak ada gunanya kita melarang mereka daripada bersikap demikian.

20. Jika kita mahu dihormati, dikenali dan disanjung tinggi kita perlu mempunyai sifat-sifat yang boleh dihormati, yang menarik perhatian dan yang membawa kejayaan. Sebab itulah Kerajaan cuba membentuk pentadbiran yang lebih cekap, lebih bersih, lebih beramanah. Sebab itulah kita mencipta pendirian yang bebas dan sanggup menuntut hak kita di merata-rata dunia. Sebab itulah kita cuba menjadikan negara kita negara industri dan bukan semata-mata sebagai negara pengeluar bahan mentah untuk negara maju.

21. Malangnya apabila perubahan dibuat ada di antara kita yang cuma mencari kesalahan. Bersih, cekap dan amanah kononya tidak bermakna kerana kepimpinan negara ini tidak bersih, tidak cekap dan tidak beramanah. Tidak ada bukti anggapan ini benar, tetapi tidak mengapa. Bukti boleh dicipta. Proses industrialisasi tidak betul! Kenapa industri berat? Kita tidak mampu, kita tidak ada teknologi.

22. Kenapa cuba menentang kuasa yang lebih kuat daripada kita? Bukankah lebih selamat kalau kita tunduk sahaja? Kenapa tiru Jepun. Kita tidak mahu jadi Jepun. Tiru orang putih tidak mengapa - kerana memang orang putih lebih superior daripada kita. Orang putih celop tidak apa, jangan Jepun celop.

23. Dan kempen pun dijalankan oleh golongan-golongan tertentu ini untuk menggagalkan perubahan. Dengan itu maka matlamat kita terganggu. Maka mungkin menjadi benarlah ramalan pengkritik ini bahawa rancangan kerajaan tidak boleh berjaya. Kepada mereka, Malaysia adalah ladang desa dan lombong dunia, tidak lebih daripada itu. Dunia bercucuk-tanam di sini untuk bekalan Western civilisation. Bagi orang-orang ini, janganlah Malaysia angan-angan menjadi lebih daripada ladang dan lombong dunia.

24. Sedih sekali. Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. Nampaknya inilah yang sedang diusahakan oleh setengah-setengah orang di Malaysia. Usaha Kerajaan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih mulia dihalang oleh orang-orang yang berpengaruh ini di Malaysia sendiri. Sayang sekali. Tetapi jangan tegur dan jangan syarah mereka. Hanya orang asing sahaja yang boleh syarah kepada kita. Apabila sesuatu bangsa dilanda dengan inferiority complex, inilah yang akan terjadi.

25. Dalam hal ini apakah akhbar-akhbar kita berani menentang aliran ini? Akhbar mahu populariti dan tidak sanggup, seperti kata Mat Salleh, 'buck the trend'. Nanti dikata mengampu Kerajaan dan lain-lain lagi.

26. Saya kagum kerana buat kali pertama akhbar berani menganalisa kepimpinan Encik Lim Kit Siang. Saya harap ada lagi yang berani seperti ini.

27. Kerajaan tidak suka diampu. Tetapi yang benar, katalah benar. Yang dianggap hero, mungkin juga salah. Katakan dan sebutkan. Don't create a public opinion and then fear this creature of your own creation.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

28. Jika ucapan saya tidak menyenangkan, saya meminta maaf, zahir dan batin.

29. Sekarang saya ingin beralih kepada bahagian yang lebih menyenangkan. Saya mengucapkan tahniah kepada National Press Club -- yang tentulah nasional bukan sahaja dari segi liputan geography tetapi kerana bersifat dan bersikap nasional.

30. Dengan adanya National Press Club yang aktif maka mungkin perhubungan antara Press dengan pihak-pihak lain lebih mudah diatur. Kerajaan dan pelawat-pelawat ke Malaysia yang ingin berhubung dengan Press dan dengan rakyat Malaysia tentulah dapat menggunakan saluran Press Club ini. Begitu juga wartawan-wartawan asing boleh menggunakan kemudahan National Press Club untuk mendapatkan maklumat dan saluran kepada pihak-pihak tertentu.

31. Untuk memudahkan kerja Kelab ini dan mengadakan tempat untuk ahli-ahli berhimpun dan bertukar-tukar fikiran mengenai 'the latest hot news yang tidak boleh dicetak'. Kerajaan akan membekalkan sebuah bangunan yang diharap sesuai untuk kegunaan NPC.

32. Bangunan yang dimaksudkan terletak di sebelah pejabat lama MMC di Jalan Tangsi, off Jalan Parlimen. Bangunan ini tidaklah begitu indah tetapi bolehlah diubah-suaikan oleh Kelab supaya sesuai dengan keperluan.

33. Akhir sekali ingin saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada National Press Club kerana sudi menjemput saya ke Majlis malam ini. Mengikut program, selepas ucapan saya akan menjawab soalan. Untuk menjimatkan masa saya akan terus berdiri di sini dan soalan bolehlah dibuat sekarang.

Terima kasih.

Kami menerima 4,856,820 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2021 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri