Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : Y.BHG. TAN SRI ABDUL HALIM ALI
Tajuk : MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN DI ANTARA AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAN GITN SDN BERHAD DAN MAJLIS PELANCARAN GITN-USER SOCIETY (GENIUS)
Lokasi : HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR.
Tarikh : 20-03-2000
 
Terima Kasih saudara Pengerusi Majlis.

Saudara Pengerusi Majlis Yang Berusaha Encik Hamad Kama Piah Che Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad

Yang Berbahagia Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim, Ketua Pengarah MAMPU

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GITN Sdn Berhad

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian.

Saya rasa amat bersyukur kerana dapat bersama-sama pada pagi ini untuk menghadirin Majlis Fasa Kedua, Menandatangani Perjanjian antara GITN Sdn Berhad dan beberapa agensi Kkerajaan. Majlis ini juga akan menyaksikan pelancaran Pertubuhan Pengguna-pengguna GITN atau GITN User Society, yang saya kira akan dapat dimanfaatkan bersama di kalangan pengguna-pengguna GITN.

Sempena majlis ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada GITN Sdn Berhad kerana telah berjaya di dalam usaha yang membangunkan rangkaian dan infrastruktur telekomunikasi pengkomputeran ini. GITN Sdn Berhad, bukan sahaja bertindak sebagai pembekal kepada sistem rangkaian ini namun juga telah dapat memberikan perkhidmatan tambah nilai atau value-added services kepada agensi-agensi Kerajaan yang terlibat.

Saya juga berasa bangga kerana agensi-agensi Kerajaan yang terlibat pada hari ini Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada - Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Audit Negara, Bahagian Pentadbiran Kewangan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Kini, mutu perkhidmatan di Agensi- agensi kerajaan perlulah bertambah baik dengan adanya sokongan teknologi terkini yang merangkumi bukan sahaja teknologi maklumat tetapi juga satu sistem rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan semua agensi-agensi kerajaan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan- pelanggan masing-masing. Dengan penggunaan teknologi maklumat yang lebih meluas ini, agensi-agensi Kerajaan dapatlah mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Sebagai agensi kerajaan, kita perlu sentiasa peka kepada teknologi baru. Perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini harus menjadikan kita lebih peka supaya kita menjadi lebih responsif dan berkesan di dalam memberikan perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan. Ini akan dapat dilaksanakan melalui penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dan prasarana telekomunikasi terkini. Kemajuan kita bergantung kepada pengetahuan yang kemudiannya akan dapat ditukarkan kepada teknologi. Ujudnya teknologi, tidak bermakna perkhidmatan agensi kerajaan hanyalah akan berteraskan peralatan canggih sahaja. Sekiranya nilai-nilai kemanusiaan tidak diambil kira, pasti akan terdapat kekurangan yang lebih nyata lagi di dalam mutu perkhidmatan kita.

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah merealisasikan jalinan kerjasama konsep `perkongsian pintar' di antara agensi kerajaan dengan sektor swasta. GITN Sdn Berhad telah berjaya membangunkan keseluruhan infrastruktur dan perkhidmatannya dengan berlandaskan kepada rangka dasar dan arah tuju pihak kerajaan. Infrastruktur asas yang digunakan sebagai infrastruktur penyambung semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik ini akan, dalam jangka panjang, merangkumi semua agensi Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri ataupun daerah. Prasarana ini bertepatan dengan pelaksanaan aplikasi-aplikasi perdana bagi Projek Koridor Raya Multimedia yang akan berusia 5 tahun pada Ogos ini.

Rangkaian infrastruktur yang meluas yang dibangunkan untuk agensi kerajaan ini akan diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa. Dengan peredaran masa dan peningkatan teknologi, dapatlah GITN mengintegrasikan keperluan komunikasi kerajaan ini dengan lebih berkesan lagi, terutamanya dengan maklumbalas yang membina. Sebagai pengguna kepada rangkaian dan sistem ini, dapatlah kita bersama-sama menyumbangkan ide- ide yang akan dapat kita salurkan untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi agensi-agensi kerajaan di negara Malaysia. Oleh yang demikian, GITN Sdn Berhad telah menubuhkan Pertubuhan Pengguna GITN atau GITN User Society atau dengan nama ringkasnya "GeniUS". Penubuhan ini saya kira adalah satu langkah yang bernas oleh GITN Sdn Berhad.

Dengan GeniUS ini, dapatlah forum perbincangan secara dua hala melalui proses pertukaran maklumat secara terbuka diadakan untuk memajukan lagi perkhidmatan rangkaian GITN ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak GITN Sdn Berhad di atas perkhidmatan yang cemerlang. Juga ucapan syabas saya kepada semua agensi Kerajaan yang telah berjaya di dalam melaksanakan projek GITN ini.

Dengan itu, saya dengan lafaz Bismillah hirahman nirahim, melancarkan Persatuan Pengguna-pengguna GITN (GeniUS).

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima Kasih.

Kami menerima 6,884,883 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2025 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri