Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : Y.BHG. TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI
Tajuk : MAJLIS PERASMIAN SEMINAR"PEMBEKAL KONTRAK PUSAT KERAJAAN"PERKHIDMATAN PEROLEHAN ELEKTRONIK EPEROLEHAN DI BAWAH APLIKASI PERDANA KERAJAAN ELEKTRONIK MALAYSIA
Lokasi : HOTEL SUNWAY
Tarikh : 28-08-2000
 
Saudara Pengerusi Majlis YBhg Dato' Dr Samsudin bin Hitam Ketua Setiausaha Perbendaharaan

YBhg Dato' Dr Muhammad Rais bin Abdul Karim Ketua Pengarah MAMPU

YBhg Dato'Syed Jabbar bin Shahabudin Pengerusi Lembaga Pengarah Commerce Dot Com Sdn Bhd

En George Gan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Commerce Dot Com Sdn Bhd Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang menjemput saya bagi berucap dan seterusnya merasmikan seminar yang akan berlangsung sebentar lagi.

2. Seminar hari ini menandakan bahawa negara kita telah sampai ke satu tahap yang penting dalam usaha menubuhkan sistem perolehan secara elektronik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak iaitu Commerce.Com Sdn. Bhd. dan pegawai-pegawai Kerajaan serta consultant yang berkenaan yang telah bekerja keras bagi membangun sistem e-Perolehan dari mula hingga ke tahap sekarang.

3. Bagi negara yang sedang pesat membangun dan ekonominya sedang berkembang, kerajaan merupakan pembeli yang besar bagi barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan. Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan sahaja (tidak termasuk kerajaan negeri, PBT, syarikat kerajaan dan badan-badan berkanun) membelanjakan lebih dari 1.5 bilion ringgit dalam tahun 99 hingga Ogos tahun ini bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh peniaga dan industri. Oleh itu Perolehan Kerajaan membuka berbagai peluang perniagaan kepada berbagai sektor pengeluaran termasuk dari pihak swasta. Oleh kerana itu, adalah menjadi salah satu misi utama kerajaan menjadikan proses-proses dan prosedur kerajaan lebih mudah, cekap dan pantas, supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada sektor swasta yang berurus dengan kerajaan.

4. Kemunculan sistem elektronik disambut baik oleh kerajaan, bukan sahaja kerana ianya menjanjikan kepantasan dalam pemberian perkhidmatan tetapi juga dapat meningkatkan keutuhan dan accountability pentadbiran awam. Dalam jangka panjang, ia diyakini akan dapat menjimatkan kos pentadbiran serta melipatgandakan produktiviti perkhidmatan awam.

5. Projek ePerolehan ini adalah sebahagian dari projek Kerajaan elektronik iaitu satu daripada tujuh aplikasi perdana (Flagship Applications) yang akan menggunakan teknologi yang terkini (state of the art technologies). Kerajaan elektronik atau eGovernment akan mengubah cara-cara dan prosedur bekerja dalam perkhidmatan awam supaya ianya mampu menangani kehendak perubahan yang sedang pesat berlaku di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

6. Perubahan yang diperkenalkan melalui kerajaan elektronik akan memberi faedah kepada pentadbiran kerajaan, para peniaga seperti tuan-tuan dan puan-puan serta rakyat jelata. Ianya akan mempertingkatkan prestasi dan kualiti pentadbiran kerajaan dari aspek penyaluran maklumat, proses-proses dalaman kerajaan,di antara kerajaan dengan peniaga dan di antara kerajaan dengan rakyat keseluruhannya. Melalui eGovernment dan projek-projek lain di bawah MSC negara kita akan lebih bersedia memasuki era k-economy dan menghadapi apa jua cabaran yang timbul.

7. Dalam melaksanakan projek-projek aplikasi perdana di bawah MSC ini, kerajaan sentiasa menggalakkan usaha dan kerjasama secara perkongsian dengan pelbagai pihak baik dari dalam mahupun dari luar negara. Dasar ini bukan semata-mata bertujuan untuk mendapat teknologi yang terbaik dari dalam dan luar negeri, tetapi juga harus dilihat sebagai usaha untuk mendedahkan pegawai- pegawai kerajaan kepada teknik-teknik dan kaedah yang terkini yang ada di pasaran supaya sektor awam dapat terus meningkatkan competitiveness (daya saing) ke tahap tertinggi. Dalam perspektif yang lebih luas lagi, smart partnership perlu dijadikan strategi untuk membawa masuk budaya korporat yang berteraskan amalan pengurusan paling terkini bagi mempercepatkan proses permodenan sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan yang pada pandangan saya masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan. Oleh kerana itu saya berharap supaya usaha-usaha hendaklah diteruskan untuk mengenal pasti rakan bagi mewujudkan perkongsian pintar atau `smart partnership' .

8. There are several important characteristics of smart partnership. Let me mention two critical ones: (1) It must be based on a win-win formula, in which all the partners benefit; (2) It must be long-term. In the case of the current e-procurement project, which involves Commerce. Com.Sdn.Bhd. and the government, the two essential characteristics of smart partnership which I just mentioned must be upheld both in principle and practice.

9. On the government side, officials must be prepared to adjust rules and procedures to ensure e-procurement can thrive and not constrained by outdated regulation and administrative practices. Reengineering becomes necessary and far this to happen a new mind set or paradigm shift is required. I say this not just to echo the voice of management gurus of the west, but because I know, from my own experience as a civil servant, that many good plans were delayed by bureaucratic bottlenecks. Civils and servants by nature and training are rules and regulations bound and generally reluctant to make quick charges.

10. On the part of the private sector partner, in this case Commerce. Com. Sdn. Bhd., it must ensure that the government and the country also benefit through transfer of technology, reduction of cost and the development of infrastructure that promote spin-off effects, eg. the growth of e-Commerce and development of k-Economy. Which the botton-line for any private company is profit, excessive preocupation with profit alone will not be conducive to the growth of smart partnership that the government wants to foster. And do not gorget that smart-partnership must have the long- term view of business relationship. The relationship should not end because of short-term difficulties or setbacks.

11. I view the e-procurement project as both catalyctic and supportive of e-Commerce which the governments strongly promotes. Therefore the success of the government e-procurement project is very important. I like to urge everyone involved in the project, both from the private sector and the government, to give their best and to spare no effort in ensuring the success of the project.

Tuan-tuan dan Puan-puan, 12. Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sebagai peserta seminar ini menunjukkan bahawa tuan puan mempunyai komitmen dalam menjayakan projek nasional ini. Justeru, tuan puan harus berbangga kerana merupakan `the core group who will experience and reap the full benefits of this electronic procurement system'. Sistem ini akan mendukung dan membantu seluruh sistem kerajaan berhubung dengan perolehan kerajaan.

13. Pada 6hb Oktober 2000 ini, apabila ePerolehan beroperasi secara `live', 33 pembekal kontrak pusat akan mula melaksanakan sistem ePerolehan dengan kerajaan. Jumlah ini adalah sebahagian dari 253 pembekal-pembekal lain yang telah dikenalpasti sebagai kumpulan ahli perniagaan yang akan memasuki era urusan secara elektronik dengan pihak kerajaan. Jika sekiranya rancangan yang telah disediakan dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan, lebih dari 20,000 pembekal akan diserapkan ke dalam proses ePerolehan di masa akan datang. Ini merupakan satu cabaran kepada semua pegawai yang terlibat dalam pembangunan kerajaan elektronik. Memandangkan ianya satu sistem yang baru diperkenalkan adalah dapat dijangka akan terdapat beberapa kelemahan. Saya berharap pihak Commerce Dot Com Sdn Bhd dan pasukan kerajaan yang terlibat dengan sistem ini akan dapat mengesan dan mengambil tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah, supaya sistem ePerolehan dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

14. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit tentang penyertaan Bumiputera dalam perniagaan. Dalam sistem perniagaan tradisional, kita semua maklum bahawa Bumiputera telah ketinggalan dalam banyak aspek dalam dunia perniagaan. Langkah mempermodenkan sistem perniagaan ke sistem elektronik patut juga memberi pertimbangan kepada kedudukan kaum Bumiputera, supaya mereka tidak lebih lagi ketinggalan dalam bidang ini. Usaha-usaha untuk memberi latihan secara terancang kepada peniaga Bumiputera perlu dirangka secara khusus supaya peralihan kepada sistem elektronik tidak akan menjejaskan prestasi perniagaan mereka dan memburukkan lagi status perniagaan Bumiputera dalam ekonomi.

15. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan Syarikat Commerce.Com.Sdn.Bhd. yang telah menganjur seminar ini, semoga matlamat dan tujuan seminar dapat tercapai sepenuhnya.

16. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Pembekal Kontrak Pusat Kerajaan pada pagi ini.

Terima kasih.

Kami menerima 6,884,880 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2025 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri