English | Bahasa Malaysia

Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID
Tajuk : HARVARD CLUB MALAYSIA
Lokasi : HOTEL CROWN PRINCESS
Tarikh : 17-01-1996
 
1. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri oleh kerana sudi sekali lagi menerima jemputan Kelab Harvard di Malaysia untuk menyampaikan Ucapan Perdana kepada Kelab Harvard di Malaysia.

2. Sebagai makluman, Yang Amat Berhormat Dato Seri telah bermurah hati menyampaikan sehingga ini empat Ucapan Perdana di atas tajuk-tajuk seperti berikut:-

(i) Post 1990 - Economic Policy of Malaysia;

(ii) A United Malaysian Nation by the year 2020;

(iii) Towards a Fully Moral and Ethical Society in Malaysia; dan

(iv) The Management Policy for Malaysia.

3. Pada kali ini, Yang Amat Berhormat Dato Seri akan menyampaikan ucapan yang menyentuh mengenai "Leadership". Ucapan Yang Amat Berhormat Dato Seri pada malam ini atas tajuk "Leadership Ideals for Malaysia" adalah sangat tepat dan pasti akan memberi manfaat khusus kepada pemimpin-pemimpin muda yang ada pada masa ini.

4. Untuk makluman para hadirin sekelian, sepanjang tahun 1995 Kelab Harvard di Malaysia telah menjalankan berbagai aktiviti. Dengan semangat padu oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Kelab Harvard di Malaysia semua aktiviti tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya. Untuk makluman tuan- tuan dan puan-puan sekalian, acara-acara penting yang telah berjaya diadakan ialah:

(i) Kelab Harvard di Malaysia, dengan kerjasama INTAN telah menganjurkan seminar bertajuk "How to Change the Mind Set : Thinking Mindfully" yang diselenggarakan oleh Prof. Ellen J. Langer pada 21 Jun 1995.

Professor Ellen J. Langer adalah merupakan seorang Professor daripada the Harvard University yang pakar dalam bidang psychology. Beliau adalah seorang Professor bagi dua institusi di Harvard Universiti, iaitu the Harvard Business School dan Harvard Medical School;

(ii) Kelab ini telah mengadakan majlis makan malam, bersama-sama Oxford Cambridge - Clubs of Malaysia bagi meraikan T.Y.T. Puan Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada 7 Julai, 1995;

(iii) mempersembahkan Konsert P. Ramlee di Pulau Pinang pada 8 Januari, 1995 iaitu sebagai mengenang Bintang Lagenda Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Berikutan dengan itu, Kelab Harvard di Malaysia pada 23 Ogos, 1995 telah menerbitkan buku kedua bernama "GELORA" iaitu yang memuatkan nota muzik dan lirik lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam filem-filem antara tahun 1961 hingga 1972. Buku ini telah dilancarkan oleh peminat nombor satu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Y.A.B. Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak;

(iv) Kelab Harvard di Malaysia telah menyertai "Harvard Club Regional Meeting 1995" di Singapura yang telah mencetuskan idea untuk mengumpulkan ahli-ahli alumni Kelab-Kelab Harvard bagi kawasan sebelah sini;

(v) Wakil Kelab Harvard di Malaysia buat pertama kalinya telah menghadiri Harvard Club "Officers' Workshop" di Harvard University, Amerika Syarikat pada 19 hingga 21 Oktober 1995. Workshop ini didapati sangat berguna antara lain bagi petukaran idea dan strategi mengenai cara-cara mempelbagaikan (diversify) aktiviti-aktiviti kelab, serta memperluaskan networking di antara kelab-kelab alumni Harvard University; dan

(vi) Kelab Harvard di Malaysia juga menderma buku-buku akademik yang ditulis oleh Professor-Professor daripada Harvard University bernilai lebih daripada RM250,000.00 kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

5. For the year 1996, The Harvard Club of Malaysia has been given the honour of hosting the next Regional Meeting of Harvard Clubs in this region later this year in Kuala Lumpur. The Club will take the opportunity to invite a prominent professor from the Harvard Business School to conduct a seminar on "Entrepreneurship" for the participants of the regional meeting. At the same time, we will also be hosting a regional meeting of Mason Fellows of the Kennedy School of Government of Harvard University, comprising prominent businessmen, administrators and academics from this region. The Club also plans to hold a training programme between 3 to 5 days to be conducted by Prof. W. Bert Hunt of New York University (a former professor at Harvard). The topic is expected to be on "Predicting Conflicts".

Later on in the year, we hope to invite again Prof. Ellen J. Langer to complete her assignment with us on the subject of "changing mind sets".

6. Pada penghujung tahun, Kelab Harvard akan menyiapkan buku ketiga mengenai lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan seterusnya membawa Konsert P. Ramlee ke negeri Sarawak iaitu menyambut jemputan peminat nombor satu Tan Sri P. Ramlee iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib bin Mahmud.

7. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelab Harvard di Malaysia dan berharap akan sokongan yang berterusan.

8. Dengan ini saya dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohammad untuk menyampaikan Ucapan Perdana Bagi Tahun 1996.

Kami menerima 4,413,864 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2019 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri