Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : TAN SRI DATO SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID
Tajuk : MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL ISTERI PEGAWAI-PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN MALAYSIA
Lokasi : DEWAN PRE INTAN BUKIT KIARA
Tarikh : 24-05-1996
 
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak INTAN oleh kerana sudi mengundang saya ke majlis penutup Bengkel bagi Isteri Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan Malaysia pada petang ini.

2. Saya amat berbangga kerana bengkel ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sepertimana yang diharapkan. Bengkel ini adalah merupakan satu titik permulaan ke arah meningkatkan lagi sumbangan dan memperkayakan pengalaman puan-puan sebagai isteri pegawai-pegawai yang tertinggi dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia. Saya berharap bahawa dengan menyertai bengkel ini, satu keupayaan, satu visi dan tekad untuk terus berjaya dan menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara telah tersemat di dalam hati sanubari puan-puan sekelian.

Tujuan sebenar Bengkel ini diadakan adalah untuk menzahirkan satu barisan tenaga penyumbang penting bukan sahaja kepada peningkatan kerjaya suami, malahan kepada keluarga dan masyarakat.

3. Kerajaan sentiasa mengikuti peranan puan-puan sebagai isteri kepada pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan. Saya ingin mengingatkan bahawa some men achieve distinction by the kind of car they drive.

thers by the kind of wife that is driving them. Puan- puan boleh menjayakan atau menjadi penghalang kepada kerjaya suami puan-puan masing-masing. Most men would like to have a wife who's beautiful, understanding, economical and a good cook.

Unfortunately, many prefer only one wife! You are for life. Sebagai isteri pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan, puan-puan tidak dapat lari daripada memberi sokongan moral dan membantu dalam apa jurusan yang dibenarkan ke atas kerjaya suami puan- puan. Oleh itu, puan-puan perlu melengkapkan diri dengan maklumat terkini melalui pembacaan dan percambahan fikiran seperti yang dilaksanakan dalam bengkel ini dan juga melalui daya kreatif yang ada pada diri puan-puan. Usaha-usaha seperti ini, di samping dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri akan menyumbang secara langsung kepada prestasi dan peningkatan imej suami puan-puan.

4. Sebagai tonggak dalam sesuatu keluarga, wanita mampu mencorak dan mewarnai suasana keluarga yang diwujudkan. Kegagalan dalam peranan ini bererti melahirkan warganegara yang hilang tujuan dan melemahkan generasi yang diharapkan akan membentuk negara pada masa hadapan. Kaum wanita tidak seharusnya mengabaikan tugas kepada keluarga demi kepentingan pekerjaan. Sebenarnya kedua peranan boleh diimbangi melalui penggunaan masa secara kreatif dan berkualiti. Dengan pengurusan masa secara yang bijak, wanita mampu memainkan bukan sahaja kedua peranan ini malah apa jua peranan yang mereka inginkan.

5. Pengurusan waktu yang ada pada puan-puan sekelian amatlah perlu untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia ini. The best thing to spend on children is your time. Time waits for no one. They say that hours and flowers fade away. Bagi saya, masa yang sebaik-baiknya di gunakan oleh puan-puan sekelian ialah dengan memimpin persatuan-persatuan seperti PUSPANITA dengan cekap dan berkesan. The person who kills time dengan berbual-bual kosong, berjalan ke sana sini tanpa sesuatu tujuan, saya anggapkan pembunuh masa, the person who kills time hasn't learned the value of life. Saya ingin menarik perhatian puan-puan kepada kata-kata Khalifah Abi Talib (655) hijrah:

Jangan tergopoh gapah melakukan sesuatu sebelum masanya atau melengah- lengahkannya apabila masanya tiba Jangan mendesak melakukan perkara yang salah atau melengah-lengah membetulkan kesalahan Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya.

6. Sebagai isteri kepada pegawai-pegawai Kerajaan saya memohon puan-puan supaya menjaga persembahan diri. Apa yang saya maksudkan di sini ialah ciri kesederhanaan samada dari segi pakaian mahupun barang-barang perhiasan badan dan di dalam pertuturan. Sekiranya puan-puan tidak mengambil perhatian di atas perkara-perkara ini, maka kemungkinan akan timbul salah faham dan pengertian di kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Nama baik keluarga dan suami juga akan dipersoalkan. Yang penting adalah bahawa puan-puan hendaklah bersedia mempertahankan kemurnian dan kemuliaan peribadi dan tatakelakuan. Modesty is the art of enhancing your charm by pretending not to be aware of it.

7. Dengan pesanan ini, saya dengan sukacita menutup dengan rasminya Bengkel Isteri Pegawai- pegawai Tertinggi Kerajaan Malaysia ini.

Kami menerima 6,617,139 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2024 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri