1. Saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat bersama-sama kita pada petang ini untuk menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara dua buah organisasi dari negara yang berjiran, Malaysia dan Brunei.
Hari ini merupakan satu detik sejarah yang akan termaktub di dalam sejarah kedua-dua organisasi di dalam memulakan perhubungan dan kerjasama di dalam berbagai-bagai bidang yang melibatkan projek penyelidikan bersama, mengadakan persidangan dan seminar bersama, pertukaran sarjana-sarjana di antara kedua-dua institusi, pertukaran maklumat dan juga hasil-hasil penyelidikan dan penerbitan-penerbitan. Adalah menjadi harapan saya dengan termeterainya MOU ini akan mencetuskan hubungan yang berterusan yang lebih rapat dan lebih akrab di antara kedua- dua institusi demi kebaikan agama Islam dan ummah kedua-dua buah negara khasnya dan masyarakat dunia keseluruhannya.
2. Pada pandangan saya, sekiranya objektif MOU ini, sepertimana yang telah disenaraikan di dalam memorandum yang akan ditandatangani sebentar lagi, dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan, maka saya percaya niat dan cita- cita murni yang diharapkan daripada MOU ini akan dapat dicapai oleh kedua-dua pihak.
3. Pada petang yang mulia ini, izinkan saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan dengan serba ringkas peranan dan aktiviti-aktiviti IKIM yang telah dijalankan selama empat tahun yang lepas dan yang akan dijalankan pada tahun-tahun hadapan.
4. Sejak IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965, IKIM telah menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti bertujuan di antara lain menjelaskan kepada umum mengenai kefahaman Islam yang sebenar bertujuan untuk menghapuskan anggapan negatif tentang agama Islam khasnya yang datang daripada Barat.
5. Selepas empat tahun IKIM ditubuhkan dengan berbagai-bagai program-program yang menjangkau dan meliputi seluruh pelusuk negara dan antarabangsa, peranan yang dimainkan oleh IKIM telah mula menampakkan hasil yang positif dan kedudukan IKIM mula dikenali dan diakui oleh dunia sebagai satu institusi yang mampu menjelaskan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kefahaman Islam untuk kebaikan bersama.
Di antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut: (i) Aktiviti-aktiviti Penyelidikan; (ii) penerbitan buku - setakat ini 28 buah telah diterbitkan (15 buah Bahasa Malaysia dan 13 buah Bahasa Inggeris); (iii) Menganjurkan: (a) persidangan-persidangan nasional dan antarabangsa; (b) seminar; (c) bengkel; (d) forum; (e) ceramah-ceramah; (f) dialog-dialog dan lain-lain; (iv) forum IKIM di Televisyen Malaysia - sekurang-kurang-nya sekali sebulan; (v) sumbangan artikel secara tetap diakhbar- akhbar tempatan; (vi) penerbitan majalah berkala seperti Perspektif (13 buah), Visi (10 buah) dan Jurnal (4 buah); (vii) menerima lawatan dan rombongan dari dalam dan luar negara; (viii) jaringan hubungan; dan (ix) terjemahan buku mashyor.
6. Semua hasil-hasil penyelidikan, seminar, persidangan, Workshop dan lain-lainnya diterbitkan di dalam bentuk buku yang diedarkan keseluruh negara dan juga dijual sebagai bahan bacaan kepada semua peringkat lapisan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Di antara buku yang telah diterbitkan adalah seperti berikut: (i) Terbitan 1993: (1) Forum Ke Arah Negara Maju (2) Islam, Budaya Kerja dan Pembangunan Masyarakat (3) Siri Bengkel Kefahaman Islam (SIBKI 1).
kefahaman Orang Bukan Islam Tentang Islam: Kesannya Terhadap Peningkatan Syiar Islam Di Malaysia.
(4) Siri Bengkel Kefahaman Islam (SIBKI 2).
Kefahaman Orang Bukan Islam Tentang Islam dan Pembangunan Imej Islam.
(5) "Industrialisation From An Islamic Perspective".
(6) "Islam and Justice" (7) "Perspective on Islam and the Future of Muslim".
(ii) Terbitan 1994: (1) Asas-asas Masyarakat Cemerlang (2) Ilmu dan Kecemerlangan Dari Perspektif Islam (3) Persoalan Islam dan Isu Semasa (4) Penjelasan Isu Semasa (5) Islam dan Cabaran Era Baru (6) Islam : Penyelesaian Permasalahan Zaman Moden (7) "Heaven and Earth - The Human Factor" (8) "Towards A Positive Islamic World-Views" (9) "The Role and Influence of Religion in Society" (10) "Islamic Values and Management" (11) Living IKIM (12) "Quest for Excellence" (13) "Islam and Tolerance" (14) Islam dan Kemajuan Masyarakat (15) Pembangunan Ummah Ke Arah Wawasan 2020 (iii) Terbitan 1995: (1) Pemerintahan Islam Dalam Masyarakat Majmuk.
(2) Undang-undang Keterangan dan Prosedur Di Mahkamah.
(3) "Quality and Productivity : Creating A Difference in Modern Industry and Corporations".
(4) "Islamic Civilization : Present and Future Challenges".
7. Pada tahun 1996 pula, beberapa buah buku baru akan diterbitkan tidak berapa lama lagi termasuklah buku-buku berikut: (i) Konsep Pembangunan Sepadu: Sabah Menjelang Abad 21.
(ii) "Fanaticism in Islam".
(iii) Membangun Fitrah Kehidupan.
(iv) Kontemporari Islam.
(v) Bimbingan Semasa.
(vii) Pembinaan Insan dan Watan.
(viii)"Into the 21st. Century".
(ix) "Thoughts in Action".
8. Selain daripada itu, IKIM akan terus mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, forum, siri perbincangan, sudut pandangan IKIM dari masa ke semasa. Di antaranya yang telah dan akan diadakan pada tahun 1996 ini ialah: (1) Persidangan (i) November 1996 Persidangan Antarabangsa bertajuk "Image of Islam In The Outside World" .
(ii) Seminar (1) 2 - 3 Januari 1996 Seminar "Fiqh dan Pendekatan Kontemporari" anjuran bersama dengan Kolej kedua Universiti Malaya.
(2) 9 Januari 1996 Seminar "Etika Hakim dan Peguam" di Dewan Besar, IKIM.
(3) 26 Mac 1996 Seminar on "Islam and Continuous Learning: A Pertinent Culture for Managing Organisation" di Dewan Besar, IKIM.
(4) 28 - 29 Mei 1996 Seminar "Business Ethics" di Dewan Besar, IKIM.
(5) 1 - 2 Jun 1996 Seminar "Ke Arah Mewujudkan Generasi Muslim 2020 Yang Intelek dan Berwibawa" anjuran bersama dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Pekanbaru.
(6) 25 - 26 Jun 1996 Seminar "Modern Secular Development and Environment" di Dewan Besar.
(7) Julai 1996 Seminar Serantau "Pentadbiran Perundangan Islam" di Dewan Besar, IKIM.
(8) September 1996 Seminar "Wanita Islam Di Dalam Masyarakat Malaysia" di Dewan Besar, IKIM.
(9) Oktober 1996 Seminar Usahasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
(iii) Forum Umum (1) 13 Januari 1996 Forum "Proses Damai Di Palestin: Masalah, Cabaran dan Saranan" di Dewan Besar, IKIM.
(2) Julai 1996 Forum "Pengamalan Tariqat Di Malaysia Masa Kini: Antara Permasalahan dan Matlamat Sebenar" di Dewan Besar IKIM. (3) November 1996 Forum "Kekeliruan Dalam Pembangunan Ilmu Sains dan Teknologi: Apa pandangan Islam?" di Dewan Besar, IKIM. (4) Disember 1996 Forum "Hak Wanita Dalam Islam: Cabaran dan Realiti Di Malaysia Masa Kini" di Dewan Besar, IKIM.
(iv) Forum IKIM Di TV Malaysia (1) Januari 1996 "Proses Damai Palestin". Perantara Prof.
Madya Dr. Chandra Muzaffar (2) Februari 1996 "Prestasi Ekonomi Institusi Ekonomi Islam".
Perantara Encik Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan. (3) Mac 1996 "Kepentingan Nilai Dalam Pembangunan Kesihatan". Perantara Dato' Dr. Ismail bin Haji Ibrahim (4) April 1996 "Etika Hakim". Perantara Dato' Dr. Abdul Monir bin Yaacob (5) Mei 1996 "Agama dan Ilmu Keibubapaan". Perantara Y.Bhg. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi (6) Jun 1996 "Dasar Perumahan Seimbang". Perantara Encik Anuar bin Ab. Razak (7) Julai 1996 "Keberkesanan Pendidikan Agama dan Moral".
Perantara Y.Bhg. Dato' Dr. Ismail bin Haji Ibrahim (8) Ogos 1996 "Menghadkan Budaya Hiburan Melulu".
Perantara Encik Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan (9) September 1996 "Kepimpinan dan Ciri-cirinya". Perantara Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi. (10) Oktober 1996 "Rumah Di Dalam Masyarakat". Perantara Dato' Dr. Abdul Monir bin Yaacob. (11) November 1996 "Teknologi Maklumat Untuk Kesejahteraan".
Perantara Encik Anuar bin Ab. Razak. (12) Disember 1996 "Hiburan, Pendidikan dan Media". Perantara Dato' Dr. Ismail bin Haji Ibrahim.
(v) Sudut Pandangan IKIM (1) 21 Mac 1996 Sudut Pandangan IKIM Ke 8 "The Image of Islam: An Insight " oleh Dato' Dr.
Ismail bin Haji Ibrahim di Dewan Besar, IKIM. (2) 18 Mei 1996 Sudut Pandangan IKIM Ke 9 bertajuk "Islam dan Masyarakat Industri" oleh Encik Anuar bin Ab. Razak (3) Julai 1996 Sudut Pandangan IKIM Ke 10 Bertajuk "Values Based Management: The Islamic Approach Towards Sustainability and Effectiveness" oleh Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi di Dewan Besar, IKIM. (4) September 1996 Sudut Pandangan IKIM Ke 11 (5) November 1996 Sudut Pandangan IKIM Ke 12 (vi) Sudut Kefahaman (1) 9 Mac 1996 Sudut Kefahaman IKIM Ke 5 bertajuk "Masyarakat Penyayang dan Aktiviti Sukarela" di Dewan Besar, IKIM (2) 4 Mei 1996 Sudut Kefahaman IKIM Ke 6 bertajuk "Falsafah perundangan Islam" oleh Dato' Dr.
Abdul Monir bin Yaacob di Dewan Besar, IKIM (3) September 1996 Sudut Kefahaman IKIM Ke 7 bertajuk "Arah Aliran Semasa Dalam Kaunseling dan psikoterapi Keluarga" di Dewan Besar, IKIM (vii) Ceramah (1) 4 April 1996 Ceramah bertajuk "Jews and muslims in Traditional European Societies" oleh Prof.
Dr. Muddathir Abdel Rahim, Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM (2) 23 Mei 1996 Ceramah bertajuk "Non-Muslims in Traditional Muslim Societies" oleh Prof.
Dr. Muddathir Abdel Rahim, Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM (3) 13 Jun 1996 Ceramah bertajuk "Minorities in Contemporary Western Societies" oleh Prof.
Dr.Muddathir Abdel Rahim, Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM. (4) 15 Ogos 1996 Ceramah bertajuk "Minorities in the Independent Status of Asia and Africa: An Overview" oleh Prof. Dr. Muddathir Abdel Rahim , Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM. (5) Oktober 1996 Ceramah bertajuk "Israel and South Africa: From Settler Colonialism To Peaceful Co- Existence?" oleh Prof. Dr. Muddathir Abdel Rahim, Juruperunding IKIM diDewan Besar, IKIM. (6) November 1996 Ceramah bertajuk "Settling Ethnopolitical Conflicts" oleh Prof. Dr. Muddathir Abdel Rahim, Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM (7) Disember 1996 Ucaputama bertajuk "The Significance of the Malaysian Model: Preliminary Impressions of An Outsider" oleh Prof. Dr.Muddathir Abdel Rahi, Juruperunding IKIM di Dewan Besar, IKIM.
9. Salah satu strategi bagi menyampaikan kefahaman sebenarnya mengenai Islam ialah dengan menyiarkan artikel-artikel yang ditulis sendiri oleh Pegawai-pegawai Penyelidik IKIM di dalam akhbar-akhbar tempatan. Setakat ini, akhbar- akhbar seperti The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Shin Min Daily News dan Sin Chew Jit Poh telah memberikan ruang kepada IKIM bagi memuatkan artikel-artikel IKIM untuk bacaan umum seperti beriktu: (a) The Star pada setiap hari Selasa (b) New Straits Times pada hari Sabtu dua minggu sekali (c) Utusan Malaysia setiap hari Jumaat (d) Shin Min Daily News pada hari Isnin dua minggu sekali (e) Sin Chew Jit Poh sebulan sekali 10. Perhubungan IKIM dengan dunia luar juga sedang dipergiatkan melalui jaringan hubungan dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) sepertimana yang kita adakan pada hari ini.
Sebelum ini, IKIM telahpun mengadakan jaringan hubungan dengan beberapa institusi luar seperti IRCICA di Turkey dan sekarang ini di dalam proses rundingan MOU dengan Ibn Khaldoun Centre For Development Studies dan satu lagi dengan Al- Ahram Strategic Studies, Egypt. Saya percaya jaringan hubungan ini akan memberikan banyak manfaat kepada IKIM dan umat Islam keseluruhan.
11. Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjemput saya untuk menyaksikan majlis tandangan MOU di antara IKIM dengan Pusat Dakwah Islamiah ini dengan harapan dan doa semoga apa yang kita cita-citakan bersama dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
|