Sumbangan Sektor Swasta

Sumbangan Sektor Swasta

Saya sudah menggariskan apa yang saya fikirkan dasar dasar utama ekonomi yang sepatutnya diwujudkan untuk meneruskan usaha kita ke arah kemakmuran dan ekonomi yang bersaing. Izinkan saya tekankan sekarang peranan yang perlu dilaksanakan oleh sektor swasta. 

Negara ini tidak boleh bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan jika sektor swasta tidak cekap dan lemah. Tuan-tuan mesti kuat dan dinamik, giat dan berdikari, cekap dan jujur. 

Malaysia tidak boleh mengurangkan undang-undang dan peraturan jika ahli bank tidak berlagak sebagai ahli bank, jika kebebasan yang diberi pada usahawan hanya menjadi lesen untuk mengeksploitasi tanpa sebarang perasaan tanggungjawab sosial. Syarikat kita mesti mempunyai rasa tanggungjawab korporat yang tinggi. Perjuangan kita untuk menjamin keadilan sosial -untuk meningkatkan kedudukan dan daya saing kaum Bumiputera dan untuk mencapai matlamat sosial lain – mesti menjadi perjuangan anda juga. 

Penswastaan tidak boleh diteruskan jika matlamatnya dipatahkan oleh mereka yang mahukan keuntungan peribadi tanpa tanggungjawab sosial. Galakan Perindustrian Berterusan dan usaha membangunkan dengan pesat industri kecil dan sederhana kita mesti diterajui oleh usahawan kita. Mereka mesti bersedia untuk berfikir untuk jangka panjang, mencebur diri ke dalam pasaran dunia yang penuh persaingan. Usaha menarik pelaburan asing tidak sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja. Sektor swasta mesti membabitkan diri dengan pelabur asing dalam usahasama yang menguntungkan kerana ini akan membantunya dalam pembabitan ekonomi Malaysia. Dan tanggungjawab pelabur tempatan semestinya lebih berat daripada rakan asing mereka kerana Malaysia negara kita, bukan negara mereka. Kita boleh bertanya diri sendiri untuk berkorban kepada negara tetapi kita tidak boleh mengharapkan mereka kita. 

Dalam pembangunan sumber manusia kita, sektor swasta kita mempunyai peranan penting yang perlu di mainkan. Latihlah sumber tenaga tuan-tuan sendiri. Lengkapkanlah kepakaran mereka. Jagalah kebajikan mereka. Pertingkatkan kemahiran mereka. Uruskanlah mereka sebaik-baiknya. Dan berikan penghargaan yang sewajarnya untuk menghargai sumbangan mereka. 

Yang pasti masih banyak yang perlu dilakukan oleh semua orang Sayangnya, tidak ada satu formula ringkas yang mudah untuk membangunkan negara. Banyak perkara mesti dilakukan oleh ramai orang. Dan ini perlu dilakukan dengan sebaik-baik dan setepat-tepat mungkin. Kita mesti bersedia untuk bersikap lebih kritikal terhadap diri sendiri dan sanggup membetulkan akan berjaya.

5 total views, 3 views today

Share: