Dasar Utama Ekonomi Sektor Awam

Beberapa Dasar Utama Ekonomi Sektor Awam Untuk Jangkaan Masa Depan

Sejak awal 1980-an, kita menekankan bahawa negara ini akan bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi. Kita sebenarnya sudah mendahului negara lain di dunia,termasuk negara maju dalam memberi kepercayaan kepada sektor swasta.

Dalam tahun-tahun yang awal, sektor swasta kita yang masih muda tidak dapat memberi sambutan terhadap cabaran yang diberi. Kemudian datang kemelesetan yang tidak diduga serta menyulitkan dan tahun-tahun kelembapan. Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, sektor swasta kita sudah berkembang dan mula bertindak balas. Dasar ini mula membuahkan hasil. Hasilnya pada 1988, pertumbuhan kita dalam nilai sebenar ialah 8.9 peratus; pada 1989, 8.8 peratus; pada 1990, 9.4 peratus tanpa pertambahan belanjawan Keraiaan. “Ekonomi Harimau Timur Laut Asia” pun tidak dapat berbuat demikian. 

Tidak ada negara yang boleh menolak formula yang berjaya. Dan negara ini tidak akan menolaknya. Untuk jangkaan masa sektor swasta, terus bergantung padanya sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi. 

Pada masa yang sama, kerajaan akan terus mengurangkan tahap pembabitannya dalam bidang pengeluaran ekonomi dan perdagangan. Negara sudah tentu tidak boleh berundur sepenuhnya daripada kehidupan ekonomi Malaysia. Kerajaan tidak boleh melucutkan tanggungjawabnya untuk mengawal dan memperuntukkan rangka kerja undang-undang dan peraturan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat. 

Kerajaan akan bersikap proaktif untuk memastikan pengurusan fiskal dan kewangan yang sihat serta perjalanan ekonomi Malaysia yang lancar. Kerajaan akan meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal yang diperlukan dan mewujudkan suasana perdagangan yang baik – selaras dengan keutamaan sosialnya yang lain. Dan apabila perlu, kerajaan tidak semestinya akan terikat sepenuhnya dengan iltizamnya untuk menarik diri daripada peranan ekonomi, iaitu kerajaan tidak akan campurtangan. Kerajaan akan memainkan peranan dengan teratur, bijaksana dan secara giat. 

Proses mengurangkan peraturan akan diteruskan. Tidak dinafikan lagi bahawa peraturan merupakan perkara penting untuk mengawal masyarakat, dan ekonomi merupakan sebahagian daripada masyarakat. Negara tanpa undang-undang dan peraturan adalah negara yang bermain dengan anarki. Tanpa peraturan akan sedikitlah urusan dan tiada langsung pembangunan. Yang tidak diperlukan ialah peraturan berlebihan kerajaan sedang menguatkuasakan peraturan berlebihan. 

Kebijaksanaan pada kebolehan membezakan antara undang-undang dan peraturan yang membawa hasil kepada matlamat kita dan yang bukan sedemikian dan ini terletak pada kemampuan membuat keputusan yang tepat berhubung dengan untung rugi ini. Oleh itu, kerajaan tidak banyak bersikap bodoh atau tidak bertanggungjawab, dan akan memenuhi kehendak masyarakat banyak di samping memenuhi keperluan untuk pertumbuhan pesat dan ekonomi yang bersaing, giat dan kental. Kerajaan akan berpandukan pengetahuan bahawa membebaskan perdagangan juga – bukan sahaja undang- undang dan peraturan, dan campur tangan negara – dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat sosial yang lebih luas. Berdasarkan ini dan fakta bahawa memang ada ruang peraturan yang tidak menghasilkan apa-apa dimansuhkan, anda bolehlah mengharapkan proses mengurangkan peraturan akan diteruskan. peraturan rejim Kadar Pinjaman Asas (BLR) merupakan contoh kesedaran ini. 

Penswastaan akan terus menjadi asas penting dalam pembangunan negara dan strategi kecekapan kebangsaan. Dasar ini tidak diasaskan pada kepercayaan ideologi. Dasar ini ditujukan dan daya beban matlamat pengagihan hasil negara. 

Dalam melaksanakan dasar penswastaan kita, kerajaan memang sedar akan keperluan untuk melindungi kepentingan rakyat, untuk memastikan golongan miskin mendapat hak untuk perkhidmatan asas, untuk menjamin mutu perkhidmatan disediakan dengan kos paling minimum, untuk mengelakkan amalan monopoli tidak produktif dan memastikan kebajikan pekerja. 

Memang akan ada masalah. Tidak ada usaha yang diperoleh tanpa pengorbanan. Tetapi jelaslah bahawa dasar ini setakat ini membuahkan hasil positif dan kita bolehlah menjangka pelaksanaannya akan dipertingkatkan pada masa hadapan.Dengan siapnya Kajian Pelan Induk Penswastaan, saya yakin banyak masalah yang mengganggu kemajuan penswastaan akan diatasi, seterusnya meningkatkan lagi pelaksanaan yang lancar. 

Pada tahun-tahun akan datang akan wujud satu Galakan Perindustrian Berterusan, galakan yang tidak berdasarkan keghairahan terhadap perindustrian tetapi berdasarkan kebenaran bahawa jika kita mahu pesat membangun dalam keadaan ekonomi maju akan meninggalkan peringkat perindustrian untuk memasuki peringkat pasca perindustrian -inilah cara untuk terus bergerak. Jika kita mahu mewujudkan perindustrian dengan cepat, kita perlu menggunakan sepenuh- nya tenaga negara dan secara bersungguh-sungguh mengatasi segala kelemahan. 

Untuk mencapai dasar ini, kerajaan perlu menangani masalah asas sektor pembuatan yang kecil. Pada 1988, 63 peratus daripada keseluruhan eksport barang buatan Malaysia datangnya daripada industri elektrik,elektronik dan tekstil. Elektronik sahaja menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan eksport barang buatan. Kita mesti mempelbagaikan sektor pembuatan. 

Walaupun pembangunan paling pesat berlaku dalam zon perdagangan bebas, namun permintaan untuk barang perantaraan tempatan hanya kecil. Kita perlu menangani masalah hubungan perindustrian yang lemah. 

Pembangunan teknologi tempatan pula tidak mencukupi. Terlalu sedikit tambahan nilai, terlalu mudah penyusunan pengeluarannya. Kita juga perlu mengatasi kos pengeluaran yang semakin meningkat dengan meningkatkannya kos buruh, kos bahan mentah dan perbelanjaan awal (overhead) dengan cara meningkatkan kelancaran dan daya pengeluaran. Memang ada kekurangan serius dari segi tenaga manusia. Semua ini dan banyak lagi isu perlu diberi perhatian. 

Industri kecil dan sederhana mempunyai fungsi penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan, untuk mengukuhkan hubungan perindustrian, dalam menembusi pasaran dan menghasilkan pendapatan eksport. Sektor ini mempunyai peranan utama sebagai tempat bermula untuk melahirkan usahawan masa depan. 

Kerajaan akan merangkakan skim bantuan yang wajar dan akan berusaha meningkatkan taraf kepakaran pengurusan, pengetahuan teknologi dan kemahiran pekerja dalam sektor ekonomi yang sangat penting dan sering diabaikan. 

Industri kecil dan sederhana ini akan menjadi asas utama untuk penekanan perindustrian kita pada masa depan. Kerajaan memang bersungguh-sungguh untuk memajukannya sepenuh-nya. 

Begitu kita mesti mempelbagaikan barangan eksport, kita juga mesti mempelbagaikan pasaran eksport kita. Pengeksport Malaysia mesti melihat kepada pasaran bukan tradisi. Ini memerlukan pengetahuan baru, saluran baru, hubungan baru dan pendekatan baru untuk menangani undang- undang dan peraturan yang belum biasa ditemui. Ini tentunya tidak menyenangkan tetapi kita silap jika kita menganggap bahawa ini tidak menguntungkan berbanding kesulitannya dalam menangani pasaran berkenaan. Secara persendirian pasaran ini mungkin kecil tetapi secara keseluruhan pasaran Asia, Afrika dan Amerika Selatan yang sedang membangun itu adalah membangun itu adalah besar. bahawa ini menguntungkan untuk mengeksport ke pasaran ini, sudah tentu ini juga akan akan membantu tetapi sektor peranan mereka. Pergantungan berasaskan eksport masih menjadi cara pertumbuhan pesat. 

Penyertaan dalam pasaran dunia meletakkan syarikat kita berdepan dengan semua saingan dan meletakkan syarikat kita di bawah kuasa persaingan antarabangsa. Ini cabaran yang kita mesti tempatan terlalu kecil tetapi kerana dalam jangka panjang ia akan menguntungkan pergantungan kita pada eksport. 

Kita mesti terus kekal dengan pertumbuhan yang berasaskan eksport walaupun mengalami kelembapan sejagat, walaupun berlaku peningkatan dasar perlindungan, blok perdagangan dan perdagangan terurus. Apabila perjalanan semakin mencabar, kita tidak boleh berpatah balik. Kita tidak ada pilihan lain kecuali terus berani, lebih berkesanggupan, produktif dan lebih bersaing, lebih mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran. 

Peliberalan ekonomi Malaysia sudah menunjukkan hasil menguntungkan dan menyumbang ke arah pertumbuhan yang lebih dinamik. 

Sudah pasti peliberalan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan secara berperingkat untuk memastikan tidak berlaku ketidakpastian ekonomi dan kewujudan kos pelarasan struktur berlebihan. Kita patut menimbang sepenuhnya kemampuan Malaysia untuk melaksanakan peliberalan ini. Kita tidak patut menolak hujah industri setahun jagung tetapi kita juga tidak boleh tunduk kepada tekanan yang tidak berasas. 

Pada masa yang sama,peliberalan yang membawa hasil akan memastikan sektor swasta kita kurang bergantung pada keuntungan tidak bernilai dan perlindungan, yang hanya menguntungkan sesetengah pengeluar yang memperolehnya tetapi menjadi tekanan terhadap pada pengguna dan pengeluar lain. Bayi pun mesti membesar. Mereka mesti membesar untuk menjadi sihat dan kuat. Dan ini tidak boleh dilakukan jika mereka terlalu dilindungi. 

Kerajaan akan meneruskan usaha menarik pelaburan asing. Sekali lagi, kita tidak akan menolak strategi yang berjaya. Tetapi kita akan mengubahsuaikannya untuk memastikan semua langkah tersusun kemas agar Malaysia dapat memanfaatkan sepenuhnya 

Pada masa dahulu, sektor swasta tempatan pada umumnya telah gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam Rancangan-Rancangan Malaysia. Nampaknya pelabur-pelabur tempatan merasai bahawa kerajaan tidak memberi usaha secukupnya untuk menggalakkan pelaburan tempatan seperti yang telah diberi kepada pelaburan asing. Ini sebenarnya tidak membetulkan lebih tepat. 

Perusahaan kecil dan sederhana perlu dibantu untuk terus berkembang. Lebihan simpanan dan modal tempatan perlu disalurkan dengan lebih produktif kepada pelaburan. Lebih ramai usahawan perlu dihasilkan. Apabila perlu, bantuan latihan dan teknologi perlu diperluas; danbantuan infrastruktur diberi. 

Penting kita tegaskan sekali lagi bahawa pembangunan yang kita perlukan tidak dapat wujud tanpa sokongan infrastruktur. Kita mesti terus dapat meramalkan permintaan dan keperluan masa depan. Dalam Belanjawan baru-baru ini kita dengan jelas menyatakan apa yang kita akan lakukannya dalam jangka pendek. Rancangan Malaysia Keenam akan menjelaskan apa yang kita akan lakukan dalam jangka sederhana manakala Garis Kasar Pelan Perspektif Kedua akan menunjukkan arah untuk jangka panjang. Kerajaan memang sedar akan masalah infrastruktur dan keperluan untuk pelaburan besar-besaran dalam tahun-tahun akan datang. Kita tidak akan membiarkan pertumbuhan terencat dengan gangguan pelaburan berlebihan yang pernah berlaku dibeberapa banyak negara. 

Dalam usaha kita untuk maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia. 

Daripada pengalaman dua dekad lalu berhubung keajaiban ekonomi dinegara yang miskin dari segi ‘sumber semula jadi’, adalah jelas sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat. Apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting dari pada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita. Rakyat kita merupakan pada 1990-an dan selepas itu , Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin ini. 

Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Tetapi untuk perjalanan yang kita perlu sediakan untuk generasi kedua, tahap dan piawaian baru perlu ditetapkan dan hasil baru perlu dicapai. 

Kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita, dalam hal tumpuan mereka kepada pengetahuan dan peningkatan ilmu serta usaha membaiki diri, dalam hal kecekapan berbahasa, dari segi sikap kerja dan disiplin, dari segi kebolehan pengurusan, motivasi pencapaian,sikap terhadap kecemerlangan dan dari segi mewujudkan semangat keusahawan. 

Kita tidak patut mengabaikan peripentingnya semangat keusahawanan dan pembangunan keusahawanan yang menjangkau lebih daripada latihan dan pendidikan. mesti memastikan adunan yang betul berhubung dengan golongan profesional, separuh profesional, artisan, dan pekerja mahir dan imbangan yang betul antara mereka dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan sains sosial. 

Dalam pembangunan sumber manusia kita tidak boleh mengabaikan separuh daripada penduduk negara, iaitu kaum Bumiputera. Jika mereka tidak dibawa ke dalam arus pembangunan masyarakat, jika kebolehan mereka tidak dikembangkan sepenuhnya, jika mereka dibiarkan menjadi beban kepada negara, maka tentulah kemajuan kita akan tergendala. Tidak ada negara yang dapat mencapai kemajuan penuh dengan hanya separuh sumber tenaganya digemblengkan. Apa yang sekarang dianggap sebagai beban, dengan sikap dan pengurusan yang betul, dapat menjadi tenaga yang akan meringankan beban kita dan mempercepatkan kemajuan kita. Bumiputera mesti memainkan peranan mereka sepenuhnya untuk mencapai matlamat negara. 

Inflasi merupakan duri dalam daging kepada semua perancang ekonomi. Untungnya, selain waktu kenaikan harga minyak pertama apabila inflasi meningkat sehingga 17 peratus, kadar inflasi kadar yang rendah rakyat perlu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah. Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi inflasi ialah kita hidup mengikut kemampuan. Jika kita tidak mampu, jangan beli. Di dilakukan kerana kita dapat menghasilkan hampir semua yang kita perlu dari segi makanan, tempat tinggal dan pakaian. Apabila kita mengalami kemelesetan baru-baru ini, kehidupan masih seperti biasa kerana kita masih mampumembeli barang keperluan pada harga yang lebih kurang sama iaitu kita tidak mengalami inflasi. Sekarang kita mempunyai lebih banyak wang, permintaan secara perlahan-lahan menaikkan harga. Oleh itu, walaupun kita mungkin lebih senang sekarang, dengan wang, tetapi dari segi kuasa sebenarnya belumlah senang. 

Orang awam mesti memahami apa yang menyebabkan inflasi dan cukup berdisiplin untuk memeranginya. Di sesetengah negara, apabila kadar inflasi meningkat sehingga beribu-ribu peratus setahun,kerajaan sentiasa bertukar-tukar tanpa dapat membendung inflasi. Sebabnya rakyat tidak berdisiplin dan tidak bersedia untuk mengawal diri. Tidak ada kerajaan yang dapat mengekang inflasi kecuali rakyat bersedia menghadapi kesukaran itu. 

Dalam usaha menentang inflasi, tidak ada yang lebih berkesan daripada pendidikan dan sikap disiplin rakyat. 

Dalam dunia perdagangan yang saling bergantung, kadar tukaran mata wang memainkan peranan penting. Kadar mata wang yang terlalu rendah akan meningkatkan kos import dan bayaran hutang tetapi ia akan menyebabkan persaingan eksport. bagi digunakan dalam barangan eksport. Nilai mata wang tinggi akan pembelian tidak akan bersaing dan ekonomi akhirnya akan tejejas. 

Ternyata pen gurusan kadar tukaran adalah penting untuk kemajuan negara. Ia hanya mempunyai kemampuan terhad untuk digunakan sepenuhnya. Dalam analisis terakhir, cara kita mengimbangkan perdagangan kita akan menentukan bagaimana mata wang kita dinilai. Malaysia mesti belajar menjadi lebih bersaing melalui daya pengeluaran lebih tinggi daripada sekadar melalui manipulasi kadar tukaran. Sekali lagi rakyat mesti faham akan peranan mereka, khususnya yang berkaitan dengan daya pengeluaran. 

Dalam dunia teknologi tinggi, Malaysia tidak boleh ketinggalan. Kita tidak dapat berada di barisan depan teknologi depan kelebihan tertentu. Kita sudah menerima Pelan Tindakan Kebangsaan mudah. yang lebih sukar, iaitu pelaksanaannya. 

Kerajaan sudah tentu akan meletakkan iltizam dan memberi kepemimpinan yang perlunya ke arah usaha negara ini. Infrastruktur institusi dan sokongan akan disediakan untuk memastikan pembangunan pesat dan realistik kemampuan teknologi kita yang berasaskan pasaran ditumpukan sepenuhnya. Tetapi kita jangan lupa bahawa teknologi bukan untuk makmal tetapi untuk kilang dan pasaran. Sektor swasta dan rakyat kita mesti bertindakbalas. Selalunya hasil penyelidikan tidak dihiraukan kerana orang lebih berminat akan bahan yang teruji. Sering dikatakan bahawa rahsia kejayaan Jepun ialah kemahiran memanfaatkan hasil penyelidikan untuk barangan yang boleh dipasarkan. Jika kita tidak melakukan ini kita akan ketinggalan teknologi kita. 

Dalam meningkatkan sektor industri pembuatan kita, Malaysia mesti memastikan sektor pertanian dan perkhidmatan tidak akan diabaikan. Kita mesti maju. Kita mesti berusaha kearah kecekapan, pemodenan dan persaingan. Ini patut menjadi prinsip panduan asas kepada dasar kebangsaan kita terhadap pembangunan pertanian, pelancongan dan kemajuan sepenuhnya sektor perkhidmatan. 

Kita juga tidak boleh mengabaikan sektor luar bandar dalam ekonomi dan masyarakat kita. Dalam tahun-tahun akan datang, kita mesti berusaha ke arah perubahan pembangunan luar bandar kedua, menyusun semula kampung supaya lebih sesuai dengan pertanian dan industri moden. Petani seharusnya semakin berkurangan tetapi dapat menghasilkan lebih banyak makanan, dan ini akan menyediakan tenaga kerja yang lebih untuk masyar akat perindustrian. 

Dalam melakukan semua ini, kita juga mesti memastikan sumber semula jadi kita yang bernilai tidak dibazirkan. Bumi kita mesti kekal sebagai sumber hasil dan subur, persekitaran jernih dan bersih, air tidak cemar, sumber hutan dapat ditanam semula, mampu menghasilkan keperluan untuk pembangunan negara. Keindahan bumi kita tidak patut dinodai – sama ada untuk kepentingannya atau untuk kemajuan ekonomi kita. 

Dalam zaman maklumat yang kita hadapi sekarang, masyarakat Malaysia mesti kaya dengan maklumat. Bukan secara kebetulan hari ini tidak ada negara kaya dan maju yang maklumat yang tidak membangun dan mundur. 

Pada suatu masa dulu tanah memang menjadi asas kemakmuran dan kekayaan. Kemudian datang gelombang kedua, zaman perindustrian. Cerobong asap tegak di tempat yang dahulunya ladang. Sekarang, pengetahuan semakin menjadi asas bukan sahaja kuasa tetapi juga kemakmuran. Sekali lagi kita mesti terus mara. Sekarang ini rakyat Malaysia adalah antara yang paling ramai menggunakan komputer di rantau ini. kita dilaksanakan maklumat. 

Dalam hubungan antarabangsa, penekanan terhadap politik dan ideologi patut dikurangkan, sebaliknya penekanan patut dilebihkan Walaupun kita kecil, kita mesti berusaha untuk mempengaruhi aliran perdagangan antarabangsa. mesti mengeksport. Pasaran tempatan kita terlalu kecil. Bagi kita amatlah penting perdagangan bebas dikekalkan. Arah aliran kearah pembentukan blok perdagangan akan menjejaskan kemajuan kita dan kita mesti menentangnya. Dengan itu, kita mesti memainkan peranan kita sepenuhnya dan tidak menerima secara pasif kata dua daripada negara kuat yang lain yang mungkin tidak menyedari bagaimana keputusan mereka memberi kesan kepada kita. 

Sesebuah negara tanpa kemampuan petahanan ekonomi yang kukuh dan kebolehan mempengaruhi serta mewujudkan dalam arena ekonomi antarabangsa merupakan negara yang lemah dalam pertahanan ekonomi. MAlaysia tidak boleh ini. 

Ada beberapa banyak dasar yang mesti dibincangkan dan digubal jika kita mahu menjadikan 1990-an sebagai dekad yang paling produktif dalam sejarah kita. Izinkan saya mengakhiri perlunya kenyataan yang berjaya. 

Izinkan saya tekankan bahawa tidak semua kerjasama antara sektor awam dan swasta bersifat wajar atau produktif. Dalam banyak hal, ia mesti mempunyai pendekatan kawalan dari jauh. Tetapi sudah pasti usahasama yang produktif akan membawa kita kearah aspirasi yang diharapkan.

8,906 total views, 13 views today

Share: