TEKS VERBATIM YAB PM :MAJLIS TEMU ANWAR BERSAMA-SAMA PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

17 Julai 2026

 TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS TEMU ANWAR BERSAMA-SAMA PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

 17 JULAI 2026 | JUMAAT | 11.10 PAGI 

DEWAN KULIAH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

NEGERI SEMBILAN

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin.

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim

Wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berusaha Dr. Kartini binti Abdul Mutalib,

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik;

 

Dan seluruh staf IPG Kampus Pendidikan Teknik dan anak-anak yang dikasihi sekalian. Nampak serius betul. Cikgu kena serius ke?

 

  1. Saya ucap penghargaan terima kasih untuk Dr Kartini dan anak-anak sudi berikan sedikit ruang untuk adakan perbincangan sebelum saya ke Nilai untuk solat Jumaat.
  2. Kita tahu bahawa tumpuan kita dalam pendidikan seperti yang Fadhlina sering tekankan, bukan sekadar meneruskan acara, sama ada kurikulum ataupun pedagogi yang sedia ada. Perubahan itu kalau kita mahu tingkatkan keupayaan, kalau kita tingkatkan keupayaan negara umumnya, maka tumpuan yang pertama, bidang pendidikan.

 

  1. Yang keduanya, pantas menangkap perubahan yang begitu dinamik, ia tidak boleh statik. Negara atau masyarakat yang tidak berupaya untuk membawa perubahan yang pantas akan ketinggalan. Sejarah tamadun dunia begitu rupa, baik Islam atau China atau India atau Afrika, pernah gemilang tapi kalau tak cepat, pantas menangkap keperluan perubahan, kita akan ketinggalan.

 

  1. Sebab itu dalam Negara MADANI sekarang, Kerajaan menekankan keperluan, perubahan. Tapi mana-mana perubahan bila kita lakukan, dia tidak mudah. Baru-baru ini dalam salah satu mesyuarat, saya panjangkan teori tentang perubahan. Teori perubahan itu dua. Tidak semua orang sedia terima. Bunyi sedap, bukan? Perubahan. Islah kalau dalam Quran, doa Nabi Allah Syuib A.S, “In uridu illal islah mastata’tu”. Maknanya, aku doa sedaya upaya aku, lakukan perubahan. Islah – sedaya upaya aku. Maknanya ada perubahan.

 

  1. Kalau kita tengok hijratun Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, itu satu pengembaraan, satu adventure, satu migration ataupun transformation ke arah perubahan. Dari sistem yang korup, menindas, zalim, racist, kebencian antara kaum, merubah menjadi manusia yang lebih universal, lebih toleran, hormat nilai kemanusiaan, “Walaqad karamna bani Adam”.

 

  1. Allah angkat darjat Nabi Adam itu sebab apa? Sebab nilai karamah insaniahHumanity. Ini adalah relevan dengan apa yang saya nak panjangkan sedikit. Dan saya nak pergi ruang kepada dialog, dengar pandangan anak-anak.

 

  1. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah, saya sebut tadi teori sosiologi. Yang pensyarah-pensyarah lebih pandai dari sayalah. Iaitu, ada kelompok yang sedia menerima, senang menerima perubahan. Dan malah kadang-kadang menuntut perubahan. Kalau dia baik, dia nak lebih baik. Kalau dia warak menyempurnakan solat, dia nak sempurnakan dan tingkatkan amal dia. Kalau dia rajin membaca, dia nak baca kuat. Itu yang disebut propensity keghairahan, keinginan, hasrat untuk melakukan perubahan. Itu satu pihak.

 

  1. Satu lagi itu, resistance to change dia tak mahu perubahan kolot, jumud, dia terperangkap dengan pemikiran usang dan lama, dan apa saja perubahan dianggap satu cabaran. Ini ternyata asal dunia. Satu pihak senang menerima perubahan, menerima apa dia sebut dalam istilah Jerman, dia kata Zeitgeist of the times. Zeitgeist maknanya tuntutan zaman. Satu lagi ialah yang dikatakan keengganan menolak, ini yang kedua.

 

  1. Bagi biasa, kita biasa terdedah dengan pendidikan moden, kita anggap yang menolak dan enggan menerima perubahan ini selalunya orang kolotlah, orang tak ada pendidikan, orang kampung, masyarakat tradisional. Itu memang yang dikaji oleh dalam bidang apa yang dikata Antropologi, selalunya yang resistant to change itu, orang kampung, pedalaman, kolot, orang Arabi, belah-belah desert… itu umumnya dan ada kebenarannya. Tapi tidak semestinya.

 

  1. Kita tak bagi dia pendedahan, pencerahan, pendidikan. Jadi kalau kampung yang lama, yang kita boleh isi sebagai saya anak kampung, itu kalau tak diberikan pendedahan, penerangan, dia akan ketinggalan. Bukan salah dia, dia tak ada peluang, tak ada kesempatan. Not due to the unwillingness to affect change, but denied of basic facilities and opportunities. Ah tengok, bila saya cakap English, dia terus angguk. Dia tadi cakap Melayu setengah jam, dia tak peduli. Amboi, mentang-mentang di IPG KPT ini (nada berseloroh). Baik.

 

  1. Jadi, itu andaian. Tak semua dia tepat. Dan yang menerima perubahan ini, orang terdidik, intellectuals, golongan korporat, golongan atasan. Andaian itu ada benarnya, ada palsunya. Umpamanya, katalah pengalaman dalam kerajaan dah tiga setengah tahun. Kita kata, mesti betulkan kebobrokan dalam sistem, rasuah yang dianggap sebagai budaya. Kalau jadi Perdana Menteri mesti kaya. Jadi menteri, mesti ada harta di sini, harta di London, harta di New York.

 

  1. Kemudian, bicara soalan menentang rasuah. Kekayaan bertimbun-timbun. Jadi, bagi kalangan ini, itu resistant to change. Dia moden, pakaiannya, style-nya tetapi keengganan perubahan itu ada. Just tak senang kerana itu akan mencabar kewibawaannya ataupun kebiasaan dia.

 

  1. Kalau ada buat kontrak, kontrak nak bina IPG mesti bagi komisen. Okey. Jadi, harga yang patut 400 juta jadi 500 juta. Ini bukan perkara baru. Dia terdedah dalam laporan. Dan kita dalam kerajaan sekarang, betul-betul saya dah perang. Not popular. Ramai yang tidak senang. Tengok dalam the big debate debate parlimen, jarang yang sokong hal-hal ini. Dia dipilih ini, tapi ini yang Melayu ini, Cina ini. Dia gaduh soal-soal lain. Tapi ini realiti. Bagaimana kita boleh bicara.

 

  1. Dalam pendidikan, apa dia bicara dalam pendidikan? Nak jadi manusia yang baik, betul. Kepakaran, now digital. Kartini pulak minta pulak bagi fasiliti apa dia pulak. Okey, fair. Nanti saya teliti dengan Fadhlina. Boleh-boleh, tiada masalah. Asalkan anak-anak sini really committed, saya okey.

 

  1. Itu kalau orang jawa bilang, itu ambang pak. dari buang-buang membazir, lebih baik tumpu untuk mengangkat mutu pendidikan anak-anak. Baik. Jadi, kena ingat ya, jadi kita ini mahu tergolong di kelompok mana? Resisting change atau propensity to change? Keghairahan minat untuk bawa perubahan ke arah kebaikan “mastata’tu” ataupun kekal dengan sistem yang lapuk, kusam. Bagi saya better Baik. Itu gangguan sementara. Baik.

 

  1. Jadi, dalam ungkapan Inggeris yang selalu saya sebut, dia kata sebenarnya dalam apa kerja kita pun, menjalankan tugas di IPG, menjalankan tugas sebagai pendidik, itu kadang-kadang kita bertembung pembenturan idea, disebut juxtaposition of ideas. Juxtaposition ini pembenturan, pertembungan, dua pandangan yang berbeda. Bukan peribadi, bukan semestinya politik dan memang ada idea. Satu inginkan perubahan, satu kekal dengan tampuk lama. Ada orang moden, tapi terikat faham. Ya, saya sebut tadi tatakelola mengizinkan segala kelemahan dalam sistem yang kita warisi. Memang sistem tidak perfect tapi harus baiki. Ini tuntutan dalam agama, dalam budaya, dalam tamadun.

 

  1. Jadi, saya minta anak-anak renung perkara ini. Apa dia pertembungan? Kita ambil contoh tadi, saya kata tatakelola. Ini masalah peribadi, masalah akhlak. Sebab itu dalam Negara MADANI ini, semua negara bicara soal pembangunan, transisi tenaga, sebab ada peralihan tenaga daripada yang tradisional kepada yang moden. Semua bicara tentang digital transformation – transformasi digital dan sekarang AI. Sekarang quantum computing. Wah, ini dia meningkat begitu rupa. Jadi, kalau kita kejar cepat, dapat, kita melonjak naik. Tetapi, kita ada beda. Yang itu kita terima. Apa bezanya? Kita masih berakar ke bumi pada tradisi, pada budaya, pada agama, pada akhlak dan moral. Itu bagi saya kekuatan dalam MADANI.

 

  1. Dan sistem pendidikan dari dulu kita bicara soal menimba ilmu. Sebab itu, saya popularkan di kalangan anak-anak “menggapai yang di langit”, maknanya menangkap semua teknologi baru, new technology, digital transformation, energy transition, artificial intelligence, quantum computing which we must acquire without failed, but bedanya apa? Kita masih mengakar, “mengakar ke bumi”. Kita tak boleh melepaskan asas kita, agama kita, budaya kita dan nilai akhlak kita dan kemanusiaan kita.

 

  1. Jadi, bagaimana orang bicara tentang modern technology, new technology, tapi pahamannya kebencian kaum, tolerance terhadap rasuah, senang dengan penyelewengan. Kalau nampak nak kalah sikit, ini survival Bila ada kuasa, dia penuhkan tembolok dan perut sendiri. Yang Melayu itu hanya jadi slogan bila masa-masa tertentu. Saya tidak setuju. Kalau betul saya kata nak bantu masyarakat Melayu ke, Cina ke, India, Iban, Kadazan, when you have the power, you are a teacher, atau pengarah, atau Perdana Menteri, semasa ada kuasa, beri contoh yang baik. Jangan samun hak orang. Kerja dengan sungguh-sungguh. Bela nasib rakyat keseluruhannya. Itu yang disebut pelaksanaan kata-kata.

 

  1. Apa itu hidup? Apa itu perjuangan? Kata W.S. Rendra, penyair terkemuka Indonesia, “perjuangan itu adalah pelaksanaan kata-kata.” Kalau anda mahu tentu lebih kukuh dalam Qur’an. “Ya ayuhal lazina amanu lima takhulu ma la taf’alu”. Maknanya, jangan kamu bicara yang kamu tidak amalkan. Ini yang disebut kejujuran, keikhlasan, pelaksanaan kata-kata.

 

  1. Jadi sebab itu saya kata, mesti memikat kepada tradisi budaya. Tapi tradisi budaya bukan bagaimana kita timbulkan umpamanya. Ini dalam soal kaum. Anak-anak saya tengok, lihat anak Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak ada. Bagaimana jadi guru yang baik? Kalau daripada awal semai prasangka, kebencian, bagaimana nak jadi pendidik? Ni nak ajar apa ini? Nak jadi manusia? Nak jadi Muslim yang baik? Bagaimana? Di mana yang Islam menganjurkan nilai kebencian kerana warna kulit atau kaum? Ini cabaran kita dalam pendidikan.

 

 

  1. Saya tak kongsi sangat tentang teknologi dan STEM dan sebagainya, kerana ini penekanan yang Menteri Fadhlina tekankan, dan saya rasa anak-anak pintar, mampu menguasai dan pensyarah saya tengok hebat-hebat. Ada yang garang-garang juga. Tapi yang saya runsingkan juga ialah apakah kita beri pendidikan seutuhnya? Pendidikan menjadikan seorang guru yang layak, yang faham erti kecintaan, dia bertaut kepada akidah dan akhlak dan nilai kemanusiaan.

 

  1. Saya tekankan ini sebagai seorang tua kepada anak-anak, bahawa negara ini harus diselamatkan. Dia tidak akan selamat. Tak ada negara di dunia hebat sepertimana pun, yang akan selamat dengan menanam bibit kebencian kaum atau agama.

 

  1. Yang nak diangkat itu nilai kemanusiaan. Saya yakin dengan Islam, amalkan dalam kehidupan kita, dan cuba sebaik mungkin sempurnakan ajaran Islam, tapi saya tidak pernah setuju dengan anjuran zero-sum game. Bila jadi muslim yang baik, boleh tunjuk benci kepada orang lain, kepada agama lain. Saya tidak tahu dia belajar di mana, tapi kalau sefaham saya, tidak ada niat anjuran di situ.

 

  1. Ini yang disebut, kalau di kalangan pensyarah, sebahagian mungkin mengikuti dalam dialog peradaban sekarang, bukan dulu asal. Bila Samuel Huntington bicara tentang “clash of civilizations”, maknanya Huntington itu fahaman Barat yang tebal Western Civilization itu bagi dia paling ideal. Yang lain, peradaban Cina, tak relevan. India, tak relevan. Islam, lagi tak relevan bagi dia, kerana masa depan dia katanya itu mestilah dominance, keunggulan, peradaban Barat.

 

  1. Tapi disanggah banyak, itu teori di mana tak dapat dipertahankan walaupun Samuel Huntington, he was a great anthropologist, sociologist tapi disanggah… ah, political scientist, disanggah. Anak murid dia yang utama, Francis Fukuyama, kebetulan saya kenal, semasa yang mengajar di Washington DC. Dia pun dah berganjak, mulanya dia pertahankan, sekarang tidak lagi. Baik.

 

  1. Tapi saya popularkan selalu satu kupasan pendek 8 halaman, mungkin pensyarah-pensyarah boleh dapatkan. Fadhlina boleh dapatkan dan kirim kepada Kartini. Rencana oleh Edward Said. Edward Said itu, one of the foremost Palestinian Christian thinkers and scholars. Edward Said. Tegas soal kebebasan hak Palestin, hormat kepada semua termasuk Islam dan Arab, dan tolerance kepada Kristian Yahudi, ya Edward Said.

 

  1. Tapi dia menulis, menyanggah pandangan Huntington tadi. Dia kata pasal apa nak clash? Ni kita ada Melayu, ada Cina, ada India. Mesti clash ke? Atau mesti hidup bersama? Satu kewajaran hidup bersama. Kalau hidup bersama, bagaimana? Kata dia, kena fahamlah. Kena hormatlah. Aku lebih baik, ya betul. Tapi hormatlah. Fahamlah. Kalau saya tanya, random mari tanya. Kawan you Cina, tahu sikit, boleh terangkan sikit peradaban Cina? Umumnya tak boleh jawab. Tanya anak Cina tahu tak Islam, boleh terang 10 minit? Belum tentu.

 

  1. Jadi kita ini akhirnya, tapi nak debat. Oh, ni lebih baik, ni lebih baik. Sejarah kami lebih baik, budaya kami lebih baik, bahasa kami lebih baik. Jadi yang bicara apa? Ignorance. Jadi kata Edward Said, “it is not a clash of civilization. No such thing. What is happening right now is a clash of ignorance.” Wak jahil bertempur. Jadi kita tak mahu dalam tradisi ilmu ini. Sebab itu saya kata kena ada tolerance, hormat-menghormati, nilai kemanusiaan, baru boleh kita tingkatkan hidup kita dan tumpu. Warna kulit you pilih ke? Tak.

 

  1. Sebab itu dalam tradisi Islam, saya pendekkan sikit lagi menarik tau. Saya pun belajar agama daripada kampung, biasalah sekolah agama Cherok Tokun Ikhtihadiyah, Al-Wataniyah, Al-Islamiyah, sekolah arab kecil-kecil dulu.
    Tapi bukan nak salahkan ustaz-ustaz kita, tapi pendekatan mereka itu, dia tidak lihat ini sebagai sesuatu keperluan. Dia ajar fardhu ain, kifayah sikit-sikit itu. Tapi kita hidup memangnya bercampur di sini dalam pekerjaan, dalam dunia politik, sosial. Tapi pahaman tidak ada.

 

  1. Contoh saya sebut umpamanya, Saidina Bilal. Bilal itu sahabat Nabi, tapi dia siapa? Dia hamba abdi. I mean for some my non-Muslim children, Bilal itu asalnya slave hamba abdi from Ethiopia (Habsyah). Saya bila pergi Habsyah tahun lalu, saya was excited di tempat Bilal, dan Presiden itu Kristian. Namanya Ali. Saya tanya, “President Ali, Bilal.” Oh, dia bersyarah pada saya tentang Bilal. Rasa yang bangga. Dia kata, “you know, Bilal is from here.” Dia beritahu saya, satu jam setengah daripada kota. Dia kata, “I can bring”, dia kata. Saya tak ada masa. “This is from there. They are very proud. You know, he becomes or became a companion of the Prophet Muhammad SAW.” It was Christian, tapi dia bersyarah. Ini betul ke kawan ni? Maknanya apa? Dia lead masyarakat dia, Islam ada, Kristian ada, ramai….Orotodok Kristian, tapi itu merupakan sebahagian daripada kesenangan kita.

 

  1. Tapi berbalik kepada Bilal ini, hitam, bibir dia tebal dan hamba, tapi bila masuk Islam dia bebas dimerdekakan. Dia datang perbincangan bersama sahabatnya. Panggil Bilal ini Yabnas Sauda – “hai anak perempuan kulit hitam”, betul tak? Betul. Hitam tak? Hitam. Tapi tengok pengajaran dari segi akhlak Islam ini. Nabi Muhammad SAW dengar dan tiga kali ditegur, tidak senang dengan komen yang diberi. Kalau sekarang kita sebut body shaming.

 

  1. Saya rasa guilty bila saya belajar yang itu, sebab saya ada anak saudara seorang. Dia itu gelap sikit, jadi saya daripada kecil panggil dia Pak Hitam. Dia okey sahaja, saya pun okey and I did not mean in any way untuk merendahkan. I mean just kasih sayang, tapi saya tahu dari segi akhlak Islam itu tidak diizinkan kerana walaupun kita gurau di terima baik itu menghina dan membezakan orang berdasarkan warna kulit.

 

  1. You see that is Itu tolerance. Berapa orang kita dah lakukan kesilapan. Saya sudah. Jadi saya jumpa dia baru ini, saya tak panggil dia Pak Hitam. Hei, apa khabar? Dia expect saya kata, hei, apa khabar Pak Hitam. Saya tak sebut. Why? Because kita continue to learn, absorb knowledge, dan practice. Tidak ada manusia yang sempurna. Semua ada kelemahan, kita baiki. Tapi yang hendak disampaikan kepada anak-anak, begitu sekali kebaikan yang harus ada pada kita.

 

  1. Oh, tapi itu dia orang hitam, bukan Yahudi. Kalau Yahudi tak boleh. Tak. Ada sekali Rasulullah sedang berbicara dengan sahabat-sahabat, orang Yahudi yang kalau dalam hidupnya itu sangat memusuhi Nabi Muhammad, tapi dia meninggal, jenazah dia itu diusung, kelihatan oleh Nabi dan sahabat-sahabat. Jadi Nabi diam. Nabi macam seolah-olah menghormati jenazah. Lalu diam. Sebab orang tengah sedih, keluarganya lalu, diam. Pasal orang tengah sedih, keluarganya lalu, Nabi diam. Sahabat tanya, eh dia ni memang malaun dalam hidup ini, macam mana boleh diam begitu. Rasullullah jawab, diam. “Alaihinafsan”. Bukankah dia seorang yang pernah hidup dan bernyawa?

 

  1. Come on anak-anak. This is what life is about. This is about Ini Malaysia MADANI bagi kita. Untuk pupuk semangat tolerance, hormat dan sebagainya. Kalau tidak letih kita. Saya pergi ke Sekolah Jit Sin. Saya pernah mengajar sebelum saya masuk Universiti Malaya, saya mengajar Sekolah Cina, satu tahun. Jadi boleh cakap sikit-sikit lah. Jadi saya pergi saya kata okey, kita tengok sekolah. Itu kan sekolah kita mengajar sekejap dulu. Jadi sebagai Perdana Menteri, bagilah sikit, okey bagilah peruntukan sikit, setengah juta, sejuta. “Oh, Anwar mengkhianati dasar bahasa dan pendidikan, dia bantu sekolah Cina.” Itu mentaliti.

 

  1. Begitu juga kalau saya pergi sekolah Tamil. Lepas itu saya tambah baru-baru ini MITRA daripada 100 juta saya tambah dari 150 juta. Oh, padahal untuk Melayu dan Islam pun banyak. Orang India pun begitu juga saya tengok komen. Tengok bagi kepada Islam sampai satu bilion lebih. Kalau dia kata dia minta, okey macam Kartini minta lah, “terima kasih Datuk Seri Utama, boleh tak bagi ini.” Hei….Tapi kita kalau minta lagu ini, kita lemah lah. Saya tuntut, langsung aku tak peduli. Jadi dengan lenggang-lenggok ini kita pun…..

 

  1. Jadi begitu juga, jadi dalam dialog kita boleh tak orang Melayu tuntut hak-hak tertentu? Boleh. Cara baik kita explain. Boleh tak orang India sekolah-sekolah Tamil dan sebagainya. Boleh. Tapi jangan anggap kita musuh. Ini yang patut dipupuk. .Jadi ini saya nak sampaikan. Apa dia? Pertama, tentang IPG, Teknologi Baru, STEM, Digital. Yang harus dikuasai dengan baik. Tapi ingat, “mengakar ke bumi.” “Mengakar ke bumi” maknanya harus ada sikap muhasabah diri dan juga kesediaan untuk memperbaiki hubungan kita dengan rakan-rakan kita. Dan walaupun di Malaysia walaupun Islam, agama persekutuan, Melayu itu majoriti tetapi mesti kita rangkul semua kekuatan sebagai satu masyarakat yang toleran dan memuliakan insan baik kalau ada soalan silakan.

 

Terima kasih.

SESI DIALOG

 

Kalau ada soalan yang susah-susah, Fadhlina jawab. Ya. Saya baru dah tengok teks. Teks itu, Entrepreneurial Mindset. Oh, apa benda ni? Pendekatan kreatif dan penderaskan teknologi, seperti gamification. Apa benda ni, Fadhlina? Upskilling & reskilling ini okeylah. Nasib baik saya tak baca. Ok baik.

 

SOALAN 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato’ Seri Utama. Nama saya Muhammad Amin Nabil bin Muhammad Rizal. Saya merupakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Bahagian Biro Kerohanian, Moden dan Disiplin. Saya merupakan pelajar opsyen Pendidikan Islam tahun persediaan, tahun pertama.

 

Jadi, Dato’ Seri, ini soalan saya, dalam ucapan Dato’ Seri tadi dan dalam interview sebelum ini pun, Dato’ Seri sering menekankan kepada istilah usaha, istilah mastata’tu, di mana ia petikan daripada surah pun ayat yang ke-88, yang bermaksud meningkatkan daya upaya untuk memperbaik sesuatu. Jadi, soalan saya kepada Datuk Seri Utama, sebagai seorang bakal guru yang mana insya-Allah pada suatu hari nanti kami akan posting menjadi seorang guru, apakah usaha yang menepati penekanan Datuk Seri terhadap istilah usaha Islah Mastata’tu itu untuk membina generasi yang ataupun membentuk generasi Karamah Insaniah, sekaligus yang akan menjadi generasi yang memimpin negara Malaysia pada masa hadapan. Itu soalan saya.

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

Tanya soalan susah. Baik, terima kasih. Itu doa Nabi Allah Syuib A.S. Maknanya tuntutan membawa perubahan. Maksudnya, dalam kepercayaan agama kita. Kita tak statik, harus dinamik dan harus kesediaan perubahan kea rah kebaikan. Dalam semua bidang, tentunya pendidikan jadi tonggaknya. Saya yakin dari dulu, Fadhlina tahu, saya fokus pertama pada pendidikan. Sebab itu belanjawan, sejak saya ambil tugas Menteri Kewangan, semua belanjawan sejak saya Menteri Kewangan, peruntukkan terbesar adalah bidang pendidikan. Kedua, kesihatan.

 

Pendidikan besar dan anak-anak tak boleh bayangkan beban kita.

Bukan mudah, negara berkembang, sekarang krisis ekonomi. Selat Hormuz ditutup. Harga minyak melambung naik. Kapal tersangkut. Nasib baik kita baiki dengan Presiden Iran, saya boleh minta tolong. Walaupun ada orang dalam politik mereka permain-mainkan. Memang betul. Saya ada, kebetulan bila kita telefon dengan Presiden, dia ada rekod. It’s taped, you see. Ada, bukan saya main-main. “Oh, Anwar, bohong. Tak ada telefon pun. Takkan dengan satu telefon dia bagi”. Bila dalam akhir telefon itu, saya kata, ya, Mr Presiden. Tentulah kita highlight simpati dulu. Dia dah kata bohong. Saya kata, Presiden boleh bagi minyak kepada saya? Jadi kita kata kita simpati, Malaysia ini neutral, amalan bebas, kita baik dengan China, kita baik dengan Amerika, kita baik dengan Arab, dengan Teluk, kita baik dengan Iran, kita tidak bermusuh, dan kita harap ada perdamaian, tapi kita simpati. Presiden dia kena, apa dia panggil? Ayatollah Ali Khamenei, dia kena bom, mati. Simpati, takkan tak ada simpati ya! Baik.

 

Tapi akhir itu, saya kata kita ada masalah sikit pasal kapal minyak kita PETRONAS sangkut. PETRONAS itu kena bawa daripada sana, selepas itu pergi ke Pengerang, Johor untuk processing, baru boleh jual. Sangkut di situ. Jadi akhir dia kata pada saya, “Prime Minister Anwar, saya bagi jaminan sebaik saya letak telefon, saya akan bagi arahan supaya diberi laluan khas untuk kapal PETRONAS.” Jadi saya nak bayangkan, begitu kompleks sebenarnya.

Tetapi dalam hal ini semua, perubahan mesti dilakukan. Berapa saya jawab di Parlimen minggu lalu, awal minggu ini hari selasa? Berapa kos tambahan siap-siap BUDI95, minyak terendah, itu pun saya dah kena kutuk merata tempat ni. Masuk inilah ni. Macam-macam apa? Anwar ini naik minyak…. Menang minyak turun….. Dah turun lah. Kamu ni… Sabar. Ini kat sini kat sini. Anwar ini…  Sini IPG kena cakap slow

 

Turun. Minyak RM1.99 itu paling rendah di dunia. Nak rendah lagi ni? Tapi RM1.99 plus diesel RM2.10. Berapa tanggungan untuk tahun ini? Ekstra-ekstra? RM40 bilion ini kita bayar. Setiap kali isi minyak. So, jangan membazir. Tolonglah! Isi minyak untuk girlfriend. Saya tak galakkan. Maknanya, setiap kali isi minyak ingat. Saya, kerajaan kena tampung. Kenapa RM40 bilion. RM40 bilion itu boleh buat berapa universiti? Berapa sekolah? Tapi, do we have a choice? We don’t. I don’t want orang buat minyak ni. Apa lah PM ni, tak kenang kita kena dapat kerja, kita kena pergi ofis, kita kena pergi kuliah, kena bayar minyak-minyak. We have to do it. Tapi janganlah maki saya lagi. Kempen, kempen lah. Harga minyak dapat macam mana. Fikir.

Paling rendah di dunia. Melainkan Brunei. Brunei pasal Brunei ini dia negara kecil, dan pengeluar minyak. Arab Saudi, masa saya umum dulu, 15 tahun dulu, “harga minyak turun.” Harga minyak kita RM1.50. Harga minyak Saudi 50 sen. Sekarang harga minyak Saudi RM2 lebih, RM2.50. Harga minyak Malaysia RM1.99. Saudi itu pengeluar minyak terbesar di dunia. Harga minyak kita lebih rendah, bayangkan. Eh geram! So, maknanya we have a problem. Macam dia sebut tadi.

Jadi perubahan kita, kalau kita tak memanfaatkan rugi kita. Selain daripada itu, macam saya cakap tadi. Sebab itu, apa yang boleh kita lakukan? Tapi nak kata macam tahun lalu, tak boleh sebab minyak saja RM40. Kemudian saya buat STR, SARA. SARA dapat kan? Boleh tanggung? Okey. Berapa SARA dengan STR? RM15 bilion. Ini tambahan, extra ni, extra. You know, anak-anak tahu sebab apa boleh buat. Sebab saya cermat. Siapa sakau? Kita warisi sistem. Jadi, kita cuba. Ini yang dikatakan perubahan sedaya upaya kita. Dan tanggungjawab anak-anak, sempurnakanlah. Belajar sungguh-sungguh menjadi manusia. Sekolah kita pun, tanya Fadhlina, kalau Jemaah Menteri, Fadhlina, ni macam mana buli kat sini, Fadhlina, macam mana sekolah ni bocor, complain.

Saya setiap hari Jumat, saya pergi masjid, siap. Nanti anak-anak datang, sekolah mana? Sekolah sekian. Dana ada? Tak ada. Berapa ada? Dua. Terus masuk dalam video itu. Minta Menteri pendidikan baca. Jadi kita dengar, kita baiki, tidak ada kesukaran, but we are doing this. Tanya Fadhlina, untuk 2023, saya jadi Perdana Menteri tahun 2022. 2023 Berapa repair. Repair tandas. Mana tandas sekolah, anak-anak ke sekolah? Saya boleh tanya random saja. Sampai semua sekolah ada tandas rosak. Betul tak? Ya. What is this? Jadi, berapa kita belanja? RM1bilion setahun. Just repair-repair tandas. Tak tanggung tak boleh. Maka, bagi juga.

Rumah polis, polis minta jaga kita. Rumah dengan balai polis usang. Baik. Rumah tentera, ada ibubapa yang tentera? Ada? Baik. Kuarters, ini semua kita jaga. Ini saya tak kata tak buat dulu. Tapi, belum ada kerajaan sebelum ini yang bagi tumpuan sekolah dan tandas, dan rumah guru, kuarters guru, tentera, polis.

 

Sebab itu saya macam merayu anak-anak. Please do your best. Dan baikilah. Saya dan team kita buat. You baiki. This is a great country. You know Malaysia ini, rantau ini agak aman. Ekonomi bertahan. Minyak tak naik. Dan rantau ini satu ni saja. Baikilah. Selamatkanlah. Baru anak-anak lebih yakin. Lebih confident. Sampaikan ibu bapa. Bagi mesej kepada ibu bapa demi bertugas kita bersama. Ok. Next.

 

SOALAN DUA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim. Nama saya Muhammad Nur Qayyum Bin Mohd Rosli selaku Naib Yang di-Pertua Satu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan juga merupakan pelajar opsyen matematik.

Jadi, sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Utama kerana sudi bersama-sama kami menyantuni siswa-siswa pelajar IPG KPT. Jadi untuk itu, suka untuk saya tanyakan kepada Dato’ Seri Utama, yang mana mungkin Dato’ Seri boleh kongsikan kepada kami apakah ciri-ciri utama kami sebagai seorang guru bagi menjadi seorang pemimpin yang sangat beribawa seperti yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim sendiri. Terima Kasih Dato’.

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

Janganlah panggil saya Dato’ Seri Utama. Yang rasmi cukuplah saya, nak panggil Pak Cik Anwar pun boleh, kalau anak-anak kecil-kecil itu panggil Atuk Anwar pun boleh, ikutlah. Ini yang formal-formal ini majlis formal, ini Temu Anwar ini santai saja, okey.

 

Baik, apa yang kita perlukan? Saya umumnya tengok anak-anak sekarang, saya Alhamdulillah, senang kerana saya tengok anak-anak prestasi pendidikan dia baik, kesediaan untuk bawa perubahan ada dan memanfaatkan pensyarah-pensyarah yang ada, dengar, supaya kita dapat tingkatkan mutu pengajaran kita, pedagoginya dan hasil.

 

Tidak mudah. Umpamanya, dan kalau Kartini sebut umpamanya tadi kalau nak jadikan institusi TVET yang yang high-end, yang kita kata upskilling dia memerlukan suntikan dana lebih. Kita perlukan kemahiran dan sinergi dengan industri. Itu semua memerlukan perbelanjaan dan juga kesediaan untuk bawa beberapa perubahan itu tambah satu bab.

 

 

Jadi sebab itu saya saya fikir macam menjawab soalan anak tadi, anak-anak mesti cepat menangkap. Mengapa saya tegaskan tadi yang doa Nabi Allah Syuib itu, kerana kadang-kadang kita ni selesa. Yang dia sebut culture of contentment, budaya selesa. “Oh, saya dah baik dah”, “saya dah sempurna dah”, “saya dah belajar kuat dah”, “saya dah solat baik dah” dan itu bukan budaya yang sihat. Budaya yang sihat itu dia mesti ada itqan fil ‘amal, dia mesti ada striving for excellence. Cara kita belajar, pendekatan kita, cara kita bergaul, akhlak kita, ibadah kita, semua itu mesti ada keinginan itqan fil ‘amal keinginan memperbaiki, menyempurnakan amal dan kerja kita itu yang disebut striving for excellence, ya.

 

Apa istimewa IPG KPT? Kerana dia satu unik exercise kita menganjakkan daripada konsep pendidikan lebih tradisional beri tumpuan kepada STEM dan kemudian digital, dan teknologi itu sebenarnya bukan bukan tradisi pendidikan tradisional dia satu anjakan. Semua anjakan tu memerlukan apa dia panggil? Inovasi. Pemikiran kaedah baru. Semua pemikiran kaedah baru itu lebih sukar daripada mempertahankan kaedah lama. Saya terima itu, jadi maknanya macam IPG KPT ini, itu tercabar untuk memulakan satu tradisi dan kaedah dan pedagogi yang lebih baru dan lebih cepat menangkap keinginan perubahan.

Kalau kita kata kita belajar umpamanya tradisi, sejarah ataupun  bahasa, sosiologi, macam disiplin saya dulu lah ya. Okey, ada perubahan, tapi tidak mencabar seperti dalam bidang digital. Digital, AI dua tahun lalu dengan AI tahun ini dah perubahannya tu lebih kencang. Transisi energi 2 tahun lalu dibicarakan dan sekarang berubah. Jadi itulah sebabnya mengapa ada keistimewaan kedudukan di IPG KPT ini. Alright? Ya.

SOALAN TIGA

Assalamualaikum Dato’, nama saya Nur Fatihah, saya daripada opsyen Bahasa Melayu, PSMP Tahun 1. Jadi, soalan saya ialah bagaimana Yang Amat Berhormat melihat peranan institusi pendidikan khususnya IPG dalam melahirkan guru yang bukan saja berilmu, malah menjadi agen perpaduan negara dalam mendidik murid pada masa hadapan?

 JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

Kalau setakat inilah ya, majoriti guru saya lihat melaksana tugas dengan baiklah, memuaskan. Tetapi, tuntas atau konsisten dengan risalah atau mesej kita, mesti ada keinginan untuk perbaiki kerana masih ada ruang-ruang yang harus diperbaiki, umpamanya kalau kita ambil disiplin anak-anak. Kalau kita bongkar betul-betul, hari-hari ada kes buli. Maknanya, maknanya ada satu penyakitlah. Belajar agama lebih baik lagi sekarang, kelas agama lebih banyak. Ustaz-ustazah lebih ramai, buli tidak kurang. Ini maknanya penyakit akhlak, atau itu buli fizikal, atau penghinaan kaum masih ada.

 

Bagaimana dia dapat pendidikan apa? What sort of education is this? Bagaimana dia merendahkan, remehkan, menghina? Jadi maknanya, pendidikan yang kita nak semai itu tidak sebati dengan konsep sebenarnya.

 

Jadi sebab itu, sementara saya akui kehebatan, tapi sentiasa kita tercabar. Anak-anak akan keluar ke sekolah menjadi pendidik. Keutamaannya tentu tingkatkan mutu pendidikan dia, dalam subjek yang dia ajar, matematik ke ya, bidang TVET, mana-mana bidang, tapi untuk mendidik mereka jadi apa dia? Betul, jadi teknologi, teknokrat, jadi IT expert ya dapat, tapi untuk apa ni? Untuk didik dia jadi manusia. Ini kadang-kadang kita terlupa, ini ciri kemanusiaan yang tentunya terasnya, iman dan takwa dan akhlak.

Ini pandai, pintar, umpamanya ya pendidikan tinggi, PhD, tetapi faham kemanusiaan tidak ada. Faham untuk hormat manusia tidak ada, so kita ni sebenarnya belajar apa? Oh, saya belajar bidang saya, dalam disiplin saya, betul tapi ia untuk apa? Untuk jadi manusia. Sebab itu, soal kemanusiaan yang disebut dalam al-Quran, walaqad karramna bani Adam diangkat darjat karamah insaniah bani Adam itu, adalah kaitan.

 

Jadi bagi saya, itu di antara yang kita kena ada. Walaupun saya tahu golongan umpamanya kes buli ini kecil, tapi bagi saya sangat merunsingkan. Saya tidak senang masalah yang dibangkitkan dan kadang-kadang sekolah-sekolah pun dia nak tutup lah, kadang-kadang hebohkan, sekolah ini kes buli. Jadi nampak dia lebih nak jaga imej sekolah daripada nak menyelamatkan anak yang sengsara akibat didera, ditekan. Jadi kena kena fikirlah. Dan saya tidak fikir seorang guru besar atau pengetua itu salah kalau dia bongkarkan satu kes. Pelajar ada 1000, ada dua kes buli takkan nak salahkan pengetua. Tapi salah kalau dia tidak mahu ambil hal, tak mahu ambil tindakan yang betul.

Ha itu kita katakan. Jadi cikgu, okey dah cikgu bahasa. Selamat Insya-Allah.

SOALAN KEEMPAT

Assalamualaikum, Yang Amat Berhormat. Nama saya Airil, dan saya merupakan pelajar Sabah. Sabah? Pelajar Sabahan. Okey,

Ah, saya dekat Lahad Datu. Lahad Datu. Ha.

 

Okey, pelajar-pelajar Sabah, Sarawak, Labuan menghargai bantuan 400 tahun untuk tiket pulang. Tapi disebabkan tiket yang semakin meningkat lagi-lagi pada musim perayaan, so kami agak terbeban macam tinggi sikit lah.

PM

So apakah ada penerbangan yang mahal tu naik apa? Ha? Naik apa?

SISWA

AirAsia, MAS pun dua-dua tu mahal. Hehe…

PMOh, kapal terbang lah. Ah, ya kapal terbang lah, bukan bot.

SISWA

Bukan bukan bot, kapal terbang.

Okey, lepas tu apakah mungkin ada penambahbaikan mungkin dari segi bantuan kah, untuk memudahkan kami berjumpa dengan orang tersayang kami tanpa tanpa perlu kami menanggung beban yang besar? Okey, terima kasih.

 JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI

 Mengenai bantuan, kita dah naikkan ya. Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke, sangat prihatin hal ini. Dia yang memulakan soal bantuan-bantuan khas bagi anak-anak. Jadi sekarang ini kita runding juga, sebab kita nak tahu sebab apa kosnya meningkat begitu tinggi. Betul, kos minyak, tetapi kalau kita kita gunakan umpamanya beberapa skim-skim khas siswa, kemudian e-bookingnya awal, kemudian block booking, ini boleh menurunkan harga.

 

Sebab saya nak janji yang lebih daripada itu pun, takat ini kita dah bagi ketetapan, tapi saya akan bawa hal ini untuk kita bincang dalam mesyuarat. Ini cadangan Lahad Datu saya akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

 

Kamu ni siapa?  Tapi, insya-Allah, sebab setakat ini memang kita dah putuskan begitu. Jadi Menteri Loke telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagaimana kalau booking-nya awal, dan kita tambah peruntukan itu untuk kurangkan kos.

 

Tapi harga minyak memang betul melambung. Dulu dah kita dulu bila saya buat belanjawan, kita kan belanjawan itu ada unjuran daripada berapa kos minyak. Kita buat 70 dolar satu tong, kemudian naik 90, kemudian naik sekali itu beberapa bulan yang lalu 114.

 

Jadi kita pun kalau kita kata belanja untuk ini, RM100 bilion dah jadi hampir RM200 bilion. Jadi itu problem kita yang kita harus hadapilah. Sekarang ini, kalau tak saya semalam sekitar 80, 79 bilion dolar satu tong, untuk crude minyak. Ingat, kita punya unjuran 70.

 

Ada yang kata, betul, tapi kita mengeluarkan minyak, ya tapi minyak kita yang kita keluarkan untuk kegunaan tempatan dan processing hanya 50 peratus. Sebab itu, kita kena tampung, kita tampung berapa kos? RM 40 bilion ringgit, diesel dan RON95 setiap tahun ini yang tak termasuk yang lain-lain.

Okey ya, terima kasih banyak kepada anak-anak yang dikasihi sekalian. Dan saya doa ke hadrat Allah SWT, hari ini kita bersama penuh kepada pensyarah-pensyarah, pengurusan IPG dan dasar Kementerian Pendidikan perkenalkan, kerana kita ada matlamat yang cukup-cukup jauh dan tinggi.

 

Ingat, matlamat kita ini bukan kekal di tahap ini. Malaysia ini sekarang ini, dah jadi satu negara yang diminati dan menjadi contoh. Kalau kita buat pelaburan, pelaburan kita tahun lalu pelaburan asing itu paling tinggi dalam sejarah, ya dan di rantau ini di antara tertinggi dan menarik pelaburan asing ke dalam negara kita.

 

Sekarang ini kalau semikonduktor, kita hampir nombor di ASEAN, kalau di ASEAN, semikonduktor nombor satu, AI dan data center pun nombor satu. Itu siapa boleh isi? Itu tanggungjawab anak-anak untuk keperluan masa depan.

 

Terima kasih banyak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: