TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN PERDANA MENTERI DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS SOALAN SATU

12 November 2026

TEKS VERBATIM

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA

PARLIMEN KELIMA BELAS

PERTANYAAN

:

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

DARIPADA

:

YB HOWARD LEE CHUAN HOW

[ IPOH TIMOR ]

 

TARIKH

:

12 NOVEMBER 2026 (KHAMIS)

 

SOALAN:

Minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan masih belum berjaya mengurangkan hutang negara ke paras yang lebih mampan serta sejauh mana kedudukan fiskal semasa memberikan ruang kepada Kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah intervensi bagi melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing?

JAWAPAN

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

  1. Terima kasih kepada Ipoh Timur kerana memberi ruang untuk saya menjelaskan kekeliruan yang kadang-kadang berbangkit bukan sahaja kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, tapi juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Kerajaan.

 

  1. Kita lihat umpamanya angka ya. Tahun 2021, defisit kita adalah 6.4%. Dan ini menurun terus sehingga tahun 2027, 33%. Jadi, defisit itu menurun secara konsisten. Baik, sekarang ini hutang. Berapa pinjaman baru? Hutang ini ada tertakluk juga kepada komitmen dan bayaran hutang yang lama yang mesti dilunaskan. Tapi yang pentingnya, apakah Kerajaan terus bebankan kewangan negara dengan hutang baru?

 

  1. Jadi saya sebut di sini, 2021-2022 hutangnya itu RM100 bilion, hutang Kerajaan. 2023, RM92.6 bilion. 2024, RM76.8 bilion. Turun lagi 2025, RM75.6 bilion. Yang penting ini adalah hutang, Kerajaan berhutang. Tapi ada hutang yang tanggungannya kita harus bayar yang lama.

 

  1. Yang isu pokoknya, apakah ada penambahan hutang baru? Ini saya jawab awal tadi. Puluh kali dah jawab tapi masih jadi isu di luar. Baik, kita lihat umpamanya nisbah hutang persekutuan pada saiz ekonomi negara. Ini penting, kerana ini memberikan keyakinan sama ada pelaburan dan kedudukan keutuhan kewangan negara.
  2. Baik, dia menurun daripada 65.2% sebelum ini kepada 64% tahun 2026 dan unjuran bagi 2027 ialah 63%. Jadi, tiap tahun nisbah hutang kepada saiz ekonomi itu menurun.

 

  1. Tapi, mengapa pinjaman itu terus? Ada yang bangkitkan bahawa pada tahun 2018 pinjaman itu lebih kecil. Saya nak sebut di sini. Pada ketika itu tak dimasukkan apa yang dulu kita kata off-budget agencies. Tapi sekarang kita masukkan semua. Sebab itu, pada masa itu kalau ikut hutang bersifat terkumpul, masih satu Triliun. Tidak benar katanya dalam RM400 – RM500 bilion. Itu caranya compute. Saya percaya rakan-rakan yang ikuti akan tahu.

 

  1. Walaupun saya akui hutang itu menggunung pada tahun 2020 hingga 2022, tapi oleh kerana pandemik COVID-19, maka Kerajaan pada ketika itu memilih untuk menampung pembayaran dengan hutang yang bertambah. Tetapi yang penting, saya katakan pinjaman baru di bawah MADANI, kalaupun ada dan jauh lebih kurang daripada sebelumnya, itu hanya untuk pembangunan negara.

 

  1. Bagaimana pula dengan liabiliti kepada KDNK? Nisbah hutang dengan liabiliti kepada KDNK. Kita tengok daripada akhir 2017, 2022, 2026. Itu masih nisbah hutangnya menurun. Akhir 2022, 80.9, akhir Jun 2026, tahun 80.7. Jadi yang lain itu kita lihat umpamanya soal pelepasan cukai dan pengangguran, inflasi yang telah kita umumkan. Dan ini penting Yang di-Pertua, walaupun hutang kita berkurangan, kita kurang ambil, belanja masih meningkat. Contohnya, STR, SARA mencecah RM16 bilion. Kenaikan gaji penjawat awam RM18 bilion. Kemudian, subsidi tambahan dari penurunan harga minyak, walaupun yang diuar-uarkan kata harga minyak naik, tapi sebenarnya turun RM1.99, RON95 dan diesel, itu tanggungan Kerajaan mencecah lebih RM40 bilion. Jadi kalau tengok RM40 bilion tambah, RM18 bilion gaji tambah, kemudian RM16 bilion SARA, STR, tapi masih kita kawal kerana kita elak daripada kebocoran yang berlaku.

 

  1. Jadi saya harap dengan penjelasan ini, tidak diulangilah bahawa hutang bertambah. Dari segi faktanya itu tidak tepat sama sekali. Dan ini sepertimana disebut dalam belanjawan, kadar cukai, PMKS, semua itu diturunkan. Bayangkan, peruntukan, perbelanjaan bertambah. Jadi ada yang tanya, bagaimana boleh perbelanjaan tambah bila hasil kurang?

 

  1. Perbelanjaan, kita gunakan Kerajaan dan juga GLICs untuk memberikan peruntukan yang memberi manfaat, sama ada projek Kerajaan ataupun bumiputera. Terima kasih.

 

 

SOALAN TAMBAHAN:

 

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Baru-baru ini kita dengar ramai ahli-ahli belah sini dan seberang yang menyatakan dengan adanya hutang yang tambah ke tak tambah, ada hutang yang besar dan antara alat-alat atau instrumen yang boleh dilaksanakan kembali adalah pertimbangkan GST dikembalikan, kerana dia adalah satu pisau yang tajam, dia boleh kutip lebih. Ini dakwaannya lah. GST ini dia ibarat crowdfunding. Tapi crowdfunding ni adalah biasanya sumbang kutip suka sama suka. Nak bagi baru bagi. Tapi GST ni dia adalah crowdfunding yang suka tak suka, dia kutip secara paksa dan wajib. Jadi, ialah baru ni dengar banyak crowdfunding lah untuk bayar denda pun ada dan sebagainya.

 

Jadi soalannya, adakah betul, betul ke dari sudut pandangan Kerajaan dan juga angka-angka yang ada, GST adalah sesuatu yang boleh dan mampu menjana lebih hasil untuk nak bayar hutang ke, untuk membangunkan negara ke? Betul ke beberhasilan yang lebih tinggi dan juga adakah ia lebih baik untuk bisnes community dengan izin, lebih baik untuk perniagaan? Sekian. Terima kasih.

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Terima kasih Ipoh Timur.

 

  1. Soal SST, GST itu memang menjadi perbincangan dan kita faham kerana ini dua-dua sistem percukaian yang diperkenalkan banyak negara, ada kekuatan masing-masing.

 

  1. Tapi dalam konteks negara Malaysia, kita lihat umumnya angkanya. SST sekarang, berapa hasilnya? Itu 3.2% dari KDNK. Angka ini sama dengan GST 2017. Jadi, tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa perkenalkan GST itu akan menambahkan hasil. Tapi apa bezanya? Itu andainya GST itu 6% tapi 6% membebankan.

 

  1. Apa bezanya dari segi konseptual dari segi ekonomi makro? SST itu cukai kepada gulungan peniaga di atas yang import. GST itu cukai menyeluruh, maknanya orang miskin, tengah miskin walaupun ada sikit-sikit pengecualian beberapa ratus item, tetapi prinsipnya itu, SST cukai kepada peniaga, GST cukai kepada semua, broad-based tax. Jadi saya tak faham mengapa kita pejuang-pejuang rakyat ini nak suruh cukai kepada rakyat.

 

  1. GST itu cukai kepada rakyat terbanyak, SST cukai kepada peniaga, walaupun sebahagian kecilnya memang turun kepada rakyat, betul. Tetapi GST itu menyeluruh. Jadi, ini yang penting. Itu kalau andaiannya nak turun berapa peratus, saya tahu. Kalau 6% memang membebankan.

 

  1. Baik, kita tengok SST. Berapa barang yang dikecualikan. SST itu yang dikecualikan dalam sistem percukaian kita itu 2,000 barang. GST lebih kurang 750 barang. Jadi, saya ingat kita dapat cerakin dengan teliti, saya tidak fikir mengapa Kerajaan, kemungkinan Kerajaan MADANI tidak akan memperkenalkan kerana bagi kita ia membebankan rakyat terbanyak.

 

  1. Pelaksanaan GST itu menyebabkan pada tahun 2018, berapa perniagaan, kena? Perniagaan yang terkesan dari GST pada tahun 2018 adalah 700 ribu. Berapa di bawah SST tahun ini? Ingat, 700 ribu perniagaan pada 2018 terkesan dengan cukai GST. Tapi di bawah SST tahun ini hanya 130 ribu. Jadi, pada saya, kita ada pilihan cukai untuk peniaga atau cukai untuk rakyat secara menyeluruh. GST itu cukai untuk rakyat menyeluruh.

 

  1. Kalau mana-mana pihak, terutama pembangkang, nak perkenalkan GST tak apa. Kempen dia biar ada perbahasan terbuka di antara GST dan SST. Dari segi saya, saya sukalah kalau ada cadangan begitu, supaya perbahasannya itu lebih mendalam dan rakyat juga terdedah kepada cara dan pendekatannya.

 

  1. Tapi saya dulu pernah menyebut pendekatan GST itu efficient and transparent. Tapi saya juga clarify. Saya kata Kerajaan, itu pada tahun 90-an akan melaksanakan bila threshold pendapatan rakyat itu meningkat. Sekarang rakyat dapat RM1,500, RM1,700, RM2,000 dan kita kenalkan GST terbeban dia. Bila pendapatan rakyat keseluruhannya meningkat, RM4,000 minima dan kita kenakan GST itu munasabah. Percukaian itu general, menyeluruh tetapi tidak membebankan kalangan berpendapatan rendah.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 2

[BELURAN]

 

Pertamanya, saya ingin kepastian bahawa GST ini crowdfunding seperti yang di-claim oleh Yang Berhormat tadi. Yang itu dia perlu perjelaskan lebih lanjut di luar sanalah. Ya, Menteri Kewangan pun senyum because it’s a different matter. Perkara yang berbeza, crowdfunding dengan tax collection.


Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun, kita tidak boleh melihat GST, SST itu pada quantum collection-nya. You are saying that there is no difference antara GST because the government are collecting more or less the same amount, tetapi dari segi kesannya terhadap rakyat, SST dengan GST. Ada cadangan di sana bahawa nak di-hibridkan sistem percukaian yang baru dan antara elemen yang akan di-incorporate dalam sistem percukaian hibrid itu adalah kesan cascading itu, cukai berganda. Itu merupakan elemen yang besar dan penting di dalam GST, yang tidak ada di dalam SST, yang menyebabkan rakyat di bawah sana akan terkesan jika sistem ini diteruskan dan elemen GST itu tidak di-incorporate dalam sistem yang hibrid yang dicadangkan oleh Kerajaan.

 

Maknanya, Kerajaan melihat sistem percukaian GST, elemennya seperti kesan cascading, cukai berganda itu antara elemen yang penting yang perlu dimasukkan, di-incorporate dalam sistem percukaian itu, dan itu merupakan sistem GST, elemen GST yang penting, yang tidak ada di dalam SST.


Jadi, Yang Berhormat Menteri, adakah Kerajaan melihat itu atau ketegasan Kerajaan untuk kekal dalam SST ini, kerana pendirian politik Kerajaan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan terdahulu yang tidak boleh ditolak ansur dan bukan disebabkan oleh sistem tax dan juga jumlah cukai, pungutan cukai yang akan diperoleh oleh Kerajaan. It’s more political reason than the concept dan teori dan alasannya. Terima kasih.

 


JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

  1. Terima kasih Beluran. Pertama, dalam soal ekonomi ini kita tengok fakta dulu. Alasan untuk memperkenalkan GST ialah kerana kononnya, hujah bahawa pendapatan jauh lebih tinggi. Itu alasan paling kuat mengapa harus tukar.
  2. Saya bawa hujah 2018, 2026 dia tidak benar. Dari segi pelaksanaan GST pada ketika itu dengan SST sekarang. So, yang itu, hujah itu meleset.

 

  1. Yang keduanya, mengatakan bahawa ada cukai berganda. Sebab itu, dalam dialog belanjawan, ada peniaga-peniaga bangkitkan. Jadi, saya katakan dalam kes spesifik di mana ada elemen cukai yang berganda. Itu kita boleh pinda. Saya bukan dogmatic dalam ekonomi. Sistemnya masih SST tetapi sedikit satu, dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu baik. Baik.

 

  1. Mengapa kita tak mahu? Saya berkeras tak mahu GST. Bukan soal politik. Apa nak politiknya kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat? Saya bimbang satu. Boleh tak Beluran jamin dalam sistem GST yang diperkenalkan di semua negara di dunia bahawa kesan pada rakyat itu terlebih, tidak lebih negatif? Tak boleh. Sebab prinsip dia apa? GST itu cukai kepada semua. SST itu cukai kepada peniaga. Saya memilih untuk cukai kepada peniaga, Beluran memilih untuk cukai kepada semua. Itu sistem dia. Jadi, kalau nak pilih itu saya ingat bagi hujah dan saya terbuka Beluran, sahabat saya, untuk berikan hujah.

 

  1. Ini bagi saya bukan pertimbangan politik. Bagi saya ini satu pertimbangan ekonomi makro yang penting, yang dibahaskan banyak negara. Bukan kita di sini sahaja. Dari segi rasional, saya setuju. Kalau keadaan ekonomi, katalah pendapatan minima kita RM4,000. Kita boleh kaji, sebab walaupun cukai di bawah, tapi dia tidak dianggap terlalu mebebankan kerana kita boleh jamin hasil yang lebih baik.

 

  1. Tetapi, Tan Sri Yang di-Pertua, pendapatan rakyat kita itu masih di peringkat rendah lagi. Gaji minima baru kita nak letakkan dua ribu, itu pun sukar, ditentang oleh banyak peniaga-peniaga. Kita naik 3 kali sejak MADANI untuk naikkan gaji minima.

 

  1. Saya tekankan sekali lagi, sistem percukaian itu janganlah membebankan. Ini baik Ibn Khaldun, baik Shah Waliullah al-Dehlawi, semua bicarakan sebaik mungkin, cari kaedah percukaian yang tidak membebankan rakyat bawahan. Sebab itu, saya menolak perancangan memperkenalkan GST sekarang.

 

SOALAN TAMBAHAN 3

[PENDANG]

 

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya nak berkongsi lagi, saya setujulah dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, dari segi teori makro yang kita fahami berkenaan dengan SST. SST ni kita charged daripada awal kepada peniaga.

 

Betul, saya sangat setuju dengan Yang Amat Berhormat Tambun kerana prihatin kepada rakyat. Sebab daripada kita cukai di peringkat awalan kepada peniaga dan sampai dekat peniaga di bawah sampai kepada pengguna, kita tak tahu berapa harga yang boleh.

Ini mungkin Yang Amat Berhormat Tambun, mungkin akan berlaku black economy di situ iaitu pembinaan kartel yang kita tak tahu sampai kepada pengguna itu berapa harga yang sebenar. Sebab kita charged, kita kutip cukai daripada awal.

 

Yang keduanya, GST ini kita sudah tahu, dia menyeluruh daripada awal sampai kepada pengguna. Jadi kita tahu dah harga di bawah ini berapa banyak, jadi black market kurang, tidak boleh digunakan oleh mereka-mereka ni untuk nak eksploitasi, manipulate the price and of the until end user.

 

This one yang saya nak bagi tahu, yang saya nak kongsi dengan Yang Amat Berhormat Tambun, dari segi perbandingan antara SST dan GST. Soalannya bagi saya, saya tak nak lah nak bagi soalan sehingga saya macam nak…

 

Soalannya, saya rasa lah, kita kaji balik di antara SST dengan GST ini. Saya, kedua-dua ini saya tak berapa setuju. Saya suka lebih kepada cukai secara Islam, ini yang lebih adil kepada semua. Tapi, walau macam mana pun sekarang kita mengalami, kita sedang melaksanakan sistem liberalism, jadi kita bandingkan antara SST dengan GST ini, GST saya rasa lebih mengawal daripada black economy yang akan berlaku di antara apa ni di peringkat produk sampai lah end user. Sekian terima kasih.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

  1. Terima kasih Pendang. Betul dari satu sudut bahawa bila kita cukai di pangkal dalam sistem SST ini, ada kemungkinan peniaga-peniaga itu ambil kesempatan dan naikkan harga. Sebab itu, dalam sistem sekarang ini harga itu ditetapkan. Jadi maknanya mengawal, kerana kalau dibiarkan pasaran semata-mata, dia jadi salah guna. Sebab itu, dalam memperkenalkan SST itu, ditetapkan kaedah dan dihebahkan, jadi kenaikan harga berikutnya itu dipantau.

 

  1. Soalan yang kedua, ya betul dalam sistem ekonomi saya setuju. It’s not a perfect system, tapi soalnya kedua, oleh kerana masalah kita pemantauan dan penguatkuasaan itu lemah, maka kita bebankan di peringkat bawah, itu masalah dia. Bila kita terangkan, kita kata GST itu, maka automatik semua, petani, peladang. Walaupun direct kita kata gula tak kena, beras tak kena. Tapi yang lain semua kena.

 

  1. Jadi, bagi saya ini juga satu permasalahan conscience Bagi saya masalah conscience, banyak ahli-ahli ekonomi atau peniaga-peniaga besar dalam dialog-dialog belanjawan, dia menekankan suruh laksanakan GST. Menarik Yang Berhormat, yang banyak menekankan GST ini tauke-tauke besar. Ini dia ada kalau tengok dalam perbincangan, semua tauke dan peniaga besar nak GST, mesti ada alasan. Bagi dia mudah bagi dia. Jadi, supaya cukai itu dialihkan, tak payah kenakan dia, kena di bawah.

 

  1. Itu saya punya masalah besarlah, tapi kalau Yang Berhormat nak kemukakan pandangan ataupun kertas, pertahankan GST, kita boleh baca dan teliti. Tapi setakat ini dalam dialog belanjawan Tan Sri, memang perkara ini dibahaskan. Dan saya tengok wakil-wakil perniaga dan wakil-wakil besar-besar semua cadang perkenalkan GST. Dan saya ambil masa terangkan sistem percukaian peringkat ini janganlah bebankan rakyat. Kos sara hidup, masalah-masalah itu sebabnya saya rayu supaya mereka faham mengapa GST tak boleh diperkenalkan sekarang.

 

 

Share: