TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PERASMIAN MAJLIS PECAH TANAH KOLEJ MATRIKULASI TERENGGANU

13 April 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

PERASMIAN MAJLIS PECAH TANAH

 KOLEJ MATRIKULASI TERENGGANU 

13 APRIL 2026 (ISNIN) | 11.30 PAGI

TAPAK KOLEJ MATRIKULASI TERENGGANU BUKIT PAYONG, MARANG, TERENGGANU

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam   Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmaduhu wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in

 

Saudara Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar,

 

Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan;

 

Ketua Pengarah;

 

Menteri-menteri yang turut hadir;

 

Setiausaha Kerajaan Terengganu;

 

Speaker dan Ahli-ahli Dewan;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan; dan

 

Anak-anak yang saya kasihi sekalian.

 

 

  1. Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat bersama-sama menjayakan Peluncuran dan Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi, Marang, Terengganu.

 

  1. Saya mulakan dengan bersyukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri kerana membantu menyelaraskan kegiatan ini dan mempercepatkan proses. Saya juga harap dengan kelulusan ini kita dapat menjadikan ini di antara projek yang harus diletakkan sebagai projek kritikal yang harus disediakan.

 

  1. Pegawai Daerah Marang ada? Terima kasih. Sekarang ini saya cakap dengan Menteri Besar, kita serah, kalau lambat, Pegawai Daerah Maranglah (nada seloroh). Sebab semua negeri sudah ada Kolej Matrikulasi, maka kita rasa sesuai dan wajar kita teruskan di Terengganu ini.

 

  1. Saya sebut kepada Saudara Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri sebentar tadi, prestasi pendidikan terutama prestasi dalam SPM baru-baru ini di Terengganu membanggakan dan saya ucap tahniah. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ketekunan pelajar-pelajar, kesedaran ibu bapa dan juga semangat guru-guru.

 

  1. Jadi, anak-anak jangan lupa tunjuk kasih sayang kepada ibu bapa dan penghargaan kepada guru-guru kerana mereka telah bantu dan meningkat keupayaan dan prestasi negeri Terengganu dari segi pendidikan dengan cemerlang. Oleh itu, sesuai dengan semangat itu kita wujudkan satu Kolej Matrikulasi.

 

  1. Dalam sistem pendidikan negara kita ini, kita ada beberapa ruang, tetapi untuk menentukan anak-anak dapat meningkatkan keupayaan dan prestasi mereka. Dan prinsipnya seperti dikaitkan juga oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, ialah “Democratization of access to quality education”. Pendidikan itu boleh diberikan kepada semua, tetapi bila kita sebut pendemokrasian pendidikan, ia bermakna ruang dan peluang itu harus dilebarkan.

 

  1. Sebab itu, dulu kita hanya tumpu kepada apa yang disebut sekolah-sekolah elit. Sekolah Menengah Asrama Penuh yang ditaja oleh penjajah sejak dulu, tetapi sejak merdeka, apa lagi sekarang, “Democratization of access to quality education” itu penting. Maknanya, setiap anak nelayan, petani, pekebun, pekerja itu mesti diberi kesempatan dan ruang mendapat pendidikan yang baik. Bukan sahaja akses tetapi access to quality education. Pendidikan yang bermutu kerana akan menentukan sama ada kita akan dapat bersaing.

 

  1. Ada pandangan bahawa sistem pendidikan kita ini, saya baru rencana satu dua hari ini mengatakan kita ini tidak menumpukan kepada pusat-pusat kecemerlangan yang berprestasi tinggi. Sementara ada munasabahnya kita perkuatkan hujah itu, tapi ada kelemahannya. Kerana kelemahannya itu ialah ruang untuk anak-anak daripada pelbagai latar belakang, termasuk yang miskin B40 tidak akan dapat kemudahan yang sebaiknya kalau Kerajaan hanya menumpukan kepada sekolah-sekolah elit.

 

  1. Sebab itu kalau lihat contoh seperti di Terengganu dengan prestasinya, prestasi itu tidak hanya datang yang terbaik dari sekolah-sekolah dianggap sekolah elit, tetapi sekolah-sekolah biasa, sekolah-sekolah menengah agama yang tidak dari peringkat awal terangkum dalam kategori sekolah elit yang disebutkan.

 

  1. Saya masih ingat kupasan baru-baru ini daripada Michael Sandel, Profesor Harvard. Kerana orang bicarakan sekarang ini soal berikan ruang kepada golongan elit. Persaingan hanya harus hanya memberikan pengiktirafan dan peluang kepada yang terbaik. Tetapi kalau kita lakukan itu kata dia, tidak ada keadilan sebenarnya. Keadilan sebenarnya ialah “Democratization of access” – peluang. Kerana justice itu bukan sahaja memberi kesempatan kepada yang terbaik, tetapi justice itu juga dia terangkum sebagai Kalau saudara tidak fair dia tidak just. Maknanya kalau dasar pendidikan itu hanya menumpukan kepada sekolah-sekolah terbaik, maka majoriti yang tersisih itu akan ketinggalan.

 

  1. Maka sebab itulah program kita terus, dan kalau lihat umpamanya beberapa kelemahan, bila saya juga menegur tentang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dulu dan sekarang, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri tahu itu. Kadang-kadang hanya memperkayakan golongan kecil. Itu kelemahan kita. Kelemahan dalam berusaha memberi peluang kepada golongan peniaga Melayu, itu golongan kroni dan elit itu diberikan keutamaan, jadi kesenjangan akan terus melebar.

                                                      

  1. Tetapi dalam bidang pendidikan, itu memang kejayaan luar biasa, kerana mobiliti sosial anak-anak di Matrikulasi kalau lihat kohort-nya, anak petani, anak peladang, anak nelayan, anak pekebun, anak pegawai-pegawai peringkat rendah, itu masih ramai. Maknanya, kesempatan dan ruang anak-anak itu meningkat itu ada. Itu yang disebut kaedah terbaik dalam meningkat mobiliti sosial, naik kedudukan mereka daripada hanya melihat daripada sistem feudal yang lama. Ini bagi saya erti kemerdekaan yang memberi ruang kepada anak-anak kita.

 

  1. Sebab itu, dari segi Kerajaan kita tahu sedikit-sedikit masalah negeri dan persekutuan. Tapi dalam soal pendidikan, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri tahu bahawa saya mengambil keputusan bersama dengan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri untuk memberikan tumpuan menumpukan kepada program-program dan projek yang boleh menjamin masa depan anak-anak kita.

 

  1. Ini termasuk apa yang disinggung oleh Saudara Timbalan Menteri sebentar tadi. Kita dalam menjamin sosial mobiliti, tidak kesampingkan keperluan mengiktiraf yang terbaik dan terpintar. Maka sebab itu, Jemaah Menteri bulan lalu memutuskan bahawa dalam menilai prestasi anak-anak dalam SPM yang lalu, siapa sahaja yang dapat 10A, itu automatik diberikan ruang ke untuk pendidikan lebih tinggi. Maknanya, sama ada dia pilihannya, Kolej Matrikulasi dan lain-lain.

 

  1. Dan sementara itu ada juga kebimbangan, apakah dasar ini akan menyebabkan anak-anak bumiputera tersisih lagi. Kerana saudara, kalau orang bicara soal elitisme ini, kena fikir ya, sekolah-sekolah terbaik itu dibandar dan sekolah-sekolah terbaik itu diduduki oleh anak-anak dari keluarga yang lebih kaya, di kota-kota. Jadi kalau di daerah-daerah akan tersisih lagi. Jadi sebab itu kalau baca buku Michael Sandel tentang justice itu, itu as fairness, kalau nak saing, kena tengok semua. Kemudahan makmalnya, perpustakaannya, kemudahan-kemudahan asasnya, mutu gurunya, mutu kelas tambahan itu berbeda di satu sektor.

 

  1. Jadi keputusan anak-anak dia jauh lebih baik ketimbang anak-anak di Kapit Sarawak atau Manek Urai di Kelantan. Cherok Tok Kun masih baik lagi. Jadi, oleh itu saya tekankan di sini, kebimbangan saya bila ada polemik di Kuala Lumpur umpamanya, di kalangan elit ini tentang keperluan kita untuk reward berdasarkan prestasi akademik semata-mata, itu ada kelemahan dari segi hujah itu, kerana ia meninggalkan aspek keadilan.

 

  1. Maka dalam hal ini, kita ikhtiraf 10A tetapi kita juga jamin bahawa untuk ke program matrikulasi, anak-anak bumiputera tetap dijamin kuota kemasukan 90% masih anak-anak bumiputera, supaya boleh kita bridge the gap. Jadi, dalam hal ini yang paling pintar anak orang kaya di bandar tidak disisihkan. 90% kuota dikekalkan supaya jangan berlaku kesenjangan yang terus melebar di antara golongan kaya dan golongan miskin.

 

  1. Di Terengganu yang memohon untuk tahun ini, dua minggu lagi ada Keputusan. Yang memohon dari negeri Terengganu ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, sudah melebihi 7,000 orang dan kalau mana yang tak dapat itu tulis surat dekat Menteri Besar. Gurau sahaja, nanti tak terjawab Menteri Besar.

 

  1. Jadi maknanya keperluan kolej ini tak boleh dipertikaikan. Ada rakan-rakan saya tanya, Anwar nak sibuk nak urus Kolej di Terengganu apa pasal? Patut tumpu ke kawasan-kawasan lain. Tengok saya beritahu Menteri Besar dan juga rakan-rakan saya ADUN tengok, saya ambil keputusan bincang, saya kata ya kalau betul, kalau saya takkan nak tinggalkan Tambun umpamanya. Tetapi dari segi ruang pendidikan matrikulasi belum ada di negeri Terengganu. Kalau orang faham masalah keadilan, maka terpaksa kita bukan saja setuju tetapi segerakan perlaksanaan projek matrikulasi Tengganu.

 

  1. Jadi, jika lulus segera semua technical issues ini, berapa bulan boleh selesai? Atau berapa minggu? Dengan JKR semua ini, boleh berapa tahun? Tiga bulan? Dah nak siapkan supaya they can start work. Tiga bulan? Dua bulan. Jadi projek ini Menteri Besar terpaksa pantau siap dua bulan ikut Pengarah JKR, kalau tidak Pengarah JKR, Pengarah, Pegawai daerah, jawablah nanti. Terima kasih, terima kasih banyak. Saya bila saya tanya, saya begitu yakin, terima kasih banyak.

 

  1. Projek ini walaupun bermula dengan RM27 juta segera, tetapi bila siap kelak, projek ini besar. Kalau kita boleh segerakan, bila lengkap konsepnya konsep moden. Saya mula perkenalkan vertical school. Vertical school ini maknanya kelas di atas, kemudahan di bawah, tempat tinggalnya, jadi itu dalam satu bangunan. Kemudian, kemudahan klinik harus ada di situ, kalau besar cukup, maka wakil polis di situ. Jadi, dia ada yang integrated seperti mana yang kita lakukan di Kota MADANI di Putrajaya. Dan di Kuala Lumpur sekarang lebih mendesak, kerana kesesakan tanah. Itu dibuat vertical school, Jadi, tidak perlu umpamanya dia rumah dia di situ, tadika di situ, sekolah rendah di situ.

 

  1. Jadi kalau ibu bapa turun saja, pergi ke sekolah. Tidak perlu sewa lagi kereta atau terpaksa menggunakan kenderaan untuk ke tempat lain. Ini konsep baru yang kita perkenalkan bagi semua sekolah-sekolah terutama di bandar-bandar dan kota besar. Tapi saya ucap terima kasih kerana di Terengganu, ini projek pertama dan saya anggap dalam konsep vertical school.

 

 

Saudara-saudara yang saya hormati sekalian,

 

  1. Kepada anak-anak saya nak pesan, bahawa negara kita ini nak ukur kemampuan kejayaannya itu terletak pada prestasi kita di sekolah, di kolej dan di universit. Kita lihat upamanya kemelut baru-baru ini, peperangan akibat daripada serangan Zionis Israel dan sekutunya Amerika Syarikat ke atas negara Republik Islam, Iran. Kita telah buat kenyataan dan ahli-ahli Parlimen juga turut bersetuju meluluskan usul mengutuk serangan itu dan mendoakan agar dapat diselesaikan dengan baik.

 

  1. Tapi satu pengajaran daripadanya, iaitu pertamanya kekuatan perpaduan masyarakat Iran dan mutu pendidikan, penyelidikan, sains dan teknologi yang diberi penekanan di Iran sehingga dia boleh bertahan tatkala diserang oleh kekuatan ekonomi dan ketenteraan terbesar di dunia Amerika Syarikat dengan sekutunya Israel yang berjiran dengan Iran.

 

  1. Bayangkan kalau ia berlaku di negara-negara lain, tidak mudah bertahan begitu rupa. Jadi sebab itu kita, saya sendiri hubungi pemimpin Iran, yang terakhir dengan Presiden Iran, menyatakan sokongan kita simpati kita dan juga ada ruang untuk kita lebih tawaduk, belajar dari pengalaman mereka. Tumpu sementara pertahankan semangat dan roh Islamnya, dia tumpu dan fokus dalam bidang sains, teknologi, research, pendidikan yang cukup tinggi dan cukup canggih.

 

  1. Jadi, apa pengajarannya daripada yang kita perolehi? Dalam apapun permasalahan kita hadapi, jangan kita ringan dan remehkan keperluan menjamin mutu pendidikan yang tinggi. Kepada anak-anak, saya ingin memesan, yang dapat peluang sekarang ini adik-adik Kelantan, adik-adik Pahang dan Terengganu yang ada di sini, ambillah ini sebagai amanah yang sangat penting.

 

  1. Anak-anak harus bercita-cita tinggi nak jadikan diri, keluarga, masyarakat dan negara ini cemerlang dan kita mampu lakukan kalau kita tunjukkan prestasi yang sebaik mungkin.

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang berikan kerjasama dan menjayakan.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: