TEKS VERBATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PMQT 27 OKTOBER 2026: SOALAN SATU DAN SOALAN TAMBAHAN
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KELIMA BELAS
|
PERTANYAAN |
: |
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
|
|
DARIPADA |
: |
TUAN SYAHREDZAN BIN JOHAN [ BANGI ]
|
|
TARIKH |
: |
27 OKTOBER 2026 (SELASA) |
SOALAN
Minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional langkah Kerajaan melibatkan jabatan kerajaan, GLICs, GLC dan badan berkanun dalam pelaksanaan projek pembangunan serta bagaimana pendekatan ini dapat mempercepat penyelesaian masalah rakyat dengan tetap memelihara mandat dan tanggungjawab utama institusi berkenaan? Terima Kasih
JAWAPAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua terima kasih kepada Bangi kerana permasalahan penglibatan GLIC dan CLC dan badan-badan berkanun adalah untuk memenuhi rencana dan perkasa pembangunan mengikut kerangka ekonomi MADANI. Dan ini dari segi strateginya adalah untuk memperkukuh daya tahan ekonomi domestik, domestic economic resilience.
Mengapa beberapa GLICs umpamanya mencatat keuntungan besar setelah melabur di luar negara dan kurang beri perhatian dalam negara. Jadi sebab itu mandat GLICs dan GLC dipertahankan pertama untuk memastikan ada keberuntungan termasuk peratusan untuk pelaburan dalam negara yang kita tetapkan dan mengambil kira kepentingan agenda negara termasuk umpamanya soal warisan, soal kepentingan Bumiputera dan soal kepentingan ekonomi tempatan.
Ini perkiraan diberikan, dia tidak lagi daripada agenda nasional dan mandat awal. Cuma kekuatan GLICs ini ialah kerana dia mampu melabur menurut kepentingan jangka panjang. Kadang-kadang pelabur luar negara ataupun domestik, swasta, dia memikirkan keuntungan singkat.
Tapi dalam hal ini, kekuatan GLICs itu adalah seperti mana projek dalam GEAR-uP ini melihat kepentingan semasa, jangka sederhana dan jangka panjang. Sebab itu, sejak tahun 2023 kita merencanakan mengikut perencanaan 2024-2028 GLICs bersetuju memberi komitmen atas keputusan mereka ikut keutamaan dan penilaian masing-masing untuk melabur dalam melabur langsung domestik RM120 bilion 2024 hingga 2028.
Ini selain daripada yang sedia ada yang mencecah RM440 bilion dalam pasaran awam domestik dan kebetulan dalam sidang Bank Dunia awal bulan ini di Bangkok hal yang sama diberikan penekanan tapi kita telah lakukan lebih dua tahun yang lalu.
Umpamanya dana impact khazanah melabur 26 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 2021 untuk membantu syarikat tempatan berkembang sebagai catalist pemangkin bagi menarik pelabur swasta dalam negara dan luar.
Saya bagi contoh, Tan Sri Yang di-Pertua SkyeChip syarikat merekabentuk Pulau Pinang dilabur oleh Khazanah sebagai startup dan permulaan mendukung mereka dan sekarang sudah disenarai di Bursa Malaysia pada Mei 2016 dan meraih RM352 juta melalui tawaran awam.
Ini maknanya untuk tawaran kepada orang awam telah melebihi langganan sebanyak 95 kali. Jadi syarikat ini mempunyai 391 pekerja dan memfailkan 113 patent.
Ini keduanya Farm Fresh yang memang terkenal sekarang di antara syarikat tempatan yang sangat berjaya. Di peringkat awal, Khazanah memberikan dana untuk saham awal 30%. Dan kemudian disenaraikan dan nilai RM2.5 bilion dan setelah mereka berjaya, Khazanah telah melupuskan pegangan.
Sebab itu, umpamanya dalam Belanjawan 2027 yang saya umumkan, pelaburan RM450 juta oleh Jelawang Capital, Khazanah dan Dana Perintis KWAP untuk membangun syarikat mula niaga. Ada pandangan tentang umpamanya projek-projek yang saya katakan untuk kepentingan warisan, umpamanya Bangunan Sultan Abdul Samad.
Ya, tentunya jumlah keseluruhan yang disebut jalan dan warisan sehingga Carcosa itu menelan belanja yang tinggi. Tetapi dia menjadi pemangkin sejak itu, indahnya sekarang satu pusat kecemerlangan dan keindahan warisan Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad sekarang telah menarik keyakinan swasta melabur dalam bangunan warisan di Lebuh Ampang, Jalan Petaling, kafe baru, kedai, hotel, butik, itu setelah Khazanah memulakan.
Ada pandangan yang dikemukakan mengenai apa? Penglibatan dalam aspek perumahan itu bukan mandat PETRONAS. Tidak tepat sebab PETRONAS umpamanya dalam Putrajaya Holding dari awal Putrajaya itu dibangunkan dengan dana PETRONAS dan Putrajaya itu bukan sahaja pejabat kerajaan tapi juga hotel, kemudahan-kemudahan awam, swasta dan pelaburan dalam pelbagai bidang dan juga dalam bidang pelancongan.
Begitu juga perumahan awam sepertimana Kota MADANI dan untuk penjawat awam, 80% untuk penjawat awam. Kerana penjawat awam menghadapi beban kurang perumahan di ibu kota Putrajaya. Tapi ini bukan perkara baru, puluh tahun yang lalu, kita lihat apa umpamanya? Syarikat-syarikat GLIC ini terlibat dalam pembinaan perumahan pelajar-pelajar Malaysia di Kanada, di Korea, di Belanda.
Jadi, saya katakan mengapa tidak boleh dikembangkan di Malaysia itu sebabnya mengapa dan United Kingdom yang sejak lama dulu. Sebab itu saya kata bahawa ini ada penglibatan untuk membina bangunan residensi siswa 10,000 unit fasa pertama dengan matlamat 30,000 unit yang melibatkan GLICs kerana itu memenuhi keperluan anak-anak kita.
Dia bukan CSA bukan-bukan keperluan hanya untuk membantu itu sebahagian tapi sebahagiannya juga untuk membina keperluan, kepentingan komersial. Selain itu, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, kita minta juga syarikat-syarikat yang terlibat dalam Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, 500 Kampung, 1,700 sekolah menerima pelbagai manfaat dengan penyelerasan, dengan GLICs dan syarikat swasta atas inisiatif dan ikhtiar mereka membantu.
Inilah maknanya mengapa saya tegaskan tadi badan-badan termasuk PETRONAS, KWAP, dan sebagainya terlibat dalam kegiatan-kegiatan membina domestic economic resilience ketahanan, kekuatan ekonomi domestik.
SOALAN TAMBAHAN 1
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
Saya setuju GLIC, GLC, badan berkanun ini tidak hanya harus melihat kepada keuntungan tetapi mereka juga ada tanggungjawab tambahan kepada rakyat. Cuma kekhuatiran kita adalah apabila syarikat atau badan berkanun ini digunakan, dikatakan untuk rakyat tetapi sebenarnya untuk tujuan politik dan kita pernah saksikan sebelum ini dengan 1MDB, yang mana kita tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu adalah disebabkan ada banyak enablers dan juga mereka yang benarkan, termasuklah korporat Malaysia. Kita pun juga saksikan episod malang dengan Lembaga Tabung Haji.
Jadi, soalan saya Yang Amat Berhormat Tambun, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan MADANI untuk menambahbaik takbir urus korporat atau corporate governance GLICs, GLC dan badan berkanun ini supaya episod seperti 1MDB dan Tabung Haji dan syarikat-syarikat dan badan-badan lain tidak berlaku lagi. Terima kasih.
JAWAPAN
Terima kasih. Kalau kita lihat pengalaman lalu, memang ada kekuatan dan juga kelemahan. Perkara ini telah dilaporkan dalam RCI dan task force, Kertas Putih 1MDB ataupun Felda, Tabung Haji dan pelanggaran itu seperti yang sedia maklum oleh ahli-ahli Yang Berhormat, agak banyak dan tentunya keterlaluan, sukar untuk dipertahankan.
Yang penting ialah langkah-langkah segera diambil, memperbaiki tatakelola dan tadbir urus dan ini termasuklah cadangan kita yang boleh kita bentangkan dalam Rang Undang-undang entiti milik Kerajaan.
Jadi, bukan sahaja dari segi tatakelola tapi memperuntukkan dalam peraturan-peraturan dan undang-undang yang sangat jelas. Tidak membolehkan syarikat-syarikat terlibat, kadang-kadang agensi. Jadi, peraturan untuk agensi itu kuat. Dia letakkan subsidiari dan pengawalan atas subsidiari itu tentunya tidak semudah yang dibayangkan tanpa ketetapan yang jelas untuk mengawal.
Jadi, saya sekadar memberi jaminan, setakat ini, kita tidak dapat kenalpasti ada pelanggaran sepertimana yang kita warisi dulu dalam syarikat-syarikat yang saya sebutkan tadi. Mudah-mudahan insya-Allah hal ini dapat kita kawal walaupun tidak mudah.
Tan Sri Yang di-Pertua,
Kadang-kadang kelompok elit ini, sama ada politik atau usahawan, dia biasa dengan budaya dia. Jadi, bila ada kekangan dan sekatan, bantahan itu kuat, bangkangan juga kuat. Jadi, itu memerlukan tekad politik bagaimana boleh kita hadapi dan kadang-kadang orang bicara soal prinsip dan sebagainya, tapi bila datang soal ini banyak kompromi seperti yang kita lihat kadang-kadang dalam perbahasan di parlimen ini.
Sebab itu, saya rasa Rang Undang-undang Entiti Milik Kerajaan ini, iaitu menetapkan kaedah yang ketat walaupun GLICs dan GLC tetapi soal tadbir urus mesti diperketatkan, had-had kuasa dan tokoh-tokoh yang diletakkan itu mesti lebih bertanggungjawab, tidak menjadikan ini sebagai property atau hak milik peribadi dan keluarga.
SOALAN 1: SOALAN TAMBAHAN 2
YB SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN [MUAR]
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Muar menyokong usaha kerajaan untuk mengupayakan syarikat-syarikat di Malaysia supaya mencapai valuation RM1 bilion ataupun lebih daripada itu. Dan melalui dana GEAR-uP yang memperuntukkan RM120 bilion ini adalah perkara yang sangat baik. Cuma setakat ini, selepas 2 tahun, saya difahamkan perbelanjaan RM120 bilion itu yang telahpun digunakan tak sampai RM30 bilion, yang ada on record hanya RM26 bilion. Dengan itu bermaksud that we are 50% behind time.
Walaupun sasaran itu begitu baik dengan membelanjakan RM120 bilion, tetapi hanya RM26 bilion sudah pun dibelanjakan. Persoalan saya, apakah kerajaan akan lakukan untuk mempercepatkan the deployment of these funds? Dan yang terakhir, bagaimana kerajaan ingin mengimbangkan the deployment of these funds supaya akhirnya dia dapat meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat ini tetapi tidak disalah gunakan, contohnya, bagaimana sebelum ini PNB digunakan lebih RM2.68 bilion duit rakyat, akhirnya digunakan untuk menyelamatkan contohnya syarikat Sapura.
Tetapi hari ini, daripada RM2.68 bilion duit rakyat ini, nilai rosot hanya tinggal lagi just RM200 million left. 90% value destruction. So, bagaimana kerajaan ingin imbangkan dana rakyat yang digunakan untuk mengupayakan syarikat untuk fungsi yang lebih baik, tetapi bukan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Terima kasih.
JAWAPAN
Terima kasih, Muar. Memang betul sebab kebanyakan GLICs dan GLC, walaupun ia milik kerajaan sepenuhnya, tetapi ada juga yang memperuntukkan bidang kuasa untuk menjaga kepentingan bumiputera. Ataupun dalam konteks Tabung Haji umat Islam. Sebab itu sepatutnya prinsip tatakelola dan tadbir urus itu harus lebih perketat. Kerana saya yakin dengan budaya melayu dan islam, itu harus kita berikan contoh. Janganlah pula apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan bila nama bumiputera ataupun Islam tapi tadbir urusnya lebih parah daripada syarikat-syarikat lain.
Sebab itu saya setuju supaya peraturan ini kita perketatkan seperti mana saya sebut tadi dalam undang-undang entiti milik kerajaan yang sedang dicadangkan. Soal GEAR-uP ini memang benar tetapi kalau ikut dalam perancangan mereka, itu dia pick up untuk akhir tahun ini dan tahun depan. Jadi saya lihat daripada perkembangan dalam laporan terakhir, nampak masih ikut jadual.
Dia tentunya tahun pertama itu banyak perancangan dan kajian dan penelitian. Terutama dengan pengalaman-pengalaman lalu. Mereka lebih waspada tentang beberapa keputusan diambil. Cuma kekuatannya di sini ialah kerana kita melarang sama sekali untuk campur tangan mana-mana tokoh politik dalam memenentukan projek dan keutamaan projek. Projek itu mesti ditetapkan dan ada badan pelabur yang terdiri daripada golongan profesional dan kepakaran tertentu. Terima Kasih.
SOALAN 1: SOALAN TAMBAHAN 3
YB TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM [PASIR GUDANG]
Saya menyokong penglibatan GLICs-GLC dalam pelaksanaan pembangunan dalam negara. Soalan saya, Yang Berhormat Perdana Menteri, berkaitan dengan pelaburan GLC dan GLICs di luar negara. Saya mengambil contoh saya ingin tahu berapa banyak bilion telah dilaburkan oleh syarikat-syarikat GLC dan GLICs dalam membangunkan semula Projek Battersea Power Station di London yang projek ini memakan masa 15 tahun. Berapa bilion syarikat-syarikat pelaburan Kerajaan ini telah melabur di London bekas penjajah ini. Kan elok dilaburkan di dalam negara ini dan apa faedahnya pelaburan yang berbilion ini kepada ekonomi negara kita? Terima kasih, Tan Sri.
JAWAPAN
Terima kasih Pasir Gudang. Saya setuju dengan gesaan dan teguran bahawa ada beberapa langkah yang dilakukan dulu termasuk Battersea di UK itu walaupun sekarang sedang cuba dipulihkan tetapi pelaburan asal itu terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian, sekarang cuba dipulihkan.
Tapi maknanya rasional yang dibangkitkan oleh Pasir Gudang itu tepat. Mengapa kita agak terlalu terburu-buru untuk melabur di luar. Cuma, kita juga faham bahawa dalam badan dan dana besar KWAP dan KHAZANAH dan PNB ini, dia juga mengambil ketetapan untuk mencari ruang-ruang dalam dan luar negara.
Tapi sekarang sejak 3 tahun yang lalu, kita telah tetapkan mesti ada keutamaan dan sekurang-kurangnya peringkat awal saya tetapkan segera 20 peratus itu dalam negara dan ini ditingkatkan mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Jadi sebab itu kita boleh menggunakan GLICs dengan jumlah RM150 bilion untuk jangkaan berapa tahun akan datang. Ini keputusan-keputusan baru berdasarkan pengalaman.
Walaupun kita tidak boleh nafikan sebahagian atau sebahagian besar di pelaburan di luar negara itu menjana keuntungan yang tinggi sepertimana dicatat. Umpamanya kita tahu kalau dalam keseluruhan KWAP untuk tahun ini itu keuntungannya itu RM163.4 bilion.
Walaupun dalam beberapa pelaburan ada yang mengalami kerugian sepertimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berulangkali tentang eFishery. Maaf-maaf yang tadi itu yang KWAP itu dalam eFishery RM163 bilion keseluruhan keuntungan KWAP itu nanti saya check balik. Bukan-bukan RM123 ini RM163.4 juta eFfishery itu 2.4 peratus tapi keuntungan itu mencecah bilion saya ada angka tadi. Bila Pasir Gudang tanya, hilang dah nota (nada berseloroh). Nanti saya akan kemukan kepada Pasir Gudang tapi kalau keseluruhan ni memang kita harus bangga kerana KWAP itu mencatat keuntungan yang sangat tinggi tak salah saya, ya sorry untung KWAP itu RM8 bilion.
Jadi kalau kita nak tegur munasabah tetapi janganlah ambil kegagalan eFishery itu mewakili keseluruhan KWAP. Seperti biasa tetapi saya nak tegaskan sekali lagi untung KWAP RM8 bilion kerugian dari eFishery yang melibatkan Temasek, Sukio, United States dan SoftBank tetapi 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan mereka. Tapi yang berbalik pada gesaan Yang Berhormat Pasir Gudang, memang kita setuju kita lebih teliti dan jangan berulang sepertimana pelaburan di Battersea di UK itu.
