TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KUBANG SEMANG
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KUBANG SEMANG
25 APRIL 2026 (SABTU) | 3.00 PETANG
NADI KUBANG SEMANG (YAYASAN AMAN)
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahilladzi Anzala ‘Ala ‘Abdihil Kitab Walam Yaj’al Lahuu ‘Iwajaa,
Wa Usolli Wa Nussalli Ala Rasulihil Karim,
Wa Ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’in.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Setiausaha Kerajaan Kementerian Komunikasi;
Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC); dan
Mr. Kishore Babu Yerraballa,
Wakil Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa;
Excellencies.
- Ini satu penghormatan, kerana pada hari ini anak-anak dan masyarakat desa termasuk dari Permatang Pauh dan Pulau Pinang, bersama dengan pakar-pakar yang terlibat dan juga Duta-Duta, Pesuruhjaya Tinggi yang dapat hadir bersama.
- Bila kita luncur program besar umpama ini, Transformasi Digital, akak dari Paya Mengkuang nak hafal pun lambat (nada seloroh) , apa binatang? Digital. Apa dia? Transformasi. Apa maknanya? Dan bunyinya menggerunkan. Maknanya, kemudahan ini, teknologi baharu, teknologi maklumat, komputer, IT dan sekarang ini cakap AI, ini semua ini mesti sampailah ke kampung. Kalau tidak dia hanya berlegar di kalangan kota-kota besar, orang-orang kaya, jadi kita tidak dapat manfaat. Ini bezanya Kerajaan MADANI.
- Bila kita buat program besar, raksasa. Berpuluh-puluh bilion sampai, syarikat Jerman Infenion, syarikat Amerika NVIDEA, syarikat China Geely yang automatif, semua kumpul ini berpuluh-puluh bilion, tetapi kita tanya, apa faedah kepada rakyat? Tentunya ekonomi, pekerjaan, betul. Tapi bila kita sebut transformasi digital, apa manfaatnya kepada rakyat secara langsung diperingkat akar umbinya? Ini disebut umpamanya mengelak.
- Bila kita luncur, saya ingat lagi ucapan tatkala meluncurkan Pelan Transformasi Digital, pelan nasional, besar ini. Saya dah peringatkan, pertama, rakyat kita mesti diberi pendedahan, jangan ketinggalan. Negeri-negeri maju bercakap soal teknologi baharu, digital, AI, kita nganga, oleh sebab itu anak-anak kita dilatih.
- Tapi saya juga pesan, yang kedua, jangan menyebabkan lebarnya kesenjangan. Orang yang kaya, yang di bandar dapat pendedahan, dia tahu digital, dia tahu AI, dia tahu Data Centre. Kita? Tidak tahu. Jadi, pembangunan ini mesti jamin keadilan bagi ramai, bukan keadilan bagi kelompok kecil. Ini cabaran kita.
- Jadi kita fikir bagaimana nak buat? Bagaimana nak jamin teknologi kita kuasai. Jangan kita ketinggalan. Kedua, bagaimana nak jamin supaya manfaat sampai. Bukannya sekolah-sekolah asrama penuh, Sekolah Menengah Sains, Chung Lee, Malay College, Malay College kena sebutlah, kemudian, VI, haa marah pula kalau tak sebut …TKC (nada seloroh)., sekolah-sekolah terkenal. Bagaimana Sekolah Menengah Mengkuang? Bagaimana Sekolah Menengah Penanti di sebelah ini? Apa manfaat yang dapat diperolehi oleh mereka. Itulah sebabnya mengapa kita kata transformasi digital Malaysia ini mesti menjamin keadilan yang lebih melebar.
- Kishore, I think from my earlier remarks, I just want to emphasize this point. That is why we pursue this agenda, to achieve digital transformation, I would said it is certainly a failure if we are not able to ensure the vast majority of our people benefit from this. So, digital transformation is a policy that is critical to our country and we are fortunate because Malaysia is one of the countries have been able to attract investiment from United States, China, India, and many other countries, Germany for that matter because his Infenion.
- But then the next question is, will it result in digital devide? Will it benefit a few selected group of people, the urban areas, Tan Sri Salim and the rest? Or can we then ensure that this new technolgy, new facility benefit the vast of the majority of our people? To me, this is a major challenge.
- And of course related to that is the question of values. We are not importing or imparting the views and knowledge, culture and values of the segment of people. We must make sure that is related to our society, our culture, our religious belief. Ini yang saya sebut penting juga.
- Selain saya katakan, melebarkan kemudahan ini. Saya kata teknologi baharu ini jangan mengasingkan kita dari agama dan budaya kita, dan nilai kita. Kita nak anak-anak kita pintar digital, teknologi, komputer, AI. Tapi kita tidak mahu dia jadi pak turut, kagum, bawa hanya pandangan dari barat, hilang nilai budayanya, hilang akidahnya, akhlaknya, nilainya. Ini hal-hal yang difikirkan oleh negara kita tatkala menyebut negara MADANI dengan salah satu dasarnya, teknologi baharu dan transformasi digital.
- Jadi sebab itu, saya ucap tahniahlah, selain daripada Kementerian Komunikasi, KSU ya, ini juga MCMC dan NADI. NADI ini satu projek, program yang menarik. Tadi saya sempat jumpa seorang anak, pelajar, tingkatan 5 dahulunya, sekarang selesai peperiksaan, dari Sekolah Menengah Penanti, Sekolah Menengah Mengkuang. Tengok keputusan dia dulu, 6 bulan sebelumnya, F gagal matematik. Kemudian, NADI ini untuk jamin supaya kemudahan yang disebut digital atas itu memberi manfaat langsung sampai ke Sekolah Menengah Mengkuang itu berikan tuisyen, kelas tambahan percuma yang direncanakan oleh sekelompok guru-guru yang terlatih dan pintar, hubungi langsung dengan anak-anak ini percuma. Dan alhamdulillah, dari dua yang saya jumpa tadi, failed, gagal, dapat A dalam keputusan peperiksaan mereka.
- Maknanya, kalau kita tambah ikhtiar sedikit, ada Kerajaan yang prihatin, guna kemudahan-kemudahan termasuk MCMC dan NADI, kita boleh sampai ke akar umbinya. Atau di Indonesia, Pak Luwes di sebut akar rumputnya. Kalau di sini kita kata akar umbi, tapi di Indonesia dia kata akar rumputnya. Saya kata lebih tepat akar rumput tak?
- Jadi, itu contoh. Tadi, saudara Fahmi menyebut contoh lain. Oh, boleh berniaga. Peluang-peluang pekerjaan baru dan latihan. Dan ada juga yang boleh guna kepakaran perubatan. Orang sakit, kalau telefon sahaja tanya doktor, doktor tak berani juga, tapi dia boleh bagi gambar juga dan kemudian boleh gunakan beberapa kemudahan walaupun mahal sedikit untuk check, jantungnya, darahnya, dan sebagainya. Tidak semua, tapi sebahagian besar melalui yang saya katakan kemudahan digital dan AI.
- Saudara saudari, ini dunia ilmu ini berubah begitu pesat, sebab itu kadang-kadang letih juga dengar orang berbahas di kampung, maki hamun ini langsung tidak fikir, kita guna kuasa yang ada bangunkan rakyat. Sekolah-sekolah kita ini, kemudahan…ya kalau ketimbang negara-negara lain banyak baiknya. Cukup? Banyak belum cukup.
- Bila saya jadi Perdana Menteri, apa yang saya perhati tentang sekolah ini, hampir tiga tahun yang lalu? Saya kata, bagaimana nak latih anak-anak nilai kebersihan? Tandas rosak semua. Berapa nak repair tandas? Nak baiki tandas satu negara untuk tahun 2023? RM1 bilion ringgit. Tiap sekolah ada yang rosak tandasnya, empat rosak. Jadi, alhamdulillah kita baiki sebahagian besarnya. Setiap hari Jumaat saya pergi solat Jumaat, panggil anak-anak itu jumpa, saya tanya tandas macam mana? Jadi Fadhlina dia pening, dia teliti, tak payah saya report dekat dia, dia tengok sahaja. Ini sekolah ini ada. Baik.
- Sebab apa? Kita nak ajar kebersihan. Kita nak ajar anak-anak itu sihat. Jadi ini hal-hal yang basic yang yang kita harus perhatian juga. Ini terkait dengan nilai, kesihatan dan nilai. Jadi, beberapa bulan lalu saya arahkan anak di sekolah, latih, bersihkanlah tandas sendiri di sekolah. Oh, itu pun ada ibu bapa marah, “anak saya dihantar ke sekolah bukan untuk jadi pencuci tandas”. Oh, apa hang ini daripada bangsawan mana? Daripada kayangan kot? Saya dululah, sekarang ini jadi Perdana Menteri, nak bercakap kena berlapik sikitlah kan. Apa Perdana Menteri bercakap begini? Aku itulah dihentam tak terkawal pulak. Baik, tapi saya dulu…dulu ingat? Kakak ingat, orang lama dulu kan? Masa saya belajar-belajar kan? Saya buat juga ini. Oh, ada seorang ibu bapa masa itu fax, tak ada lagi social media. Dia fax kepada saya Pak Luwes ya. Dia fax dia kata, “eh Pak Anwar, ini anak saya dihantar ke sekolah bukan menjadi pencuci tandas, untuk belajar, untuk menimba ilmu”. Amboi! Saya kata, sombongnya. Jadi hinakah pencuci tandas ini? Mak kita cuci tandas. Hinakah dia? Di rumah kita, ibu kita yang cuci tandas. Apakah hina? Yang kita belajar tentang kebersihan, apa salahnya? Sebulan sekali bergilir, atau tiga minggu sekali bergilir cuci tandas. Jadi saya harap, pertama cuci tandas.
- Ini latihan, apa dia kebersihan? Apa dia nilai? Jangan supaya dia ingat bila dia jadi besok lulus, jadi pembesar, jadi korporat, jadi KSN. Kemudian, dia jangan lupa akar umbinya, akar rumputnya, pak. Jangan lupa. Jadi, kemungkinan latihan itu membantu. Jadi, masa itu bila dia, seorang bapak itu dia kritik saya, dia kata, “bukan anak dia datang ke sekolah untuk cuci tandas”, saya jawab, “saya kata, terima kasih, tuan. Saya cadangkan tuan kirim anak tuan ke Kayangan, kerana di kayangan yang sekarang saya baca, tidak ada tandas. Dewa-dewa semua itu, dia belajar. Mana ada cerita tandas dulu? Dewa-dewa Syapri semua kan? Jula-juli, bintang tujuh, mana ada cerita tandas. Tapi kalau mahu kirim ke sekolah kami, untuk anak-anak dan rakyat, yang gunakan tandas, sucilah sebulan sekali”.
- Jadi saya ucap terima kasih kepada pegetua, guru-guru, kerana teruskan budaya ini. Ini pendidikan kebersihan. Ini yang saya sebutkan tadi supaya, dengan ilmu yang baru, jangan hilang nilai kita, agama kita, akhlak kita, budaya kita, itu sebahagian daripada kita. Jadi, sementara kita cakap soal digital, AI ini, nilai ini penting. Ini dalam MADANI, soal nilai itu penting. Itu beda dengan kita. Kalau belajar digital, satu dunia belajar digital. Kalau belajar tentang AI, satu dunia semua sekarang mengejar soal AI. Tapi, jangan kita hilang nilai, insaniah. Kerana ini prinsip al-Quran apa dia? Walaqad karamna bani Kerana apa? Iman kita, kerana akhlak kita, kerana nilai manusiawi insaniah kita.
- Jadi, mudah-mudahan dengan NADI ini, kita bawa ke bawah. Macam tengok di sebelah ini pun, kita tengok apa dia? ada kesihatan, anak-anak di sekolah, peluang perniagaan dan juga ilmu kerana digital, yang disebut transformasi digital, AI, perkara baru. Masa saya di sekolah dulu, sehingga di universiti, jadi professor di Amerika itu, baru lagi diperkenalkan. Sekarang dah jadi matapelajaran wajib dikuasai oleh anak-anak kita. Jadi, perubahan ilmu itu mencabar. Jadi sebab itu, kita tak mampu bawa semua ke Kuala Lumpur, atau ke Cyberjaya, tapi kita mampu bawa kemudahan itu ke bawah.
- Saya minta bapa-bapa, ibu-ibu yang ada, guru-guru yang ada, dan pegawai-pegawai Kerajaan, cari jalan untuk memberi pendedahan sebaiknya kepada pegawai-pegawai Kerajaan dan anak-anak, terutama anak-anak muda. Di antara strategi dalam NADI ini adalah pendedahan kepada anak-anak sekolah dan anak-anak muda, kerana mereka lebih cepat menangkap daripada hanya dengan pengaruh yang mengelirukan dan merosakkan termasuk dalam soal media sosial. Jadi, lebih baik ditumpu NADI ini sebagai tempat, lapangan untuk menimba ilmu, memberi latihan dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan anggotanya.
- Jadi, itu sahaja yang nak saya sampaikan. Bukan selalu saya ada peluang sampaikan begini. Saya ingat saya dah cover. Dan juga, tahniah!. Tahniah! NADI. Bila kita dapat ITU Digital Transformation Center dan pengiktirafan antarabangsa, kita berjaya. Jadi, jangan pandang ringan, atau enteng. Malaysia, kita terima begitu. Sebab itu, bila kita ambil alih Kerajaan, saya di antara arahan saya, kalau kita kata Dasar Transformasi Digital Nasional, Dasar Semikonduktor Nasional, tetapi, orang pinggir bandar, pendalaman, kampung-kampung, tak tahu apa-apa. Atau kalau tahu pun, kelompok kecil. Jadi saya kata, tak, tak boleh begitu. Kemajuan, pembangunan mesti menjamin kemudahan dan manfaat kepada sebanyak mungkin. Ini yang dikata pemerkasaan, perkasa rakyat dalam erti kata sebenarnya. Jadi pemerkasaan itu, hanya dengan menyampaikan kemudahan ke semua peringkat.
- Jadi, NADI dah disebut tadi. Maka kalau ada keupayaan, Tan Sri Salim lebih lagi, ya, boleh ya? Dia kalau Perdana Menteri tanya semua kata okey. Tapi, kita nak tahu selepas ini, lepas balik ini, boleh ke tak boleh. Selepas balik boleh ke tak boleh. Sebab itu, macam saya mesyuarat tadi Daerah Seberang Perai Tengah. Minggu lalu, Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Sebelum itu, Daerah Kinta, Daerah Kulim Bandar Baru. Saya kata dua minggu, Pegawai Daerah bagi laporan apa yang kita bincang, apa yang kita putuskan, berapa dana yang diperlukan, bagaimana perlaksanaan projek sampai ke mana, barulah ada kesan. Kalau tidak, ini hanya menjadi acara-acara biasa.
- Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih, sangat bermakna. Saya sebagai anak tempatan, terima kasih luar biasa kepada Ketua Menteri, kerana Pulau Pinang ini, Ketua Menteri di antara negeri yang ke depan dalam Digital Transformation.
- Ketua Menteri ada, Timbalan ada, YB Datuk Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, nak pastikan supaya kita dapat serasi dengan acara NADI ,supaya ikhtiar State dari segi digital ini dapat melebar sampai ke kawasan-kawasan ini dan NADI boleh menjadi satu gelanggang instrument penting untuk menyampaikan bagi saya, sangat penting.
- Kita boleh ada dasar yang hebat, tapi kalau tidak melebar, kita tidak akan dapat malah, pengetua, guru-guru yang ada di sini tahu dalam soal pendidikan saya selalu sebut democratization of access to quality education. Kita mahu pendidikan bermutu, bila kita sebut pendemokrasian, maknanya semua dapat, tetapi bukan sahaja dapat pendidikan Alif Ba Ta – ABC biasa, ataupun orang France kita alphabetization, tetapi kita mahu pendidikan bermutu sebab itu dia katakan democratization of access to quality education. Dan kalau kita rangkul pengertian education itu yang lebih melebar, ini termasuklah transformasi digital.
- Jadi terima kasih sekali lagi kepada semua yang menggerakkan. Saya agak lebih senang pada hari ini kerana, NADI turun ke pengkalannya, kampung halaman kami, dan saya mahu insya-Allah mudah-mudahan NADI di Yayasan Aman ini menjadi di antara contoh NADI daerah yang par-excellence yang terbaik. Boleh ya? Siapa yang incharge NADI di sini? Siapa ya? Ada di luar? Ada, mari ke depan, yang ketua NADI di sini, ha naik naik. Oh, di belakang? Nama dia apa? Atikah? Nanti saya jumpa dia di luar nak bagi amaran. Tak, tak, nak bagi ucapan terima kasih, penghargaan dan kegembiraan serta kebanggan kita kerana menjadikan ini sebagai usaha yang penting. Terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
