EXIT PRESS CONFERENCE DURING WORKING VISIT YAB PRIME MINISTER TO BRUNEI DARUSSALAM

22 Ogos 2026

VERBATIM TEXT

EXIT PRESS CONFERENCE

WORKING VISIT BY

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

TO BRUNEI DARUSSALAM

22 AUGUST 2026

——————————————————————————

Okey. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 

YAB Premier, YAB Ketua Menteri, Menteri-menteri, dan rakan-rakan.

 

Alhamdulillah, walaupun kunjungan itu singkat, tetapi kita diberi ruang masa yang agak panjang dengan rundingan empat mata dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Brunei Darussalam. YAB Premier dan YAB Ketua Menteri turut mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan Menteri-menteri dan pimpinan Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

 

Tetapi yang paling penting ialah isu persempadanan yang tertangguh yang sekian lama. Dan kita cuba meterai dan nampak ada persefahaman awal yang baik, iaitu kawasan-kawasan yang dipersetujui sebagai milik Brunei dan milik Sarawak, Malaysia, itu dipertahankan. Dan atas semangat itu, kita tidak lagi harus menangguh persefahaman dan saya telah minta perkenan Tuanku Sultan Brunei supaya kedua-dua Menteri Luar segera mengadakan pertemuan dengan pasukan masing-masing supaya pertindihan tuntutan itu dapat dileraikan dengan secepat mungkin.

 

Tetapi kaedah kasar itu, persempadanan yang memberikan pengesahan tentang hak milik Brunei dan hak milik Malaysia, itu tidak kita korbankan.

 

Kita kena jaga kepentingan masing-masing negara supaya penyelesaian itu akan memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Jadi, tidak timbul masalah nanti penyerahan, dia tidak timbul. Ini cuma melihat kepada sejarah perundangan, persempadanan dan kaedah yang boleh diterima. Itu yang paling penting bagi saya kerana ini merupakan di antara mesyuarat yang dapat kesepakatan meleraikan satu isu yang telah berlanjutan selama puluhan tahun.

 

Tetapi tentunya bagi pihak kita, oleh kerana ia melibatkan juga kawasan yang melibatkan negeri Sarawak, sebab itulah YAB Premier ada dan dilibatkan secara langsung supaya kepentingan Sarawak dan Malaysia itu dipertahankan sepenuhnya, sementara menghormati, sepertimana yang saya sebut, faktor sejarah, faktor undang-undang, faktor kaedah penentuan sempadan.

 

Yang kedua ialah tentang MoU Kerjasama Pengurusan Bencana, terutama dalam keadaan sekarang, di mana kita terjebak dengan permasalahan jerebu. Jadi, kita tingkatkan bidang kerjasama dalam bidang itu.

 

Kita akan bincangkan soal-soal masalah pendidikan kerana Universiti Brunei Darussalam itu berkembang sekarang sebagai sebuah universiti yang mempunyai keupayaan dan prestasi yang baik dalam tahun ini. Jadi, saya akan merujuk hal ini kepada Majlis Pengiktirafan supaya dapat diberikan pengiktirafan, supaya anak-anak dari Malaysia, Sabah dan Sarawak, terutamanya yang berhampiran sebagai jiran, itu boleh… selain daripada negeri-negeri lain, boleh datang ke Brunei Darussalam, sepertimana anak-anak Brunei yang sekarang ke Sarawak, ke Sabah dan ke Semenanjung. Jadi, ini akan kita leraikan. Ini permasalahan di Malaysia kena tertangguh soal proses pengiktirafan ijazah dari Brunei Darussalam.

 

Tentunya perbincangan saya dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei itu mencakup banyak perkara, tetapi umumnya dari segi kerjasama perbatasan, termasuk imigresen, kastam, harus ditingkatkan. Banyak terbantut kerana kesukaran, kerana peraturan-peraturan lama. Itu kita telah minta jawatankuasa teknikal masing-masing di peringkat agensi pusat dan kerjasama, terutama Sarawak, supaya dapat kita percepatkan proses ini dan kurangkan proses panjang tiga, empat tempat sebelum dapat masuk ke mana-mana negeri Sabah.

 

Dalam konteks ini, Sarawak dan Brunei Darussalam, walaupun ia banyak juga melibatkan kepentingan Sabah dalam hal ini. Jadi, kita mahu selain daripada pelancongan Malaysia ke Brunei, termasuk dari… tetapi juga melibatkan Brunei ke Sabah, Sarawak dan ke Semenanjung.

 

Yang lain itu juga, saya juga ingin ucap terima kasih kerana kedua-dua kami hargai kerjasama yang dibangkitkan oleh…  diberikan oleh pihak berkuasa Brunei dan PETRONAS dalam commercial arrangement area. Dan ini hanya berlaku dengan cepat dan pantas dengan campur tangan secara langsung daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Brunei.

 

Begitu juga, kita telah tetapkan satu jawatankuasa ad hoc bagi isu berkaitan maritim dengan terma rujukan (TOR) jawatankuasa tersebut. Dan yang lebih diutamakan juga ialah kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan Brunei Darussalam, dan terutama di negeri-negeri sempadan, iaitu Sarawak dan Sabah.

 

Pelancongan, perdagangan, pelaburan kita telah bersetuju untuk dikaitkan agenda baru dapat ditingkatkan.

 

SESI PERTANYAAN MEDIA

SOALAN 1:

Datuk Seri, berkenaan dengan persempadanan darat ini, sekarang ini difahamkan 50 peratus sudah selesai, jadi yang baki itu agaknya berapa lama lagi?

 

JAWAPAN YAB PM:

50 peratus dah selesai, Alhamdulillah. Tetapi yang baki itu memang yang dianggap berlaku percanggahan dari segi tuntutan, ataupun… Jadi, kita bersetuju, kedua-dua pihak, supaya mencari kaedah supaya diberikan pengiktirafan kepada hak dan tuntutan Malaysia kalau ia dapat disandarkan dengan undang-undang dan juga perbatasan.

 

Begitu juga hak dan kepentingan Brunei berdasarkan faktor yang sama. Dan saya ingat isu yang terbantut sekian lama itu dapat dileraikan. Cuma jawatankuasa teknikal harus teliti secara terperinci dan mengemukakan. Walaupun pada peringkat awal masing-masing Menteri Luar merasakan perlu diberikan target awal tahun depan, tetapi saya dengan Tuanku Sultan Brunei merasakan sekurang-kurangnya parameter asas itu boleh diselesaikan sebelum akhir tahun.

 

Jadi, bila kita angkat itu, angkat hanya satu formality kerana perkara ini telah berlanjutan dah 60 tahun.

 

SOALAN 2:

Jadi pertindihan tadi berkenaan apa itu?

 

JAWAPAN YAB PM:

Dia pertindihannya semua negara. Masing-masing melihat kaedah peta, dia ada alasan dia apa dari segi peta tahun berapa dan kaedahnya apa itu, biasa. Kita dengan semua sempadan negara Malaysia maritim ini, dengan semua sempadan Thailand, Brunei, Vietnam, Indonesia, Filipina, semua.

 

Tetapi kalau kita mahu cari penyelesaian maka kita kena cari beberapa kaedah yang boleh memberikan perbahasan. Dan dalam kes ini kerana ia melibatkan perbatasan di negeri Sarawak, maka faktor ini diambil kira dan pandangan Premier dan Kerajaan Negeri Sarawak juga akan mempengaruhi keputusan kita dalam menentukan garis muktamad.

 

SOALAN 3:

Mengenai imigresen tadi, so ada cadangan untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke Brunei, maksudnya aksesnya lebih mudah?

 

JAWAPAN YAB PM:

Ya, yes, sebab sekarang banyak. Empat laluan. Checkpoint.

 

SOALAN 4:

Datuk Seri, tadi Datuk Seri kata isu melibatkan jerebu tadi contohnya, mungkin dibincangkan dengan Duli Yang Maha Mulia tadi juga. So apa mungkin yang mahu kedua-dua pemimpin Datuk Seri dan Duli Yang Maha Mulia?

 

JAWAPAN YAB PM:

Kedua-dua kita setuju supaya gunakan mekanisme ASEAN yang terbaiklah. Ini kita minta Menteri Luar, Menteri yang berkenaan.

 

JAWAPAN MENTERI KLN:

Kita dah utuskan surat kepada Sekretariat ASEAN.

 

JAWAPAN YAB PM:

Sekretariat ASEAN. Alright.

 

SOALAN 5:

Datuk Seri, last soalan, your… kemungkinan akan, dijangkakan akan ke China kan next month, dan dalam kenyataan bersama you dengan Duli Yang Maha Mulia ada mengatakan pada dunia kita, peace among China dan juga Taiwan dan sebagainya, jangan ada pergolakan di Laut Cina Selatan dan sebagainya. (YAB PM: Yes) Datuk Seri mungkin ada komen on that? Ada mungkin akan dibawakan kepada Presiden China atau PM Li Qiang ke nanti?

JAWAPAN YAB PM:

Dia bagi kita, tidak ada isu kerajaan Malaysia sejak 1974, iktiraf satu China. Tetapi tidak kita anjurkan supaya ada pelanggaran ke atas Taiwan, ya. Itu dia selesaikan cara rundingan, cara baiklah, ya.

 

Tetapi dari segi dasar kita, dasar luar kita itu jelas. One China Policy maknanya Taiwan itu sebahagian daripada China, walaupun saya tahu sekarang ini timbulkan kontroversi. Soalnya yang dibangkitkan itu apakah boleh diizinkan. Saya percaya dah berapa? 50, 60 tahunlah negara China itu runding dengan baik.

 

Jadi, janganlah kita, apa ini… mengunkit dan mengundang perselisihan lebih daripada itu. Ini penting dalam konteks, biar negara China sendiri uruskan isu dalaman domestik dia. Janganlah ada campur tangan kuasa lain yang akan mengeruhkan suasana.

 

Sepertimana yang kita tahu China Selatan, sepertimana dalam perundingan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Brunei, kaedah itu yang sama, itu yang pendirian ASEAN juga, iaitu cari jalan mekanisme, penyelesaian yang baik dan kalau adapun rundingan, dia ada apa yang dikatakan… peraturan selain daripada UNCLOS, dia ada kaedah penyelesaian supaya melibatkan semua negara yang berkepentingan. Alright. Amran, apa dia term yang dia panggil? COC, Code of Conduct.

 

SOALAN 6:

Datuk Seri, last, kerana MoU SAR tadi ini, boleh jelaskan dia melibatkan macam mana Datuk Seri? Pengurusan bencana itu kan MOU?

 

JAWAPAN YAB PM:

Bencana, tanya Tok Mat.

Share: