TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PROGRAM CERITA MALAYSIA KITA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
30 Januari 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM CERITA MALAYSIA KITA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
30 JANUARI 2026 (JUMAAT) | 8.00 MALAM
TAMAN TEMA SUNWAY LAGOON, BANDAR SUNWAY, SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway;
Yang Berhormat rakan-rakan Menteri;
Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Weststar;
Rakan-rakan daripada keluarga Sunway dan tetamu-tetamu yang saya muliakan.
- Saya terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah kerana bagi kesempatan pada kita relaks sedikit, tenang, jangan fikir soal rumit-rumit, soal penguatkuasaan tidak, tidak (nada berseloroh). Malam ini kita hanya tenang dan merasa bahagia dengan keindahan, kegiatan dan kesepaduan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat semua kaum dari negara ini, terima kasih.
- Tadi Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah memberi penekanan khusus tentang kekuatan kita. Kita harus bina dari kekuatan ini. Apa dia kekuatan kita? Semangat mahu jadikan negara ini negara yang hebat dan berjaya. Now, kalau kita ada sikap itu, we must – not only can we do it we must do it well.
- Jadi saya hanya hendak ambil kesempatan ini untuk mengulangi hasrat kita. Potensinya besar. Sambutannya baik. Angka-angka dan petanda ekonomi mutaakhir ini sangat mengesankan dan mengagumkan tetapi dia juga menuntut cabaran, negara boleh maju terserlah sebagai negara hebat, negara boleh mendatar atau merosot. Dan kita rakyat telah pilih untuk mahu dan ingin mencapai kemajuan yang membanggakan dan bergaya.
- Sebab itu kita harus pastikan semua aspek kegiatan kita, pelancongan yang merupakan salah satu intinya. Ia memerlukan penyertaan semua. Sikap kita, senyuman kita, kerja kita, kesediaan kita mengolah cara-cara tarikan baharu, sektor kerajaan, sektor awam, sektor swasta, badan-badan pelancongan, syarikat, semua ini punya peranan melihat secara positif bagaimana boleh kita usahakan, ikhtiar tambahan untuk mengangkat martabat negara kita.
- So may I again express my profound thanks and gratitude to Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah and the Sunway Group for their relentless effort all these years and proving one thing, and I think it was one mission that you have shown a remarkable feat and success is your sheer determination to ensure that we succeed in our endeavours and thank you.
- And then more importantly, we succeed together. We succeed as a team we succeed because we depend on one another, we support one another, we reduce the flames and the fire, negative vibes on hatred, religious or racial divisions, bigotry because we realize that ultimately we can only succeed if we maintain the full security and peace in this country and ensure that everyone succeed.
- This is not a zero sum game. It is an effort that would involve the participation of all and the commitment to ensure that everyone, every man and woman, every child succeed in this country and must be given the desired support and encouragement.
- Jadi, saya tunggu makan belum selesai dan pertunjukan pun masih ada, yang nak tandatangan pun banyak lagi, jadi lebih baiklah kita sesuai malam ini kerana malam ini malam Cerita Malaysia, malam keindahan kerana ceritanya itu hebat jadi saya ucap sekali lagi terima kasih doakan kejayaan negara kita.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
