TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA RAKYAT
17 Mei 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS RAMAH MERSRA
YAB PERDANA MENTERI BERSAMA RAKYAT
17 MEI 2026 (AHAD) | 5.30 PETANG
DEWAN TERBUKA
DESA MUTIARA TEBRAU
JOHOR BAHRU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan,
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor merangkap Ahli Parlimen Sri Gading;
Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse,
Ahli Parlimen Tebrau;
Pemimpin masyarakat; dan
Tuan-tuan dan puan-puan warga PPR Taman Desa Mutiara yang dihormati sekalian.
- Saya kata, saya nak turun, saya tak mahu dia datang sana, saya nak turun tengok PPR ini, sebab kita rancangan kita buat banyak, dan kadang-kadang dalam kesibukan kita ini, kita tengok projek besar-besar sahaja, yang di bawah ini kita tinggal.
- Hari itu bila saya dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung, pergi rasmikan projek keretapi berkembar yang baru, yang tambah, saya sebut bahawa dalam projek besar seperti itu mesti ada kemudahan untuk peniaga-peniaga kecil untuk rakyat.
- Sebab itu baru-baru ini, kita umum di bawah Kerajaan Persekutuan, kita turunkan kadar sewa bagi gerai-gerai. Kalau di Kuala Lumpur, kerana Pakatan Harapan jaga, kita turunkan 50% sewa gerai ini. Ini orang kecil-kecil meniaga, untung kecil, jadi sewa kalau kita turun dan keadaan ekonomi sekarang boleh dia hidup dengan agak lebih baik.
- Jadi kita kata kita dalam politik ini, jangan tunggu dekat pilihan raya baru berebut nak tolong orang. Jangan. Sebab itu kita, macam Tunai Rahmah dengan SARA, dapat ke tidak? Kakak kenapa tak dapat? Achi, SARA illek? Ada? Ada? Ok, thank you, ok. Dan kita buat bila? Pilihan raya tahun 2022, 2023 kita laksanakan. Itu beza dia. Ini jangan dekat pilihan raya baru semua berebut nak tolong rakyat. Boleh lah tolong, takpalah, tapi ikhlaslah sikit, masa lain kita tolong hak besar-besar sahaja. Projek yang besar untuk Johor ini Kerajaan Persekutuan buat banyak. RTS Singapura Johor Bahru itu Kerajaan Persekutuan, ERT yang baru – Kerajaan Persekutuan, keretapi – Kerajaan Persekutuan, Lebuh Raya – Kerajaan Persekutuan. Yang baru ini, Johor-Singapura Economic Zone, itu bawa pelaburan puluh bilion, saya yang runding, saya… saya…saya… nama saya Anwar Ibrahim. Runding berkali-kali, dulu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kemudian dengan Perdana Menteri Lawrence Wong, sekarang.
- Untuk apa? Supaya orang Johor dapat pekerjaan. Dapat peluang perniagaan. Tapi janganlah jaga perniagaan orang besar-besar sahaja. Tengoklah juga gerai-gerai, tempat-tempat perniagaan yang kecil-kecil ini. Tengok sahaja kedudukan rumah, saya sampai, saya tanya Jimmy, “ini rumah ni nampak ada satu dua tingkap terpecah, apasal ni?” Itu beza. Nak jadi pemimpin ni, jangan duk tekan orang permaidani merah, sambutan baik-baik, makan sedap-sedap, turun ke bawah dan tengok sendiri, baru boleh jadi pemimpin! Ya! Dak betul?
- Saudara-saudara ada yang kenal saya. Saya bukan senang, nak jadi Perdana Menteri, setengah orang anak orang besar, anak Tan Seri, Datuk-Datuk, naik senang. Saya Dak! Saya naik susah. Kena pukul, kena terajang, tanya Azizah ni. Masuk penjara, keluar penjara. Ini bukan salah polis, ini soal politik. Jadi, dah Tuhan uji begitu, ingatlah.
- Sebab itu, program saya yang paling besar apa dia? Itu untuk basmi kemiskinan tegar. Berapa jumlah kita belanja untuk tolong orang miskin? 15.5 Bilion! Saya tak mahu orang kata, oh, Kerajaan bagus, tengok pembangunan, lebuh raya baru, kereta api laju, kereta terbang, lapangan terbang. Itu kita kena buat. Tapi untuk rakyat ini, sekolah di sini, saya, anak-anak kecil tadi, darjah 6, darjah 4, Mazri bawa saya tadi. Saya tanya dia, “sekolah bagaimana? Tandas rosak ke tidak? Cikgu datang ke tidak?” Kalau saya tanya pembesar-besar mesyuarat di negeri ni, “Yang Amat Mohamad, keadaan semua bagus dan terkawal” Iya ke? Jadi bila saya tanya anak-anak ini, dia kata tandas dia rosak. Beda lah.
- Saya jumpa ini adik-adik yang kerja Food Panda tadi. Adik-adik kerja Food Panda ini. Saya bukan nak suruh dia… dia tak minta apa-apa. Bila saya jumpa, saya tanya minyak yang kita bagi murah ini RON95 cukup ke tidak? Tahu pasal apa saya begitu? Kerana saya bukan anak-anak orang besar, saya bukan senang, saya pernah susah, kena fikir masalah orang susah. Itu yang saya pesan. Datuk Zaliha ada, Aminolhuda ada, Jimmy Puah. Saya mesti ingat, ah menteri pun ada ini, Fahmi. Saya kata, itu beza kita.
- Slogan ini macam-macam lah, “kita akan tolong Melayu, kita akan tolong orang miskin” Iya ke? Sebab itu saya kata, saya dah muak dah, saya bukan muda lagi dah kak. Nampak mudalah. Dato’ Seri Azizah jaga. Tadi nak turun tadi, eh.. Abang, sikat rambut sikit. Amboi. Hahaha. Saya pun sikat sikit. Sini, sini….cover Bini punya sayang. Nak turun ini, nak tengok… Jangan orang PPR kata hodoh.
- Yang saya nak tekankan di sini, mesti prihatin. Daripada kita janji, kita tunaikan saudara-saudara. Tak mudah. Kita ini, negara kita, siapa kata negara ini miskin? Siapa kata Johor miskin? Siapa kata Malaysia ini miskin? Tak. Tapi kadang-kadang kita ada pemimpin dua, tiga sakau. Yang kaya, pemimpin-pemimpin kaya-kaya berlebih-lebih sangat ini. Cukuplah! Dah ada gaji, dah ada elaun, dah ada harta… cukup!
- Jadi kita kena cari jalan, kena pegang amanah. Memang orang bagi. Saya Perdana Menteri, ramai orang, taukey- toukey nak bagi. Nak apa? Nak rumah? Nak kereta? Nak bini? (nada seloroh). Saya terlupa Azizah ada. Cari penyakit kan itu. Kan naik kereta, “abang… saya kata bergurau, eh gurau-gurau pun ada tak sentuh?” Tak, tak. Jadi ini bukan perkara kecil. Saya nak bagi tahu, bukan perkara kecil. Negara kita ini kaya. Tetapi tengok mantan pemimpin-pemimpin dulu yang gagah cakap Melayu, “hidup Melayu, tegak Melayu”, hah? Bila tengok, bila berhenti ke belum berhenti, kaya berbilion. Ada menteri yang bila dia berhenti, 2 bilion ringgit. Ada yang ditangkap simpan 10 bilion ringgit. Mana lagi nak selamat? Kalau kita serah pada pemimpin kita percaya, mana orang PPR nak tahu? Dia tahu orang itu datang, tolong kita sikit-sikit. Bagi beras, bagi gula, kita pun muahhh cium tangan.
- Ini sebab mengapa saya dalam KEADILAN, dalam Pakatan Harapan kata kita kena tukar sikit. Saya bukan musuh. Malah kita tahu kalau di Selangor memang KEADILAN Menteri Besar. Di Perak, UMNO. Saya tak ada masalah, saya kata bagi kerjasama. Di Johor pun UMNO, saya tak jadi masalah. Nak minta projek, nak bagi kerjasama, itu okey, saya tak ada masalah. Nak berbuat apa? Yang penting jaga rakyat. Tapi tak semana-mana, kita nak lawan semua. Lawan, saya tak ada pilihan. Kalau nak lawan? Macam mana nak lawan? Lawan lah. Jadi, kita terpaksa. Jadi, Jimmy Puah jaga baik-baik kawasan kerana kita tak diberi pilihan.
- Tanya saya, saya baik dengan semua. Kita nak jaga negeri lebih aman. Apa yang hebat sekali Malaysia ini? Dia aman. Tengok yang hadir, Melayu ramai, Cina ada, India ada, takde gaduh pun, duduk sebelah-sebelah takde gaduh. Saudara ingat di negeri lain macam ini ke? Tak semua macam tu. Kadang-kadang kata ada majlis tari menari Perdana Menteri, Presiden dari luar negara datang. Saya tunjuk kadang-kadang tarian Melayu banyak, tapi ada campur Cina, campur India, campur Dayak, campur Kadazan. Jadi dia kata, boleh pula. Selalunya kalau di negeri dia, dia tak boleh campur. Ini hebatnya Malaysia ini. ‘
- Di PPR ini semua kaum ada. Jadi keamanan negara kita utama. Tetapi bagi rakyat mesti usaha bantu mereka. Kalau tanya saya Anwar baik, dah jadi Perdana Menteri apa yang buat? Saya tiu saya cuba. Bila tengok keadaan macam ni “turun” saya minta MARA, UDA di bawah Kerajaan Persekutuan, turun sewa orang berniaga kecil-kecil ni. Kerajaan Persekutuan, alhamdulillah 50% turun sewa. Itu yang pertama.
- Saya selalu sebut abang, kita tahu sejarah maharaja-maharaja dulu, sejarah Emperor China, India dari Arab, Afrika. Ada tak kena dengar Maharaja tu jadi miskin sebab dia tolong orang miskin. Tak pernah saya dengar. Yang berlaku, miskin sebab dia rompak kekayaan negeri. Dia tamak haloba. Tak jaga rakyat di bawah. Sebab itu bagi saya, ini satu amanah yang kita kena ingat betul-betul. Orang kerjasama dengan kita, kita kerjasama.
- Saya masih harap walaupun pengumuman telah dibuat, saya masih harap saya akan jumpa Presiden UMNO, saya kata gini lah, runding lah baik-baik, nak rebut apa? Di mana yang silap kita tak tolongnya? Saya tak kira. Tolonglah semua. Jadi kalau berebut ini kadang-kadang di bawah bergaduh, jadi carilah yang baik. Yang penting, ambil ikhtiar, tolong rakyat. Jangan hanya bangga soal projek besar-besar.
- Kadang-kadang kita penyakit juga. Semua nak berebut projek besar-besar ini. Untung dia banyak. Kadang-kadang komisen dia pun banyak. Tapi, negeri kaya. Rumah-rumah macam ini, bagaimana? Takkan 10 tahun, 20 tahun tak ada yang ambil perhatian? Jimmy Puah kata, dia bagi bantuan untuk surau. Berapa Jimmy? RM40,000. Alhamdulillah, terima kasih. Okey, Jimmy ya. Tapi di sini saya datang yang Foodpanda memang dia tanya. Jadi saya kata, mesyuarat hari selasa ini saya akan bawa dalam mesyuarat bincang, sebab dia dapat 200 liter sama macam kita RON95, 200 liter sahaja. Jadi saya kata, nanti saya peringatkan saudara Fahmi, kita cari jalan kerana sekurang-kurangnya naik dah 50 liter. 250 liter.
- Jadi, orang-orang Foodpanda ni terima kasih. Tapi kalau 300 liter boleh tak? Amboi! Pelan-pelan lah. Dia tak minta, tapi saya tanya. Beza, beza, beza. Itu bagusnya Allah uji kita, sebab kita susah dulu. Kita tak datang main kereta besar dulu gitu. Saya datang turun ni, tanya Foodpanda dia kata 200 liter alhamdulillah, tengok orang sopan. Tapi cukup tak? Susahlah sikit Dato’. Baik. Okey lah saya tambah 50 liter.
- Kemudian tanya anak-anak sekolah, sekolah bagaimana? Tandas? Ini Jimmy you bagi nama sekolah tu yang tandas tu kita repair. Masa saya jadi Perdana Menteri tahun 2022, 2023 tu saya minta Fadhlina senaraikan semua sekolah yang tandasnya kotor ke, pecah ke, rosak. Dia bagi senarai belanja dekat RM1 bilion ringgit. Ya Allah, dia kata sebab apa? Dia kata hampir tiap daerah, tiap sekolah ada je tandas ada 8, boleh pakai 4. Ada yang sekolah tu, ada tandas 4, boleh pakai 1. Dia situ nak beratur dengan Cikgu. Ni macam filem… Pendekar Bujang Lapok ke? Ha.. ha.. kan? Dia kena beratur nak masuk tandas. Pendekar Bujang Lapok ke? Haa? Betul ke? Seniman Bujang Lapok? Amboi! Kalau tang filem cepat ya? Baik, Seniman Bujang Lapok, ke? Okey, jadi insya-Allah, Jimmy you bagi surat, saya akan cuba cepatkan bantuan untuk tandas. Sekolah mana tu? Bukit Mutiara. Okey.
- Kemudian yang sini ni macam mana nak buat? Hah? Teruk? Ada masalah ke di perumahan ini? Betul ke? Nanti. Banyak masalah? Kakak duduk mana? Kakak duduk mana? Blok 19? Karang kita pergi minum kopi. Betul ni? Eh, kena tanya Azizah dulu. Baik. Okey, okey, insya-allah, nanti minta Jimmy Puah dengan kawan-kawan tengok dulu apa senarai yang diperlukan, tapi untuk hari ini kerana saya dah datang, saya tengok orang berbaik dengan saya, saya pun tersentuh juga, entah apa agak dia orang baca, lain macam nak fikir ini. Jadi saya luluskan RM1 juta dulu.
- Saya pun bukan selalu datang sini. Dan minggu lalu saya pergi ke Pulau Banggi. Pulau yang jauh di perairan Sabah dekat dengan Filipina, dekat dengan Balabak, dengan Pahlawan. Saya pergi tengok polis dan tentera yang kerja teruk, tengah panas, nak jaga keselamatan kawasan itu. Jadi saya fikir elok lah saya pergi sendiri, turun helikopter, jumpa askar-askar kita dan ucap terima kasih. Jangan ingat kita lupa, kita tak lupa, kerana polis dan tentera ini, tanggungjawab dia besar. Ini di sempadan pula, tinggal keluarga berbulan-bulan. Jadi saya beri ucap. Tapi Pulau Banggi itu kawasannya miskin. Sangat miskin. Jadi, sebab itu saya kata pemimpin-pemimpin ini, dia jangan duduk sibuk tanya projek besar, tengok orang besar ada, dia kena turun.
- Jadi di sini, nanti jawatankuasa, mana-mana jawatankuasa yang ada, jawatankuasa apa dia panggil? Jawatankuasa penduduk lah kan? Wakil penduduk, runding elok-elok, apa yang perlu. Komuniti. Amboi! Tak ada bahasa Melayu, komuniti ini? Jadi takpalah.. Jadi kita duduk bincang. RM1 juta cukup? Tak Cukup! Tapi sekurang-kurangnya apa yang mendesak dulu. Kalau yang pecah ke, pintu ke dan sebagainya, kita baiki. Boleh ke tu, ya? Boleh?
- Tapi yang saya nak sampaikan juga ialah keadaan kita, Dunia sekarang ini masalah. Sebab bila perang Iran dengan…., bukan perang, Israel dengan Amerika Syarikat serang Iran. Jadi Iran balas. Tutup Selat Hormuz. Minyak kita sebagainya lalu ikut situ. Sangkut! Tapi nasib baik, itu saya kata, kita syukur. Sebab kita berkawan semua. Negara China kita kawan, dengan Amerika kita kawan, dengan Arab kita kawan, dengan Iran kita kawan. Jadi walaupun ada sesetengah orang pembangkang, dia permainkan saya. Sebab saya kata saya telefon Presiden. Betul! Ada rekod. Saya memang telefon Presiden Iran. Saya kata, Presiden, kami ini sokong saudara-saudara. Tapi rakyat kami ini, saya takut tak cukup minyak. Dia kata, sebab? Sebab tersekat. Boleh tak bagi laluan minyak daripada Malaysia? Tahu dia jawab apa? Dia jawab, “lepas telefon ini saya akan bagi arahan supaya kapal-kapal minyak Malaysia lepas.” Bulan lalu dah sampai satu kapal di Pengerang, sekarang tiga dalam perjalanan.
- Kerana apa? Kerana tak cukup, minyak akan melambung naik dan kita pula banyak bergantung minyak RON95, minyak diesel kita guna. Jadi minyak diesel naik. Tapi kita bagi untuk peniaga kecil, untuk petani, untuk nelayan, untuk bas sekolah, kita turunkan harga minyak diesel. Itu sebab kalau dengar, ini semua Kerajaan Persekutuan. Sebab itu Kerajaan Persekutuan dengan negeri itu kena baik, kita kerjasama. Kalau dia tidak mahu, kita tidak ada pilihan, kita kena tukarlah, sebab kalau tidak baik, susah.
- Jadi sebab itu, saya menyatakan bila kita turun, harga minyak kita RM1.99 sen. Janganlah lupa, setengah orang kita, oh, marah betul dalam ceramah. RM1.99 sen itu saudara, itu paling rendah di dunia! Bila dulu saya sebut, “Kalau menang hari ini, turun harga minyak.” Baik, sekarang ini harga minyak kita paling rendah di dunia, yang rendah sikit pada kita itu hanya Brunei Darussalam. Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, tinggi daripada kita. Dua minggu yang lalu, UAE (Emiriah Arab Bersatu) Arab, naik harga minyak. Jadi kita paling rendah. Ini jiran kita Singapura, lebih daripada RM10. Kita RM1.99 sen.
- Kalau saya bolehlah agaknya, saya bagi tahu betul-betul, kalau saya ada upayalah, saya nak turun lagi, tapi kalau turun lagi siapa bayar? Kita kena tampung duit kerajaan. Sekolah baru nak kena buat, sekolah pecah nak kena repair, PPR pun kena baiki, jadi kita kena cuba. Jadi yang setakat syukur, ‘La-in syakartum la-aziidannakum walain kafartum inna ‘adzaabii lasyadiid’ – maknanya syukurlah setakat yang ada, dan ikhtiar untuk baiki.
- Sebab itu bagi saya, pemimpin politik ini mesti bertanggungjawab. Tidak boleh bagi orang dia nak kaya. Jadi wakil rakyat, satu penggal, wah bina mahligai, syarikat sana, syarikat sini, sudahlah. Kalau nak berniaga buat berniaga, kita tak marah, tidak gaduh. Saya pilih… saya dah pilih, hidup perjuangan dan politik. Boleh tanya Azizah. Jadi oleh itu, saya tak apa lah, nak bagi contoh. Tidak salah kalau saya ambil gaji, saya tak ambil gaji, saya tak ambil gaji? Saya nak bagi contoh, bukan semua orang jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan itu nak sakau duit, tidak ada. Kalau saya ambil gaji, itu munasabah, itu hak masing-masing, menteri, wakil rakyat dapat gaji itu hak dia, jangan kita persoal. Tapi saya, saya saja nak tunjuk pada rakyat, bahawa ada orang yang sanggup sebagai contoh kepada rakyat.
- Tapi, apakah saya miskin? Tidak! Apakah saya susah? Tidak! Kereta ada, Kerajaan bagi, kapal terbang pun ada guna pakai, bukan pada sayalah, saya boleh pakai. Haa, datang Johor Bahru tadi bukan saya pakai naik MAS atau AirAsia, kereta kapal terbang Kerajaan. Jadi syukurlah, guna yang itu cukup, elaun dah ada, jadi gaji itu tidak apa, pulang balik kepada negara. Saya tidak akan miskin sepertimana saya kata, kalau kita tambah, ini 1 juta hari ini, 40 ribu, Kerajaan tidak miskin.
- Sebab itu ikhlas al-amalillah, yang baik untuk bantu rakyat dan kita pakat dalam Pakatan Harapan ini AMANAH ada, Chin Tong, DAP pun ada, dan KEADILAN pun ada, jadi kita buat kerjasama. Malah saya nak beritahu, dengan UMNO pun saya tidak ada masalah, saya kerjasama baik. Semalam saya di Perak dengan Menteri Besar Perak, sebab Sambutan Hari Guru, tidak ada masalah. Dia nak kerjasama, lagi lah kita sambut kerjasama. Wa ta’aawanuu ‘alal birri wat taqwaa – tolong-menolonglah ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Kita tak ada masalah, tetapi kalau dia pilih tidak mahu, apa saya boleh buat? Sebaik mana pun kita jaga, tidak, dia nak cuba nak rebut semua. Okeylah rebutlah, maka kita terpaksalah bertanding, kalau jadi. Dan saya mintalah kawan-kawan di sini tolonglah, bagi kita menang di kawasan ini dan kawasan lain. Boleh ya? Insya-Allah.
- Jadi saya ucap terima kasih. Betul ke tak nak pergi minum kopi ni? Macam tidak sungguh-sungguh je. Okey, Alhamdulillah, tengoklah baru jumpa terus sebab saya kata minum kopi boleh jemput, saya ucap terima kasih, saya kata Alhamdulillah, baik. Jadi saya ucap terima kasih kesudian datang dalam masa singkat, buat dalam dewan macam ini sahaja, sebab saya kata, macam saya turun di Pulau Banggi, panas bukan main.
- Jadi bila nak pergi ke tempat askar dengan polis ini, tentu dia nak sambut, saya kata jangan, jangan. Saya nak pergi, nak rasa bagaimana askar dan polis itu panas dan susah, saya pergi situ. Boleh check memang betu,l kerana kalau tidak, tidak pernah kita tahu semua orang jaga elok, boleh. Takkanlah pula kata sekali-sekali, Perdana Menteri datang, Perdana Menteri pulak bukanlah muda, takkanlah pula tidak boleh tolong bagi dia sejuk sikit elok. Boleh. Tapi saya yang beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkata Tentera, saya kata biarlah, sebab saya tahu Pulau Banggi itu kawasan yang jauh dan dekat dengan perbatasan Filipina, panas dan tempat dia jaga itu lah 24 jam kena jaga pantai tu, dengan machine gun semua, dan malam tidak apa juga, entah nyamuk atau mana-mana saya tak tahu, tapi siang panas dan dia ada sedikit saja. Dia tidak boleh buat besar sangat, sebab tempat dia itu tempat pengawalan dari segi keselamatan. Demikianlah, sebab itu kita kena ingatlah, kita kenang.
- Sebab itu pada saya penjawat awam ini, Tentera, Polis, rumah-rumah dia teruk, ni kata PPR teruk, rumah Polis dan Tentera, kuatersnya banyak yang teruk, dah lama tinggal tidak ada siapa ambil tahu. Semua nak berjuang, semua nak tolong Melayu, tapi askar dengan polis ini banyak yang Melayu kita tidak tolong. Jadi dua tahun, tiga tahun dulu kita dah buat beribu baiki dan buat rumah untuk polis dan tentera, belum cukup, belum cukup, tapi kita cuba tambah lagi. Begitu juga rumah guru, saya sebut tadi tandas, yang ini tak banyak berita surat khabar, berita di surat khabar ini RTS, kemudian ART, ini semua yang puluh-puluh bilion punya projek itu riuh lah. Tapi bagi saya, itu penting. Tapi kena ingat, sekolah anak kita, cucu kita itu penting, nasib guru kita, ibu bapa, kemudian tempat kerja, gerai-gerai, kemudian adik-adik yang Foodpanda ini kita tolong, dan saya rasa barulah dia ada kaitan langsung dengan rakyat.
- Sekali lagi saya ucap terima kasih dan Jimmy, minta usul supaya pejabat saya atur dan ada jawatankuasa komuniti macam mana kita nak agihkan yang RM1 juta ringgit itu . Kalau lambat, Jimmy Puah punya salah, saya punya style, saya tidak mau jadi macam dulu. Dulu umum, 4 bulan tidak ada cerita. Apa saya umum, dalam masa dua minggu, ada laporan sampai, kalau tidak sampai saya lesing. Sebab kalau tidak, orang dah muak, dekat pilihan raya umum, umum, umum. Macam pergi mana-mana, projek-projek tapi, tunggu dua bulan tidak ada cerita, tunggu setahun tidak ada cerita, dekat Pilihan Raya sekali lagi, haa baru sampai cerita. Ini temberang punya kerja, tidak boleh macam itu.
- Jadi, Jimmy, dua minggu kalau tidak ada, jaga kamu. Jadi dua minggu, minta komuniti mesyuarat cepat-cepat, bagi cadangan. Termasuk anak-anak muda apa nak buat, nah. Kemudian kita cuba, saya nak tunjuk style Kerajaan kita berubah, beza tidak sama macam dulu. Kita nak cuba baiki, kerana yang kita sebut In uriidu illal ishlaha mastata’tu – kita cuba sedaya upaya kita, bawa perubahan ke arah kebaikan itu niat kita. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan memelihara kita.
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
