VERBATIM : TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMA ‘HADITH SAHIH MUSLIM PERINGKAT ANTARABANGSA 2025

28 November 2025

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PENUTUPAN SAMĀ‘ HADITH SAHIH MUSLIM PERINGKAT ANTARABANGSA 2025

 

28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) | 8.00 MALAM

PUTRAJAYA
DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID PUTRA

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillahilladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.

Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi. 

Wa kafa billahi syahida.

Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Yang kita muliakan, Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmed Al-Malibari;

Mufti Besar India;

 

Yang Berusaha Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al- Makki,

Shaikhul Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim, dan Ulama-ulama yang hadir;

 

Sheikh Wazir dan Ulama-ulama Malaysia;

 

Saudara saya Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

Rakan-rakan dari JAKIM, Imam masjid dan Ulama, hadirin yang dimuliakan.

 

  1. Alhamdulillah, kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Muslim, satu idea yang diusulkan oleh Syeikh Abu Bakar sejak tahun lalu. Kita teruskan.

 

  1. Tahun lalu, kita jayakan Khatam Sama’ Hadith Sahih Bukhari, dan pada malam ini, kita sempurnakan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Muslim peringkat antarabangsa.

 

  1. Secara ringkas, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmed dan Ulama-ulama dari Yemen, Mesir, Bahrain, Tunisia, Indonesia, serta kehadiran Ulama-ulama yang kita muliakan dari Malaysia.

 

  1. Itulah maksud saya bila saya lontarkan rangka Malaysia MADANI. Menghimpunkan para Ulama supaya berdamping rapat dengan Supaya ada saling memahami dan bagi orang-orang seperti saya mendengar nasihat mereka menghadam, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan usaha, menyempurnakan tugas dan amanah pentadbir negara yang kita cintai ini.

 

 

 

 

  1. Apakah kelainannya dalam pemahaman kita tentang Malaysia MADANI. Semua negara bicara tentang kemampanan. Dan sekarang, bila negara menuju kepada kepantasan pertumbuhan ekonomi yang segar, semua membicarakan soal transisi tenaga dan transformasi digital dan artificial intelligence.

 

  1. Bezanya dalam negara MADANI, bila terasnya itu masih akhlak dan nilai. Kita bicara tentang dunia yang berebut untuk mencatat kemajuan dan pembangunan yang pantas dan segar, tetapi luntur nilai manusiawinya, akhlaknya. Dan sebab itulah ada usaha yang lebih bersungguh-sungguh untuk memenuhi maksud negara MADANI ini.

 

  1. Supaya kita tidak ketinggalan dalam bidang-bidang dan ilmu yang kita terokai yang dianggap baru, termasuk yang saya sebut tadi artificial intelligence atau digital dan aspek-aspek tenaga baharu.

 

 

 

  1. Tetapi tidak boleh dipinggirkan usaha menetapkan soal kemampanan, kekuatan, meng-‘ikhbat’-kan kekuatan, keyakinan, aqidah kita dan mempertahankan nilai insaniah sesuai dengan amanah kita, meningkatkan karamah insaniah dengan meletakkan isu nilai dan akhlak dalam seluruh kerangka pendidikan, ekonomi, teknologi dan siasah atau tatakelola Kerajaan.

 

  1. Jadi pada malam ini kita dapat saksikan bagaimana kita merupakan satu-satunya Kerajaan, yang alhamdulillah berjaya. Selain dari menekankan pengajian Al-Quran, mendukung usaha-usaha sama ada di sekolah-sekolah biasa, konvensional yang ada ataupun sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok.

 

  1. Mulai tahun ini, kita juga akan menekankan usaha mengimarahkan masjid, meningkat dan hadam hadith yang bermula tahun lalu dengan kejayaan Khatam Sahih Bukhari dan tahun ini, Sahih Muslim.

 

 

 

  1. Kepada semua yang terlibat, Ulama-ulama terkenal di dunia dan rakan-rakan, anak-anak dan saudara-saudara yang menyertai sehingga berjaya mengkhatam seluruh korpus hadith itu, saya ucapkan jazakumullahu khairan khathiran.

 

 

  1. May I just in a few words express my profound gratitude firstly to Allah S.W.T but to the efforts and initiative by Syeikh Abu Bakar initially, with the support of known Ulama’ from many countries and our local Ulama’ to execute this very unique exercise.

 

  1. Done in the past in the great heydays of Muslim civilisation but largely ignored. For this reason precisely why we the Malaysian government have decided to undertake this responsibility.

 

  1. Other than infusing Islamic understanding ‘akhlak’and values in our education and technology, we also have this effort to support this initiative Khatam Hadith Bukhari last year and Khatam Hadith Muslim this year.

 

  1. And may Allah give us the guidance to continue this effort and may the Muslims in this country together with our non-Muslim friends remain as a force to ensure there is peace in this country so that we can focus on governing this nation and uplifting the conditions and well-being of our Ummah and Malaysians and insya-Allah the whole of humanity.

 

  1. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua. 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: