VERBATIM: TEKS UCAPAN VERBATIM YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI DI MAJLIS SENTUHAN KASIH MADANI BERSAMA DIASPORA MALAYSIA SEMPENA LAWATAN RASMI KE REPUBLIK TURKIYE

7 Januari 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

DI

MAJLIS SENTUHAN KASIH MADANI BERSAMA DIASPORA MALAYSIA

SEMPENA LAWATAN RASMI KE REPUBLIK TURKIYE

6 JANUARI 2026 (SELASA)

________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,

Nahmaduhu wa nussalli ala rasulihil karim

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

Rakan-rakan Menteri, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan,

Menteri Luar Negeri yang berpidato sebentar tadi;

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir

Menteri Pengajian Tinggi;

YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani,

Menteri Perladangan dan Komoditi sedang mesyuarat bilateral dengan teman sejawat dia, jadi dia tidak hadir, sampaikan salam;

YBhg. Dato’ Sri Amran Mohamed Zin,

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri;

YBhg. Datuk Sazali Mustafa Kamal,

Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan serta anak-anak.

  1. Alhamdulillah, kita dapat bersama pada malam ini. Kunjungan ini memang saya anggap penting. Presiden Recep Tayyip Erdoğan gurau, dia kata kalau saya tak datang bulan Januari ini dia tak mahu Kawan dengan kita, sebab dia buat kunjungan rasmi, kemudian dia kata sebagai sahabat karib, tiga tahun jadi Perdana Menteri tak buat kunjungan rasmi ke Turkiye. Saya jawab memang walaupun tidak ada kunjungan rasmi, dua (2) kali saya ke sini, yang pertama seperti mana yang disebut oleh Datuk Mohammad Hassan, setelah gempa bumi. Selepas itu saya singgah beberapa jam dari Riyadh ke sini sebelum ke Kaherah menemui Presiden Abdel Fattah el-Sisi dalam rangka mencari dukungan dan ketetapan dengan negara Islam yang lebih tegas membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza.
  • Jadi, hari ini saya sama di sini dan insya-Allah esok dalam pertemuan, saya percaya Kementerian Luar lebih maklum bahawa pertemuan dari segi isi substantif lebih bermakna untuk menjalin persahabatan luar negara, hubungan dagang, pelaburan dan kerjasama diplomatik dan juga dalam pelbagai bidang; pendidikan, keselamatan, kebudayaan dan pelancongan. Dan ini akan memberi makna apa erti hubungan dua hala ini.
  • Semalam seperti mana yang disebut tadi, saya umumkan beberapa langkah baru sebagai hala tuju bagi negara ini. Tiga (3) tahun kita mantapkan kedudukan Kerajaan MADANI ini, dan kita cuba lakukan Islah Mastata’tu, iaitu perubahan, sedaya upaya kita. Selalu saya tekankan, yang pertama apa? Tatakelola. Kalau pimpinannya itu dikaitkan dengan usaha mengaut harta, menyakau harta, jadi tak dapat tumpu soal rakyat. Maka Alhamdulillah, rakan-rakan saya di Jemaah Menteri beri sokongan cukup kuat baiki tatakelola.
  • Semua ada kelemahan, kita perbaiki. Keterlanjuran itu tidak boleh dimaafkan. Kerana sudah berulang kali digesa, ditekankan dan tindakan-tindakan diambil. Saya tidak menyatakan bahawa ini mudah, kerana tindakan- tindakan itu tentunya mengundang bantahan kuat dari golongan yang sangat berpengaruh dan kaya. Mereka akan cuba dengan pelbagai jalur untuk menimbulkan permasalahan. Tetapi kita harap kalau dapat kita tuntas dan tegas, mudah-mudahan negara ini tidak lagi dikenali dengan kepincangan dan kebobrokan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti mana yang dikaitkan dengan banyak negara-negara.
  • Jadi, saya syukur Alhamdulillah kerana kesepakatan itu memberikan kita ruang untuk mengangkat martabat dan keyakinan. Tapi ini belum berakhir, masih kita beri laluan kepada badan penguatkuasaan bertindak, kerana laluan itu diberi oleh Kerajaan dan didukung oleh Jemaah Menteri, mereka lebih tegas dan berani. Kartel-kartel, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang besar, kegiatan-kegiatan penyeludupan, banyak yang cuba dihalang dan negara diselamatkan.
  • Sebab itu dalam dua (2) tahun yang lalu ini, akhir 23, 24, 25 kita sudah kumpul menyelamatkan hasil negara. RM15.5 bilion ringgit wang yang berlaku akibat penyeludupan, ketirisan, penipuan, rasuah. Ini bukan kecil saudara-saudara. Sebab itu di Parlimen saya tanya, apa yang berlaku sebelum ini? Di mana wang itu disonglap? Siapa yang mengangkutnya? Membeli barang, senjata, tank, semua ada komisyennya. Sebab itu pengalaman kita dan persahabatan dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan, dan kerjasama Kementerian-Kementerian, Pertahanan, dan tentunya terima kasih Kementerian kepada Kedutaan dan Kementerian Luar, kerana hubungan ini dapat menyelamatkan banyak dana. Saya tidak mengatakan dapat dibersihkan sepenuhnya, tetapi langkah ini diteruskan dan sebab itu kapal LCS yang kita beli dari Turkiye, baru-baru ini kita putuskan untuk beli yang kedua juga dari Turkiye.
  • Tetapi apakah ini sudah bererti dinoktahkan rasuah? Belum. Masih kita kedengaran, siasatan, tindakan. Bukan dulu dikaitkan dengan orang-orang politik sahaja, sekarang tidak, penjawat awam, pegawai tentera, polis. Dan ini harus mendapat dukungan terutama di kalangan muda. Ini negara kita. Ini hak saudara-saudara. Jadi oleh kerana kita dapat memperbaiki tatakelola ini, kita dapat tumpu soal pembangunan rakyat. Rakyat-rakyat bekerja kuat dari pelbagai kementerian. Kalau dulu Kementerian Luar ini dikenali sebagai hubungan diplomasi sahaja, sekarang tidak. Semua duta-duta besar, pegawai Kementerian Luar juga gigih dalam mempromosi negara sebagai pusat perdagangan, pelaburan baru dan pelancongan. Ini yang menyebabkan keberhasilan negara dari sudut pelaburan, perdagangan itu meningkat dan juga pelancongan. Pelancongan kita pada satu tahap itu mengatasi negara-negara jiran di negara ASEAN yang agak tertinggi. Ini tidak dapat dibayangkan sebelumnya kerana kesepakatan kita.
  • Kita anjur ASEAN. Ramai teman-teman mengatakan diantara anjuran yang paling hebat dalam sejarah ASEAN. Bukan soal Perdana Menterinya, atau Menteri Luarnya sahaja, tapi seluruh jentera dikerahkan, bekerja bertungkus lumus, bergelumang pengorbanan luar biasa dari polis trafiknya, tukang cuci jalannya itu bekerja sebagai tanggungjawab mengangkat martabat negara dan menjadi penyebab kita bangga. Dan ini yang harus disemai dan ditanam.
  • Program ekonomi pun begitu juga. Ekonomi ini bukan sahaja nak pertumbuhan. Pertumbuhan ekonomi penting. Angka-angka yang disebut sebahagiannya oleh saudara Mohamad Hasan, memang dia orang korporat dulu, jadi dia lebih faham ekonomi daripada saya. Tetapi bukan sahaja itu. Tetapi yang disebutnya, haa tengok, setiap kali berucap dikaitkan dengan rakyat. Habuannya kepada rakyat. Kalau tidak ekonomi, kita boleh catat, Ringgit lebih kukuh. Betul. Pelaburan lebih tinggi, tetapi yang beliau kaitkan ialah bagaimana rakyat boleh menyambutnya kerana habuan itu dicurahkan. Tidak untuk membina gedung-gedung besar bagi pimpinan, tetapi untuk memberikan faedah kepada rakyat.
  1. Kerana kita faham, ada lagi masalah; masalah harga barang, kos hara hidup, anak-anak yang miskin, jambatan roboh di sana sini, anak-anak yang tidak punya connectivity internet, itu MCMC sudah cuba uruskan. 2 bilion ringgit untuk Sabah Sarawak, untuk memastikan seluruh negeri-negeri itu mencapai connectivity yang baik.
  1. Kemudian seperti yang diumumkan semalam, untuk golongan penjawat awam tentunya, ini hadiah terbaik yang boleh saya fikirkan dan jumlahnya bukan kecil. Jadi, setiap orang yang bekerja, menjalani latihan di sekolah, di pejabat harus ingat bahawa hasil yang kita peroleh itu ialah kerana jerit, perit, perjuangan, pengorbanan, ramai orang. Jadi, kerjalah dengan ikhlas sebaik mungkin. Apalah yang boleh kita sumbangkan kalau tidak tenaga, kudrat kita yang Allah berikan untuk sebaik mungkin.
  1. Jadi arahan kita semalam ialah tak payah tunggu rancangan panjang-panjang. Ada kampung yang nampak jambatannya itu dah nak roboh, nak jatuh, tindakan segera. Ada sekolah, bumbungnya, tandasnya, paipnya, tak payah tunggu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMke-13), Rancangan Malaysia Keempat Belas (RMke-14), jalan sekarang. Jadi ada peruntukan kita itu peruntukan yang harus menyantuni rakyat secara langsung. Kalau dulu, ingatan saya sebagai Menteri Kewangan dulu, kalau dana awal itu kita bagi akhir bulan Mac atau April. Sekarang Kerajaan MADANI, untuk 2026, dana awal yang diluluskan dan dikirim ke jabatan-jabatan dan kementerian itu pada 31 Disember 2025 sebelum 1 Januari 2026 lagi. Ini untuk apa? Kalau orang yang dinding, bumbung sekolahnya robek itu tak boleh tunggu lama, jadi kita upayakan supaya dapat disegerakan. Ini kemudian kita gunakan dengan pelbagai skim untuk bantu rakyat.
  1. Dan saya umumkan umpamanya selain daripada gaji, bonus, SARA, STR. Minggu depan, buka sahaja sekolah, ibu bapa minta ke sekolah untuk mengambil RM150 bagi setiap pelajar. Dulu kita bagi kirim, saya tak setuju. Ibu bapa jangan pakai kirim. Dia bukan macam kedutaan, hantar-hantar tak payah. Dia pergi sendiri ke sekolah supaya dapat tanya, dapat maklumat daripada guru-guru tentang prestasi dan beban anak-anak yang harus dipikul bersama oleh guru dan ibu bapa. Setiap pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 6. Dulu kita bagi tingkatan 5, kita tambah sampai tingkatan 6, RM150.
  1. Apakah selesai semua masalah? Belum. Minyak memang diturunkan. Saudara bayangkan RM1.99 dengan harga minyak di sini. Walaupun tidak adil untuk dibandingkan sebab di sini import. Tetapi dalam negara pengeluar minyak sekalipun kita itu diantara yang paling rendah untuk rakyat Malaysia. Kalau saudara gunakan RON97 atau saudara itu orang asing bayarlah tinggi. Tapi kalau saudara itu rakyat Malaysia punyai kad pengenalan, jadi kad pengenalan, saudara punyai kad pengenalan itu berharga, kad pengenalan itu bukan sahaja soal identiti peribadi, tetapi untuk memberi pengiktirafan you are a Malaysian where’s you have every right and has dignity, we recognize it through the ID because we value the meaning over Malaysian and how great to be a Malaysian.
  1. Jadi saya harap kita dapat teruskan, jaya. Saya harap kita dapat teruskan, kerana masih belum selesai. Akhir yang nak saya sebut satu, kalau kita dapat gerakkan, ini bukan soal pimpinan sahaja seperti mana yang rakan-rakan saya sebut tadi. Memang Alhamdulillah, Kerajaan Perpaduan ini kukuh, dan tidak ada satu yang boleh mendabik dada kami kuat, tidak, semua. Dia kena ada kekuatan itu bersama untuk melaksanakan program. Tapi andai kata kita dapat bertahan dan laksanakan program dengan lebih baik, tingkatkan kesedaran lebih bersungguh-sungguh. Anak-anak yang terdedah dengan ilmu baru, teknologi baru, IT dan AI, kejuruteraan dan semua bidang-bidang baru ini. Teras dengan akidah dan akhlak yang baik. Saudara bayangkan satu dua tahun lagi Malaysia itu akan berubah wajahnya.
  1. Satu lagi keadaan, country rise and fall. Nation rise and fall. Civilizations rise and fall. Rise primarily because of the commitment, the sense of conviction, the idealism, the spirit, esprit de corps to build the nation and to ensure that we succeed. A successful civilization. A prominent nation, both economically; and culturally can decay. signs of decadence because of endemic corruption, allowing for grinding poverty and fall ultimately. We must make a choice. We can be “Laqad khalaqnal insana fi ahsani taqweem” – the best of all creations, or alternatively, “Thumma radadnāhu asfala sāfilīn” as the Quran says, the lowest of the low. There’s a choice we can make to be successful, a decent human being, to protect our family, our society, our nation, and humanity, or to be condemned because of corruption and facade. Is that a choice? The Quran says it is a choice. But us, with reason, intellectual tradition, with knowledge and wisdom, this is not a choice. It’s not a choice to be good or bad. It’s not a choice to be good or evil. Our commitment is to be certain of the choice. And the choice is to do the best for ourselves, our family, and our society.
  2. Ini sahaja khutbah petang ini. Dan saya dengan rakan-rakan nak ucap terima kasih kepada Duta Zazali dan seluruh team yang menyediakan acara. Saya tahu tidak mudah, semua nak kena buat dengan teratur dan esok seperti mana yang disebut oleh Tok Mat memang acaranya ketat dengan perbincangan-perbincangan itu hangat. Ada yang disebut secara rasmi daripada pertemuan-pertemuan kita dengan sahabat-sahabat di sini, acara tidak rasmi.
  1. Saya minta maaf kepada Presiden Recep Tayyip Erdoğan sahabat saya, bahawa dia minta supaya dibuat biar lawatan rasmi dua (2) hari, selepas itu hari ke-3 itu kalau boleh santai. Saya kira tak boleh sebab saya balik pagi Jumaat sampai insya-Allah pukul 12, lepas solat Jumaat pukul 3 Mesyuarat Jemaah Menteri. Jadi, tidak mudah tapi kalau iltizamnya, komitmennya untuk buat sesuatu yang baik insya-Allah kita diberi rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: