TEKS VERVATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT 11 FEBRUARI 2026: SOALAN 1 DAN SOALAN-SOALAN TAMBAHAN
TEKS VERBATIM
YAB PERDANA MENTERI
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS
|
PERTANYAAN |
: |
LISAN
|
|
Njimatan terseb |
: |
YB TUAN FONG KUI LUN [ BUKIT BINTANG ]
|
|
TARIKH |
: |
11 FEBRURI 2026 (RABU) |
SOALAN:
TUAN FONG KUI LUN [ BUKIT BINTANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah penjimatan dicapai melalui pelaksanaan BUDI MADANI (BUDI95) sepanjang tahun 2025 dan unjuran penjimatan bagi tahun 2026 serta bagaimana penjimatan tersebut dimanfaatkan, adakah disalurkan semula untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan memperkukuh bantuan bersasar kepada golongan B40 dan M40.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih Bukit Bintang. Saya jelaskan, saya memilih untuk jawab hari ini sebab semalam dan hari Khamis itu standby untuk sidang khas Majlis Raja-Raja Melayu dan sidang penuh pada esok. Sebab itu saya pilih jawab hari ini, saya terima kasih kepada Bukit Bintang.
RON95 ini, Alhamdulillah adalah berita baik bagi negara kerana tidak banyak negara yang mengambil pendirian untuk melaksanakan penyasaran subsidi kerana risiko dan juga penerimaan rakyat itu seperti mana kita sedia maklum agak mencabar, tapi Alhamdulillah bila dilaksanakan diterima baik.
Pertama kita tidak ada banyak pilihan, kerana ketirisan akibat daripada subsidi yang tidak bersasar ini terlalu tinggi dan yang kedua, kita telah akui bahawa kenyataan sekarang ini adalah lebih baik sekiranya dilaksanakan secara berfasa, tetapi tidak menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak. Itu prinsip yang diterima.
Jadi seperti mana saya pernah tegaskan di Parlimen sebelum ini, kita tidak memilih untuk menerima pendekatan Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi yang mahu kita laksanakan cara pengapungan, dan bila kita apungkan harga, katalah sekitar RM13,000 satu keluarga yang selebihnya itu akan diberikan bantuan. Tapi kita fikir itu akan membebankan rakyat terbanyak.
Daripada hasil ini umpamanya, berdasarkan pengalaman kita dengan elektrik, kita selamatkan 85% rakyat dan RM6 bilion. Untuk diesel RM5 bilion ringgit. Jadi, dengan BUDI95, harga ditetapkan pada RM1.99 sen. Walaupun yang diwar-warkan itu RON97 dan sebagainya yang dijadikan dalam media sosial, tapi kita masih menekankan penggunaan di kalangan rakyat terbanyak.
Alhamdulillah juga kerana penggunaan itu licin, teratur. Kaedah yang diperkenalkan dan saya ucap tahniah kepada semua pegawai-pegawai, penjawat awam dan juga penguatkuasa yang menjalankan dengan baik. Ini satu success story yang membanggakan kita.
Umpamanya, transaksi satu hari RM3.1 juta, maknanya transaksi 3.1 juta orang satu hari, tapi dia jalan dengan baik dan sebab itu penggunaannya pun rakyat Malaysia umumnya, lebih bertanggungjawab. Kalau lihat ada kenderaan asing menggunakan, dia melaporkan. Jadi semangat kebangsaan dan pertanggungjawaban rakyat itu membanggakan.
Kegunaan sekarang ini sekitar 100 liter average, walaupun kita pergi sampai 300, dan 90% rakyat guna tidak lebih daripada 200 liter sebulan. Jadi kadang-kadang dalam perbahasan mengatakan tidak cukup sebenarnya terbukti dari segi pelaksanaan kita tidak begitu.
Setakat ini penyasaran subsidi RON95 untuk 2026 dijangka menjimatkan 2.5 bilion ringgit. Jadi, Alhamdulillah kerana kejayaan itu, kita boleh perkenalkan beberapa program membantu rakyat, termasuk STR dan juga SARA. Dan dua hari lalu, 22 juta rakyat Malaysia, 18 tahun ke atas menerima RM100 setiap individu, melalui Mykad. Ini SARA untuk semua. dan bayangkan Tan Sri Yang di-Pertua, dua hari kita sudah belanja RM200 juta ringgit dan 22 juta rakyat boleh menggunakan dalam 2 hari. Ini satu kejayaan di kalangan penjawat awam dengan dasar yang lebih telus.
Soalan Tambahan 1
Saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat, BUDI MADANI 95 merupakan langkah awal Kerajaan untuk ketirisan subsidi di bahagian perbelanjaan. Adakah Kerajaan melihat pengkerasan operator perjudian haram atau illegal number forecast operator sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan di bahagian hasil negara supaya usaha konsultasi fiskal tidak hanya berkandung kepada penggurangan subsidi. Terima kasih.
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Kerana isu subsidi tentunya bukan satu-satunya langkah yang diambil oleh Kerajaan, kita juga ambil tindakan umpamanya mengawal dari sudut penyeludupan dan juga ketirisan. Dan Tawau, di Perlis, Rantau Panjang, itu tiga tempat yang dikenalpasti ketirisan tertinggi dan pengawasan dan pengawalan lebih tertumpu ke kawasan itu untuk mengelak daripada kehilangan hasil.
Tapi untuk menjawab masalah penyeludupan dan juga perjudian haram ini seperti mana kita telah umumkan, tindakan sudah diambil, rampasan sudah mencecah bilion ringgit kita telah umumkan dan ini akan tentunya satu program yang berterusan.
Cuma tidak mudah kerana video online kadang-kadang berpangkalan luar negara dan keduanya, dia mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dalam kadar yang segera. Dia melibatkan dua langkah, pertama, penguatkuasaan. Kedua juga pertanggungjawaban kesedaran rakyat.
SOALAN 1 TAMBAHAN 2:
YB DR. HAJI ABD GHANI BIN AHMAD [JERLUN]
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Terima Kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Penjelasan tentang BUDI95, iaitu inisiatif Kerajaan untuk memberikan subsidi secara bersasar untuk menangani ketirisan dan mencegah penyeludupan minyak ke negara jiran. Sejak dilaksanakan tahun 2025, BUDI95 ini dia melibatkan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira kategori, sama ada B40, M40 dan T20, atau lebih tepat lagi, tanpa mengira sama ada kaya atau miskin.
Soalan saya di sini, adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula pelaksanaan BUDI95 ini hanya dengan menumpukan kepada golongan yang benar-benar layak, iaitu miskin ataupun miskin tegar, selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin dan miskin tegar dalam negara kita?
Yang kedua, kerajaan menyatakan pelaksanaan BUDI95 ini dapat melakukan penjimatan dan membantu mengurangkan defisit fiskal negara.
Jika benar berlaku penjimatan, mengapa harga barang masih melambung tinggi dan kos sara hidup rakyat meningkat? Dan adakah terdapat mekanisme kawalan harga barang selepas pelaksanaan subsidi minyak bersasar ini?
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Terima kasih Jerlun.
Pertama saya nak jelaskan bahawa dalam pendekatan BUDI95 ini, kita berikan kepada semua. Ini berbeza dengan semua langkah-langkah lain. Umpamanya elektrik. BUDI95 itu penggunaannya itu dikalangan dengan rakyat biasa, yang menggunakan kenderaan. Elektrik yang dinaikkan itu bagi syarikat-syarikat, jadi kategorinya berbeza.
Sebab itu dalam kes diesel dan eletrik itu dibezakan umumnya kepada syarikat perniagaan, dan perbezaannya itu jauh lebih tinggi.
Dalam kes BUDI95 ini, kita ambil perkiraan. Ada cadangan awal, sebelum ini saya sebut, DOSM statistik menetapkan pendapatan RM15,000 untuk melayakkan mereka atau yang ke bawah supaya dikecualikan ataupun tidak dinaikkan harga.
Tetapi bila perkiraan RM13,000 itu terlalu rendah, nasib baiklah kita Jemaah Menteri menolak cadangan itu, kerana kalau kita ambil RM13,000, masalah penjawat awam, petani, peladang, terlalu ramai yang mendapat pendapatan RM13,000 ke bawah, dan kemudian kita kena bayar pulak ganti jumlah dana untuk menggantikan lompongan itu, jadi kita memilih untuk menolak.
Jadi kalau kita naikkan RM25,000 sebulan, itu agak munasabah diberikan pertimbangan, maknanya siapa pendapatan RM25,000 sebulan, itu dia kena bayar kos minyak sepenuhnya, tidak ada subsidi.
Tetapi bila kita buat perkiraan, dia hanya 2% sahaja pengguna, jadi tak berbaloi, orang Kedah kata. Maknanya, setelah dengan segala mekanisme kemudian nak selamatkan hanya 2% jumlah pengguna.
Sebab itu pertimbangan kita sekarang adalah, untuk minyak. Penyasaran subsidi minyak ini kita rasa lebih baik lagi jalan ini, dan kerana yang kalau nak jimatkan itu 2% dengan kerenah pentadbirannya, kos lagi dan sebagainya, dan akan juga mengundang kalau ada banyak masalah kerana minyak ini digunakan hampir seluruh semua rakyat.
Yang dikaitkan dengan harga barang dan kos sara hidup memang dipantau, walaupun ini isu lain. Dengan turun harga minyak tentunya kos juga turun, tetapi harga barang ini, melalui SARA, dibantu. Mengapa kita turut membantu melalui SARA? Melalui STR? Dan STR ini, Tunai Rahmah ini, mencecah RM15 bilion. RM15 bilion ringgit itu harus dilihat bersama dengan kos sara hidup. Bila kos meningkat, kita tambah RM15 bilion kepada rakyat, naik gaji penjawat awam RM15 bilion, jadi maknanya RM30 bilion tambahan itu kerana mengambil kira kenyataan memang harga barang masih juga merunsingkan, walaupun langkah-langkah diambil, tapi tidak mampu kita selesaikan semua sepertimana beberapa kos barangan import yang masih tinggi.
Cuma, kenyataan YB Jerlun itu soal kemiskinan. Dari masalah kemiskinan tegar umpamanya, itu memang jumlahnya turun. Kalau tahun 2022, 0.2%, untuk tahun 2024, 0.09%. Ini hampir menoktahkan kemiskinan tegar.
Begitu juga inflasi. Apakah ada inflasi? Ya, jawabnya ada. Apakah dia menjadi satu isu besar dalam negara oleh Jemaah Menteri? jawapannya ya. Tetapi kenyataannya apa? Penurunan kadar inflasi 1.8% pada 2024 kepada 1.4% pada 2025. Maknanya, kalau awak lihat dari segi trajektorinya, dia ditambah baik, tetapi dia masih belum merupakan penyelesaian yang menyeluruh kerana ada tempat-tempat dan daerah dan harga dan barang-barang yang dianggap masih tinggi yang harus dikawal.
