TEKS VERBATIM YAB PM : PROGRAM TADDABUR PERDANA PERINGKAT NASIONAL DAN PROGRAM MAIDAH WANITA MADANI
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA PROGRAM TADDABUR PERDANA PERINGKAT NASIONAL DAN PROGRAM MAIDAH WANITA MADANI
PERMATANG PAUH
29 OGOS 2026 | SABTU | 11.30 PAGI
MASJID MUHAJIRIN SEBERANG JAYA,
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahil-lazii anzala ‘alaa ‘abdihil-kitaaba walam yaj’al lahuu ‘iwajaa. Wa usollii wa usallimu ‘alaa rasuulihil-kariim, wa ‘alaa aalihii wa sohbihi ajma’iin.
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri;
YB Senator Puan Marhamah binti Rosli,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama);
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Latiff Mirasa,
Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu;
Yang Berbahagia Datuk Ir. Ts. Shamsul bin Ahmad,
Ketua Pegawai Eksekutif TNB yang turut hadir membantu kita;
- Dan al-Ustaz al hadid Sheikh yang sudah sampaikan tadi, Prof Dr. Jasser Auda yang juga menghasilkan suatu tafsir, kita tahu Tafsir Maudu‘I dan pelbagai tapi ini tafsir yang saya ingat selaras dengan tuntutan zaman.
- Jadi kita tunggu terjemahan oleh JAKIM dan kita akan manfaatkan sebaiknya. Al-Quran itu Al-Quran juga tetapi pemahamannya saya masih ingat Sheikh saya, Dr. Taha Jaber Al-Alwani menyebut kaedah manhaj Al-Quran. Kerana orang baca Al-Quran tetapi dia mesti faham konteks keseluruhannya. Jadi manhaj Al-Quran kata dia, penting untuk menguasainya kemudian memahami tentang hadis Muhammad SAW kerana sunnah itu sebenarnya penafsiran Al-Quran.
- Jadi saudara-saudara, hari ini kita syukur dan sangat gembira kerana ada kemajuan-kemajuan yang istimewa bagi negara kita. Kita ada Tadabbur Al-Quran. Majlis yang diserikan oleh Sheikh Prof Dr. Jasser Auda dan kemudian kita perkenalkan atas inisiatif Yayasan Restu, Mus’haf Malaysia MADANI dan saya percaya ini langkah-langkah yang kita ambil.
- Sebentar tadi di Yayasan Aman, kita ada kumpulan Ustaz-ustaz yang mengadakan program baharu di Permatang Pauh dengan kerjasama dan bantuan ICU, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi ada, untuk ustaz-ustaz ini turun ke rumah-rumah tengok di sekolah anak itu balik rumah dan sampai ke rumah untuk memperkenalkan Al-Quran secara asasnya. Membaca dan memahami asasnya. Dan saya lihat tadi ada 7, 8 ustaz-ustaz yang memulakan program ini. Karena di sekolah kita dah perkenalkan.
- Malaysia di antara negara di mana sekolah kebangsaan memperkenalkannya Al-Quran dan Pengajian Islam. Tetapi dalam itu rencana umumnya mungkin 70%, 80% tetapi bila kita turun ke bawah nyata ada anak-anak kita yang di sekolah rendah dan sekolah menengah yang belum mampu membaca Al-Quran apalagi memahami tapi kita kata Al-Quran itu asas keyakinan kita dan diturunkan sebagai petunjuk kepada kita. Seperti mana kita tahu Al-Quran itu adalah ‘hudal linnasi wa bayyinatin minal huda wal furqan’.
- Jadi bagaimana bagi jadi contoh? Kalau Al-Quran itu sebenarnya tidak difahami, malah dibaca pun ada kesukarannya. Ini langkah-langkah yang kita ambil dan saya ucap terima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, tentunya JAKIM yang membantu menyegerakan hal ini.
- Sebenarnya kalau kita lihat ini tanggungjawab ibu bapa. Membaca asal-asal Al-Quran itu ibu bapa, tapi ada ibu bapa yang ada kesedaran, I’m saying sheikh that the task, the primary task of parents is to give the basic education on at least reading and understanding the basic tenets of Islam and Al-Quran. In fact, that was our tradition, when the Colonial Officer Stamford Raffles, was the big colonial master in Malaysia, he visited Malacca. At that time, Abdullah Munsyi was a teacher. So he was a Mutarjim, the translator. He asks one Lebai Abdul Razak, Lebai Abdul Razak ini a village religious teacher. We call him Lebai normally with a white cap and oh, Sahibuh Samahah Mufti pun ada minta maaf tak nampak tadi.
- So, Stamford Raffles asked ‘what is he teaching?’ And Lebai Abdul Razak answered of course the Mutarjim was Abdullah Munsyi. He said, among the Malays, the moment babies are born of course we have adzan and iqamah but the moment they are able to undestand, we teach them Al-Quran. That was a tradition in Malacca, hundred of years ago in the early period of Biritsh collonialism,
- After that, we know the basic Arabic letters through the Arabic script, Jawi, then we started learning Malay but the important message is Al-Quran. Because through the Al-Quran they do the basic ibadah, prayers then Bahasa Melayu and of course then they start learning other languages, those days they call it Arithmetic, Alimul Hisab and tarikh is Sejarah, they call Tawarikh those days.
- Apa yang saya maksudkan di sini? Sebenarnya baca Al-Quran, faham ini tradisi orang Melayu dari awal. Masa penjajah dulu Abdullah Munsyi, dia penterjemah. Penjajah masa itu namanya Gabenor Jeneral untuk Negeri Selat, Street Settlement, namanya Stamford Raffles. Dia pergi ke Melaka. Tanya, apa yang Lebai ni ajar? Lebai tu namanya Lebai Abdul Razak. Dia tanya, apa yang kamu ajar anak-anak kecil, sekolah, anak-anak Melayu di Melaka? Lebai Abdul Razak jawab, kami apa pun baik budak itu celik, lepas azan dan iqamah, dia besar sikit, dia faham, kami ajar dia Al-Quran. Baca Al-Quran kerana pengajaran Al-Quran itu akan membantu dia solat dengan sempurna. Bayangkan orang tak boleh baca Al-Quran, bagaimana dia solat dengan sempurna?
- Kemudian, baru lah belajar Bahasa Melayu, masa itu tulisan Jawi, huruf Arab dan Bahasa Melayu. Kemudian Tawarikh, dan ilmu hisab dulu, Sejarah kita panggil Tawarikh dan ilmu hisab sekarang ni matematik. Jadi dia bukan asing tetapi perubahan masa menyebabkan ibu bapa tidak lagi beri perhatian sehinggakan dalam kajian saya sebut tadi di Permatang Pauh di mana kita minta tujuh hingga sepuluh ustaz-ustaz pergi rumah ke rumah, dia pergi ke sekolah ambil senarai pergi ke rumah ada anak-anak yang belum boleh membaca Al-Quran yang asas.
- Jadi kita nak mengeluh ja ataupun nak marah macam setengah orang tak jadi, jadi kita pergi turun menyelesaikan mengajar. Nak cakap semangat Islam banyak, bicara soal Islam ceramah-ceramah deraih bukan main. Tapi balik kampung, di rumah pun baca Al-Quran itu masih tersangkut. Ini pendekatan kita. Tapi di peringkat yang lebih tinggi, kita dengar tadi macam Dr. Zulkifli sebut, kita akan perkenalkan Mus’haf MADANI dan saya sebut di Kuala Lumpur, Putrajaya, tatkala melawat Yayasan Restu, Datuk Dr. Abdul Latiff ada, saya suruh tumpu Pulau Pinang, dia orang Bagan, dia dah duk Putrajaya dia lupa. Kena peringat dia suruh mai balik kerap sikit.
- Jadi saya pergi ke Jakarta, masa itu dia kata Festival Istiqlal, maknanya masa itu Presiden Suharto anjur satu festival besar Istiqlal di Masjid Istiqlal yang baharu dibina dan Festival Istiqlal itu itulah kali pertama saya berucap tentang masyarakat MADANI.
- That was the first time in Istiqlal Mosque in jakarta in international conference organized by the government that I introduced the MADANI concept actually the idea is from Sheikh Taha who told me that either Mohamad Shaltud or Abduh did mention Mujtama’ Al-Madani and made reference to earlier writings of Islam to make a difference between MADANI and civil society. MADANI is not just civil society, civil society is limited in its role as intermediate association between the government and the people but MADANI encompasses the spirit of Islam, knowledge and akhlaq moral and ethical values although it is societal, societal in the sense of development.
- Jadi saya bedakan di antara MADANI ini dengan penggunaan istilah yang guna sekarang bukanlah saya yang menjadi pencetusnya saya tanya ulama-ulama termasuk Sheikh Taha Jabir Al-Alawani masa itu di Kaherah dan saya kata boleh tak saya gunakan istilah MADANI ini. Kerana saya tengok dalam buku Al-Farabi dia sebut tentang negara Madinah, MADANI, jadi dia beritahu, dah ada penulisan-penulisan Islam yang lama yang menyebut Islam itu.
- Yang kedua yang saya lihat, yang saya balik terus hubungi Datuk Dr. Abdul Latiff, saya kata di Indonesia melahirkan menyediakan Mus’haf Al-Quran dengan motif-motif budaya masing-masing. Mandailing, Jawa, Sunda, Bali jadi dia motif tepi Al-Quran ukiran tu, dia ambil tempatan. Jadi tengok, Mus’haf Al-Quran, tentulah Al-Quran dalam Bahasa Arab, tetapi motif seni budaya itu seni tempatan. Ini keindahan dan kekuatan Islam. Dia ada asasnya Al-Quran dan tentu Arab, tetapi keindahan dia menerima seni dan budaya tempatan, ini yang dibuat. Jadi saya bukan pakar seni, saya bukan pakar khat, saya minta Saudara Datuk Dr. Abdul Latiff, kerana dia boleh kumpul pakar-pakar dan lakukan, buat. Dia yang daripada ukiran Kelantan, Terengganu, Mamak Penang takdalah tapi tak tahu dia buat macam mana. Dia masukkan juga supaya lengkap.
- Jadi sebenarnya hari ini yang saudara-saudara kena tahu, kena sampaikan. Ini yang kita lakukan. Bezanya dulu kita ada kuasa sedikit, sekarang Allah takdirkan kita di sini. Jadi saya kata, ambil peluang, betul-betul jadikan mus’haf ini, mus’haf yang penting bagi negara kita. Kebetulan, seperti Senator Dr. Zulkifli sebut tadi, dibakar Al-Quran. Bayangkan, dibakar al-Quran oleh orang-orang yang benci kepada Islam dan jahil terhadap Islam. Maka bila dibakar di Sweden, ramai di Pakistan, demonstrasi. Habis dia serang motor orang Islam, dia bakar pula kerana marahnya. Jadi saya kata, eh, tak boleh jadi macam ini.
- Jadi saya kata, kalau dia bakar satu Al-Quran, kita, Kerajaan Malaysia, akan bantu melalui Yayasan Restu menyediakan sejuta al-Quran untuk rakyat Malaysia, untuk rantau ini dan untuk Barat. Dah hantar sampai ke Sweden, ke Amerika Syarikat, ke Perancis. Saya pergi ke Brazil, saya bawa mus’haf dalam bahasa Portugis. Saya pergi ke Vietnam, dalam bahasa Vietnam. Pergi Kemboja, dalam bahasa Kemboja. Pergi Thailand, dalam terjemahan bahasa Thailand. Ini sumbangan Malaysia. Orang kata, kalau cakap, orang kelantan ‘gege’, nak hingaq saja boleh. Tapi kita buat melalui program. Itu dakwah kita. “Bil hal”, dengan tindakan.
- Jadi, orang di Kemboja itu ada yang boleh baca Al-Quran, tapi dia tak tahu makna. Jadi makna terjemahan bagi dalam bahasa Inggeris dia tak faham, bahasa Arab tak faham. Dia bagi dalam Bahasa dia. Sekarang ini dah 30 bahasa. Tapi Datuk Dr. Abdul Latiff kata nak tambah lagi. Berapa bahasa? 30 lagi. Pelan-pelanlah. Bagi duit cukup dulu. Dia ini kira, orang Penang, dia nak buat dulu, baru minta duit kemudian. Saya kata tak boleh. Kena minta duit dulu, ada, baru kita buat. Dan pelan, koai-koai.
- Tapi alhamdulillah, ini satu yang sangat… Sebab itu saya dah berapa kali? Empat, lima kali dah pergi ke Yayasan Restu, tengok usaha mereka dalam menyediakan. Dan kita merupakan antara, mungkin nombor dua di dunia, nombor dua di dunia dari sudut percetakan Al-Quran. Tapi dalam ceramah-ceramah, depa tak cerita itu semua. Dia cerita yang kita tak buat lagi. Itu biasa, tak apalah.
- Jadi, tapi kita kena faham. Kalau tak ada tekad politik… ‘Oh, kita takut dekat parti, kita takut dekat China, kita takut dekat apa’… Tak buat. Tapi dak. Kerana kita rasa dan kita yakin dengan Al-Quran, maka kita cuba laksanakan. Jadi, ini yang kita lakukan.
- Saudara-saudara yang dihormati sekalian, ini penting. Sekarang dah cetak, cetak dah, edar-edar dah. Tapi kefahaman? Maka Nurul Izzah lah yang mengetengahkan kepada saya tentang tadabur Al-Quran. She has been pestering me to promote this tadabur al-Quran because she said that this Sheik is important, more important than the father. So Alhamdulillah, Sheikh nampak sungguh-sungguh komited. Dia terkenal. Dia dulu asas, banyak, lama di Doha. Dan kita, bila dia tengok program-program kita, dia tengok program Negara MADANI, dia lihat kesungguhan kita. Dia sanggup datang khusus dalam bidang itu. Dan saya sangat terharu kerana nampak tok-tok guru kita yang selama ini tak pernah berdamping dengan Kerajaan. Semalam, kalau siapa yang pergi di Berapit, Masjid Berapit, tengok Tuan Guru Sheikh Wazir, seorang ulama masyhur dari Kelantan. Kemudian Tuan Guru Sheikh Abdul Rahim dari Pendang. Kemudian ulama-ulama Kedah, Kelantan, dari negeri lain, datang berhimpun bersama dengan sahibus-samahah kadi, Mufti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menyampaikan pandangan mereka. Dan itu kalau kita… Sheikh Prof Dr. Jasser Auda, tak dengar khutbah dalam bahasa Melayu di masjid-masjid Pulau Pinang, sangat berkesan. Dan saya jemaah semalam dengan mufti dan dengar kupasan dan bacaan khutbah itu sangat mengesankan. Dia khutbah ini macam dakwah. Dia mesti sentuh ‘damil’. Dia ketuk pintu hati, sampai. Al-Quran dia begitu. Kalau tidak, “la raiba fih hudan lil muttaqin”. Dia bagaimana boleh jadi “hudan lil muttaqin”, dia mesti ketuk pintu hati, baru sampai menjiwai dan rohnya.
- Jadi kedua-dua sheikh malam tadi bagi tausiyah yang sangat mengesankan. Dan bila dia tengok sambutan begitu, dia tak sangka. Kerana dengar tohmahan itu macam kita ini tak mahu Islam. Kita ini benci kepada Islam. Itu yang dia sampaikan kepada mereka. Tapi bila dia tengok Majlis-majlis kerajaan yang dianjurkan, baik di Seri Perdana, baik di JAKIM, baik di Majlis Agama, negeri-negeri, dan Sheikh Wazir kata dia terkejut kerana ini Pulau Pinang. Yang dia dengar tak boleh azan, yang dia dengar di sana, kerana fitnah itu telah tersebar. Tapi yang dia sampai, dia kata bukan sekadar azan. Azan Subuh sampai dua kali
- Tapi dia kata majlis-majlis ini diraikan dan dianjur oleh Kerajaan, walaupun Ketua Menterinya Cina. Jadi dia kata ini berbeza daripada apa yang dia dengar. Jadi bila selepas itu kita duduk berbincang dengan mereka, terus Sheikh Abdul Rahim kata, dalam bulan depan ini saya nak jadi tuan rumah. Nak minta supaya kita buat majlis ini, dakwah dan tausiyah ini. Nak panggil Sheikh Wazir binti Kelantan juga ke Pendang, tempat Sheikh Abdul Rahim di Pondok Pendang.
- Jadi saya harap bila kita buat begitu dengan majlis besar-besaran, saya minta orang Permatang Pauh hadir. Kita kena meraikan. Masalah, tak banyak negara di dunia. Saya nak beritahulah, yang suka dengar kecaman-kecaman ini, banyak. Tak banyak negara di dunia, termasuk negara-negara Arab dan negara Islam, di mana Kerajaan secara terbuka menganjurkan majlis-majlis mengangkat martabat umat, baik program ekonomi, program pendidikan dan juga program dakwah yang berkesan. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya kebebasan yang ada.
- Jadi, saudara-saudara kebetulan hari ini juga, ICU bagi senarai kerana kita nak, Mus’haf MADANI dah selesai, bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz, sekolah-sekolah agama rakyat yang kita bagi setiap tahun.
- Ini pun ada sejarahnya. Kadang dipadamkan. Kita dulu ada sedikit bantuan ke sekolah agama rakyat. Pada tahun 2003, saya masa itu cuti di Sungai Buluh. Pada tahun 2003, Perdana Menteri masa itu batalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat.
- Baik, 2022, seorang anak dari Permatang Pauh ini jadi Perdana Menteri. 2023, saya umumkan semua yang dibatalkan dulu dikembalikan untuk semua sekolah agama rakyat. Baik. 2024, 2023 tadi tak cukup, kita kata. Maka mula kita tambah peruntukan. Dan 2025, setelah bincang dengan tuan-tuan guru pondok tadi, kita mula sampaikan bantuan melalui JAKIM, melalui Kementerian Kewangan dan ICU, menambah peruntukan
- Tahun lalu di Pulau Pinang, kita tambah RM2 juta lebih. Tahun ini, saya nak umumkan, kita bagi RM4.6 juta untuk sekolah-sekolah agama rakyat. Dan nanti kita minta mereka datang, iaitu untuk naik taraf, untuk tembok pagar, taraf madrasah, sekolah, bangunan baharu, tadika, akademi tahfiz, yang akan dibaca kemudian. Naik taraf Maktab Wanjah di Seberang Perai Utara RM200,000. Sekolah Menengah Al-Itqan RM150,000. Tembok pagar Tahfiz Al-Furqan RM200,000. Madrasah Miftahul Irfan RM200,000. Sekolah Rendah Islam Al-Itqan RM150,000. Maahad Al-Masyhur Al-Islami, naik taraf RM200,000. Dan berikutnya akan dibaca sepenuhnya, menjadikan RM4.6 juta untuk Pulau Pinang sahaja.
- Kerana ini kadang-kadang pondok Allah.. Dah nama pondok. Saya pun tak tahu. Pasal kita ingat pondok itu pondoklah. Pondok kalau di Arab dia jadi hotel, “funduq”. Jadi kadang daif sangat. Dia pintu, dia panggil pintu terbang. Dia kena letak balik. Bumbung pun tak berkesan. Jadi sebab itu kita cuba bantu sedaya upaya kita.
- Jadi hari ini kita akan manfaatkan majlis yang diselaraskan oleh ICU untuk menyampaikan kemudahan ini kepada anak-anak. Saya juga terlihat tadi, Datuk Dr. Abdul Latiff, terima kasih banyak tentang STEM-Q dan pendekatan pengajaran dengan kaedah yang moden.
- Sekarang ini kita ada teknologi moden. Kita ada teknologi baharu. Kita ada AI. Kemudian takkan nak suruh AI yang orang lain dia belajar? Boleh tak kita manfaatkan untuk mengajar Al-Quran dan Islam? Nah, inilah. Kerana beza AI, kita, AI mesti ada nilai. AI mesti teras kepada akhlak. Bukan AI untuk mencungkil bakat dan kefahaman tanpa akhlak dan nilai.
- Saya difahamkan juga, kalau tak sebut ini Nurul Izzah marah, iaitu Program Maidah Wanita MADANI. Sebab itu wanita, kehadiran wanita ini baik, Alhamdulillah. Apa program dia itu, saya ingat dia dah terang. Saya tak berapa arif semuanya. Tapi ini ikhtiar kita yang patut terus-menerus. Jangan sekaligus, tak jalan. Saya bagi tau saudara Datuk Dr. Abdul Latiff, biar ada berkala. Seperti pada kelas al-Quran yang saya sebut pagi tadi. Seperti juga tadabur al-Quran. Dia mesti berterusan untuk mengangkat tahap kefahaman kita.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
