TEKS VERBATIM YAB PM : PERTEMUAN BERSAMA PENGURUS FELDA SERUMPUN SEHALUAN : PENGURUS FELDA 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERTEMUAN BERSAMA PENGURUS FELDA
SERUMPUN SEHALUAN: PENGURUS FELDA 2026
21 OGOS 2026 (JUMAAT) | 11:00 PAGI
HOTEL TENERA, BANGI, SELANGOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah rabbil alamin, Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem, wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri bin Mohd Zahir,
Pengerusi FELDA;
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Suzanna Idayu Wati binti Osman,
Pengarah Besar FELDA;
- Pegawai Pengurusan Tertinggi FELDA, Seluruh pimpinan pengurusan dan yang penting dalam maksud saya, dalam pertemuan hari ini ialah minta menemui pengurus-pengurus FELDA.
- Apa hajat saya? Kerana saya mewakili satu pendapat. Kalau kita anggap FELDA ini satu badan agensi yang utama untuk mengangkat martabat masyarakat kita, maka jentera pengurusannya di akar umbi itu agak kritikal. Dan saya setelah merenung tengok pengurusannya dan kaedah pelaksanaannya, saya beritahu pada Tan Sri dan juga Suzana, saya akan beri tumpuan kepada pengurus-pengurus FELDA untuk menjalankan amanah dan supaya kita dapat meningkatkan untuk kerjasama.
- Jadi apa yang saya minta? Pertamanya, selain daripada pemukiman ini, ialah saudara harus tahu sepenuhnya permasalahannya. Masalah besar ini bukan masalah, tanggungjawab Perdana Menteri atau Pengurus Besar. Tidak. Harus saudara tahu, apa isu legasinya. Bukan masalah nak korek, orang ini maca mini, tak.
- Saudara di lapangan, saudara harus tahu apa masalahnya? Masalahnya bukan masalah pengurus, bukan masalah peneroka, masalahnya ialah masalah pengurusan dan keputusan di atas. Apa dia masalah? Tadi perjumpaan dalam masa singkat, dia tentu saudara-saudara sedia maklum, isu-isu dibangkitkan dan tentu yang dihebahkan itu hotel, hotel itu masih kecil masalah.
- Permasalahan hotel itu baik London atau Kuching, itu kecil ketimbang permasalahan besar. Termasuk pelaburan di Indonesia, Eagle Height, sekarang tersangkut di mahkamah tertinggi Indonesia. Saya telah menulis kepada Presiden Prabowo Subianto, minta beliau melihat juga permasalahannya. Kerugian kalau tidak ditangani, RM2.5 bilion, yang mungkin yang kita perolehi nanti RM200 juta. Itu satu contoh.
- Saya mahu pengurus tahu masalah ini dan betapa beratnya harus dipikul oleh kita, bukan salah pengurus. Pengurus FELDA di Pahang, di Johor, apa kena mengena? Tapi ditanggung oleh kita, itu masalah. Jadi harus tahu yang soal siasatan, penguatkuasaan, mahkamah, itu urusan lain. Tapi saya mahu semua masalah ini, saya beritahu Suzanna, saya mahu pengurus itu faham. Jangan dengar propaganda-propaganda picisan, tak ada masalah. Ini perkara kecil, ini apa tatakelola, mana ada sakau. Itu semua celoteh-celoteh tidak bermakna.
- Yang nyata ialah bahawa kita hadapi masalah dan saudara tahu dan saya berulang kali sebut bahawa masalah ini kita tanggung dan mesti hadapi. Tapi yang perkara yang perlu saya tekankan ialah saya mahu pengurus FELDA keseluruhannya, benar-benar menghadam permasalahan ini.
- Bukan dengan maksud untuk sekadar merasa lelah atau letih, tapi tahu bahawa masalah ini mesti dan wajib ditangani dan mengapa kita tekankan soal pengurusan dan tatakelola itu kerana sejarah gemilang boleh dirobohkan dengan tindakan gopoh dan tamak haloba sepantas.
- Sebab itu, dalam acara yang menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, meminta saya memastikan penyiasatan ke atas Tabung Haji dan diikuti FELDA itu dijalankan dengan telus dan segera dan tindakan yang tegas terhadap kalangan yang telah merosakkan kerana nafsu serakah mereka. Itu yang pertama.
- Dalam amalan kita, sistem negara kita ini selalunya, baik masalah di bank, semalam saya pengerusikan mesyuarat Khazanah. Khazanah itu beratus-ratus billion duit Kerajaan.
- Selalunya, masalah-masalah itu ditinggal di peringkat tertinggi. Di bawah itu dianggap hanya pengurus dan pekerja. Saya tidak bersetuju pendekatan itu. Saya mewakili pandangan bahawa tentunya tidak mungkin saudara hadam sebagai seorang qualified accountant atau pengurus besar, tentunya berbeda, tapi sekurang-kurangnya permasalahan itu harus dia tahu dan saudara juga harus faham apa langkah-langkah harus diambil, baru saudara jadi effective communicators di kalangan saudara dan peneroka.
- Jadi saya harap dalam majlis singkat ataupun sebelum saya berlepas pulang, saya tak tahu sempat tak sempat hari ini, Suzanna ambil peluang dalam setengah jam, terangkan problem 1,2,3,4,5,6, tentang tujuh perkara itu telah diulas dan saya komited malah dalam pertemuan saya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan Perbendaharaan beberapa minggu yang lalu, dua minggu yang lalu, saya putuskan bahawa pengumuman saya di Jengka itu jangan dianggap boleh ditangguh, tak boleh.
- Saya mahu pengurus merasa, ya masalah ada, masalah peneroka ada, masalah tanah ada, masalah beberapa Kerajaan Negeri ada tetapi masalah yang saudara hadapi, perumahan itu harus dilaksanakan segera dan kita luluskan peruntukan tahun ini juga dan saya minta pelaksanaan itu secepat mungkin, segera.
- Itu baru jaminan. Jadi saudara kata saya minta saudara kerja lebih, saya minta saudara lebih tekun, saya minta saudara lebih prihatin, maka saya bertanggungjawab dalam keupayaan saya sekurang-kurangnya perkara basic, bukan minta hotel lima bintang, saya minta rumah itu jangan bocor, tandas jangan rosak, rumah sendiri, rumah yang saudara duduk sekarang. Itu saya fikir munasabah walaupun peruntukan awal itu disebut, keseluruhannya itu RM50 juta, ada yang dibuat secara fasa, itu pengumuman awal. Saya tak umumkan mengikut fasa kerana saya dah beritahu Perbendaharaan, kalau soal bumbung rumah, tandas rumah, dinding rumah, parit, dinding rumah, tak payah tunggu fasa, laksanakan segera untuk memudahkan hidup.
- Jadi, dana akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan walaupun saudara tahu masalah sekarang tidak seperti saya dari Menteri Kewangan tahun 90-an, dulu itu dana yang berlebihan, sekarang ini kita hadapi walaupun kita catat pertumbuhan ekonomi, alhamdulillah, 6%, satu-satu negara yang catat prestasi luar biasa, alhamdulillah.
- Tetapi saudara tahu kos harga minyak yang brent itu semasa saya umum belanjawan harganya USD70 satu tong sekarang mencecah lebih daripada USD100 satu tong, dia itu mengesankan dari segi kos keseluruhannya. Tapi tak apa, itu masalah Menteri Kewangan bukan masalah saudara . Jadi yang mana kita harus selesaikan, kita selesaikan dengan cara baik.
- Jadi saya nak beri jaminan, saya mohon kerjasama dan dokongan saudara-saudara untuk kita laksanakan tujuh perkara strategi kita umumkan. Dan saya sebagai memenuhi tanggungjawab, gantinya saya akan pastikan pelaksanaan program yang asas untuk perumahan pengurus itu disegerakan mulai tahun ini.
- Adil tak? Adil kan? Saya minta you kerja lebih, saya pun kerja lebih lah lebih sikit termasuk Suzanna lah, kalau ada masalah, salah pengurus pengusaha (nada berseloroh). So, untuk Suzana harus pastikan supaya kelulusan itu dapat disegerakan.
- Permulaan, dana permulaan selalunya kita tunggu belanjawan. Belanjawan itu bulan Oktober tapi untuk pengurus FELDA, kerana masalah legasi kita tanggung dah lama dan saya dah minta Suzana berikan perhatian lebih saya akan pastikan insyaAllah, saya ini lepas ini kena ke Brunei, mesyuarat dengan Tuanku Sultan Brunei.
- Saya balik esok, hari Isnin insyaAllah saya akan panggil pegawai Perbendaharaan supaya program Perumahan Pengurus FELDA ini dimulakan segera.
- Team pasukan siap lah bukan belanja je, bukan bulan depan tapi sekurang-kurangnya start kerja sekarang kalau kita tunggu bulan Oktober, November baru dia lulus Disember, Januari tahun depan baru mula, lambat lah siap. Jadi sekurang-kurangnya kita mula dalam masa singkat? Dato’ Shahrul boleh ya? Jangan lupa. Saudara jangan marah saya, “ini Anwar macam pemimpin politik lain lah datang janji-janji tak jalan”, saya tak nak reputation itu, itu beza dia. Kerana kalau ada leak time dua bulan ini, dia beza besar. Sebaik sahaja lulus peruntukan tambahan itu, tak kan lah untuk Kerajaan untuk RM30 juta – RM40 juta awal itu tak boleh keluarkan. Jadi kita akan keluarkan. Sebab apa? Sebab nak jaga saudara-saudara.
- Saya dah baca kertas putih dulu semuanya dan saya pun dah tubuh pasukan petugas khas, jawatankuasa FELDA, FGV dan kita tujuan dia itu menambah kecekapan dan elak lah. Sudah-sudahlah, yang lalu, saya yang kesal sekali, saya nak share ini dengan saudara. Ialah, orang anggap macam tidak ada masalah dia macam anggap “okay lah” ada pula seorang pula pemimpin parti Islam dia kata ya asyik nak kena ni kena badan-badan Melayu dan Islam sahaja. Itu bawah kerajaan kalau syarikat bukannya Melayu Islam.
- Semalam saya pengerusi Mesyuarat Lembaga Khazanah, lembaga Khazanah itu lembaga yang paling kaya, paling besar dalam negara dan seperti juga elaun Perdana Menteri, saya tidak ambil elaun.
- Ini Perdana Menteri pertama yang tidak ambil elaun Pengerusi Khazanah. Tapi di antara isu yang dibangkitkan ialah, isu lama Syarikat Saraya Kapital itu mungkin 2015, 2017 itu lama tapi, dia lama kelamaan saya masih ingat tapi sekarang ni kita kenal pasti, rupanya ada beberapa kelemahan tentang tatakelola dan pengurusan.
- Kita ambil tindakan. Kita tidak tanya ini syarikat tu Melayu kah, syarikat kerajaan kah kalau ada, kita kenal pasti masalah, kita ambil tindakan. Jadi jangan jadikan ini sebagai permasalahan kaum atau agama seperti yang berlaku dalam Tabung Haji.
- Malah kalau tanya saya orang Islam, orang Melayu patut lebih sungguh-sungguh lebih teliti dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai. Kerana kita patut jadi contoh. Orang kita dalam dakwah ini apa, dakwah bil-hal, dakwah paling berkesan ini dakwah contoh. Cakap kita mesti memerangi dadah, tapi dadah kan banyak di kalangan kita.
- Kita mesti lawan rasuah, tapi yang pelahap rasuah pun ramai yang di kalangan kita tidak jadi, itu bukan contoh. Tapi kadang sukar nak diberi penjelasan, kadang orang dia tak senang dengan perkara ini.
- Saya bukan, saya tak tahu siapa yang salah itu tidak, siasat lah kalau salah, salah. Saya tak kira daripada parti mana dan dalam senarai yang ada tu, kita bukan pilih kerana dia ahli mana-mana parti. Dia kerana tanggungjawab yang diberikan dan dia khianati amanah.
- Saya sebagai seorang muslim mahu kita jadi contoh yang baik. Jadi, contohnya bukan kepada orang Islam, kadang bagi manusia. Itu yang selalu ayat yang saya jelaskan kepada semua, semalam dalam ucapan di mana saya jelaskan ke ayatnya wa qadhalika ja’alnakum ummatan wasata litakunu syuhada’a alannas wa yakunarrasulu alaikum syahida.
- Saya rujuk banyak tafsir ulama-ulama silam dan ulama-ulama semasa termasuk Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Apa dia maksudnya? Allah SWT janji dalam Al-Quran dijadikan umat ini, umat contoh bukan je khairat umat, tapi umatan wasatah yang satu-satu umat yang tahu apa dia keseimbangan umat yang wasatiyah.
- Apa dia umat yang seimbang? Di antara iman dan ilmu, akal dan kalbu, rohani dan jasmani, material and spiritual, man and nature. Itu keseimbangan itu hanya hebat, mulia, agung, ulung hanya di kalangan umat Islam, kan dia tahu.
- Maknanya apa? Islam, Muslimin, manusia sebab itu umat wasata umat yang seimbang bagi contoh dan banding seimbang, haiwan, pohon-pohon, bukit-bukau, hutan belantara, tanah dan bumi, mesti jaga keseimbangan. Tanpa keseimbangan, punah dan rosak binasa dan kalau jaga kesimbangan, Allah SWT menjanjikan litakụnụ syuhadā`a ‘alan-nās baru jadi contoh kepada manusia.
- Ini bila ada masalah kes rasuah, tak bolehlah sebab ini badan Islam. Janganlah kita hebahkan malu kita. Tak betul kita harus jadi contoh kalau dah berlaku, jadi contoh baru kita mahu bersihkan, orang boleh terima. Mana ada dunia ini yang perfect? Mana kita tak ada kesilapan? Ada, tapi kalau kita betulkan, bersihkan, itu yang berlaku.
- Syuhada’a ‘alan-nas ingat, Qur’an tak sebut contoh kepada muslimin. Contoh ala nas kepada manusia siapa kata Islam ni hanya untuk orang Islam? Islam dari segi aqidah itu untuk orang Islam tapi contoh itu kepada manusia.
- Contoh apa? Contoh kebaikan, contoh amal, contoh kerajinan, contoh Ikhlas, contoh tolak rasuah, contoh tatakelola, contoh kemanusiaan, contoh adil kepada semua itu contoh. syuhada’a ‘alan-nas dan kalau begitu, Allah janjikan wa yakunar-rasulu ‘alaykum syahida. Rasulullah SAW akan jadi saksi untuk kita di akhirat nanti.
- Jadi saya yakin jadi tidak usah sembang tentang kita ni hebatnya sebagai Melayu atau Islam memang hebat budaya Melayu. Memang hebat tamadun Melayu, tamadun yang membangkitkan soal kekuatan bahasa, kekuatan ilmu, tradisi, aqliyah dalam kupasan Syed Naqib al-atas kepada Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu.
- Memang hebat kekuatan dan sejarah dan tamadun Islam itu baitulhikmah sampai ke Andalusia bayangkan Islam itu bukan sahaja di Mekah, di Madinah itu pangkalannya tapi menerobos hingga ke Azerbaijan dan Asia Tengah, dari mana? Imam Bukhari sekarang di Central Asia, bayangkan Imam Bukhari itu bukan dari dunia Arab yang kita kenal sekarang dari Tashkent. Jauh di Padang Pasir di sana.
- Begitu juga, sampai ke Andalusia, Ibn Rushd dari Andalusia, Spain. Sekarang ini Spain. Jadi saudara-saudara, suatu tamadun itu, tapi gagahnya kerana apa? Kerana idealism, kerana semangat, kerana akidah, kerana akhlak, kerana nilai, dan kerana tradisi ilmu.
- Jadi kalau saya tanya, apa konteks dengan FELDA? Ini dia, kena contoh, kena bawa kita tak mahu FELDA itu ketinggalan. Sebab itu dalam senarai tujuh yang kita berikan dan saya beritahu kepada rakan saya di Jemaah Menteri, semua kementerian yang terlibat, mesti masuk bantu FELDA, jangan tunggu ada lapangan dan pengurus bertanggungjawab, beri laluan.
- Ada masalah di sekolah, contact direct Kementerian Pendidikan kalau ada masalah dari urusan pembangunan desa, direct Kementerian TPM 1. Ada masalah sains, Kementerian Sains saya minta pengurus kalau kata umpamanya ada kuiz sains dan sebagainya untuk sekolah, beritahu contact direct.
- Saya tidak mahu FELDA jadi tertutup betul pengurusan dia itu asalnya dia rasa nak bebas dan satu lingkungan yang terasing tapi saya tak setuju kerana setiap kemudahan yang ada bukan saja kepada FELDA atau bawah Jabatan Perdana Menteri, seluruh kerajaan ini mesti juga menjadi milik dan peluang untuk anak-anak FELDA. Itu strategi kita ada, saya minta Suzanna perhatikan berikan bagaimana laluan yang mudah untuk mereka.
- Jadi, itu saja nak sampai apa lagi? Saya nak turun ke bawah sini dan saya nak dengar pandangan saudara. Dan beri pandangan secara terbuka, beberapa nasihat yang saya dengar untuk saya baiki tapi percaya saya datang disini betul bagi pandangan sedikit dan bagi jaminan kepada saudara, cukup lah cukup, janji politik saya nampak simpang-siur tu tak apa lah orang-orang yang kata ini FELDA pengurus tak tahu, tak apa-apa itu kita bincang kemudian.
- Dia tidak mengesan, saya ada tugas, saya pikul amanah ini selagi ada mandat, saya akan kerjakan di antara mandat, iaitu mengangkat martabat rakyat, termasuk rakan-rakan FELDA.
Wasalamulaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
SESI SOAL JAWAB BERSAMA PENGURUS-PENGURUS FELDA
SOALAN 1:
Sekarang ni FELDA dalam revolusi tanam semula, Dato’ Seri. Kos untuk tanam semula ni tinggi dan FELDA ini tidak dikategorikan dalam pekebun kecil lah. Soalan saya, dan juga permintaan lah. Mohon FELDA ini dimasukkan kembali dalam penerimaan insentif tanam semula MPOB. Bagi memberi sedikit insentif kepada peneroka bagi mengurangkan kos tanam semula dan juga peneroka mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan itu, Dato’ Seri. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Dia ada dua. Satu FELDA Persis, satu Independence Holders. Okay, bagi 2 minggu, biar Dato’ Suzana ambil dan bawa kepada saya. Dia bagi 2 minggu. Boleh?. Dia setengah orang, dia ingat bila dia Perdana Menteri, dia tahu semua. Dia menjawab semua. Itu yang jahanam tu. Jadi kalau saya tak berapa faham, saya kata kena bagi tempoh 2 minggu. Saya bawa kepada kementerian berkenaan, Kementerian Perladangan, Noraini, Kementerian Kewangan, Amir Hamzah, kemudian pengurusan FELDA, kemudian kita jawab. Okay? Baik. 2 Minggu.
SOALAN 2:
Di Felda ada serangan UPD, ulat pemakan daun bagi kelapa sawit, dan ada juga serangan pestalotiopsis pada pokok getah. Bila serangan ulat pada pokok getah, ada bantuan daripada LGM. Tidak dikenakan pada peneroka. Tetapi serangan UPD memang kita kenakan cas itu pada peneroka. Peneroka kena tanggung. Kadang-kadang serangan itu akan berlaku dua-dua pusingan dan cara merawatannya kena buat satu pusingan hingga tiga pusingan. Satu pusingan menelan belanja RM950. Nak minta peruntukan daripada kerajaan. Menanggung sama sepertimana yang peneroka getah juga tanggung.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Okay. Lembaga Getah, LGM. Kita bawa kepada Lembaga Getah, tengok macam mana. chief ada di sini? Okay, okay. No, no, but it is a point supaya you see, getah ni interesting. Kita ni dulu pengeluar getah tertinggi di dunia. Kita dapat getah daripada Brazil, kemudian kita jadi pengeluar tertinggi di dunia. Kemudian sekarang ni kita mengimport berbilion ringgit setahun. Lebih daripada 2 bilion saya dengar daripada menteri. Jadi bila kita dah menurun, maknanya kita dah kena import. Maknanya kalau ikut soalan tadi, ada kemudahsabahan untuk kita beri sedikit suntikan modal dan bantuan supaya mutu pengeluaran getah asli di Malaysia itu di meningkat. Kerana sekarang ni kita import banyak daripada Vietnam, Thailand. Jadi saya setuju. Saya akan teliti. Belanjawan tahun ini jenuh lah nak kena umumkan. Alright.
SOALAN 3:
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri atas dasar yang telah dilaksanakan sebelum ni untuk FELDA. Jadi kami warga FELDA ni amat berbanggalah dengan tujuh dasar yang diumumkan oleh YAB pada Hari Peneroka Tahun 2026. Cuma YAB ada satu perkara yang mungkin dia tinggal. Rumah tadi dah ada sedikit peruntukan. Untuk makluman YAB, Pejabat Rancangan FELDA pun dah hampir umur lebih kira-kira 50 tahun dan terlalu uzur. Jadi saya berharap dan saya mewakili rakan-rakan saya sebanyak 317 rancangan ini, mohonlah jika ada peruntukan untuk pembaikan atau pembinaan baru pejabat-pejabat FELDA di rancangan di seluruh Malaysia. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Saya tak mahu memberi komitmen, saya ni terus terang, sebab untuk perumahan itu dapat RM450 juta. Okay, that will do it. Saya bagi jamin walaupun dia mula berfasa beberapa tahun-tahun, tapi saya tak setuju. Saya nak segerakan. Kalau itu dilakukan segera, maknanya dalam bulan depan dia nampak kerja-kerja dimulakan, dan saya tengok prestasi pengurus itu melonjak naik. Saya tak fikir masalah pejabat saya boleh selesaikan. Boleh? Saya pun ada radar saya yang pantau. Kalau nampak ok, saya bantulah masalahnya kan. Dan pejabat, cuma pasal hari itu dia bangkitkan, dia bangkitkan juga masa bincang dengan tim Suzana tentang perkara mendesak. Rumah itu dia anggap sangat kritikal. Tapi pejabat juga dia sebut. Jadi saya kata takpelah, selesai rumah dulu. Jadi kita selesai rumah dulu, kemudian kita tengok dalam belanjawan sama ada boleh dimulakan sikit pejabat-pejabat yang teruk. Pejabat yang teruk ni termasuk pejabat polis. Rumah yang teruk ni termasuk rumah tentera dan polis. Jadi bila tinggal lama jadi masalah. Jadi untuk rumah tentera dan polis satu bilion. Untuk repair sahaja. Sebab tu saya kata saudara-saudara. Kita boleh umum projek baru, tapi kadang-kadang maintenance sangat lemah. Jadi rumah macam kata 40 tahun, 50 tahun biar begitu sahaja. Orang duduk susah.
But seriously, let me start ni. Saya mula dengan perumahan dan daripada unjuran nak untuk lulus bulan Oktober dia lajak tahun depan, saya awalkan untuk kita mulakan perumahan. Kemudian sebaik daripada itu, kalau tapi kalau ada pejabat-pejabat yang terlalu teruk, tentulah kita boleh senaraikan. Kita carilah bantuan untuk baiki, baik.
SOALAN 4:
YAB, terima kasih di atas peruntukan RM450 juta pada rumah kakitangan FELDA. Terima kasih YAB. Walau bagaimanapun, YAB, tadi kita ada dengar tentang penyegeraan komitmen untuk menyegerakan. Tetapi kita ada kekangan dari segi sudut pemilikan tanah. Dari sudut untuk membina kebenaran merancang. Saya ingin mohon YAB membantu kami dari segi G2G, government to government, menyelaraskan, dapat memberi kebenaran merancang segera untuk kita bergerak menyegerakan pembinaan rumah-rumah pengurus dan kakitangan.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Kebanyakan tanah dan rumah ni dah selesai. Cuma kalau belum selesai, saya dah bubuh dalam tajuk mesyuarat Perdana Menteri dengan Premier dan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Kalau tak salah saya bulan depan, next month the meeting, yang kita masuk agenda itu. Bukan saja soal rumah pengurus, tapi juga rumah kedua ni. Sebab kita dah lulus, kita boleh bagi duit dan dia masalah bekalan elektrik. Saya dah luluskan kerana itu bawah Kerajaan Pusat, TNB luluskan. Cuma bekalan air tu kita kena runding dengan negeri. Jadi cuma bekalan air dan juga soal kelulusan tanah bagi tapak yang belum selesai. Tapi saya nanti minta Menteri-Menteri Besar, segerakanlah. Maknanya kalau bulan September, mesyuarat Menteri-Menteri Besar. maknanya next mesyuarat, meeting Menteri-Menteri Besar ataupun kalau agak mendesak, saya boleh tulis surat dulu kepada Menteri-Menteri Besar, saya boleh tulis dulu dalam tempoh seminggu dua ini. Minta Kerajaan Negeri beri kerjasama, kerana dana-dana Kerajaan Persekutuan. Yang kita minta dia itu kelulusan satu, keduanya bekalan air. Bekalan air pun dalam beberapa negeri, Kerajaan Persekutuan sedia berikan sebahagian daripada peruntukan.
SOALAN 5:
Assalamualaikum Dato’ Seri, saya Ahmad Fuad daripada FEDA Wilayah Jengka. Saya nak bagi cadangan sikitlah tentang FGV dan FEDA lah. Jadi kalau kita ikutkan FELDA dan FGV ni mempunyai strategi alignment bersama. Jadi apalah salah kiranya kita bagi persamaan tu dari segi pelaburan, operasi tadbir urus, tatakelola dan sebagainya. Supaya datangkan value creation dan juga pulangan kepada peneroka daripada FELDA itu sendiri lah. Maknanya, itu pertama yang keduanya, kita nak mohon juga lah bajet jalan-jalan pertanian di ladang lah. Selain daripada jalan yang di kawasan rancangan, kita nak juga bajet untuk kerja-kerja di kawasan pertanian. Itu saja Dato’ Seri terima kasih Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Yang tanya soalan susah-susah ni? (nada berseloroh). Okay, saya tak sure macam mana kegunaan dia, tapi tengok macam mana yang dua minggu kita teliti balik, berapa implikasi kos dia dan apa peraturan yang dilibatkan. Saya kan yang melibatkan kos ni saya agak hati-hati sikit ni sebab belanja kerja itu dah meningkat ini dan selalu belanjawan itu walaupun kita defisit sekarang tapi saya tidak mahu hutang tu terlalu tinggi besok, ada orang kata, “oh tapi hutang saya bertambah”, tidak. Hutang negara sejak saya ambil alih itu kurang daripada dulu, hutang baru, hutang lama tu tertunggak macam mana nak buat? Hutang yang tu ni jadi banyak itu, sementara dia. Jadi tapi kalau hutang baru tu juga bertambah jadi lagi membengkak. Sekarang ini hutang lama tu masih kita bayar, faedah hutang 1MDB, ini hutang rugi FELDA, hutang rugi Tabung Haji semua kita kena bayar. Tetapi hutang baru kita tidak tambah hutang baru, masa saya ambil lah hampir RM107 billion tinggal RM90 bilion turun RM80 bilion, sekarang ini RM70 billion. Tapi kerana masuk dengan, yang ini saudara kena terang. Sebab di bawah ni dia kata, “tak masa Anwar tengok ni sekarang ni hutang sekarang sekian banyak”, dia bagi yang sekarang, angka sekarang betul? itu bukan angka baru, hutang lama, aduh letih.
Jumlah dia bagi betul jumlah-jumlah baru jumlah yang ada, tidak, memang ada penambahan kerana interest saya ingat kalau tak salah saya interest daripada hutang 1MDB pun berpuluh bilion bukan kecil tau. Jadi keseluruhannya yang lama yang tertonggak campur jadi tinggi. Hutang baru saya katakan saya kurangkan tapi katalah sekarang ini kita perlu untuk sekolah. Kita perlu untuk baiki rumah kerana hutang-hutang nak buat macam mana.
Almarhum Tun Abdul Razak, dia juga hutang dari bank dunia, tapi hutang dia untuk buka tanah rancangan. Jadi kita okay, hutang itu kalau bukan masalah hutang, macam kita hutang dengan perniagaan. Tidak ada salah, masa Almarhum Tun Abdul Razak, dia hutang untuk bangunkan masyarakat luar bandar. Saya setuju dalam keadaan begitu, wang tidak ada terpaksa hutang dari bank dunia.
SOALAN 6:
Yang Amat Berhormat saya Suhaimi bin Yusuf daripada FELDA Wilayah Sahabat Negeri Sabah. Jadi saya nak minta bantuan daripada Yang Amat Berhormat lah ada dua bantuan dan kelulusan lah. Pertama sekali berkaitan dengan perumahan generasi baru. Banyak kita bercerita berkaitan perumahan generasi baru ni di sebelah Semenanjung tetapi apa nasib kami di Sabah. Saya merayu supaya di Sabah pun dibina juga lah rumah generasi baru kerana kita di Sabah ada seribu lebih warga peneroka lah di sana. Itu yang pertama, yang keduanya berkaitan dengan dua lot rumah di mana baru-baru ini pengumuman. Saya orang Terengganu tetapi berkhidmat di Sabah lah.
Jadi berkaitan dengan rumah lot tadi kebenaran membina dua buah rumah dalam satu tapak, di Semenanjung tiada masalah lah. Cuma di Sabah kita menggunakan Ordinal Sabah. Lain peraturannya, saya memohonlah campur tangan daripada Yang Amat Berhormat InsyaAllah.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Berikan keterangan sikit, saya akan tulis kepada Ketua Menteri Hajiji kerana ini urusan Kerajaan Negeri, kita boleh minta. Bukan dia minta tanah, tanah di kawasan itu menjadi tanah kedua, generasi kedua itu. Sebab tu saya tak fikir ada masalah, saya mula bincang dengan beberapa Menteri Besar. Sebenarnya tak ada masalah, cuma dia kena laksanakan ikut jadual lah, cepatkan sikit. Kalau tak kita nak bagi bantuan. Jadi masalah macam kata lah, repair rumah kalau status tanah tak selesai, dia jadi problem sikit lah.
SOALAN 7:
Assalamualakium warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Seri kerana sudi hadir bersama dengan kami di majlis pada hari ini. Pertamanya, satu permintaan daripada saya dan mungkin daripada sahabat-sahabat yang lain untuk makluman Yang Amat Berhormat Dato’ Seri kita ni di FELDA diwujudkan JKKR iaitu Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan. Kita ni sebagai pengerusi tapi kita tak ada duit tak ada bajet. Jadi saya mohon amat-amat daripada Yang Amat Berhormat Dato Seri (daripada Jengka FELDA, jengka 10). Jadi saya mohon sangat-sangat supaya diumumkan satu geran khas kepada seluruh JKKR di bawah kelolaan FELDA maksudnya sepertimana contoh di Menteri Besar Johor umumkan untuk JKKR di kawasan Johor Bahru. Itu pandangan saya supaya kita sebagai pengurus rancangan ni dapat menjadi tangan…
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:
Tak apa nanti saya ambil perhatian, sebab kos kita tengok satu-satulah ya. Saya fikir yang pertamanya rumah dulu. Kemudian baiki sekolah dulu, kemudian macam dialisis. Hal-hal yang mendesak dulu kemudian kita langkah kedua. Boleh? Okay, saya minta maaf saya kena siap balik kemudian kena ke Brunei lepas ini untuk lawatan rasmi dua hala.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
